View
237
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
1
DALAM KELUARAN INI
EDITORIAL
SEKILAS PANDANG SEIMBAS LALU
INFO PROJEK RMK—9
SESI LAWATAN
PEMBANGUNAN DAN I C T
PROFAIL STAF—PERABOT
INFO
AKTIVITI KELAB STAF
SUKAN STAF
FLORA DAN ANDA
PROFAIL STAF— LANDSKAP
KARYA DAN BAKAT
RENJIS—RENJIS DIPILIS
DODOI ANAKKU SAYANG
BU
LE
TIN
U
NT
AI
KA
TA
J
AB
AT
AN
PE
MB
AN
GU
NA
N
KA
MP
US
I
ND
UK
2011
EDISI 2
MEI—OGOS
Bulan Syawal menjelang sudah
Genap sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga perkara mudah
Alah bisa tegal biasa
Hari raya hari bahagia
Disambut bersama hari Merdeka
Lupakan saja segala sengketa
Eratkan silaturrahim antara kita
Hari raya suasana ria
Email dan SMS pengganti diri
Kunjung mengunjung amalan mulia
Ikhlaskan hati hiasi peribadi Sabar itu ada hadnya. Sabar itu separuh dari
iman. Sabar itu cermin diri. Itulah kata—kata
yang sering kita dengar apabila perkataan
sabar menerjah di cuping telinga.
Setiap dari kita mempunyai sifat sabar kerana
telah menjadi kelaziman untuk kita bersabar
apabila ditimpa dugaan dalam hidup. Fasa
kehidupan ada pasang surutnya. Adakalanya
kita diuji dengan ujian yang berat, yang ber-
timpa—timpa yang mana kita hendaklah sen-
tiasa muhasabah diri. Berdoalah agar kita
dapat menempuh ujian itu dengan redha dan
tenang.
Sabar ketika di bulan puasa haruslah diterap-
kan dalam jiwa agar ia kekal walaupun
selepas Ramadan. Sifat sabar dapat melem-
butkan hati dan menenangkan fikiran.
Orang—orang yang sabar adalah orang yang
di dalam kemenangan.
Sekian coretanku...
"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus
hari kesedihan."
(dipetik dari laman web Kata Mutiara)
54 tahun Kemerdekaan Salam Aidilfitri 1432 H
http://dev.usm.my
2
EDITORIAL
SIDANG PENGARANG
PENAUNG
IR. HJ. MOHAMAD SOFIAN AHMAD
PENASIHAT
SR. HJ. AZIZ CHE JUSOH
PENASIHAT PENTADBIRAN LEMBAGA EDITORIAL
EN. AMIN KARIM PN. RAHMAH MOHAMAD DAUD
EN. MOHD ZUKI ARIFFIN EN. SHAMSUDIN SAAD
PENGARANG / ILUSTRASI DAN GRAFIK EN. ABDULLAH YUSOFF
PN. JULIANA ABDUL MUTALIB PN. SHAKINA SAMSUDIN (WAKIL KELAB)
SILA AJUKAN CADANGAN DAN KARYA ANDA KEPADAjuli-
anaam@usm.my
Assalamualaikum w.bt.
Salam penuh kesyukuran kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk bertemu dalam Buletin Untai Kata, Edisi 2. Alhamdullillah, Buletin Untai Kata 1 telah selamat dilancarkan pada 6 Mei 2011 oleh Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan. Warga Sidang Pengarang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah sudi meluangkan masa untuk pelanca-ran buletin. Majlis diserikan dengan kehadiran Hj. Hamdan Mohd Hassan, Timbalan Pengarah di Kampus Kejuruteraan.
Sepanjang bulan Mei dan Jun yang lalu, pelbagai aktiviti sukan anjuran Kelab Staf telah diadakan. Aktiviti sebegini mencungkil bakat terpendam dalam sukan sekaligus mengeratkan silaturrahim di kalangan staf. Selain itu, aktiviti gotong royong di rumah anak—anak yatim di Baling, Kedah.
Syabas!!.
Pelbagai sesi lawatan diadakan seperti melawat jambatan Ke-2 Pulau Pinang, lawatan dari pihak UKM, juga mesyuarat Pengarah—Pengarah IPTA serta perasmian Kompleks Ipharm, Bukit Jambul serta aktiviti semasa Jabatan Pembangunan. Untuk ruangan Profail Staf, 2 staf terpilih dalam bi-dang tugas masing—masing.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke— 54 tahun. Wassalam SALAM MERDEKA RAYA juliana
TINTA EMAS PENGARAH DI PAGI JUMAAT SEMPENA BULAN RAMADHAN (5/8/2011)
Tingkatkan amalan di bulan penuh barakah ini kerana ini mungkin ramadhan yang terakhir buat kita
Membuat pengisian sebanyak mungkin kerana Allah menjanjikan pahala berlipat ganda
Orang yang beriman tidak akan berani membuat perkara yang dilarang
Semoga setiap amalan mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT
Kehidupan umpama gerabak keretapi. Gerabak terakhir perlu dijaga supaya tidak tergelincir dan
terkeluar dari landasan
Moga ramadhan kali ini jauh lebih baik dan lebih bermakna
“Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali orang—orang yang beriman dan
berpesan—pesan pada kebenaran dan kesabaran” - Surah Al—Asr
3
LAWATAN STAF UKM
PADA 19/5/2011
SEKILAS PANDANG
SEIMBAS LALU
OLEH: JULIANA
PELANCARAN BULETIN UNTAI KATA (EDISI 1/2011) PADA 6/5/2011
Penyampaian cendera-
mata kepada wakil
Pengarah UKM
4
INFO PROJEK RMK—9
NAMA PROJEK :
CADANGAN PUSAT MAHASISWA DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN PEM-BANGUNAN PELAJAR SERTA DEWAN KULIAH KAMPUS INDUK, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
No. Kontrak
T/B/BGN/08/47
Harga Kontrak
RM9,822,106.66
Nama Kontraktor
Modern Spectrum Sdn. Bhd.
Tarikh Milik Tapak
6 November 2008
Tempoh Kontrak
72 minggu
Tarikh Siap Mengikut Kontrak
24 Mac 2010
Status Kemajuan
Siap Sepenuhnya
Pengurus Projek
Ir. Mohd Nizam Mohd Razak
Gambar : Juliana
Teks : Terima kasih
Ir. Mohd Nizam Mohd Razak
Dikenali sebagai Kompleks Pusat Mahasiswa
Tapak asal kompleks ini adalah bangunan asrama H21
dan H22 yang merupakan sebahagian dari Desasiswa
Cahaya Gemilang
Bangunan sediada H21 dikekalkan dan diubahsuai.
H22 dirobohkan untuk menempatkan Dewan Serbaguna
dan 2 buah dewan kuliah
Satu ciri unik projek ini adalah pembinaan 4 buah
payung konkrit bersaiz besar untuk menakung air hujan
untuk kegunaan semula (Rain Water Harvesting). Idea
ini dicetuskan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Omar
Osman, TNC BHEPP
Objektif projek ini adalah untuk menempatkan semua
aktiviti pelajar di dalam satu kompleks
(―one stop centre‖)
3 komponen BHEPP iaitu a) Pusat Mahasiswa (bilik
persatuan pelajar, dewan serbaguna dan dewan kuliah).
b) Pejabat Perkhidmatan Sokongan Pelajar (HEPP
pusat untuk staf BHEPP) c) Ruang legar terbuka untuk
aktiviti luaran
5
LAWATAN PENGARAH J. PEMBANGUNAN DAN STAF
TEKNIKAL KE TAPAK PROJEK JAMBATAN KE – 2
PADA 12 MEI 2011
Mesy. Pengarah—Pengarah Pembangunan IPTA pada 8 Jun 2011 di Bilik Ibn Khaldun, IPS
USM
UITM
USIM
UTM
UKM
UPM
UNIMAS
UMK
UIAM
UPNM
UTHM
UUM
UNIMAP
UniSZA
UMP
UTEM
Di antaranya :
SESI LAWATAN
6
SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG DIBANGUNKAN
OLEH JABATAN PEMBANGUNAN, KAMPUS
KEJURUTERAAN
LAWATAN AJK BULETIN UNTAI KATA KE MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS IPHARM
PADA 22 JUN 2011 YANG DIRASMIKAN OLEH Y. BHG. DATO’ MAXIMUS ONGKILI
PEMBANGUNAN
&
I C T
NAMA SISTEM KETERANGAN
SISTEM SIPER V2 Tempahan perabot dan pokok bunga
SISTEM CMMS—BEAM V2 Pengurusan penyenggaraan berkomputer
SISTEM FLEET BETA Tempahan pengangkutan Universiti
SISTEM SISPRO Permohonan projek
DV’S PLANNER Planner / Takwim Jabatan
SISTEM IMOS Operasi pengurusan penyenggaraan bersepadu
SISTEM ePO : ePenyata Penyata on—line
SISTEM REPOSITORY Galeri lukisan kampus dan pelan
SISTEM DMS Sistem defects managent system
E—IKLAN SEBUTHARGA Notis sebutharga on—line
SISTEM ECC Energy control centre
SISTEM Q Sistem maklumbalas
Sumber dan maklumat :
Terima kasih kepada Puan Nurzalina Nordin, J. Pembangunan
Kampus Kejuruteraan USM
7
NAMA PENUH: ISHAK AHMAD BIN MAZAR ALI
TARIKH LAHIR : 28 Februari 1955
PENDIDIKAN: SPM
JAWATAN: Pembantu Tadbir (N22) - Bhgn. Perabot
HOBI: Memancing
1. Sejak bila anda berkhidmat di USM serta pengalaman kerja yang lalu.
Universiti Sains Malaysia - 1 Februari 1980 Kementerian Belia dan Sukan, Jln. Gurney, Kuala Lumpur - Tahun 1979 Pe-nang Airport (lama) - Tahun 1978 Boon Siew Finance - Tahun 1977 Kilang Josi, Bayan Lepas - Tahun 1976
2. Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sepanjang bertugas di USM? Mengawal selia satu rombongan ke Kelantan pada 1982 yang terdiri dari anak—anak gadis yang baru bekerja dengan USM dengan pelbagai kerenah dan ragam.
3. Cabaran utama yang dihadapi ketika membuat persiapan majlis—majlis utama USM? Ker-ja—kerja Ad—Hoc
4. Apakah perancangan dan harapan di masa depan? Sentiasa maju ke hadapan
5. Sebagai Pengarang dan pelopor pertama buletin Sinar Pembangunan, pada pen-dapat anda apakah ciri—ciri seorang Pengarang yang baik.
1. Bersifat terbuka (open minded)
2. Bahasa yang digunakan mudah difahami
3. Karangan yang ditulis menyentuh hati dan orang yang membacanya memahami maksud
PROFAIL STAF
BULETIN SINAR PEMBANGUNAN
BIL. 1 MAC/APRIL 1996
(keluaran pertama)
PERMANDANGAN DI STOR JABATAN PEMBANGUNAN
8
Kursus Penilaian Tender
19/ Mei 2011—Hotel Naza
Turut serta :
Sr. Hj. Aziz Che Jusoh
En. Hairil Izam Mohd Desa
En. Mokhrizan Ahmad Jeni
Puan Hamidaton Bakar
Cik Aimi Adyani Mohd Nasir
OLEH : Safien Saad
STAF BERSARA 2011
1. Mustafa Bin Hassan
2. Mohamed Basha Hussain
3. Ramli Md. Isa
4. Idris Mohamad
5. Abu Talib Ismail
6. Sinnasamy A/L Samy
7. Md. Eusop Mat Din
8. Marzuki Omar
9. Muniandy Pakiri
10. Yeoh Guan Keat
11. Osman Hassan
PROGRAM ATTACHMENT STAF DARI UITM CAW. JOHOR
(3—5 MEI 2011)
Maznah Salamin
Mohd Kamarul Nizam Samsuddin
Ismail Awang
BENGKEL PEMANTAPAN KHIDMAT LESTARI
SWISS IN S. PETANI, KEDAH
1) SIRI N & R (1-3 MEI 2011)
2) SIRI J-R –G (23 JUN 2011)
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
1. En. Mohd Zuki Arifin
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam (USM)
(Konvo pada 21 September 2011)
2. En. Wan Zaharin Wan Ismail
- Diploma Mekanikal (Polimas)
(Konvo pada bulan Mei 2011)
3. Pn. Norizan Syuhada Ahmad
-Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (USM)
(sedang mengikuti pengajian PJJ)
Sukan Badan—Badan Berkanun
(SUKANUN) pada Mei 2011
Wakil Pembangunan USM
En. Abdullah Yusoff
(Sepaktakraw—pingat gangsa)
DALAM KENANGAN 2011
1) Hasbullah Bin Abdul Rahman
2) Ishak Bin Abdullah
3) Peter Andrew
KAJIAN AUDIT PENGGUNAAN
RUANG OLEH KEMENTERIAN
PENGAJIAN TINGGI PADA
26 JULAI 2011 DI J. PEMB.
Kehadiran dari KPT
Dato’ Mahamed Hussain,
Setiausaha Bahagian Pembangunan
Cik Uma Maniam
Puan Shahida
Sumber dari : Bahagian Pentadbiran J. Pembangunan
9
FAKTA MENARIK
Kerja— kerja pertukangan dilakukan oleh pekerja dari Unit Halaman dan bukannya dari Unit pertukangan (multi– tasking)
Semua kerja—kerja pertukangan dan gotong royong disiapkan dalam masa dua hari sahaja
Penduduk kampong memberikan kerjasama yang baik dan amat berterima kasih kepada Jabatan Pembangunan
SUMBER DARI : UTUSAN KEDAH
Prihatin Kebajikan Anak Yatim
BALING 6 Jun - Ke mana perginya mereka
yang sering melaungkan soal kebajikan sehingga
nasib anak-anak yatim dan miskin di sini masih
terabai ?
Demikian keadaan yang menimpa 20 penghuni
Rumah Anak Yatim dan Miskin Baling di Kam-
pung Teluk Teduri, Pulai di sini yang berdepan
bahaya apabila bumbung bangunan asrama terse-
but hanya menunggu masa untuk menyembah
bumi dan roboh.
Setiap kali hujan lebat pula, anak-anak malang
itu terpaksa tidur dalan air hujan berikutan atap
bumbung bangunan asrama berkenaan bocor
pada hampir keseluruhan bangunan terbabit.
Malah keadaan bumbung bocor turut berlaku di
bangunan kantin sehingga pelajar tidak dapat
makan di kantin kerana bimbang bumbung akan
runtuh.
Penyelia asrarna terbabit, Norazmi Nordin berka-
ta keadaan menyedihkan itu telah berlarutan se-
jak setahun lalu kerana tiada pihak berkuasa ter-
masuk wakil rakyat memberi perhatian kepada
masalah rumah anak yatim berkenaan.
"Kita telah kemukakan permohonan kepada ke-
menterian berkenaan dan turut merayu kepada
wakil rakyat tetapi semuanya tidak memberikan
sebarang jawapan," katanya di sini baru-baru ini.
Norazmi berkata, pihaknya bimbang jika berlaku
tragedi melibatkan nyawa penghuni asrama dan
pihak berkenaan pasti akan menuding jari kepada
pihak pengurusan asrama.
"Kami berharap ada pihak menghulurkan bantu-
an kerana anak-anak yatim dan miskin ini hidup
dalam kebimbangan," katanya. Sementara itu,
luahan rasa penghuni rumah kebajikan terbabit
sekurang-kurangnya didengari oleh warga Uni-
versiti Sains Malaysia (USM) yang tampil
menghulurkan bantuan.
Kira-kira 50 kakitangan dari Kelab Staf Pem-
bangunan USM mengadakan program amal
secara gotong-royong membaiki sebahagian
bumbung bocor, membersih kawasan, mengecat
dan membaiki sebahagian lampu di bangunan
asrama anak yatim berkenaan.
Menurut setiausahanya Shakina Samsudin, pro-
gram itu adalah sebahagian tanggungiawab sosial
yang cuba dilaksanakan kelab tersebut untuk
masyarakat.
10
AKTIVITI KELAB STAF - INDOOR GAMES
(BATU SEREMBAN DAN CONGKAK)
MAJLIS PENYAMPAIAN
HADIAH SUKAN
JABATAN PEMBANGUNAN
Congkak
johan Rusmawati Yusuf
n/johan Shakina Samsudin
ketiga Nor Rafidah daud
Batu Seremban
johan Shakina Samsudin
n/johan Aimi Adyani
ketiga Rusmawati Yusuf
11
AKTIVITI SUKAN KELAB STAF
(BATMINTON/BOLA TAMPAR/
FUTSAL/BOWLING/KAROM)
Acara Badminton (Kump. A)
Kategori Beregu Lelaki
Johan Shamsudin Saad
Mohd Zaini
N/Johan Mokhtar Harun
Mohd Khairi Yusuf
Ketiga Meor Shariman
Mohd. Hailril Fitri
Johan - 1581 jatuhan pin
Kumpulan 3
1 Abd Rahman
2 Norizan Shuhada
3 Rosli
4 Abd Rahman
N/johan Kump. 5 - 1390 jatuhan pin
1 Abdul Manan
2 Shakina
3 Muaz
4 Mahadzir
Ketiga Kump. 6 - 1257 jatuhan pin
1 Mohd. Zaini
2 Amir Fairuz
3 Hasnur
4 Halimatun
Kump. B
Kategori Beregu Lelaki
Johan Faizal (Halaman)
Hairil Izam Md Desa
N/Johan Shamsul Kader
Ah Choy
Ketiga Anba (Elektrik)
Khairul Anuar
Kategori Beregu Campuran
Johan Mohd. Khairi Yusof
Norhafizza
N/ Johan Meor Shariman
Norafidah
Ketiga Mohd. Ali Hamdan
Azlinda
Kategori Beregu Wanita
Johan Aimi Adyani
Norhafizza
N/johan Halimatun
Norafidah
Ketiga Shakina Samsudin
Juliana
Acara Bola Tampar
johan Pasukan En Zairil
n/johan Pasukan En. Hizam
ketiga Pasukan En. Hussin
Johan Team Argentina Pasukan En. Zam Zairi
Acara Futsal
N/johan Team England Pasukan En. Mokhrizan
Ketiga Team Brasil Pasukan Mohd Zaini
Karom Kategori Single
Johan Ahmad Sabri
N/johan Ridzuan Hashim
Ketiga Syed Hassan
Johan Kategori Beregu Lelaki
Ahmad Sabri
Mohd Faizal
N/johan Syed Hassan
Sabri Yahaya
Ketiga Yathim
Ridzuan Hashim
Saya mewakili Kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kelab Staf di atas kerjasama dalam menjayakan Sukan Tahunan pada kali ini. Ka-lah menang adat pertandingan. Apa yang penting adalah mengeratkan silturrahim di antara staf dan mewujudkan semangat berpasukan atau "Team Spiritual". Dari, Setiausaha Kelab (Shakina Samsudin)
12
POKOK BUNGA RAYA
Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) dan merupakan sejenis
tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini
yang mengandungi 200-220 spesies ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa
tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid dihasilkan dengan
warna bunga pelbagai dari putih ke kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal
dan berganda.
Bunga Raya adalah pokok renek yang berasal dari Barat Asia, yang juga dikenali sebagai Mawar China. Ia
ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunga ini digunakan bagi
mengilat kasut di sebahagian India.
Bunga berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap indah dan tersendiri kerana ia
bunga yang cantik tetapi tidak menghasilkan buah. Bunga raya terbukti hebat untuk perubatan tradisional dan in-
dustri kosmetik. Bunga raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa-sinensis berasal dari China. Pokok bun-
ga raya ini terdiri dari rumpun Malvaceae mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Antara warna yang ada termasuk merah jambu, putih, kuning dan merah. Di negara asalnya (China) pokok bunga
raya ini menghasilkan biji benih yang baik untuk pembiakan. Berbeza di Malaysia yang mempunyai iklim lembab
sepanjang tahun, bunga raya di sini tidak mengeluarkan biji benih yang boleh dijadikan baka. Kaedah pembiakan
di sini adalah melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik tisu kultur.
MENGAPA DIPILIH Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia
pada ketika iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip
Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
MAKSUD WARNA BUNGA RAYA Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam
menempuh cabaran. Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara
kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia
digunakan sebagai simbol pada logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan
duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara dimana ia
merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Kepel-
bagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama
dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni.
CARA PENANAMAN POKOK BUNGA RAYA
-Terdapat bunga raya yang mengeluarkan biji benih tetapi ianya amat sukar didapati.
-Penanaman menggunakan kaedah keratan batang adalah yang paling mudah dan berkesan.
KHASIAT BUNGA RAYA
1.Masalah keguguran rambut
-Ambil beberapa helai daun bunga raya,masukkan kedalam baldi dan diramas sehingga air menjadi hijau. Basuh
rambut dan biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air bersih.
2.Masalah demam panas
-Ambil daun pokok bunga raya putih,rendam di dalam bekas kemudian jelum pada kepala dan badan.
FLORA DAN ANDA
Sumber : Internet
(Terima kasih En. Wan Zaharin)
13
FLORA DAN ANDA
1. Sejak bila anda berkhidmat di USM serta pengalaman kerja yang la-lu.
Tahun 1989-1990 Berkhidmat di Pusat Pengajian Kajihayat dalam bidang kawa-
lan Nematod sebagai Pembantu Penyelidik (kontrak)
Tahun 1991 - Berkhidmat di Jabatan Pembangunan sebagai Pembantu Pertanian
G17.
Tahun 2005 sehingga sekarang - Pembantu Pertanian Kanan G22.
2. Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sepanjang bertugas di USM?
Kenangan manis dan terharu apabila dianugerahkan Anugerah Khas Maal-Hijrah
pada tahun 2010.
3. Cabaran utama yang dihadapi ketika membuat persiapan majlis—majlis utama USM?
1. Sentiasa menjadi petugas terakhir untuk membuat persiapan.
2. Perubahan lokasi disaat akhir
3. Jarak yang jauh untuk kerja menghantar pokok/peralatan sewaktu konvoke-
syen di kampus Kejuruteraan/hotel.
4. Menjalankan kerja lewat malam hingga ke waktu subuh.
5. Tempat penginapan yang tidak menentu sewaktu kerja di luar kampus.
4. Apakah perancangan dan harapan di masa depan? Adalah menjadi harapan saya agar Nurseri USM dapat menjadi sebuah taman bunga
yang indah yang menjadi tumpuan ramai sama ada dari dalam mahupun dari luar
USM. Selain itu, nurseri ini perlukan satu peruntukan khas untuk kerja—kerja
penyelenggaraan pokok—pokok matang untuk mengelak terjadinya pokok tumbang
yang mati akibat serangan anai—anai. Akhir kata, saya ingin melakukan kerja—
kerja transplant bagi pokok yang berada di kawasan pembangunan baru.
PROFAIL STAF Nama: Mohamad Shafiee Ibrahim (Pak Uda)
Tarikh Lahir : 28 Mac 1967
Pendidikan: Institut Pertanian Malaysia
Jawatan: Pembantu Pertanian Kanan G22
Hobi: Bersukan/Melancong
14
KARYA DAN BAKAT
UMPAMA KUPU—KUPU
AKU MINTA PADA TUHAN
SETANGKAI BUNGA SEGAR
DIBERI KAKTUS BERDURI
AKU MINTA KUPU—KUPU
DIBERI ULAT BERBULU
AKU SEDIH DAN KECEWA
NAMUN KEMUDIAN ……..
KAKTUS ITU BERBUNGA
INDAH SEKALI
DAN ULAT ITU PUN MENJADI
KUPU—KUPU YANG CANTIK
ITULAH JALAN TUHAN
INDAH PADA MASANYA
TUHAN TIDAK MEMBERI
APA YANG KITA HARAPKAN
TETAPI DIA MEMBERI
APA YANG KITA PERLUKAN
KADANG—KADANG KITA SEDIH, KECEWA DAN TERLUKA
TETAPI JAUH DIATAS SEGALANYA
DIA TELAH MENGATUR YANG TERBAIK
DALAM KEHIDUPAN KITA
HASIL PENA : RAHMAH MOHAMAD DAUD
ANGKASAWAN NEGARA
(Teristimewa Buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor)
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor @ dikenali dengan gelaran Dr. SMS juga
Namanya kini sudah dikenali dunia
Sentiasa tersenyum mengukir di bibirnya
Walau dalam apa jua keadaan senantiasa periang orangnya
Dari pemilihan beribu-ribu orang yang mencubanya
Pelbagai rintangan & halangan terpaksa ditempuhinya
Beliau sungguh bersemangat waja
Setelah ditapis terpilih jua akhirnya
Selepas dipilih dihantar pula ke Rusia
Selama setahun pelbagai latihan persediaan ke angkasa
Segala latihan dilaksanakannya dengan sempurna
Beliau lulus dengan cemerlang dengan mendapat kepujian di sana
Bila dipersoalkan beliau dah tak sabar-sabar nak ke angkasa
Detik jam 9.21 p.m. tanggal tarikh 10 Oktober 2007
Merakam sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia
Keberangkatan perwira negara bersama roket soyuz menuju ke angkasa
Pada raut wajahnya boleh dibaca. Sedih meninggalkan kaum keluarga dan sanak saudara tercinta
Demi mengejar impian dan cita-cita
Menggapai impian negara setelah 50 tahun kita Merdeka!
Iringan doa dan sembahyang hajat dari seluruh rakyat Malaysia
Semoga Dr. SMS selamat pergi dan kembali dari angkasa
Malam A’idilfitri beliau selamat tiba di ISS stesyen angkasa
Dapat merasa rendang dan kuih bangkit yang dibekalkannya
Beliau dalam keadan sihat seperti dilapor berada di sana
Segala kajian ditetapkan dalam jadual hariannya
Selama 10 hari beliau berada di sana
Segalanya dapat disempurnakan dan dicatat dalam laktop hariannya
Setelah selesai kajian tugas di angkasa
Kini tiba masa turun ke bumi pula
Berdebar-debar kaum keluarga dan rakyat keseluruhannya
Iringan doa sekali lagi semoga selamat sejahtera
Kepulangan Dr. SMS dari angkasa
Setelah selesai kajian tugas di angkasa
Kini tiba masa turun ke bumi pula
Berdebar-debar kaum keluarga dan rakyat keseluruhannya
Iringan doa sekali lagi semoga selamat sejahtera
Kepulangan Dr. SMS dari angkasa
Setelah selesai kajian tugas di angkasa
Kini tiba masa turun ke bumi pula
Tarikh 21 Oktober 2007 tepat jam 6.27 p.m. waktu Malaysia
Dalam roket Soyuz Dr. SMS bersama 2 lagi rakan rakyat Rusia
Setiba mendarat di bumi kita helikopter diarah mendapatkan mereka
Akhirnya mereka selamat tiba di bumi yang nyata
Ucapan Syabas! Syabas! Syabas!
Kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dari seluruh rakyat Malaysia
Kini misi negara sudah berjaya
Kita sudah dapat membuktikan pada dunia
Malaysia juga boleh melakukannya......
Nukilan : Shasha
15
RENJIS—RENJIS
DIPILIS
DITEPUNGILAH
TAWAR
PERKAHWINAN MARYAM
JAMEELAH & SYAMIL
(ANAK KEPADA TN. HJ. HAMDAN MOHD HASSAN)
PADA 28 MEI 2011)
NUR KHALISH ATILLYA BT. ZAMZAIRI
(ANAK KE-2 PN. EMELDA)
PERKAHWINAN HAFIZ & NUR
AMALINA
(ANAK SULUNG KEPADA
PN. NORHAYATI )
PADA 19 MAC 2011
PERKAHWINAN ANAS &
HANEE FARZANA
(ANAK KEPADA IR. HJ.
MOHAMAD SOFIAN AHMAD)
PADA 23 JULAI 2011
MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHD HAIRIL IZAM
(ANAK PERTAMA EN. MOHD HAIRIL IZAM)
DODOI ANAKKU
SAYANG
Recommended