View
141
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Istilah kebudayaan banyak digunakan dalam bidang antropologi budaya. Dalam disiplin
antropologi budaya tidak terdapat perbezaan maksud antara perkataan budaya dengan
kebudayaan. Secara dasarnya konsep berkenaan dengan kebudayaan terlalu bayak
dan rumit dan penghuraian tentang konsep ini mengundang pelbagai kecelaruan da
kekeliruan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif kebudayaan yang dapat
dilihat oleh para pengkaji. Setiap takrif sering kali dipengaruhi oleh rangka teori dan
andaian mengenai asas pembentukan masyarakat dan kebudayaan itu sendiri. Sebagai
contoh teori evolutionism yang dipelopori oleh Edward Burnett Tylor(1882M-1917M),
teori historical particularism atau historical diffusionism olehFranz Boas (1858M-
1942M), teori culture and personality oleh Ralph Linton(1893M-1953M), teori
functionalism oleh Bronislaw Malinowski (1884M-1942M), teori structural-functionalism
oleh Alfred Reginald Radcliffe-Brown(1881M-1955M), teori structuralis oleh Claude
Lévi-Strauss dansebagainya. Sarjana Islam, Malik Bennabi (1905M-1973M) dalam
bukunya Musykilah al-Thaqafah, telah mengklasifikasikan istilah kebudayaan kepada
dua aliran utama, iaitu aliran barat dan aliran Marxis. Aliran barat melihat kebudayaan
sebagai hasil pemikiran, iaitu hasil manusia yang mana tokokh- tokohnya seperti
William Oghbern dan Ralph Linton. Manakala aliran Marxis melihat kebudayaan
sebagai hasil masyarakat. Tokokh- tokokh yang mempelopori adalah Konstantinov dan
Mao Tze Tong. Kebudayaan merupakan proses dan hasil dari kehidupan masyarakat
dan tidak terdapat mayarakat yang tidak menghasilkan kebudayaan. Tetapi
kebudayaan yang dimiliki oleh satu masyarakat dengan dengan yang lainnya akan
berbeza. Ada masyarakat yang masih memiliki kebudayaan sederhana, ada juga yang
sudah kompleks dan moden. Antropologi mempelajari masalah budaya yang secara
khusus dipelajari dalam antropologi budaya. Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan
mempelajari masyarakat yang pada dasarnya mempelajari budaya juga. Secara teori
dan analisis masyarakat dan budaya dapat dipelajari secara terpisah walaupun dalam
kenyataannya keduanya tidak dapat dipisahkan. Pandangan antropologi tentang
budaya adalah segala sesuatu yang terdapat di dalam masyarakat, masyarakat
ditentukan oleh budaya yang dimiliki. Walaupun ahli sosologi berpandangan bahawa
unsur-unsur kemasyarakatan yang mendorong anggota masyarakat untuk
menyesuaikan diri dalam sikap, cara berfikir, dan perilakunya pada lingkungan
masyarakat. Unsur persamaannya adalah mengenai kebudayan dan masyarakat yang
tidak dapat dipisahkan dalam suatu sistem sosial. Tambahan lagi, kebudayaan menurut
istilah kamus dewan pula diambil daripada kata dasar ‘ budaya’ yang bermaksud
tamadun, peradaban dan sebagainya, oleh yang demikian, kebudayaan diertikan
sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat. Dalam kalangan para pengkaji antropologi pula
mempunyai persepsi yang pelbagai mengenai pengertian kebudayaan iaitu seperti
Koentjaraningrat yang menyatakan kebudayaan berasal daripada kata sasnkrit ‘
buddayah’ iaitu bentuk jamak dari ‘ buddhi’ yang bererti budi atau akal. Seterusnya
yang kedua pendapat dari Ralph L. Beals dan Harry Hoijer yang menyatakan bahawa
konsep kebudayaan ialah mengenal pasti kelakuan yang biasa diamalkan , diperolehi
melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Bagi ahli antropologi Sidi
Gazalba pula menyatakan bahawa kebudayaan sebagai cara berifkir dan cara untuk
merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan manusia yang
membentuk masyarakat. Abdul Aziz Deraman pula mengatakan bahawa makna
kebudayaan secara paling mudah dalah himpunan olahan manusia daripada akal
fikiran, ikhtiar dan kesanggupan berkarya. Soekmono berpedapat kebudayaan
meliputi seluruh hasil usaha manusia sama ada dalam bentuk material, buah
fikiran atau corak hidup manusia. Di samping itu, menurut Zoetmulder pula
menyatakan bahawa kebudayaan ialah cara hidup. Kebudayaan juga bukan
sahaja objek- objek sains sejarah tetapi sebagai manifestasi kehidupan masa lalu
kerana pengaruh mereka ke atas kejadian – kejadian masa itu. Contohnya
kejadian masa silam seperti yang terdapat dalam Pararaton, kidung, Babad Tanah
Jawi dan Negarakertagama adalah menggambarkan kebudayaan Indonesia.
Manakala T.S. Eliot dalam bukunya Notes Towards the Definition Of Culture
menyatakan ‘ a culture is conceived as the creation of the society as a whole
being from another aspect that which makes it a society. It is not the creation for
any one part of the society’. Walaupun terdapat beberapa pengertian dan pandangan
kebudayaan seperti yang telah dinyatakan, namun pendapat yang telah dikemukakan
oleh E.B. Taylor adalah antara pendapat yang hampir memnuhi segi kebudayaan yang
disenaraikan oleh Mahjunir, antaranya termasuklah susunan masyarakat, ekonomi,
peralatan hidup, ilmu, kesenian dan keagamaan. Seperti yang dinyatakan oleh E.B
Taylor tentang kebudayaan adalah satu lesatua yang kompleks merangkumi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat istiadat dan segala kemahiran yang
terdapat pada manusia sebagai anggota masyarakat. Segala yang diterima, dipercayai
dan dipraktikkan oleh masyarakat itu mestilah berterusan atau diulangi oleh generasi
berikutnyadan jika tidak ia terkeluar dari kelompok budaya. Sebagai kesimpulan dapat
dikatakan bahawa kebudayaan adalah rangkuman segala aspek hidup manusia baik
dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu
masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun –
temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat
dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat. Selain itu, konsep kebudayaan pula
dapat dijelaskan dengan istilah kebudayaan yang dihuraikan berasaskan
penggunaannya sudut literal dan konseptual. Aspek literal diperbincangkan dengan teliti
berasaskan komparatif semantik bahasa Melayu, Inggeris dan Arab kerana ia kunci
untuk memahami pengertian istilah. Dalam menghuraikan konsep budaya, perlu
menggunakan pendekatan memilih untuk menapis pandangan yangbervariasi dan
hanya menghuraikan berdasarkan aliran serta teori popular dalam antropologi budaya,
seterusnya membuat perbandingan di antara pandangan sarjana Barat dan Islam tanpa
menyisihkan pandangan budayawan tempatan dan sarjana Nusantara. Konsep
kebudayaan dari aspek literal yang secara umumnya, perkataan kebudayaan
bermaksud tamadun, peradabanatau kemajuan fikiran. Dari sudut etimologi, perkataan
“budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah
iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti ca haya atau sinar yang terletak di dalam
batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia
melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkanoleh budinya. Pandangan ini
disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah(1908M-1981M) dan Sutan Takdir Alisjahbana
(1908M-1994M). Perkataanbudaya mengalami proses hiplologi (budi + daya : budaya).
Bertentangan dengan Koentjaraningrat kerana beliau berpendapat istilah “budaya”
berasal dari bahasa Sanskrit buddhayah” iaitu kata jamak dari perkataan “buddhi” yang
bererti budi atau akal. Dengan demikian, kebudayaan dapat diertikan sebagai hal-hal
yang bersangkutan dengan akal. Begitu juga Bakkar dalam buku Filsafat Kebudayaan:
Sebuah Pengantar yang mendakwa perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit
“Abhudaya ” yang bererti hasil baik, kemajuan dan kemakmuran yang serba lengkap.
Manakala perkataan Inggeris, istilah “ culture” berasal dari perkataanLatin “ colere ”
yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah
memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah
satu dari maknanya adalahberhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat
dengan aktivitipertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut
“cultivated person” merujuk seseorang yang mempunyai “culture”. Sedangkan
dalambahasa Arab, istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan “al-thaqafah”.
Penggunaan istilah ini tidak ditemui dalam hasilkarya karangan para cendekiawan
zaman pemerintahan Dinasti Umawiyyah (661M-749M) begitu juga era Dinasti
‘Abbasiyyah (750M-1258M) dan tiada juga dalam hasil penulisan Ibn Khaldun (1332M-
1406M) tetapi ia tidakbererti kebudayaan dalam bentuk praktis atau cara hidup yang
komplekstidak pernah wujud pada masa tersebut. Istilah al-thaqafah membawa erti
cepat memahami dan kecerdikan. Dalam kamus leksikon Lisan al- ‘Arab karangan Ibn
Manzur, dinyatakan thaqafa al- syay’ tsaqfan wa thiq afan wathuqufatan ertinya
memahami secara mendalam, rajul thaqfun wa thaqifun wathaqufun ertinya, seorang
lelaki yang cerdik dan cepat mengerti. Berasaskan pengertian literal tersebut, beberapa
perkara utama yangberkaitan dengan kebudayaan dapat disimpulkan. Perkataan
budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari “budi” dan “daya” serta bahasa Arab “
al-thaqafah ” lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang berhubungkait dengan
penjelmaan akal manusia. Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, “culture”
yang merujuk kepada hubungkaitnya dengan aktiviti pertanian . Kemajuan dalam sektor
pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.
Selaras dengan pandangan ahlisosiologi Amerika, Will Durant dalam bukunya The
Story of Civilization bahawa bentuk pertama kebudayaan adalah pertanian. Manifestasi
daripada kemajuan mekanikal dalam bidang pertanian menjadi falsafah tkelahiran
istilahculture.Justeru, berdasarkan kenyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa
istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal.Proses
internal (dalaman) bersumberkan “budi” ataupun kecerdikan akalyang menjana proses
eksternal yang berasaskan “daya” ataupun tenaga manusia sebagai momentum dalam
mengatur urusan hidupan harianbermasyarakat. Tegasnya, kebudayaan adalah hasil
interpretasi akal manusiadalam memenuhi keperluan dan aktiviti hidupnya.
Seterusnya dari aspek Istilah pula dengan bertitik tolak dari akal sebagai esensi utama
dalam menghasilkan sesuatu pola kebudayaan, dapatlah dirumuskan bahawa
kebudayaan merupakan satu cara berfikir yang komprehensif kumpulan manusia untuk
dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan diterjemahkan dengan tindakan dalam setiap
aspek kehidupan sosial.Pandangan ini tidak banyak berbeza dengan pendapat yang
dikemukakan oleh sarjana silam mahupun kontemporari. Satu konsep awal telah
dikemukakan oleh seorang ahli antropologi Inggeris pada abad ke-19M,Edward Burnett
Tylor (1832-1917). Dalam bukunya Primitive Culture, beliau mendefinisikan
kebudayaan sebagai ‘That complex whole which includes knowledge, belief, art,
morals,law, custom, and any other capabilities and habits acquired by manas a member
of society’. Pandangan yang dikemukakan oleh Tylor telah berjaya mempengaruhiramai
ahli antropologi dan mendominasi hampir lima puluh tahun selepasnya. Sepertimana
ahli antropologi sezamannya, pandangan yangdiutarakan oleh beliau adalah kesan
daripada skema aliran evolutionism yang dianuti. Ini kerana beliau dibesarkan dalam
era cetusan idea teori evolusiterutamanya pemikiran sarjana sosiologi Inggeris Charles
Darwin (1809-1882)melalui karyanya The Origin of Species pada tahun 1859.
Pendekatan evolusi menekankan kebudayaan sesuatu masyarakat ituberkembang
dalam bentuk-bentuknya tertentu mengikut tahap yang terdapatdalam sejarah
perkembangan masyarakat. Bermula dari tahap liar ( savagery), diikuti tahap barbarism
dan seterusnya menuju ke tahapbertamadun ( civilization). Beliau turut membincangkan
teori asal-usul dan evolusi agama masyarakat primitif. Kesimpulannya, beliau
berpendapatbudaya sebagai satu set sistem yang kompleks dan lengkap hasil
darimasyarakat melalui proses yang lama melalui pertukaran daripada suatu bentuk ke
suatu bentuk yang lain. Aliran evolusi tidak dapat bertahan lama kerana tidak
berhubung-kaitdengan data saintifik dan bukti yang konkrit untuk membuat
generalisasiyang menyeluruh. Realitinya, setiap masyarakat mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza. Sehubungan dengan itu muncul pelbagai teori dan aliran
baru bagi mengisi lompong yang ditinggalkan oleh aliran evolusi. Selepas era evolusi
mulai malap, lahir aliran partikularisme sejarah yangdirintis oleh Franz Boas (1858-
1942). Aliran Boas terpengaruh dengan duapendekatan iaitu pendekatan geographic
Jerman dan pendekatan fieldwork Amerika. Aliran baru ini mengkritik hebat
pendekatan evolusionisme. Aliran ini juga dikenali aliran diffusionisme Amerika. Boas
berpendapat kebudayaan merupakan “the totality of the mental and physical reactions
and activities that characterize the behavior of the individuals composing a
social group collectively and individually in relation to their naturalenvironment, to other
groups, to members of the group and of each individual to himself ” Begitu juga dengan
pelajar Boas, Melville Jean Herskovits (1895-1963) dalam bukunya Cultural
Anthropology memberikan definisi yang mudah dimana beliau menjelaskan kebudayaan
sebagai “the man-made part of the environment”. Menurut Boas, setiap tret kebudayaan
itu harus dikaji dalam prosesmasyarakat di mana ia terjelma dan diamalkan. Atau
dengan erti kata lain,seorang pengkaji mesti melibatkan diri dalam lapangan
penyelidikan. Beliau mencadangkan data mengenai kebudayaan dipungut sebanyak
yangmungkin dan setakat mana yang boleh sebelum sebahagian besar
daripadakebudayaan masyarakat primitif luput dari muka bumi. Jika data seperti
inidikumpulkan dan kemudiannya diinterpretasikan maka barulah beberapateori boleh
dilahirkan.
Namun begitu, pendekatan ini terlalu idealistik dan agak sukardilaksanakan kerana
seseorang penyelidik tidak dapat mengkaji sertamengumpulkan semua data untuk
menghasilkan fakta dengan tepatberkaitan dengan budaya masyarakat yang dikaji.
Keadaan ini bertentangandengan hipotesis, batasan kajian dan teori yang telah
ditetapkan.Dalam menghadapi kemelut berkaitan, muncul Alfred Louis Kroeber(1876-
1960) dan Clyde Kluckhonh (1905-1960) menganalisis konsepbudaya yang beragam
dalam karangan Culture : a Critical Review of Conceptand Definitions. Mereka telah
mengumpulkan sebanyak 164 definisi budayayang berbeza-beza, dari mempelajari
tingkah laku hingga ke idea dalamminda, pembinaan logik, cereka berstatistik
( statistical fiction), mekanismepertahanan fizikal ( a physic defence mechanism ) dan
mereka merumuskankebudayaan sebagai pola perlakuan yang dipelajari dan
disampaikanmenerusi simbol dan artifak iaitu bahasa dan kesenian bagi tujuan
untukmenyampaikan tujuan, idea tradisi dan nilai masyarakat. Ia merupakansebagai
sifat-sifat tertentu sesuatu kelompok manusia. Aliran diffusionism terbahagi kepada dua
kelompok utama. Pertamaditerajui oleh Grafton Elliot Smith (1871-1937) merupakan
golonganantropologi British yang menganggap aspek tamadun tinggi yang berkembang
di Mesir telah wujud satu sistem kebudayaan yang maju berasaskan pertanian.
Kemajuan ini kemudiannya tersebar ke merata duniamelalui hubungan orang Mesir
dengan orang luar. Golongan ini dikenali juga sebagai aliran Manchester atau
Heliocentrik (sun-centered). Manakala pemikiran golongan kedua amat berbeza kerana
merekamenganggap wujud satu lingkungan kebudayaan ( “culture circle”,
“culturecomplex”, “culture stratum” ) atau dalam bahasa Jerman kulturkreis iaitu
kawasan-kawasan di mana tret kebudayaan yang sama-sama diamalkan dapat
diperhatikan. Golongan ini menganggap anggota masyarakat meminjam tret
kebudayaan asing kerana pada asasnya anggota masyarakat tidak suka mencipta.
Alfred Kroeber merupakan aliran sederhana Amerikayang cenderung kepada kelompok
Jerman-Austria. Namun begitu, pendekatan aliran diffusionisme mempunyai
banyakkelemahan. Sebagai misalan, proses pemindahan tret kebudayaan
kepadabudaya yang lain tidak dihuraikan secara mendalam selain penjelasanmengenai
sebab penerimaan sesuatu kebudayaan lain ataupunpengubahsuaian tret kebudayaan
yang asal tidak terjawab.Selain daripada itu, timbul aliran functionalism sebagai reaksi
terhadapkepincangan dan kelemahan aliran evolusi dan difusi. Tokoh utama aliran ini
adalah Bronislaw Malinowski (1884-1942). Beliau melihat kebudayaan sebagai an
integral composed of partly autonomous, partly coordinatedinstitutions. It is integrated
on a series of principles such as thecommunity of blood through procreation; the
contiguity in spacerelated to cooperation; the specialization in activities and lastly
theuse of power in political organization Teori beliau menganggap semua tret
kebudayaan adalah berfungsidalam masyarakat yang mengamalkan tret kebudayaan
seumpama itu.Pandangan fungsionalisme menegaskan bahawa semua pola adat
resam,tingkah laku, kepercayaan serta sikap merupakan sebahagian
daripadakebudayaan yang mempunyai tugas atau fungsi asas dalam sesuatu
kebudayaan. Malinowski menegaskan tugas sesuatu tret kebudayaanadalah
keupayaannya untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asasidan keperluan
sampingan golongan individu masyarakat itu. Sebagai contoh, untuk keperluan asas
metabolisme respons dari budaya melahirkantabungan makanan, untuk pembiakan
mencetuskan sistem persanakan,untuk keselamatan wujudnya sistem perlindungan
terhadap anggotamasyarakat dan seumpamanya. Manakala ahli antropologi sosial
British Alfred Reginald Radcliffe-Brown (1881-1955) mendefinisikan kebudayaan
sebagai the process by which a person acquires from contact with
other persons or from such things as books or works of art, knowledge,skill, ideas,
beliefs, tastes, sentiments. Pendapat Radcliffe adalah berasaskan aliran structural
functionalism .Beliau melihat kebudayaan dari dimensi struktur dan fungsi dalam
sistemmasyarakat. Konsep yang dikemukakan oleh beliau merujuk kepada proses
interaksi dalam masyarakat melalui organisasi sosial dengan jaringan pelbagai unsur
dan aspek hingga lahir pola-pola budaya. Beliau lebih menumpukan kepada elemen
fungsi dalam masyarakat.Sedangkan Claude Lévi-Strauss perintis penting aliran
strukturalisme lebih menumpukan kepada asal-usul sistem itu sendiri. Beliau
melihatkebudayaan manusia sebagaimana yang dilambangkan dalam kesenian,ritual
dan pola kehidupan sehari-hari yang menggambarkan struktur dalam masyarakat.
Selain dari itu, Ralph Linton (1893-1953) dalam bukunya The CulturalBackground of
Personality mendefinisikan kebudayaan sebagai the configuration of learned behaviour
and result of behaviour whose component elements are shared and transmitted by
themembers of particular society Pandangan Ralph Linton lebih memperlihatkan unsur
utama dalampembentukan kebudayaan adalah tingkah laku (behaviour ) yang
dipelajari dan dikongsi bersama dalam masyarakat. Ini kerana aliran yang menjadi
pegangan beliau adalah culture and personality. Aliran ini lahir kesan perubahan
kecenderungan ahli antropologi dalam penyelidikan kebudayaan daripada aspek
sejarah dan difusi kepada kajian mengenai psikologi.
Justeru kajian kebudayaan dari perspektif personaliti dirintis bagi menganalisis
personaliti manusia yang terlibat dan untuk melihat mengapa dan bagaimana individu
berbeza dari yang lain dalam tingkah laku dan perbuatan. Pendek kata, pandangan
aliran barat lebih cenderung kepada aliran teoretikal beraneka ragam yang dirintis dan
dipelopori. Kadangkala konsep yang dikemukakan kontra antara satu sama lain. Aliran
yang tercetus merupakan kesan ketidakpuasan hati dan kelemahan yang terdapat
terhadap aliran yang sedia ada. Walaupun begitu, istilah culture menurut kebanyaka
nsarjana Barat masih dalam lingkungan yang berbentuk material dan bukan material.
Pola kebudayaan yang dihasilkan berasaskan akal sebagai medium utama.Berbeza
dengan pentakrifan yang dikemukakan oleh sarjana Arab Islam.Terdapat pemisahan di
antara unsur material dan bukan material yangmenjadi pola budaya sarjana Barat di
mana al-thaqafah merujuk kepadaperspektif bukan material (idea, pemikiran, adab,
tingkah laku dansebagainya). Manakala dimensi material pula merujuk kepada istilah al-
hadarah (tamadun). Ini termasuklah teknologi, peralatan dan sebagainya
yangberhubung-kait dengan hasil berbentuk material.Sarjana Islam Malik Bennabi
(1905-1973) merumuskan kebudayaansebagai suatu himpunan sifat-sifat akhlak dan
nilai-nilai sosial yangmengesani individu sejak kelahirannya dan secara tidak disedari ia
menjaditali yang mengikat tingkah laku individu dengan sistem hidup masyarakat
dimana ia tinggal. Pandangan ini juga tidak berbeza dengan apa yang dikemukakan
olehIsmail Raji al-Faruqi (1921-1986). Beliau mendefinisikan kebudayaan sebagai the
consciousness of values in the totality of their realm, implyingat its lowest level an
intuitives awareness of their respective identities and the order of rank properly
belonging to each of them,as well as personal commitment to their pursuit and
actualization. Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh konsep yang dibentangkan oleh Sa‘
idHawwa yang mana beliau menjelaskan kebudayaan bukan sahajadimaksudkan
dengan ilmu semata-mata bahkan termasuk idea-idea ( tasawwurat), pemikiran-
pemikiran, tingkah laku, adab dan setiap pengertianyang tidak termasuk dalam kategori
material (al-maddi). Jelas, ketiga-tiga pandangan yang dikemukakan oleh sarjana Arab
Islammemperlihatkan penekanan kepada aspek bukan material yang menjadi
perbahasan budaya. Berasaskan pandangan tersebut tidak boleh dirumuskan istilah al-
thaqafah menurut sarjana Islam suatu yang sempit dan terbatas.Bahkan ia
menggambarkan kehalusan cita masyarakat Islam. Istilah al-hadarah yang mempunyai
indikasi ruang dan objek lebih relevan untukmenggambarkan idea mengenai hasil
material.Selain daripada polemik berkenaan, terdapat juga huraian
yangdiperbincangkan oleh sarjana Melayu yang memperlihatkan kepelbagaiandan
kecelaruan berasaskan disiplin pengajian dan aliran masing-masing.Ramai sarjana
Islam Melayu yang senang hati menerima konsep Baratterutama yang dikemukakan
oleh E.B. Tylor, di antaranya Syed Nasir Ismail (1921-1982), Mohd. Taib Osman, A.
Aziz Deraman dan ramai lagi kerana ia dianggap sebagai konsep yang paling lengkap,
sistematik dan dapat menjelaskan konsep budaya.Koentjaraningrat cenderung kepada
aliran teoretikal sarjana Barat (culture and personality). Beliau menghuraikan
kebudayaan sebagai keseluruhan dari kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang
teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar. Ini semua
tersusundalam kehidupan masyarakat. Budayawan Melayu, Asmad (1930-1993)
mendefinisikan kebudayaansebagai cara kehidupan iaitu gaya, laku atau ragam, corak
hidup ataukehidupan secara umum bagi sesuatu masyarakat atau bangsa. A. Aziz
Deraman mengkonsepsikan istilah kebudayaan merujuk kepada satu cara hidup yang
merangkumi keseluruhan kompleks yangmerangkumi semua lapangan kehidupan dan
sama ada mudah atau kompleksnya bidang-bidang itu tergantunglah kepada tingkat
perkembangankemajuan dan perubahan yang dilalui oleh masyarakat itu sendiri.
Zainal Kling merumuskan budaya meliputi segala-gala yang terdapat dalam masyarakat
termasuk segala gagasan (idea), alatan (material), dan bentuk pengucapan
(expression). Secara mudahnya, kebudayaan adalah segalaciptaan dan warisan hidup
bermasyarakat. Manakala pendapat yang dinyatakan oleh Abu Bakar Hamzah
cenderung kepada penekanan aspek bukan material yang dipelopori olehsarjana Islam
Arab. Beliau menyatakan kebudayaan meliputi sesuatu yangberupa niskala ( abstract )
yang dihasilkan oleh pemikiran manusia dan akal budinya. Walau bagaimanapun, satu
konsep menarik bersesuaian dengan realitiNusantara telah dikemukakan oleh Haji
Abdul Malik Karim Amrullah(Hamka). Beliau telah menghuraikan kebudayaan sebagai
usaha dan hasilusaha manusia menyelesaikan kehendaknya buat hidup dengan alam
yangada di kelilingnya. Begitu juga dengan konsep Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Beliau menegaskan kebudayaan sebagai jumlah segala hasil daya cipta insan serta
cara-cara menyesuaikan dirinya dengan keadaan dan kehidupannya. Pandangan
Hamka berasaskan penelitian beliau terhadap masyarakat Nusantara yang berinteraksi
dengan alam sekeliling dalam memenuhikeperluan hidup. Beliau menukilkan
pandangan Mohammad Hatta yang menyimpulkan budaya hasil dari interaksi manusia
dengan alam Sesungguhnya bukit dan gunung, sungai dengan airnya yang mengalir
danpadang yang luas adalah Semula jadi, manakala usaha manusia menggali
bandaran air, membuat petak-petak tanah untuk sawah, menanami ladang-ladang
dankadang-kadang menggali dan menambang mencari emas adalah budaya. Budaya
yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian.
Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang
kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas
kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses
pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya.
Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana
anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160
definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka
menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal
daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah
perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain
difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat
dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.
Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Selain itu, dalam budaya itu
terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil.
Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang
penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling
berkaitan antara satu sama lain dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri.
Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya
universal dengan dibahagikan kepada budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia,
sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan
agama serta perkara ghaib. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula
bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat
aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya). Segala aktiviti
budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan
“trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih
kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsure
atau “items”. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-
anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain,
seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan
sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang
melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan
individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan
antropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami
perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus
mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Walaubagaimanapun,
berkenaan dengan konsep mengenai budaya yang dikemukakan oleh para sarjana
tersebut memperlihatkan kepelbagaian dan keragaman dalam penghuraian sesuatu
istilah. Bagaimanapun kepelbagaian tersebut menyebabkan istilah kebudayaan
bertambah rumit pengertiannya tetapi dalam masa yang sama memperkayakan lagi
perbendaharaan budaya yang mana boleh dilihat dalam pelbagai bentuk dan dapat
huraikan dalam berbagai dimensi. Terdapat dua konsep yang mewakili dua aliran
kesarjanaan Islam dan Barat telah dipilih yang mana memperlihatkan kecenderungan
berbeza dalam menghuraikan istilah kebudayaan iaitu pandangan sarjana Barat dan
Islam.
Budaya berasaskan pendapat sarjana barat
Manusia Ratio Alam Budaya
Budaya berasaskan pendapat sarjana Islam
Manusia
Intellectus
Ratio
AlamBUDAYA
Aliran pertama dapat dilihat melalui proses selari yang mewakili pandangan sarjana
Barat dan yang kedua mewakili sarjana Islam. Proses selari ini sepertimana yang
dikonsepsikan oleh sarjana Barat dengan longgar. Beliau melihat kebudayaan sebagai
keseluruhan yang kompleks di mana terkandung pelbagai elemen termasuklah pola
keagamaan. Manusia mencipta agama melalui proses pengalaman. Konsep yang
dikemukakan beliau telah menafikan kewujudan khaliq (pencipta). Manusia berinteraksi
dengan alam yang zahir secara semula jadi (nature) tanpa campur tangan pencipta
berasaskan akal ratio (rational) semata. Kesannya, lahirlah kebudayaan berbentuk
sekularisme.materialisme untuk memenuhi keperluan manusia. Pandangan ini
berasaskan teori evolusi yang mana manusia menempuh cara hidup evolusi dari cara
hidup purbakala, ke cara hidup bersuku-suku puak, ke cara hidup berdusun
berkampung seterusnya berbandar, berkota, berbandaran meningkat naik mengikut
peringkatnya. Dengan istilah yang mudah peningkatan taraf “kebudak-budakan” yang
zahir bersikap bersandar kepada agama dan hal-hal yang berkait dengan hakikat
rohaniah sehingga ke tahap ia mampu berdikari menerima tanggungjawab
“kedewasaan” yang sanggup menempuh penafian segala nilai yang dianggap memberi
makna pada diri. Aliran kedua pula menunjukkan kebudayaan terhasil daripada
interaksi manusia dengan alam ciptaan khaliq (pencipta) berpaksikan keluhuran akal
fikiran, bersumberkan wahyu sama ada berbentuk al-Qur’an ataupun al-Sunnah untuk
memenuhi keperluan harian mereka. Proses ini melibatkan akal intelectus dan ratio
yang melibatkan alam fizikal mahupun metafizik (ghayb). Interaksi ini menghasilkan
pola-pola atau elemen-elemen yang membentuk kebudayaan seperti kesenian, ilmu
pengetahuan, sistem ekonomi, undang-undang, politik dan sebagainya yang mana tidak
termasuk agama sebagai pola kebudayaan.48 Natijahnya, lahir kebudayaan Islam.
Tegasnya, pertentangan idea di antara sarjana Barat Inggeris dengan sarjana Islam
tersebut sukar dikompromikan untuk mendapatkan satu persamaan dalam
kepelbagaian yang wujud (unity in diversity). Walaupun peranan akal tidak dapat
dinafikan kepentingannya dalam menjana sebarang pola kebudayaan sama ada
berbentuk material atau bukan material. Ini kerana semua pola yang dihasilkan adalah
kesan interaksi manusia berpaksikan akal dengan alam sekeliling. Namun realitinya,
interaksi yang berlaku bukan berpaksikan kepada instrumen akal semata-mata kerana
terdapat dua kategori akal, iaitu intelectus (intelligence) dan ratio (rational).
Pembahagian ini kesan daripada inti sari falsafah hidup kebudayaan barat yang
berasaskan penerimaan dualisme di mana adanya dua hakikat dan kebenaran yang
bertentangan dan yang mutlak. Akal intelectus merujuk kepada alat merenung hakikat
rohaniah manakala akal ratio adalah alat memahami serta menguasai alam zahir.49
Kebudayaan barat yang kabur dan mengkhayalkan adalah hasil dari akal ratio semata-
mata sedangkan kebudayaan Islam hasil kombinasi di antara akal intelectus dan ratio.
Pendek kata, kebudayaan barat berasaskan syirik berlawanan dengan tauhid. Selain
elemen asas tersebut, kebudayaan barat berlandaskan tiga ciri utama. Pertama,
falsafah bukannya agama, kedua falsafah tersebut menjelmakan sifatnya sebagai
humanisme, mengikrarkan faham penduaan yang mutlak bukannya kesatuan sebagai
nilai serta kebenaran hakikat semesta. Ketiga, berdasarkan pandangan hidup tragik
yang menerima pengalaman kesengsaraan hidup sebagai satu kepercayaan mutlak
yang mempengaruhi peranan manusia dalam dunia. Sehubungan dengan itu, sarjana
Barat cenderung mengkategorikan agama sebahagian daripada pola kebudayaan52
bertentangan dengan aliran Islam. Terdapat tiga pengertian agama, yang pertama
agama berasaskan satu tanzil daripada tuhan yang haqq kepada insan dilangsungkan
dengan perantaraan wahyu yang diturunkan oleh-Nya kepada Nabi atau Rasul-Nya.
Kedua, agama itu sehimpunan tahayul, termasuk cara-cara melangsungkan ibadat atau
penghambaan diri sebagaimana yang telah ditetapkan, manakala yang ketiga, agama
sebagai sehimpunan pendapat-pendapat dan undang-undang yang disusun dan direka
oleh para bijaksana dan failasuf bagi keperluan kesejahteraan dan ketenteraman
khalayak masyarakat insan bagi mencegah hawa nafsu, membina serta menjamin
tatatertib dalam pelbagai golongan dan lapisan masyarakat insan. Pengertian pertama
merujuk kepada agama Islam. Islam (syari‘ah samawi) berasaskan wahyu adalah dari
pencipta (khaliq) bukannya ciptaan manusia hasil dari pengalaman. Budaya dan Islam
tidak dapat dipisahkan sebagai bidang keagamaan dan duniawi. Ia tidak hanya terbatas
kepada aspek agama yang sempit begitu juga tidak terbatas kepada konotasi sempit
barat dengan keduniaan bahkan hingga alam barzakh. Tetapi pandangan kedua dan
ketiga lebih relevan dengan pendapat sarjana Barat berasaskan agama adalah hasil
masyarakat, iaitu agama budaya contohnya agama Hindu dan Buddha. Justeru,
kebudayaan Malaysia merujuk kepada keseluruhan kompleks atau cara hidup
keseluruhan orang-orang yang dikenal sebagai bangsa Malaysia hasil daripada
interpretasi peranan akal berinteraksi dengan alam sekeliling dalam usaha memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat Malaysia. Seterusnya, pola-pola budaya
merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga
ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola.
Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu
dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan
kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Pengertian
pola itu sendiri ialah merangkumi pola yang berlandaskan nilai budaya dan pola berfikir
seperti yang telah dibincangkan di atas berkenaan dengan pola kebudayaan dari aspek
islam dan barat yang mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza. Pola juga
bertindak dan berkelakuan dalam masyarakat kerana melalui kehidupan dan
kebudayaan yang dijalankan dalam sesebuah masyarakat akan memperlihatkan pola.
Tambahan lagi, pola budaya juga merupakan segala rangkaian dari unsur – unsur
yang menjadi ciri paling menonjol dari suatu kebudayaan, yang selanjutnya
mendeskripsikan watak dari kebudayaan yang bersangkutan (Soerjono Soekanto). Pola
kebudayaan secara umum dibentuk oleh nilai, norma dan keyakinan sehingga tidak
dapat dilihat. Dalam setiap masyarakat, dikembangkan sejumlah pola – pola budaya
yang ideal dan pola ini cenderung diperkukuhkan dengan adanya pembatasan –
pembatasan. Pembatasan kebudayaan terbagi kepada dua jenis iaitu yang pertama
pembatasan langsung, terjadi ketika sesebuah masyarakat cuba melakukan suatu hal
yang meerupakan satu kebiasaan dalam kebudayaan kita merupakan hal yang tidak
lazim atau bahkan hal yang dianggap melanggar tata kesopanan atau yang ada.
Sebagai contoh seseorang datang ke satu masyarakat atau tempat baru dengan
pakaian tidak sesuai. Maka secara langsung orang tersebut akan ditegur pemakaiannya
kerana kemungkinan melanggar akebudayaan masyarakat setempat. Kedua pula
berkenaan dengan pembatasan tidak langsung melibatkan aktiviti yang dilakukan oleh
orang yang melanggar tidak dihalangi atau dibatasi secara langsung akan tetapi
kegiatan tersebut tidak akan mendapat maklum balasa atau tanggapan dari anggota
kebudayaan yang lain kerana tindakan tersebut tidak difahami atau diketahui oleh
mereka. Selain itu, budaya terbahagi kepada dua elemen iaitu budaya material dan juga
budaya bukanmaterial.Budaya Material adalah bahan-bahan artifak yang dicipta oleh
masyarakatmanakala budaya bukan material mencerminkan aspek intangible/idea
abstrak iaitu idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat.Walaupun pelbagai
definisi yang diberikan berhubung dengan budaya ianya tetap menjurus kepada
keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh
sebahagian besar anggota masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun yang meliputi
aspek sosial, politik dan adat istiadat. Berkenaan dengan struktur kebudayaan
merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain kerana dimiliki
oleh setiap suku bangsa yang merupakan hasil gagasan, tindakan dan sebagainya
benda kebudayaan yang digunakan untuk memenuhi keperluan hidup. Kebudayaan
hasil pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang beerti pengetahuan tidak
diperolehi melalui warisan genetik yang ada dalam tubuh manusia, tetapi diperolehi
oleh kedudukan manusia sebagai makhluk sosial. Hal ini menunjukkan bahawa
kebudaaan diperolehi manusia melali proses belajar dari lingkungannya. Menurut
Fisher (1980:19) faktor perkembangan kebudayaan berdasarkan lingkungan geografi,
induk bangsa dan hubungan antarabangsa. Lingkungan geografi ialah berkenaan
dengan pengaruh kegiatan masyarakat di kawasan tersebut hasil daripada interaksi
manusia dalam lingkungannya. Walaupun kebudayaan bergantung kepada manusia
dan masyarakat sebagai pendukung kebudayaan tersebut tetapi lingkungan geografi
turut berperanan dalam memberikan kemungkinan bagi masyrakat untuk mengamalkan
kebudayaan tersebut. Seterusnya yang kedua ialah faktor induk bangsa seperti zaman
prasejarah yang berlaku di Malaysia yang melibatkan perubahan demi perubahan
berlaku dalam zaman prasejrah bermula dari zaman batu awal sehingga ke zaman
logam. Diikuti pula dengan perhubungan antarabangsa dengan pelbagai kebudayaan
yang bermula semasa zaman awal pertembungan dengan budaya India, Arab dan
Barat yang telah menimbulkan dan menghasilkan pelbagai budaya di Negara Malaysia
dan sehingga kini boleh didapati pelbagai pengarauh budaya daripada luar yang
menyerap masuk ke kebudayaan melayu hasil daripada perhubungan antarabangsa
dan penjajahan. Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri.
Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan
sesuatu tujuan tertentu dan menerangkan hubungan pemboleh ubah antara satu
dengan yang lain dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal
dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang
selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau
kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas.
Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan
tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji antropologi berusaha memberi
pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba
menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya
tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu
tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu
mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan
dianalisis dengan lebih mendalam. Fungsi Kebudayaan Bagi Masyarakat ialah
kebudayaan memiliki fungsi yang besar bagi manusia dan masyarakat, kerana
kekuatan yang harus dihadapi oleh masyarakat dan anggota-anggotanya (misalnya
kekuatan alam) yang tidak selalu baik bagi mereka. Ditambah lagi manusia sebagai
masyarakat itu sendiri perlu kepuasan baik spiritual maupun material. Apabila manusia
sudah dapat mempertahankan diri dan menyesuaikan diri dengan alam serta hidup
damai dengan manusia-manusia lainnya, maka akan timbul keinginan untuk
menyatakan perasaan dan keinginan yang akan disalurkan seperti kesenian. Jadi,
fungsi kebudayaan bagi masyarakat yang pertama ialah untuk melindungi diri dari alam.
Hasil karya manusia melahirkan teknologi yang mempunyai kegunaan utama di dalam
melindungi masyarakat terhadap lingkungan alamnya. Dengan tekhnologi, manusia
dapat memanfaatkan dan mengolah alam untuk keperluan hidupnya, sehingga manusia
dapat menguasai alam. Kedua ialah kebudayaan berfungsi untuk mengatur tindakan
manusia. Jelasnya kebudayaan ada norma, aturan kaedah, dan adat istiadat yang
kesemuanya itu berfungsi untuk mengatur cara manusia bertindak dan berlaku dalam
pergaulan hidup dengan anggota masyarakat lainnya. Dalam mengatur hubungan
antara manusia, kebudayaan dinamakan pula sebagai “design for living” bermaksud
kebudayaan adalah garis-garis pokok tentang perikelakuan atau “blue print for
behavior”, yang menetapkan peraturan-peraturan mengenai perkara yang harus
dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan. Unsur-unsur normatif yang
merupakan bahagian dari kebudayaan itu diantaranya adalah unsur yang berkaitan
dengan pertanian, berhubungan dengan hal-hal yang baik dan buruk, menyenangkan
dan tidak menyenangkan. Misalnya, budaya lelaki yang memakai anting, kalung, tato,
rambut panjang, dan lain sebagainya yang terdapat dalam kehidupan bermasyarakat
dan pasti ada yang menilai baik dan buruknya. Situasi ini untuk unsur keharusan, iaitu
perkara yang harus dilakukan seseorang. Namun dari aspek unsur kepercayaan.
Misalnya, harus mengadakan upacara adat pada saat kelahiran, perkawinan, kematian,
dan lain-lain. Kebudayaan juga berfungsi sebagai wadah segenap perasaan. Hal ini
disebabkan kebudayaan berfungsi sebagai wadah atau tempat mengungkapkan
perasaan seseorang dalam masyarakat ataupun untuk memuaskan keinginan, misalnya
dengan adanya seni-seni dalam masyarakat. Kebudayaan juga berfungsi untuk
memenuhi dan menyediakan keperluan. Semua manusia memerlukan keperluan asasi
untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia perlu menggunakan air untuk
kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan
pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh
masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan
dibina kapal. Kebudayaan juga berperanan sebagai panduan kepada anggota
masyarakat dalam bertingkah laku. Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang
sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari
tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada
anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan,meliputi
perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan, perlakuan yang patut dan tidak patut
serta perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. Fungsi kebudayaan juga dapat
mengatur hubungan sesama manusia. Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik
kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang
menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Hal ini bermakna dalam menjalani
kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama
manusia. Namun secara keseluruhannya fungsi kebudayaan melayu pula bertujuan
untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu padu di
bawah payung kebudayaan yang menjadi hak milik bersama dan menghormati lambing
kebangsaan. Kebudayaan melayu juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan
kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang
melambangkan identity bagi Negara kita Malaysia. Kebudayaan juga untuk menjadi
pansuan serta landasan bagi menanamkan nilai- nilai kebangsaan dan mengenepikan
nilai- nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja serta berfungsi untuk
menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protocol, adat istiadat
pengurniaan, perlantikan , pertabalan dan sebagainya. Seterusnya, kebudayaan
merupakan satu aspek yang luas untuk diperkatakan namun untuk mengecilkan lagi
dan melihat dengan lebih teliti tentang kebudayaan ialah melalui cirri- cirri umum
kebudayaan. Yang pertama ialah kebudayaan dipelajari iaitu segala sesuatu hasil
kebudayaan yang dimiliki manusia diperolehi melalui proses belajar yang dikenali
sebagai ‘akulturasi’ tetapi berdasarkan sosiologi dikenali sebagai ‘sosiolisasi’. Kedua
ialah kebudayaan diwarisi yang bermaksud kebudayaan ini telah wujud semenjak
manusia muncul di permukaan bumi yang dikembangkan dan diteruskan atau diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi. Manusia sejak dilahirkan telah mula mengalami
proses belajar untuk persiapan menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat dan
akan mewarisi serta meneruskan kebiasaan yang telah terbentuk dalam kehidupan
masyarakat. Kebudayaan hidup dalam masyarakat kearanamerupakan satu kesatuan
yang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat kerana tanpa masyarakat tidak akan
wujud kebudayaan. Kebudayaan juga dikembangkan dan berubaha iaitu bersifat
dinamik dan selalu mengalami perubahan dan perkembangan. Perkembangan
kebudayaan merupakan perubahan yang dianggap sebagai satu peningkatan ke arah
yang baik atau menunjukkan kemajuan dalam kebudayaan masyarakat. Kebudayaan
juga terintegrasi bermaksud hubungan yang terjaring antara unsur- unusr kebudayaan
yang membentuk kesatuan. Setiap unsure kebudayaan berdiri sendiri melainkan
memiliki hubungan dengan unsure kebudayaan lain. Ringkasnya, kebudayaan
membawa satu pengertian yang sangat luas dan pelbagai yang menunjukkan kekayaan
dan keistimewaan kebudayaan dalam sesebuah masyarakat.
2.
Proses sosialisasi meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya
secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami
masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga
seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-
peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi,
ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu
terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang
menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu
fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan
budaya berlaku kerana budaya itu dinamik, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa.
Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk
reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan
budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa
secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula
merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin
hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan
budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa
lama itu dalam antropologi dikatakan “directional processes” yang dilihat dari jauh.
Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses “recurrent”. Inovasi ialah
proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak
begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima
serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.Penemuan
(discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu
diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan. Difusi pula bermakna proses
penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu
lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-
unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama
(intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah “inter-society
diffusion”. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan
unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam
anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-
unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini
berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi,
terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok
tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar,
seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam
perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku
dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan
berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada
masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic. Difusi
peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak
disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara
ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah
melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan
sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem. Unsur-unsur budaya
selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain
dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang
tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak
sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait
dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks
tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan
dengan kereta. Asimilasi ialah proses yang berlaku dalam kelompok-kelompok budaya
berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama
sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan
menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi
dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara
intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti
mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang
dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya
tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya
lain. Seterusnya ialah proses akulturasi yang berlaku apabila budaya tempatan
bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya
asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan
identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala,
melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi,
pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya
asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses
ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara
yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga
bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa.
Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-
Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian antropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi
ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai kaedah dan pendekatan
penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini
memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara
satu budaya dengan satu budaya lain. Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima
ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture),
dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada
budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah
disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak
sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima. Unsur-unsur budaya yang sukar
diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan
secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang
dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti
makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan
kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah.
Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini. Individu yang dikatakan “moden”,
“maju” dan “progresif” lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding
dengan individu “kolot” atau “kampungan”. Proses urbanisasi juga memainkan peranan
penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi
ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-
unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan
muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur
budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada
tradisi. Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi. Peringkat perubahan selalu
dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi
dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan
perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-
golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua
dengan golongan muda dan golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran
serta nasionalisme dengan liberalism berkaitan dengan golongan maju, moden juga
golongan kolot kemudian golongan urban dengan golongan kampung. Konflik dan
ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya
penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-
golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang
berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada
masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-
gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-
gerakan ini berusaha mempertahankan identiti sendiri.
Proses adaptasi dan asimilasi yang terjadi di antara konflik dan integrasi pada
akhirnya bermuara pada perpaduan antara masing
masing nilai budaya untuk mencapai satu budaya khas. Perpaduan ini merupakan
persamaan logikal dari proses interaksi dalam dinamika pertemuan antara dua budaya,
manusia membentuk, memanfaatkan, dan mengubah hal-hal yang paling sesuai
dengan keperluan. Berdasarkan daripada penyataan ini kerangka kebudayaan
khususnya dalam proses akulturasi wujud konsep local genius, iaitu kemampuan
menyerap dan mengolah secara aktif pengaruh kebudayaan yang datang sesuai
dengan watak dan kemampuan sendiri (Ayatroehaedi, 1986:18-19), sehingga tercipta
perubahan baru pada sisi tertentu dari kebudayaan Melayu. Tambahan lagi. kesan
globalisasi bukan hanya memberikan impliksasi negatif. Mengikut pendekatan
sosiobudaya salah satu implikasi globalisasi ialah munculnya pola-pola baru dari suatu
kebudayaan dalam beragam bentuk. Kebudayaan dengan corak baru ini kerap kita
sebut sebagai kebudayaan pascaindustri atau postmodern. Berdasarkan pada konteks
budaya Melayu, implikasi lain munculnya bentuk-bentuk baru dari peradaban dan
kebudayaan postmodern ialah masyarakat meninggalkan kebudayaan asal dan asli
seperti(seni, bahasa, pola-pola perilaku, maupun benda budaya lainnya) daripada
masyarakat melayu sendiri. Penerapan nilai mahupun kebudayaan asal yang terdahulu
dari budaya melayu mulai ditinggalkan lantaran dianggap ketinggalan zaman.
Alam Melayu telah menerima budaya luar bagi memantapkan budaya sendiri pada era
awal pembukaan alam Melayu lagi, mereka mengganggap perkembangannya sebegini
yang banyak dipengaruhi reaksi terhadap pertembungan dengan budaya
luar khususnya di Semenanjung sebagai Wilayah yang tidak mempunyai dasar Melayu
yang kuat. Justeru, ia tidak boleh di panggil Tanah Melayu. Tidak dinafikan
pertembungan dengan India banyak meninggalkan kesan budaya dan politik dalam
struktur sosial dan politik alam Melayu.Sehubungan dengan pengaruh Hindu, ketua
dalam masyarakat Melayu feudal dijadikan raja yang mana takhtanya adalah diwarisi.
Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu ini tidak menguasai struktur asas masyarakat
Melayu, sama ada yang bersifat politik mahupun sosial. Pengaruh Hindu ini adalah
lapisan budaya semata-mata dan tidak sama sekali mengubah struktur feudal
masyarakat Melayu dulu dalam apa cara sekalipun. Ia masih wujud dengan utuh dalam
hierarki raja dan rakyat. Islam tiba di rantau ini pada abad 11 dan didapati sudah
bertapak dengan mantapnya pada abad ke-13. Pada masa itu, Pasai dan
kemudian Aceh di Sumatera menjadi pusat penyebaran Islam yang masyhur. Walaupun
Sumatera Utara adalah pusat pengajian Islam di Asia Tenggara pada bahagian
awalnya, sesungguhnya Melaka adalah pusat di mana Islam tersebar ke seluruh alam
Melayu kemudian. Sehubungan pengaruh Islam yang kuat di rantau ini melalui Melaka,
ia menjadi pelabuhan yang dikunjungi pelbagai jenis pedagang. Walaupun banyak
bahasa dituturkan di sana namun bahasa Melayu ialah lingua franca yang paling
banyak digunakan.Ia digunakan untuk tujuan komunikasi bukan saja antara penduduk
tempatan dengan pedagang, tetapi sesama pedagang asing dari segenap dunia.
Kemunculan dan kejatuhan kekuasaan Aceh dan Bugis ini sebenarnyamemperlihatkan
jatuh bangunnya pusat kuasa alam Melayu, khususnya di Semenanjung. Namun,
kemudian pula tamadun Melayu terus berkembang dengan pengaruh kuasa pengaruh
barat hasil daripada penjajahan daripada barat dalam satu tempoh masa yang panjang
sehingga menyebabkan berlaku pengaruh budaya daripada barat dalam masyarakat.
Jelasnya berdasarkan pengetahuan sejarah menunjukkan bahawa masyarakat melayu
di tanah melayu telah menerima pelbagai pengaruh luar dan hasil daripada kemasukan
dan penerimaan pengaruh luar ini menjadikan berlaku kemasukan dan penyerapan
budaya luar ke dalam budaya melayu sendiri. Hal ini menunjukkan dan membuktikan
bahawa kebudayaan melayu amat dinamik dan responsif dengan kemasukan budaya.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ( ) dinamik didefinisikan ‘bertenaga dan
berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg
tajam drpd orang ramai; mendinamikkan menjadikan dinamik; kedinamikan keadaan
atau sifat dinamik’. Seterusnya bagi definisi responsif pula yang diperolehi daripada ‘
Kamus Dewan Edisi Keempat ( ) yang menyatakan bahawa ‘(résponsif) segera atau
mudah memberikan kerjasama atau reaksi yg bersifat membantu terhadap
sesuatu usaha dsb’. Berdasarkan daripada definisi yang diberikan ini menunjukkan
bahawa kebudayaan melayu amat dinamik kerana dapat menyesuaikan budaya dengan
kebudayaan luar hasil daripada kedatangan pengaruh luar daripada aktiviti
perdagangan dan juga penjajahan. Tambahan lagi, kebudayaan melayu juga bersifat
responsif kerana berdasarkan daripada definisi yang diberikan bermaksud memberikan
kerjasama yang bermaksud kebudayaan melayu amat responsif dalam menerima
budaya luar. Umum mengetahui Alam Melayu menerima pendedahan daripada
beberapa jenis kebudayaan yang datang dari luar. Pertama sekali akan dibincangkan
tentang pengaruh budaya hindu ke alam melayu. Orang India dianggarkan mula sampai
di Asia Tenggara sekitar kurun pertama Masihi. Nama wilayah Asia Tenggara yang
tersebut di dalam kitab Ramayana mereka ialah Suvarnadvipa (Semenanjung Emas)
dan Suvarnabhumi (Bumi Emas). Faktor ekonomi ini lama-kelamaan mendorongmereka
untukmembina penempatan baru di Asia Tenggara (Abdul Rahman Abdullah 2000: 53).
Inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (di selatan Thai) dan Labu Tuwa
(Sumatera) juga menunjukkan peranan gabungan syarikat peniaga peniaga India di
AsiaTenggara. Namun negara terawalmuncul yangmendapat pengaruh India ialah
Funan kemudian Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan TanahMerah di
Semenanjung,Kam-t’o-li di Sumatera. Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo (D.G.E.Hall
1994: 37-41). Walau bagaimanapun kerajaan yang paling penting tidak syak lagi ialah
Srivijaya iaitu catatan China: Chi-li-fo-che yangmuncul pada akhir abad ke-5Mdi tebing
SungaiMusi (Palembang sekarang).KerajaanMelayu di tebing Sungai Batang Hari
(Jambi sekarang) juga telah disebut oleh catatan China dengan namaMo-lo-yeu yang
kemudiannya disatukan dengan kerajaan Srivijaya (HashimMusa 2005:138) Dalam
konteks penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya,melalui kaedah
arkeologi telah ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang, yang
dipercayai berperanan sebagai pusat empayar agung Melayu dan di kawasan
sekitarnya.Antaranya ialah BatuBersurat yang dijumpai di sekitar Palembang (kurun ke-
7M), Talang Tuwo (684M) dan di PulauBangka (686M)membuktikan bahawa terdapat
kira-kira 70%kosa kata bahasaMelayu kuno dan 30%lagi kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit. Hinduisme yang diterima oleh penduduk peribumi di Kepulauan
Melayu-Indonesia merupakan ajaran Brahman, iaitu golongan yang menduduki tempat
teratas dalam sistem kasta Hindu. Pandangan itu disokong dengan sumber-sumber
inskripsi yang menjelaskan tentang upacara-upacara keagamaan, yang antaranya,
melibatkan penyembahan lembu serta gelaran Raja Purnawarman yang dianggap
sebagai Dewa Wishnu. Krom tidak menolak kemungkinan tentang kehadiran ajaran-
ajaran yang lain daripada Brahman, terutamanya ajaran Hindu-Buddha. Ini kerana
terdapatnya inskripsi dan lukisan di dinding stupa serta binaan candi Buddha, yang
dianggapnya mengandungi kalimat suci dalam ajaran Hindu-Buddha yang ditulis
dengan aksara Pallawa. Pemahaman ini diperkukuhkan lagi dengan catatan I-Tsing
yang menceritakan kehadiran lebih daripada seribu orang pendeta Buddha yang
bertapa dan belajar di Sriwijaya, dengan amalan dan upacara keagamaannya yang
menyamai ajaran Buddha di India (Krom 1950: 56). Pada tahap ini, penting untuk
difahami pandangan Krom yang mengenal pasti ajaran Brahman dan Hindu-Buddha
sebagai antara bentuk Hinduisme yang berpengaruh di Kepulauan Melayu-Indonesia.
Berasaskan pandangan di atas, Krom berpendapat kehadiran Hinduisme di Kepulauan
Melayu-Indonesia telah membawa perubahan yang signifikan kepada kebudayaan
tempatan, terutamanya di bidang kesenian. Ini terserlah pada monumen-monumen
seni, termasuk candi, tugu, ukiran batu dan pintu gerbang yang mengandungi catatan
serta motif yang bercirikan Hinduisme. Krom berpendapat kesenian tersebut
merupakan hasil kerja tangan penduduk peribumi dan bukannya golongan Brahman
yang datang dari India. Ini kerana catatan dan motif pada monumen-monumen tersebut
memperlihatkan jalinan yang jelas antara dua unsur kebudayaan yang berasingan, iaitu
Hinduisme dan unsur tempatan (Krom 1950: 60). Selain itu, kehadiran pengaruh serta
kebudayaan Hindu di Kepulauan Melayu-Indonesia turut memajukan bahasa
masyarakat tempatan, setelah sejumlah perkataan Sanskrit diserap ke dalam bahasa
Melayu- Indonesia dan Jawa. Kehadiran perkataan Sanskrit dalam bahasa tempatan ini
dianggap Krom sebagai suatu ‘penghormatan’ terhadap kebudayaan masyarakat di
Kepulauan Melayu-Indonesia, kerana bahasa Sanskrit dianggap suci dalam Hinduisme,
selain dituturkan secara eksklusif oleh orang Brahman. Dengan kata lain, Hinduisme
yang diterima masyarakat di Kepulauan Melayu-Indonesia ini merupakan ajaran yang
mewakili kasta yang tertinggi dalam kebudayaan Hindu, dan justeru dianggap
membawa ‘budaya tinggi’ dalam kebudayaan masyarakat di kepulauan tersebut,
sebagaimana yang dijelaskan Krom (1950: 260): “…[Hinduisme] memperkaya
kebudayaan Nusantara sebagai warisan berharga dari milik kebudayaan Hindu, atau
yang barangkali boleh kita katakan telah menaikkannya ke dalam kebudayaan yang
sebenarnya”. Tambahan lagi, Les Etats hindouises, Coedes telah mengemukakan satu
hipotesis dengan menjelaskan bahawa perkembangan kebudayaan India berlaku hasil
daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun
Masihi. Beliaumengemukakan empat unsur kebudayaan yang didatangkan dari India
keAsiaTenggara.Antaranya ialah konsep diraja bersifat Hindu-Buddha, penulisan
sastera yangmenggunakan bahasa Sanskrit, sistem kepercayaan yang dijelaskan
dalam hikayat Ramayana dan Mohabhrata mengandungi beberapa tradisi diraja dan
salasilah keturunan keluarga diraja di daerah Ganges dan hukum-hukum agamaHindu
(D.G.E Hall 1987:25). Pengaruh India dalam masyarakat dan Tamadun Melayu dapat dilihat
dari beberapa aspek.Hubungan India dan Alam Melayu yang agak lama sedikit sebanyak
mempengaruhi struktur budaya dan bahasa Melayu. Dari segi bahasa, asimilasi konsep dan idea
baru dapat dilihat melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada budaya dan bahasa India
terutamanya Sanskrit dan sedikit bahasaTamil ke dalam budaya dan bahasaMelayu.Namun
proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis
dan semantik bahasaMelayu (lihat J.Gonda 1973, Sanskrit in Indonesia, S. Singravelu 1989,
“Hubungan Kebudayaan antara India denganMalaysia Zaman Pramoden” dalam Ismail Hussein
dkk. TamadunMelayu, Jil.1,Asmah Hj. Omar 1975, “The Nature ofTamil LoanWords inMalay”,
dalam Asmah Hj. Omar 1975, Essays on Malaysian Linguistics dalamHashim Hj. Musa 2005:
142). Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam
bidang kesusasteraan.Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan
Melayu Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat
Pendawa Lima (Pandawa Jaya )(berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat
Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti
(daripada Kathasaritsagara) beberapa tema dan motif kesusasteraan India tertentu
diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografiMelayu sebagai contoh lagenda
Raja Suran yang mengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya dengan
puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam SejarahMelayu manakala jelmaan anak raja
daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan
sumber kesusasteraan India tertentu. Kemasukan unsur-unsur daripada epik
Ramayana danMahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di
Nusantara.Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil
kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur unsur kebijaksanaan tempatan ( S.
Singaravelu 1993: 96-99,Hashim Musa 2000:10). Hasil daripada bukti- bukti pengaruh
budaya hindu ke dalam budaya melayu yang dinyatakan di atas jelas membuktikan
bahawa kebudayaan melayu bersifat dinamik dan responsif ke atas budaya hindu.
Seterusnya, alam melayu juga telah menerima kedatangan masyarakat cina.
Kedatangan awal masyarakat Cina keAlamMelayu dikatakan bermula sejak awal
abadMasihi.Menurut Han Shu (BukuHan vol. 28) karya Ban Gu (32-92), sudah terdapat
jalinan maritime antara China, India dan juga SemenanjungTanah Melayu sejak abad
pertama. Sementara itu LiangLijimenyatukan (1996) , bahawa hubungan antara negeri
China denganAlamMelayu telah lama wujud sebelum abad pertama lagi, iaitu pada
abad kedua sebelumMasihi sejak zaman Dinasti Han (140-177 S.M). Catatan buku
sejarah China Dinasti Han yang berjudul Hansyu menyatakan jangka masa perjalanan
laut peniaga dari China yang merentasi SemenanjungMalaya untuk sampai ke India
yangmengambilmasa antara dua ke tiga tahun. Dalam catatan buku sejarah Hou Han
Syu, ada diungkapkan hubungan secara rasmi yang pertama antara Dinasti Han
dengan sebuah kerajaan yang disebut “Ya Diao” (kata Sanskrit “Yavavipa”mungkin di
Jawa atau Sumatera) (1995:3558). Selain itu juga, penemuan arkeologi daripada
kebanyakan pecahan seramik Dinasti Qin (221 SM-206 SM) dan Dinasti Han (206 SM-
220M) dan dinasti-dinasti berikutnya China di lembah sungai Johor membuktikan
bahawa hubungan antara China dan Tanah Melayu telah wujud sejak abad pertama
lagi atau lebih awal daripada itu. Menurut rumusan yang dilakukan sekumpulan
pengkaji Cina yang diketuai olehW. P. Groeneveldt pada tahun 1880, hubungan antara
China dan Nusantara ini tidak pernah putus. Semasa pemerintahan Empayar Wu (222-
280), rajanya iaitu Shu Quan pernah menghantar dua orang pengutus yang bernama
ZhuYing dan Kang Tai sebagai utusan muhibah ke puluhan empayar dan kerajaan
diAsiaTenggara termasuk Tantam(sekitar Kota BharuKelantan), Pu Luo Zhong (sekitar
Johor) dan WuWen di Semenanjung Malaysia (Kong Yuanzhi 2000:58,LiangLiji
1995:3559). Hubungan kebudayaan antara bangsa Cina dan Melayu semakin
berkembang pada zaman Dinasti Shui (581-610 M) dan zaman Dinasti Tang (618-
907M) dengan Empayar Srivijaya. Catatan I Tsing tentang kemakmuran Srivijaya
adalah antara bukti jelas hubungan China dan Dunia Melayu. Srivijaya telah
berperananmenjadi pelabuhan entreport termasyur dan tempat pertemuan pedagang-
pedagang dari Timur dan Barat sementara menunggu pertukaran angin
monsun.Kemajuan tamadun dan pengajian agamaBuddha sangat dikagumi oleh I
Tsing. Pemimpinnya telah memberi galakan terhadap pengajian agama Buddha.
Keadaan ini menjadi faktor penggalak kehadiran sami daripada luar seperti dari negara
China untuk belajar dengan guru-guru India. Kesempatan ini diambil oleh I-Tsing
untukmendalami agama Buddha di sampingmelakukan penyelidikan dan penelitian
tentang masyarakat dan tamadunMelayu ketika menetap di Srivijaya. Pada
pertengahan abad ke-8, pemerintah Srivijaya turut menghantar beberapamisi keChina,
bukan sahaja untuk tujuan ekonomi malahan jauh daripada itu bagi mempamerkan
kesungguhannya dalam hubungan diplomatik dengan kuasa besar tersebut. (KeithW.
Taylor 1994:173-174). Jalinan erat di antara Alam Melayu dengan China sebelum
zaman penjajahan Barat telah berlangsung dalamsuasana yang harmoni dan
semulajadi tanpa paksaan. Ini kerana hubungan yang dilakukan bukan bersifat
menakluk atau menjajah sepertimana yang dilakukan oleh kuasa Barat menjelang abad
ke-16.Hubungan inimemaparkan bagaimana kedua-dua pihak saling bergantung demi
kepentingan bersama dalamaspek politik dan ekonomi. Sikap saling hormat
menghormati dan mengiktiraf kewibawaan dan kedaulatan masing-masing di samping
menghargai unsur budaya dan warisan dari kedua-dua belah pihak. Malahan terdapat
kecenderungan dan minat untuk sama-sama memanfaatkan keunikan khazanah
budaya bangsa dan peradaban tempatan. Contohnya, catatan Mahuan dan Fei Xin
tentang keadaan dan suasana diMelaka atauWu Yu dalam catatan Cina (KongYuanzhi
2000: 71-73). Begitu juga I-Tsing yang pernah belajar tentang Buddha di Srivijaya dan
menulis tentang pengalaman dan pengamatannya terhadap keupayaan Srivijaya pada
zaman keemasannya. Hubungan antara peradaban AlamMelayu dengan peradaban
China dan India telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Pertalian antara Alam Melayu-
India wujud sejak abad pertama Masihi manakala jalinan hubungan Melayu-China
wujud sejak abad kedua sebelum Masihi lagi.Kehadiran mereka ke Alam Melayu ini
memperlihatkan ciri-ciri masyarakat pluraliti Alam Melayu yang semula jadi tanpa
paksaan oleh mana-mana kuasa. Mereka datang berdagang bersama keluarga secara
sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Sekiranya mereka mengambil
keputusan menetap di Alam Melayu, ia adalah hasil persetujuan bersama ahli keluarga.
Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi dengan masyarakat tempatan. Wujud
unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut. Kesan
pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan
masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka dan komuniti Cina Peranakan di
Kelantan dan Terengganu. Asal usul masyarakat Baba dan Nyonya bermula dengan
hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk tempatan
khususnya orang Melayu Semenanjung Malaysia, Indonesia dan masyarakat Thai.
Proses akulturasi menjadi mudah melalui perkahwinan campur pada zaman awal
pembinaan komuniti Peranakan Cina.Orang Cina mula menetap diMelaka, Pulau
Pinang dan terdapat juga yang berhijrah ke Singapura seterusnya membentuk komuniti
mereka sendiri pada awal kurun ke-17 dan abad ke-19. Di SemenanjungMalaysia pada
hari ini, hanya Melaka mempunyai perkampungan komuniti Baba. Mereka didapati
menetap di Melaka Tengah dan Bandar Melaka antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir,
Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu berendam, Bukit Rambai di samping di
Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan Masjid Tanah. Sehingga tahun 1977,
seramai 5,000 orang Baba di Melaka atau bersamaan 3 peratus daripada keseluruhan
masyarakat Cina di Melaka (Lee Kam Hing & Tan Chee Beng 2000:49-51). Kumpulan
komuniti ini telah mengalami proses asimilasi dalam sosiobudaya Melayu, di
sampingmengekalkan agama dan ciri-ciri kepercayaan asalmereka iaitu agama yang
berkaitan dengan masyarakat Cina seperti Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan lain-
lain (Anuar Puteh 2003:112;MaryF. Somers Heidhues 1974: 36-37). Kesan ini dapat
dilihat agak ketara sama ada dari aspek material mahupun bukan material.Aspek
material merangkumi perubahan dari segi pemakaian,makanan dan masakan manakala
aspek bukan material meliputi falsafah, adat resam, pemikiran atau agama dan bahasa
termasuk bertutur dalam bahasa Melayu. Proses pembudayaan Melayu berlaku ke atas
orang Cina yang berkahwin dengan masyakat tempatan dan melahirkan satu budaya
kacukan Cina-Melayu yang unik yang dinamakan budaya Baba dan Nyonya. Ciri
komuniti ini yang pada umumnya berpendidikan Inggeris jelas memperlihatkan
pengaruh Melayu dari segi pemakaian dan makanan. Generasi tua masih mengekalkan
pemakaian sarung dan kebaya.Masakan Nyonya mempunyai cirri kombinasi Cina
danMelayu yang unik tetapi lebih cenderung kepada masakan Melayu (LeeKam
Hing&Tan Chee Beng 2000:51). Hasil daripada penyerapan budaya ini juga memberi
kesan terhadap ragambahasa yangmembentuk dialek komunitimereka sebagai bahasa
pertuturan yang dikenali bahasaMelayuBaba. MenurutHashimMusa (2000: 14),
dialekMelayuBabaMelaka diasaskan kepada ragam bahasa Melayu pasar yang menjadi
lingua franca dalam perdagangan di kalangan pelbagai bangsa di bandar-bandar utama
Alam Melayu seperti Melaka, Singapura, Pulau Pinang dan Jakarta.Walaupun begitu,
setiap kawasan mempunyai ragambahasa yang tersendiri berdasarkan dialekMelayu
tempatan. Mereka juga mempunyai beberapa perkataan pinjaman bahasa Cina,
Indonesia dan Inggeris (LeeKam Hing&Tan CheeBeng 2000:51). Menurut Hashim
Musa lagi (2000: 14) bahawa dialek Melayu Baba Melaka agak berbeza dengan bahasa
Melayu baku dalam beberapa perkara. Kata pinjaman daripada bahasa Cina,
terutamanya dialek Hokkien, telah banyak diserapkan ke dalam BahasaMelayu
dalamaspek berkaitan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kata-kata yang
diserapkan tersebut mengalami proses penyesuaian dari segi sebutan dan makna
sebagai contoh perkataan lau-teng = loteng, Put-Co =Datuk Uco (nama satu Dewa
Buddha). PerkataanMelayu juga didapati telah mengalami perubahan makna dan bunyi
contohnya perkataan kawan = kawan (suami), malaikat = malikat (roh nenek moyang).
Pertuturan Melayu Baba juga agak ringkas kerana menggunakan kata dasar sahaja
dalam ayat dan tidak banyakmenggunakan imbuhan. Sebagai contoh: Dia baca buku.
Perkataan “punya” digunakan bagimaksudmilik “nya”. Seperti: bajunya = Dia punya
baju. Namun begitu, dewasa ini sebilangan komuniti Baba telah mengahwini
masyarakat Cina yangmenerap kembali ciri-ciri budaya Cina. Berdasarkan bukti yang
telah dikemukakan di atas jelas menunjukkan bahawa kebudayaan melayu amat
dinamik dan responsif terhadap kebudayaan luar iaitu kebudayaan cina. Seterusnya
diikuti pula dengan pengaruh arab. Pola utama yang mencorakkan pembentukan
asimilasi budaya Arab-Islam ke dalam budaya bangsa lain yang menerima Islam. Pola
pencorakan tersebut dicirikan oleh sifat pendakwahan Islam itu sendiri, iaitu: penolak
dan penarik. Pola penolak ialah rabbaniyyah (bersumberkan ajaran Ilahi), akhlaqiyyah
(bernuansakan nilai akhlak), insaniyyah (berteraskan nilai kemanusiaan) dan
‘alamiyyah (bersifat sejagat). Pola penarik pula ialah tasamuh (toleransi), tanawwu‘
(keanekaragaman), wasatiyyah (kesederhanaan) dan takamul (saling lengkap-
melengkapi). Pola pertama membawa maksud bahawa Islam sebagai agama sejagat
disebar masuk ke dalam budaya masyarakat seluruh dunia. Meskipun bermula di
Tanah Arab, akan tetapi Islam bukan milik masyarakat Arab dan bukan diidentitikan
oleh Arab semata-mata. Hal ini demikian kerana Islam ialah agama wahyu, yang
kandungan ajarannya menekankan nilai akhlak dan kemanusiaan, tanpa memilih ras,
keturunan dan warna kulit yang sesuai dengan semua budaya masyarakat manusia,
merentas sempadan dan zaman. Pola ini diperkukuhkan oleh peranan pengembang
budaya Arab, yakni pendakwah Arab yang peka dan memahami budaya masyarakat
Melayu, sehingga memungkinkan mereka memanfaatkan ‘uruf mereka sebagai saluran
dan metode dakwah di kawasan ini. Pola kedua pula mengandungi pengertian bahawa
kesan daripada ajaran Islam itu sendiri, budaya Melayu menjadi budaya masyarakat
penerima yang bersifat terbuka untuk bertoleransi dengan budaya Arab, yang
diperlihatkan oleh kesediaan mereka memasukkan keanekaragaman ke dalam budaya
sendiri. Masyarakat Melayu juga bersifat sederhana dengan menolak ketaksuban, serta
memiliki sifat pemerkayaan dengan mencari unsur lain yang boleh memperkukuhkan
budaya mereka. Budaya Melayu telah menerima pengaruh dalam interaksi dengan
budaya Arab sekitar abad ke- 10, meskipun ada teori yang mengandaikan pada abad
ke-13 atau seawal abad ke-7 lagi. Antara pengaruh yang dimaksudkan ialah amalan-
amalan seperti burdah, qasidah, marhaban, selawat dan berzanji, yang merupakan
pengaruh bukan kebendaan daripada ‘uruf Arab. Amalan-amalan ini diadakan semasa
majlis keagamaan, seperti khatam al-Quran, perkahwinan, Maulidur Rasul, bercukur
kepala, dan lain-lain. Menurut A. Aziz Deraman (2000), peringkat asimilasi budaya
Arab-Islam ke dalam budaya Melayu merupakan peringkat ketiga daripada empat
peringkat pembinaan budaya Melayu, iaitu budaya asli, pengaruh Hindu-Buddha yang
melanjutkan budaya asal, budaya Islam, dan pengaruh Barat atau pemodenan. Bukti-
bukti tentang keupayaan budaya Islam memperkenalkan asimilasi yang harmoni
kepada budaya Melayu yang dilatari oleh pengaruh Hindu-Buddha telah banyak
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji seperti al-Attas (1972), Abdul Rahman Haji
Abdullah (1998), Mahayudin Haji Yahaya (1998) dan lain-lain. Burdah sebagai contoh,
merupakan nama yang diberikan kepada puisi Ka„b ibn Zuhair r.a. Burdah ialah pujian
dan penghormatan kepada Rasulullah SAW, yang disebarkan daripada kesusasteraan
Arab melewati kesusasteraan bangsa-bangsa lain yang menerima Islam, termasuk
bangsa Melayu di Malaysia. Perintis puisi genre ini ialah al-Busiri (1212-1296 M),
seorang penyair sufi (Muhammad Bukhari, 1994). Marhaban pula ialah pengungkapan
pujian kepada Rasulullah SAW dan pelahiran kesyukuran kepada Allah SWT.
Marhaban seperti juga burdah dan qasidah merupakan seni muzik yang digunakan
untuk kepentingan rohaniah dalam kalangan ahli sufi bagi mendapatkan ghairat (A.
Aziz, 2000). Dari segi hukum, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama
tentang amalan marhaban dan berzanji. Di Arab Saudi, amalan ini dikategorikan
haram, atas alasan mengada-adakan perkara baru, manakala di Malaysia, Brunei dan
Singapura dikategorikan sebagai amalan yang bukan berbentuk bidaah sesat, kerana
amalan-amalan tersebut merupakan amalan ‘uruf yang tidak bertentangan dengan
dasar-dasar pokok Islam, bahkan ada dasarnya yang tertentu dalam agama (Institut
Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia, 2010). Dari segi sejarah, marhaban pada
awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah Arab sebagai salah satu metode dakwah
yang berjaya menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Metode ini telah berjaya
untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat
berkembang di rantau ini. Asimilasi budaya berlaku apabila marhaban menjadi
sebahagian daripada ekspresi seni Melayu. Masyarakat Melayu yang terbuka sifatnya
telah menerima ‘uruf Arab, lalu menjadi ‘uruf Melayu. Istilah-istilah marhaban yang
berakarkan ‘uruf Arab diterima pakai dan digunakan sebagai istilah Melayu, seperti
rawi, tarannum, Arab Hijazi, tabaqat, mahattah, qit„ah, harakat, Sikah, Rast, ikhtilal al-
lahn, fasohah, wazan, lahjah, nun sakinah dan sebagainya. Asimilasi budaya Arab yang
digerakkan oleh faktor agama telah mempengaruhi sistem pendidikan, politik,
perundangan, persuratan dan bentuk budaya masyarakat Melayu di Malaysia, bermula
sejak kedatangan Islam sehingga kini. Keistimewaan prinsip-prinisp yang didukungi
oleh kedua-dua budaya, bukan hanya berjaya membawa masuk budaya minoriti ke
dalam budaya majoriti di satu pihak, tetapi juga berjaya menerima masuk budaya
tersebut di satu pihak yang lain. Resapan kemasukan dari budaya minoriti ke dalam
budaya majoriti tidak berlaku secara paksaan. Demikian juga penerimaan budaya
majoriti terhadap resapan kemasukan tersebut tidak berlaku secara penentangan.
Justeru, satu asimilasi yang harmoni telah berlaku antara menerima transisi dengan
mempertahankan tradisi, melalui pola dua hala, iaitu penolak dan penarik. Pentadbiran
dalam politik setelah kedatangan Islam lebih condong seperti yang diamalkan oleh
masyarakat Arab semasa pemerintahan berkhalifah dijalankan di sana. Politik Melayu
pada ketika itu mengamalkan seperti yang diamalkan oleh kerajaan khilafah semasa
zaman pemerintahan era Abbasiyah.
Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,
agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu,
beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran
berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan
Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan
untuk panduan masyarakat juga disebabkan pengaruh kedatangan Islam. Kemudian,
beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan
pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam.
Gelaran raja atau dewaraja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah
seperti yang diperkenalkan dalam sistem pentadbiran Islam. Kepatuhan dan ketaatan
pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep
dewaraja.
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang
mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan
sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab
mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di
zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi
perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam
bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-
15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya
Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar
luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu
seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta
memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu
Yazid, 2003).
Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak menerapkan atau mengaplikasikan sistem
kasta dalam masyarakat seperti yang terdapat dalam pengaruh Hindu-Buddha.
Sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan kepada agama Islam. Raja,
rakyat sama ada tua atau muda, kaya atau miskin semuanya mempunyai peranan
dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003).
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia.
Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau
bagaimanapun, adat Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam masih boleh terus
diamalkan sehingga ke hari ini.
Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau
bangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-
undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan
bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan
akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup
masyarakat (Asmad, 1990: 4).
Pengaruh islam dalam aspek kesenian sangat jelas yang kita boleh lihat sejak Islam
mula bertapak dari dahulu sehingga sekarang. Kesan-kesan ini jelas ditonjolkan pada
ciptaan bangunan-bangunan seperti reka bentuk masjid yang mempunyai bentuk kubah
dan kebiasaannya mempunyai lambing bulan dan bintang di atas kubah tersebut.
Selain itu, corak yang sering dipaparkan pada dinding masjid juga lebih tertumpu
kepada corak-corak dari Arab yang simbolik dengan Islam. Selain itu, kesan pengaruh
paling jelas yang kita boleh lihat adalah pada sistem tulisan masyarakat Melayu itu
sendiri. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menggunakan sistem tulisan
nagiri, kawi dan lain-lain. Namun, setelah tersebarnya Islam di Tanah Melayu, pengaruh
Islam dan tulisan Arab telah menyebabkan tulisan Melayu lama sudah tidak digunakan
lagi. Penyerapan tulisan Arab telah diasimilasikan ke dalam Melayu dan disesuaikan
dengan cara penyebutan orang-orang Melayu lalu menghasilkan tulisan yang dipanggil
tulisan jawi.
Kemudian, tulisan jawi juga mempunyai kesenian tersendiri iaitu khat. Terdapat
pelbagai jenis khat yang telah didatangkan bersama tulisan arab antaranya khat
nasakh, khat tsuluth, khat kufi dan lain-lain lagi. Kesannya, kesenian khat ini seringkali
boleh dilihat pada ukiran-ukiran di masjid-masjid ataupun dirumah-rumah kita sendiri.
Seni khat kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bentuk-bentuk geometrik.
Selain itu, terdapat juga pengaruh Islam dari segi seni persembahan. Pengaruh ini telah
menciptakan identiti bangsa sesuatu masyarakat itu sendiri. Contohnya, tarian zapin
yang terkenal di negeri Johor. Seni persembahan lain antaranya ghazal, qasidah,
hadrah, gambus dan lain-lain lagi.
Kedatangan islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat di dunia. Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri telah
mengharamkan amalan riba kerana dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnya
menyusahkan dan menindas golongan-golongan yang susah sedangkan Islam bukan
agama yang menindas mana-mana golongan.
Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kita dalam
urusan perniagaan dan jual beli. Islam adalah agama yang meletakkan keyakinan
penganutnya sebagai teras kepada keimanan kepada Allah S.W.T. Oleh itu, dalam
urusan jual beli, masyarakat islam bukan sahaja dikawal oleh undang-undang yang
dicipta sendiri (Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Luat Melaka), malah segala
urusan dikawal dengan keikhlasan hati umat Islam itu.
Dalam konteks yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telah mengamalkan
dasar luar pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasa melalui zaman
kegemilangannya telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang bersih dari riba dan
penindasan itu telah berkembang dengan pesat lalu menarik ramai pedagang-
pedagang luar untuk berdagang di negara kita. Dasar ini mampu menstabilkan politik
Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya
(Afifah Abu Yazid, 2003: 3).
Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yang wajib
dilakukan atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarat tertentu
yang telah ditetapkan. Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masa tertentu
bertujuan agar dapat diagihkan kepada saudara-saudara seagama yang miskin, fakir,
yatim, dan lain-lain. Untuk mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmal mula
ditubuhkan bagi memudahkan urusan pengagihan. Sistem muamalat (jual beli) secara
Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan. Sistem jual beli ini sebenarnya telah
lama berlaku dalam masyarakat Melayu namun, dengan kedatangan Islam, sistem jual
beli masyarakat kita telah dimurnikan lagi dan segala unsur-unsur syubhah atau
meragukan telah dihapuskan agar kita mendapat hasil dari urusan berjual beli yang
bersih dan halal lagi baik. walaubagaimanapun. Alam melayu turut juga menerima
pengaruh budaya dari barat hasil daripada penjajahan dalam satu tempoh jangka masa
yang panjang sehingga membawa kepada pembentukan kebudayaan baru dalam
masyarakat melayu. maka ini jelas menunjukkan bahawa kebudayaan melayu amat
dinamik dan responsive. Setelah menjajah Tanah Melayu, barat mula
mengembangkan sistem ekonominya. Ini telah menyebabkan sistem
ekonomi Islam yang telah diamalkan oleh masyarakat Tanah Melayu sejak
Islam bertapak sekian lama mula terhapus secara perlahan-lahan.
Penggunaan sistem matawang kertas yang diperkenalkan oleh orang barat
telah menyebabkan matawang Melayu yang berasaskan emas dan perak
mula dihapuskan. Perkara ini sebenarnya bermula setelah kejatuhan Daulah
Khilafah pada 1924. Semenjak itu, sistem ekonomi dunia telah dikuasai oleh
barat dan ini memberikan ruang kepada mereka untuk memperkenalkan
sistem matawang kertas kepada dunia tidak terkecuali Tanah Melayu. Barat
telah mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang sebenarnya
sistem ini adalah berasaskan riba. Dengan riba, para kapitalis menggunakan
sistem berhutang sebagai suatu perniagaan yang sangat menguntungkan
pihak mereka sambil memberikan tekanan kewangan kepada orang lain.
Walhal dalam Islam, berhutang bukanlah bertujuan untuk mengambil
keuntungan, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan
semata-mata. Sebenarnya, sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat
ini telah banyak menghapuskan norma-norma Islamik dalam masyarakat
melayu sehingga hari ini. Namun, sekarang kita sudah mempunyai pilihan
untuk berurusan secara Islamik ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan
telah mula memperkenalkan sistem urusniaga secara Islamik yang
berlandaskan syariat-syariat Islam.
Selain itu, barat juga telah memperkenalkan sistem ekonomi secara
sosialis. Sistem ini menekankan pemilikan harta adalah hak negara. Semua
faktor produksi dan sumber pendapatan menjadi milik negara dan individu
tidak ada hak pemilikan dan kebebasan untuk mengambil manfaat hasil
produk mereka. Dasar kesamaan ekonomi menentukan hak individu dalam
suatu bidang ekonomi. Konsumsi terhadap hasil produksi disediakan oleh
negara menurut keperluan individu. Untuk mencapai tujuan sistem
kesamaan ekonomi sosialis, undang-undang buruh menguasai segala
peraturan aktiviti produksi dengan mengamalkan kebebasan ekonomi dan
hak pemilikan harta.
Terbaru, sistem ekonomi barat mula diubah suai agar menampakkan
lebih adil dan memberi kebaikan kepada rakyat jelata. Sistem Ekonomi
Campuran adalah merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran
diantara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan
pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran
yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan
merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian.
Kerajaan hanya sebagai pentadbir tetapi kerajaan boleh campur tangan
dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan
memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk
kebaikan rakyat jelata. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-
badan tertentu, namun pihak swasta juga dibenarkan terlibat dalam
kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada
industri-industri gergasi yang penting di negara, bahkan pelbagai insentif
akan diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta oleh kerajaan
sendiri. Sistem ini juga telah diperkenalkan oleh barat dalam sistem ekonomi
kita di Malaysia pada masa ini.
Istilah ‘pecah dan perintah’ sangat lazim dengan masyarakat di
Malaysia dan majoriti daripada kita tahu tentang istilah tersebut. Kemasukan
migran iaitu Cina dan India menyebabkan pendudukan di Tanah Melayu
telah diperintah berdasarkan istilah ‘pecah dan perintah’. Kaum-kaum
terbesar di Malaysia dipecah-pecahkan ke kawasan perlombongan (kaum
Cina), kawasan estet (kaum India) dan kawasan pantai dan kampung-
kampung (kaum Melayu). Perkara ini telah menyebabkan jurang ekonomi
bagi tiga kaum terbesar ini telah menjadi sangat luas dan sangat ketara
perbezaannya. Inilah antara cara barat mentadbir ekonomi di Tanah Melayu
suatu ketika dahulu.
Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah
membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja
yang menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini
sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan
dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara
majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan. Pemilihan
pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan
dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan layak. Pemilihan
pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan.
Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja
yang mana sebelum ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam
pentadbiran negeri masing-masing. Demokrasi mempunyai pelbagai jenis
antaranya yang kita sedia maklum adalah Demokrasi Berparlimen,
Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal dan macam-
macam lagi. Di Malaysia, negara kita telah mengamalkan Demokrasi
Berparlimen.
Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal
kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Seperti yang kita sedia maklum, Demokrasi
Berparlimen diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem
giliran daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu
Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan,
ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini
terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula diperkenalkan
setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
Pengaruh sosial daripada barat seperti yang kita maklum antaranya
adalah cara berfikir masyarakat Melayu yang sudah mula lebih terbuka.
Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat
kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-
lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam
masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan
yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu.
Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan
menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut.
Selain itu, dalam aspek sosial kekeluargaan perkembangan yang
berlaku di barat berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi
unit yang fungsional, lantas tidak perlu dipertahankan, adalah
membimbangkan. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi
kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan
tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan
berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).
Persidangan Kependudukan di Kaherah pada akhir tahun 1994 juga telah
merumuskan beberapa perkara yang bersifat anti-keluarga seperti
mengesahkan (legalise) pengguguran, menerima hakikat bersekedudukan
(cohabitation), dan memberi hak sepenuh kepada anak yang lahir di luar
nikah.
Perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat timur
seperti pengguguran dan lain-lain. Namun, kesannya terhadap masyarakat di
Malaysia khasnya masih kurang ketara kerana sebilangan besar masyarakat
kita khasnya Melayu masih mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan
perkara ini hanya terjadi kepada sebilangan kecil keluarga yang telah
menerima kesan pengaruh sosial dari barat. Namun, ada juga perkara yang
membimbangkan kerana kesan pengaruh barat terhadap masyarakat kita,
antaranya kemerosotan nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan generasi
muda. Selain itu, penyalahgunaan bahan terkawal seperti dadah, kenakalan
juvana, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek seni bina
dan persembahan muzik. Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita boleh buktikan
melalui aliran-aliran muzik yang mereka bawa ke alam kita. Melalui alitan-aliran ini,
maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan
lain-lain. Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh barat ke dunia kita.
Kesan pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negara kita, malah
seluruh dunia juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Sedikit sebanyak, aliran-
aliran muzik ini sebenarnya mempelbagaikan lagi seni persembahan yang ada di
negara kita. Namun, disebabkan ini jugalah, seni tradisional kita mula dipinggirkan.
Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di
tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan
bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina
dengan berkonsepkan kemodenan. Binaan bangunan ini mengaplikasikan ciri-ciri barat
yang dianggap moden oleh dunia. Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina
dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.
Seni yang dibawa oleh orang-orang barat telah banyak mempengaruhi dunia
pada masa kini. Dalam bidang seni muzik contohnya, selain mempelbagaikan genre
muzik, terdapat beberapa identiti-identiti imej yang muncul berdasarkan aliran muzik
yang mereka ceburi kerana setiap genre muzik tersebut, mempunyai identiti dan imej
yang berbeza kepada si pemuziknya. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah
berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui
kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk
kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar sangat
mudah mempengaruhi masyarakat dunia termasuk kita sendiri. Konklusinya,
kebudayaan melayu amat dinamik dan responsif dengan budaya luar yang membawa
kepada pewujudan pelbagai budaya baru yang meresap masuk ke dalam budaya
melayu yang rata- ratanya memberi kelebihan dan juga keburukan kepada masyarakat
melayu.
Soalan kumpulan
Apabila memperkatakan bahasa dan Kesusasteraan Melayu, akan mengajak kita
bersedia bersepadu tenaga membina, memupuk dan mengembangkannya. A. Aziz
Deraman (2006: 4) dipetik daripada kertas kerja yang bertajuk “Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu Dalam Menghadapi Wawasan 2020” menyatakan bahawa
kegemilangan, bukan sahaja terserlah di kalangan 200 juta orang umat berbahasa
Melayu di rantau ini, bahkan dalam perspektif yang lebih luas meletakkannya di pentas
dunia. Bahasa pada makhluk yang bernama manusia merupakan unsur yang menjadi
ciri penting bagi sifat “kemanusiaan manusia” sejak munculnya manusia di dunia, iaitu
Nabi Adam a.s.
Mohd Yusof Haji Othman (206: 31) pula menyatakan bahawa bahasa tidak mungkin
dipisahkan daripada amalan hidup seseorang. Bahasa bukan semata-mata alat
komunikasi tetapi jauh daripada itu, bahasa ialah pembina budaya dan pandangan alam
seseorang. Seseorang yang mengabaikan bahasanya, bermakna ia mengabaikan
budaya hidup diri dan masyarakatnya. Seseorang yang mengagungkan bahasa juga
harus mengagungkan budaya atau sastera bangsanya. Lebih tinggi taraf kebahasan
yang digunakan dalam kehidupan lebih tinggi nilai kebudayan atau sasteranya dan lebih
besar pula sumbangan yang dapat diberikannya untuk membangunkan diri, keluarga
dan negara.
Bahasa Melayu mempunyai nilai sastera, budaya dan agama yang tinggi. Semangat
dan nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu boleh menjadi pendorong yang kuat
kepada pengamalnya untuk menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa
Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama untuk membangunkan masyarakat.
Collins (1999) dan Awang Sariyan (2000) menjelaskan bahawa kebitaraan bahasa
Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, telah mencapai taraf bahasa antarabangsa,
terutama dengan kedudukannya sebagi bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa
perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa sastera.
Oleh itu, bahasa dan sastera tidak boleh dipisahkan.
Bahasa Melayu juga berpengaruh dan berperanan yang besar dalam memupuk
kesenian bangsa dengan penghayatan dan penyertaan yang menyeluruh. Tamadun
silam seperti yang pernah dilalui oleh orang Yunani-Romawi, tamadun Islam, tamadun
India dan tamadun Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasan kesenian bangsanya
melalui bahasa. Peranan kesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan, terletak di
sini. Bahasa memupuk resam, nilai dan norma sesuatu bangsa. Dalam situasi politik-
ekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah
tamadun.
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957.
Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai
unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air
dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya
pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang
kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran
berbahasa bahasa Melayu.
Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam
kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’
yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa
seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau
mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam
bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan
pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin
yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika
bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa
kepada kemusnahan alam dan manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai
sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.
Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu cabang
ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu
sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat
pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan
penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan
penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem
pendidikan.
Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanah ilmu dan
persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia
pembelajaran dan pengajarn. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta
akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin.
Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama
dasar pentadbiran negara.
Shahnon Ahmad (1997: 25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai
satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada
keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para
sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan
cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan
sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan
masalah mereka. Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni
itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping
menggarapkannya dengan sesam makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama
menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh latar dan
pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Manakala
Usman Awang (1997: 41) menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek
kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia
mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya bersama kita hanya akan
lahir daripada penghidupan bersama semua rakyat bukan contoh angkuh daripada
sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa.
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa
maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm
6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah
bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut
peredaran semasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson
(1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata
sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang
menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga
ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai
satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan
estetik. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan
fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil
daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa
yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera
bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti
manusia secara kreatif. Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana
memperlihatkan bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan
ini akan membincangkan dan menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusus
sastera, kategori serta fungsinya dengan contoh-contoh yang bersesuaian. Sastera
Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat
memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan
keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang
difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah
karya itu hidup dan bertenaga.
Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera
juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu
memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau
dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Unsur
akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya
sesebuah karya. Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak
terhasil dengan kekosongan.(Ara’ie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atas dorongan
tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran.
Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang
ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa
yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang
diungkapkan. Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya
bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai
kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan
realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera
merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta
pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah.
(Arba’ie,2008 hlm 2). Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas
dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan
melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat
yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi
sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10) Salah
satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam
adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana
isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti
sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah
perkara tersebut terjadi. Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali
Haji yang termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau
Penyegat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan,
keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya
serta hidup bermasyarakat.
Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan
menghormati ibu bapa serta banyak lagi Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara
mengenali atau mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan
bangsanya. Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem
linguistik semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah
bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya
dan taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa
melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang kita
akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. Begitu
juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan
dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari
apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah
jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi,
‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina’. Berdasarkan petikan di atas, Raja
Ali Haji juga menyentuh tentang pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat
kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil
supaya tidak meletihkan atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak.
Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi
teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika
tidak dilentur buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala
tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. Salah satu genre
prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah
satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu
malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga
dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan
alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana,
mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri
raja yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman
dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak
raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi.
Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya
yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden
sekarang. Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu
menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa.
Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan
percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa
dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.
Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita
teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita
ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial
dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur
lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada
manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan
gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini
lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak.
Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah
Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam
cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya
seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang
anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak
mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa
dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya
disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa
mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang
anak yang durhaka.
Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu
Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan
perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul.
Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh
batu belah.
Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan
masyarakatnya. DalamSejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi
tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya.
Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman,
jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja
Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan
walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja
Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana
semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah
rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu
pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. Peristiwa ini juga
memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada waktu itu yang terikat dengan
kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan sejauh mana ketaatan rakyat
terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap
masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang.
Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu
dikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang. Mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu mula diperkenal pada 1957. Matlamatnya untuk membolehkan
pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebuda-yaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan
cinta tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai.
Peranan utama sastera ialah membina insaniah dalam kehidupan manusia. Dalam
masyarakat berasaskan sains dan teknologi seperti di Malaysia, kehadiran sastera
sangat bererti. Tanpa sastera, masyara-kat maju kehilangan unsur penting
kehidupannya. Hakikat ini ditegaskan oleh John Naisbitt, melalui bukunya yang bertajuk
High Tech High Touch, mengatakan bahawa ada teknologi (high tech) yang
memabukkan manusia kerana mencengkam semangat manusia dan meningkatkan
pencarian manusia tentang makna atau kepastian. Hasilnya, manusia berada dalam
keadaan yang kompleks, dan sering pula terperangkap dengan hubungan yang bersifat
paradoksikal antara teknologi dengan usaha mencari makna.
Sehubungan dengan itu, Nais bitt menyarankan manusia agar mencari teknologi yang
memelihara kemanusiaan, dan menolak teknologi yang merosakkan atau mengganggu
kemanusiaan. Beliau menyarankan manusia melihat seni, cerita, drama, agama, alam
semula jadi, dan masa sebagai aspek yang penting. Yang disebutkannya sebagai high
touch itu merujuk kepada keperluan dalam kehidupan manusia yang mementingkan
sains dan teknologi. Di sini nyata sastera dapat dikelaskan sebagai high touch yang
perlu dalam kehidupan masyarakat maju, seperti masyarakat di Malaysia.
Bagaimanakah sastera dapat bererti sebagai high touch seperti yang dimaksudkan oleh
Naisbitt? Sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu.
Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991) menegaskan
bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja
mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera,
banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk
melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat
mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka.
Aristotle meletakkan sastera lebih utama berbanding dengan sejarah kerana sastera
dapat meramalkan masa hadapan masyarakat itu. Sastera mampu menembusi batas
kemungkinan. Kemungkinan sastera melihat masa hadapan masyarakat ada
hubungannya dengan keupayaan sastera untuk memberikan kebijaksanaan kepada
pembacanya dengan membawa pembaca melihat dirinya dan persekitarannya.
Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, mencatatkan bahawa sastera meliputi semua
aspek kehidupan manusia secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang
menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan
dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa
sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti,
unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca
menikmati bahasa sastera. Mesej yang disampaikan dengan bahasa yang terpilih
memberi kekuatan keindahan kepada karya sastera dan menyuburkan penghayatan
pembaca. Unsur denotasi dan konotasi membawa bahasa sastera ke lembah
ketaksaan dan ketaksaan ini mengundang pentaf-siran yang memberi ruang kepada
pembaca untuk membina imaginasi dan korelasi bagi mendapat satu mesej mental dan
imej ini muncul bersama dengan rangsangan emosi. Seterusnya, bagi meningkatkan
kecintaan kepada budaya daripada bahan sastera juga adalah dengan mengambil
langkah memelihara dan usaha dalam mengumpul sastera- sastera tradisional yang
bukan hanya bertumpu kepada masyarakat melayu semenanjung tetapi suku – suku
bumiputera yang lain yang merupakan khaazanah alam yang paling bernilai dan dapat
dijadikan sebagai bahan sastera yang boleh digunakan generasi yang akan datang
sekaligus mewujudkan rasa kecintaan kepada budaya melayu bahan- bahan sastera
yang dtelah dikumpul dan dipelihara ini bagi menunjukkan kebudayaan. Tambahan lagi,
hal ini bukan bermakna kita kemabli keapda sejarah yang telah luput namun sekadar
mengolah kembali unsure- unsure yang asli di rantau ini dengan memberikan makna-
makna yang baharu dan berguna untuk pertumbuhan peradaban di Malaysia pada
masa yang akan datang. dari segi praktiknya usaha untuk memperkenalkan sastera-
sastera tradisional suku- suku Murut, Kadazan, Dusun, Bajau, Sulu, Iban, Bidayuh,
Kenyah dan Melanau mestilah dipergiatkan dengan mengumpulkan dan mencatatkan
hasil sastera yag dibuat dalam bahasa asal dan kemudian diarkibkan. Usaha untuk
menceritakan semula dalam bahasa Malaysia hendaklah dijalankan tetapi usaha ini
perlu benar- benar mengemukakan sifat aslinya. Cerita- cerita yang telah diceritakan
semula ini hendaklah dijadikan bahan bacaan dan pelajaran kesusasteraan dalam
bahasa melayu di sekolah ini. melalui cara ini nilai- nilai kebudayaan yang terkandung
dalam sastera tersebut dapat diturunkan kepada generasi muda. Di samping itu, bagi
penulis- penulis yang menghasilkan karya penulisan perlu menyelami hasil sastera
supaya dapat memahami dengan lebih mendalam sesuatu budaya. Apabila telah
berjaya menemui segala rahsia yang tersembunyi di sebalik hasil- hasil sastera tersebut
perlu diolah semula untuk keperluan pada masa kini dan generasi akan datang supaya
dapat menunjukkan kekayaaan budaya di Malaysia sekalaigus mewujudkan rasa
kecintaan kepada budaya. Diikuti pula dengan golongan intelek menjadikan tugas
sebagai pemegang amanah yang menjaga dan memupuk nilai- nilai seni yang tinggi
pada hasil sastera bangsanya. Golongan intelek ini perlu membawa dan
memperkenalkan hasil- hasil sastera melayu ke peringkat yang paling tinggi iaitu di
peringkat antarabangsa dan integrasi sosiobudaya terdapat hasil sastera yang serius
lagi bermutu dan melampaui hasil sastera sesuatu sub budaya dalam masyarakat
Malaysia. Salah satu ukuran bagi hasil kesusasteraan pada peringkat ini ialah sensitiviti
penulis dan pengkarya kepada persoalan- persoalan masyarakatnya da termasuk
pemabangunan Negara Malaysia yang bercorak rohaniah supaya dapat menerapkan
nilai- nilai kepada masyarakat yang sememangnya terdapat dalam budaya melayu.
berdasarkan pelaksanaan ini juga dapat menunjukkan kepentingan sastera dalam
memperkenalkan dan memelihara kebudayaan melayu. selain itu, bagi memupuk
kecintaan kepada budayaan adalah dengan segala nilai dan tradisi yang dapat diselami
daripada hasil- hasil sastera diolah semula oleh penulis masa kini dan akan datang
untuk mengisi kehendak masa dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan agar
maklumat berkenaan dengan tradisi dan kebudayaan melayu dapat disampaikan
dengan lebih mudah dan menarik serta bersesuaian dengan zaman. Penulis juga perlu
menulis karaya dalam bahasa Malaysia supaya karya dapat disampaikan kepada
masyarakat menerusi bahasa Malaysia dan hendaklah meneruskan tradisi serta
meluaskan lagi penghasilan karya sastera yang mencerminkan budaya melayu.
langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk memupuk kecintaan kepada budaya ialah
dengan peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iiatu
memperkenalkan semua jenis puisi dan prosa yang terdapat dalam sastera melayu
kepada orang ramai dengan menggunakan media cetak dan media eletronik. Pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan majalah- majalah yang berkaitan
dengan budaya. Antaranya ialah majalah Dewan Budaya yang seoenuhnya berkenaan
dengan kekayaan dan keistimewaan kebudayaan melayu. tambahan lagi pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka juga telah mengadakan pertandingan di Peringkat Kebangsan dan
Antarabangsa bagi prosa dan puisi seperti pertandingan pantun dan sebagainya di
samping mempromosikan dengan menggunakan media elektronik supaya dapat
menarik minat masyarakat sekaligus memupuk rasa kecintaan kepada kebudayaan
melayu sendiri.
Refleksi.
Recommended