View
28
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
llo
Citation preview
1.0
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan
Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu
mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap
bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat &
Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara
Program bina insan guru ( BIG ) merupakan program yang diwajibkan ke atas
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ). Program Bina Insan
Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. . Program seperti
ini juga melatih guru-guru pelatih agar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
2.0
RASIONAL
2.0 RASIONAL
Rasional program Bina Insan Guru ini dijalankan adalah untuk:
2.1Melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta
mempunyai spiritual yang tinggi.
2.2Mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan
dalam diri.
2.3Menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah dalam konteks dan
situasi sebenar.
2.4Melahirkan individu yang kreatif.
2.5Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kumpulan dalam setiap situasi.
2.6Menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada bangsa dan negara.
3.0 KERTAS KERJA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU
TARIKH : 22 -25 FEBRUARI 2011
TEMPAT : BRINGLEY TRAINING & CAMP,
PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
BRINGLEY TRAINING & CAMP,
PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN
UNTUK PPISMP G 1.1 , G 1.3 , G 1.5 , G 1.7
TAHUN 2011
ISI KANDUNGAN
1.0 Tajuk
2.0 Tujuan
3.0 Pengenalan
4.0 Matlamat
5.0 Objektif
6.0 Butiran Program6.1 Lokasi6.2 Tarikh6.3 Kumpulan Sasaran6.4 Pensyarah Pengiring
7.0 Penerangan Aktiviti7.1
8.0 Ahli Jawatankuasa 8.1 Jawatankuasa Induk8.2 Jawatankuasa Perlaksanaan8.3 Jawatankuasa kecil8.4 Spesfikasi Tugas Ahli Jawatankuasa8.5 Semakan Tugas Ahli Jawatankuasa
9.0 Tentatif Program9.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan9.2 Tentatif Program9.3 Aturcara Majlis Perasmian Penutup
10.0 Anggaran Perbelanjaan
11.0 Penutup
12.0 Lampiran
1.0 TAJUK
PROGRAM BINA INSAN GURU EMPAT HARI TIGA MALAM,BRINDLEY
TRAINING & CAMP , NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS , UNTUK
PISMP AMBILAN JANUARI 2011.
2.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon pihak Pentadbiran dan Pengurusan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas agar
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan ini.
3.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru
yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan
sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG
ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan
ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang
dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan
dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika
membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan
bahawa pendidkatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara
holistik iaitu menyeluruh, Beliau meneankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini
telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang
bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya
contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini
dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh
dari semua aspek.
Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi eleman yang berkesan
untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia
untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
4.0 MATLAMAT
Melalui program ini para peserta akan dapat didedahkan dengan persekitaran
yang baru. Di samping itu, hubungan silaturrahim antara kaum dapat
dieratkan lagi serta dapat memupuk perpaduan yang jitu antara satu sama
lain.Kerjasama antara satu sama lain dapat disemai melalui aktiviti – aktiviti
yang telah dirancangkan.
5.0 OBJEKTIF
1. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam
perlaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti
sebenar seorang guru.
2. Memupuk semangat kerjasama antara peserta dan pensyarah
sepanjang perjalanan program ini dilaksanakan.
3. Menguatkan hubungan silaturrahim di antara semua peserta yang
terlibat.
4. Memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.
5. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti
pendidikan dengan masyarakat.
6. Menghayati konsep kerja sebagai ibadat.
6.0 BUTIRAN PROGRAM
6.1 Lokasi
-
6.2 Tarikh
-
6.3 Kumpulan Sasaran
6.3.1 Kumpulan sasaran yang terlibat adalah kumpulan G 2.5 yang
terdiri daripada guru pelatih kursus PISMP ambilan Januari
2011. (RUJUK LAMPIRAN)
6.4 Pensyarah Pengiring
1. Mentor kumpulan.
2. Wakil daripada HEP.
7.0 PENERANGAN AKTIVITI
7.1
7.1.1
7.1.2
7.1.3
7.1.4
8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERKHEMAHAN SUKAN DAN
REKREASI.
8.1 Jawatankuasa Induk
8.1.1 Pengarah : En. Shaari Bin Osman
8.1.2 Timbalan Pengarah :
8.1.3 Setiausaha I : Puan Shakilah binti Shahkat Ali
8.1.4 Setiausaha II : En. Roslan bin Mat Piah
8.1.5 Bendahari : En. Ahmad Syukri bin Endut
8.2 Jawatankuasa Pelaksanaan
8.2.1 Pensyarah Penasihat : En. Zulkapli bin Wagini
8.2.2 Pengerusi : Muhamad Hafiz Bin Idrus
8.2.3 Naib Pengerusi : Mohd Syahir B. Abd. Wahab
8.2.4 Setiausaha : Aisyah Binti Jamal
8.2.5 Naib Setiausaha : Chong Mei Yee
8.2.6 Bendahari : Nor ‘Amirah Binti Thalatha
8.3 Jawatankuasa Kecil
8.3.1 Makanan dan Kebajikan : 1. Wan Noor Lyana bt. W Zakaria @
Wan Daud
2. Viruntha Devi a/p Santhilalakan
3. Mohamad Hazmi b. Zainuldin
8.3.2 Peralatan : 1. Mohamad Firdaus b. Sholikhin
2. Nor Asyiqin bt. Mohd Fasal
3. Mohd Nakhieuddin b. Mohd Fauzi
8.3.3 Keselamatan : 1. Uwais B. Dzul Bahak
2. Adilah bt. Muhamed Kamil
3. Mohamad Emir Hafif b. Jalil
8.3.4 Aktiviti : 1. Muhamad Hafiz b. Idrus 2. Siti Wahida bt. Wahab
3. Mohamad Khairul Azhari b. Rosli
8.3.5 Pengangkutan : 1. Mohd. Afiz b. Kamarudin
2. Ahmad Hafifi b. Rusdi
8.3.6 Kerohanian : 1. Mohd Shamil b. Mohamad Hassan
2. Nur Ardilla Najwa bt, Maulat Mursin
8.3.7 Hadiah dan Cenderamata : 1. Mohamad Adib b. Azmi
2. Noor Hazliyani bt. Halim
8.4 Spesifikasi Tugas Ahli Jawatankuasa (Rujuk Lampiran)
8.5 Semakan Tugas Ahli Jawatankuasa (Rujuk Lampiran)
9.0 TENTATIF PROGRAM
9.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan.
Tempat : Di padang Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Ilmu Khas.
Tarikh : (makluman)
Masa Aktiviti
0730 : Para guru pelatih dan pensyarah pengiring berkumpul di padang IPGM
Kampus Ilmu Khas.
0800 : Ketibaan Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas.
0830 : Ucapan aluan daripada penyelaras program.
0900 : Ucapan dan perasmian pembukaan daripada Pengarah IPGM Kampus
Ilmu Khas.
0930 : Para guru pelatih dan pensyarah pengiring bertolak ke Brindley Training & Camp , Port Dickson
9.2 Tentatif Program ( Rujuk Lampiran)
9.3 Aturcara Majlis Perasmian Penutupan
Tempat : Tapak Perkhemahan Brindley Training & Camp , Port Dickson
Tarikh :22-25 Februari 2011
Masa Aktiviti
0900 : -Ucapan penyelaras program
- Ucapan wakil guru pelatih
- Ucapan perasmian penutup oleh Pengarah IPGIK.
1100 : Jamuan ringan
1200 : Para guru pelatih dan pensyarah pengiring bertolak pulang ke IPGM Kampus Ilmu Khas.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN KASAR BUJET PERBELANJAAN KESELURUHAN
Bil Perkara Anggaran Tujuan / Keperluan
1. Penginapan + 3 Aktiviti :1. Jungle Trekking2. Rafting3. Water Confident
RM 60 × 75=RM 4500.00
-sewa tapak perkhemahan sahaja kerana menggunakan khemah yang dibawa dari maktab.-aktiviti dijalankan selama 4 hari 3 malam.kos bayaran bagi setiap peserta dikira RM20 bagi setiap malam.
2. Makanan RM 200 x 4 Hari= RM 800.00
- RM 200.00 sehari bajet untuk bahan basah.
3. Riadah
RM 160.00
- hamper (a) Johan = RM 30 × 2 = RM 60.00 (b) Naib Johan = RM 20 × 2 = RM 40.00 (c) Tempat Ketiga = RM 15 × 2 = RM 30.00 (d ) 3 Saguhati = RM 10 x 3 = RM 30.00 Jumlah = RM 160.00
4. Keselamatan & Disiplin RM 40.00 -belerang + tembakau
5. Kerohanian RM 30.00 -fotostat surah Al – Mulk (untuk 90orang termasuk pensyarah).
6. Kelengkapan RM 15.00 × 75=RM1125.00RM 75.00
-Baju untuk setiap peserta
-Kad peserta7. Tugas – tugas khas RM 50.00 - kain rentang program
8. Kebajikan RM 50.00 -ubat – ubatan (untuk kecemasan)-edaran senarai keperluan
9. Jumlah Keseluruhan(75 orang peserta)
RM 6830 Untuk semua keperluan
11.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, penghasilan kertas kerja ini banyak membantu guru pelatih untuk mendalami tugas yang telah diberikan. Melalui program ini, para peserta dapat membina jati diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Perkara ini bukan sahaja menggalakkan sikap kerjasama dalam kalangan para peserta malah mengaplikasikan segala bentuk kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah bahkan dapat mengharungi setiap cabaran dan rintangan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Oleh yang demikian, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Bina Insan Guru (BIG) ini diharap dapat bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi ke arah mencapai objektif dan matlamat pelaksanaan program yang amat bermakna ini.
Maka dengan itu, salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi JERIS akan menjadi lebih bermakna dan perpaduan kaum akan bertambah erat sekiranya program-program seperti ini berjaya dilaksanakan.
Semoga penghasilan kertas kerja ini mampu menarik perhatian daripada pihak tuan dan harapan yang amat tinggi daripada semua pihak agar aktiviti ini berjaya dilaksanakan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.................................................. .............................................................
(AISYAH BINTI JAMAL) (ENCIK SHARI BIN OSMAN)
Setiausaha, Pengarah,
Program Bina Insan IPG Kampus Ilmu Khas
Guru (Khidmat Masyarakat)
12.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
SPESIFIKASI TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA
AJK MAKANAN DAN KEBAJIKAN( WAN NOOR LYANA BT W ZAKARIA @ WAN DAUD)
Melantik Jawatankuasa. Menyediakan makanan dan minuman kepada guru pelatih sepanjang
perkhemahan. Menetapkan menu dan bilangan peserta guru pelatih. Menyediakan anggaran perbelanjaan. Memastikan kebajikan para guru pelatih dalam keadaan sempurna. Menguruskan agihan makanan kepada para peserta.
AJK PERALATAN( MOHD FIRDAUS BIN SHOLIKHIN)
Melantik Jawatankuasa. Menyediakan peralatan untuk perkhemahan. Memastikan peralatan untuk perkhemahan mencukupi serta dalam keadaan
baik. Menguruskan aktiviti perkhemahan.
Mengagih dan menyimpan semua peralatan dengan keadaan baik.
AJK KESELAMATAN( UWAIS BIN DZUL BAHAK)
Melantik Jawatankuasa. Memastikan semua guru pelatih sentiasa berdisiplin dengan mematuhi segala
peraturan bagi memastikan perjalanan perkhemahan ini berjalan dengan lancar.
Memastikan pergerakan guru pelatih ke Dusun Eco Resort berjalan lancar. Mengadakan kawalan pada setiap malam. Membahagikan kumpulan kepada guru pelatih ketika menaiki bas. Menguruskan keselamatan para peserta perkhemahan.
AJK AKTIVITI( MOHD HAFIZ BIN IDRUS)
Melantik Jawatankuasa.
Merancang pelaksanaan aktiviti dengan baik. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Merangka dan menjalankan aktiviti atas arahan pengerusi.
AJK PENGANGKUTAN( MOHD AFIZ BIN KAMARUDIN)
Melantik Jawatankuasa. Membuat tempahan bas dari IPGM Kampus Ilmu Khas ke Dusun Eco Resort
dan sebaliknya. Sediakan jadual perjalanan bas pergi dan balik ke Dusun Eco Resort serta
maklumkan kepada semua guru pelatih.
AJK KEROHANIAN( MOHD SHAMIL BIN HASSAN)
Melantik Jawatankuasa. Bertanggungjawab dalam hal-hal keagamaan.
AJK HADIAH DAN CENDERAMATA ( MOHAMAD ADIB BIN AZMI)
Melantik Jawatankuasa. Mengenalpasti jenis hadiah dan cenderamata. Membuat anggaran perbelanjaan. Mengendalikan penyampaian hadiah dan cenderamata.
LAMPIRAN 2
SENARAI SEMAK TUGAS AHLI JAWATANKUASA
BIL JAWATANKUASA TUGAS TINDAKAN
1. Pengerusi Merancang program.
Mengendali mesyuarat.
Mengagihkan tugas.
2. Naib Pengerusi Membantu pengerusi menjalankan
tugas dan tanggungjawab.
Mengawas perjalanan program.
3. Setiausaha Menguruskan proses surat-
menyurat.
Mencatatkan minit mesyuarat.
4. Bendahari Merancang perbelanjaan.
Mencatatkan perbelanjaan.
Mengaudit akaun.
5. Urus Setia Menguruskan pendaftaran.
Menyelaraskan tugas-tugas
jawatankuasa.
Menyelaraskan perjalanan
perkhemahan.
6. Alatan Menguruskan aktiviti perkhemahan.
Mengagih dan menyimpan segala
peralatan dalam keadaan baik.
Menyediakan peralatan untuk
semua aktiviti secukupnya.
7. Makanan Menguruskan pengagihan makanan
kepada para peserta.
8. Keselamatan dan
Kecemasan
Menguruskan keselamatan peserta
perkhemahan.
Mengatur jadual kawalan malam.
Mengurus kes-kes kecemasan.
9. Pengangkutan Menguruskan pengangkutan pergi
dan balik peserta perkhemahan.
10. Aktiviti Merangka dan menjalankan aktiviti
atas arahan pengerusi.
11. Hadiah dan
Cenderamata
Menyediakan hadiah kepada para
pemenang.
Menyediakan cenderahati kepada
tetamu undangan.
LAMPIRAN 4: PERATURAN – PERATURAN PERKHEMAHAN
PERATURAN PERKHEMAHAN
1.Semua peserta adalah tertakluk kepada arahan yang ditetapkan di
samping arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh urusetia
program.
PERATURAN PAKAIAN
a. Lelaki
1.Baju T berkolar lengan panjang atau pendek
2.Seluar Panjang
b. Perempuan
1.Baju T berkolar lengan panjang atau pendek
2.Seluar panjang
3.Sarung kaki
4.Bertudung (bagi yang beragama Islam)
5.Seluar track
6.Kasut yang sesuai dengan akitiviti
PERATURAN KEBERSIHAN KAWASAN KHEMAH
1.Kawasan sekitar khemah hendaklah bersih sepanjang masa.
2.Barangan dalam khemah harus disusun kemas dan teratur
3.Segala sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan.
KAWASAN BILIK MANDI DAN TANDAS
1.Kawasan bilik mandi dan tandas hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih.
2.Segala peralatan di dalam bilik mandi hendaklah dijaga dengan betul
PERGERAKAN PESERTA
1.Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain hendaklah dalam kumpulan.
Ketua
kumpulan bertanggungjawab untuk memberi arahan.
2.Setiap peserta wajib mematuhi arahan dan bergerak secara teratur semasa
aktiviti.
KAWASAN LARANGAN
1.Peserta dilarang keluar dari kawasan aktiviti sepanjang tempoh program
kecuali Kebenaran.
2.Kawasan perkhemahan wanita adalah kawasan larangan bagi peserta lelaki
dan begitulah sebaliknya.
PERINGATAN
1.Para peserta program tertakluk kepada semua peraturan dan arahan yang
ditetapkan di atas.
2.Peraturan dan arahan yang lain difikirkan perlu akan dikeluarkan pada bila-
bila
masa oleh pihak urusetia.
3.Sila patuhi peraturan di atas.
PANDUAN KESELAMATAN
1.Apabila menyertai program di luar kawasan sekolah, para peserta
hendaklah
sentiasa berdisiplin dan mempamerkan tingkahlaku yang sesuai bagi tujuan
keselamatan diri dan peserta lain serta menjaga nama baik sekolah.
2.Peserta diwajibkan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan sepanjang
program.
3.Peserta hendaklah melaporkan diri kepada ketua kumpulan atau pengerusi
pada setia kali sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
4.Sebarang kes kecederaan, sakit atau perkara-perkara luar biasa yang boleh
mengancam keselamatan para peserta sepanjang program ini hendaklah
dilaporkan kepada ketua kumpulan, guru pengiring atau mana-mana pihak
yang boleh memberikan bantuan segera.
LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER SATU.
Sebelum diadakan program bina insan guru ini, kami telah banyak kali
melakukan perjumpaan untuk mendapatkan kata sepakat memilih ahli jawatan
kuasa dan tempat untuk melakukan aktiviti perkhemahan selama empat hari tiga
malam. Setelah melakukan perjumpaan antara pihak hal ehwal murid dan para
pelajar dari kumpulan G1.1, G1.3, G1.5 dan G1.7. Setelah menjalankan perjumpaan
ini kami akhirnya sepakat memilih lokasi perkhemahan di Brindley Training & Camp ,
Port Dickson.
Setelah itu kami memilih ahli jawatankuasa dari kalangan kami untuk
berurusan dengan pihak Hal Ehwal Murid dan menguruskan kerja yang berkaitan
urusan lain. Daripada perjumpaan ini kami sepakat untuk memilih Muhamad Hafiz
Bin Idrus sebagai pengerusi dan jawatankuasa lain yang seperti di lampiran serta
kertas kerja. Kami juga berbincang untuk mengutip duit bagi membuat bayaran
untuk baju dan cenderahati iaitu sebanyak RM30.00.
Akhirnya, kami hanya membuat perjumpaan antara ahli jawatan kuasa dan
wakil kelas sahaja untuk membereskan kerja yang tidak siap sepenuhnya bagi
mengelakkan dari menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran guru pelatih
sekalian.
LAPORAN SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER SATU.
22 Feb 2011, Selasa
Pada hari pertama aktiviti Bina Insan Guru (BIG) diadakan, kami telah
berkumpul di padang IPG Kampus Ilmu Khas sebelum jam 8.00 pagi untuk
mengambil kehadiran dan memastikan setiap ahli kelas yang akan melaksanakan
aktiviti hadir. Selepas mengambil kehadiran, pengerusi program BIG memastikan
setiap ahli jawatankuasa sudah bersiap menyediakan setiap kelengkapan aktiviti
agar segala aktiviti yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar. Contohnya,
memastikan AJK makanan menyediakan jadual bagi setiap kumpulan untuk mereka
memasak makanan. Malah, mereka juga perlu menyediakan menu-menu supaya
memudahkan setiap kumpulan untuk memasak makanan kepada setiap peserta
BIG. Malah, pegerusi juga memastikan AJK peralatan dan AJK hadiah telah
menyediakan segala peralatan dan hadiah untuk peserta. Semua peserta daripada 5
kelas dan diikuti oleh setiap mentor akan bertolak ke lokasi BIG setelah semua
selesai. Tepat jam 8.00 pg, Pengarah IPGKIK tiba ke padang IPGKIK untuk
merasmikan program tersebut. Seperti biasa, bagi memberkati perjalanan kami ke
sana, Ahli jawatankuasa kerohanian BIG telah membacakan doa sebelum bertolak
ke lokasi BIG. Tepat jam 9.30 pagi, kami bertolak ke lokasi dengan menaiki dua bas
Institut.
Perjalanan ke Brindley Training & Camp , Port Dickson memakan masa
selama 2 jam setengah. Tepat jam 12, kami sampai di lokasi BIG. Semasa dalam
perjalanan semua pelajar terkesima melihat keindahan laut Port Dikson yang
berdekatan dengan tempat perkhemahan. Setelah sampai, kami telah diberi taklimat
oleh seorang ahli jawatankuasa yang menjadi penjaga kawasan perkhemahan
tersebut. Taklimat diberi agar para guru pelatih lebih berhati-hati apabila berada di
kawasan hutan yang menjadi tempat perkhemahan. Malah, guru pelatih juga diberi
arahan agar menjaga perlakuan semasa di kawasan tersebut.
Setelah selesai taklimat, para guru pelatih diminta untuk masuk ke dalam
hutan dan mencari tempat perkhemahan yang sesuai dan selamat sebagai tempat
penginapan selama 4 hari 3 malam. Setiap 4 orang diminta untuk berada dalam satu
khemah. Kami telah memasang khemah. Setelah selesai, kami diberi rehat sehingga
pukul 3.00 petang sebelum mengadakan aktiviti seterusnya.
Tepat pukul tiga petang, para guru pelatih berkumpul di sebuah dewan untuk
mengadakan aktiviti seterusnya. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti LDK
slot 1 iaitu sesi mengenali rakan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran mendengar yang
baik. contohnya, pensyarah pembimbing menyuruh pelajar membahagi kumpulan
mengikut tarikh lahir. Setelah berkumpul, para guru pelatih perlu menghafal nama
penuh, dan tempat kelahiran setiap ahli kumpulan. Selepas itu, pensyarah
pembimbing akan memilih salah seorang ahli setiap kumpulan dan meminta mereka
menyatakan nama dan asal setiap ahli kumpulan. Seterusnya, para guru pelatih pula
diminta untuk membahagikan kumpulan mengikut tempat kelahiran dan aktiviti yang
sama akan dilakukan.
Setelah selesai, guru pelatih diminta pulang ke kawasan perkhemahan.
Semasa guru pelatih pulang ke kawasan perkhemahan, kami dikejutkan dengan
monyet-monyet liar yang memasuki kawasan perkehemahan. Monyet-monyet
tersebut telah mencuri makanan-makanan ringan di dalam khemah para guru
pelatih. Pensyarah pembimbing berusaha untuk menghalau monyet tersebut.
Setelah berjaya menghalau, para guru pelatih diminta supaya tidak menyimpan
makanan di dalam khemah dan menutup khemah sebelum keluar untuk
menjalankan aktiviti.
Selepas selesai aktiviti dijalankan, para guru pelatih diminta untuk bersiap
sedia untuk menunaikan solat asar, makan malam dan seterusnya menunaikan solat
maghrib dan isyak berjemaah. Bagi guru pelatih bukan Islam, mereka mengikuti sesi
moral bersama pensyarah pembimbing yang bertugas.
Setelah selesai, semua guru pelatih diminta untuk minum malam dan
seterusnya balik ke khemah. Bagi keselamatan, setiap guru pelatih akan bertugas
untuk berjaga malam untuk meninjau kawasan perkhemahan daripada bahaya. Guru
pelatih akan dibahagi kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan bertugas selama
2 jam.
23 feb 2011, Rabu
Pada hari kedua progam BIG dijalankan, guru pelatih muslim digalakkan
untuk berada di surau sebelum pukul 6.00 pagi untuk menunaikan kewajipan wajib
bagi umat Islam iaitu menunaikan solat fardu subuh berjemaah. Setelah selesai
solat, kami telah diberi tazkirah subuh oleh Ustazah Rafeah. Seperti biasa para guru
pelatih bukan Islam diminta berada di dewan untuk sesi moral.
Selepas selesai tazkirah, setiap guru pelatih diberi masa untuk bersarapan
dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti yang dilakukan pada hari
seterusnya ialah aktiviti ’jungle treking’. Aktiviti ini sangat memerlukan kekuatan
fizikal dan mental. Hal ini kerana kami perlu mendaki bukit yang berbukit bukau dan
tanah yang lincin. Setiap guru pelatih diberi taklimat mengenai cara yang perlu
dilakukan agar keselamatan sentiasa terjamin. Setiap guru pelatih diwajibkan untuk
memakain baju dan seluar yang sesuai, kasut sukan dan memakai stokin.
Setiap guru pelatih akan diperiksa oleh pensyarah pembimbing dari segi
pakaian agar keselamatan terjamin. Seterusnya, guru pelatih akan bergerak di
dalam hutan secara berkumpulan. Semasa berada di tengah hutan, pensyarah
pembimbing meminta setiap kumpulan untuk mencari bahan semula jadi untuk
dijadikan majlis perkahwinan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menghias
pengantin sama ada pengatin lelaki, pengatin perempuan, pengapit lelaki, pengapit
perempuan, hantaran dan tok kadi. Kumpulan saya telah mendapat tugasan untuk
menghias pengapit perempuan.
Salah seorang ahli kumpulan saya iaitu Pau telah dipilih untuk menjadi
pengapit perempuan. Manakala, ahli kumpulan lain berusaha untuk mencari bahan
semula jadi seperti daun, akar, kayu untu menghias pengapit perempuan. Kami telah
mereka skirt pendek daripada daun, topi, baju, rantai dan kipas.
Setelah selesai, setiap ahli kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil
yang telah dibuat dan membentangkan mengenai hiasan yang telah dibuat. Setelah
selesai, setiap pengatin, pengapit dan tok kadi diminta untuk membuat satu
persembahan perkahwinan.
Setelah selesai, kami berangkat pulang ke kawasan perkhemahan untuk
menjalankan aktiviti seterusnya. Para guru pelatih diberi rehat untuk makan
tengahari dan menunaikan solat zuhur. Pada pukul 3 petang, kami mengadakan
LDK bagi slot yang kedua. Di slot ini, kami diuruskan oleh pensyarah pembimbing
daripada jabatan pendidikan. Slot ini merupakan ujian psikologi berdasarkan warna.
Kami diberi sepuluh minit untuk menjawab kertas soalan mengenai psikologi diri
berdasarkan warna. Hasil daripada pemeriksaan, saya telah mendapat keputusan
berwarna Emas.
Menurut fasilaitator individu yang mendapat keputusan berwarna emas
merupakan seseorang yang memiliki ciri-ciri untuk menjadi seorang guru iaitu
mengikut peraturan, bersifat keibubapaan, suka memberi nasihat. Lebih matang
dalam membuat keputusan. Hasil daripada ujian ini saya mendapati banyak perkara
atau sikap yang saya perlu terapkan dalam diri saya untuk menjadi seorang guru
agar guru yang diahirkan menepati falasafah pendidikan guru yang dapat
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan.
Malah, hasil daripada ujian saya menepati bahawa saya perlu Cuba
mengekalkan dan menerapkan nilai-nilai untuk menjadi seorang guru. Saya juga
perlu membiasakan diri dengan sikap seorang guru agar tidak kekok apabila berada
di sekolah kelak yang akan menjadi role model kepada anak-anak murid.
Selepas slot ini selesai, semua guru pelatih diberi peluang untuk berbincang
di dalam kumpulan untuk persembahan malam kebudayaan yang akan diadakan
pada malam keesokkan harinya. Pada pukul 5 petang, semua guru pelatih Islam
diminta untuk menunaikan solat asar dan seterusnya bersiap untuk makan petang.
Selepas makan semua guru pelatih Islam diwajibkan ke surau dan seterusnya
menunaikan solat magrib, mendengar tazkirah maghrib dan seterusnya solat isyak
berjemaah.
Seterusnya, semua guru pelatih diminta ke dewan untuk aktiviti LDK slot
ketiga. Aktiviti LDK kali ini merupakan slot mencipta logo kumpulan. Dalam slot ini
saya dan ahli kumpulan perlu berbincang mengenai logo yang akan kami cipta bagi
mewakili setiap ahli kumpulan dan sebagai bakal guru yang akan mendidik anak
bangsa pada masa depan.
Kami telah diberikan pen marker dan kertas manjong untuk melukis logo dan
seterusnya membentangkan logo tersebut. Semasa melukis logo, kami telah
memasukkan lampu yang melambangkan kami sebagi guru untuk memberi ilmu
kepada anak bangsa pada masa depan. Selain itu, kami juga melukis 5 plug yang
menyambungkan lampu tersebut. 5 plug tersebut melambangkan setiap perkara
yang dilakukan adalah berdasarkan prinsip rukun negara. Di atas lampu tersebut
terdapat bumbung minangkabau yang menjadi pelindung. Bumbung minangkabau
itu melambangkan, walaupun zaman bertambah moden, kami sebgai guru tidak
melupakan budaya tradisional tetapi menjadikan budaya tradisional sebagai
pengajaran atau pendorong untuk maju ke depan.
Slot ini memberi ruang kepada saya dan ahli kumpulan untuk berfikir secara
kreatif untuk membuat logo. Ia sangat bersesuai untuk melatih kami berfikiran kreatif
agar semasa mengajar nanti boleh melahirkan idea baru dan kreatif dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selepas selesai, semua guru pelatih diminta untuk makan malam dan boleh
balik ke khemah untuk berehat. Seperti biasa, tugas berjaga malam dijalankan.
24 Feb 2011, Khamis
Seperti biasa, semua guru pelatih Islam diminta untuk berada di surau untuk
menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah subuh. Selepas itu,
semua guru pelatih diminta untuk bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya dan makan
sarapan pagi.
Aktiviti yang seterusnya yang akan dilakukan ialah kami akan melakukan
aktiviti di laut. Aktiviti yang akan dilakukan ialah pertandingan berkayak. Sebelum
berkayak kami diberi taklimat oleh pengawai di sana. Seterusnya, kami perlu
melakukan ’water confident’ agar memberi keyakinan diri semasa berada di laut.
Selepas semua guru pelatih berjaya melakukan ’water confident’. Semua guru
pelatih diberi kumpulan dan diminta untuk memilih kayu dan membina sendiri kayak.
Semua guru pelatih amat teruja untuk membina sendiri kayak dan ia menjadi
pengalaman yang sangat berharga kepada kami. Setelah selesai, kami memulakan
pertandingan. Setiap kayak perlu bertanding untuk mendapat bendera yang dipacak
di tengah laut dan pulang kembali ke daratan. Laut yang berombak menyukarkan
lagi kayak kami untuk bergerak. Namun, hasil daripada semangat kerjasama yang
ada semasa aktiviti dijalankan, kami juga berjaya untuk mendapatkan bendera yang
diletakkan di tengah laut dan berjaya kembali ke daratan kerana berat sama dipikul
ringan sama dijinjing.
Selepas aktiviti di laut selesai, semua guru pelatih diberi peluang untuk
berahat di khemah sebelum aktiviti lain dijalankan iaitu slot LDK. Para guru pelatih
diberi masa untuk makan tengahari dan seterusnya menunaikan solat zuhur. Pada
pukul 3.00 petang, semua guru pelatih Diminta untuk berda di dewan untuk slot LDK.
Bagi slot ke empat LDK kali ini ialah merupakan slot merancang
pembangunan dengan wang RM 1juta. Kami perlu berbincang mengenai tajuk yang
diberikan iaitu membuat pembangunan untuk rakyat berbekalkan wang yang
diberikan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM 1juta. Bagi membincangkan tajuk ini,
penglibatan semua ahli dalam kumpulan sangat penting untuk mendapatkan idea
yang bernas.
Kami telah memilih tiga projek pembangunan dengan wang yang diberikan
iaitu membina futsal, pusat untuk belajar kemahiran seperti menjahit, memasak,
membuat kraftangan. Seterusnya kami juga ingin membina pusat tuisyen.
Slot ini telah memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk berfikir
menggunakan wang yang diberikan oleh kerajaan dengan membina perkara yang
berfaedah untuk rakyat.
Slot ini selesai pada pukul 4.30 petang. Selepas itu, kami diberi peluang untuk
berlatih untuk malam persembahan pada malam nanti. Kumpulan saya telah memilih
untuk membuat persembahan sketsa. Persembahan kami mengisahkan seorang
pelajar yang miskin tetapi mempunyai semangat untuk belajar dan sangat cinta akan
ilmu, manakala seorang lagi pelajar yang berasal daripada keluarga yang kaya raya
tetapi malas untuk belajar. Di akhir persembahan, pelajar yang miskin menjadi
seorang yang berjaya dan sebaliknya berlaku kepada pelajar yang kaya tadi.
Persembahan kami telah diselitkan dengan persembahan sajak untuk
mengenangkan jasa guru untuk menyedarkan pelajar supaya cinta akan ilmu
pengetahuan.
Pada pukul 6.30 petang, semua guru pelatih diminta untuk makan petang dan
seterusnya bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib berjemaah, bacaan
yassin dan menunaikan solat isyak berjemaah bagi muslim, manakala bagi non-
muslim, sesi moral akan diadakan di dewan.
Tepat jam 9.30 malam, semua guru pelatih diminta untuk berada di dewan
untuk aktiviti malam persembahan. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapat
melihat mengenai kemahiran kreatif yang dipamerkan oleh setiap guru pelatih. Hal
ini menunjukkan bahawa setiap guru pelatih mempunyai kreativi yang sangat baik
untuk menjadi seorang guru yang kreatif kelak. Ada kumpulan yang mengadakan
aktiviti berpantun, berlakon, menyanyi sambil berlakon.
Tepat jam 11.30 malam, aktiviti malam persembahan tamat dan semua guru
pelatih diminta untuk makan malam dan balik ke khemah.
25 Feb 2011, Jumaat
Seperti biasa pada pukul 6.00 pagi semua guru pelatih Islam diminta berada
di surau untuk menunaikan solat subuh dan seterusnya mendengar tazkirah subuh.
Selepas itu, kami diminta bersarapan. Selepas bersarapan, kami diberi masa selama
3 jam untuk berkemas sebelum majlis penutupan dijalankan. Kami perlu mengemas
pakaian, khemah dan membersihkan kawsan perkhemahan tersebut.
Pada jam 9.30 pagi, semua guru pelatih berada di dewan untuk majlis
penutupan program Bina Insan Guru semester 1 Ambilan Januari 2011. Majlis
diadakan dengan ucapan daripada penyelaras program, ucapan wakil guru pelatih
dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Pengarah IPGIK. Majlis
penyampian hadiah bagi setiap aktiviti yang diadakan semasa program BIG
dijalankan. Alhamdunillah, saya dan ahli kumpulan bersyukur kerana kumpulan kami
telah berjaya untuk mendapat hadiah bagi persembahan terbaik semasa malam
kebudayaan.
Selepas selesai, kami mengadakan sedikit majlis jamuan ringan dan tepat
pukul 12 tengahari semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing betolak pulang
ke IPG Kampus Ilmu Khas.
LAPORAN SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER SATU.
Selepas selesai melakukan aktiviti perkhemahan untuk bina insan guru
semester satu, ketua kami telah mengarahkan semua guru pelatih untuk memberi
gambar ilmiah yang ditangkap oleh kami untuk dikumpul bagi menyenangkan kerja
membuat laporan serta menyatakan bukti yang kami telah melakukan semua aktiviti
yang dirancang sepanjang menjalani perkhemahan tersebut.
Seterusnya, tugas setiausaha untuk mengemaskini laporan yang disediakan
untuk diagihkan kepada semua guru pelatih dan dimasukkan ke dalam fail BIG bagi
menyatakan bukti yang kami telah menjalankan aktiviti perkhemahan ini.
5.0 REFLEKSI
REFLEKSI
Sebelum aktiviti ini dijalankan saya dapati banyak percanggahan maklumat
antara guru pelatih dan pihak hal ehwal murid tentang tarikh sebenar perjumpaan
dan masanya kerana terlalu banyak desas desus yang kedengaran. Walaupun
masalah ini terjadi namun semuanya berjalan dengan lancarnya seperti yang
dirancang kerana komitmen yang diberikan oleh guru pelatih sangat tinggi ketika
berurusan dengan pihak hal ehwal murid walaupun kami datang dari kelas berbeza.
Dari sudut pandangan pertama ini saya dapati terdapat persefahaman yang jitu dari
semua guru pelatih.
Semasa tibanya hari yang dinantikan, saya dapati aktiviti ini sangat memberi
faedah kepada guru pelatih terutamanya dari segi memupuk sikap bekerjasama. Hal
ini dapat jelas dilihat ketika sampainya di lokasi tapak perkhemahan semua guru
pelatih berkerumun turun daripada bas untuk sama-sama mengankat barang yang
dibawa untuk dipindahkan di tempat yang sepatutnya. Saya juga dapati banyak nilai-
nilai murni yang dapat dipupuk sepanjang aktiviti ini dijalankan antaranya ialah
memupuk sikap tolong menolong, bekerjasama, bertolak ansur, hormat
menghormati dan lain-lain. Hal ini jelas dapat dilihat ketika aktiviti pemasangan
khemah dan memasak. Aktiviti memasak sangat menguji mental dan fizikal para
guru pelatih kerana aktiviti ini berkaitan dengan bahan makanan asasi manusia yang
perlu disediakan untuk memberi tenaga kepada guru pelatih.
Dalam pada itu, perkhemahan ini turut menyelitkan unsur-unsur kerohanian di
mana setiap kali waktu solat subuh telah diadakan satu kuliah subuh yang
disampaikan oleh penceramah jemputan. Slot ini dipenuhi dengan tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan kehidupan yang lebih sempurna. Hal ini banyak memberi input
positif kepada guru pelatih.
Akhirnya, pada pendapat saya sangat berbesar hati sekiranya aktiviti ini dapat
dijalankan pada waktu yang lain kerana sangat banyak input yang baik dapat
diterima oleh guru pelatih dalam menghasilkan para guru yang bukan sahaja
cemerlang dari segi intelektualnya tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.
6.0
LAMPIRAN
GAMBAR
Gambar 1 : Ice breaking yng dikendalikan oleh kaunselor institut.
Gambar 2 : Pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustazah Rapeah
Gambar 3: Aktiviti LDK
Gambar 4 : Pengantin yang dihias dengan bahan-bahan semulajadi
Gambar 5 : Bergambar beramai-ramai setelah kembara hutan
Gambar 6 : Tapak perkhemahan
Gambar 7 : Kumpulan yang bertugas menyediakan makan malam.
Gambar 8 : Aktiviti senam pagi
Gambar 9: Malam kebudayaan
Gambar 10: Majlis penutupan
Gambar 11: Gambar para pensyarah dan AJK
Recommended