View
215
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
keusahawanan
Citation preview
BAB 3PROSES
MENGENALPASTI PELUANG PERNIAGAAN
Di akhir bab ini, pelajar akan diterapkan kompetensi berikut:•Memahami aspek ekonomi dan
persekitaran dalam menentukan jenis perniagaan yang ingin diceburi
•Mengguna maklumat yang diperoleh dengan baik
•Menjelaskan proses dalam analisa persekitaran
•Menguasai konsep dalaman
PENGENALAN
Prospek ekonomi Malaysia yang sentiasa berkembang dan terus menggalakkan
Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan kerajaan Malaysia, berorientasikan kepada ekonomi eksportEkonomi dunia memberikan kesan ketara
kepada sektor ekonomi di MalaysiaEkonomi negara berkembang sebanyak
10.1% pada suku tahun pertama 2010
EKONOMI MALAYSIA Sektor Perkhidmatan
Pelancongan Pengangkutan Komunikasi Perdagangan Hotel Restoran Kewangan
Sektor Pertanian
Sektor pembuatan Elektrik &
Elektronik Kelengkapan
Pengangkutan & Pembuatan Lain
Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas & Produk Logam Yang Direka
Sektor perlombongan Sektor pembinaan
Dasar ekonomi Rancangan Malaysia ke 10
Belanjawan Negara
DASAR EKONOMI MALAYSIA Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan untuk
menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport.
1971: Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Dua strategi utama telah diwujudkan: Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa
melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Rancangan Malaysia ke 10 Dibentangkan oleh PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang
menggariskan program pembangunan lima tahun dari 2011 hingga 2015.
Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” .
Dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan : 55 % sektor ekonomi 30 % sektor sosial 10 % sektor keselamatan 5% pentadbiran am
Rancangan Malaysia ke 10 10 Premis Utama RMK10
Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara;
Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan;
Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi; Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul; Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan
mudah terjejas. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif. Menyokong perkongsian pintar yang efektif. Menghargai khazanah alam sekitar. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
Rancangan Malaysia ke 10 5 Teras Strategik:
Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
Satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat
Satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi negara
BELANJAWAN NEGARA
BELANJAWAN NEGARATUJUAN
1. Untuk mengelakkan sumber hasil dan merancang perbelanjaan kerajaan Kerajaan akan memastikan bahawa anggaran sumber hasil yang
diperoleh adalah cukup untuk membiayai segala perbelanjaan yang dirancang
Untuk mengelakkan daripada hutang atau pinjaman
2. Untuk pembangunan ekonomi negara supaya dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu kadar
pertumbuhan ekonomi lebih pesat daripada kadar pertambahan penduduk
3. Untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi supaya dapat mencapai matlamat ekonomi yang diingini oleh kerajaan. Matlamat ini termasuk:
membaiki imbangan pembayaran (kerajaan boleh menaikkan duti import untuk mengurangkan jumlah import dalam negeri
mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang tingg
merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin
menggalakkan tabungan supaya mempunyai dana yang mencukupi untuk pelaburan
4. Untuk mencapai kestabilan ekonomi
perubahan struktur cukai dan perbelanjaan kerajaan dalam belanjawan negara dapat mengawal keadaan inflasi dan kemelesetan ekonomi.
Semasa inflasi, kerajaan akan menaikkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaannya. Sebaliknya semasa kemelesetan ekonomi, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai dan menambahkan perbelanjaannya
Jenis-jenis Belanjawan Negara
1. Belanjawan lebihan:
Hasil kerajaan melebihi perbelanjaan kerajaan
2. Belanjawan seimbang:
Hasil kerajaan sama dengan perbelanjaan kerajaan
3. Belanjawan kurangan/defisit:
Hasil kerajaan kurang daripada perbelanjaan kerajaan
BELANJAWAN NEGARA
Persekitaran ialah keadaan, situasi atau suasana yang boleh mempengaruhi unit keluarga, organisasi, masyarakat dan sebagainya.
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang.
Terbahagi kepada 2:• Persekitaran dalaman• Persekitaran luaran
Makro Mikro
USAHAWAN DAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Persekitaran Dalaman Melibatkan dalaman organisasi @ syarikat di mana
usahawan beroperasi serta dalaman individu itu sendiri Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi
keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini.
Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.
Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:Struktur Organisasi
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
Budaya Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi
perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.
Sumber usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia, harta yang nyata
dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea,
pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan.
Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
Persekitaran luaran: • Persekitaran luaran boleh mempengaruhi
keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal. Pandangan Makro –persekitaran luaran umum Pandangan Mikro – persekitaran luaran khusus
dan dalaman
Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:• Politik dan Undang-undang yang dibuat
(Legislation)• Ekonomi• Kebudayaan Sosial• Teknologi
Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:• Pengguna• Pesaing (Competitors)• Pembekal• Institusi Kewangan• Organisasi bukan Kerajaan• Agensi Kerajaan
Ancaman daripada persekitaran luaran dan kelemahan daripada persekitaran dalaman:
Menilai persekitaran luaran: Usahawan perlu menyedari pengaruh-pengaruh dalam persekitaran luaran yg mempengaruhi pembuatan keputusan. Mengintergrasi pengaruh-pengaruh yang wujud dalam persekitaran luar kpd rangka kerja komprehensif. Mempunyai kemahiran berpolitik, kompromi & membuat perundingan. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Kemahiran intelektual untuk menganalisis isu-isu semasa.
Pengurusan persekitaran
• Memahami unsur2 persekitaran luaran khusus/mikro
• Memantau & peka kpd perubahan persekitaran• Berpengetahuan di dalam bidang ekonomi• Meramal perubahan citarasa pengguna &
perubahan teknologi• Membuat perancangan strategi, taktikal dan
operasi• Mengubah struktur organisasi untuk
disesuaikan dengan kehendak persekitaran.
Jaringan keusahawanan• Konsep jaringan
Usahawan yg mempunyai jaringan yg luas mempunyai kelebihan bersaing.
" knowing the right people at the right time at the right place with the right cost"
Proses mencipta pakatan dgn individu & organisasi melepasi sempadan perniagaan (Holt, 1992)
• Jenis-jenis jaringan Jaringan peribadi Jaringan tidak formal antara usahawan dgn ahli keluarga, rakan2,
pekerja2 (ikatan yg kukuh) Melibatkan pergaulan sosial dgn masyarakat/ahli keluarga
Jaringan perniagaan• Merujuk kepada jaringan formal usahawan dgn pihak lain atas
urusan perniagaan.• Kajian mendapati kebanyakan usahawan berjaya
memperuntukkan 20% daripada masanya untuk membentuk jaringan formal.
• Cth: pengedar, pembekal, pelanggan dll.
Jaringan awam• Melibatkan usahawan dgn sumber2 yang dapat memberi
maklumat kepada usahawan seperti majalah, surat khabar, tv dll.
PROSES MENGENALPASTI PELUANG
Langkah 4: Pilih satu projek perniagaan yang berdaya maju untuk dilaksanakan
Langkah 3: Kenalpasti secara khusus an analisa
kebolehlaksanaan setiap peluang perniagaan baru
Langkah 2:•Analisa persekitaran dalaman dan
luaran•Kenalpasti peluang, ancaman,
kekuatan dan kelemahan
Langkah 1:Kenalpasti keperluan dan kehendak
pelanggan di pasaran
ANALISA KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN
Barangan keperluan: Barangan asas
Barangan Kehendak: Barangan/perkhidmatan yang menjadi permintaan
selepas keperluan asas
Cara mengenalpasti: Berdasarkan kepada sumber maklumat
Primer: Hasil kajian agen pemasaran, kajian & pemerhatian usahawan
Sekunder: Laporan ekonomi, laporan industri, data import & eksport, data & statistik
ANALISA SWOT Terjemahan dari model membuat keputusan
perniagaan
S: STRENGTHS
W: WEAKNESSES
O:OPPORTUNITIES
T: THREATS
Kekuatan & Kelemahan Berdasarkan prestasi, kekuatan organisasi (pemasaran,
kewangan, kemahiran pengurusan, pengeluaran & penyelidikan)
Kekuatan (S) Kelebihan organisasi berbanding pesaing Kelebihan produk @ perkhidmatan yang ditawarkan Keunikan organisasi Sumber kekuatan organisasi Kemahiran yang dimiliki
Kelemahan (W) Penambahbaikan yang boleh dilakukan
Perkara yang harus dielakkan Perkara yang tidak dimiliki berbanding pesaing
Sistem penyampaian Produk dikenali ramai
ANALISA SWOT
Peluang & Ancaman
Trend @ aktiviti diluar kawalan organisasi Perkembangan teknologi Keadaan ekonomi Perubahan sosial, budaya Demografi Perundangan politik
ANALISA SWOT
Peluang (O) Peluang Trend baru di pasaran Perkembangan perniagaan Persaingan barangan yang ditawarkan
Ancaman (T) Halangan perniagaan
Pesaingan Perubahan perniagaan (kerja, produk @
perkhidmatan) Ancaman perubahan teknologi
Kelemahan perniagaan Sifat kebergantungan dengan industri lain
ANALISA SWOT
ANALISA FISIBILITI PROJEK
Kedudukan pasaran dan persaingan
Pembiayaan
Teknologi
Tenaga Mahir
Paras Risiko
Keupayaan bertahan lama
Bekalan bahan mentah
Logistik
Perundangan dan peraturan
?
Dilakukan pada peringkat awal Memastikan projek yang dirancang
mengambilkira perkara asas yang mempengaruhi kejayaan projek
Bagi projek berkos tinggi perancangan lebih teliti perlu dilakukan bagi memastikan tiada masalah yang akan dihadapi
ANALISA FISIBILITI PROJEK
ANALISA DAYA MAJU (VIABILITY ANALYSIS)
Potensi Pasaran
Rancangan Operasi
Rancangan Organisasi Perniagaan
Anggaran Jualan Anggaran Kos Jualan
dan pemasaran
Anggaran Kos operasi dan
pelaburan aset tetap
Anggaran kos pentadbiran dan
pelaburan aset tetap
Rancangan KewanganPasaran
Analisa Dayamaju
Alirtunai, NPV,ROI, Payback
Proses Mengenalpasti, Mengkaji Dan Memilih Peluang Perniagaan
Terdapat empat langkah utama yang perludilakukan oleh seseorang usahawan atau
bakalusahawan dalam mengenal pasti, mengkaji
dan memilih peluang-peluang perniagaan.
Perniagaan akan beroperasi dan berinteraksi dengan persekitaran di mana ia berada yang melibatkan persekitaran luaran dan dalaman.
Proses mengenal pasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan adalah langkah awal yang harus diambil oleh setiap usahawan atau bakal usahawan dalam menentukan perniagaan atau projek yang bakal diceburi.
Recommended