View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
DASAR KURIKULUM
Ketetapan Kurikulum
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Seksyen 24(2) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
· Melaksanakan sistem pendidikan berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara
· Memberi pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan sosioekonomi
· Mewujudkan pengurusan yang berkualiti
· Menyediakan iklim sekolah yang kondusif
· Sentiasa peka dan prihatin kehendak pelanggan(ibu bapa, pelajar & masyarakat)
· Menanamkan nilai-nilai agama dan nilai murni dalam kalangan pelajar
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah sekolah harian di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.
2.0 OBJEKTIF
1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Selangor dan Jemaah Nazir Malaysia.
3.0 KURIKULUM
3.1 Pengenalan
Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.
3.2 Penyataan Ketetapan
1. Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
4. Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .
4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
4.1 Penyataan Ketetapan
a.Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah .
b.Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008
c.Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor ataupun berdasarkan SKPM.
d.Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .
e.Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata-mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran berserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .
f.Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah . Sehubungan itu setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu perlu merangka aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan disemak dua kali setahun (bulan Jun dan November) untuk melihat ’outcome’ pencapaian akademik.
4.2 Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut:
Pengerusi
: Pengetua
Naib Pengerusi I: PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II: PK HEM
Naib Pengerusi III: PK Kokurikulum
Naib Pengerusi IV: PK Petang
Setiausaha
: SU Kurikulum
AJK
: Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia
Guru Perpustakaan dan Media
SU Peperiksaan
SU SPM
SU PBS
SU PT3
Penyelaras Jadual Waktu
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras i-Think
Penyelaras KBAT
Penyelaras VLE FROG / ICT
Penyelaras Tingkatan
4.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum
4.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara-perkara yang berikut berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh Unit Penjaminan Kualiti JPNS dan PKPA Bil.2/1991:
a. Perutusan Pengerusi
b. Pengesahan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Perkara-perkara baharu:
i. Pembelajaran dan pengajaran:
· Kaedah PdP
· SP, HSP, RPT dan PPPM (PBS)
· Pencerapan
· Semakan buku latihan
ii. Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran
· Analisis Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman
· Post Mortem Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman
iii. Headcount
iv. Belanjawan
v. Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum
vi. Dapatan dan Laporan Dialog prestasi
vii. Dasar-dasar KPM cth: PPPM, NILAM, MBMMBI - wajib dijalankan
4.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1 Penyataan Ketetapan
a. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986.
b. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008.
c. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
d. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia
e. Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap pembelajaran.
f. Pengurusan panitia secara on line atau web based/1bestarinet VLE Frog mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah dibangunkan dan sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .
g. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum.
h. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.
i. Ketua Panitia bertanggung jawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.
j. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku audit berteguran.
k. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.
6.0 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
6.1 Penyataan Ketetapan
a. SP , HSP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran.
b. Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
c. Salinan keempat-empat/ kelima-lima dokumen akan disemak oleh pengetua.
d. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di dalam RPH.
e. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdP mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.
f. Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:
Tingkatan 1 dan 2 - 30 September
Tingkatan 3 - 31 Julai
Tingkatan 4 - 30 September
Tingkatan 5
- 7 Ogos
6.2 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian
Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing. Rujuk Lampiran 1 ( m/s:-13 25-) untuk format penulisan RPH.
7. SISTEM FAIL
7.1 Penyataan Ketetapan
a. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
b. Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum.
c. Rujuk Lampiran 2( m/s : 26-27) untuk senarai fail panitia.
8. PAKEJ MATA PELAJARAN
8.1 Penyataan Ketetapan
a. Menengah rendah:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Sains
Matematik
Geografi
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Seni
b. Menengah Atas( Pakej terbaru untuk tingkaatn 4 mulai tahun 2015)
Aliran Sains Tulin:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Aliran Teknik & Vokasional:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
Perdagangan
Matematik Tambahan
Prinsip Akaun
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Aliran Kemanusiaan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
Pendidikan Seni Visual
Perdagangan
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tasawwur Islam
Aliran Kemanusiaan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Aliran Teknik & Vokasional
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
GAPG
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Perdagangan
Aliran Teknik & Vokasional
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
GAPG
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tasawwur Islam
9 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyataan Ketetapan
9.1Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu menjelang Tahun 2021 ( Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI ) . Oleh itu dalam tempoh sepuluh tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan menjadi mantap semula . Walaubagaimanapun guru dibenarkan mengajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, dwibahasa atau bahasa Melayu sepenuhnya semasa di dalam tempoh peralihan ini .
9.2Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
9.3Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong Pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah .
9.4Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang ( MOODLE-modular object – oriented dynamic learning environment) digalakkan dan akan diperluaskan
9.5Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran.
9.6Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .
9.7Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran dan pengajaran ( Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning )
9.8Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik ( spt pendekatan masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
9.9Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
9.10Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses keberkesanannya berdasarkan 12 elemen dalam standard4 (SKPM 2010).
9.11Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill , language skill, ICT skill & pedagogy skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan
9.12Guru mata pelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’, GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru.
9.13PdP di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.
9.14Proses PdP di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .
9.15Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT.
9.16Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan program 3K supaya dapat digunakan secara optimum.
9.17Murid boleh menilai PdP guru untuk membantu sekolah meningkatkan kualiti PdP sebagaimana yang disarankan oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13 (Pengurusan Maklum balas Pelanggan).
10. BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN
Penyataan Ketetapan
10.1Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
10.2Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993.( PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK SEKOLAH RENDAH)
10.3Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdP sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 .
10.4Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan.
10.5Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia .
11. LATIHAN MINIMUM
Penyataan Ketetapan
11.1Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.
11.2Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing.
11.3Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi.
12. PENTAKSIRAN
Penyataan Ketetapan
12.1Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam pendidikan
12.2Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif.
12.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 3(m/s: 28-32).
12.4Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.
12.5Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan sekolah (SAPS), Sistem offline PPPM dan Sistem headcount dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan dalam Buku Rekod Mengajar.
12.6Pentaksiran PT3 dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 4(m/s: 33-45)
13. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
Penyataan Ketetapan
13.1Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 .
13.2Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum
13.3Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam, Penggubal seoalan peperiksaan awam dan Guru Cemerlang)
13.4Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah dilakukan secara adil.
13.5Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil10/1995.
13.6Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut .
13.7 Tugasan dalam Modul Kelas Ganti hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan.
13.8Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
13.9Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik khas . Satu salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah .
13.10Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdP.
13.10Yang berikut adalah jadual waktu pembelajaran bagi sesi pagi dan petang .
13.11 Jadual waktu di bulan puasa akan dipendekkan 5 minit bagi setiap masa pembelajaran (tertakluk kepada surat siaran KPM/JPN/PPD).
SESI PAGI(Isnin-Khamis)
SESI PETANG(Isnin-Khamis)
Waktu
Masa
Waktu
Masa
1
7.30 – 8.05
1
1.10 – 1.50
2
8.05 – 8.40
2
1.50 -2.25
3
8.40 – 9.15
3
2.25 -3.00
4
9.15 – 9.50
4
3.00 – 3.35
5
9.50 – 10.10 (R1)
5
3.35 – 3.55 (R)
5
9.50 – 10.25
6
3.55 – 4.30
6
10.10-10.45
7
4.30 – 5.05
6
10.25 – 10.45 (R2)
8
5.05 – 5.40
7
10.45 – 11.20
9
5.40 – 6.15
8
11.20 – 11.55
10
6.15 – 6.50
9
11.55-12.30
10
12.30 -1.05
SESI PAGI( Jumaat)
Waktu
Masa
1
7.45-8.20
2
8.20-8.55
3
8.55-9.30
4
9.30-10.05
5
10.05-10.25(R)
6
10.05-10.40
7
10.40-11.00
8
10.40-11.00(R)
9
11,00-11.30
10
11.30-12.00
11
12.00-12.30
SESI PETANG( Jumaat)
Waktu
Masa
1
2.25-3.15
2
3.15-3.45
3
3.45-4.15
4
4.15-4.35(R)
5
4.35-5.05
6
5.05-5.40
7
5.40-6.15
8
6.15-6.50
14. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Penyataan Ketetapan
14.1Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh JKKS hendaklah berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM.
14.2Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu dan permasalahan murid yang telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD-uP)
14.3Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .
14.4 Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik.
15 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
Penyataan Ketetapan
15.1Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun menggunakan instrumen Standard 4 SKPM 2010 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.
15.2Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, GC dan rakan sejawat.
15.3Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan.
15.4Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa ke semasa.
15.5Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan.
15.6Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan .
16 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF
Penyataan Ketetapan
16.1Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
16.2Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
16.3GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
16.4Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam setahun.
Lampiran 1
SMK SEKSYEN 24(2), SHAH ALAM
1. PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
KELAS
KEHADIRAN MURID
Contoh : 36/36
TEMA / TAJUK /
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, murid akan:
· Menghuraikan...
· Menyenaraikan...
· Memberi pendapat …
· Menyatakan …
AKTIVITI PdP
CONTOH:
1. Pendahuluan
2. Penerangan mengenai tajuk
3. Murid melakukan gerak kerja kumpulan
4. Pembentangan hasil kerja kumpulan dan soal jawab
5. Penilaian
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM / PENGISIAN KURIKULUM/ KEMAHIRAN NILAI TAMBAH
Contoh:
Kreativiti & Inovasi, keusahawanan, Bahasa, sains dan teknologi, pendidikan alam sekitar, nilai murni
BAHAN BANTU BELAJAR
Contoh: LCD, helaian bercetak, carta, model, buku rujukan dsbgnya
AKTIVITI PENGUKUHAN / PENTAKSIRAN PdP
Contoh:
Melabel nama banjaran dalam peta
Untuk Pentaksiran Sekolah (PS) PBS, sila gunakan panduan yang diberi dalam PPPM
REFLEKSI
Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai serta tindakan susulan
Contoh:
30/36 murid dapat menghuraikan / menyatakan/ membanding beza / memberi pendapat (dan sebagainya) mengenai ……….
6 murid yang belum menguasai perlu dibimbing semasa PdP berikutnya
Catatan
PdP tidak dapat dijalankan kerana cuti sakit
2.PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
SEWAKTU PEPERIKSAAN / UJIAN
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
KELAS
KEHADIRAN MURID
Contoh : 32/36
AKTIVITI PdP
Contoh:
Mengawas Peperiksaan (Sila nyatakan mata pelajaran dan tempoh peperiksaan berjalan bagi mata pelajaran yang berkenaan)
Catatan:
· Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan cadangan dari pihak JNJK.
· Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di peringkat panitia.
· Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia masing-masing.
· Sekiranya ada aktiviti di jalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan : “PdP tidak dilaksanakan kerana aktiviti …”
· Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari guru berkenaan cuti sakit / CRK dan tulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdP tidak dilaksanakan kerana CUTI SAKIT / CRK”.
· Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan seperti yang berikut:
“Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji dari ………………………….. hingga ………………………..
PdP diambil alih oleh …………………………………………………… (sekiranya ada guru ganti)
· Guru yang mendapat relief perlu menampal slip relief dan mencatat aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod Mengajar.
· Carta Alir Memberi Tugasan untuk Modul Relief ( MMI)rujuk Lampiran 5(m/s : 46-50)
3.CARA PENULISAN RPH SEWAKTU ULANGKAJI
REKOD KERJA HARIAN
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
KELAS
KEHADIRAN MURID
Contoh : 25/25
OBJEKTIF
i.Murid boleh merangka soalan peperiksaan
ii. Murid boleh menjawab 50% soalan objektif
AKTIVITI PdP
Contoh:
a.Membaca dan menghafal- Nota peta minda
b.Mengingat dan mencatat maklumat yang dibaca
c.Bengkel –merangka jawapan-soalan percubaan negeri lain
d.Perbincangan dan klinikal
Refleksi
5/25 murid tidak dapat menjawab 50% soalan objektif yang diberi
4.CARA PENULISAN RPH SEWAKTU KELAS RELIEF
REKOD KERJA HARIAN
Tampal slip relief yang telah dilengkapkan
5. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU PROGRAM SEKOLAH MENGIKUT TAKWIM
CTH: SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Tajuk/perkara: Sukan tahunan SMK Sekseyn 24(2)
Catatan: a.Pegawai Sukan
b.Pembantu pelepas
6. CARA PENULISAN RPH BAGI GURU YANG JADUALNYA TIADA PdP pada hari tertentu
Aktiviti:
a.Menyediakan bahan PdP/BBM/lembaran kerja
b.Menyediakan soalan ujian / peperiksaan /latih tubi /modul
c.Memeriksa buku latihan/ nota /tugasan / buku kerja / ujian peperiksaan
d.Menjalani sesi klinikal / pengukuhan /pengayaan
CONTOH REKOD KERJA HARIAN MENGIKUT
MATA PELAJARAN
1.PERDAGANGAN
Tajuk: Fungsi wang
Hasil pembelajaran:Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. A1-Menyatakan fungsi wang
ii. A2- Menerangkan dua fungsi wang
AKTIVITI:
Induksi set: Pengetahuan sedia ada
Motivasi tajuk
Pengembangan:L1-penerokaan buku teks-fakta dan keterangan-aktiviti kumpulan
L2-Rumusan wakil kumpulan dan penerangan guru
L3-Aktiviti pengukuhan
L4-Penilaian-berasaskan bahan edaran
L5-Pengayaan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas
Penutup: Guru membuat peneguhan isi-isi utama
:Guru memberi subtopik untuk pelajaran akan datang
Refleksi:5/40 murid tidak dapat menyenaraikan 3 fungsi wang-tindakan klinikal
(Impak)3/40 dapat menerangkan 2 fungsi wang-tindakan klinikal
______________________________________________________________________________________________________________________
2.PERDAGANGAN
Tajuk: Keperluan dan Kehendak Manusia
Objektif:
1. Menyatakan maksud keperluan dan kehendak
2. Membezakan antara keperluan dan kehendak
Aktiviti:
1. Set induksi – gambar nasi dan pizza
2. Guru memberi penerangan dan soal jawab
3. Murid menyatakan contoh keperluan dan kehendak
4. Murid menyenaraikan empat perbezaan antara keperluan dan kehendak menggunakan salah satu peta i-think peta buih berganda
BBM: Buku teks dan lembaran aktiviti
Refleksi: 35 daripada 40 orang murid dapat menyenaraikan tiga daripada empat
perbezaan antara keperluan dan kehendak. 5 murid lagi akan diberi
bimbingan
3.KEMAHIRAN HIDUP
Tajuk: Jahitan- Mesin Jahit
Hasil Pembelajaran:
1. Mengenal pasti jenis mesin jahit
2. Menerangkan fungsi bahagian mesin jahit.
3.Memasang benang atas dan benang bawah
Induksi Set:
Guru menunjukkan slide menjahit baju dengan mesin jahit
Aktiviti:
1.Murid menyenaraikan 4 jenis mesin jahit.
2.Murid menerangkan fungsi bahagian mesin jahit
3.Tunjuk cara memasang benang atas dan benang bawah
mengikut urutan
4.Murid memasang benang atas dan benang bawah mengikut
urutan pada mesin jahit.
PPPM :
B1: Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.
B2: Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya.
BBM: 1.Powerpoint
2.Mesin Jahit
Refleksi : 15/18 murid telah mencapai objektif, 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan.
4.SAINS PERTANIAN
Tajuk :Pengenalan kepada sukatan pelajaran Sains Pertanian Ting. 5 dan kerja kursus
HASIL PEMBELAJARAN :
Murid berupaya untuk:
1.menyatakan semula semua topik yang akan dipelajari di tingkatan 5
berserta konsepnya
AKTIVITI :
1.Guru memperkenalkan kepada murid topik yang akan dipelajari dalam sukatan m/p Sains Pertanian tingkatan 5
2.Perbincangan di antara guru dan murid tentang konsep penting di dalam setiap topik
BBM :
1.Pen marker
2. LCD
3.Laptop
Refleksi:
________________________________________________________________________________________________________
5.BAHASA ARAB
: الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك
الموضوع
: يتمكن الطلاب بعد هذا الدرس فيما يلى:
نتاج التعلم
الإستماع إلى ما يقرأ من الكلمات ثم نطقها نطقا صحيحا.
۱.
الإستماع إلى ما ينطق من الكلمات فى سياق الكلام وترديدها.
۲.
قراءة النص قراءة صحيحة.
۳.
: يستمع التلاميذ إلى قراءة المعلم مع متابعة قراءته، يقرأ بعض التلاميذ النص ويستمع الأخرون إلى قراءتهم، يستمع التلاميذ إلى شرح المعلم
الأنشطة
: المحافظة على الوقت
القيم
الملاحظة
6.PENDIDIKAN MORAL
Tajuk
:
Flora fauna anugerah tuhan
Bidang
:
Bidang berkaitan dengan alam
HP
:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. menghargai alam sekitar
2. melaksanakan tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar
3. menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar
Aktiviti penyampaian:
Set induksi:
~Pengetahuan sedia ada - sumbangsaran
~Motivasi tajuk - penerangan
Pengembangan:
L1
:
Penerokaan buku teks - fakta dan keterangan - aktiviti kumpulan
L2
:
Rumusan wakil kumpulan dan penerangan guru
L3
:
Aktiviti pengukuhan - soal jawab - semak pasangan
L4
:
Penilaian - berasaskan bahan kertas edaran
L5
:
Pengayaan - soalan peperiksaan tahun tahun lepas
:
Pemulihan - bahan kertas edaran
Penutup
:
1. Guru membuat pengukuhan isi-isi umum
2. guru memberi subtopik untuk pelajaran akan datang
Refleksi:
21/23 murid dapat menghargai alam sekitar
21/ 23 murid dapat melaksanakan tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar
22/23 murid dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar
________________________________________________________________________________________________________________
6. GEOGRAFI
Tajuk: Peta
Objektif:
1) Murid dapat mengenalpasti perbezaan antara simbol budaya dengan symbol fizikal
Aktiviti:
1. Murid merujuk buku teks
2. Murid diminta menulis isi pelajaran di papan hitam
3. Murid melengkapkan modul
BBM: Buku Teks, peta
Refleksi:20/20 murid boleh menyenaraikan simbol budaya dan fizikal
7. GAPG
Tajuk: Penilaian Kesihatan dan Pengurusan masalah
Unit 42 : Pengurusan demahan panas
Objektif:
Pada akhir pengajaran murid akan dapat:
1. Menyenaraikan akibat sakit sendi kepada warga tua
2. Mengenalpasti langkah keselamatan mengendali demam panas
3. Menunjukkan kaedah selamat mengendali sakit sendi
Aktiviti:
1.Guru meminta murid mengulangkaji langkah kerja tanggungjawab demahan panas
2.Murid menunjukcara melakukan demahan panas
3.Murid membuat perbincangan berkumpulan mengenai langkah keselamatan
4.Murid membuat peta pemikiran mengenai langkah keselamatan
5.Murid membuat pembentangan peta pemikiran
KBKK: Kognitif,kecerdasan pelbagai
ABM:Kertas mahjong,marker,pensil warna, grafik
Refleksi:
______________________________________________________________________________________________________________________
8.MATEMATIK TAMBAHAN
Topic: Quaradtic Equations
L.Outcomes: Pupils will be able to recognize a quadratic equation and express it in general form
Activities:
1.Listening to teacher’s explanation
2.Doing exercises
3.Discussing answers
T.Aid: Module
Remarks:23/23 pupils are able to achieve the objectives
9.MATEMATIK
Tajuk: Pepejal Geometri
Hasil pembelajaran:Murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu pepejal gubahan
Aktiviti:
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
2. Wakil kumpulan membentang dan menulis langkah pengiraan di papan putih
3. Murid menyalin latihan 8.4(B5D8E3)
BBM : Kertas A4, Kalkulator saintifik
Refleksi: 32/32 murid berjaya menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu pepejal gubahan
_______________________________________________________________________________________________________________
10.BAHASA MELAYU
Tajuk :Rumusan
Objektif:Mengemukakan 6 isi tersurat dalam petikan
Aktiviti:
1. Murid membaca petikan
2. Murid mengemukakan 6 isi tersurat secara lisan
3. Murid menulis rumusan lengkap
Sistem bahasa: Ayat penyata
KBT:Pembelajaran konstekstual
P.Kurikulum :Ilmu pengetahuan am
Nilai: Bertanggungjawab
Refleksi: 25/28 murid boleh membuat rumusan
1/28 murid dibimbing menulis pendahuluan
__________________________________________________________________________________________________________________
11.BAHASA INGGERIS
Theme: Literature
Topic: How I Met Myself
Objective:
By the end of the lesson, pupils should be able to:
a.Understand the meaning of all words literally
b.Retell the poem using their own words
Activities:
1.Induction set:Pupils share their experience about being in love
2.Pupils are given into four groups.Each group select a writer while others will have to
make a complete synopsis
3.Puplis check answers and award mark based on the checklist given
4. Teacher concludes the lesson
Remarks:
_________________________________________________________________________________________________________________
12.TASAWWUR ISLAM
Tajuk:Sihir
Hasil pembelajaran:
Aras1-Menyatakan pengertian sihir
Aras 2-Menerangkan contoh perbuatan sihir
Aras 3- Murid mencatat penerangan daripada guru
Aktiviti:
1.Murid melihat gambar seorang pemuda terkena sihir
2.Murid bersoal jawab dengan guru
3.Murid mencatat nota
BBM : Buku teks,gambar-gambar
Refleksi: 30/33 murid dapat menulis 4 contoh perbuatan sihir
________________________________________________________________________________________________________________
13.PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tajuk: Catan
Objektif:
1. Murid mengetahui maksud catan
2. Murid mengetahui teknik dalam catan
Set induksi;
1. Guru menunjukkan contoh catan dengan menggunakan water color di hadapan kelas
Aktiviti:
1. Guru memberi arahan kepada murid untuk melaksanakan aktiviti
2. Murid melakar kemudian mengaplikasikan bahan dalam lakaran dengan menggunakan color
BBM: nota . media basah
Refleksi: 18 /20 murid dapat melaksanakan aktiviti dengan baik
______________________________________________________________________________________________________________________
14. SAINS
Tajuk: Pembiakan
Objektif:
1.Menganalisis sistem pembiakan lelaki
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran , murid-murid dapat:
1. Mengenalpasti setiap struktur pembiakan lelaki
Aktiviti:
1.Induksi set: ulangan pelajaran lepas
2.Murid menjawab soalan pentaksiran
3.Sesi klinikal sekiranya murid salah membuat jawapan
BBM : Bahan pentaksiran
Refleksi: 10/25 murid dapat menjawab soalan pentaksiran
________________________________________________________________________________________________________________
15.PENDIDIKAN ISLAM
Tajuk:Adab di tempat rekreasi
Objektif:
1.Murid dapat menerangkan maksud adab di tempat rekreasi
2. Murid dapat menghuraikan cara beradab di tempat rekreasi
Aktiviti:
1. Murid diminta menceritakan pengalaman di tempat rekreasi
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diminta menyenaraikan adab di tempat rekreasi
3. Pembentangan
4. Penerangan guru
BBM: Kertas mahjung, gambar
Refleksi: 30/30 murid boleh menjawab soalan dengan betul dalam kertas edaran
16.FIZIK
Topic:Electricity
Objectives: Pupils are able to :
1.State the relationship between electron flow and electric current
2.Define electric current
3.Describe and electric field
4.Sketch electric field lines showing the direction of the field
5.Describe the effect and electric field on a charge solve problems involving electric charge and current
Activities:
1.Listene to explanation
2.View simulation
3.Do exercises
Remarks:24/24 pupils are able to define electric current
_______________________________________________________________________________________________________________
17.KIMIA
Topic:Rate of reaction
L.Outcomes:
1.Pupils should be able to relate reaction with effective collision of particle
2.Describe activation energy profile diagram
Activities:
1.Listen to teacher’s explanation
2.Discussion of collision theory
3.Sketch energy profile diagram and activation energy
T.Aid:Work book
Reflection: 25/25 pupils could explain collision theory
18. SEJARAH
Tajuk : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Objektif:
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyenaraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis
2. Menghuraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis
Aktiviti:
1. Menjelaskan sebab-sebab British mengambil tindakan terhadap gerakan PKM
2. Menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk membanteras ancaman komunis
3. Membina peta I-Think dan menjawab soalan latihan
BBBM: Buku teks
Refleksi : 23/23 murid boleh menyenaraikan langkah-langkah kerajaan membanteras ancaman komunis
_______________________________________________________________________________________________________________________
19. PJK
Tajuk: Kecergasan fizikal
Subtajuk : Kelajuan
Objektif:
1.Murid boleh melakukan aktiviti berlari 30 sambil melantun bola
Aktiviti:
1. Murid melakukan aktiviti berlari 30 sambil melantun bola
2. Rumusan
Refleksi: 25/25 murid boleh melakukan aktiviti dengan betul
_______________________________________________________________________________________________________________
20. PSK
Tajuk: Hubungan kekeluargaan
Objektif:
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1.Menerangkan persiapan membina keluarga kearah pembentukan masyarakat
Aktiviti:
1.Murid mendengar penerangan guru
2.Murid membaca petikan dari buku teks
3.Murid menjawab soalan berdasarkan petikan buku teks
BBM: Gambar keluarga, buku teks
Refleksi:25/25 murid boleh menjawab soalan dengan betul
Lampiran 2
SPSK PK 01/1
SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN
PANITIA: ………………………………………………………………………………..
*Bil.
Jenis Fail
Perkara
Kandungan Fail
1.
Fail Putih/ Fail Terbuka
(AM 435-Pin.1/80)
Fail Transaksi (Ditulis nama Panitia Mata Pelajaran)
Contoh: No Fail: 600-4/1/2
Panitia Bahasa Melayu
i)Surat-surat perhubungan luar/ dalaman
ii)Surat-surat lampiran
iii)Surat Panggilan Mesyuarat
2.
Fail Kulit Keras/ Doket
Catatan:
Kandungan fail mengandungi dokumen-dokumen sokongan yang boleh disimpan dalam fail keras yang sama dengan mengguna pembahagi (separator)
2.1Mesyuarat Panitia
i)Minit Mesyuarat Panitia
ii)Kedatangan Mesyuarat
2.2Sukatan Pelajaran
i)Sukatan Pelajaran
ii)Huraian Sukatan Pelajaran
iii)Rancangan Pelajaran Tahunan
iv)Senarai Bahan Bantu Pengajar dan Kedudukannya
v)Senarai buku teks dan rujukan
2.3Program Kecemerlangan
i)Perancangan Strategik (Pelan strategik, Pelan Taktikal & Pelan Operasi)
ii)Laporan-laporan program
iii)Program Perkembangan Staf
iv)Kajian Tindakan
2.4Peperiksaan
i)Jadual Peperiksaan
ii)Jadual Penyedia Soalan
iii)Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
iv)Analisis Headcount (TOV, OTR, ETR)
v)Post-mortem/ Audit akademik
2.5Penyeliaan/ Pencerapan
i)Jadual Penyeliaan
ii)Borang Penyeliaan
2.6Penyemakan buku latihan murid
i)Jadual semakan
ii)Borang penyemakan
2.7Koleksi Soalan Ujian/ Peperiksaan
i)Soalan-soalan peperiksaan sekolah
ii)Soalan-soalan setara daerah/ negeri
iii)Soalan-soalan peperiksaan awam
2.8Maklumat Guru
i)Jadual waktu persendirian
ii)Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
*Catatan: Bilangan folder bergantung kepada keperluan sekolah
No. Keluaran
Tarikh Keluaran
No. Pindaan
Tarikh Pindaan
03
01 MAC 2013
01
01 NOVEMBER 2013
Hak Cipta Terpeliharan@JPNSel.2010
Folder Tambahan:
*Bil.
Jenis Fail
Perkara
Kandungan Fail
3.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3.1. Pekeliling PBS
i. Pekeliling
ii. Surat Edaran
3.2 Pentaksiran sekolah
i. PPPM
ii. Pelaporan Off Line PPPM
iii Evidens
3.3 PT3
i. Senarai nama calon
ii. Instrumen pentaksiran
iii. Instrumen penskoran
iv. Pelaporan PT3
Lampiran 3
ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
A. JENIS PENTAKSIRAN
1. Bagi kelas tingkatan peralihan, satu, dua dan empat, jenis pentaksiran yang diadakan adalah:
· Ujian 1 dan Ujian 2
· Peperiksaan Pertengahan Tahun
· Peperiksaan Akhir Tahun
2. Bagi kelas tingkatan 3 dan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan adalah:
· Ujian 1
· Peperiksaan Pertengahan Tahun
· Peperiksaan Percubaan SPM / PT3
B. PERANAN KETUA PANITIA
1. Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan untuk sepanjang tahun. Satu Salinan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
2. Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
3. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru yang tidak menyiapkan soalan mengikut tarikh yang ditetapkan.
4. Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti bersalin/sakit berpanjangan untuk disemak (atas budi bicara pentadbir sekolah).
5. Mengagihkan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada penyedia soalan.
6. Memastikan guru penyedia soalan menghantar JSU bersama-sama soalan untuk disemak dan menyimpan JSU tersebut di dalam fail panitia. Satu Salinan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan.
7. Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan soalan menepati HSP dan tempoh masa yang betul.
8. Menyerahkan kertas soalan kepada GKMP untuk pengesahan.
9. Menghantar kertas soalan yang telah disemak dan disahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
C. PENYEDIA SOALAN
1.Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah ditetapkan. Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.
2.Soalan mesti ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Arial bersaiz 11 bagi ujian 1 dan 2; Times New Roman bersaiz 12 bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan SPM; dan Arial bersaiz 12 bagi pentaksiran PT3.
3. Format muka depan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 adalah seperti di bawah:
4.Format muka depan bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan adalah mengikut format peperiksaan sebenar PT3 / SPM.
5.Soalan objektif hendaklah ditaip dalam bentuk 2 column.
6.Bagi mata pelajaran yang mempunyai kertas 1 dan kertas 2, kertas ujian mestilah mengandungi soalan berbentuk objektif dan esei atau struktur.
7.Semasa ujian 1 dan 2, kertas jawapan OMR (objektif) boleh digunakan jika jumlah soalan melebihi 30.
8.Tidak dibenarkan menyediakan soalan dengan menampal kecuali gambar rajah. Sebaik-baiknya, penyedia soalan mengimbas (scan) gambar rajah yang ingin disertakan dalam soalan.
9.Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar di tingkatan yang sama. Semak soalan yang disediakan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.
10.Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak GKMP/PK.
11.Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang tepat. Soalan yang disediakan mestilah mengikut standard PT3 dan SPM.
12. Di bahagian akhir soalan, hendaklah disertakan perkara yang berikut:
13.Soalan yang dibuat mestilah berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Soalan yang disediakan mestilah pada kadar yang berikut:
50% tahap mudah:
30% tahap sederhana
20% tahap tinggi
*Tertakluk kepada pindaan semasa.
15.Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan kepada Ketua Panitia/guru mata pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.
16.Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan menyerahkan kepada guru pemeriksa sebaik sahaja peperiksaan tamat.
17. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada PK Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.
18.uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus adalah betul dan bilangan soalan mencukupi.
19.Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan bungkusan soalan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk disimpan sehingga hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
20.Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank Soalan, dan 1 salinan kepada Ketua Panitia.
21.Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk memastikan kertas soalan mencukupi.
D. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu PdP masing-masing, bukan mengikut waktu peperiksaan dimulakan. Guru pengawas hendaklah berada di kelas walaupun waktu peperiksaan masih lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Bacakan Peraturan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan dimulakan dan ingatkan murid supaya menggunakan pensel 2B untuk menanda jawapan objektif.
3. Kutip semua kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, koakademik dan sebagainya.
4. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
5. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa tempoh peperiksaan, sila maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang atau guru yang membuat relief secepat mungkin.
6. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat kerja-kerja bertulis semasa mengawasi peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tiada penyelewengan.
7. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru mata pelajaran terlibat.
8. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada Lampiran Peperiksaan.
9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan kelas menjadi bising dan mengganggu murid-murid yang lain.
10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di Bilik Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.
E. GURU MATA PELAJARAN
1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi markah akan memberi masalah kepada guru tingkatan menyediakan Rekod Kemajuan Murid.
2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.
F. GURU KELAS
1. Menyediakan pelan kedudukan murid sehari sebelum peperiksaan bermula dan menyerahkannya kepada Ketua Tingkatan.
2. Memantau guru mata pelajaran dalam mengisi markah.
3. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.
4. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak markah.
5. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak 2 salinan Lembaran Markah (1 salinan untuk dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar dan 1 salinan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan setelah ditandatangani oleh pentadbir).
6. Mencetak Slip Pelaporan Murid dan memasukkannya ke dalam Fail Prestasi. Slip Keputusan Murid untuk semua tingkatan perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail Peribadi Murid.
7. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh yang ditetapkan untuk ditandatangan oleh Pengetua.
8. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut tarikh yang ditetapkan.
9. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru mata pelajaran yang masih belum mengisi markah selepas tarikh tutup yang ditetapkan.
10. Pada akhir tahun, serahkan semua Fail Prestasi/ Slip Pelaporan Murid kepada kaunselor.
G. MURID
1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak hadir sewaktu peperiksaan dijalankan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan kecuali ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti sekolah.
2.Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan menyebabkan markah kosong (0) diberi bagi kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk mata pelajaran tersebutt
4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang dirancangkan semasa Mesyuarat Pengurusan Sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),
JALAN CILI BUNGA 24/25, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR
BORANG PENGAWASAN PEPERIKSAAN
Mata Pelajaran
Kod
Tarikh
Masa
Tingkatan
Bil.Pelajar
Penggubal
Pemula Kertas
Pemeriksa
Pemungut Kertas
Waktu Ujian
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Penggubal soalan berada di
Jadual Pengawasan
Masa
Nama Guru Pengawas
Tandatangan
Catatan pembetulan
Nama pelajar tidak hadir:
Bil.Pelajar hadir
Bil.Pelajar tidak hadir
Jumlah pelajar
Bil.Kertas jawapan
Catatan
Lampiran 4
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:
1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dimaklumkan kepada calon.
2. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
4. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun ...........................
5. Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
6. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
7. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang Penyerahan dan penerimaan Skrip Jawapan.
9. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C:7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.
BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN,AMARAN,LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
1.2 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 2014.
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
3.1 Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 Memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
4.1 Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan soalan peperiksaan.
4.2 Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.3 Menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
4.4 Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan dikumpul semula oleh Pengawas.
5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
5.1 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
5.2 Tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.
5.3 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
5.4 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
5.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon dilarang:
6.1 Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Ujian serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
6.2 Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
6.3 Mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
6.4 Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
6.5 Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6.6 Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada ketua pengawas peperiksaan.
6.7 Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
6.8 Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
6.9 Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
7. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan ;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSAAN SEKSYEN 24(2)
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
LAMPIRAN PEPERIKSAAN
1. Peperiksaan : UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
2. Tahun
:2014
3. Nama Kertas : BAHASA MELAYU
4. Kod Kertas : 02
5. Tempoh Masa: 2 jam
6. Tarikh
: ISNIN (13/10/2014)
Mula :7.45 PAGI
Tamat : 9.45 PAGI
7. No. Pusat:BH089
8. Bilangan Kertas Soalan: ________________________________
PERINGATAN KEPADA KETUA PENGAWAS
1. Susun kertas jawapan mengikut tertib angka giliran yang kecil sekali di atas sebelum dibungkus.
A. PEPERIKSAAN
B. NOMBOR PUSAT
C. KOD MATA PELAJARAN
D. BIL. SKRIP MENGIKUT JADUAL
KEDATANGAN ASAL
HADIR
TIDAK HADIR
Tandatangan............................................................................................
Nama Ketua Pengawas............................................................................
Tarikh......................................................................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2)
JALAN CILI BUNGAN 24/25 SEKSYEN 24, 40300 SHAH ALAM
PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
UJIAN BERTULIS
1.0 PENGETUA
1.1 Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 dari PPD dan mengedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
1.2 Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan PT3 ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian Bertulis.
2.2 Menyerahkan instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis kepada Ketua Pengawas.
3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.1 Menyediakan dewan/bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP dalam Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
3.2 Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas dan Pengawas ujian bertulis PT3.
3.3 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 yang ditetapkan oleh LP.
3.4 Menerima skrip jawapan calon daripada Ketua Pengawas.
3.5 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia.
4.0 GURU TINGKATAN
4.1 Memaklumkan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3, Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 dan Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan kepada calon PT3.
5.0 KETUA PANITIA
5.1 Menerima skrip jawapan calon daripada Setiausaha Peperiksaan.
6.0 KETUA PENGAWAS
6.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
6.2 Mengambil kedatangan calon PT3.
6.3 Mengambil instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis daripada Penolong Kanan Pentadbiran.
6.4 Mengedarkan instrumen pentaksiran kepada Pengawas.
6.5 Memastikan calon masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan (15 minit awal).
6.6 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.
6.7 Menerima skrip jawapan calon daripada Pengawas.
6.8 Mengira jumlah skrip jawapan calon mengikut pusat masing-masing.
6.9 Membungkus kembali skrip jawapan calon.
6.10 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Setiausaha Peperiksaan.
7.0 PENGAWAS
7.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
7.2 Berkumpul di Bilik Peperiksaan 1 sebelum ujian dimulakan.
7.3 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.
7.4 Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis.
7.5 Memulakan Ujian Bertulis mengikut masa yang telah ditetapkan.
7.6 Mengutip skrip jawapan calon apabila ujian bertulis tamat.
PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
1.0 PENGETUA
1.1 Melantik Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari Aplikasi PT3.
1.2 Membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
1.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan telah diverifikasi.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari Aplikasi PT3 dan menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.
2.2 Membantu Pengetua membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
2.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan telah diverifikasi.
3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.1 Memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 satu (1) hari selepas tamat ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran.
3.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.
4.0 KETUA PANITIA
4.1 Menerima Panduan Penskoran daripada Setiausaha Peperiksaan satu (1) hari selepas tamat ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran.
4.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran yang akan menjalankan pemeriksaan.
4.3 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama guru yang akan menjalankan pemeriksaan skrip jawapan calon.
4.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru mata pelajaran memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
4.5 Membuat verifikasi skor calon bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.
4.6 Menyerahkan skor murid kepada Pengetua untuk diverifikasi.
5.0 GURU MATA PELAJARAN
5.1 Menerima Panduan Penskoran daripada Ketua Panitia.
5.2 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Ketua Panitia bagi mendapatkan kefahaman yang selaras.
5.3 Menjalankan pemeriksaan berpandukan panduan penskoran.
5.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
5.5 Membuat verifikasi skor calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.
5.6 Merekodkan skor calon dalam Aplikasi PT3.
5.7 Mencetak Borang Skor Calon dari Aplikasi PT3 dan membuat perbandingan skor pada skrip jawapan calon dengan skor pada Borang Skor Calon.
SPSK PK 05/4
REKOD PENGAMBILAN KERTAS SOALAN OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun : 2014
Hari :
ISNIN (13/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Pengawas
T/tangan
No. Pusat
Bil Kertas Soalan
PK Pentadbiran
T/tangan
1
Bahasa Melayu
BH137
2
Bahasa Melayu
BH137
3
Mathematics
BH137
4
Mathematics
BH137
Hari
:SELASA (14/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Pengawas
T/tangan
No. Pusat
Bil Kertas Soalan
PK Pentadbiran
T/tangan
1
Bahasa Inggeris
BH137
2
Bahasa Inggeris
BH137
3
Science
BH0137
4
Science
BH137
REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN OLEH KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun : 2014
Hari :
ISNIN (13/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Pengawas
T/tangan
No. Pusat
Bil Skrip Jwp
Setiausaha Peperiksaan
T/tangan
1
Bahasa Melayu
BH137
2
Bahasa Melayu
BH137
3
Mathematics
BH137
4
Mathematics
BH137
Hari
:SELASA (14/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Pengawas
T/tangan
No. Pusat
Bil Skrip Jwp
Setiausaha Peperiksaan
T/tangan
1
Bahasa Inggeris
BH137
2
Bahasa Inggeris
BH137
3
Science
BH137
4
Science
BH137
REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN KEPADA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun : 2014
Hari :
ISNIN (13/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Panitia
T/tangan
No. Pusat
Bil Skrip Jwp
Setiausaha Peperiksaan
T/tangan
1
Bahasa Melayu
BH137
2
Bahasa Melayu
BH137
3
Mathematics
BH137
4
Mathematics
BH137
Hari
:SELASA (14/10/2014)
Bil
Nama Kertas Ujian
Nama Ketua Panitia
T/tangan
No. Pusat
Bil Skrip Jwp
Setiausaha Peperiksaan
T/tangan
1
Bahasa Inggeris
BH137
2
Bahasa Inggeris
BH137
3
Science
BH137
4
Science
BH137
VVISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN
Tingkah laku yang boleh diukur
Nama : …………………………………………………….Kelas :…………………………………….
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),SHAH ALAM
Ujian bulanan 1 (Mac) 2015
Bahasa Melayu Tingkatan 3
Masa : 1 Jam
Disediakan oleh,Disemak oleh,Disahkan oleh,
……………………………….………………………………………………………………….
()()()
�
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),SHAHLAM
JALAN CILI BUNGA 24/25 SEKSYEN 24
40300 SHAH ALAM
JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
&
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
Recommended