View
324
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di
kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun
1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas
menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari
normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin
ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau
badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan
akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula
dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula
dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk
bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap
glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung
pada Insulin) o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak
bergantung pada insulin) o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes
adalah penghidap jenis ini. o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua
jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang
biasa dialami ialah:
Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
Letih
Berat badan menurun
Penglihatan kabur
Otot lemah
Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
Luka yang lambat sembuh
Kencing yang kerap
Gatal pada bahagian kemaluan
Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada
gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan
berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda
mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk
menghidapi diabetes
Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin
tinggi risiko anda menghidap diabetes.
Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif -gaya hidup sedentari
Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan
makanan berserat
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik
kesihatan berdekatan.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada
kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan
berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan
kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan
mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh
pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini
biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan
oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan
wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan
tidak sedar diri.
Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami
mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: o Mata
Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta o Saraf
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana
pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh
menyebabkan luka pada kaki dan gangrene o Otak
Angin ahmar (hubung dengan strok) o Buah pinggang
kegagalan buah pinggang o Jantung
Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan
membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah
menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
Mengawal pengambilan makanan o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan
akan meninggikan tahap gula dalam darah
Melakukan senaman fizikal o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu
insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda
mengurangkan berat badan.
Ubatan o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan
pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah
dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal
dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum: o Penjagaan kulit
o Mandi setiap hari
o Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
o Merawat luka dan calar dengan segera
o Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari. o Penjagaan kaki
o Basuh kaki setiap hari
o Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara
celah-celah jari kaki
o Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa
perubahan warna kulit.
o Potong kuku jari kaki secara lurus
o Tukar stokin anda setiap hari
o Jangan berjalan tanpa kasut
o Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah. Mengawasi diri sendiri
o Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah.
sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu
keberkesanan cara anda mengawal diabetes
Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Mengelakkan minuman keras
Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari
mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah,
mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan
darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat
mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman
merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk
Recommended