22
9 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL DIAGNOSIS PENGUASAAN DAN KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PEMBEZAAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : RUSLINA BINTI ISMAIL @ NAWI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 912, KAMPUNG KOR, PROF DR. ISMAIL BIN KAILANI 16010 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh : Tarikh : CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD (NAMA PENYELIA)

borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL DIAGNOSIS PENGUASAAN DAN KESALAHAN LAZIM

DALAM TAJUK PEMBEZAAN DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : RUSLINA BINTI ISMAIL @ NAWI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 912, KAMPUNG KOR, PROF DR. ISMAIL BIN KAILANI 16010 KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(NAMA PENYELIA)

Page 2: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”.

 

 

Tandatangan :………………………………………

Nama Penyelia :Prof. Dr. Ismail bin Kailani

Tarikh :……………………………………… 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 3: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

DIAGNOSIS PENGUASAAN DAN KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PEMBEZAAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI

DAERAH JOHOR BAHRU

RUSLINA BINTI ISMAIL @ NAWI

Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………

Nama Penulis : RUSLINA BT ISMAIL @ NAWI

Tarikh :…………………………………

Page 5: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

iii

DEDIKASI

Diabadikan khas buat

Ayahanda dan bonda yang dikasihi

Hj. Ismail @ Nawi bin Awang,

Hjh. Semah binti Hj. Manan

Serta adik-beradikku tersayang

diatas berkat dan semangat

yang selalu dihulurkan

Buat insan teristimewa

Razmal bin Shapiei

terima kasih diatas dorongan,

kesabaran dan kasih sayang yang diberikan

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

dan teman seperjuangan yang

banyak membantu sepanjang

kajian ini dijalankan.

Semoga Allah jua yang

membalas jasa kalian

Amin

Page 6: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk penganugerahan Ijazah sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Ismail b.

Kailani diatas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan

ini. Kepada Allah SWT jua saya doakan agar kalian diberi pembalasan yang setimpal

dengan kerjasama yang diberikan kepada saya, InsyaAllah ianya akan tetap dikenang

hingga akhir hayat.

Wasalam.

Ruslina bt Ismail @ Nawi.

Page 7: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendiagnosis penguasaan pelajar dalam tajuk

Pembezaan dan mengenalpasti kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar.

Penguasaan pelajar terhadap konsep dan kaedah Pembezaan dilakukan berdasarkan

kepada model Skemp (1987). Menurut model Skemp, diagnosis terhadap penguasaan

konsep dan kaedah dalam matematik melibatkan 3 jenis kefahaman, iaitu kefahaman

instrumental, kefahaman relasional dan kefahaman logik. Manakala bagi penguasaan

pelajar terhadap penyelesaian masalah dibuat mengikut model Polya (1957) yang

menggariskan 4 fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang

penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak jawapan. Sementara itu,

bagi analisis untuk kesalahan lazim, kajian ini menggunakan analisis kesalahan

Newman. Menurut Newman, kesalahan lazim yang kerap dilakukan pelajar boleh

dikelompokkan ke dalam 5 jenis kesalahan, iaitu kesalahan pemahaman, kesalahan

pengertian, kesalahan transformasi, kesalahan memproses dan kesalahan kecuaian.

Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 5

yang dipilih secara rawak berkumpulan. daripada dua buah sekolah disekitar daerah

Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian

diagnostik.yang mengandungi 7 soalan subjektif. Analisis data dibuat secara

kualitatif berdasarkan jawapan bertulis responden. Dapatan kajian menunjukkan

pelajar tidak dapat menguasai tajuk Pembezaan sepenuhnya. Mereka juga didapati

melakukan kesalahan lazim yang sama yang mana boleh dikategorikan kepada tiga

jenis kesalahan lazim, iaitu Kesalahan cuai (KC), Kesalahan Sistematik (KS) dan

Kesalahan Rawak (KR). Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar

beberapa cadangan pemulihan telah dikemukan.

Page 8: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

vi

ABSTRACT

The objective of this study is to diagnose the student’s mastery in the topic of

Differentiation and to ensure the common error. The student’s mastery in the aspects

of concepts and method of Differentiation was done based on Model of Skemp

(1987). According to Skemp, there were three types of understanding order to master

the concept and method of Differentiation. That was the Instrumental understanding,

relational understanding and logical understanding. Besides in the aspect of solving

problem this study was done based on Model of Polya (1957) where it underlined

four phase of problem solving. That was understanding the problem, planning the

solution, implemented the solution and checked the answer. While, in the analysis of

common error, this study was done based on Newman’s analysis of error. According

to Newman, there were five common error which is error of understanding, error of

notation, transformation error, error in processing and careless error. The respondents

comprised of 60 form 5 students in two schools in the district of Johore Bahru. The

instrument used is a set of diagnostics question consist of 7 subjective questions.

Data analysis is done qualitatively based on responses of student’s answer. The

results indicated that the students not able to master the topic of Differentiation. They

also doing the same common error which can be categorized to three type of

common error that is Careless Error, Systematic Error and Random Error. Several

suggestions on how the problems could be reduced are terminated.

Page 9: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

viii  

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Rumusan Bab 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-Kajian Lepas Dalam Negeri 11

2.3 Kajian-Kajian Lepas Luar Negeri 12

2.4 Masalah Pembelajaran Matematik 13

2.5 Penguasaan Konsep Dalam Matematik 14

2.6 Penyelesaian Masalah Dalam Matematik. 16

2.7 Kesalahan Lazim Dalam Matematik 17

2.8 Pendekatan Kualitatif 18

2.9 Rumusan Bab 18

Page 11: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

ix  

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Prosedur Pengumpulan Data 20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Lokasi Kajian 21

3.6 Instrumen Kajian 22

3.6.1 Ujian Diagnostik 22

3.6.2 Penjelasan Soalan Ujian Diagnostik 23

3.7 Kajian Rintis 25

3.8 Kesahan Instrumen Kajian 26

3.9 Tatacara Kajian 26

3.10 Analisis Data 27

3.10.1 Mendiagnosis Penguasaan Pelajar Terhadap

Tajuk Pembezaan 28

3.10.2 Analisis Kesalahan Lazim 30

3.11 Rumusan Bab 31

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Data 32 4.2.1 Analisis Maklumat Pelajar ( Bahagian I) 33

4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina. 33

4.2.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.2.3.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Pencapaian Dalam PMR. 34

Page 12: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

x  

4.2.4.4 Pengkelasan Tahap Minat Pelajar

TerhadapMata Pelajaran Matematik 35

4.3 Analisis Jawapan Pelajar (Bahagian II) 35

4.3.1 Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Tajuk

Pembezaan 36

4.3.2 Diagnosis Penguasaan Pelajar Terhadap

Pembezaan. 36

4.3.2.1 Diagnosis Penguasaan Pelajar Dari Segi

Konsep dan Kaedah Dalam Pembezaan 37

4.3.2.2 Diagnosis Terhadap Penguasaan Pelajar

Dari Segi Penyelesaian Masalah 43

4.3.3 Analisis Kesalahan Lazim 45

4.3.3.1 Kesalahan Pelajar Dalam Pembezaan

Peringkat Pertama Hasil Darab Fungsi

Algebra 46

4.3.3.2 Kesalahan Pelajar Dalam Pembezaan

Peringkat Pertama Hasil Bahagi Fungsi

Algebra. 48

4.3.3.3 Kesalahan Pelajar Dalam Item Mencari

Titik Pegun Dengan Menggunakan

Pembezaan 52

4.3.3.4 Kesalahan Pelajar Dalam Mencari Kadar

Perubahan 54

4.3.3.5 Kesilapan Pelajar Dalam Mecari

Tokokan Kecil dan Penghampiran 57

4.3.3.6 Kesilapan Pelajar Dalam Pembezaan

Peringkat Kedua 61

.

4.5 Rumusan Bab 64

Page 13: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

xi  

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Kajian 66

5.2.1 Mendiagnosis Penguasaan Pelajar Dalam Tajuk

Pembezaan 66

5.2.2 Kesalahan Lazim 67

5.2.2.1 Kesalahan Cuai 68

5.2.2.2 Kesalahan Sistematik 69

5.2.2.3 Kesalahan Rawak 70

5.3 Implikasi Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Pembezaan 72

5.4 Cadangan Pemulihan 74

5.4.1 Pemulihan Bagi Penguasaan Konsep

Dalam Pembezaan 74

5.4.2 Pemulihan Bagi Penguasaan Melibatkan

Penyelesaian Masalah 75

5.4.3 Pemulihan Bagi Kesalahan Cuai 75

5.4.4 Pemulihan Bagi Kesalahan Sistematik 76

5.4.5 Pemulihan Bagi Kesalahan Rawak 77

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 82-91

 

Page 14: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan soalan diagnostik 23

3.2 Selang kelas bagi penentuan tahap pencapaian

pelajar dalam tajuk Pembezaan. 28

4.1 Peratus pelajar mengikut jantina 33

4.2 Peratusan pelajar mengikut bangsa 34

4.3 Peratusan pelajar mengikut pencapaian dalam PMR 34

4.4 Taburan pengkelasan tahap minat pelajar terhadap mata

pelajaran matematik 35

4.5 Tahap pencapaian pelajar 36

4.6 Peratus jawapan pelajar bagi pembezaan peringkat

Pertama hasil darab fungsi algebra. 47

4.7 Peratus jawapan pelajar bagi pembezaan peringkat

pertama hasil bahagi bagi fungsi algebra. 50

4.8: Peratus jawapan pelajar dalam item mencari titik pegun

dengan menggunakan pembezaan 53

4.9 Peratus jawapan pelajar bagi item dalam mencari kadar

Perubahan 55

4.10 Peratus jawapan pelajar dalam mencari tokokan kecil dan

Penghampirannya 59

4.11 Peratus jawapan pelajar dalam pembezaan peringkat kedua. 62

Page 15: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Tatacara kajian 27

Page 16: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

xiv

SENARAI SINGKATAN KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KC - Kesalahan Cuai

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KR - Kesalahan Rawak

KS - Kesalahan Sistematik

NCTM - National Council Of Teachers Of Mathematics

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Universiti Teknologi Malaysia 82

B Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar sekolah. 83

C Surat kebenenaran menjalankan kajian daripada Jabatan

Pelajaran Johor 84

D Surat pengesahan soalan ujian diagnostik 85

E Soalan ujian diagnostik 89

 

Page 18: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami satu proses perubahan

yang pesat bagi memaksimumkan perananya untuk membentuk dan melahirkan

generasi yang berilmu pengetahuan. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat negara

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Untuk memenuhi hasrat ini berbagai-bagai kaedah dirangka bagi meningkatkan

kualiti sistem pendidikan, sebagaimana ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di peringkat

menengah atas bertujuan untuk memberi penekanan yang lebih meluas dan

mendalam terhadap pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1992). Bagi mata pelajaran matematik di peringkat menengah

atas, dua jenis mata pelajaran matematik diajar iaitu Matematik KBSM yang

merupakan satu daripada mata pelajaran teras, dan Matematik Tambahan KBSM

yang merupakan satu mata pelajaran elektif. Kurikulum Matematik KBSM telah

digubal dengan tujuan untuk membekalkan pembelajaran dan pengajaran matematik

yang menarik dan mencabar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989).

Walaubagaimanapun, Matematik Tambahan KBSM boleh dianggap sebagai

matapelajaran yang agak sukar dan susah difahami (Laporan Prestasi SPM, 2003).Ini

Page 19: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

2

kerana masih ramai calon-calon yang belum menguasai kaedah dan kemahiran asas

dalam Matematik Tambahan KBSM. Selain itu juga masih ramai pelajar melakukan

kesilapan dalam menjawab soalan yang menyebabkan pencapaian dalam Matematik

Tambahan KBSM kurang memberansangkan.

Pencapaian para pelajar kurang memuaskan adalah disebabkan oleh

kesalahan lazim yang dilakukan dalam tajuk-tajuk yang agak sukar dalam mata

pelajaran ini. Contoh tajuk yang sukar yang menjadi punca utama para pelajar sering

melakukan kesalahan lazim adalah dalam tajuk Pembezaan. Tajuk ini juga

merupakan punca timbulnya masalah pembelajaran dalam Matematik Tambahan

KBSM (Laporan Prestasi SPM 2003). Pembezaan adalah tajuk yang terakhir dalam

silibus Matematik Tambahan tingkatan empat. Pelajar peringkat menengah atas yang

berada di tingkatan empat yang akan mempelajari tajuk ini dan akan diulangkaji

semula di tingkatan lima.

Berdasarkan Laporan Prestasi SPM (2003), membuktikan terdapat masalah

pembelajaran dalam Matematik Tambahan khususnya dalam tajuk Pembezaan

dikalangan pelajar peringkat sekolah menengah atas. Masalah pembelajaran ini

dikelaskan dalam pelbagai bentuk mengikut kesalahan yang biasa dilakukan oleh

pelajar. Permasalahan yang timbul ini perlu dikenalpasti puncanya dan penyelesaian

yang terbaik bagi menangani masalah ini untuk memastikan generasi akan datang di

negara ini lebih maju dan tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan matematik yang

juga merupakan aset penting kepada negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kurikulum Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif yang

ditawarkan kepada pelajar menengah atas dan boleh dipilih mengikut minat dan

kebolehan pelajar sendiri. Sukatan pelajaran Matematik Tambahan telah digubal

dengan memberi pertimbangan kepada beberapa perkara penting (Sukatan Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 2000). Perkara-perkara itu ialah

Page 20: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

3

kandungan mata pelajaran matematik, keperluan kepada pengajian matematik di

peringkat yang lebih tinggi, sumbangan matematik kepada pengajian bidang ilmu

yang lain dan kegunaan matematik dalam pelbagai bidang kerjaya. Kurikulum

Matematik Tambahan digubal untuk meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan

minat pelajar terhadap matematik supaya mereka akan berupaya menggunakan

matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan

menyelesaikan masalah.

Di peringkat sekolah menengah atas ini, terdapat rungutan daripada guru-

guru tentang kelemahan pelajar dalam tajuk Pembezaan yang menyebabkan

pencapaian dalam peperiksaan kurang memuaskan. Masalah ini perlu diselidiki

bagaimana kelemahan ini timbul serta mencari penyebab utama yang menyebabkan

berlakunya permasalahan yang sebegini. Antara kelemahan yang mungkin masalah

pembelajaran ini timbul disebabkan oleh kelemahan pelajar dalam memahami

konsep dan kaedah pembezaan iaitu tidak dapat menguasai konsep dan tidak dapat

membezakan kaedah-kaedah yang ada dalam tajuk pembezaan serta tidak dapat

menggunakan kaedah tersebut dalam menjawab soalan.

Seterusnya para pelajar sering melakukan kesilapan lazim dalam Pembezaan

ataupun mungkin disebabkan oleh sistem pendidikan yang dijalankan di peringkat

sekolah lebih menekan kepada peperiksaan tanpa diberi peluang kepada pelajar

belajar sendiri sehingga betul-betul dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang

terdapat dalam tajuk Pembezaan ini. Sistem pendidikan yang dijalankan juga

berkemungkinan punca berlakunya masalah pembelajaran ini. Sistem pendidikan

tidak lansung mempraktikkan sistem pembelajaran secara inkuiri.

Dalam Matematik Tambahan kaedah inkuiri adalah sangat penting. Kaedah

ini memerlukan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

pembelajaran mereka. Melalui kaedah ini murid-murid dapat dipupuk dengan

semangat ingin tahu yang akan mendorong mereka lebih minat menyertai aktiviti

pembelajaran tentang tajuk pembezaan ini. Pengetahuan yang diperolehi ini tentunya

lebih bermakna dan lebih kekal dalam ingatan pelajar.

Page 21: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

4

Selain itu, pada masa ini kebanyakkan pelajar yang mengambil mata

pelajaran ini akan mengikuti kelas-kelas tuisyen dimana pembelajaran berlaku diluar

waktu sekolah. Kelas-kelas ini perlu dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

Namun begitu masih ramai pelajar lemah dalam mata pelajaran ini khususnya dalam

tajuk Pembezaan. Kelemahan yang timbul ini perlu dikaji yang juga boleh dianggap

sebagai masalah pembelajaran dalam tajuk ini. Kita perlu mengambil serius perkara

ini bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita terus maju kehadapan dan

seterusnya melahirkan generasi yang lebih berkaliber pada masa akan datang.

Justeru itu, sekali lagi ditekankan bahawa masalah pembelajaran ini perlu

diberi penekanan dan mengambil serius tentang tahap pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran ini serta perlu diselidiki tentang masalah pembelajaran dalam tajuk

Pembezaan. Tajuk Pembezaan ini bukan sahaja penting semasa menduduki

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja (SPM) tetapi akan digunakan dalam

peringkat sekolah yang lebih tinggi contohnya di Matrikulasi ataupun di Universiti.

Pada peringkat ini memerlukan pemahaman konsep yang betul dalam tajuk

Pembezaan ini. Selain itu, perkara ini perlu mendapat sokongan dari semua pihak

bagi mengatasi masalah ini supaya pada masa akan datang tidak lagi timbul yang

menyatakan tajuk Pembezaan adalah sukar kerana kesilapan yang sering dilakukan

oleh pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Dalam dunia pendidikan matematik kesalahan-kesalahan lazim yang sering

dilakukan menyebabkan para pelajar merasakan subjek matematik adalah susah dan

sukar memperolehi keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan. Ini juga

merupakan permasalahan yang sama dalam matapelajaran Matematik Tambahan

khususnya dalam tajuk Pembezaan. Dalam Laporan Prestasi SPM (2003), ada

menjelaskan perkara ini yang menunjukkan para pelajar masih lemah dalam tajuk

Pembezaan. Dengan timbulnya permasalahan yang seumpama in, kita perlu mencari

punca yang menyebabkan tajuk Pembezaan bagi para pelajar agak sukar dan

Page 22: borang pengesahan tesis - fp.utm.my file9 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pembezaan di kalangan

5

menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan-kesalahan lazim dalam

menyelesaikan masalah berkaitan dengan Pembezaan.

Bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam topik Pembezaan, satu kajian

diagnosis perlu dijalankan bagi mengenalpasti penguasaan pelajar terhadap tajuk

Pembezaan serta mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh

pelajar. Di samping itu, kajian diagnosis ini dijalankan bagi memastikan pelajar tidak

mengalami masalah pembelajaran ini untuk selamanya. Dari dulu sehingga kini para

pelajar masih lagi mengalami kelemahan yang sama dalam tajuk Pembezaan. Ini

adalah bertujuan menyahut seruan Falsafah Pendidikan Negara yang inginkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada

masyarakat dan negara.

1.4 Objektif Kajian

Punca-punca yang dihadapi oleh pelajar dalam masalah pembelajaran dalam

Pembezaan perlu dikenalpasti supaya langkah-langkah perawatan dapat diambil. Ini

adalah kerana Pembezaan merupakan salah satu tajuk yang penting dalam Matematik

Tambahan. Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:

(i) Mendiagnosis penguasaan pelajar terhadap tajuk Pembezaan.

(ii) Mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar

dalam tajuk Pembezaan.

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut, iaitu:

(i) Adakah pelajar menguasai tajuk Pembezaan?

(ii) Apakah jenis kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar dalam

tajuk Pembezaan?