View
232
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/28/2019 Ciri Ciri Budaya
1/3
Apakah ciri-ciri budaya? Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri budaya.
1. BUDAYA ITU DIKONGSI
Ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya tentunya sedia maklum tentang
maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam masyarakat itu.
Contohnya seorang lelaki di suatu tempat di Afrika akan berasa besar hati apabila dia
terjumpa seorang lelaki lain dari kelompoknya sedang menjelirkan lidah kepadanya. Hal
ini kerana bagi masyarakat itu, jeliran lidah bermaksud hello.
Umumnya apabila seorang Melayu masuk ke rumah seorang Melayu lain, tanpa disuruh
pun dia akan terus menanggalkan kasutnya. Umumnya apabila seorang Jepun
didatangi tetamu, mereka sama-sama akan membongkokkan diri tanpa disuruh.
Perlakuan-perlakuan ini terjadi dengan sendirinya kerana elemen budaya itu sudah
dikongsi menyebabkan ia dimaklumi oleh ahli-ahli dalam masyarakat tersebut.
Apabila budaya tidak dikongsi, akan berlakulah kekecohan dan ada kalanya kelucuan.
Seorang mat saleh akan terus masuk ke rumah temannya orang Melayu tanpa
membuka kasut. Mat saleh itu pula akan terasa hati apabila sahabatnya orang Melayu
tadi meletakkan tuala dan persalinan di katil. Baginya perlakuan itu seolah-olahmengatakan dirinya busuk dan mesti segera mandi. Padahal memang menjadi adab
orang Melayu untuk menyediakan tuala dan pakaian salin dengan segera kepada
tetamu yang mahu bermalam, tidak kira bila si tetamu hendak mandi. Budaya mat
saleh dan budaya Melayu kan banyak perbezaannya?
Jelasnya di sini, budaya itu dikongsi oleh sesuatu masyarakat.
7/28/2019 Ciri Ciri Budaya
2/3
2. BUDAYA ITU DIPELAJARI
Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. Budaya
dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksidengan persekitaran sosial mereka.
Contohnya apabila seseorang itu hendak berkahwin, dengan sendirinya dia akan
berusaha mengambil tahu tentang adat budaya perkahwinan dalam masyarakatnya.
Ilmu itu tidak sedia ada pada dirinya melainkan mestilah dipelajari.
3. BUDAYA ITU TIDAK KELIHATAN
Budaya dikatakan tidak kelihatan kerana ia mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran
kita kerana ia sudah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik.
Contohnya ada orang-orang Cina di Tanah Melayu pada zaman dahulu tidak membuka
kelambunya selepas bangun pada waktu pagi. Malam nanti terus sahaja masuk tidur. Ia
bukan satu kejanggalan kerana hal itu sudah sebati dalam diri masing-masing ahli
masyarakat Cina itu. Orang Melayu pula sebaliknya apabila bangun pagi terus
membuka dan melipat kelambu serta menggulung tilam. Begitu juga dengan perlakuan
kita menggosok gigi pada setiap pagi. Kita tidak perlu berfikir tentangnya lagi, tapi terus
melakukannya sebagai rutin.
4. BUDAYA ITU MEMPENGARUHI PROSES-PROSES BIOLOGI
Manusia mempunyai kehendak-kehendak biologi yang sama iaitu makan, minum,
buang air, rehat, tidur, berlindung dan sebagainya, walaupun cara manusia memenuhi
tuntutan biologi itu adalah mengikut acuan adat budaya masing-masing.
Contohnya (secara umum) orang Melayu suka makan menggunakan tangan dengan
duduk bersila di bawah, orang Arab suka dihidangkan roti terus di atas meja tanpa
berlapik, orang Cina menggunakan penyepit dan orang Barat menggunakan sudu dan
garfu. Orang Cina suka melebihkan sayur manakala orang Arab suka melebihkan
daging. Orang Iran makan nasi sebagai makanan ruji, orang Mesir makan gandum
(roti), sementara ada masyarakat lain di dunia ini yang makan jagung.
Ringkasnya, semua ahli masyarakat di atas tadi makan, sekalipun bentuk makanan dan
cara makannya ada perbezaan.
7/28/2019 Ciri Ciri Budaya
3/3
5. BUDAYA ITU MENGALAMI PERUBAHAN
Budaya berubah dari semasa ke semasa, sedikit atau banyak, cepat atau lambat.
Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi atau difusi. Inovasi ialah idea-ideabaru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan
komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita. Penciptaan
dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu, maka
masyarakat makan dengan lebih menu. Begitu juga dengan perkhidmatan bas,
penciptaan motosikal, telefon bimbit dan sebagainya.
Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak
kepada budaya-budaya lain. Contohnya budaya MTV yang berasal dari Amerika
Syarikat. Budaya ini begitu banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global.
6. BUDAYA ITU SEJAGAT
Umumnya dalam masyarakat yang mana pun di serata pelosok dunia ini, mereka
mempunyai unsur-unsur budaya sejagat iaitu wujudnya seni bela diri, tarian, peraturan
moral atau agama, berpantang selepas bersalin, perubatan, upacara pengebumian,
hiasan tubuh, istilah kekerabatan, pembahagian tugas, keraian dan pelbagai lagi.
8. BUDAYA ITU BERSIFAT INTEGRATIF
Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain
seperti aspek agama, politik, ekonomi, social, kekeluargaan, perubatan, hiburan dan
sebagainya. Aspek-aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika berlaku
sesuatu perubahan kepada salah satu aspek, aspek-aspek yang lain akan turut
mengalami perubahan.
Contohnya apabila sesuatu masyarakat itu menerima agama baharu, segenap aspek
kehidupan mereka akan turut berubah.
Recommended