View
3.607
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
Pendidikan di Malaysia
Pengajian AmPembentangan : 21 Julai 2010
Nama Ahli Kumpulan : Loo Fu Hong
: Hema
Nama Pensyarah : Ms Hong Saw Hoon.
Nama Kolej : Kolej Tunku Abdul Rahman.
Jalan Genting Kelang, Setapak 53300,
Kuala Lumpur
Prakata
Sistem pendidikan di negara kita bermula dari sebelum
kedatangan penjajah lagi. Penduduk peribumi mempunyai
pendidikan mereka sendiri misalnya sekolah petang dan
sekolah Madrasah di kampung-kampung. Pendidikan tidak
formal dari ibu bapa turut menjadi salah satu jenis pendidikan
pada zaman tersebut.Namun, selepas kedatangan penjajah
asing, pelbagai jenis sistem pendidikan digubal untuk
memenuhi kepentingan mereka sejajar dengan matlamat dasar
pecah dan perintah British yang berkehendakkan interaksi
antara kaum tidak dapat dicapai. Pendidikandijalankan oleh
kaum masing-masing menggunakan sukatan pelajaran dari
negara asal mereka dan tiada langsung silang budaya dalam
sistem pelajaran Malaysia. Setelah Tanah Melayu mencapai
Kemerdekaan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu
menghadapi cabaran dalam menyusun semula sistem
pendidikan negara yang masih berpaksikan kepada kaum
masing-masing. Dengan bermulanya Penyata Razak dan
Ordinan Pelajaran 1955, sehinggalah kepada Penyata Rahman
Talib pada 1959 dan Akta Pelajaran 1961,perubahan kritikal
terus dilakukan untuk memantapkan pendidikan di Malaysia.
Transformasi sistem pendidikan ini sejajar dengan perubahan
kehendak semasa dunia yang semakin kompetitif dan
berteraskan kepentingan global. Kita harus bangga akan
pencapaian yang dicapai sehingga hari ini dalam bidang
pendidikan adalah berkat usaha pemimpin terdahulu yang
gigih memperjuangkan kepentingan pendidikan kepada anak
bangsa.
Penghargaan
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
kedua dua ibu bapa kami atas bantuan dan sokongan yang
diberikan kepada kami sepanjang kami menjalankan
kajian .Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru Pengajian Am kami iaitu Ms Hong Saw Hoon atas
tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan kepada kumpulan
kami.
Senarai isi kandungan
Senarai Muka
surat
1. Prakata 2
2. Penghargaan 3
3. Senarai Isi kandungan 4
4. Contoh Karangan 5-9
5. Lampiran/Rujukan 10
Contoh Karangan
Amalan membaca merupakan salah satu daripada amalan nilai
murni yang perlu diterapkan dalam setiap individu. Ini kerana
amalan membaca ini mempunyai banyak faedah didalamnya.
Membaca boleh dijadikan sebagai sebuah hobi pada
waktu senggang. Oleh itu, waktu lapang tidak terbuang begitu
sahaja dengan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain
permainan video.
Banyak jenis bahan bacaan yang boleh dibaca. Ianya
bukan sekadar sahaja terdiri daripada buku cerita, malahan
surat khabar dan majalah juga boleh dijadikan sebagai bahan
bacaan. Kita boleh memperoleh banyak pengetahuan dan
informasi terkini di dalam dan di luar negara dengan membaca
surat khabar.
Selain itu, kita juga boleh memperkayakan bahasa kita
melalui amalan membaca ini. Contohnya kita membaca buku
cerita dalam Bahasa Inggeris. Sudah tentu kita dapat
meningkatkan pemahaman kita dalam Bahasa Inggeris
seterusnya memperbaiki perbualan dalam Bahasa Inggeris dan
sememangnya ia membantu kita.
Di samping itu, kita juga dapat berkongsi ilmu
pengetahuan dengan rakan - rakan tentang apa yang kita telah
dapati melalui pembacaan. Oleh itu, kita dapat meluaskan
pengetahuan sedia ada.
Dengan ini, terbuktilah bahawa banyak faedah yang
boleh didapati dalam amalan membaca ini.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia.
Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat
berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan
membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan
menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam
memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah
dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke
perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan
buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu
atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih
pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar
membaca buku seumur hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di
rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan
buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak
membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah
dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik
minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah,
buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga
mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik
anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di
rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak
mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari
ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai
contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku
dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam
mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana
acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa
perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
(69)
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke
pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke
pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat
tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat
ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari
cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan
yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah
berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke
pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada
mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli
keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran
kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam
peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan
berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga
mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak.
Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel
ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini
sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-
anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam
usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-
anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang
rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada
masa akan datang. (33 )
Marcapada, anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca.
Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan
melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen
daripada membaca bahan bacaan yang berguna. Jika tidak
membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan atau
tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka. Oleh itu,ibu bapa perlu memainkan peranan untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka.
Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah
menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak
mereka. Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata
pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan
bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk
menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu
membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan
amalan membaca sebagai hobi kerana alah bisa tegal biasa.
Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka
membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-
anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan
terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka
yang suka membaca. Misalnya, ibu bapa yang tidak suka
membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka
membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan
betul. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh
kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca
sebagai hobi kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Di samping itu,ibu bapa juga hendaklah sering membawa
anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.Apabila
mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka
berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk
dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu bapa dapat
menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan
anak-anak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak
mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab
buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan
mengetahui perkembangan buku yang terkini.Sebagai
contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah
yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Apabila
anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan
dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan
mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Kesimpulannya,ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya
membaca kerana para pujangga sering mengingatkan
pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus
menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak
mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak
mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah
menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca
dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta
dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran
akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan.
Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak
seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke
perpustakaan.
Lampiran / Rujukan
Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Malaysia
Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=9t0D5fLe8pk
Eduweb.gov.my
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.kpm.gov.my/
Kementerian Pendidikan Tinggi
http://www.mohe.gov.my/
Pusat Maklumat Rakyat (PMR)
http://www.youtube.com/watch?v=SRG_hwL6i9Y
Recommended