View
243
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/28/2019 (Betul2 Print)
1/25
1
1.0 PENDAHULUANMenurut Noraini binti Tahir dalam bukunya, Pembelajaran Kognitif dan
Pembelajaran Kanak-kanak, Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih
minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya
menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.
Kebolehan Matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi
menjalani kehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas perkembangan
Matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan
benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek
seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-
nombor yang ada di sekeliling mereka.
Kajian ini adalah untuk membantu murid-murid Bermasalah
Pembelajaran dalam meningkatkan tahap penguasaan menambah 1 digit dalam
lingkungan 10.
1.1 Refleksi Pengalaman yang Lalu.
Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Matematik
yang merangkumi tajuk menambah 1 digit dalam lingkungan 10 semasa
praktikum fasa 3 di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di salah
sebuah sekolah dalam Daerah Kubang Pasu. Sepanjang mengajar tajuk ini,
saya mendapati responden menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-
7/28/2019 (Betul2 Print)
2/25
2
soalan yang diberikan. Selain itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
responden juga kadangkala kurang menunjukkan minat terhadap apa yang
diajarkan.
Masalah ini juga pernah timbul semasa praktikum fasa 1 sebelumnya,
murid-murid kurang menunjukan minat terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan operasi menambah 1 digit dalam lingkungan 10.
Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya menggunakan beberapa teknik
pengajaran seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik serta
beberapa kaedah pengajaran bagi menarik minat responden.
Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk mengenal pasti punca
sebenar masalah ini, namun setelah dikaji dengan teliti, masalah ini terjadi
kerana responden tidak memahami konsep penambahan itu sendiri. Dalam
usaha mengatasi masalah ini, saya akan memperkenalkan satu kaedah yang
merupakan ringkasan proses yang perlu dilakukan untuk responden menguasai
serta memahami konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10. Kelebihan
teknik ini adalah ia mampu membantu meningkatkan tahap kefahaman
responden menambah 1 digit dalam lingkungan 10.
Secara umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah
bercorak pendidikan asas iaitu murid diberi galakan dan bimbingan seluas-
luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Begitu juga dengan
kurikulum Matematik sekolah rendah yang turut memberi pendidikan
Matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan
Matematik dalam situasi harian. Hal ini kerana Matematik dalam kehidupan
seharian adalah tidak dapat dipisahkan lagi. Bagi saya peluang untuk
7/28/2019 (Betul2 Print)
3/25
3
menguasai kemahirankemahiran asas ini haruslah diberi kepada semua murid
mahupun kepada murid-murid yang dikategorikan murid pendidikan khas
Bermasalah Pembelajaran.
Ahmad Hozi H. A. Rahman (2003) berpendapat bahawa pengajaran dan
pembelajaran Matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk
mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar.
Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan
latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan,
pengalaman serta minat murid. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya
semua murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diberi
peluang untuk memahami dan menguasai konsep penambahan 1 digit dalam
lingkungan 10 melalui penggunaan Patung Sudu Kayu.
Menurut Siti Aishah (2003), kebolehan menguasai ilmu Matematik
sebenarnya memerlukan teknik yang perlu dipelajari dan kebolehan
menyelesaikan masalah Matematik bukanlah satu kurniaan sebaliknya
kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. Murid tidak boleh menganggap
jika sekali belajar dan mereka tidak dapat memahami maka dia tidak boleh
menguasai Matematik. Apabila menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid
beranggapan mereka tidak memiliki kebolehan belajar Matematik dan terus
berputus asa serta menyerah kalah. Sikap putus asa dan beranggapan
Matematik hanya untuk mereka yang 'pandai' atau istimewa merupakan
halangan utama dalam menguasai subjek ini.
Sikap kesungguhan menuntut ilmu Matematik dan juga ilmu-ilmu yang
lain perlu dibina secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi.
7/28/2019 (Betul2 Print)
4/25
4
Kesungguhan ini bukan bermatlamatkan sekadar memperoleh markah tertinggi
dalam ujian sekolah, tetapi wajar menjadi keperluan harian yang sebati dengan
kehidupan harian. Saya berharap dan yakin akan kaedah yang bakal
diperkenalkan kepada murid-murid ini akan dapat membantu mereka dalam
memahami konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10.
Di sekolah, tahap keputusan bagi mata pelajaran Matematik responden
kajian berada pada tahap yang tidak memuaskan. Sebelum ini, responden
sering gagal dalam ujian Matematik yang dijalankan oleh Guru Matematik
Pendidikan Khas. Hasil tinjauan daripada latihan bertulis responden, jelas
membuktikan yang responden tidak memahami konsep menambah dan
dikukuhkan lagi dengan hasil analisis teubual bersama Guru Matematik
responden.
1.2 Pengumpulan Data Awal.
Pengumpulan data awal bagi kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian.
Saya membuat pemerhatian penelitian kelas dan juga di luar kelas ke atas
murid Bermasalah Pembelajaran. Keputusan mendapati seramai 2 orang
responden mempunyai masalah berkaitan perkembangan kognitif iaitu lemah
dalam Matematik, iaitu masih tidak mengenal konsep menambah nombor 1
digit dalam lingkungan 10. Saya berazam untuk membantu responden
mengatasi masalah yang di hadapinya. Hal ini kerana, responden adalah
berumur diantara 7 tahun ke atas.
Seterusnya, saya mendapat data awal melalui temubual dengan guru
yang pernah mengajar responden matapelajaran Matematik. Hasil daripada
temubual bersama guru Matematik responden, ternyata bahawa kempat-empat
7/28/2019 (Betul2 Print)
5/25
5
orang responden yang saya sasarkan memang mengalami masalah dalam
menambah nombor 1 digit dalam lingkungan 10. Malahan, guru Matematik
responden menggalakkan lagi saya untuk melengkapkan kajian tindakan ini
dengan jayanya.
Pengumpulan data awal kajian ini juga adalah dengan menggunakan
kaedah analisis dokumen. Berdasarkan latihan-latihan bertulis yang saya
berikan pada murid, jelas membuktikan yang responden mengalami masalah
untuk menambah nombor 1 digit dalam lingkungan 10. Dokumen-dokumen
lain yang saya analisis dalam dapatan data awal ini lagi adalah seperti Ujian
Diagnostik. Ujian ini diberi kepada semua murid di dalam kelas Matematik
Pendidikan Khas bertujuan agar guru dapat menilai sejauh mana tahap
pengetahuan sedia ada murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Huraian Fokus Kajian
Menurut Messe (2001), keupayaan intelektual bagi kanak-kanak lembam yang
ditempatkan di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menunjukkan
mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini iaitu IQ
mereka berada di bawah 70-75 di dalam skor ujian saringan kecerdasan.
Kanak-kanak bermasalah lembam mengalami kesukaran dalam memberi
perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam
ingatan mereka.
7/28/2019 (Betul2 Print)
6/25
6
Melihat dari aspek penguasaan kemahiran Matematik, kanak-kanak
lembam memperlihatkan kesukaran seperti mengingat makna kepada simbol-
simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan Matematik.
Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan dan analisis tugasan yang
telah dilakukan dengan beberapa guru Matematik Pendidikan Khas di salah
sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, saya mendapati kebanyakan murid
tidak dapat menguasai dan memahami konsep menambah. Seseorang itu perlu
memahami dan menguasai konsep menambah itu sendiri sebelum pergi untuk
mnguasai kemahiran menambah itu. Oleh itu, saya akan menggunakan Patung
Sudu Kayu sebagai kaedah dalam usaha bagi membantu responden dalam
memahami konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10.
2.1.1 Kebolehtadbiran
Saya akan menjalankan kajian ini setelah meneliti semua faktor seperti murid,
persekitaran sekolah, dan kerjasama daripada guru Matematik Pendidikan
Khas. Secara umumnya, permasalahan ini mampu untuk ditadbir kerana
masalah yang dikaji bukanlah masalah yang besar atau terlalu serius. Ianya
merupakan masalah yang akan mampu ditangani oleh saya dan tidak
mendatangkan masalah yang serius. Responden kajian juga akan mudah untuk
didapati kerana mereka terdiri daripada murid saya sendiri. Selain itu, tajuk
kajian juga sesuai dengan tahap murid yang akan dijadikan responden kajian.
Oleh itu, saya merasakan kajian ini akan dapat diuruskan seperti yang telah
dirancang.
7/28/2019 (Betul2 Print)
7/25
7
2.1.2 Kepentingan
Kefahaman yang jelas tentang proses dan konsep menambah adalah sangat
penting sebelum murid dapat menguasai kemahiran menambah itu sendiri.
Sekiranya kefahaman tentang proses dan konsep menambah tidak di fahami
dan dikuasai lagi, murid-murid ini juga tentunya akan menghadapi kesukaran
dalam menambah nombor 1 digit dalam lingkungan 10. Selain itu, prestasi
murid dalam peperiksaan juga akan terjejas sekiranya masalah ini tidak diatasi
dengan segera.
Disamping itu, kajian ini juga amat penting dalam usaha saya untuk
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran operasi tambah dalam
lingkungan 10 khususnya. Jika timbulnya rasa minat, murid secara tidak
langsung akan lebih menyukai Matematik dan seterusnya akan membantu
mereka untuk menguasai Matematik dalam masa yang singkat.
2.1.3 Kebolehgunaan
Kajian yang akan dijalankan ini akan dapat membantu murid menguasai proses
menambah sebarang nombor 1 digit dalam lingkungan 10. Penguasaan konsep
proses menambah akan membantu mereka untuk lebih memahami apa yang
akan diajarkan oleh guru dan ini akan memastikan mereka dapat menguasai
kemahiran menambah itu sendiri.
2.1.4 Kawalan
Saya akan menggunakan dua orang murid tahun 2 di kelas Pendidikan Khas D
sahaja dalam peyelidikan ini. Seramai 2 orang murid berkenaan adalah lelaki
dan beragama Islam kedua-duanya. Sebelum memperkenalkan kaedah dan
7/28/2019 (Betul2 Print)
8/25
8
cara penggunaan Patung Sudu Kayu, saya akan menjalakan ujian untuk
mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran mengenal nombor bulat 1 hingga
20 dalam kalangan murid tersebut. Seterusnya, mereka akan diajarkan kaedah
serta cara penggunaan Patung Sudu Kayu setiap kali latihan yang berkaitan
menambah sebarang nombor satu digit dalam lingkungan 10 diberikan.
2.1.5 Kolaborasi
Kolaborasi amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Tanpa adanya
kolaborasi, pastinya sesuatu kajian ini tidak dapat dilakukan dengan lengkap
dan sempurna. Sedar akan hal ini, saya akan mendapatkan kerjasama serta
berbincang dengan guru Matematik Pendidikan Khas di sekolah, pihak
pentadbir sekolah, pensyarah serta rakan-rakan saya. Hal ini adalah untuk
memastikan penyelidikan akan dapat dijalakan dengan sempurna.
Kolaborasi dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan proses kajian
yang dilakukan oleh saya berada pada landasan yang sepatutnya serta mengikut
apa yang telah dirancangkan. Ini amat penting untuk memastikan kajian ini
dapat memberikan hasil yang optimum kepada saya.
2.1.6 Kerelevenan
Tajuk ini dipilih setelah penyelidik menganalisa beberapa siri set latihan serta
jawapan murid-murid di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Hasil daripada analisia yang telah dilakukan, penyelidik mendapati murid-
murid tidak dapat menambah sebarang nombor satu digit dalam lingkungan 10
diberikan. Oleh itu, kajian ini amat relevan untuk dilakukan kerana ia akan
mampu untuk meningkatkan penguasaan murid untuk menambah sebarang
nombor satu digit dalam lingkungan 10. Hasil kajian ini juga akan dapat
7/28/2019 (Betul2 Print)
9/25
9
meningkatkan motivasi murid untuk belajar seterusnya memastikan objektif
yang dirancang tercapai.
2.2 Tindakan / Intervensi.
Kajian Tindakan ini ialah, meningkatkan tahap penguasaan murid Bermasalah
Pembelajaran dalam memahami konsep menambah 1 digit dalam lingkungan
10 dengan menggunakan Patung Sudu Kayu.
Saya memilih Patung Sudu Kayu ini kerana ianya salah satu media
pengajaran yang menarik. Selain itu, ianya juga mampu mencungkil imaginasi
murid-murid Bermasalah Pembelajaran ini dalam proses pembelajaran
Matematik dengan menggunakan Patung Sudu Kayu. Bahan asasnya juga iaitu
Sudu Kayu mudah diperolehi misalanya di Pasaraya-pasaraya yang
berhampiran serta kos bagi seunit Sudu Kayu juga murah serendah RM 1.20
seunit.
Terdapat 5 aktiviti yang ada dalam penggunaan Patung Sudu Kayu bagi
murid Bermasalah Pembelajaran menambah nombor 1 digit dalam lingkungan
10. Kesemua aktiviti ini mempunyai tujuan atau sebabnya sendiri mengapa
ianya dilakuntukukan. Bagi cara menggunakan Patung Sudu Kayu ini untuk
meningkatkan kemahiran menambah 1 digit dalam lingkungan 10 akan saya
nyatakan secara terperinci di bab kandungan 5.1 di bawah tajuk langkah-
langkah tindakan.
Kesimpulannya, saya berasa tidak sabar untuk memulakan dan
menyiapkan proses Kajian Tindakan penggunaan Patung Sudu Kayu bagi
meningkatkan kemahiran konsep murid Bermasalah Pembelajaran, menambah
nombor 1 digit dalam lingkungan 10.
7/28/2019 (Betul2 Print)
10/25
10
Rajah 1:Intervensi kajian.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN
Terdapat satu Objektif Kajian berserta satu Persoalan Kajian yang akan
dibincangkan dalam bab ini.
3.1 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid
Bermasalah Pembelajaran dalam memahami konsep menambah 1 digit dalam
lingkungan 10 dengan menggunakan Patung Sudu Kayu.
3.2 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah, adakah penggunaan Patung Sudu Kayu mampu
meningkatkan tahap penguasaan murid Bermasalah Pembelajaran dalam
memahami konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10?.
7/28/2019 (Betul2 Print)
11/25
11
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian ini hanya akan ditumpukan kepada 2 orang
murid Bermasalah Pembelajaran yang mempunyai masalah dalam memahami
konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Patung
Sudu Kayu. Kedua-dua orang responden yang akan saya sasarkan di dalam
kajian ini belum mampu memahami konsep menambah nombor 1 digit dalam
lingkungan 10. Resonden kedua-duanya hadir dari kelas atau bilik darjah yang
sama. Kedua-dua responden juga adalah seorang kanak-kanak bermasalah
pembelajaran lembam dan juga merupakan anak didik saya bagi matapelajaran
Matematik yang saya ajar di dalam sekolah ini selama 3 bulan menjadi Guru
Praktikum di sini.
J adual 1 :Responden kajian.
5.0 PERANCANGAN TINDAKAN
5.1 Langkahlangkah tindakan
Saya merancang untuk mengambil satu slot bagi menerangkan kepada
responden-responden kajian saya mengenai penggunaan Patung Sudu Kayu
Bilangan Murid Umur Jantina Ciri-ciri
1. A 8 Tahun Lelaki
-Masalah pembelajaran Lembam.
-Belum lagi memahami konsep
menambah nombor 1 digit dalam
lingkungan sepuluh.
2. B 7 Tahun Lelaki
-Belum lagi memahami konsep
menambah nombor 1 digit dalam
linkungan sepuluh.- Masalah pembelajaran Lembam.
7/28/2019 (Betul2 Print)
12/25
12
semasa saya mengajar Matematik. Bagi pengenalan kepada kaedah ini, saya
mengambil masa selama satu jam bagi memperkenalkan serta memberi
penerangan mengenai penggunaan kaedah ini. Seterusnya, saya akan
memperuntukkan masa selama 15 hingga 20 minit bagi setiap slot pengajaran
kaedah ini. Sesi ini akan melibatkan 2 orang responden yang belum lagi
memahami konsep penambahan nombor 1 digit dalm lingkungan 10. Setiap
kali latihan penggunaan kaedah ini dijalankan, responden akan diberikan
beberapa soalan penambahan nombor 1 digit dalam lingkungan 10 yang akan
akan melatih serta menguji kemahiran mereka dalam menggunakan kaedah ini.
Saya akan membantu serta memberi panduan serta tunjuk ajar setaip kali
latihan menggunakan kaedah ini diberikan. Berikut merupakan gambarajah
kaedah penggunaan Patung Sudu Kayu.
5.1.1 Aktiviti 1Lihat, Pegang dan Sebut bilangan.
Responden diberikan Patung Sudu Kayu yang berlainan bilangannya
dikalangan responden-responden oleh guru. Setelah itu, murid harus melihat
dan mengamati kesemua Patung Sudu Kayu yang diberi serta pegang dan sebut
bilangannya satu persatu dengan bantuan guru. Bagi aktiviti ini guru bertindak
sebagai pembimbing sepenuhnya.
Aktiviti ini bertujuan agar murid boleh mengira tanpa melihat nombor
dengan menggunakan kaedah kumpul semula bahan konkrit iaitu Patung Sudu
Kayu. Murid perlu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan dalam aktiviti
ini.
7/28/2019 (Betul2 Print)
13/25
13
5.1.2 Aktiviti 2Mengumpul semula.
Responden diberikan tiap seorang akan 10 batang Patung Sudu Kayu beserta
bekasnya oleh guru. Guru meminta responden menumpukan ke arah papan
putih dimana guru ada menampal Kad Nombor yang harus responden sebut
jumlahnya. Guru meminta murid supaya mengambil dan mengira satu per satu
jumlah Patung Sudu Kayu serta meletakkannya didalam bekas yang
disediakan. Jumlah bilangan Patung Sudu Kayu yang diletakkan atau
dikumpulkan ke dalam bekas haruslah sama nilainya dengan jumlah kad
nombor yang tertera di papan putih. Guru bertindak dalam menilai dengan
mengira bersama-sama responden jumlah Patung Sudu Kayu setiap responden
di dalam bekas.Aktiviti ini diulang sehingga responden boleh mengenal
nombor serta nilai nombor.
5.1.3 Aktiviti 3 - Kira bersama-sama rakan secara berpasangan. (Mari
Bergabung.)
Bagi aktiviti ini, murid perlu melakukannya secara berpasangan iaitu
responden kajian 1 dan 2. Responden diminta bagi tampil ke hadapan seorang
demi seorang dan mengambil undian kad nombor yang dipegang guru. Setelah
mendapat arahan daripada guru, responden membuka kad nombor undian
masing-masing. Murid kemudian diminta untuk mengambil Patung Sudu Kayu
dan meletakkannya ke dalam bekas yang disediakan guru setiap seorang
mengikut jumlah nilai pada kad nombor masing-masing.
Seterusnya, responden 2 diminta oleh guru untuk membawa bekas yang
sudah diisi dengan Patung Sudu Kayu tadi ke arah dimana responden 2 berada.
Setelah itu mereka kedua-duanya mengira bersama-sama jumlah Patung Sudu
7/28/2019 (Betul2 Print)
14/25
14
Kayu sebaik sahaja mereka menggabungkan Patung Sudu Kayu masing-masing
ke dalam satu bekas. Guru bertindak sebagai penilai dan pembimbing dengan
memastikan setiap responden memasukkan jumlah bilangan Patung Sudu Kayu
ke dalam bekas masing-masing mengikut jumlah nilai pada kad nombor yang
dicabut tadi. Aktivit ini diulang-ulang agar murid faham serta lancer dalam
membilang secara mengumpul semula.
5.1.4 Kira bersama rakan mengikut sebutan nombor ayat matematik operasi
tambah. (Jom Kira ! )
Guru meletakkan kad ayat Matematik yang lengkap di hadapan responden-
responden. Misalnya, seperti 3 + 2 = 5. Responden melakukan aktiviti ini
secara berpasangan di atas kad ayat Matematik yang direka khas oleh guru.
Responden 1 akan mengambil kad nombor 3 yang diselerakkan di atas meja
guru begitu juga seperti responden 2 yang perlu mencari dan mengambil kad
nombor 2 dan meletakkannya pada kad ayat Matematik yang disedia.
Kemudian, guru menilai hasil kerja responden setakat ini agar tiada sebarang
kesilapan dibuat. Responden diminta oleh guru untuk menterbalikkan kad ayat
Matematik yang disedia dan meletakkan pula jumlah Patung Sudu Kayu yang
diberikan ke dalam bekas yang disedia pada bahagian belakang kad ayat
Matematik.
Responden-responden dinilai oleh guru agar meletakkan jumlah
bilangan Patung Sudu Kayu yang sama dengan nilai pada kad nombor yang ada
pada responden beserta jawapan yang betul.
7/28/2019 (Betul2 Print)
15/25
15
5.1.5 Latih Tubi.
Guru sediakan kad ayat Matematik yang telah direka khas dan beri pada
responden kajian 1 dan 2. Kedua-dua responden perlu membuat latih tubi
dengan menggunakan kad ayat Matematik yang disediakan guru setiap seorang
mengikut soalan-soalan yang ditulis guru pada papan putih. Guru pantau
aktiviti agar responden tidak saling meniru di dalam mendapatkan jawapan.
Aktiviti ini sama sahaja perjalanannya dengan aktiviti yang sebelum ini,
bezanya hanya dalam aktiviti yang kelima ini responden membuat aktiviti latih
tubi secara individu.
5.1.6 Gunting dan tampal pelekat Patung Sudu Kayu di ruang jawapan pada
lembaran kerja operasi tambah lingkungan 10 yang guru berikan. (Gunting,
Tampal & Jawab)
Responden-responden kajian disediakan dengan kad manila yang telah ditulis
padanya akan latihan bertulis Matematik menambah 1 digit dengan 1 digit
dalam lingkungan 10. Guru memberikan pelekat Patung Sudu Kayu kepada
setiap orang responden. Responden perlu menggunting ataupun mengambil
pelekat Patung Sudu Kayu pada kertas pelekat yang diberi, kemudian tampal
pada kotak yang disediakan di bawah tiap-tiap soalan yang diberikan guru.
Guru semak dan nilai bersama-sama responden tiap-tiap hasil lembaran
kerja murid yang telah disiapkan. Responden yang berjaya membuat latihan
diberi dengan betul akan diberi pujian, tepukan dan ganjaran seperti token
ekonomi daripada guru.
7/28/2019 (Betul2 Print)
16/25
16
Rajah 2 : Aktiviti-aktiviti di dalam penggunaan Patung Sudu Kayu.
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Bagi pengumpulan data, 3 jenis instrumen kajian dijalankan bagi mendapatkan
data-data awal, semasa dan selepas kajian dijalankan. Pengumpulan data yang
bersifat kuantitatif, saya akan menggunakan instrumen kajian yang berikut:
i. Analisis tugasanBagi mengumpul data yang bersifat kulitatif seperti minat, saya akan
menggunakan instrumen kajian yang berikut:
i. Temubual.ii. Pemerhatian.
Aktiviti 1.lihat,pegang dansebutbilangan.
Aktiviti 2.Kumpul dankira jumlahPatungSudu Kayuberdasarkankad nomboryang
ditunjukguru.
Aktiviti 3.GabungkandankumpulkankesemuaPatungSudu Kayudenganseorang lagi
respondensertakirakannyabersama-sama.
Aktiviti 4.letakkanpatung sudukayu di kadayatMatematikyangdisediakanmengikutjumlahnombor
yang terterapada kadayatMatematik.
Aktiviti 5.Campurkanjumlahbersama-samabilanganrespondenpatung sudukayu keduayang adasertajumlahkan.
Aktiviti 6.
Gunting dantampalkanpelekatpatung sudukayu di atasruangansoalanoperasitambah 1digit yangdisediakan.
7/28/2019 (Betul2 Print)
17/25
17
5.2.1 Analisis TugasanSaya menjalankan ujian diagnostik Matematik Bermasalah Pembelajaran
sebelum saya mengajar matapelajaran Matematik Bermasalah Pembelajaran.
bertujuan untuk saya mengukur tahap pengetahuan sedia ada murid-murid
mengenai Matematik. Sejurus ujian dibuat, ternyata tahap pengetahuan sedia
ada murid berada pada tahap menambah 1 digit dalam lingkungan 10. Ujian
diagnostik diberikan sekali lagi akan tetapi pada kali ini tumpuan terhadap
soalan yang mengandungi 10 soalan penambahan nombor satu digit dalam
lingkungan sepuluh yang berbezabeza sahaja dibuat. Saya akan berbincang
terlebih dahulu dengan guru pembimbing serta guru Matematik Pendidikan
Khas yang lain mengenai soalan ujian yang akan diberikan. Hal ini bertujuan
untuk memastikan ujian yang diberikan mampu memberi maklumat yang
optimum mengenai penguasaan murid terhadap kemahiran menambah nombor
1 digit dalam lingkungan 10. Ujian diagnostik susulan yang kedua ini
diberikan hanya bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan murid
terhadap konsep tambah dalam Matematik.
5.2.2 TemubualSaya menemubual guru Matematik kedua dua responden yang sebelum ini
mengajar mereka sebelum tugas ini diambil alih oleh saya. Bertujuan bagi
mengumpul data mengenai minat responden terhadap operasi menambah
nombor satu digit dalam lingkungan sepuluh serta mengetahui dengan lebih
lanjut akan masalah ini. Teknik pengumpulan ini digunakan kerana ia sesuai
untuk mengukur serta mengumpul maklumat yang bersifat kualitatif seperti
minat, persepsi serta perasaan murid terhadap penggunaan kaedah Patung Sudu
7/28/2019 (Betul2 Print)
18/25
18
Kayu. Soalan-soalan bagi temubual yang akan saya laksanakan keatas Guru
Matematik Pendidikan Khas yang sebelum ini boleh dirujuk diruangan
lampiran.
5.2.3 Pemerhatian.Pemerhatian akan saya jalankan ke atas kedua-dua orang responden kajian,
berkaitan tahap perkembangan kognitif iaitu lemah dalam pemahaman konsep
menambah 1 digit dalam lingkungan 10. Pemerhatian ini akan berlaku secara
konsisten untuk melihat dan menilai tahap perkembangan kognitif responden
berubah sehingga akhirnya responden sudah boleh memahami konsep
menambah. Semakan senarai semak pemerhatian yang akan saya lakukan boleh
dilihat dan dirujuk pada ruangan lampiran di akhir penulisan Proposal Kajian
Tindakan ini.
5.3 Cara Menganalisis Data.
Cara menganalisis data bagi Kajian tentang penggunaan Patung Sudu Kayu
dalam meningkatkan tahap penguasaan murid, menambah 1 digit dalam
lingkungan 10 adalah melalui kaedah analisis dokumen, temubual dan
pemerhatian.
5.3.1 Analisis Dokumen.Melalui kaedah mendapatkan data secara semakan analisis dokumen yang
diberi kepada responden, akan saya jalankan setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Selain itu, dokumen juga dianalisis daripada hasil
semakan Ujian Diagnostik yang keputusannya terdapat 2 orang responden
kajian yang menghadapi masalah di dalam menambah 1 digit dengan 1 digit
7/28/2019 (Betul2 Print)
19/25
19
dalam lingkungan 10. Soalan yang saya berikan pada setiap kali waktu
pengajaran Matematik adalah berkenaan dengan menambah 1 digit dalam
lingkungan 10. Lembaran kerja ini akan berterusan diberi kepada responden
sehingga responden sudah mahir dalam membina konsepnya sendiri mengenai
kemahiran menambah 1 digit dalam lingkungan 10 ini. Saya akan menilai
prestasi murid dari semasa ke semasa melalui hasil semakan terhadap tugasan
atau lembaran kerja yang saya berikan. Responden juga akan diberikan dengan
borang soal selidik bagi setiap kali selepas pengajaran guru untuk menilai
sejauh mana keberkesanan pengajaran pada waktuitu. Jika murid sudah boleh
kuasai konsep menambah 1 digit dalam lingkungan 10, saya akan bertukar
kepada kemahiran yang lebih sukar iaitu menambah dalam lingkungan 1
hingga 20.
5.3.2 Temubual.
Bagi kaedah mendapatkan data yang seterusnya, melalui kaedah temubual yang
dijalankan terhadap Guru Matematik responden kajian yang sebelum ini
mengajar mereka subjek Matematik. Kaedah temubual ini akan dianalisis
dengan cara merancang, menulis dan menyediakan dahulu transkrip temubual
sebelum saya jalankan temubual ke atas Guru Matematik terbabit. Kaedah
temubual difiirkan sesuai didalam mendapatkan data mengenai kajian ini
kerana ianya mengukuhkan lagi dapatan yang diperolehi daripada hasil
semakan dan anlisis dokumen murid. Bagi mengetahui tentang soalan-soalan
atau isi-isi temubual yang akan digunakan, sila rujuk pada bahagian lampiran
transkrip temubual yang akan saya tanyakan kepada Guru Matematik
responden ketika sesi temubual yang akan dijalankan nanti. Maka Temubual
ini adalah temubual berstruktur yang mana ianya disediakan transkrip temubual
7/28/2019 (Betul2 Print)
20/25
20
terlebih dahulu sebelum saya membuat temubual terhadap Guru Matematik
terbabit.
5.3.3 Pemerhatian.
Sementara itu, bagi kaedah pemerhatian pula saya mendapatkan data-data awal
mengenai masalah yang dihadapi responden dalam matapelajaran Matematik
dengan cara menganalisa hasil jawapan terhadap senarai semak borang
pemerhatian yang saya buat. Sila rujuk lampiran bagi mengetahui lebih lanjut
tentang senarai semak pemerhatian yang saya jalankan. Terdapat 2 orang
responden kajian yang terlibat di dalam kaedah pemerhatian ini. Pemerhatian
penelitian tindakan kelas sahaja dilakukan terhadap responden kajian namun
pemerhatian diluar kelas juga ada dibuat, cumanya tidak berlaku secara teliti.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
J adual 2 :Jadual pelaksanaan Kajian Tindakan
BIL. AKTIVITI MINGGU
PELAKSANAAN
1. Mengenalpasti masalah Minggu 1
2. Pengumpulan data awal Minggu 13. Merancang tindakan individu Minggu 14. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan
individu bersama rakan.
Minggu 1
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Minggu 1
7/28/2019 (Betul2 Print)
21/25
21
individu bersama guru Matematik.
6. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Minggu 17. Membincangkan masalah yang timbul Minggu 18. Merangka soalan ujian pra Minggu 29. Merujuk soalan ujian pra kepada Ketua Panitia dan guru
Matematik Pendidikan Khas
Minggu 2
10. Melaksanakan tindakan 2 - ujian pra Minggu 311. Menyemak soalan ujian pra yang telah diberikan. Minggu 312. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
bersama guru Matematik Pendidikan Khas
Minggu 3
13. Melaksanakan pengajaran dengan menggunakan PatungSudu Kayu
Minggu 4
14. Membuat catatan refleksi di atas pemerhatian selepas prosespengajaran menggunakan Patung Sudu Kayu terhadap 2
orang responden
Minggu 5
15. Melaksanakan tindakan 3menemubual responden Minggu 516. Menyemak hasil jawapan di atas soalan soalan yang
dikemukankan kepada responden
Minggu 6
17. Menganalisis hasil ujian pos Minggu 618. Menulis laporan kajian Minggu 719. Proposal siap Minggu 7
7/28/2019 (Betul2 Print)
22/25
22
J adual 3: Carta Gant Pelaksanaan Kajian
Bil Perkara TAHUN 2013
JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL OGS SEPT OKT NOV
1 Taklimat tugasan KKBI
2 Mengenalpasti tajuk kajian
3 Mengenal pasti fokus kajian
4 Mengumpul maklumat mengenai penulisan proposal/contoh-
contoh proposal.
5 Merujuk/membaca literatur yang berkaitan daripada pelbagaisumber
6 Membincangkan dan menentukan tajuk dan fokus kajiandengan penyelia
7 Menulis draf 1 proposal
8 Menulis draf 2 proposal
9 Pembentangan proposal
10 Pemurnian proposal
11 Menghantar proposal untuk penilaian
12 Melaksanakan tindakan 1
13 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
14 Melaksanakan tindakan 2
15 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
16 Melaksanakan tindakan 3
17 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3
18 Refleksi kajian
19 Menulis laporan kajian
20 Pembentangan laporan kajian
21 Penghantaran Laporan Akhir
7/28/2019 (Betul2 Print)
23/25
23
5.5 Kos kajianJ adual 4 : Modal dan kos kajian.
BIL JENIS BAHAN KUANTITI x
HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
1. Kertas A4 3 x RM 10.00 RM 30.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00
4. Kad Bod atau Kadkeras.
4x RM 3.50 RM 14.00
5. Benang pelbagai
warna.
20 X RM2.00 RM 40.00
6. Sudu kayu 25 x 1.20 RM 30.00
JUMLAH RM 179.00
6.0 RUMUSAN.
Saya telah mengambil kira keperluan aspek-aspek seperti masa, tempat, wang
dan responden kajian dalam perancangan proposal Kajian Tindakan ini.
Perancangan jadual pelaksanaan yang baik akan memastikan pelaksanaan
Kajian Tindakan berjalan dengan teratur dan lancar. Peluang untuk
melaksanakan Kajian Tindakan ini amat dihargai kerana saya dapat
menggunakan Kajian Tindakan sebagai penyelesaian masalah dengan
penghasilan bahan bantu Patung Sudu Kayu. Penghasilan bahan bantu ini
adalah untuk membantu murid Bermasalah Pembelajaran menambah 1 digit
dengan 1 digit dalam lingkungan 10. Pengalaman di dalam menyiapkan
merencana dan merancang Kajian Tindakan ini amat tinggi nilainya dan
membantu saya dalam menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang inovatif
dengan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di dalam kelas mahupun di
luar kelas kelak.
7/28/2019 (Betul2 Print)
24/25
24
SENARAI RUJUKAN
Abd Hadi, M. (2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
Ahmad, M. S. (2009).Mengurus Kanak-Kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000).Kamus Dewan (Edisi
Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahsa dan Pustaka.
Dr Rosadah, A. M. (2007).Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Dr. Abdullah, Y. (2006).Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.
Fauziah, M. J. (2005). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan
Prasekolah.Jurnal Pendidikan, 1-8.
Hazwani, M. N. (2010).Keberkesanan Penggunaan Bahan 3 Dimensi Sebagai
Bahan Bantu Mengajar Dalam Bidang Membentuk dan Membuat
Binaan Bagi Pelajar Tahun 3 . Tesis tidak diterbitkan, Institu
Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.
Idrul, H. I. (2002).Penggunaan Sumber Berasaskan Teknik PQ4R:
Keberkesanan Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
Tingkatan 4. Bangi: Tesis tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Lee, G. M. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir
Darab 6 hingga 8 Murid Tahun Tiga : Refleksi Pembelajaran
Penggunaan Teknik Menganalisis Data.Jurnal penyelidikan Tindakan
IPGKBL, 24-35.
7/28/2019 (Betul2 Print)
25/25
Linah, S. (2009). Belajar Sambil Bermail.Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Pendidikan IPGMKBL, 92-101.
Mok, S. S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus
Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2009).Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Pardi, A. (2012).Pengantar Penylidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohani, A. (2006).Bayi Cerdik. Batu Caves: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd.
Rosinah, E. (2012).Penyelidikan Tindakan; Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sharifah Nor, P. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah.Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu Vol. 1, Bil 2, 1-15.
Wrutheran, S. (1999). Kesan Reakreasi Matematik Terhadap Sikap dan
Pencapaian Dalam Maematik di Kalangan Murid Tahun Lima.Jurnal
Akademik, 109-116.
Recommended