View
254
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL DIAGNOSIS PENGUASAAN DAN KESALAHAN LAZIM
DALAM TAJUK PEMBEZAAN DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : RUSLINA BINTI ISMAIL @ NAWI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 912, KAMPUNG KOR, PROF DR. ISMAIL BIN KAILANI 16010 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan :………………………………………
Nama Penyelia :Prof. Dr. Ismail bin Kailani
Tarikh :………………………………………
DIAGNOSIS PENGUASAAN DAN KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PEMBEZAAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI
DAERAH JOHOR BAHRU
RUSLINA BINTI ISMAIL @ NAWI
Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………
Nama Penulis : RUSLINA BT ISMAIL @ NAWI
Tarikh :…………………………………
iii
DEDIKASI
Diabadikan khas buat
Ayahanda dan bonda yang dikasihi
Hj. Ismail @ Nawi bin Awang,
Hjh. Semah binti Hj. Manan
Serta adik-beradikku tersayang
diatas berkat dan semangat
yang selalu dihulurkan
Buat insan teristimewa
Razmal bin Shapiei
terima kasih diatas dorongan,
kesabaran dan kasih sayang yang diberikan
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan
dan teman seperjuangan yang
banyak membantu sepanjang
kajian ini dijalankan.
Semoga Allah jua yang
membalas jasa kalian
Amin
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
untuk penganugerahan Ijazah sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Ismail b.
Kailani diatas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan
ini. Kepada Allah SWT jua saya doakan agar kalian diberi pembalasan yang setimpal
dengan kerjasama yang diberikan kepada saya, InsyaAllah ianya akan tetap dikenang
hingga akhir hayat.
Wasalam.
Ruslina bt Ismail @ Nawi.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendiagnosis penguasaan pelajar dalam tajuk
Pembezaan dan mengenalpasti kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar.
Penguasaan pelajar terhadap konsep dan kaedah Pembezaan dilakukan berdasarkan
kepada model Skemp (1987). Menurut model Skemp, diagnosis terhadap penguasaan
konsep dan kaedah dalam matematik melibatkan 3 jenis kefahaman, iaitu kefahaman
instrumental, kefahaman relasional dan kefahaman logik. Manakala bagi penguasaan
pelajar terhadap penyelesaian masalah dibuat mengikut model Polya (1957) yang
menggariskan 4 fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang
penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak jawapan. Sementara itu,
bagi analisis untuk kesalahan lazim, kajian ini menggunakan analisis kesalahan
Newman. Menurut Newman, kesalahan lazim yang kerap dilakukan pelajar boleh
dikelompokkan ke dalam 5 jenis kesalahan, iaitu kesalahan pemahaman, kesalahan
pengertian, kesalahan transformasi, kesalahan memproses dan kesalahan kecuaian.
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 5
yang dipilih secara rawak berkumpulan. daripada dua buah sekolah disekitar daerah
Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian
diagnostik.yang mengandungi 7 soalan subjektif. Analisis data dibuat secara
kualitatif berdasarkan jawapan bertulis responden. Dapatan kajian menunjukkan
pelajar tidak dapat menguasai tajuk Pembezaan sepenuhnya. Mereka juga didapati
melakukan kesalahan lazim yang sama yang mana boleh dikategorikan kepada tiga
jenis kesalahan lazim, iaitu Kesalahan cuai (KC), Kesalahan Sistematik (KS) dan
Kesalahan Rawak (KR). Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
beberapa cadangan pemulihan telah dikemukan.
vi
ABSTRACT
The objective of this study is to diagnose the student’s mastery in the topic of
Differentiation and to ensure the common error. The student’s mastery in the aspects
of concepts and method of Differentiation was done based on Model of Skemp
(1987). According to Skemp, there were three types of understanding order to master
the concept and method of Differentiation. That was the Instrumental understanding,
relational understanding and logical understanding. Besides in the aspect of solving
problem this study was done based on Model of Polya (1957) where it underlined
four phase of problem solving. That was understanding the problem, planning the
solution, implemented the solution and checked the answer. While, in the analysis of
common error, this study was done based on Newman’s analysis of error. According
to Newman, there were five common error which is error of understanding, error of
notation, transformation error, error in processing and careless error. The respondents
comprised of 60 form 5 students in two schools in the district of Johore Bahru. The
instrument used is a set of diagnostics question consist of 7 subjective questions.
Data analysis is done qualitatively based on responses of student’s answer. The
results indicated that the students not able to master the topic of Differentiation. They
also doing the same common error which can be categorized to three type of
common error that is Careless Error, Systematic Error and Random Error. Several
suggestions on how the problems could be reduced are terminated.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Rumusan Bab 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian-Kajian Lepas Dalam Negeri 11
2.3 Kajian-Kajian Lepas Luar Negeri 12
2.4 Masalah Pembelajaran Matematik 13
2.5 Penguasaan Konsep Dalam Matematik 14
2.6 Penyelesaian Masalah Dalam Matematik. 16
2.7 Kesalahan Lazim Dalam Matematik 17
2.8 Pendekatan Kualitatif 18
2.9 Rumusan Bab 18
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Prosedur Pengumpulan Data 20
3.4 Sampel Kajian 20
3.5 Lokasi Kajian 21
3.6 Instrumen Kajian 22
3.6.1 Ujian Diagnostik 22
3.6.2 Penjelasan Soalan Ujian Diagnostik 23
3.7 Kajian Rintis 25
3.8 Kesahan Instrumen Kajian 26
3.9 Tatacara Kajian 26
3.10 Analisis Data 27
3.10.1 Mendiagnosis Penguasaan Pelajar Terhadap
Tajuk Pembezaan 28
3.10.2 Analisis Kesalahan Lazim 30
3.11 Rumusan Bab 31
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data 32 4.2.1 Analisis Maklumat Pelajar ( Bahagian I) 33
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina. 33
4.2.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.2.3.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Pencapaian Dalam PMR. 34
x
4.2.4.4 Pengkelasan Tahap Minat Pelajar
TerhadapMata Pelajaran Matematik 35
4.3 Analisis Jawapan Pelajar (Bahagian II) 35
4.3.1 Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Tajuk
Pembezaan 36
4.3.2 Diagnosis Penguasaan Pelajar Terhadap
Pembezaan. 36
4.3.2.1 Diagnosis Penguasaan Pelajar Dari Segi
Konsep dan Kaedah Dalam Pembezaan 37
4.3.2.2 Diagnosis Terhadap Penguasaan Pelajar
Dari Segi Penyelesaian Masalah 43
4.3.3 Analisis Kesalahan Lazim 45
4.3.3.1 Kesalahan Pelajar Dalam Pembezaan
Peringkat Pertama Hasil Darab Fungsi
Algebra 46
4.3.3.2 Kesalahan Pelajar Dalam Pembezaan
Peringkat Pertama Hasil Bahagi Fungsi
Algebra. 48
4.3.3.3 Kesalahan Pelajar Dalam Item Mencari
Titik Pegun Dengan Menggunakan
Pembezaan 52
4.3.3.4 Kesalahan Pelajar Dalam Mencari Kadar
Perubahan 54
4.3.3.5 Kesilapan Pelajar Dalam Mecari
Tokokan Kecil dan Penghampiran 57
4.3.3.6 Kesilapan Pelajar Dalam Pembezaan
Peringkat Kedua 61
.
4.5 Rumusan Bab 64
xi
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Kajian 66
5.2.1 Mendiagnosis Penguasaan Pelajar Dalam Tajuk
Pembezaan 66
5.2.2 Kesalahan Lazim 67
5.2.2.1 Kesalahan Cuai 68
5.2.2.2 Kesalahan Sistematik 69
5.2.2.3 Kesalahan Rawak 70
5.3 Implikasi Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Pembezaan 72
5.4 Cadangan Pemulihan 74
5.4.1 Pemulihan Bagi Penguasaan Konsep
Dalam Pembezaan 74
5.4.2 Pemulihan Bagi Penguasaan Melibatkan
Penyelesaian Masalah 75
5.4.3 Pemulihan Bagi Kesalahan Cuai 75
5.4.4 Pemulihan Bagi Kesalahan Sistematik 76
5.4.5 Pemulihan Bagi Kesalahan Rawak 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.6 Penutup 78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 82-91
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan soalan diagnostik 23
3.2 Selang kelas bagi penentuan tahap pencapaian
pelajar dalam tajuk Pembezaan. 28
4.1 Peratus pelajar mengikut jantina 33
4.2 Peratusan pelajar mengikut bangsa 34
4.3 Peratusan pelajar mengikut pencapaian dalam PMR 34
4.4 Taburan pengkelasan tahap minat pelajar terhadap mata
pelajaran matematik 35
4.5 Tahap pencapaian pelajar 36
4.6 Peratus jawapan pelajar bagi pembezaan peringkat
Pertama hasil darab fungsi algebra. 47
4.7 Peratus jawapan pelajar bagi pembezaan peringkat
pertama hasil bahagi bagi fungsi algebra. 50
4.8: Peratus jawapan pelajar dalam item mencari titik pegun
dengan menggunakan pembezaan 53
4.9 Peratus jawapan pelajar bagi item dalam mencari kadar
Perubahan 55
4.10 Peratus jawapan pelajar dalam mencari tokokan kecil dan
Penghampirannya 59
4.11 Peratus jawapan pelajar dalam pembezaan peringkat kedua. 62
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Tatacara kajian 27
xiv
SENARAI SINGKATAN KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KC - Kesalahan Cuai
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KR - Kesalahan Rawak
KS - Kesalahan Sistematik
NCTM - National Council Of Teachers Of Mathematics
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Universiti Teknologi Malaysia 82
B Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar sekolah. 83
C Surat kebenenaran menjalankan kajian daripada Jabatan
Pelajaran Johor 84
D Surat pengesahan soalan ujian diagnostik 85
E Soalan ujian diagnostik 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami satu proses perubahan
yang pesat bagi memaksimumkan perananya untuk membentuk dan melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat negara
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Untuk memenuhi hasrat ini berbagai-bagai kaedah dirangka bagi meningkatkan
kualiti sistem pendidikan, sebagaimana ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di peringkat
menengah atas bertujuan untuk memberi penekanan yang lebih meluas dan
mendalam terhadap pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992). Bagi mata pelajaran matematik di peringkat menengah
atas, dua jenis mata pelajaran matematik diajar iaitu Matematik KBSM yang
merupakan satu daripada mata pelajaran teras, dan Matematik Tambahan KBSM
yang merupakan satu mata pelajaran elektif. Kurikulum Matematik KBSM telah
digubal dengan tujuan untuk membekalkan pembelajaran dan pengajaran matematik
yang menarik dan mencabar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989).
Walaubagaimanapun, Matematik Tambahan KBSM boleh dianggap sebagai
matapelajaran yang agak sukar dan susah difahami (Laporan Prestasi SPM, 2003).Ini
2
kerana masih ramai calon-calon yang belum menguasai kaedah dan kemahiran asas
dalam Matematik Tambahan KBSM. Selain itu juga masih ramai pelajar melakukan
kesilapan dalam menjawab soalan yang menyebabkan pencapaian dalam Matematik
Tambahan KBSM kurang memberansangkan.
Pencapaian para pelajar kurang memuaskan adalah disebabkan oleh
kesalahan lazim yang dilakukan dalam tajuk-tajuk yang agak sukar dalam mata
pelajaran ini. Contoh tajuk yang sukar yang menjadi punca utama para pelajar sering
melakukan kesalahan lazim adalah dalam tajuk Pembezaan. Tajuk ini juga
merupakan punca timbulnya masalah pembelajaran dalam Matematik Tambahan
KBSM (Laporan Prestasi SPM 2003). Pembezaan adalah tajuk yang terakhir dalam
silibus Matematik Tambahan tingkatan empat. Pelajar peringkat menengah atas yang
berada di tingkatan empat yang akan mempelajari tajuk ini dan akan diulangkaji
semula di tingkatan lima.
Berdasarkan Laporan Prestasi SPM (2003), membuktikan terdapat masalah
pembelajaran dalam Matematik Tambahan khususnya dalam tajuk Pembezaan
dikalangan pelajar peringkat sekolah menengah atas. Masalah pembelajaran ini
dikelaskan dalam pelbagai bentuk mengikut kesalahan yang biasa dilakukan oleh
pelajar. Permasalahan yang timbul ini perlu dikenalpasti puncanya dan penyelesaian
yang terbaik bagi menangani masalah ini untuk memastikan generasi akan datang di
negara ini lebih maju dan tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan matematik yang
juga merupakan aset penting kepada negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif yang
ditawarkan kepada pelajar menengah atas dan boleh dipilih mengikut minat dan
kebolehan pelajar sendiri. Sukatan pelajaran Matematik Tambahan telah digubal
dengan memberi pertimbangan kepada beberapa perkara penting (Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 2000). Perkara-perkara itu ialah
3
kandungan mata pelajaran matematik, keperluan kepada pengajian matematik di
peringkat yang lebih tinggi, sumbangan matematik kepada pengajian bidang ilmu
yang lain dan kegunaan matematik dalam pelbagai bidang kerjaya. Kurikulum
Matematik Tambahan digubal untuk meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan
minat pelajar terhadap matematik supaya mereka akan berupaya menggunakan
matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah.
Di peringkat sekolah menengah atas ini, terdapat rungutan daripada guru-
guru tentang kelemahan pelajar dalam tajuk Pembezaan yang menyebabkan
pencapaian dalam peperiksaan kurang memuaskan. Masalah ini perlu diselidiki
bagaimana kelemahan ini timbul serta mencari penyebab utama yang menyebabkan
berlakunya permasalahan yang sebegini. Antara kelemahan yang mungkin masalah
pembelajaran ini timbul disebabkan oleh kelemahan pelajar dalam memahami
konsep dan kaedah pembezaan iaitu tidak dapat menguasai konsep dan tidak dapat
membezakan kaedah-kaedah yang ada dalam tajuk pembezaan serta tidak dapat
menggunakan kaedah tersebut dalam menjawab soalan.
Seterusnya para pelajar sering melakukan kesilapan lazim dalam Pembezaan
ataupun mungkin disebabkan oleh sistem pendidikan yang dijalankan di peringkat
sekolah lebih menekan kepada peperiksaan tanpa diberi peluang kepada pelajar
belajar sendiri sehingga betul-betul dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam tajuk Pembezaan ini. Sistem pendidikan yang dijalankan juga
berkemungkinan punca berlakunya masalah pembelajaran ini. Sistem pendidikan
tidak lansung mempraktikkan sistem pembelajaran secara inkuiri.
Dalam Matematik Tambahan kaedah inkuiri adalah sangat penting. Kaedah
ini memerlukan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran mereka. Melalui kaedah ini murid-murid dapat dipupuk dengan
semangat ingin tahu yang akan mendorong mereka lebih minat menyertai aktiviti
pembelajaran tentang tajuk pembezaan ini. Pengetahuan yang diperolehi ini tentunya
lebih bermakna dan lebih kekal dalam ingatan pelajar.
4
Selain itu, pada masa ini kebanyakkan pelajar yang mengambil mata
pelajaran ini akan mengikuti kelas-kelas tuisyen dimana pembelajaran berlaku diluar
waktu sekolah. Kelas-kelas ini perlu dibayar mengikut harga yang ditetapkan.
Namun begitu masih ramai pelajar lemah dalam mata pelajaran ini khususnya dalam
tajuk Pembezaan. Kelemahan yang timbul ini perlu dikaji yang juga boleh dianggap
sebagai masalah pembelajaran dalam tajuk ini. Kita perlu mengambil serius perkara
ini bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita terus maju kehadapan dan
seterusnya melahirkan generasi yang lebih berkaliber pada masa akan datang.
Justeru itu, sekali lagi ditekankan bahawa masalah pembelajaran ini perlu
diberi penekanan dan mengambil serius tentang tahap pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran ini serta perlu diselidiki tentang masalah pembelajaran dalam tajuk
Pembezaan. Tajuk Pembezaan ini bukan sahaja penting semasa menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja (SPM) tetapi akan digunakan dalam
peringkat sekolah yang lebih tinggi contohnya di Matrikulasi ataupun di Universiti.
Pada peringkat ini memerlukan pemahaman konsep yang betul dalam tajuk
Pembezaan ini. Selain itu, perkara ini perlu mendapat sokongan dari semua pihak
bagi mengatasi masalah ini supaya pada masa akan datang tidak lagi timbul yang
menyatakan tajuk Pembezaan adalah sukar kerana kesilapan yang sering dilakukan
oleh pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Dalam dunia pendidikan matematik kesalahan-kesalahan lazim yang sering
dilakukan menyebabkan para pelajar merasakan subjek matematik adalah susah dan
sukar memperolehi keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan. Ini juga
merupakan permasalahan yang sama dalam matapelajaran Matematik Tambahan
khususnya dalam tajuk Pembezaan. Dalam Laporan Prestasi SPM (2003), ada
menjelaskan perkara ini yang menunjukkan para pelajar masih lemah dalam tajuk
Pembezaan. Dengan timbulnya permasalahan yang seumpama in, kita perlu mencari
punca yang menyebabkan tajuk Pembezaan bagi para pelajar agak sukar dan
5
menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan-kesalahan lazim dalam
menyelesaikan masalah berkaitan dengan Pembezaan.
Bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam topik Pembezaan, satu kajian
diagnosis perlu dijalankan bagi mengenalpasti penguasaan pelajar terhadap tajuk
Pembezaan serta mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh
pelajar. Di samping itu, kajian diagnosis ini dijalankan bagi memastikan pelajar tidak
mengalami masalah pembelajaran ini untuk selamanya. Dari dulu sehingga kini para
pelajar masih lagi mengalami kelemahan yang sama dalam tajuk Pembezaan. Ini
adalah bertujuan menyahut seruan Falsafah Pendidikan Negara yang inginkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara.
1.4 Objektif Kajian
Punca-punca yang dihadapi oleh pelajar dalam masalah pembelajaran dalam
Pembezaan perlu dikenalpasti supaya langkah-langkah perawatan dapat diambil. Ini
adalah kerana Pembezaan merupakan salah satu tajuk yang penting dalam Matematik
Tambahan. Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:
(i) Mendiagnosis penguasaan pelajar terhadap tajuk Pembezaan.
(ii) Mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar
dalam tajuk Pembezaan.
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut, iaitu:
(i) Adakah pelajar menguasai tajuk Pembezaan?
(ii) Apakah jenis kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar dalam
tajuk Pembezaan?
Recommended