View
44
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
MGM
Citation preview
RANCANGAN PERNIAGAAN CLICK ON MOMENT
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Click on Moment adalah sebuah syarikat yang memulakan penubuhan pada 22 Febuari 2012, di Serdang Selangor. Click on Moment dijangka akan menarik minat pelanggan dengan perkhidmatan mengambil gambar yang ditawarkan dan pembuatan Twister Popia yang menjadi produk kedua.
Click on Moment adalah sebuah syarikat perniagaan yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi beberapa perkara. Perkara yang menjadi asas utama kepada penubuhan syarikat ini adalah untuk memperolehi keuntungan menerusi perkhidmatan mengambil gambar dan produk buatan syarikat ini sendiri. Selain itu, tujuan penubuhan syarikat Click on Moment juga adalah bagi memenuhi segala misi dan visi yang telah ditetapkan. Syarikat ini juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar sebagai tujuan sampingan. Syarikat Click on Moment merancang membina satu kedudukan pasaran kukuh di sekitar daerah Serdang disebabkan oleh kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan iklim persaingan yang sederhana di kawasan Serdang, Selangor.
Click on Moment adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan dan pembuatan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbentuk perkhidmatan mengambil gambar dan pembuatan yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah pembuatan popia ciptaan dan resipi sendiri.Sasaran pasaran produk adalah kepada pengguna di sekitar Universiti Putra Malaysia dan juga di sekitar daerah Serdang, Selangor. Perbezaan yang paling ketara antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini dan syarikat lain adalah dari segi pakej istimewa yang ditawarkan dan juga harganya yang berpatutan. Bagi produk pembuatan syarikat ini pula, elemen yang menjadi perbezaan dengan syarikat lain adalah kualiti pembuatan yang terjamin, kebersihan yang berkekalan dan juga keunikan rasanya yang tiada tandingan.
Click on Moment menawarkan perkhidmatan mengambil gambar yang berpusatkan kepada kepuasan hati pelanggan. Syarikat ini memiliki beberapa orang jurugambar profesional yang mampu mengambil gambar secara berkualiti dan memuaskan. Perkhidmatan mengambil gambar yang ditawarkan dilengkapi pula dengan pakej-pakej istimewa sesuai dengan kehendak pelanggan yang pelbagai. Bagi produk pembuatan, syarikat ini membekalkan makanan tradisional yang telah dimodenkan iaitu Twister Popia yang mempunyai pelbagai keunikan tersendiri.Twister Popia merupakan popia goreng berintikan sayur dan sosej. Produk ini merupakan hasil inovasi kakitangan syarikat ini sendiri yang menggabungkan unsur tradisional dan moden dalam satu makanan. Keunikan produk ini sudah semestinya dari segi rasanya yang lazat dan juga harganya yang murah. Cara pembuatannya juga sangat rapi dan amat mementingkan kebersihan.
Syarikat Click on Moment menjalankan operasi perniagaan yang melibatkan media pengedaran yang pelbagai dalam aspek pemasaran. Kepelbagaian dalam aspek pemasaran ini bersesuaian sekali dengan kewujudan dua jenis produk syarikat ini yang berbeza. Bagi perkhidmatan fotografi, syarikat ini menggunakan kaedah pemasaran langsung, kerjasama dengan kedai-kedai besar dan juga bercadang untuk membuka pusat jualan. Bagi produk pembuatan Twister Popia, kaedah pemasaran yang digunakan adalah pemasaran langsung dan juga pembukaan gerai. Langkah-langkah yang akan dijalankan bagi mencapai segala matlamat syarikat ini adalah dengan memperkasakan usaha dari aspek pengiklanan dan promosi serta mengamalkan tawaran perkhidmatan yang mesra pelanggan selain menggunakan kaedah pemasaran yang bersesuaian.
Click on Moment dijangka mengumpul RM500 sebagai permulaan modal bagi memulakan operasi perniagaan. Syarikat ini menjangka memperolehi kadar keuntungan bersih sebanyak RM896 bagi tahun berakhir Oktober 2012. Syarikat in menjangkan mendapat pulang modal pada bulan ketiga operasinya apabila jualan berterusan bertambah. Keuntungan-keuntungan untuk tempoh masa ini dijangka bertambah setelah jumlah permintaan meningkat. Syarikat ini juga tidak menjangka apa-apa masalah-masalah aliran wang.
2.0VISI, MISI DAN LOGO KUMPULAN.
VISI
Menjadi syarikat gambar yang berkualiti, memuaskan dan unggul di samping mengikut cita rasa pelanggan.
MISI
Menyediakan khidmat untuk mengambil gambar yang profesional.
Memenuhi salah satu keperluan gaya hidup masyarakat kini.
Mengeluarkan gambar berkualiti dengan harga yang berpatutan.
LOGO
Huruf C pada logo syarikat ialah bermaksud CLiCK.
Gambar sebuah kamera pada logo syarikat itu mewakili untuk perkataan on dan menjadi simbol kepada syarikat kami yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar.
Huruf M pada logo syarikat itu bermaksud MOMENT. Untuk slogan pada logo syarikat WITH CAMERA, WE SERVE adalah merupakan kata-kata yang melambangkan perkhidmatan yang dijalankan berupa khidmat mengambil gambar dan memberi layanan kepada pelanggan.
Kombinasi warna untuk logo syarikat ialah hitam dan putih yang melambangkan detik terindah dalam hidup kita.
3.0PENGENALAN KEPADA PRODUKKami menjalankan perniagaan fotografi bagi memenuhi tuntutan Kursus MGM 3180, Asas Keusahawanan.Syarikat Click On Moment BHD (COM BHD) menawarkan dua jenis perniagaan iaitu berbentuk perkhidmatan dan produk makanan.
Produk A ( Perkhidmatan Fotografi )
CONTOH GAMBAR POTRET
Bagi produk A kami menawarkan perkhidmatan mengambil gambar potret. Bagi perkhidmatan mengambil gambar, kami menawarkan perkhidmatan mengambil gambar, mengedit, mencuci dan membingkaikan atau liminate. Bagi perkhidmatan membingkaikan atau liminate hanya dibuat jika mendapat permintaan daripada pelanggan sahaja. Sasaran perkhidmatan kami ialah para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sama ada di kolej kediaman mahupun di kawasan kampus.
Faktor Pemilihan Perkhidmatan FotografiSebagaimana maklum, para pelajar pada masa kini sangat gemar akan fotografi. Rata-rata pelajar kami lihat suka mengambil gambar tidak kira tempat, masa dan keadaan. Namun, tidak semua pelajar mampu memiliki kamera untuk mengabadikan kenangan mereka bersama. Maka kami mengambil kesempatan ini untuk menawarkan perkidmatan fotografi supaya mereka dapat memenuhi keinginan mereka untuk mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan, pasangan dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang mereka belajar di UPM.Kelebihan Perkhidmatan Fotografi
Kelebihan tawaran perkhidmatan kami ini ialah, para pelanggan boleh memiliki koleksi gambar bersama rakan-rakan, pasangan dan peristiwa-peristiwa istimewa mereka dengan harga yang berpatutan dan menjimatkan masa mereka. Kami juga mementingkan kualiti gambar yang diambil kerana fotografer syarikat kami sangat mahir dan setaraf dengan fotografer profesional. Jadi, para pelanggan tidak perlu risau dan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat kami kerana kualiti dan kepuasan hati mereka terjamin.
Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami:
Pakej 1 Gambar berukuran 4 R
1 foto
1 bingkai gambar / liminate
Harga : RM 5++
Pakej 2 Gambar Berukuran 6r
1 Foto
1 Bingkai Gambar/Liminate
Harga: Rm 8++
Pakej 3 Gambar Berukuran 8r
1 Foto
1 Bingkai Gambar/Liminate Harga: Rm 10++
Pakej ketiga kami menawarkan hadiah percuma
Berikut merupakan pakej lain yang ditawarkan. Pakej ini ditawarkan bagi pelanggan yang tidak mahu gambar mereka dicuci dan dibingkaikan dan juga bagi pelanggan yang mahu gambar mereka dicuci dalam kuantiti yang banyak. Bagi pakej 1 hanya 5 keping gambar yang akan diedit, manakala bagi pakej 2 semua gambar akan diedit.Pakej 1 30 keping soft copy = Rm15
60 keping soft copy = Rm28
Pakej 2 5 keping siap cuci (4R) = Rm8
10 keping siap cuci (4R) = Rm15
Contoh Gambar Potret
Contoh Bingkai Gambar
Produk B (Twister Popia)
CONTOH GAMBAR TWISTER POPIASelain menawarkan perkidmatan fotografi, kami juga ada menjual produk makanan iaitu popia goreng berintikan sayur dan sosej.Produk kami ini dinamakan Twister Popia dijual dengan harga satu ringgit untuk dua biji popia.
Bagi membuat popia ini kami menggunakan beberapa bahan mentah yang sangat mudah dan sedap dimakan. Antara bahan mentah yang digunakan ialah:
1. Kulit popia2. Sosej3. Kubis4. Lobak merah5. Sos cili6. MayonisFaktor Pemilihan Produk Makanan (Twister Popia)
Kehidupan sebagai seorang pelajar sememangnya sibuk sehinggakan terpaksa memilih makanan yang mudah dan cepat siap supaya dapat menjimatkan masa. Untuk memasak agak mustahil kerana rata-rata pelajar sememangnya tiada masa dan tidak sempat untuk memasak. Maka, COMS BHD. mengambil kesempatan ini untuk menawarkan produk Twister Popia kepada para pelajar UPM sama ada di kolej kediaman mahu pun di fakulti. Kami memilih untuk menawarkan produk ini kerana ianya mudah disediakan dan makanan ini tidak terlalu berat.Ianya sangat bersesuaian kerana kami juga merupakan pelajar, maka kami dapat menyediakan tanpa ada bebanan yang berat kerana penyediaan produk makanan ini sangat mudah.
Kelebihan Produk Makanan (Twister Popia)
Kelebihan tawaran produk ini ialah ianya mudah disediakan dan cepat. Para pelanggan dapat menikmati makanan ini pada harga yang murah dan ianya mengenyangkan. Produk kami juga terjamin dari segi kualiti dan tahap kebersihan juga amat terjamin. Ianya merupakan satu produk yang amat ringkas tetapi menyihatkan serta para pelanggan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menikmati makanan ini.
Contoh Gambar Twister Popia
4.0ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN CARTA ORGANISASI
4.1 Tanggungjawab Pengurusan
PENGARAH
Ahmad Fatan Bin Mohd Salleh 157586 Pengalaman: Mengendalikan perkhidmatan fotografi untuk majlis makan malam pelajar Upm 2011/12 Pernah mengikuti bengkel fotografi.
Tugas Khusus: Mengelolakan mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa tertinggi Mentadbir organisasi dan membahagikan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa Menjaga kepentingan syarikat dan kebajikan ahli dalam organisasi Mengetuai perniagaan perkhidmatan fotografi Memastikan kelancaran perniagaan dan merancang strategi perniagaan yang berkesan Menjalankan perniagaan produk dan pemberian khidmat dengan bantuan setiap ahli.TIMBALAN PENGARAH 1
Samsul Rizal Bin Wahid 159289 Pengalaman: Ahli Aktif Koperasi Sekolah Pengerusi Kelab Usahawan Tugas Khusus: Membantu pengarah menguruskan organisasi perniagaan Membantu pengarah memastikan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tanggungjawab Membantu pengarah membina objektif dan matlamat peniagaan secara umum Membantu pengarah dalam urusan perkhidmatan fotografi Menjalankan perniagaan produk dan pemberian khidmat dengan bantuan setiap ahliTIMBALAN PENGARAH 2
Siti Nurzairizshuhada Binti Zainudin 157106 Pengalaman: Pengerusi Kelab Koperasi Sekolah Pengarah Program Hari Koperasi Sekolah
Tugas Khusus: Membantu pengarah dalam bahagian perniagaan Popia Twister Membantu pengarah memantau kelancaran tugas setiap ahli jawatankuasa Mengetuai proses penghasilan produk Memastikan maklumat organisasi tersusun dan mengumpul laporan setiap ahli jawatankuasa Menjalankan perniagaan produk dan pemberian khidmat dengan bantuan setiap ahliSETIAUSAHA
Siti Norfazilah Binti Mat Ail 157014 Pengalaman: Setiausaha Kelab dan Ahli Koperasi Setiausaha Sukan dan Permainan Sekolah
Tugas Khusus: Merangka prosedur, kaedah dan peraturan yang tersusun Mencatat hasil lakaran logo, moto dan objektif perniagaan Menyimpan minit mensyuarat dan membuat laporan setiap pejumpaan Menyusun segala maklumat dan jadual perniagaan secara terperinci Membantu mengiklankan produk dan perkhidmatanPENGURUS KEWANGAN 1
Nuruljannah Binti Mohamad Sukri 156822 Pengalaman: Bendahari Kelab Dan Persatuan Bendahari Kelas
Tugas Khusus: Menyediakan rancangan perbelanjaan mengikut persetujuan organisasi Mengumpulkan yuran daripada setiap ahli jawatankuasa Membahagikan modal atau sumber untuk organisasi yang mendapatkan bahan mentah Membuat kunci kira-kira bagi setiap perniagaan dan perlhidmatan yang dijalankan Membantu dalam penghasilan produk dan pemberian khidmatPENGURUS KEWANGAN 2
Pisfaliley Binti Ali 156359 Pengalaman: Ahli Aktif Kelab Koperasi Ahli Jawatankuasa Kelab Keusahawanan Sekolah
Tugas Khusus: Membantu menyediakan rancangan perbelanjaan mengikut persetujuan organisasi Membantu membahagikan modal atau sumber untuk mendapatkan bahan mentah Membantu membuat kunci kira-kira bagi setiap perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan Berhubung dengan bahagian operasi dan pemasaran dalam urusan modal Membantu dalam penghasilan produk dan pemberian khidmatPENGURUS OPERASI 1
Nurul Nadia Binti Abdul Halid 157068 Pengalaman: Ahli Aktif Kelab Usahawan dan Koperasi Penolong Bendahari Kelas
Tugas Khusus: Memantau dan mencari pembekal bahan mentah yang menawarkan harga berpatutan Membincangkan strategi perniagaan yang menarik dalam urusan hasil produk dan pembungkusan Membantu mengendalikan aktiviti penghasilan produk dan pemberian khidmat Mendapatkan bahan mentah dan membuat peminjaman kamera seperti yang diperlukan Mencari dan menyediakan alatan untuk menghasilkan produk seperti alatan elektrikPENGURUS OPERASI 2
Siti Hawa Binti Keria 156361 Pengalaman: Ahli Aktif Kelab Pengguna Ahli Jawatankuasa Koperasi Sekolah
Tugas Khusus: Memantau dan mencari pembekal bahan mentah yang menawarkan harga berpatutan Membincangkan strategi perniagaan yang menarik dalam urusan hasil produk dan pembungkusan Membantu ketua mengendalikan aktiviti penghasilan produk dan pemberian khidmat Membantu ketua mencari dan menyediakan alatan untuk menghasilkan produk seperti alatan elektrik Memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi PENGURUS PEMASARAN 1
Nur Shafini Binti Amran 157120 Pengalaman: Ketua Bahagian Publisiti Kursus Drama Naib Pengerusi Kelab dan Persatuan Sekolah
Tugas Khusus: Memantau kawasan strategik untuk aktiviti mempromosi dan mengiklankan produk melalui media cetak dan media elektronik (pamplets & facebook) Meninjau kehendak pelanggan dan berhubung dengan pengendali operasi Bekerjasama dengan bahagian operasi untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan Menguruskan tempahan yang diterima dan sentiasa berhubung dengan pelanggan Menjalankan perniagaan produk dan pemberian khidmat dengan bantuan setiap ahliPENGURUS PEMASARAN 2
Nor Raihan Binti Mohd Misdan 156962 Pengalaman: Ahli Aktif Kelab Usahawan Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan Sekolah Tugas Khusus: Memantau kawasan strategik untuk aktiviti perniagaan dan mengedar atau menampal iklan Meninjau kehendak pelanggan dan berhubung dengan pengendali operasi Bekerjasama dengan bahagian operasi untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan Menguruskan tempahan yang diterima dan sentiasa berhubung dengan pelanggan Menjalankan perniagaan produk dan pemberian khidmat dengan bantuan setiap ahli4.2 Tapak Dan Lokasi Projek
a) Syarikat kami, Click On Momment (COM) menjalankan dua bentuk perniagaan, iaitu perkhidmatan dan pembuatan. Untuk perkhidmatan, kami merancang untuk menyediakan perkhidmatan sesi fotografi. Syarikat kami merancang untuk menawarkan produk perkhidmatan ini bagi memenuhi keinginan orang sekarang yang suka dan minat untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan mereka. Jika kita lihat dalam kalangan pelajar-pelajar universiti sendiri yang suka mengambil gambar tidak kira masa dan tempat, memberi satu peluang kepada syarikat kami untuk menubuhkan produk ini. Lokasi penggambaran dan juga sesi fotografi ditentukan oleh para pelanggan dan mengikut kemahuan diri pelanggan. Mengikut perancangan kami, antara tempat yang menjadi lokasi utama kami adalah di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), seperti di Bukit Ekspo, Ladang UPM.
b) Selain itu, syarikat kami juga membuat Twister Popia, yang mana ia adalah diusahakan sendiri oleh ahli kumpulan kami dan produk yang diusaha oleh kami ini adalah berbeza dengan popia yang sedia ada di pasaran terkini dari segi inti dalamnya yang mengandungi campuran sosej dan sayuran, ditambah lagi dengan kandungan mayonis dan sos di bahagian dalamnya. Selain itu, popia syarikat kami juga adalah dari segi saiznya yang besar dan berbeza dari popia yang terdapat di pasaran, selain harga yang murah, iaitu dua batang popia boleh didapati dengan hanya RM 1.00. Pemasaran lansung dengan menggunakan ahli dari syarikat sebagai jurujual. Pemasaran langsung ini dibuat dari jualan bilik ke bilik dan menjual terus kepada pelanggan yang berhampiran. Twister Popia ini akan dijual dan dipasarkan di sekitar kolej dan fakulti-fakulti yang berdekatan, seperti Kolej Kelima, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Sains Dan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.a) Peta Upm UPM dan sekitarnya adalah lokasi yang utama semasa perniagaan kami. Dengan kuantiti pelajar, pensyarah, staf dan pekerja yang ramai kami yakin produk kami dapat dikenali dalam kalangan mereka.
b) Peta Kolej KelimaKolej ini dipilih sebagai lokasi tetap dan utama pemasaran produk kami adalah kerana kebanyakan ahli syarikat kami adalah menetap di kolej ini. Selain itu, kolej ini mempunyai ramai bilangan pelajar dan juga pekerja kolej.
c) Peta Fakulti Bahasa Moden Dan KomunikasiLokasi ini dipilih kerana oleh kami sebagai lokasi memasarkan Twister Popia kerana di fakulti ini mengandungi ramai pengunjung dan orang ramai, yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, staf fakulti dan juga para pekerja di fakulti tersebut
d) Bukit Ekspo, UpmBukit ekspo dipilih sebagai lokasi utama dalam sesi penggambaran bagi syarikat kami adalah kerana keunikan tempat tersebut yang mengandungi banyak lokasi pemandangan yang menarik, seperti pemandangan di tepian tasik, taman rekreasi dan suasana pemandangan yang hijau disekelilingnya
4.3 Jadual Pelaksanaan Aktiviti Perniagaan.a) Perkhidmatan Fotografi dan Pembuatan Twister PopiaAktiviti&MasaAktiviti dan urusan perniagaan
FebruariMinggu 1 Perancangan membuka perniagaan
Perkhidmatan fotografi
Pembuatan Twister Popia
Perancangan membuka syarikat Syarikat Perkongsian yang melibatkan 10 orang ahli kumpulan
Minggu 2 Perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) Pengarah-Ahmad Fatan bin Mohd Salleh Timbalan Pengarah I- Samsul Rizal bin Wahid Timbalan Pengarah II- Siti Nurzairizshuhada Zainudin Setiausaha-Siti Norfazilah Mat Ail Pengurus Kewangan I-Nurul Jannah Shukri Pengurus Kewangan II-Pisfaliley Ali Pengurus Pemasaran I-Nur Shafini Amran Pengurus Pemasaran II-Nor Raihan Ahmad Misdan Pengurus Logistik I-Nurul Nadia Abdul Halid Pengurus Logistic II-Siti Hawa Keria Pembahagian jawatan dan tugas
Mencipta logo,visi dan misi syarikat
Minggu 3 Menetapkan produk yang akan dipasarkan
Perkhidmtan fotografi
Pembuatan Twister Popia Mengumpul modal dari setiap ahli kumpulan
RM50 x 10 orang
Mempromosikan syarikat melalui:
Laman sosial, facebook, twitter, dan blog Flyers Iklan ditampal di kolej dan fakulti Jualan terus (dari bilik ke bilik)
Minggu 4 Mendapatkan stok barangan dari pembekalA. Perkhidmatan fotografi Kedai gambar YS Color Foto Studio Sdn. BhdB. Pembuatan Twister Popia
Giant sdn bhd
Kedai Super S
Mac
Minggu 1 Mula membuat pemasaran melalui pembuatan dan perkhidmatan seperti yang dirancang
Mula menjual dan menyediakan perkhidmatan di kolej-kolej kediaman UPM
Kolej Kelima
Kolej Keenam
Kolej Canselor
Kolej Pendeta Zaba Kolej Tun Perak
Minggu 2 Turut meluaskan penjualan produk ke fakulti- fakulti
Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi
Fakulti Pengajian Pendidikan
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
Minggu 3 Menambah kuantiti jualan produk dan perkhidmatan mengikut permintaan pelanggan
Minggu 4 Meluaskan pasaran perkhidmatan fotografi dan Twister Popia hingga ke luar UPM,jika mendapat permintaan
April
Minggu 1 Menambah kuantiti jualan produk dan perkhidmatan mengikut permintaan pelanggan
Minggu 2 Meluaskan pasaran perkhidmatan fotografi dan Twister Popia hingga ke luar UPM,jika mendapat permintaan
Minggu 3
Minggu 4
MeiMinggu 1
Minggu 2
Minggu 3 Mengira pulangan modal dan untung rugi syarikat
Minggu 4 penutupan akaun syarikat
BulanFebruariMacAprilMei
AktivitiMinggu1Minggu2Minggu3Minggu4Minggu1Minggu2Minggu3Minggu4Minggu1Minggu2Minggu3Minggu4Minggu1Minggu2Minggu3Minggu4
Perancangan perniagaan
X
Perlantikan jawatan
X
Penubuhan syarikat
X
Pembahagian jawatan
X
Cipta logo, visi dan misi syarikat
X
Tetapkan produk pasaran
XX
Kumpul modal dari ahli syarikat
XXX
Buka akaun syarikat
XX
Promosi produk
XXXXXXXXXXX
Beli stok bahan mentah
XXXXXX
Pasarkan perkhidmatan & produk
XXXXXXX
Luaskn pasaran perkhidmatan & produk
XXXXXXXXX
Tambah kuantiti perkhidmatan & produk mengikut permintaan pelanggan
XXXXXXXX
Kurangkan pemasaran & menghabiskan stok bahan mentah yang ada
XX
Kira hasil jualan & perkhidmatan
XXXXX
Kira untung rugi syarikat
XXXX
Analisis kewangan
XXXX
Penutupan akaun syarikat
X
5.0 ASPEK OPERASI PERNIAGAAN
1. Pembelian Bahan Mentah
Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari sosej, kulit popia dan sayur-sayuran. Bahan mentah basah akan dibeli sehari sebelum tarikh pembuatan. Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti sos, mayonis, dan minyak. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah. Dianggarkan kos bahan mentah adalah lebih kurang 50% daripada setiap ringgit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk kegunaan sebulan adalah seperti berikut. Kulit popia yang digunakan sebanyak 12 unit dan harga seunit bagi setiap kulit popia RM 4.80 dan berjumlah RM57.60 secara keseluruhan kulit popia tersebut. Kubis pula digunakan sebanyak 4 unit dalam tempoh sebulan harga seunit kubis RM3.20 dan jumlah keseluruhan RM12.80. Penggunaan lobak merah sebanyak 8 unit dan harga bagi seunit RM2.00 jumlah keseluruhan bagi lobak merah RM16.00. Sosej yang diguna dalam proses pembuatan popia ini sebanyak 8 unit dan harga seunit setiap barangan tersebut adalah RM3.00. Jumlah keseluruhan bagi penggunaan popia ini sebanyak RM24.00. Sos cili digunakan sebanyak 2 unit dalam tempoh sebulan dan harga bagi seunit RM4.00 serta jumlah keseluruhan setiap unit sos cili ialah RM8.00. Penggunaan Mayonis sebanyak 1 unit dan harga seunit RM9.00 jumlah penggunaan mayonis sebanyak RM9.00. Minyak pula diguna sebanyak 4 unit. Harga bagi seunit RM2.00 jumlah penggunaan sebanyak RM13.20.
2. Senarai Pembekal Barang Mentah.
Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan twister popia kepada pelanggan akan diperoleh daripada beberapa pembekal yang telah dikenalpasti antaranya Giant yang beralamat The Mines Shopping Fair, Lot 35, 37 & 42,Jalan Balakong 43300 Seri Kembangan. Pembekal ini menyedikan kulit popia, sosej, sos dan mayonis. Pembelian barangan di Giant adalah kerana berdekatan dengan tempat kami disamping banyak pilihan seperti sosej dan kulit popia yang terdapat di Giant dengan harga yang murah berbanding dengan kedai yang lain, pembelian ini dibayar secara tunai. Selain itu, pembekal Super Eight Mini Market yang beralamat Blok 4, flat Taman Sri Serdang yang telah membekalkan sayuran seperti kubis dan lobak merah. Pembekal ini mampu menyediakan sayuran yang segar tambahan pula dengan harga yang berpatutan. Cara pembayaran dibuat adalah secara tunai. Seterusnya pembekal Bio-Miracle Sdn.Bhd yang juga beralamat di Taman Seri Serdang yang menyediakan minyak masak. Pembekal ini menyediakan minyak masak yang rendah kolestrol dan berkualiti disamping harga yang murah berbanding kedai-kedai yang lain. Selain itu, kedai ini berhampiran dengan tempat kami. Pembayaran yang dibuat adalah dibayar secara tunai.Produk A ( Fotografi) Perniagaan syarikat Click On Moment (COM) menjalankan perkhidmatan fotografi. Syarikat kami menyediakan pakej yang murah dan berkualiti. Gambar yang diambil mampu memenuhi kehendak dan memberi kepuasan kepada pelajar. Syarikat kami menerima sebarang tempahan dan lokasi yang diminta oleh pelanggan. Syarikat kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan proses fotografi. Berbeza perkhidmatan yang disediakan syarikat lain, mereka mengenakan kos yang tinggi dan tempoh yang agak lama untuk proses fotografi.Produk B (Twister Popia) Perniagaan syarikat Click On Moment (COM) dalam bentuk pembuatan iaitu produk Twister Popia. Produk kami mampu memberi kelainan berbanding produk popia yang lain. Kualiti dan rasa yang cukup lazat mampu menarik pelanggan untuk membeli produk buatan kami. Proses pembuatan ini dilakukan oleh pihak kami sendiri agar kualiti rasa yang lazat dan kebersihan terjamin. Pihak kami akan memeriksa kualiti produk sama ada barang tersebut berkeadaan sempurna dan tidak rosak. Malah, pihak kami sendiri akan membekalkan kepada pelanggan agar ianya terjamin. Selain itu, produk kami juga mampu memenuhi keperluan pelajar UPM untuk mendapatkan makanan dengan cara yang mudah tanpa menggunakan banyak modal dan didapati dengan kadar yang segera. Berbeza dengan produk yang lain, mereka terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkannya disamping harga yang mahal. Oleh itu, kami mengambil insiatif untuk menjual produk kami di kawasan kolej kediaman dan juga di fakulti.
Peralatan Yang Diperlukan Bagi Operasi Proses Pengeluaran (Aset Tetap);
BIL.PERALATANKUANTITI
( UNIT)
1.
Multicooker 1
2. Sudip 1
3. Papan pemotong 1
4.Penapis Minyak 1
5.Bekas sos cili 1
6.Bekas mayonis 1
7.Pinggan 1
8.Pisau 1
9.Plastik 1 kg
Proses Operasi: Aktiviti Operasi Pengeluaran Twister Popia
Cara-Cara Penyediaan Twister PopiaBahan-bahan:
1 biji kubis dihiris halus
2 biji lobak merah - dihiris
1 unit sosej- di goreng atau direbus
1 unit kulit popia
Mayonis
Sos cili
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:1. Gaul kubis yang telah dihiris bersama lobak merah.
2. Potong sosej yang telah digoreng atau direbus kepada empat bahagian.
3. Letakkan kubis yang telah digaul bersama lobak merah ke atas kulit popia.
4. Letak sosej yang telah dipotong bersama kubis dan lobak merah, kemudian letakkan mayonis dan sos cili.
5. Gulung kulit popia bersama kubis, lobak, sosej yang telah dipotong dan sos cili serta mayonis.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
7. Angkat, toskan dan packing twister popia untuk dijual
Twister popia yang akan dijual dengan harga satu ringgit untuk dua gulung popia. Proses penjualan ini akan dilakukan dari bilik ke bilik dan melalui tempahan pelanggan. Selain itu, kami juga menjalankan perniagaan pada hari ahad sempena dengan latihan teater bagi pelajar Sastera dan pendidikan Bahasa Melayu iaitu bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami memilih penjualan pada hari ini kerana tempoh latihan yang lama akan menyebabkan mereka kelaparan dan seterusnya mereka akan membeli twister popia kami.Pembahagian Tugas Bagi Operasi ProdukBIL.NAMA AHLITUGAS
1.Ahmad Fatan Bin Mohd Salleh Jurukamera
Mengedit gambar
2.Samsul Rizal Bin Wahid Mencuci gambar
Penghantaran kepada pelanggan
3.Siti Nurzairizshuhada Binti Zainudin Membeli bahan mentah bagi produk twister popia
Menyediakan Frame gambar
4.Nuruljannah Binti Mohamad Sukri Membeli bahan mentah bagi produk twister popia
Menyediakan Frame gambar
5.Nur Shafini Binti Amran Membuat twister popia
Memastikan kebersihan terjaga
6.Siti Hawa Binti Keria Membuat twister popia
Memastikan kebersihan terjaga
7.Siti Norfazilah Binti Mat Ail Menggoreng twister popia
Mengemas barang
8.Nur Raihan Binti Mohd Misdan Menggoreng twister popia
Mengemas barang
9.Nurul Nadia Binti Halid Menjual twister popia
Memeriksa kualiti produk
10.Pisfaliley Binti Ali Menjual twister popia
Memeriksa kualiti produk
5.1 ASPEK PEMASARAN.
1. Produk.
Syarikat kami merancang untuk mengeluarkan produk perkhidmatan dan pembuatan yang dirasakan mempunyai peluang perniagaan yang cerah setelah ditinjau beberapa aspek seperti persaingan, permintaan pasaran, kumpulan sasaran dan sebgainya.Produk perkhidmatan yang syarikat kami rancangankan untuk dikeluarkan ialah fotografi dan produk pembuatan pula ialah Twister Popia.a. Produk Fotografi.
Syarikat kami merancang untuk menawarkan produk perkhidmatan ini bagi memenuhi keinginan orang sekarang yang suka dan minat untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan mereka.Jika kita lihat dalam kalangan pelajar-pelajar universiti sendiri yang suka bergambar tidak kira masa dan tempat, memberi satu peluang kepada syarikat kami untuk menubuhkan produk ini.
Mutu: menggunakan kamera yang berkualiti tinggi, pengeditan gambar, cuci gambar dan kami tawarkan hadiah percuma. Berurusan dengan kedai pencuci gambar yang telah sedia mempunyai nama dan kualitinya diyakini oleh pelanggan.
b) Produk Twister Popia.
Twister popia ini adalah produk makanan yang akan syarikat kami keluarkan dan pasarkan. Produk ini adalah special yang akan dikeluarkan kerana ia berbeza dengan produk yang telah sedia ada. Syarikat kami merancang untuk membuat kelainan pada produk ini dengan menambah bahan-bahan di dalamnya.
2. Pengedaran.
Syarikat kami akan menggunakan media pengedaran dalam aspek pemasaran untuk memasarkan produk yang akan syarikat kami keluarkan. Saluran pengedaran yang akan kami gunakan adalah bergantung kepada jenis produk yang syarikat kami tawarkan iaitu:
a) Produk Perkhidmatan Fotografi.
Produk fotografi ini syarikat kami menggunakan saluran pengedaran iaitu:
Pemasaran langsung dengan menggunakan ahli syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang ditawarkan. Hal ini kerana setiap fotografi yang dilangsungkan memerlukan ahli syarikat kami yang menjalankan terus perkhidmatan ini.
Syarikat kami juga merancang untuk menggunakan pusat jualan bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak kami. Segala info tentang produk juga dapat kami uar-uarkan di situ.
Kerjasama dengan kedai kedai perkhidmatan mencuci gambar yang telah sedia ada. Ini untuk membuka ruang kepada pelanggan kami untuk meyakini perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan kerana syarikat kami bekerjasama dengan orang yang telah mempunyai nama.
b) Produk Pembuatan Twister Popia.
Produk Twister Popia ini syarikat kami telah merancang untuk menggunakan saluran pengedaran iaitu:
Pemasaran langsung dengan menggunakan ahli dari syarikat sebagai jurujual. Pemasaran langsung ini dibuat dari jualan bilik ke bilik dan menjual terus kepada pelanggan yang berhampiran.
Syarikat kami juga merancang untuk membuka gerai-gerai jualan bagi memudahkan proses pembuatan dan penjualan Twister Popia. Hal ini juga akan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang kami tawarkan ini.3. Hargaa. Produk A (fotografi)Pakej 1 30 keping soft copy = Rm15
60 keping soft copy = Rm28
Pakej 2 5 keping siap cuci (4R) = Rm8
10 keping siap cuci (4R) = Rm15
b. Produk B (Twister Popia) Manakala bagi Produk B (Twister Popia) kami menjualnya RM 1.00 seunit. Perletakan harga produk kami telah mengambil kira kesemua kos yang terlibat seperti kos operasi pengeluaran, pemasaran dan lain-lain. Tambahan lagi, harga yang kami tawarkan ini mampu untuk dibeli oleh pelajar UPM kerana harga yang rendah dan tidak membebankan mereka. Syarikat kami bersetuju untuk meletakkan harga yang rendah supaya syarikat kami mempunyai kelebihan daripada aspek harga berbanding syarikat pesaing yang lain sekali gus dapat meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.4. Promosia. Produk A (Fotografi) Kami akan mengadakan promosi bagi menghebahkan orang ramai terutama pelajar Upm mengenai produk yang kami tawarkan. Kami akan mengadakan ikaln secara media elektronik mahupun media cetak. Melalui media elektronik, kami akan memaparkan iklan di dalam laman blog, facebook, twitter dan lain-lain. Media cetak pula, kami akan menampal poster di semua fakulti dan kolej kediaman, memberi flayers kepada semua pelajar UPM dan , dan sebagainya.b. Produk B (Twister Popia) Jualan dari pintu ke pintu dimana kami akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk. Wakil jualan akan menunjukkan contoh dan sampel gambar daripada produk kami untuk memberi keyakinan kepada pelanggan tentang mutu perkhidmatan syarikat. Kami juga turut menjual Twister Popia dari pintu ke pintu bagi memudahkan mereka untuk membeli dan mendapatkan produk kami.
5.3 ASPEK KEWANGAN SYARIKAT CLICK ON MOMENT (FOTOGRAFI)Click On Moment ( Photography ) memerlukan perbelanjaan anggaran sebanyak RM500.00 bagi memulakan sesebuah perniagaan yang bakal di mulakan pada bulan Mac 2012 bersempena dengan subjek Asas Keusahawanan (MGM) bertempat di sekitar kawasan UPM. Anggaran perbelanjaan ini meliputi semua jenis perbelanjaan yang terlibat. Sumber pembiayaan diperolehi melalui pengeluaran modal daripada setiap rakan kongsi. Setiap seorang perlu mengeluarkan modal sebanyak RM50. Jumlah modal yang diperolehi daripada rakan kongsi adalah berdasarkan jumlah kos dan aset yang perlu ada dalam akaun bagi bersedia kemungkinan overhead yang berlaku semasa memulakan perniagaan.
Sumber kewangan akan diagihkan mengikut jenis perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan membeli barangan. Antara kos yang terlibat adalah kos berubah, kos tetap dan kos sampingan yang lain. Setiap kos yang terlibat akan diasingkan mengikut akaun yang berbeza bagi mengelakkan kesilapan berlaku.
REKOD/SENARAI PERBELANJAAAN
Anggaran Perbelanjaan Perniagaan Perkhidmatan FotografiBahan KOS PER (UNIT)
Bingkai GambarKuantiti (1 4R)
Kos (1)Jumlah1
RM2.0
RM2.0
Liminate
Kuantiti (1 4R)
Kos (1)
Jumlah1
RM2.0
RM2.0
Cuci Gambar
Kuantiti (1 4R)
Kos (1)
Jumlah1
RM0.80
RM0.80
Bingkai Gambar
Kuantiti (1 6R)
Kos (1)
Jumlah1
RM3.00
RM3.00
Liminate Gambar
Kuantiti (1 6R)
Kos (1)
Jumlah1
RM3.00
RM3.00
Jumlah Cuci Gambar
Kuantiti (1 6R)
Kos (1)
Jumlah 1
RM1.00
RM1.00
Bingkai Gambar
Kuantiti (1 8R)
Kos (1)
Jumlah1
RM4.00
RM4.00
Liminate Gambar
Kuantiti (1 8R)
Kos (1)
Jumlah1
RM4.00
RM4.00
Cuci Gambar
Kuantiti (1 8R)
Kos (1)
Jumlah1
RM1.20
RM1.20
Sewa Kamera50.00
Anggaran Perbelanjaan Perniagaan Twister Popia
18/0325/0301/0422/0429/0406/0513/0520/0527/05
BAHAN MENTAH
Kulit popia
Kuantiti (1 p)
Kos (1 p)
Jumlah 2
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.602
RM4.80
RM9.60
Sosej
Kuantiti (1 p)
Kos (1 p)
Jumlah 2
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM300
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.002
RM3.00
RM6.00
Sos Chili
Kuantiti (1kg)
Kos (1kg)
Jumlah 1
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.001
RM4.00
RM4.00
Kubis
Kuantiti (1kg)
Kos (1kg)
Jumlah 1
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.201
RM3.20
RM3.20
Lobak
Kuantiti(1kg)
Kos (1kg)
Jumlah 1
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00 RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00 RM2.001
RM2.00
RM2.00
mayonis
Kuantiti (1kg)
Kos (1kg)
Jumlah1
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.001
RM9.00
RM9.00
Minyak
Kuantiti (1kg)
Kos (1kg)
Jumlah1
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.001
RM2.00
RM2.00
Plastik kecil
Kuantiti (1kg)
Kos (1kg)
Jumlah 1
RM6.00
RM6.00
Lain-lainRM10.00
Jumlah PerbelanjaanRM338.20
ANGGARAN PERBELANJAAN PERNIAGAAN
Perkhidmatan FotografiBilPerkara Belanja TunaiBelanja Bukan TunaiKos BerubahKos Tetap
1KOS PENGELUARAN
Sewa kamera
Mencuci gambar
Bingkai
Liminate
Cd kosong (soft copy)
Jenis-Jenis Pakej Yang Ditawarkan (Perkhidmatan Fotografi)Pakej 1 : -Gambar Berukuran 4r-1 Foto-1 Bingkai Gambar/Liminate-Harga : Rm 5++
Pakej 2:-Gambar Berukuran 6r-1 Foto-1 Bingkai Gambar/Liminate-Solekan-Harga : Rm 8++
Pakej 3:-Gambar Berukuran 8r-1 Foto-1 Bingkai Gambar/Liminate-Solekan-Harga : Rm 10++**Hadiah Percuma
Pakej TambahanA) 30 Keping Soft Copy = Rm15B) 60 Keping Soft Copy = Rm28C) 5 Keping Siap Cuci (4r) = Rm8D) 10 Keping Siap Cuci (4r) = Rm15** Soft Copy Hanya 5 Keping Gambar Edit **** Siap Cuci Semua Gambar Edit **
ANGGARAN REKOD SENARAI JUALAN
Perkhidamatan FotografiPakej BiasaHARGA (RM)JUALAN (ORANG)JUMLAH (RM)
1RM05.0020RM100.00
2RM08.0015RM120.00
3RM10.008RM80.00
Jumlah(Rm)*RM300.00
Pakej TambahanHarga (RM)Jualan (ORANG)Jumlah (RM)
ARM15.005RM45.00
BRM28.003RM84.00
CRM08.0025RM200.00
DRM15.0020RM300.00
A+CRM23.004RM92.00
A+DRM30.002RM30.00
B+CRM36.001RM36.00
B+DRM43.001RM43.00
Jumlah(Rm)*RM830.00
Jumlah Keseluruhan (Rm)*RM1130.00
ANGGARAN ALIRAN TUNAI
Perkhidmatan FotografiAliran Tunai Bagi Tahun Berakhir Mei, 201211/03/2012-27/05/2012
Baki tunai awal
ModalRM200.00
Jumlah
(+) PenerimaanRM1130.00
Jumlah tunai
(-) Pembayaran
Bingkai Gambar (4R)10XRM02.00RM20.00
Bingkai Gambar (6R)10XRM03.00RM30.00
Bingkai Gambar (8R)06XRM04.00RM24.00
Liminate Gambar (4R)10XRM02.00RM20.00
Liminate Gambar (6R)05XRM03.00RM15.00
Liminate Gambar (8R)02XRM04.00RM08.00
Cuci Gambar (4R)20XRM00.80RM16.00
Cuci Gambar (6R)15XRM01.00RM15.00
Cuci Gambar (8R)08XRM01.20RM09.60
CD Kosong16XRM01.00RM16.00
Sewa Kamera RM50.00
Lain-lain RM10.00
Jumlah PerbelanjaanRM233.60
Lebihan (kurangan) Tunai -RM33.60
Baki Tunai AkhirRM896.40
ANGGARAN UNTUNG RUGI
Perkhidmatan FotografiPenyata Untung Rugi Bagi Tahun Berakhir Mei 2012Jualan
Perkhidmatan FotografiRM1130.00
Jumlah JualanRM1130.00
Untung KasarRM1130.00
Tolak Kos
Kos PerkhidmatanRM173.60
Sewa KameraRM50.00
Lain-LainRM10.00
Jumlah KosRM233.60
RM233.6
Untung BersihRM896.4
REKOD/SENARAI JUALAN
Pembuatan Twister PopiaAnggaran Perbelanjaan PerniagaanBilPerkara Belanja TunaiBelanja Bukan TunaiKos BerubahKos Tetap
1Kos Pengeluaran
Bahan Mentah
Kulit popia
sosej
kubis
lobak
sos chili
mayonis
minyak
Overhed
Plastik Pembungkus
ANGGARAN ALIRAN TUNAI
Pembuatan Twister PopiaAliran Tunai Bagi Tahun Berakhir Mei, 201218/0325/0301/0422/0429/0406/0513/0520/0527/05
Baki tunai awal (RM)257270283296509522335348657
Modal300
Jumlah
(+) penerimaan
Jualan
Twister popia5050505050505050
Jumlah tunai (RM)300307320333346359572385398
(-) pembayaran
Bahan mentah
Kulit popia9.609.609.609.609.609.609.609.609.60
Sosej6.006.006.006.006.006.006.006.006.00
Kobis4.004.004.004.004.004.004.004.004.00
Lobak3.203.203.203.203.203.203.203.203.20
Sos cili2.002.002.002.002.002.002.002.002.00
Mayonis9.009.009.009.009.009.009.009.009.00
Minyak3.203.203.203.203.203.203.203.203.20
Lain-lain6.00
Jumlah perbelanjaan (RM)43.0037.0000000000
Lebihan (kurangan) tunai (RM)257
Baki Tunai Akhir (RM)257270283296309322335348361RM361
PEMBUATAN TWISTER POPIAPenyata Untung Rugi Bagi Tahun Berakhir Mei 2012Jualan
Twister PopiaRm450.00
Jumlah JualanRm450.00
Untung Kasar (Rm)Rm900.00
Tolak Kos (Rm)
Bahan MentahRm322.20
Lain-LainRm06.00
Jumlah KosRm328.20
Rm328.20
Untung BesihRm571.80
Kunci Kira-KiraPerkhidmatan Fotografi Dan Twister PopiaKunci Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir Mei 2012ASET SEMASA
EKUITI PEMILIK
TUNAI
MODAL
500.00
(-)UNTUNG BERSIH1224.40
________
_________
RM724.40
RM724.40
________
_________
Anggaran Titik Pulang Modal (Tpm) Dan Pulangan Atas Pelaburan (Roi)Perkhidmatan FotografiTitik Pulang Modal= Kos Tetap/ Caruman Seunit
Kos Tetap= Sewa Kamera + Belanjaan Lain-Lain= Rm50.00+Rm10.00= Rm60.00
Margin CarumanHarga Jualan Seunit Kos Berubah Seunit
Margin Caruman Pakej A= Rm05.00-Rm04.00
= Rm01.00
Margin Caruman Pakej B= Rm08.00-Rm07.00= Rm01.00
Margin Caruman Pakej C= Rm10.00-Rm09.00= Rm01.00
Margin Caruman Pakej Tambahan A= Rm15.00-Rm14.00= Rm01.00
Margin Caruman Pakej Tambahan B= Rm28.00-Rm27.00= Rm 01.00
Margin Caruman Pakej Tambahan C= Rm08.00-Rm07.00= Rm01.00
Margin Caruman Pakej Tambahan D= Rm15.00-Rm14.00= Rm01.00
Margin Caruman PakejTambahan A+C= Rm23.00-Rm22.00= Rm01.00
Margin Caruman PakejTambahan A+D= Rm 30.00-Rm29.00= Rm01.00
Margin Caruman PakejTambahan B+C= Rm36.00- Rm35.00= Rm01.00
Margin Caruman PakejTambahan B+D= Rm43.00-Rm42.00=Rm01.00
Jumlah Margin Caruman= Rm11.00
Titik Pulang Modal= 60/11= 5.45 Unit
Pulangan Atas Pelaburan= Untung Bersih/Modal *100%= Rm896.40/200*100%= 448.2%
Anggaran Titik Pulang Modal (Tpm) Dan Pulangan Atas Pelaburan (Roi)Pembuatan Twister PopiaTitik Pulang Modal= Kos Tetap/Margin Caruman Seunit
Kos Tetap= Belanjaan Lain-Lain= Rm06.00
Margin Caruman= Harga Jualan Seunit Kos Berubah Seunit
Margin Caruman Twister Popia= Rm01.00 Rm00.50= Rm00.50
Jumlah Margin Caruman= Rm00.50
Titik Pulangan Modal= 6/Rm00.50= 12 Unit
Pulangan Atas Pelaburan= Untung Bersih/Modal*100%= Rm328.20/Rm300.00*100= 109.4%
6.0 KESIMPULAN
Rancangan perniagaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat kami memulakan perniagaan baru dan menjadi titik tolak kepada perjalanan perniagaan ini. Pembinaan organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan pengendalian kerja dan tugas-tugas mengikut bidang kepakaran masing-masing. Organisasi ini diagihkan mengikut kesesuaian kepakaran mereka dan mampu menerajui bidang masing-masing dalam memasarkan produk yang akan diperkenalkan dan mampu membangunkan syarikat tersebut dengan baik. Pengagihan tugas dan kerja mampu melancarkan setiap urusan yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan syarikat dan produk yang akan dipasarkan.
Sebelum menubuhkan nama dan logo syarikat, ahli syarikat terlebih dahulu menjana idea untuk mengeluarkan jenis produk. Setelah berbincang dan setiap ahli mengeluarkan idea masing-masing, kami telah mengambil keputusan dan atas kesepakatan bersama untuk jenis produk yang akan dipasarkan. Setelah kata sepakat dibuat untuk jenis produk yang dipasarkan, ahli syarikat telah memilih logo dan nama syarikat yang sesuai dengan produk yang akan dipasarkan.
Produk yang syarikat kami rancangkan adalah menyediakan perkhidmatan iaitu fotografi dan produk pembuatan iaitu twister popia. Produk ini akan dipasarkan dengan menggunakan aspek pemasaran yang telah ditetapkan iaitu dari segi produk, harga, promosi dan saluran pengedaran. Aspek pemasaran ini telah menjadi garis panduan kepada syarikat kami untuk memasarkan produk kami dengan lebih baik.
Setelah dinilai dari pelbagai aspek dan mengambil kira setiap kemungkinan dan risiko serta perancangan dari rancangan perniagaan, syarikat kami akhirnya akan mengeluarkan produk tersebut dalam jangka waktu yang telah dirancangkan.
WITH CAMERA, WE SERVE
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BUKIT EKSPO,UPM
Pembelian bahan mentah
Pembuatan Twister Popia
Menggoreng Twister Popia
Pembungkusan Twister Popia
Pemeriksaan kualiti
Penjualan;
Jualan di kawasan Fakulti bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Jualan di kolej kediaman iaitu kolej kelima.
21
Recommended