View
50
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
biologi tingkatan 4. nota
Citation preview
Tahniah kerana anda memilih cabang SAINS TULEN
Antara subjek yang akan anda pelajari dalam SAINS TULEN ini adalah BIOLOGI
Apakah itu BIOLOGI?Pernahkah anda mendengar istilah BIOLOGI
sebelum ini?Apakah yang terbayang difikiran anda
apabila mendengar istilah BIOLOGI disebut?
BIOLOGI ???
BIOLOGI = BIOL LAGI?
BAB 1 – PENGENALAN KEPADA BIOLOGI
Perhatikan sekeliling anda…..
Perhatikan di luar kelas anda….
Anda boleh bahagikan objek yang anda lihat kepada dua kumpulan Objek HIDUP – Manusia, Pokok Objek TIDAK HIDUP – Meja, Kerusi
BIO merujuk kepada BENDA HIDUPBIO berasal daripada perkataan yunani
“BIOS”
LOGI pula membawa maksud KAJIANLOGI juga berasal daripada perkataan
yunani “LOGOS”
BIOLOGI
KAJIAN TERHADAP BENDA HIDUP
KEPENTINGAN BIOLOGI
Membolehkan kita memahami pelbagai interaksi yang berlaku disekeliling kita
Benda hidup @ Organisma hidup bergantung kepada organisma hidup yang lain
Memahami bagaimana jangkitan penyakit berlaku, seterusnya mencipta ubat untuk melawan penyakit tersebut
ANCAMAN BIOLOGI
Ilmu Biologi juga boleh menyebabkan ancaman kepada manusia jika disalahgunakan.
Kemahiran Berfikir Kreatif & Kritis (KBKK)
Senaraikan dua lagi kepentingan biologi yang anda mampu fikirkan.
Nyatakan satu lagi ancaman biologi kepada manusia.
BIDANG-BIDANG KAJIAN DALAM BIOLOGI
Biologi = Benda HidupBenda Hidup = Manusia = Haiwan = Tumbuhan = Kuman Bakteria = KulatSemua adalah Benda Hidup
Kajian dalam biologi boleh dipecah-pecahkan ZOOLOGI = Kajian terhadap haiwan BOTANI = Kajian terhadap tumbuh-tumbuhan PERUBATAN = Kajian terhadap penyakit MIKROBIOLOGI = Kajian terhadap mikrob
(makhluk seni seperti virus dan bakteria)
APA CITA-CITA ANDA?
Antara kerjaya yang memerlukan anda mendalami ilmu biologi…
DOKTOR
AHLI BIOLOGI MARIN
AHLI FARMASI
DOKTOR HAIWAN @VETERINAR
PENYIASATAN SAINTIFIK
Banyak ilmu sains yang kita pelajari bermula daripada PERSOALAN
Contohnya, konsep graviti yang diperkenalkan oleh Sir Isaac Newton bermula daripada “KENAPA BUAH EPAL INI JATUH??”
LANGKAH-LANGKAH DALAM KAEDAH SAINTIFIK
Mengenal pasti
masalah
Membuat hipotesis
Merancang
penyiasatan
Mengenalpasti dan mengawal
pemboleh ubah
Menjalankan
eksperimen
Mengumpulkan data
Menganalisis data Mentafsir
data
Membuat kesimpula
n
Menulis laporan
- Mengenal pasti masalah ~ pemerhatian secara khusus suatu fenomena. Menggunakan lima deria.
- Membuat Hipotesis
~ lebih kepada proses membuat pernyataan umum yang difikirkan benar . ~ Biasanya ditulis dengan menyatakan hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas.
Merancang Penyiasatan
~ Perkara yang perlu diambil berat semasa merancang penyiasatan ialah: * senarai bahan dan radas yang sesuai semasa menjalankan eksperimen * prosedur eksperimen
Mengawal Pembolehubah
~ ada 3 jenis pembolehubah yang mesti pelajar tahu.* Pembolehubah dimalarkan* Pembolehubah dimanipulasi* Pembolehubah bergerakbalas
5. Menjalankan Penyiasatan ~ bagi eksperimen kuantitatif, pengiraan diulang beberapa kali untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan sah. ~ semua alat radas dikendalikan dengan betul ~ eksperimen kawalan digunakan untuk mengesan sebrang perubahan dalam pemboleh ubah bergerak balas.
6. Mengumpulkan data~ data daripada eksperimen dikumpul dan direkodkan dalam jadual
7. Menganalisis data~ membuat analisis terhadap pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas.
8. Mentafsir data~ mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk yang paling mudah difahami oleh pembaca. Biasanya menggunakan graf.
9. Membuat kesimpulan
10. Menulis laporan
MENULIS LAPORAN
NILAI-NILAI MURNI
Sebagai seorang ahli biologi yang membuat sesuatu penyiasatan… Kita perlu bersikap jujur dalam hasil kajian atau
penyiasatan Kita tidak boleh menipu dengan hasil keputusan yang
kita peroleh Sentiasa menerima pandangan orang lain dengan
positif dan terbuka Sains mendekatkan kita kepada Tuhan, bukan
mencabar ciptaan Tuhan.
Perbincangan Berdasarkan maklumat berikut, rancang satu eksperimen
makmal untuk menyiasat kesan suhu ke atas kadar tindakan amilase air liur.
Yusuf mendapat tahu daripada sebuah buku Biologi bahawa amilase air liur boleh mencernakan kanji yang terdapat dalam nasi lemak. Dia ingin tahu, jika dia makan nasi lemak yang suam, adakah nasi lemak itu akan lebih cepat dicernakan untuk menghasilkan tenaga berbanding dengan sebungkus nasi lemak yang sejuk.
Rancangan eksperimen anda hendaklah merangkumi aspek berikut: Tujuan eksperimen Pernyataan masalah Hipotesis Pemboleh ubah Senarai radas dan bahan Prosedur Penjadualan data.
Pengenalan Biologi
Maksud Kepentingan
Bidang-bidang
Penyiasatan
saintifik
Nilai murni
Recommended