View
244
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK
CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA
Mohd Afnan Bin Abdul Khoni
Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
2011
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
SESI PENGAJIAN :___________
Saya _________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan ( )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
___________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
______________________________
______________________________
______________________________
Tarikh : _______________________ Tarikh: _____________________________
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Gred:
i
Pengesahan Pelajar
Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk
“Hubungan Antara Elemen Tekanan Kerja Dan Konflik Campurtangan Kerja
Dan Keluarga” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.
__________________ ___________________
(Tarikh serahan) (Tandatangan Pelajar)
Nama Penuh Pelajar
No. Matrik
ii
HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK
CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA
MOHD AFNAN BIN ABDUL KHONI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2011
iii
Projek bertajuk ‘Hubungan Antara Elemen Tekanan Kerja Dan Konflik
Campurtangan Kerja Dan Keluarga’ telah disediakan oleh Mohd Afnan Bin Abdul
Khoni dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Pembangunan Sumber Manusia.
Diterima untuk diperiksa oleh:
....................………………………………
Puan Dayang Kartini Binti Abang Ibrahim
Tarikh:
……………………
Gred
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Kuasa kerana
memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk menyiapkan Projek Tahun
Akhir. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi untuk menyiapkan
Projek Tahun Akhir. Akhirnya, saya dapat juga menyiapkan dengan jayanya setelah
bekerja keras selama dua semester.
Tidak lupa kepada seseorang yang begitu banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya. Tanpa beliau, saya tidak akan dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Jasa
dan pengorbanan beliau begitu banyak dan amat bernilai bagi saya. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang mampu membalas segala jasa-jasa dan pengorbanan beliau
terhadap saya. Seseorang yang saya maksudkan adalah penyelia Projek Tahun Akhir
saya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Puan Dayang Kartini atas segala
bimbingan, nasihat, teguran, tunjuk ajar, dan kesudian beliau meluangkan masa untuk
membantu saya di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan
akademik Fakulti Kognitif Sains Dan Pembangunan Manusia. Di samping itu, tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi bantuan
dalam memberi penerangan jelas untuk saya menjalankan kajian ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya
terutamanya kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan
kepada saya selama ini dalam menyiapkan projek ini serta kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek
penyelidikan ini.
v
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan iv
Jadual Kandungan v
Senarai Rajah viii
Senarai Jadual ix
Abstrak xi
Abstract xii
BAB 1 – PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Kenyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.3.1 Objektif Umun 5
1.3.2 Objektif Khusus 5
1.4 Hipotesis 6
1.5 Kerangka Konseptual 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 9
1.8 Limitasi Kajian 12
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 – SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Konsep Tekanan Kerja 15
2.1.1 Model Stress 15
2.2 Bukti Teori 17
2.2.1 Teori Spillover 17
2.2.2 Teori “Work/ Family Border Theory” 18
2.3 Elemen Tekanan Kerja 18
2.3.1 Kekaburan Peranan 18
2.3.2 Berlebihan Beban Peranan 19
2.3.2.1 Model Stress Atkinson (1988) 20
2.3.3 Konflik Peranan 22
2.4 Konflik Campurtangan Kerja Dan Keluarga 22
2.5 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan
Konflik Campurtangan Kerja Dan Keluarga 23
vi
2.6 Kesimpulan 24
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 25
3.1 Reka Bentuk Kajian 26
3.2 Populasi dan Sampel 26
3.2.1 Populasi 26
3.2.2 Sampel 26
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Pengumpulan Data 29
3.5 Analisis Data 30
3.5.1 Statistik Deskriptif 30
3.5.2 Penapisan Data 31
3.5.3 Analisis Psikometrik 31
3.5.4 Ujian Regresi Berganda 32
3.5.5 Ujian Pekali Kolerasi Pearson 33
3.6 Ujian Rintis 33
3.7 Kesimpulan 34
BAB 4 – DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 35
4.1 Keputusan Pengedaran Borang Kaji Selidik 36
4.2 Ciri-Ciri Demografi Responden 36
4.3 Ujian Rintis 43
4.4 Penapisan Data 46
4.5 Analisis Psikometrik 48
4.6 Analisis Terhadap Hipotesis 50
4.6.1 Kolerasi Pearson 50
4.6.2 Ujian Regresi Berganda 55
4.7 Hasil Semua Pengujian Hipotesis Yang Digunakan Dalam
Kajian Ini 57
4.8 Kesimpulan 58
BAB 5 – RUMUSAN, CADANGAN, KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Rumusan 60
5.1.1 Rumusan Bab 1 60
5.1.2 Rumusan Bab 2 61
5.1.3 Rumusan Bab 3 62
5.1.4 Rumusan Bab 4 63
5.1.5 Rumusan Bab 5 65
vii
5.2 Implikasi 66
5.2.1 Implikasi Kepada Teori 66
5.2.2 Implikasi Kepada Kaedah Penyelidikan 67
5.2.3 Implikasi Kepada Pengamal Sumber Manusia 67
5.3 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 67
5.3.1 Cadangan Kepada Pemantapan Kaedah Kajian 68
5.3.2 Cadangan Kepada Pengamal Sumber Manusia 69
5.3.3 Cadangan Kepada Organisasi 70
5.4 Kesimpulan 71
BIBLOGRAFI 72
LAMPIRAN 78
viii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1
Kerangka Konseptual 7
Rajah 2.1
Model Stress Cooper (1988) 16
Rajah 2.2
Model Stress Atkinson (1988) 21
Rajah 5.1
Cadangan Kerangka Konseptual 69
ix
SENARAI JADUAL
Jadual 1
Skala Liker 5 Mata 29
Jadual 2
Interpretasi Magnitud Nilai r (Evans, 1996) 33
Jadual 3
Ciri Demografi (taburan responden mengikut jantina) 36
Jadual 4
Ciri Demografi (taburan responden mengikut umur) 37
Jadual 5
Ciri Demografi (taburan responden mengikut bangsa) 38
Jadual 6
Ciri Demografi (taburan responden mengikut status perkahwinan) 38
Jadual 7
Ciri Demografi (taburan responden mengikut bilangan tanggungan) 39
Jadual 8
Ciri Demografi (taburan responden mengikut kekerapan membawa
kerja ke rumah selepas waktu bekerja) 40
Jadual 9
Ciri Demografi (taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan) 41
Jadual 10
Ciri Demografi (taburan responden mengikut tahap pendidikan) 42
Jadual 11
Ujian rintis (Bahagian B(i) : kekaburan peranan) 44
Jadual 12
Ujian rintis (Bahagian B(ii) : konflik peranan) 44
Jadual 13
Ujian rintis (Bahagian B(iii) : berlebihan beban peranan) 45
x
Jadual 14
Ujian rintis (Bahagian C : konflik campurtangan kerja dan keluarga) 45
Jadual 15
Ujian rintis (secara keseluruhan) 46
Jadual 16
Penapisan Data 47
Jadual 17
‘Goodness of Data’ 49
Jadual 18
Kolerasi Pearson (Ha1) 50
Jadual 19
Kolerasi Pearson (Ha2) 52
Jadual 20
Kolerasi Pearson (Ha 3) 53
Jadual 21
Ujian regresi berganda (model summary) 55
Jadual 22
Ujian regresi berganda (Coefficientsa) 55
Jadual 23
Ujian regresi berganda (Excluded Variablesb) 56
Jadual 24
Hasil hipotesis yang diperolehi 57
xi
ABSTRAK
HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK
CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA
Mohd Afnan Bin Abdul Khoni
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara elemen tekanan kerja dan
konflik campurtangan kerja dan keluarga. Kajian ini dijalankan untuk menjawab
persoalan sama ada tekanan yang dihadapi oleh pekerja akan mempengaruhi konflik
campurtangan kerja dan keluarga. Kajian ini dijalankan di Jabatan Ketua Menteri
Sarawak. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara elemen
tekanan kerja dan konflik campurtangan kerja dan keluarga. Instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal
selidik kepada pekerja di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Hasil daripada analisis
ujian pekali kolerasi pearson telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara
elemen tekanan kerja dan konflik campurtangan kerja dan keluarga. Faktor-faktor
tekanan kerja seperti kekaburan peranan, konflik peranan, berlebihan beban peranan
telah dikenal pasti sebagai faktor tekanan kerja yang mempengaruhi konflik
campurtangan kerja dan keluarga. Oleh itu, kesimpulan yang dapat di buat daripada
kajian ini adalah pekerja yang menghadapi tekanan di tempat kerja akan
mempengaruhi kehidupan keluarganya dan menyebabkan berlakunya konflik
campurtangan kerja dan keluarga. Selain itu, cadangan untuk pihak organisasi dan
juga pihak pengkaji akan datang turut di bincangkan dalam kajian ini.
xii
ABSTRACT
THE RELATIONSHIP BETWEEN WORK STRESS ELEMENTS AND WORK
INTERFERENCE WITH FAMILY CONFLICT
Mohd Afnan Bin Abdul Khoni
The purpose of this research is to examine the relationship between elements of work
stress and work interference with family conflict. This research had been done to
identify whether the work stress of the employees influence the work interference with
family conflict. The research was conducted in the Chief Ministers Department,
Sarawak. The objective of this research is to identify the relationship between
elements of work stress and work interference with family conflict. Methodology used
to conduct this research is by distributing questionnaires to the employees in the
Chief Ministers Department. The research findings that were found after had been
tested in the Pearson Correlation Analysis and it had been proved that there is
relationship between elements of work stress and work interference with family
conflict. Among the predictors that were identified as the factor of work stress that
contributes to family conflict is role ambiguity, role conflict and role overload. In a
nutshell, this research explains that a stressed employee in the workplace will
influence his family life and causes conflict to happen between work and family.
Apart from that, there are also recommendations that were contributed in this
research for the organization and future researchers who might interest to have a
broader research.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini mengandungi sembilan bahagian. Bahagian pertama menjelaskan
tentang latar belakang kajian. Bahagian kedua menjelaskan tentang kenyataan
masalah. Bahagian ketiga menerangkan tentang objektif kajian yang di bahagikan
kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Hipotesis kajian di jelaskan di
dalam bahagian keempat. Bahagian kelima mengenai kerangka konseptual. Bahagian
keenam membincangkan tentang kepentingan kajian. Definisi istilah di jelaskan di
dalam bahagian tujuh. Manakala limitasi kajian dijelaskan dalam bahagian ke lapan
dan kesimpulan di jelaskan di bahagian kesembilan.
2
1.1 Latar Belakang Kajian
Tekanan merupakan isu yang semakin mendapat perhatian daripada
masyarakat dunia pada hari ini. Tekanan dalam konteks organisasi merujuk kepada
satu keadaan tertekan yang mana bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada
pekerja tetapi kepada keseluruhan organisasi tersebut. Perkembangan era globalisasi
pada hari ini menunjukkan bahawa organisasi harus lebih bersedia untuk menghadapi
cabaran dalam mempertahankan kelebihan daya saing. Pelbagai inovasi dan idea baru
cuba diperkenalkan ke dalam organisasi yang memerlukan komitmen daripada semua
pihak termasuklah sumber manusia. Girdano, (1993) menyatakan kegagalan sesebuah
unit iaitu individu untuk beroperasi dalam satu kumpulan semestinya akan
mempengaruhi keseluruhan prestasi individu yang lain dalam sesebuah organisasi
dan hal ini akan menganggu kelancaran operasi sehariannya.
Dalam keghairahan menjayakan strategi organisasi di dunia perniagaan yang
semakin mencabar, ada ketikanya organisasi mula alpa terhadap sumber yang paling
bernilai iaitu manusia. Kealpaan ini telah menyebabkan pelbagai masalah yang
terpaksa dihadapi oleh sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Masalah seperti
pusingganti pekerja, ketidakhadiran dan ketidakpuasan terhadap kerja adalah antara
masalah yang biasa berlaku di dalam organisasi pada masa kini (Donald, Taylor,
Johnson, Cooper, Cartwright, & Robertson, 2005). Masalah seumpama ini merupakan
ancaman utama dan perlu ditangani dengan kadar segera. Kesemua masalah ini
mempunyai perkaitan dengan tekanan di tempat kerja.
Konsep tekanan di tempat kerja telah digunakan dengan meluas untuk
mengukur keberkesanan organisasi. Tekanan di tempat kerja amat berkait rapat
dengan masalah organisasi seperti ketidakhadiran, pusingganti pekerja, prestasi kerja,
kemalangan dan kesilapan, serta pengambilan alkohol dan dadah (Manshor, Fontaine,
& Choy, 2003). Tekanan adalah satu fenomena sejagat yang mempengaruhi
3
tingkahlaku dan prestasi kerja manusia. Tekanan boleh mendatangkan kesan baik dan
kesan buruk kepada seseorang pekerja. Masalah yang paling dibimbangi apabila
seseorang mengalami tekanan di tempat kerja adalah ianya boleh menyebabkan
penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan
sistem pertahanan badan terhadap penyakit.
Tekanan di tempat kerja terjadi apabila keperluan terhadap kerja tidak
sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja. Tekanan boleh memberi
kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa
tertekan dengan kerja yang dilakukannya akan menunjukkan kemurungan yang
berpanjangan. Apabila seseorang pekerja mengalami tekanan, psikologi pekerja
tersebut akan terus terganggu dan pekerja tersebut akan gagal membuat keputusan
dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja
dan keluarga. Situasi seperti ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan
juga menggugatkan produktiviti organisasi.
Menyedari impak tekanan yang bukan sahaja akan menjejaskan reputasi
organisasi tetapi akan menjejaskan prestasi pekerja dalam organisasi itu sendiri. Oleh
itu, hal yang berkaitan dengan tekanan dan pengurusan tekanan di tempat kerja mula
diberi perhatian yang serius oleh pihak pengurusan organisasi. Ini kerana, kejayaan
sesebuah organisasi sangat bergantung kepada tahap keberkesanan pengurusan
tekanan dikalangan warga organisasi dalam usaha mengeluarkan produk yang
berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik.
4
1.2 Kenyataan Masalah
Kekaburan peranan, konflik peranan, dan berlebihan beban peranan telah di
kenal pasti sebagai sumber utama tekanan dalam melakukan pekerjaan (Fisher &
Gitelson, 1983). Kekaburan peranan terjadi ketika seseorang pekerja tidak
mempunyai gambaran yang jelas tentang kerja yang mereka lakukan, bidang tugas
mereka, harapan penyelia terhadap mereka, dan juga tanggungjawab mereka terhadap
kerja (Cartwright& Cooper, 1997). Akibat daripada kekaburan peranan, pekerja akan
merasa tertekan, kurang motivasi untuk melakukan kerja dan merasa rendah diri
(Cartwright& Cooper, 1997).
Manakala, konflik peranan pula terjadi ketika seseorang pekerja terpaksa
melakukan kerja yang bertentangan dengan kerja asal mereka ataupun hal-hal yang
tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kerja asal mereka. Keadaan ini akan
menimbulkan tekanan kepada pekerja tersebut.
Di samping itu, berlebihan beban peranan dikaitkan dengan beban kerja yang
terlalu berat yang berada diluar kemampuan pekerja untuk melakukan tugas tersebut.
Kerja yang terlalu banyak dan juga terlalu sukar untuk pekerja tersebut lakukan juga
merupakan berlebihan beban peranan. Berlebihan beban peranan dalam melakukan
kerja akan menimbulkan perasaan tekanan yang boleh menyebabkan pekerja akan
merasa kurang motivasi untuk melakukan pekerjaan tersebut.
Pekerja yang tidak mampu menguruskan tekanan kerja yang dihadapi oleh
mereka boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja dan keluarga
(Adams, King&King, 1996; Duxbury, Higgins & Mills,1992; Russell &
Cooper,1992). Hubungan ini menyatakan bahawa tekanan yang berasal dari tempat
kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang terhadap masalah keluarga (Greenhaus
& Beutell, 1975).
5
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif
khusus. Penjelasan lanjut tentang kajian ini adalah seperti berikut:
1.3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan konflik
campurtangan kerja dan keluarga.
1.3.2 Objektif Khusus
I. Mengkaji hubungan antara kekaburan peranan dan konflik campurtangan
kerja dan keluarga.
II. Mengkaji hubungan antara konflik peranan dan konflik campurtangan kerja
dan keluarga.
III. Mengkaji hubungan antara berlebihan beban peranan dan konflik
campurtangan kerja dan keluarga.
IV. Mengkaji faktor dominan yang mempengaruhi konflik campurtangan kerja
dan keluarga.
6
1.4 Hipotesis
Ha1: Terdapat hubungan antara kekaburan peranan dan konflik campurtangan kerja
dan keluarga (Greenhaus dan Beutell, 1985), (Jaafar Muhammad, 2003).
Ha2: Terdapat hubungan antara konflik peranan dan konflik campurtangan kerja dan
keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985), (Major, Klein dan Ehrhart, 2002).
Ha3: Terdapat hubungan antara berlebihan beban peranan dan konflik campurtangan
kerja dan keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985), (Cooper & Hensman, 1985).
Ha4: Terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor dominan elemen tekanan kerja
dengan konflik campurtangan kerja dan keluarga (Major, Klein & Ehrhart, 2002)
7
1.5 Kerangka Konseptual
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual dalam kajian ini menerangkan tentang hubungan antara
tekanan kerja (kekaburan peranan, Konflik peranan dan berlebihan beban peranan)
terhadap konflik campurtangan kerja dan keluarga. Kerangka konseptual ini
diadaptasi dan diubahsuai daripada satu jurnal antarabangsa yang bertajuk “The Tug
of Work and Family” oleh Fu and Shaffer (2001).
Pemboleh Ubah Tidak
Bersandar
Tekanan kerja:
I. Kekaburan peranan
II. Konflik peranan
III. Berlebihan beban
peranan
Pemboleh Ubah
Bersandar
konflik campurtangan
kerja dan keluarga
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada individu
malahan kepada organisasi dalam usaha meminimunkan tekanan kerja yang dihadapi
oleh pekerja yang boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja dan
keluarga.
1.6.1 Organisasi
Pengurusan tekanan di tempat kerja sangat penting dalam usaha membantu
pihak pengurusan organisasi untuk mengurangkan kesan tekanan kerja terhadap
konflik campurtangan kerja dan keluarga. Dapatan kajian ini diharapkan dapat
dijadikan rujukan kepada pihak pengurusan dalam menangani masalah tekanan kerja
dikalangan warga organisasi. Hal ini bersesuaian dengan fungsi bahagian
pembangunan manusia dalam konteks mengurus sumber manusia dengan lebih baik
kerana fenomena tekanan yang wujud dikalangan warga pekerja bukan sahaja akan
menggangu kelancaran urusan organisasi bahkan akan menyebabkan berlakunya
konflik campurtangan kerja dan keluarga.
1.6.2 Individu
Hasil dapatan kajian ini juga di harapkan dapat memberi kesedaran serta
pemahaman kepada pekerja mengenai tekanan yang bukan sahaja mendatangkan
kesan kepada diri mereka bahkan kepada keluarga mereka juga.
9
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Tekanan kerja
Definisi Konseptual:
Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan
menanggung beban yang sukar untuk ditanggung (Kamus Dewan, 1997). Poon
(1994) mendefinisikan bahawa tekanan kerja adalah suatu situasi ketegangan yang
dapat mempengaruhi emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang individu.
Definisi Operasional:
Tekanan merujuk kepada sebarang gangguan fikiran dan perasaan yang
menjadi punca perubahan tingkahlaku seseorang. Hal ini merujuk kepada keadaan
yang dialami oleh golongan pekerja yang berada dalam keadaan tidak stabil dan juga
tekanan. Dalam kajian ini, tekanan kerja merujuk kepada kekaburan peranan, konflik
peranan dan berlebihan beban peranan.
1.7.2 Kekaburan Peranan
Definisi Konseptual:
Kekaburan peranan terjadi ketika seorang individu tidak mempunyai
gambaran yang jelas tentang apa yang diharapkan di tempat kerja, tanggungjawab
mereka terhadap kerja atau bagaimana sistem penilaian kerja di lakukan (Kahn,
Wolfe, Quinn, Snoek, & Rosenthal, 1964).
10
Definisi Operasional:
Kekaburan peranan merujuk kepada ketidakjelasan tentang apa yang di
harapkan oleh seseorang individu di tempat kerja mereka. Ini akan menghasilkan
persepsi peranan yang tidak jelas dalam kerja yang mereka lakukan kerana mereka
tidak mempunyai gambaran yang jelas mengenai bidang tugas mereka, deskripsi
tugas dan sebagainya.
1.7.3 Konflik Peranan
Definisi Konseptual:
Konflik peranan adalah kejadian serentak dari dua atau lebih tekanan, dimana
pencapaiannya dengan satu membuatkan pencapaian dengan yang lain menjadi lebih
sukar (Kahn et al, 1964). Konflik peranan berlaku apabila seorang pekerja diharapkan
untuk menyiapkan sesuatu kerja, namun sebahagian daripada kerja itu akan
menyebabkan konflik dengan kerja yang lain (Beehr dan McGrath, 1992).
Definisi Operasional:
Konflik peranan merujuk kepada ketidakserasian dan ketidaksuaian terhadap
arahan yang di terima daripada pihak atasan, deskripsi tugas, dan sebagainya. Konflik
peranan terjadi apabila seseorang pekerja menerima arahan yang bertentangan dengan
pihak atasan. Konflik peranan boleh wujud apabila norma kumpulan yang tidak rasmi
bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini menyebabkan seseorang
pekerja mengalami tekanan kerana mereka berhadapan dengan keadaan yang
mengelirukan.
Recommended