View
2.778
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
folio nie berterabur...sorry byk2...hrp dpt mnjdi pnduan..klo xpuas aty bgtau ye...add my facebook: anisya_sweety94@yahoo.com
Citation preview
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada guru
Geografi saya Pn. Zarina bt Zainal kerana telah sudi memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. Saya
juga merakamkan ucapan penghargaan saya kepada pengetua Pn. Rozah bt
Ariffin yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan
kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan
sokongan dari segi kewangan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya
bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada rakan-rakan saya di kelas 3
Cekal. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada penduduk
Datuk Keramat yang terlibat dalam kajian ini.
PENDAHULUAN
Petempatan dan perkembangan di Datuk Keramat serta perbandingannya
dengan negara Singapura. Saya memilih tajuk ini kerana menepati tema kajian
dan kawasan ini berhampiran dengan rumah saya serta sekolah iaitu kira-kira 2
kilometer dari sekolah. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah
dari bulan Februari hingga Julai. Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan
yang lengkap secara individu.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Keramat serta perbandingannya dengan negara Singapura.
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di
kawasan Datuk Keramat serta perbandingannya dengan negara
Singapura.
3. Mengenal pasti fungsi petempatan di kawasan Datuk Keramat serta
perbandingannya dengan negara Singapura.
4. Menyenaraikan masalah-masalah petempatan di kawasan Datuk
Keramat serta perbandingannya dengan negara Singapura.
5. Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan di
kawasan Datuk Keramat serta perbandingannya dengan negara
Singapura.
6. Melalui kajian ini, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang
untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai petempatan
dan perkembangan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
KAWASAN KAJIAN
Pada awalnya, Datuk Keramat merupakan satu kawasan yang
mempunyai ramai penduduk di sekitarnya. Kampung Datuk
Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang
tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di kawasan
pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia. Kawasan ini terletak di timur laut pusat bandar Kuala
Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang di negeri
Selangor. Sungai Gombak menganjur lebih kurang dari timur laut
ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara
Keramat dengan Ampang. Keramat pada asalnya merupakan
kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak
orang asing, terutamanya orang-orang Arab, yang tinggal di sini.
Aznil Haji Nawawi, pengacara ternama, berasal dari sini. Datuk
Keramat terletak di kawasan Parlimen Jelutong di negeri Pulau
Pinang, negara Malaysia.
HASIL KAJIAN
8.1 Jenis dan Pola Petempatan
Petempatan kawasan kaijan Datuk Keramat saya ialah
petempatan Bandar kerana berfungsi sebagi pusat perniagaan
dan perkhidmatan. Kawasan Datuk Keramat juga mempunyai
kepadatan penduduk yang tingi. Negara bandingan saya iaitu
Singapura juga merupakan sebuah petempatan bandar yang
padat dan juga berfungsi sebagai pusat perniagaan dan
perkhidatan. Singapura juga merupakan satu bandar entrepot
dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan.
Pola petempatan di Datuk Keramat adalah berselerak,
berkelompok, dan berpusat. Terdapat juga rumah yang dibina di
persimpangan jalan. Negara bandingan saya juga mempunyai
pola petempatan yang berselerak, berpusat, berkelompok dan
berjajar.
KAEDAH KAJIAN
PEMERHATIAN
o Saya membuat pemerhatian tentang jenis dan pola
petempatan yang terdapat di Datuk Keramat. Saya dapati
jenis dan pola petempatan saya berselerak, berkelompok,
dan berpusat. Terdapat juga rumah-rumah dan kedai yang
dibina di persimpangan jalan.
SOAL SELIDIK
o Saya membuat borang soal selidik untuk diajukan kepada
30 orang responden di Datuk Keramat. Kandungan soal
selidik tersebut adalah seperti di dalam lampiran.
RUJUKAN
o Saya juga membuat rujukan seperti di dalam internet, dan
juga terhadap penduduk yang terdapat di kawasan Datuk
Keramat.
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Pendahuluan
5 Objektif Kajian
6 Kawasan Kajian
7 Kaedah Kajian
8 Hasil Kajian
8.1 Jenis dan Pola Petempatan
8.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan
8.3 Fungsi Petempatan
8.4 Masalah Petempatan
8.5 Langkah Mengurangkan Masalah
Petempatan
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan
12 Penilaian Umum
8.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan
1.1 Bentuk Muka Bumi
Antara faktor yang mempengaruhi penempatan kawasan kajian saya iaitu
Datuk Keramat ialah bentuk muka bumi. Datuk Keramat merupakan kawasan
tanah pamah yang rata di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur.
Kedudukannya adalah di bahagian Selatan negara. Bentuk muka bumi yang
rata ini, membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dapat dijalankan seperti
perkhidmatan, perindustrian, perniagaan, perdagangan serta pembinaan jalan
raya. Datuk Keramat juga menjadi satu petempatan bandar yang lengkap
dengan sekolah, klinik, balai polis, dan pejabat pos. Antara perumahan yang
dikenalpasti di kawasan kajian seperti flat, rumah kedai, pangsapuri mewah,
rumah teres, rumah kos rendah dan rumah sederhana. Kewujudan
kemudahan ini telah memberi keselesaan kepada penduduk Datuk Keramat
walaupun sepanjang kawasan ini kelihatan amat sibuk dan kekurangan tanah
untuk membina rumah untuk didiami.
Manakala negara yang dibanding iaitu Singapura juga mempunyai bentuk
muka bumi yang rata iaitu di bawah 300 meter daripada aras laut. Tanah
pamah yang rata telah memudahkan perkembangan petempatan. Malahan,
kawasan tanah pamah yang rata ini, telah menjadikannya sebuah petempatan
yang berkembang pesat.
1.2 Kegiatan Ekonomi
- Perniagaan
Kawasan kajian saya iaitu Datuk Keramat juga sibuk dengan kegiatan
perniagaan. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan di sekitar Keramat,
iaitu seperti restoran makan, kedai gunting rambut, kedai runcit, dan
banyak lagi dan ianya memenuhi keperluan penduduk di sekitar kawasan
ini. Walaubagaimanapun, kawasan Datuk Keramat tidak mempunyai
pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour, Jaya Jusco dan pasaraya lain.
Ini kerana ketiadaan kawasan bagi membina pasaraya seperti ini. Oleh
itu, penduduk terpaksa pergi ke kawasan lain seperti di Setiawangsa
untuk mendapatkan kemudahannya.
Manakala, negara yang saya bandingkan dengan kawasan kajian saya
iaitu Singapura pula berbeza kerana petempatannya berkembang akibat
daripada aktiviti-aktiviti perniagaan dan perdagangan. Pelbagai syarikat
kewangan telah memberikan perkhidmatan perniagaan dan perdagangan
dalam negeri dan peringkat antarabangsa seperti negara Thailand dan
Indonesia. Keadaan ini menjadikan petempatan Singapura mengalami
perkembangan yang amat drastik. Malahan bangunan pencakar langit
terpaksa dibina bagi menampung jumlah penduduk yang semakin
bertambah. Kegiatan seperti perniagaan, perkilangan, perkhidmatan,
perikanan serta kegiatan pelancongan telah menguntungkan ekonomi
Singapura.
- Perkhidmatan
Selain itu, perkhidmatan juga disediakan untuk memudahkan
penduduk di kawasan ini membeli keperluan seperti makanan
ataupun untuk rawatan seperti mini market, balai polis, dan klinik.
Kemudahan ini telah memberi keselesaan kepada penduduk di
kawasan ini.
klinik. Kemudahan ini telah memberi keselesaan kepada penduduk di
kawasan ini.
1.3 Darjah Ketersampaian
- Jalan Raya
Darjah ketersampaian bagi Datuk Keramat ialah mudah kerana
terdapat begitu banyak kemudahan disediakan seperti teksi, bas,
motosikal dan kereta. Kemudahan seperti ini telah memudahkan
pergerakan penduduk di Datuk Keramat. Sekaligus melancarkan
perniagaan di kawasan tersebut.
Begitu juga dengan negara perbandingan saya iaitu Singapura, negara
itu mempunyai banyak kemudahan seperti kereta, teksi, motosikal
dan bas. Kemudahan tersebut sedikit sebanyak telah memudahkan
perniagaan dan perdagangan di negara itu berjalan dengan lancar.
- LRT
Kemudahan seperti LRT juga terdapat di kawasan kajian saya iaitu
Datuk Keramat. Kemudahan seperti ini telah memudahkan segala
masalah lain seperti ketiadaan pengangkutan jalan raya.
Begitu juga dengan negara bandingan saya, Singapura, terdapat
kemudahan seperti LRT bagi memudahkan segala urusan
perjalanan, perniagaan dan perdagangan.
Nilai dan unsur patriotisme
- Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara
kawasan petempatan kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga
kepada negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang baik dan
terancang demi masa depan kita. Saya amat gembira kerana dapat
menetap di Datuk Keramat kerana kemudahan pengangkutan mencukupi
dan ianya memudahkan perjalanan penduduk di sekitar Datuk Keramat.
Darjah
Ketersampaian
Kegiatan
Ekonomi
BentukMukaBumi
Faktor yang Mempengaruhi
Petempatan
8.3 Fungsi Petempatan
Bandar
o Perniagaan
Fungsi Datuk Keramat adalah sebagai pusat perniagaan.
Walaupun ianya secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai
pusat membeli-belah atau pasaraya seperti yang terdapat di
Setiawangsa, perniagaan di Keramat agak bagus kerana
terdapat begitu banyak kedai-kedai dan pasar yang
menyediakan banyak bahan untuk keperluan seharian.
Walaubagaimanapun, ruang yang ada tidak mencukupi untuk
menjalankan perniagaan lagi.
Perkara yang sama berlaku di negara bandingan saya iaitu
Singapura, tetapi negara itu lebih maju perniagaannya disana.
Antaranya ialah kewujudan pusat membeli-belah yang
terdapat di sepanjang Bugis Street. Di sini deretan kedainya
mempunyai konsep fesyen dan gaya hidup. Pusat membeli-
belah seperti “The Centre Point, Mustafa Centre, Raffles City
Shopping Centre dan Orchard Road” yang turut menjadi
tarikan para pelancong untuk membeli-belah disini. Oleh
kerana itulah eko-pelancongan di Singapura menjadi maju.
o Pendidikan
- Di Datuk Keramat, pendidikan disediakan
untuk anak-anak yang tinggal berhampiran
Keramat seperti SK Datuk Keramat 1 dan
2, SMK Datuk Keramat dan SRA Datuk
Keramat. Kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan telah memudahkan pembelajaran
mereka di sekolah-sekolah tersebut dan
menjadikan mereka selesa untuk belajar
dengan lebih baik.
o Pengangkutan
Terdapat banyak jenis pengangkutan yang terdapat di
Datuk Keramat. Antaranya ialah seperti yang telah
disebut di dalam 8.2 iaitu Faktor yang Mempengaruhi
Petempatan. Pengangkutan tersebut adalah seperti
kemudahan bas, teksi, kereta, LRT, motosikal dan
berbagai kenderaan lagi. Pengangkutan seperti ini amat
penting bagi memudahkan perjalanan penduduk di
sekitar Datuk Keramat. Selain itu, perniagaan yang
berlangsung di sekitar Datuk Keramat berjalan dengan
lancar tanpa mengalami masalah seperti ketiadaan
pengangkutan.
Di negara bandingan saya iaitu Singapura juga
mempunyai pengangkutan seperti di Datuk Keramat.
Pengangkutan seperti LRT amat penting bagi
memudahkan pergerakan dan perjalanan untuk
perniagaan dan perdagangan yang dijalankan di
Singapura.
8.4 Masalah Petempatan
Bandar
o Kesesakan lalu lintas
Antara masalah petempatan yang dihadapi di
Datuk Keramat ialah kesesakan lalu lintas.
Keadaan paling sesak adalah pada pukul 7.30 pagi
hingga 9.00 pagi, dan 5 hingga 7 petang. Keadaan
ini disebabkan oleh penduduk yang pergi dan balik
dari pejabat, waktu persekolahan dan urusan
perniagaan. Selain itu, Datuk Keramat merupakan
jalan perhubungan utama bagi penduduk di
Setiawangsa dan Ampang.
Begitu juga dengan negara Singapura, sebagai
sebuah bandar pelabuhan entreport, bandar ini
sentiasa sibuk pada setiap waktu. Selain daripada
itu, fungsinya sebagai pusat perniagaan dan
perdagangan menyebabkan lalu lintas di negara ini
sentiasa digunakan dan akibatnya masalah
kesesakan lalu lintas dihadapi. Penyebab
kesesakan lalu lintas ini juga berlaku adalah
kerana saiz jalan yang kecil.
o Pencemaran Udara
Memandangkan fungsi Datuk Keramat sebagai
pusat pengangkutan dan perhubungan yang
menghubungkan kawasan di sekitar Kuala
Lumpur, pencemaran udara kerap berlaku kerana
banyak kenderaan yang telah digunakan bagi
memudahkan urusan perniagaan dan perdagangan
yang dijalankan. Perkara ini berlaku kerana
pelepasan asap kenderaan hasil pembakaran
petroleum dan diesel.
Perkara yang sama juga berlaku di negara
bandingan saya iaitu Singapura. Sebagai pusat
industri dan perkilangan, pusat pengangkutan
utama negara ini turut diancam dengan pelepasan
asap kilang dan kenderaan, malah indeks
pencemaran yang tinggi telah menyebabkan pihak
kerajaan Singapura mengambil tindakan keras
keatas mereka yang melanggar akta alam sekitar.
o Kekurangan Tempat Tinggal
Di Datuk Keramat, kekurangan tempat tinggal
tidak menjadi masalah walaupun terdapat
sesetengah kawasan di sekitar Keramat
kekurangan tanah untuk dibina kediaman. Ini
kerana terdapat banyak bangunan flat telah
dibina untuk kemudahan penduduk Datuk
Keramat oleh pihak kerajaan. Tidak kurang
juga yang membina rumah sendiri tanpa
memerlukan rumah kerajaan.
Manakala di negara bandingan saya iaitu
Singapura mengalami masalah membina
rumah kerana kekurangan tanah pamah.
Perkara ini berlaku adalah kerana kepadatan
penduduk di Singapura.
- Nilai dan unsur Patriotisme
o Saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di Datuk Keramat
kerana walaupun keadaan masalah seperti kesesakan lalu
lintas, pencemaran udara dan kekurangan yempat tinggal
namun keadaan ini dapat diatasi oleh pihak yang berkuasa.
8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Bagi mengurangkan masalah petempatan seperti kesesakan lalu lintas di
kawasan Datuk Keramat ialah dengan melebarkan jalan raya yang
sempit manakala bagi masalah kekurangan tempat tinggal ialah dengan
menambah ruang untuk pembinaan rumah yang diperlukan di sesetengah
kawasan di sekitar Datuk Keramat. Bagi masalah petempatan seperti
pencemaran udara pula ialah membina jalan lain yang boleh
menghubungkan Setiawangsa dan Ampang bagi mengelakkan kesesakan
lalu lintas yang boleh menjurus kepada pencemaran udara.
Di negara bandingan saya iaitu Singapura, masalah kesesakan lalu lintas
seperti sudah menjadi kebiasaan tetapi keadaan ini harus dielakkan bagi
memudahkan segala urusan perniagaan dan perdagangan yang
dijalankan agar masalah lain tidak timbul dan menjadi masalah utama
apabila menguruskan segala urusan. Bagi mengurangkan masalah
kerkurangan tempat tinggal pula ialah dengan menjimatkan kawasan
tapak tanah, pihak kerajaan seharusnya membina rumah kos rendah
seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium. Masalah pencemaran
udara pula ialah dengan meminta semua penduduk agar menggunakan
pengangkutan awam dengan itu, kita boleh mengurangkan kadar
pencemaran.
Nilai dan Unsur Patriotisme
o Saya berbangga kerana Datuk Keramat mempunyai
pengangkutan awam yang setanding dengan negara
maju seperti negara bandingan saya iaitu Singapura.
Saya juga berharap agar segala masalah yang di hadapi
oleh sesebuah petempatan akan dapat diatasi dengan
mudah tanpa menimbulkan masalah lain.
JADUAL : Masalah yang Dihadapi di Sekitar Datuk Keramat
Masalah Jumlah
Peluang pekerjaan 2
Kekurangan infrastruktur 4
Kesesakan lalu lintas 6
Pencemaran udara 12
Kekurangan tempat tinggal 2
Darjah ketersampaian 2
Banjir 4
Sumber : Soal selidik dari 32 orang responden di sekitar Datuk Keramat
Banjir
DarjahKetersampaian
Pencemaran
Udara
KekuranganTempatTinggal
Kesesakan
Lalu Lintas
Kekurangan
infrastruktur
Peluang
Pekerjaan
Masalah
Petempatan
BORANG SOAL SELIDIK
NAMA :
UMUR :
Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi di sekitar
Datuk Keramat?
Peluang pekerjaan
Kekurangan infrastruktur
Kesesakan lalu lintas
Pencemaran udara
Kekurangan tempat tinggal
Darjah ketersampaian
Banjir
RUJUKAN
Abd. Rahim Md Nor, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM,
Malaysia : MONOSETIA SDN. BHD.
http://www.wikipedia.org.com/
http://www.google.com/
Nilai dan Unsur Patriotisme ( bagi 8.3 )
o Kita seharusnya berterima kasih kepada negara kita
kerana mempunyai fungsi petempatan yang
berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi negara
kita. Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain
supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi
dengan baik dan berterusan.
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
PeluangPekerjaan
KekuranganInfrastruktur
KesesakanLalulintas
PencemaranUdara
KekuranganTempatTinggal
DarjahKetersampaian
Banjir
Masalah Petempatan
Jumlah masalah petempatan yang dihadapi pada sekitar Datuk Keramat
Bilangan Responden
RUMUSAN
- Keramat mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola
petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah
petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya
bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini
supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa
mejaga tepi kain jiran telah menjadi satu keutamaan
supaya penduduk dapat hidup aman dan damai serta
sejahtera.
LAMPIRAN
Gambar menunjukkan Sistem LRT di Kuala Lumpur
Gambar menunjukkan keselesaan di dalam LRT.
Recommended