View
243
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 1/25
1
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
Ruj. Kami : IPRM 05/04 Jld.32 ( 55 )
Tarikh : 10 FEBRUARI 2015
Tuan,
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INTERNSHIP AMBILAN JUN 2011
30 MAC 2015 hingga 24 APRIL 2015 (4 MINGGU)
Dengan hormat perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan merupakan penempatan bagi guru
Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja
Melewar untuk menjalani Internship bagi tahun 2015. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat
awal mengenai bilangan guru yang ditempatkan di sekolah tuan dan Garis Panduan Ringkas
Pelaksanaan Internship untuk persediaan pihak sekolah.
3. Sehubungan itu, pihak tuan diharapkan dapat mencalonkan guru yangberkelayakan sebagai Mentor dengan melengkapkan Borang Maklumat Mentor (LAM-PT-
05-10) seperti yang dilampirkan. Borang Pencalonan Mentor tersebut hendaklah dikembalikan
kepada Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban (u.p.: Ketua Unit
Praktikum) pada atau sebelum 27 FEBRUARI 2015 (Jumaat). Untuk makluman pihak tuan,Mentor yang dilantik akan diberikan Taklimat Pengurusan Internship oleh Unit Praktikum
IPGKRM.
5. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila
hubungi En. Badrul Hisham bin Ghazali, Ketua Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Raja Melewar, Seremban di talian 06-7624543/019-3446126. Kerjasama, perhatian dan
tindakan pihak tuan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.
.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Cintai Bahasa Kita’
Saya yang menurut perintah,
( DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH )
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar, Seremban.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 2/25
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 3/25
3
Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli
JKIAPIPGK/JKIPIPGK.
Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan
I nternship.
Senarai Singkatan
IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia
IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus
JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut
Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
PPG : Program Pensiswazahan Guru
PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
SM : sekolah menengah
PdP : pengajaran dan pembelajaran
RPH : Rancangan Pengajaran Harian
RPI : Rancangan Pengajaran Individu
TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 4/25
4
INT E RN S H IP
1. KONSEP
Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang ser ta
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang
guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yangberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,
pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sif at
kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
yang berinovasi.
2. OBJEKTIF
Melalui Internship, pelajar dapat:
i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab
yang diberikan.
iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti
sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.
v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak
program pendidikan semasa.
vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran ser ta
projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang
ber terusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
ber terusan.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 5/25
5
3. PROSEDUR PELAKSANAAN
i. Tempoh
Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu denganperuntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.
ii. Penempatan In ternsh ip
Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah saha ja.
iii. Bilangan Waktu Menga jar
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru
Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah
rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah
rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah
rendah.
iv. Mata Pela jaran
Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di
samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.
v. Taklimat In ternsh i p
Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
vi. Portfolio
Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).
.
4. PROJEK INT E RN S H IP
i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projektersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)
ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan
sendiri.
iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif,
strategi dan pelan tindakan projek inovasi.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 6/25
6
v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan
projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,
penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,
aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.
vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat
(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan
grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan
(rujuk Lampiran 1).
vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio int ernship
berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah
diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu
selepas tamat In ternship untuk dinilai.
5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG
MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI
INT E RN S H IP
i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang
mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship
adalah seperti berikut :-
Kategori Pela jar Mentor /Penilai
Pengurus
Sekolah /Tempat
Bertugas Yang
Mengesahkan Markah
Penilaian
Guru
Penolong Kanan/Ketua Panitia
ATAU
Guru yang berpengalaman
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam mata pelajaran major yang
diajar di sekolah di tempat pelajar
menjalani Internship.
DAN
Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Kanan &
Ketua Jabatan
PPPBS yang
bertugas di
Bahagian-bahagian
di KPM/JPN/PPD/SM
Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &
Ketua Jabatan
Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan
Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti In ternship
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 7/25
7
6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
(i) Pela jar
a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif
I nternship.
c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di
Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakanI nternship
ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah
berkenaan
d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan
sebelum menjalani I nternship.
e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk
mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan
dilaksanakan.
f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,
guru/pegawai dan staf sokongan.
g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika
Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan
sekolah.
h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuransekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar
kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk
sesi persekolahan dalam seminggu.
i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/ber tugas.
j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK.
k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara
individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan matapelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam
masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak
memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan
terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi dalam PdP:
i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang
Pendidikan Islam)
ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)
iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 8/25
8
l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek
inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam
bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua
salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing
untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses
penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat I nternship. (Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam f ail
peribadi)
m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi
antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada
mentor /penilai
n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada
setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang
ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).
o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik
pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.
Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di
hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah
selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.
(ii) Pengurus Sekolah
a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah
pencapaian matlamat dan objektif I nternship.
b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan
tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang
tempoh I nternship.
d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua
Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa
Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua
orang pelajar .
e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar
berpotensi gagal.
f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor .
g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit
Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat
Internship . Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.
h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal I nternship
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 9/25
9
(iii) Mentor
a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek
inovasi yang dijalankan.
c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yangcemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.
d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan
dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.
g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan
menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas
tamat In ternship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk
Lampiran 4 dan Lampiran 4a.
(iv) Pensyarah
a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.
b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.
c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projekinovasi pelajar dalam PdP.
d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum.
(v) Unit Praktikum
a) Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM.
b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh
pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri/IPGK.
c) Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaan
I nternship.
d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada
pelajar .
e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod
I nternship.
f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk
dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.
g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh
JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan
dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 10/25
10
(v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru
Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan
Guru Kampus (JKIPIPGK /JKIAPIPGK)
a) Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi.
b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkantempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya.
c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar .
7. KEHADIRAN INT E RN S H IP
a) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/
Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar /
Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada
jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:
.
• Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.
• Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
• Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.
(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Awam – Bab Cuti)
• Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa
kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasatatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:
Kehadiran
In ternsh ip Tindakan
90 % ke atas
JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada
pelajar perlu melengkapkan kehadiran I nternshipatau tidak.
70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran I nternship.
Kurang daripada
69.9%Pelajar wajib mengulang keseluruhan I nternship.
Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship Tanpa
Sebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 11/25
11
8. PENANGGUHAN INT E RN S H IP
a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada
Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.
b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang
dibuat oleh Rektor IPGM.
c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh
pengajian.
d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan
sebelum boleh dianugerahkan ijazah.
e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dimohon untuk meneruskan I nternship.
f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali
dengan kelulusan Pengarah IPGK.
g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan I nternship
kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.
9. PENILAIAN INT E RN S H IP
a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.
b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,
pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan
ref leksi.
c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan
Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan
4a).
d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh
Guru Besar .
e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan
oleh Ketua Jabatan di IPGK.
f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:
Kategori Pela jar Wajaran Penilaian
Sekolah IPG
PPPBS yang ber tugas
sebagai guru di sekolah
rendah50% 50%
PPPBS (Guru Besar ,
Penolong Kanan, pegawai
bertugas Bahagian-
bahagian di KPM/ JPN/
PPD/SM
50% 50%
Jadual 3: Wajaran Penilaian In ternsh ip
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 12/25
12
g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-
Aspek Penilaian Ru jukan Markah
A. Perancangan Projek
InovasiPortfolio Internship/RPH 20%
B. Pelaksanaan ProjekInovasi Portfolio Internship/RPHdan
rakaman video projek
inovasi dalam PdP.
30%
C. Penilaian Projek Inovasi 30%
D. Penulisan Ref leksi Portfolio Internship 20%
JUMLAH 100%
Jadual 4: Komponen Penilaian In ternsh ip
10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INT E RN S H IP
a) Syarat penentuan keputusan
Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang
ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan
penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.
b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-
• Kehadiran 100 %.
• Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)• Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan
disabitkan kesalahan.
c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-
• Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat
penentuan lulus.
d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.
e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 13/25
LAMPIRAN
12
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 14/25
LAMPIRAN 1
13
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8 – 10 muka surat)
NAMA PELAJAR : ………………………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : ………………………………………………………………………
PROGRAM :………………………………………………………………………
NAMA SEKOLAH :………………………………………………………………………
NAMA PROJEK :………………………………………………………………………
TEMPOH PELAKSANAAN :………………………………………………………………………
1. OBJEKTIF
…………………………………………………………………………………………………
.. ………………………………………………………………………………………………… ..
………………………………………………………………………………………………… ...
…...………………………………………………………………………………………………
2. STRATEGI PELAKSANAAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
b) Kelemahan Projek:
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………… ..
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
5. KESIMPULAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 15/25
14
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang dif okus:
2. Analisis isu / perkara yang dif okus:
2.1 Kekuatan:
2.2 Kelemahan:
3. Cadangan penambahbaikan:
(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 16/25
15
LAMPIRAN 2a
PENULISAN REFLEKSI
1. Definisi Ref leksi
• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan
untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman
pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.
Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta –
pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
• Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian
kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan
meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
2. Tujuan Ref leksi:
• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang
dilaksanakan.
• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara ber terusan.
• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti
dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan .
3. Ciri-Ciri Refleksi
• Bermula dengan mengingat kembali
• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
• Menentukan usaha secara sedar (conscious eff or t )
• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku posi tif
4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam In ternsh ip
a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh
pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.
b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-
i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh
PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan
adalah seperti berikut:
• Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan
tercapai?
• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
• Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki
pelaksanaan aktiviti tersebut ?
• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan
atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?
ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di
Lampiran 2 dan 2a.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 17/25
16
LAMPIRAN 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG
Bahagian No. Perkara Tandakan
( / )
A Maklumat
Diri
A01 Biodata Pelajar
A02 Surat Pengenalan Diri
A03 Salinan Borang Kehadiran Internship
(LAM-PT05-09)
B
Maklumat
Projek
Inovasi
B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP
B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi
B04 Cadangan Penambahbaikan
C
Amalan
Refleksi
C01 Catatan Refleksi Mingguan
D Lain-lain
D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP
D02 Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat
(CD)
D03 Borang Refleksi Amalan Profesional
(LAM-PT05-12)
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 18/25
17
LAMPIRAN 4
BORANG PR5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP
Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian In ternship yang perlu dilengkapkan oleh
mentor/pensyarah dan pengurus sekolah.
Nama Pelajar : No. K.P.:
Kursus : Ambilan :
Major : Elektif :
Nama Sekolah :
RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP
Petunjuk Tahap
Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan
Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan
Tahap 3 : Pencapaian sederhana
Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek
Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek
KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP
TAHAP 10% 20% 30%
1 2
3
4
5
0.0 - 1.9 2.0 - 3.9
4.0 - 6.4
6.5 - 7.9
8.0 - 10.0
0.0 - 3.9 4.0 - 7.9
8.0 - 12.9
13.0 - 15.9
16.0 - 20.0
0.0 - 5.9 6.0 - 11.9
12.0 - 19.4
19.5 - 23.9
24.0 - 30.0
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 19/25
18
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan
Aspek Tahap Ulasan
A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP(20 MARKAH)
- Objektif jelas dan sesuai - Pelan tindakan disediakan
- Sasaran pelajar dinyatakan
- Inovasi sesuai dengan sasaran
1 2 3 4 5
Markah A =
B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM
PdP
(30 MARKAH)
- Mengikut kesesuaian jadual perancangan - Penglibatan aktif murid
- Impak kepada murid
1 2 3 4 5
Markah B =
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP
(rujuk portfolio)
(30 MARKAH)
- Menyediakan laporan projek inovasi
- Cadangan penambahbaikan
- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
1 2 3 4 5
Markah C =
D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)
(20 MARKAH)
- Isu/perkara difokus
- Analisis kekuatan/kelemahan
- Cadangan penambahbaikan
- Rumusan
1 2 3 4 5
Markah D =
Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = %
RUMUSAN KESELURUHAN
Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua
Jabatan
(Nama: ) (Nama: )
Tarikh: Tarikh: _
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 20/25
19
LAMPIRAN 5a
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.
2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan
penilaian pada borang PR5.
3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.
4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.
A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Perancangan tidak jelas,tidak teratur, strategi
tidak sesuai, tidak adasumber rujukan,persembahan sangatlemah
Perancangan projekinovasi kurang jelas,
kurang teratur, strategikurang sesuai, sumberrujukan sangat terhad,persembahan lemah
Perancangan projekinovasi jelas, tetapi
kurang teratur, strategisesuai, sumber rujukanterhad, persembahanmengikut format
Perancangan projekinovasi jelas dan teratur,
strategi sesuai, sumberrujukan sesuai dengantajuk, persembahanmengikut format
Perancangan projekinovasi sangat jelas dan
teratur, strategi sesuai,sumber rujukan pelbagaidan sesuai dengan tajuk,persembahan kreatif danmengikut format
B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Penglibatan muridtidak jelas, tidak teraturdan tidak mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi tidakmemberi Impak kepadamurid
Penglibatan muridkurang jelas, kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.
Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid
Penglibatan murid jelas, tetapi kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.
Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid
Penglibatan murid jelas, teratur danmengikut jadualperancangan.
Projek inovasi jelasmemberi Impak kepadamurid
Penglibatan muridsangat jelas, sangatteratur dan mengikut jadual perancangan.
Projek inovasi sangat jelas memberi Impakkepada murid
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi
Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi
Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi
Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi
Jelas tetapi kurangteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi
Jelas tetapi kurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi
Jelas dan teratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi
Jelas dan teratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi
Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi
Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 21/25
D. CATATAN REFLEKSI
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Kurang berusaha untukmenilai diri
Tidak dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.
Tidak menunjukkanusaha untukmenghubung kait dalammerancang danmembuat tindakansusulan.
Ada usaha untuk menilaikekuatan dan kelemahandiri.
Kurang dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.
Kurang mengaitkansituasi dan pengalamanuntuk membuat inferens.
Sentiasa berusahamenilai kekuatan dankelemahan diri.
Dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat yangtelah diambil.
Dapat mengaitkan situasidan pengalaman untukmembuat inferens.
Berjaya menilai kekuatandan kelemahan diri.
Berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil
Berjaya mengaitkansebab dan akibat untukmembuat inferens.
Berjaya meramal kesansesuatu tindakan danbertindak berlandaskanbukti, seterusnyamerancang langkah
susulan.
Sangat berjaya menilaikekuatan dan kelemahandiri.
Sangat berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil
Sangat berjayamengaitkan sebab danakibat untuk membuatinferens.
Sangat berjaya meramalkesan sesuatu tindakandan bertindakberlandaskan bukti,seterusnya merancang
langkah susulan.
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 22/25
BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP BAGI BULAN …………………………..TAHUN 2015
NAMA SEKOLAH: .............................................................................................................................
ALAMAT: .............................................................................................................................................. No. Telefon: ...................................
PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.
TARIKH / HARIBULAN PERSEKOLAHAN
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
BIL NAMA MAJOR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
CATATAN : ....................................................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan Pelajar : Tandatangan Pengetua/Guru Besar:
..............................................................( )
Tarikh:
.......................................................................( )
Tarikh:
Catatan: Setiap cuti sakit mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat kebenaran.
Julai 2014
PPG AMBILAN JUN 2011LAM-PT05-09
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 23/25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL
Nama Sekolah: ………………………………………………………………...............
Pengkhususan: ………………………………………………………………………….
Pensyarah Pembimbing : ....................................................................................
Guru Pembimbing : ............................................................................................
Saudara/Saudari GDL,
Soalan-soalan berikut bertujuan membantu anda membuat refleksi mengenai pengalaman Amalan Profesional yang telah anda lalui. Sila jawabsemua soalan dengan jujur dan ikhlas. Semua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.
Untuk menjawab soalan-soalan berikut, sila bulatkan angka di hujung setiap pernyataan yang anda rasa paling tepat menggambarkan pandangananda mengenai kualiti penyeliaan yang diterima daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Sila guna Ruang Pensyarah untukpenilaian ke atas Pensyarah Pembimbing dan Ruang Guru untuk Guru Pembimbing. Angka "1" menunjukkan anda sangat tidak puas hatidengan kenyataan tersebut dan angka "5" pula menunjukkan anda sangat berpuas hati.
Bagi menjawab pernyataan di bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5, sila gunakan skala Likert 5 poin berikut serta bulatkan pada jawapan yang bertepatan
dengan pendapat anda.
Sangat TidakPuas Hati
TidakPuas Hati
Agak PuasHati
PuasHati
SangatPuas Hati
1 2 3 4 5
Kualiti Penyeliaan dan bimbingan yang diterima:
Pernyataan Pensyarah Penyelia Guru Pembimbing
1 PERANCANGAN
a Menulis hasil pembelajaran dengan tepat. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Menulis isi pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Merancang kaedah dan strategi p&p yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Memilih sumber p&p yang sesuai dan menarik 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
e Memilih nilai-nilai murni yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
f Menyenaraikan unsur-unsur yang sesuai (kemahiran pelbagai kecerdasan) 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2 PELAKSANAAN
a Melaksanakan set induksi 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Menjelaskan perkembangan pengajaran mengikut urutan/langkah 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Menguasai teknik penyoalan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
e Mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
f Menguruskan bilik darjah yang kondusif 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
g Menerap nilai-nilai murni di bilik darjah 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
h Mengurus masa pembelajaran dengan berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
i Membuat penilaian di akhir p&p 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3 AMALAN REFLEKSI
a Membimbing penulisan refleksi p&p secara berkesan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Membina pemikiran reflektif terhadap p&p 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Menyemak dan menilai portfolio Amalan Profesional secara berterusan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
4 SIKAP DAN SAHSIAH
a Penampilan saya semasa bertugas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Keprihatinan saya terhadap GDL 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Pemilikan budi pekerti semasa interaksi di kelas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
d Sifat profesional semasa bertugas 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
LAM-PT05-12 PPG AMBILAN JUN 2011
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 24/25
5. Pada keseluruhannya, bimbingan yang diberi berkesan untuk membantu saya dalam :
PernyataanPensyarahPenyelia
Guru Pembimbing
a Merancang pengajaran saya. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
b Melaksana pengajaran saya 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
c Memupuk nilai keguruan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
6. Nyatakan perkara-perkara lain yang anda ingin luahkan atau sebarang cadangan.
___ __________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
20Julai 2014
8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 25/25
AHLI PANEL PENGGUBAL:
Dr. Mohd. Nordin bin Abu BakarPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia
En. Muhammad bin IbrahimPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia
Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. IsaInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas
Tn. Syed Hamid bin Syed AlwiInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam
En. Ahmad Tarmizi bin SallehKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam
Tn. Hj. Azhar bin HashimKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Teknik
En. Johari bin JonedKetua Unit Praktikum
Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Melayu
Pn. Hjh. Hasnah bt. RazaliKetua Unit Praktikum
Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Antarabangsa
Dr. Syed Ismail bin Syed MustafaKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas
En. Mohd. Izan bin YusopKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Raja Melewar
21
Recommended