View
2.506
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
bahan sejarah macam2 ado.....
Citation preview
1.Nama Permainan
Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak popular pada masa kini terutamanya di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi muda mahupun generasi tua.
Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya ialah wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu rakyat Jepun menyebut Tako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger), Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn), Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia (Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitu layang-layang atau wau.
2.Latar Belakang
2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh Sang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan cara menerbangkan wau ke langit. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.
Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik.
Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.
2.2 Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempopularkan wau ialah Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih terkenal dan mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Selain daripada membuat wau untuk dimain,negeri-negeri ini juga membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan.
2.3 Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada zaman dahulu iaitu golongan istana dan rakyat biasa. Pada masa kini, biasanya kaum melayu yang selalu bermain wau, namun begitu, terdapat juga segelintir kaum india atau cina yang bermain wau untuk mengisi masa lapang mereka.
3.Tujuan Dimainkan
Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada pelbagai peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya, warnanya dan keasliannya.
4.Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Objektif Kajian
i. Mengetahui secara mendalam tentang permainan tradisional di negara kita terutama
sekali mengenai permainan wau.
ii. Mengetahui unsur-unsur seni dan kebudayaan yang diterapkan di dalam permainan
tradisional ini.
iii. Menambah pengetahuan tentang asal-usul permainan tradisional dan cara-cara ia
dimainkan.
iv. Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan kebudayaan serta warisan tanah air.
Rumusan
Selepas saya menjalankan kajian ini ,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek
keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia .Saya juga rasa
sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan
tradisional melayu.
Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian
dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat
Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang
mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.
Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang
terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat
bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.
7.0 RUMUSAN
Setelah saya mengkaji dan mendalami tentang warisan permainan tradisional Melayu ini,
saya mendapati permainan tradisional berupaya memberikan kesan positif dalam
perkembangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak baik dari segi emosi, rohani,
intelektual dan jasmani.
Permainan-permainan tradisional ini dapat membina disiplin, menguji ketahanan fizikal
dan daya saing, melahirkan perasaan toleransi, meningkatkan kemahiran komunikasi dan
interaksi serta memupuk sifat ingin mendalami dan menjaga warisan permainan
tradisional yang telah dipermainkan sejak turun temurun lagi.
Tambahan pula, kerja kursus ini telah melahirkan sifat menghormati dan menghayati
permainan tradisional orang Melayu dalam diri saya. Saya akan cuba untuk mengamalkan
tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah
Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mempelajari dan mendalami warisan permainan
tradisional , maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-menghormati antara
kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang
perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan
semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.
Semangat muhibah ini membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini
terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu
dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:
(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah
yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul,jelas dan tepat.
(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di
kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.
(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukutan pelajaran Peperiksaan
Penilaian Rendah (PMR).
(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan
setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.
INTERNET
Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12
Oct. 2004
“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004
“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/.
5 Oct. 2004
“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival
Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com.
http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004
ORANG SUMBER.............
BUKU ILMIAH...................
ASAL-USUL
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada
masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,
nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah
menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai
Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula
disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Negeri yang Mempopularkan Permainan ini
Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti
Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di
negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi
selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan
sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.
Kaum yang Terlibat
Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu.Majorotinya,kaum
melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping
itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum
cina dan india.
ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN.
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal
dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama
menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan
bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.
Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian
kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan
rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang
telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali
teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.
WAWANCARA
majalah 3
permainan tradisional
tv3
15 mac 2008
hari sabtu
9.00 p.m.
pengacara- Nurul Shuhada Nurul Ain bt. Mohd.Zain..
Wawancara....
G*y: Assalamualaikum pak cik,saya dari Sekolah Men.Keb.*** diarahkan
untuk membuat kerja khusus yang bertajuk permainan tradisional dan saya telah
memilih permainan tradisional yang bertajuk wau.Jikalau pak cik tidak
keberatan bolehkah pak cik menerangkan serba sedikit pasal sejarah wau?
Pak cik: Waalaikumsalam..Erm..setahu pak cik permainan wau mempunyai sesuatu motif
dan pelbagai corak yang menarik.Oleh itu, permainan wau paling digemari
ramai tidak mengira bangsa cina mahupun india.
g@y: Oh..selain itu pak cik,adakah permainan wau sama seperti permainan layang-
layang?
Pak cik: Permainan wau sama seperti permainan layang-layang kerana ia menguji
kepakaran dan kecekapan seseorang pemain dalam proses membuat, menaik
dan melayangkan sesuatu wau.Semakin tinggi wau melayang,semakin gahlah
seseorang pemain itu.
%a*: Oh begitu..Adakah permainan wau ini turut digemari oleh golongan wanita?
Seperti yang kita ketahui bahawa segolongan wanita tidak seberapa selesa ketika
berada di padang.Bolehkah pak cik mengulaskan tentang persoalan ini?
Pak cik: Ya..Wau biasanya dimainkan oleh lelaki dewasa tetapi agak kurang diminati
oleh golongan wanita.Keadaan ini mugkin disebabkan permainan ii menuntut
tenaga fizikal dan penumpuan yang banyak, selain dimainkan di kawasan
lapang serta terbuka yang kurang sesuai dihadiri oleh kaum wanita.
G**: Erm..Selain daripada itu,apakah peralatan yang diperlukan dalam permainan
ini?
Pak cik: Antara peralatan yang diperlukan dalam untuk permainan ini ialah wau dan tali
atau benang kasar yang panjang.
***: Selain itu,apakah bahan yang digunakan apabila hendak membuat sesuatu wau?
Pak cik: Proses sesuatu wau mempunyai pelbagai bahan dan pantang larangnya ketika
membuat sesuatu bahan. Antara bahan yang digunakan adalah buluh, kertas,
gunting, pisau raut, benang dan pelekat. Buluh yang biasa digunakan ialah
buluh tua yang disalai hingga benar benar kering. Buluh itu dibelah kepada
beberapa bilah dan raut dengan pisau raut. Bilah bilah yang telah diraut
dibentuk menjadi rangka dan diikat dengan benang. Rangka tersebut mempunyai
pelbagai bentuk mengikut jenis wau yang hendak dihasilkan seperti wau orang,
wau bulan, wau burung dan sebagainya.
***: Terima kasih..Tapi selain daripada itu ye pak cik,bagaimanakah jikalau
seseorang pemain hendak melayangkan sesuatu wau yang telah disiap?
Pak cik: Pemain akan mengikat seutas tali atau benang kasar yang panjang pada
bahagian tengah rangka dan memegang wau berkenaan. Kemudiannya, seorang
penarik akan memegang tali wau itu.. Apabila angina bertiup kencang, pemain
akan melepaskan wau dan penarik tali akan menarik tali wau sambil berlari.
Wau memerlukan angina untuk menaikkannya. Apabila berada di atas, tali akan
dikawal supaya wau kekal berada di atas.
***: Ribuan terima kasi saya ucapkan kepada pak cik di atas kerjasama pak cik.Saya
harap tuhan dapat membalas jasa baik pak cik. Saya rasa cukuplah setakat ini
sahaja dan saya rasa maklumat serbagini sudah memadai apa yang cikgu saya
inginkan.Pak cik sudah meringankan bebanan saya untuk menyiapkan kerja
khusus ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih..
Pak cik: Sama sama..Harap awak berjaya menduduki peperiksaan P.M.R tidak lama
lagi..
PETA KELANTAN
PETA KELANTAN:NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISONAL WAU
PETA TERENGGANU
PETA TERENGGANU:NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU.
JENIS-JENIS WAU YANG TERDAPAT DI MALAYSIA:
(WAU BULAN) (WAU KUCING) (WAU DAUN) (WAU HELANG)
(WAU JALABUDI) (WAU KENYALANG) (WAU MERAK) (WAU PUYUH)
PETA PERLIS
Recommended