View
246
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI ORIGAMI BERKUMPULAN DALAM
PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
AIZAM BINTI JUSOH@MAMAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal
(Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi)
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2014
v
ABSTRAK
Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan
diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru
para pendidik perlu memilih straregi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus
kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber seperti penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan
keberkesananannya malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam
kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap
kemahiran kerja berpasukan melalui aktiviti origami berkumpulan. Secara khususnya
kajian ini menilai seni lipatan origami dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan
berdasarkan tahap penilaian reaksi dalam Model Kirkpatrik terhadap pelajar-pelajar
Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Metodologi kajian ini bersifat kuantitatif
dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara
tinjauan awal dan tinjauan akhir. Sampel kajian pula melibatkan 30 orang pelajar dari
kursus Mekanikal Pemesinan Industri (MPI) di KVMT. Setelah data soal selidik
dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21, setiap keputusan dapatan
ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian-t. Keputusan hasil kajian ini mendapati
persepsi pelajar terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan setelah menjalani
aktiviti origami berkumpulan berada pada tahap yang tinggi. Persepsi pelajar KVMT
terhadap keberkesanan aktiviti origami berkumpulan berdasarkan tahap penilaian reaksi
juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan aktiviti berkumpulan
berlandaskan seni lipatan origami diterima baik ke arah membentuk kemahiran kerja
berpasukan dan dapat membantu pihak tertentu terutamanya pihak Kolej Vokasional
Melaka Tengah dalam penyelesaian masalah penerapan ‘Employability Skills’.
vi
ABSTRACT
One of the most important skills for student-centred learning is teamwork. Teamwork is
a softskill which has to be mastered for effective learning. As educators choosing an
effective strategy is of almost importance in the process of Teaching and Learning, as
laid down in the National Education Philosophy. The use of origami in Teaching and
Learning has proved to be an effective educational tool in developing teamwork skills
among students. The aim of this research is to gather students' perception on the varies
elements highligted by the Kirkpatrick Evaluation Model about effectiveness of using
origami in building teamwork skills within a structured workshop. 30 Industrial
Mechanical Students were selected as sampel for the study. The quantitative study was
based on ex post facto design using questionnaire in earlier stage and further analyzed
with SPSS version 21. The findings were shown in the form of mean, t-test and
percentages. The results of the study showed that there is a significant increase in the
level of effectiveness of teamwork skills upon using origami. In relation to this, it was
also found that the students perception and understanding to be at a high level. It is
hoped that this proposed research will be well received, and that it would help KVMT
in solving problems and issues relating to 'Employability Skills'. A manual has been
prepared for future reference.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.8 Kerangka Konsep Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 12
1.9.1 Pelajar 12
1.9.2 Pensyarah 12
1.9.3 KVMT 13
1.10 Skop Kajian 13
1.11 Batasan Kajian 14
viii
1.12 Definisi Istilah Dan Pengoperasionalan 15
1.12.1 Persepsi Pelajar 15
1.12.2 Origami 16
1.12.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 16
1.12.4 Model Kirkpatrik 17
1.13 Rumusan 18
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 Origami 20
2.2.1 Sejarah Rekaan Dan Binaan
Origami 20
2.2.2 Simbol Lipatan Origami 21
2.2.3 Contoh-contoh Lipatan Haiwan
Origami 22
2.2.4 Tips Dan Cadangan Dalam
Aktiviti Seni Lipatan Origami 23
2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang
Origami 24
2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran 26
2.2.7 Faedah Pendidikan Origami 27
2.3 Kerja Berpasukan 30
2.3.1 Definisi Kerja Berpasukan 30
2.3.2 Prinsip Asas Kerja Berpasukan 31
2.3.3 Faedah Kerja Berpasukan 31
2.3.4 Elemen-elemen Utama Dalam
Kemahiran Kerja Berpasukan 32
2.3.5 Kemahiran Kerja Berpasukan 33
2.3.6 Ciri-Ciri Kemahiran Kerja
Berpasukan 34
2.3.7 Pembangunan Kemahiran Kerja
ix
Berpasukan 38
2.3.8 Origami Dan Kerja Berpasukan 41
2.4 Model ‘Kirkpatrick Training Evaluation’ 42
2.4.1 Tahap 1: Penilaian Reaksi 42
2.4.2 Tahap 2: Penilaian Pembelajaran 43
2.4.3 Tahap 3: Penilaian Tingkahlaku 45
2.4.4 Tahap 4: Penilaian Keberhasilan 48
2.5 Rumusan 51
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 50
3.1 Pengenalan 50
3.2 Reka Bentuk Kajian 51
3.3 Pemboleh Ubah Kajian 52
3.4 Kerangka Kerja Operasi 52
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 55
3.6 Lokasi Kajian 56
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 56
3.7.1 Jenis Data 57
3.7.2 Prosedur Perlaksanaan Bengkel 58
3.8 Instrumen kajian 60
3.8.1 Borang Soal Selidik 60
3.8.2 Prosedur Pentadbiran Soal Selidik 63
3.9 Kajian Rintis 63
3.9.1 Kebolehpercayaan Item 64
3.9.2 Pengesahan Pakar 65
3.10 Prosedur Menganalisis Data 65
3.10.1 Pentafsiran Skor Min 67
3.10.2 Pentafsiran Ujian-t 67
3.11 Rumusan 68
BAB 4 ANALISIS DATA 69
4.1 Pengenalan 69
4.2 Dapatan Kajian 69
x
4.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
Berpasukan Sebelum Menjalani
Aktiviti Origami Berkumpulan 69
4.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
Berpasukan Selepas Menjalani
Aktiviti Origami Berkumpulan 72
4.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang
Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
Berpasukan Sebelum Dan Selepas
Menjalani Aktiviti Origami
Berkumpulan 74
4.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Aktiviti Berpasukan Yang
Berlandaskan Seni Lipatan
Origami Dengan Penggunaan
Kirkpatrick Training Evaluation
Model 76
4.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni
Lipatan Origami Untuk Membantu
Dalam Pembentukan Kemahiran
Kerja Berpasukan 79
4.3 Rumusan Dapatan Kajian 80
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 81
5.1 Pengenalan 81
5.2 Perbincangan Kajian 81
5.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
xi
Berpasukan Sebelum Menjalani
Aktiviti Origami Berkumpulan 81
5.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
Berpasukan Selepas Menjalani
Aktiviti Origami Berkumpulan 82
5.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang
Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Kefahaman Kemahiran Kerja
Berpasukan Sebelum Dan Selepas
Menjalani Aktiviti Origami
Berkumpulan 83
5.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Aktiviti Berpasukan Yang
Berlandaskan Seni Lipatan
Origami Dengan Penggunaan
Kirkpatrick Training Evaluation
Model 86
5.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni
Lipatan Origami Untuk Membantu
Dalam Pembentukan Kemahiran
Kerja Berpasukan 87
5.3 Kesimpulan Perbincangan 88
5.4 Cadangan 88
5.4.1 Cadangan Penambahbaikan 89
5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Akan
Datang 89
5.5 Penutup 90
RUJUKAN 91
LAMPIRAN 97
xii
SENARAI JADUAL
1.1 Tempoh Masa Remaja 6
2.1 Kunci Simbol Origami 22
2.2 Ciri-ciri KIM Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan
Yang Digariskan Di IPT 33
2.3 Ciri-ciri KIT Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan
Yang Digariskan Di IPT 33
3.1 Jadual Perancangan Aktiviti Bengkel Origami 59
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 61
3.3 Skala Ukuran Likert 62
3.4 Interpretasi Skor Bagi Nilai Alpha Cronbach 64
3.5 Kaedah Analisis Data 66
3.6 Taburan Skor Min 67
3.7 Pemilihan Ujian Statistik Berdasarkan Skala
Pengukuran Yang Digunakan 67
4.1 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk
Setiap Item Bagi Tinjauan Awal 70
4.2 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk
Setiap Item Bagi Tinjauan Akhir 72
4.3 Keputusan T-Test 75
4.4 Taburan Persepsi Pelajar KVMT Terhadap
Aktiviti Origami Berkumpulan Berlandaskan
Tahap Penilaian Reaksi 76
4.5 Cadangan Penambahbaikan Bengkel Origami
Berkumpulan 79
5.1 Penerapan Nilai Dalam Asas Kerja Berpasukan
Semasa Aktiviti Origami 84
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam
Peperiksaan Amali Sikap 5
1.2 Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan
Daripada Models For HRD Practice 11
1.3 Kirkpatrick And Kirkpatrick's 2006 Four Level
Model Of Evaluation 18
2.1 Contoh Lipatan Origami Yang Berbentuk Haiwan 23
3.1 Pemboleh Ubah Kajian 52
3.2 Kerangka Operasi Kajian Diadaptasi Daripada
Esa (2011) 54
3.3 Kerangka Pengumpulan Data 57
xiv
SENARAI SINGKATAN
PDP / P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
3M - Menulis, Membaca, Mengira
PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
TPV - Transformasi Pendidikan Vokasional
KV - Kolej Vokasional
DSK - Draf Standard Kompetensi
BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
KVMT - Kolej Vokasional Melaka Tengah
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
KI - Kemahiran Insaniah
3D - Tiga Dimensi
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KIM - Kemahiran Insaniah Mesti
KIT - Kemahiran Insaniah Tambahan
OJB - On-The-Job
UniKL MFI - Universti Kuala Lumpur Malaysian France Institute
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PS - Projek Sarjana
UPM - Universiti Putra Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik Temubual & Kaedah
Pengumpulan Dan Analisis Data 2
B Skor Pemarkahan Pelajar 4
C Kajian Oleh National Association Of Colleges
And Employers 8
D1 Carta Gantt Projek Sarjana 1 53
D2 Carta Gantt Projek Sarjana 2 53
E Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 58
F Soalan Tugasan 59
G Borang Soal Selidik 60
H1 Data Kajian Rintis 65
I Borang Semakan Soal Selidik 65
H2 Data Analisis Tinjauan Awal 70
H3 Data Analisis Tinjauan Akhir 72
H4 Data Analisis T-Test 74
J Kaedah Analisis Soalan Terbuka 79
K Buku Panduan Bengkel
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menggariskan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berlaku di dalam bilik
darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Oleh yang demikian,
sistem pendidikan negara mesti berupaya memperkasakan pengajaran dan
pembelajaran iaitu meningkatkan keberkesanan PDP di dalam bilik darjah (Hashim,
2010) untuk melahirkan generasi yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi.
Untuk mencapai proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan
berkemahiran tinggi dalam proses pendidikan, para pendidik perlu menekankan
pendekatan berasaskan sumber dan berpusatkan murid. Malah guru-guru perlu
memilih straregi PDP yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk
mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut hasil kajian
daripada Kamsah, Abu dan Razzaly (2008), mereka mendapati masalah yang
dihadapi oleh responden telah dikenalpasti iaitu kekurangan pengetahuan dan
kemahiran untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu
menghabiskan silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan atau
dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti, pihak IPTA
harus mempertingkatkan usaha bagi melatih kumpulan pakar yang boleh
membimbing rakan sejawat atau merangka program latihan yang lebih berkesan.
Justeru penggunaan strategi PDP berasaskan sumber seperti penggunaan
origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan keberkesananannya.
Contohnya pada Era Meiji di Jepun, metode Froebel telah mula diperkenalkan di
Taman Asuhan Kanak-kanak yang menggunakan origami sebagai alat pendidikan.
Hal ini sedikit sebanyak membawa kesan yang cukup signifikan bagi perkembangan
2
origami di Jepun. Selain itu, origami juga digunakan untuk kanak-kanak yang
mengalami masalah belajar, terutamanya kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
dalam berkomunikasi. Bahkan origami ini turut direalisasikan dalam
memperkenalkan bentuk-bentuk dasar dalam pelajaran geometri di beberapa buah
sekolah tadika di Amerika (Imania, 2012). Hal ini disokong oleh Wise (2005) dalam
Tech Beat yang menyatakan bahawa di Jepun, kanak-kanak belajar origami pada
lutut ibu-ibu mereka. Manakala di Barat, kanak-kanak mempelajari origami di
sekolah.
Bagi Kolej Vokasional Melaka Tengah yang menjadi tempat kajian kes oleh
pengkaji telah melaksanakan Semester Pendek Tahun 1 baru-baru ini yang mengikut
perancangan programnya bermula 21 Oktober 2013 sehingga 15 November 2013.
Namun hasil tinjauan awal yang telah dijalankan oleh pengkaji secara rawak kepada
lima orang pensyarah didapati keberkesanan kemahiran kerja berpasukan tidak
memuaskan. Dalam tinjauan itu, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik
yang mempunyai lima kriteria tentang tahap kemahiran kerja berpasukan dan
skalanya ialah ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kemudian pengkaji memindahkan data tersebut ke
dalam jadual taburan kekerapan mudah kerana nilai dan jumlah nombornya adalah
sedikit. Dapatan kajian menunjukkan nilai peratus kekerapan bagi skala ‘Ya’ adalah
rendah sebanyak 6 kekerapan iaitu 24 peratus berbanding nilai peratus kekerapan
skala ‘Tidak’ yang berjumlah 19 kekerapan iaitu 76 peratus. Hal ini dapat
dirumuskan bahawa tahap keberkesanan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan
pelajar KVMT adalah lemah. Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN A untuk
melihat kaedah pengumpulan dan analisis data yang telah dijalankan.
Masalah penguasaan dan penerapan kemahiran kerja berpasukan terus
menjadi isu perbualan dan kebimbangan para pensyarah KVMT khususnya
pensyarah yang terlibat dalam kursus Teknologi Pembinaan. Sebagaimana yang
diketahui dalam kurikulum KV, antara cirinya ialah nisbah komponen akademik-
vokasional ialah 30:70 (Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011).
Untuk semua kursus yang diajar di KV, modul vokasional akan dibahagikan kepada
dua iaitu modul amali dan modul teori.
Bagi modul amali untuk kursus Teknologi Pembinaan di KVMT, skema
pemarkahan peperiksaan amali telah diagihkan kepada beberapa aspek utama seperti
proses kerja 40 peratus, hasil kerja 50 peratus, sikap 5 peratus dan keselamatan 5
peratus. Untuk skema pemarkahan sikap pula, pecahan markahnya dibahagikan
3
kepada lima kriteria iaitu persediaan 10 markah, pengurusan alatan 10 markah,
kekemasan 10 markah, kerjasama 10 markah dan ketepatan masa 10 markah.
Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mencadangkan penggunaan seni lipatan
origami untuk pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui Model Kirkpatrik
dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia pada April 2003 yang lalu, berdasarkan
kepada laporan “Employability of Malaysian Graduates” menjelaskan tentang sebab-
sebab mengapa graduan tempatan tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan adalah
kerana mereka kurang mahir dan tidak agresif atau dinamik malah kurang bersikap
lantang dan berfikiran terbuka. Menurut Mohd Noor & Sahimin (2010), kebanyakan
majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran
teknikal tetapi juga memiliki kemahiran generik agar mereka memiliki multiple skills
dalam melakukan pelbagai tugasan yang diberi untuk meningkatkan produktiviti
syarikat dan berdaya saing. Ini disokong oleh Archer dan Davison dalam kajiannya
pada 2008 mendapati bahawa tidak kira saiz syarikat, kemahiran interpersonal
contohnya kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan telah dititikberatkan
berbanding kemahiran teknikal seperti kelayakan ijazah yang baik atau kemahiran
IT.
Oleh itu dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan
2008 di Universiti Teknologi Malaysia memaklumkan bahawa sistem Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) adalah medium terbaik untuk mengisi kelompangan
pelajar dalam kemahiran-kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi,
kemahiran mengurus dan kemahiran ICT. Ini kerana Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) secara umumnya berfungsi untuk mendidik seterusnya melahirkan
sumber tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan asas untuk sektor
industri (Mohamed Yusof, Esa & Ahmad, 2008). Ini bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Vokasional diwujudkan, berdasarkan dalam buku Citra Kecemerlangan
Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik iaitu:
Pendidikan vokasional adalah usaha berterusan dan sistematik yang
bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan berkaitan sesuatu bidang
4
pekerjaan supaya dengannya dapat melahirkan pekerja-pekerja mahir yang
mampu meningkatka kualiti hidupnya di samping menyumbangkan kepada
penyediaan tenaga kerja yang produktif, berdisiplin dan terlatih mengikut
keperluan semasa, terutamanya di sektor perdagangan dan perindustrian.
(ms. 7)
Sumber: BPTV. (2010). Citra Kecemerlangan Bahagian Pendidikan
Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik. BPTV, ms. 7.
Justeru pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) pada 6
Januari 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan
inisiatif kerajaan yang amat relevan ke arah memantapkan modal insan yang lebih
ampuh untuk negara seterusnya merealisasikan hasrat untuk menjadikan aliran
vokasional sebagai pendidikan kelas pertama. Timbalan Perdana Menteri turut
menegaskan bahawa tugas yang paling mencabar adalah menghasilkan tenaga kerja
yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan, iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta
orang pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang (Dewan Masyarakat, 2012).
Perubahan dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dengan memartabatkan
aliran vokasional menjadi kolej vokasional amat diperlukan untuk menyediakan
tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk
memasuki pasaran pekerjaan. Oleh itu, modul dalam struktur kurikulum KV
dibahagikan kepada tiga iaitu modul akademik, modul vokasional dan modul
kompetensi.
Bagi modul vokasional di KV Melaka Tengah, pengkaji telah mendapatkan
skor pemarkahan pelajar Tahun Satu Semester Dua seramai 34 orang bagi kursus
Teknologi Pembinaan dalam peperiksaan amali semester dua yang telah dijalankan.
Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN B. Hasil analisis data yang dibuat daripada
skor pemarkahan kerjasama bagi setiap pelajar dalam peperiksaan amali tersebut
menunjukkan bahawa markah kerjasama yang paling tinggi ialah 9 markah seramai 4
orang pelajar sahaja dan markah yang paling rendah ialah 6 markah seramai 5 orang
pelajar. Kebanyakan pelajar mendapat markah di antara 7 hingga 8 markah sahaja.
Jika berdasarkan kepada susunan urutan kriteria secara menurun pula maka
kedudukan markah peperiksaan amali sikap ialah pengurusan alatan dan ketepatan
masa berjumlah 21%, persediaan bahan adalah 20%, kerjasama berjumlah 19% dan
kekemasan iaitu 18%. Ini menjelaskan bahawa markah kriteria kerjasama berada
5
pada tahap yang keempat daripada lima kriteria dalam amali sikap. Sebagai contoh
sila rujuk pada Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam Peperiksaan Amali Sikap
Adapun modul kompetensi kompetitif meliputi kompetensi keusahawanan,
kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah. Unsur-unsur dalam modul ini
diterapkan dalam setiap gerak kerja pembelajaran dan latihan mengikut kaedah
kompetensi merentas kurikulum iaitu modul ini dijalankan dalam program semester
pendek. Dalam program semester pendek ini, pelaksanaan kandungannya adalah
berkaitan dengan ‘Employability Skills’ yang mengaplikasikan DUA BELAS elemen
dalam kemahiran kebolehan bekerja bukan teknikal (DSK Kolej Vokasional, 2013).
Berdasarkan DUA BELAS elemen tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) telah memilih empat elemen iaitu keselamatan di tempat kerja, struktur
organisasi, bekerja dalam sistem serta budaya kerja dan etika sebagai modul semester
pendek bagi pelajar Tahun 1 KV. Dengan mengikuti modul ini, kemahiran tersebut
dapat didedahkan kepada pelajar-pelajar KV di peringkat umur 13 tahun ke atas lagi
kerana syarat pengambilan pelajarnya adalah terdiri daripada lepasan PMR. Menurut
Yahaya dan Latif (2005), merujuk kepada Jadual 1.1 menyatakan bahawa berikut
adalah pandangan-pandangan yang digunakan bagi menerangkan tempoh masa
remaja.
6
Jadual 1.1: Tempoh Masa Remaja
(Yahaya & Latif, 2005)
Aspek Remaja Bermula Remaja Berakhir
Biologi Baligh Sistem pembiakan matang
Emosi Mula berpisah daripada ibu
bapa Perolehan identiti diri
Antara peribadi Mula berminat dengan
hubungan rakan sebaya
Berupaya membentuk
perapatan dengan rakan
sebaya
Sosial Mula belajar peranan kerja
dan peranan keluarga
Memperolehi status dan
keutamaan orang dewasa
Pendidikan Memasuki sekolah
menengah Tamat persekolahan
Undang-undang Status remaja Status orang dewasa
Kronologi Lebih kurang 13 tahun ke
atas Lebih kurang 20 tahun ke atas
Berdasarkan Jadual 1.1 ini, dapat dirumuskan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran (PDP) di peringkat kolej vokasional adalah masa yang sesuai untuk
kita menerapkan ‘Employability Skills’ supaya kebolehpasaran pekerjaan bagi
lepasan KV berada pada tahap yang tinggi. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh
Conti dan Kleiner (1997) dalam kajiannya yang bertajuk “How to increase teamwork
in organizations” iaitu berdasarkan suasana perniagaan masa kini, kerja berpasukan
yang cekap dan berkesan merupakan pendekatan kemahiran yang sangat disyorkan
dan implikasinya juga untuk kejayaan sesebuah perniagaan dan organisasi (Tarricone
& Luca, 2002).
Dalam perkembangan origami pula, seni ini tidak hanya terpaku pada seni
melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam
origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk
barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini. Bentuk-bentuk
yang biasa dihasilkan dari kertas ternyata bukan hanya berbentuk sederhana seperti
pesawat, katak atau pun kincir angin seperti yang sudah kita kenali. Tetapi sehingga
ke hari ini origami yang dihasilkan adalah lebih berbentuk sukar seperti bunga,
dinosaur, kotak, serangga, ikan hiu, baju dan sebagainya, malah berbentuk lipatan
tiga dimensi (3D) yang dikenali sebagai 'Oritsunagumono' (Hoogendoorn, 2012) dan
‘Mobees’ atau Lebah Harvard Monolitik iaitu serangga robot yang memerlukan lebih
daripada 20 lipatan origami untuk mewujudkannya (Bloss, 2012).
7
Menurut Wise (2005) menyatakan bahawa penyelidikan telah menunjukkan
bahawa seni kertas lipatan adalah subjek tambahan yang unik dan berharga untuk
kurikulum terutamanya di peringkat sekolah rendah. Origami bukan sahaja
menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk membangunkan
kemahiran yang tertentu. Jika anda sedang mencari aktiviti untuk ibu bapa dan
kanak-kanak, jika anda sedang mencari cara untuk mengajar pecahan visual dan
kinestetik, jika anda mengajar penulisan pengajaran menggunakan arahan, jika anda
mahu mengajar geometri, pembelajaran kooperatif, kemahiran berasaskan projek,
ruang dan kemahiran kognitif dan berseronok-seronok melakukannya, maka pilihlah
origami.
Justeru itu origami merupakan salah satu hasil kebudayaan Jepun yang
semakin berkembang semenjak akhir-akhir ini. Bukan sahaja di Jepun, malah
origami ini mula diminati di negara-negara lain seperti di Amerika, Eropah dan
negara Asia. Hal ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai komuniti, workshop
dan kompetisi origami. Lindsay (2012) dalam Japan Times menyebut bengkel
origami terungkap kegembiraan yang tersembunyi, contohnya dalam peperiksaan
kami sering menguasai sistem pendidikan melalui perbengkelan origami kerana
keseronokan pembelajaran tetapi merosot dalam pembelajaran hafalan. Begitu juga
dalam pendekatan amali Barbara Pearl untuk pembelajaran matematik, di mana
setiap kanak-kanak yang terlibat merasa seronok dalam proses pembelajaran dan
dapat menemui bagaimana untuk menganggarkan jarak katak melompat, mengukur
sudut kapal layar kertas atau pun meneroka corak ikan paus. Semasa kanak-kanak
ingin belajar mereka bentuk origami ikan paus, mereka boleh meneroka ciri-ciri paus
melalui penyiasatan saintifik, membaca buku mengenai mamalia, mendengar lagu
ikan paus, menulis cerita yang kreatif, atau mengetahui bagaimana untuk
menyelamatkan paus dengan Greenpeace (Pearl, 2012).
Oleh yang demikian, aktiviti seni origami telah dilihat dapat menyumbangkan
banyak kebaikan dan kelebihan dalam aktiviti penerapan kemahiran insaniah (KI)
malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Hal
ini kerana, pengkaji mendapati aktiviti seni lipatan origami boleh membangunkan
kemahiran kebolehkerjaan khususnya kemahiran kerja berpasukan dalam memenuhi
aspek kompetensi pekerjaan yang ingin diceburi. Hal ini telah disokong oleh kajian
Mohd Adnan (2009) yang menjelaskan bahawa 90 % pelajar bersetuju tentang
wujudnya nilai kerjasama dan bantu-membantu ketika menghasilkan karya origami.
8
Rumusannya ialah peringkat umur pelajar selepas PMR adalah masa yang
amat sesuai untuk diterapkan dengan pelbagai kemahiran seperti ‘Employability
Skills’, maka pembentukan kemahiran kerja berpasukan ini perlu dihayati dan
diamalkan dalam pembelajaran melalui pelbagai kaedah pengajaran sama ada formal
dan tidak formal seperti aktiviti origami berkumpulan.
1.3 Pernyataan masalah
Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan origami telah bermula dari cara
tradisional hinggalah ke teknologi baru seperti Mobees iaitu serangga robot (Bloss,
2012). Malah aktiviti origami bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah
yang berharga untuk membangunkan kemahiran yang tertentu (Wise, 2005). Ini jelas
menunjukkan aktiviti origami dapat membentuk kemahiran kerja berpasukan.
Kemahiran kerja berpasukan pula adalah salah satu kemahiran yang sangat
diperlukan dalam industri khususnya oleh para majikan. Hal ini dapat dilihat dalam
hasil kajian yang dilakukan oleh National Association of Colleges and Employers
yang mendapati para majikan meletakkan kemahiran kerja berpasukan antara
kemahiran yang penting (dengan nilai skala 4.6 daripada 5.0) iaitu pada kedudukan
ketiga teratas daripada dua puluh kemahiran atau kualiti yang diperlukan oleh
majikan daripada bakal pekerja mereka (National Association of Colleges and
Employers, 2005). Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN C. Namun di negara kita
Malaysia, masih terlalu kurang kajian yang dijalankan dalam skop seni lipatan
origami ini, apatah lagi untuk dikaitkan dengan ‘Employability Skills’. Atas dasar
inilah, penyelidik ingin mencadangkan satu kerangka yang sesuai digunakan untuk
membantu meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar di
Kolej Vokasional Melaka Tengah melalui pelbagai aktiviti seni lipatan origami yang
telah diutarakan oleh pakar-pakar seni. Tetapi adakah cadangan penggunaan seni
lipatan origami untuk membaiki kemahiran kerja berpasukan pelajar di KVMT ini
mendapat sambutan yang positif dan disukai oleh pelajar vokasional ini masih tidak
diketahui dengan jelas dan memerlukan kajian awalan ini untuk mengenalpasti
kemungkinannya.
9
1.4 Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan menilai persepsi tentang penggunaan seni lipatan origami untuk
pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan penilaian Model Kirkpatrik
dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.
1.5 Objektif kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti
berikut:
(i) Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap
kefahaman kemahiran kerja berpasukan.
(ii) Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti
berpasukan yang berlandaskan seni lipatan origami dengan
penggunaan Kirkpatrick Training Evaluation Model.
(iii) Mengemukakan satu cadangan bengkel aktiviti berpasukan yang
berlandaskan seni origami kepada pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.
1.6 Persoalan kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan untuk dijawab
iaitu:
(i) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap
kefahaman kemahiran kerja berpasukan sebelum menjalani aktiviti origami
berkumpulan.
(ii) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap
kefahaman kemahiran kerja berpasukan selepas menjalani aktiviti origami
berkumpulan.
(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi pelajar Kolej
Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan
sebelum dan selepas menjalani aktiviti origami berkumpulan.
(iv) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti
10
berpasukan yang berlandaskan seni lipatan origami dengan penggunaan
Kirkpatrick Training Evaluation Model.
(v) Apakah cadangan pemurnian bengkel seni lipatan origami untuk membantu
dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan.
1.7 Hipotesis kajian
Hipotesis Null: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang kefahaman pelajar
KVMT terhadap kemahiran kerja berpasukan sebelum dan selepas menjalani
aktiviti origami berkumpulan.
1.8 Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep dalam sesuatu kajian perlu dikemukakan apabila kajian berkenaan
mengandungi dua pemboleh ubah atau lebih. Menurut Iskandar (2008) menyatakan
bahawa kerangka konseptual yang baik ialah:
(i) Variabel-variabel kajian yang akan dikaji harus jelas.
(ii) Kerangka konseptual haruslah menjelaskan hubungan antara variabel -
variabel yang akan dikaji, dan ada teori yang melandasinya.
(iii) Seterusnya kerangka konsep tersebut perlu dinyatakan dalam bentuk diagram,
sehingga masalah kajian yang akan dicari, jawapannya mudah difahami.
Iskandar (2008) juga mengemukakan bahawa dalam kajian kuantitatif,
kerangka konsep merupakan suatu kesatuan kerangka pemikiran yang utuh dalam
rangka mencari jawapan-jawapan ilmiah terhadap masalah-masalah kajian yang
menjelaskan tentang pemboleh ubah, hubungan antara pemboleh ubah secara teori
yang berkaitan dengan hasil kajian yang terdahulu yang kebenarannya dapat diuji
secara empiris. Pada Rajah 1.2 adalah merupakan satu kerangka konsep kajian yang
diadaptasikan oleh penyelidik berlandaskan Models For Human Resource
Development (McLagan, 1989).
11
Masukkan (Input)
Proses Pembentukan
Keluaran (Output)
Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan Daripada Models For HRD
Practice
(McLagan, 1989)
Menurut Syed Zamri (2011) menjelaskan bahawa pemboleh ubah
dibahagikan kepada dua iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak
bersandar. Maka dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah kemahiran kerja
berpasukan kerana ianya dipengaruhi oleh pemboleh ubah tidak bersandar. Manakala
pemboleh ubah tidak bersandar pula ialah bengkel aktiviti origami berkumpulan
kerana ianya mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Terdapat lapan nilai-nilai
utama yang mendasari kemahiran kerja berpasukan yang disarankan oleh Sidal
(2004) iaitu kerjasama, bantu membantu, matlamat sama, tanggungjawab bersama,
tolak ansur, musyawarah, kongsi idea dan saling percaya. Kelapan-lapan nilai ini
Kerjasama
Bantu Membantu
Pendidikan Origami Nilai Utama Dalam Asas Kerja
Berpasukan
BENGKEL ORIGAMI
Penilaian REAKSI(Model Kirkpatrik)
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Pembelajaran Kooperatif
Kesedaran Multi Budaya
Pembangunan Komuniti
Nilai Terapeutik
Nilai Sosial
Tolak Ansur
Matlamat Sama / Musyawarah
Tanggungjawab Bersama
Kongsi Idea
Saling Percaya
Kerjasama
Bantu Membantu
12
dijadikan sebagai asas kajian mengenai kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan
pelajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah.
1.9 Kepentingan kajian
Hasil kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dan institusi
yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningkatkan mutu PDP
seperti pelajar, guru dan juga pihak KVMT.
1.9.1 Pelajar
Hasil kajian ini penting untuk pelajar dari sudut penyertaan mereka dalam aktiviti-
aktiviti yang disediakan di samping dapat meningkatkan kemahiran teknikal. Ia juga
dapat mengembangkan kemahiran interpersonal iaitu kemahiran berpasukan. Pelajar
dapat belajar melalui pengalaman dan berpeluang bekerja dalam satu pasukan.
Kemahiran yang dibentuk dalam kalangan pelajar ini diharap akan dapat memupuk
semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.
1.9.2 Pensyarah
Hasil kajian ini akan memberikan implikasi penting kepada pensyarah. Pensyarah
akan dapat merancang kaedah pengajaran yang sesuai bagi mendapatkan tahap
pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan penglibatan pelajar yang maksimum
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Pensyarah juga diharap dapat
merancang aktiviti yang sesuai dan menyusun pengajaran yang lebih berkesan
dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat menghubungkaitkan
dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu kepada kehidupan sebenar dalam
alam pekerjaan yang akan diterokai.
13
1.9.3 KVMT
KVMT dapat mengambil tindakan yang sebaiknya bagi meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran (PDP) yang berkesan. Modul pengajaran yang sesuai boleh dibina
berdasarkan aras pembelajaran yang dikenalpasti terutama bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar. Latihan-latihan yang berkaitan boleh diberikan
kepada para pensyarah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam
memilih kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dengan topik pembelajaran.
1.10 Skop kajian
Skop kajian adalah bertujuan untuk membentangkan dapatan yang cuba mengkaji
aktiviti origami berkumpulan dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan
berlandaskan penilaian Model Kirkpatrik. Secara ringkasnya tinjauan ini difokuskan
kepada :
(i) Lokasi
Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui
bengkel aktiviti origami secara berkumpulan yang dijalankan di Kolej
Vokasional Melaka Tengah (KVMT).
(ii) Responden
Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui
bengkel aktiviti origami berkumpulan terhadap pelajar Tahun 2 Semester 3
seramai 30 orang yang telah terlibat dalam modul kompetensi KV Semester
Pendek Tahun 1.
(iii) Nilai-nilai utama mendasari kerja berpasukan
Penyelidik memfokuskan nilai-nilai utama yang mendasari kerja berpasukan
iaitu :
(i) Matlamat sama
(ii) Kerjasama
(iii) Tanggungjawab bersama
(iv) Saling percaya
(v) Kongsi idea
(vi) Bantu membantu
14
(vii) Tolak ansur
(viii) Musyawarah
Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sejauhmana kefahaman kemahiran
kerja berpasukan dan penilaian terhadap aktiviti origami berkumpulan oleh pelajar
tersebut.
1.11 Batasan kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada sebuah kolej vokasional
sahaja iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Penyelidik ingin
mengenalpasti mengenai pembentukan kemahiran kerja berpasukan pelajar KVMT
sepanjang menjalani bengkel aktiviti origami secara berkumpulan.
(i) Masa
Memandangkan masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian ialah dua
semester iaitu bersamaan dengan satu tahun. Tempoh ini sebenarnya tidak
mencukupi untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap pembentukan
kemahiran kerja berpasukan pelajar menerusi bengkel aktiviti origami. Ini
kerana pengajian penyelidik adalah di luar waktu kerja (part time). Bagi
mendapatkan data yang lebih mendalam, masa yang lebih lama diperlukan
tambahan aktiviti ini hanya menjalani latihan yang serius pada pertengahan
tahun sahaja.
(ii) Kewangan.
Kajian ini dijalankan di KVMT sahaja disebabkan jarak membataskan
penyelidik untuk membuat kajian di kolej vokasional yang lain di samping
faktor kewangan penyelidik kerana kos perbelanjaan pengajian dan kajian ini
adalah dibiayai oleh penyelidik sendiri.
(iii) Kefahaman responden terhadap soal selidik
Kefahaman responden terhadap soal selidik yang diedarkan juga adalah
penting. Ini adalah kerana keadaan ini akan mempengaruhi jawapan yang
akan diberikan oleh responden. Jika responden faham dengan soalan yang
diberikan, maka jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sepatutnya.
Jika responden tidak faham dengan soalan, keadaan yang sebaliknya akan
berlaku.
15
(iv) Kejujuran responden
Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para
responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka tanpa
sebarang prejudis.
1.12 Definisi istilah dan pengoperasionalan
Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa definisi istilah dan
pengoperasionalan yang berkaitan dengan aspek-aspek yang dikaji. Ini adalah
seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi menghubungkan
konsep kepada sesuatu yang boleh diperlihatkan dan dinyatakan dalam bentuk yang
boleh diukur dan dimanipulasi. Tujuan penggunaan definisi istilah dan
pengoperasionalan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan terhadap beberapa
istilah yang terlibat dan diberi pengertian seperti yang dimaksudkan berdasarkan
konteks kajian in
1.12.1 Persepsi pelajar
Persepsi adalah pemerhatian, pandangan atau tanggapan seseorang terhadap sesuatu
rangsangan yang dirasa, dilihat, didengar dan difahami. Malah ianya akan
menentukan pendapat individu samada setuju atau tidak tentang sesuatu yang
dialami. Menurut Abd. Hamid (2007), konsep persepsi secara ringkasnya dapat
dibahagikan kepada dua aliran iaitu empirikal dan rasionalis. Aliran empirikal
merujuk kepada cara memahami pembentukan persepsi dengan cara pemerhatian
manakala aliran rasionalis merujuk kepada cara pemahaman yang lebih berdasarkan
olahan minda. Adapun proses persepsi, ianya menuntut seseorang untuk
memberikan penilaian terhadap suatu objek sama ada dari segi positif atau negatif,
senang atau tidak senang dan sebagainya. Manakala pelajar pula merujuk kepada
murid-murid Tahun 2 Semester 3 yang belajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah
di Melaka.
Justeru dalam konteks kajian ini, persepsi pelajar adalah merujuk kepada
pendapat dan pandangan pelajar Tahun 2 Semester 3 di KVMT terhadap aktiviti
16
origami secara berkumpulan dalam membentuk kemahiran kerja berpasukan
berdasarkan penilaian tahap reaksi dalam Model Kirkpatrik.
1.12.2 Origami
Origami adalah seni lipatan kertas yang dijadikan sebagai objek hiasan di negara
Jepun. Menurut McCarthy (2008), nama origami berasal daripada perkataan Jepun
iaitu oru memberi maksud melipat dan kami pula adalah kertas. Kertas yang biasa
digunapakai dalam seni lipatan ini adalah kertas yang sesuai dan permukaannya
keras. Dengan beberapa lipatan yang dibuat, sekeping kertas persegi boleh bertukar
menjadi bermacam-macam bentuk objek yang kreatif dan menarik. Bagi Ali (2008)
pula, origami adalah permainan kreativiti psikomotor iaitu permainan yang menjurus
kepada pergerakan individu. Kreativiti ini melibatkan pancaindera tangan dan mata
di samping akal. Kreativiti ini melibatkan penggunaan deria sentuhan dan juga deria
penglihatan secara menyeluruh.
Origami dapat dikategorikan kepada beberapa jenis samada dari segi dimensi
ataupun berdasarkan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan. Bagi origami
yang berlandaskan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan, ianya
dikategorikan kepada standard origami dan unit origami. Standard origami
merupakan origami yang hanya dibuat dari satu lembar kertas yang berbentuk bujur
sangkar. Dalam pembuatannya, biasanya standard origami tidak memerlukan gunting
atau gam, tetapi model hanya dibentuk dari proses lipatan. Adapun unit origami pula
merupakan modular origami yang masing-masing modulnya merupakan standard
origami. Satu modul origami standard tersebut biasanya dapat dibentuk menjadi
berbagai bentuk unit origami (Imania, 2012). Dalam hal ini, pengkaji telah
membataskan kajiannya hanya kepada jenis origami yang berlandaskan kepada
jumlah lembaran kertas yang digunapakai dalam menjalankan bengkel origami iaitu
unit origami.
1.12.3 Kemahiran kerja berpasukan
Kerja berpasukan melibatkan agihan kuasa kepada kumpulan-kumpulan kecil
kakitangan supaya mereka dapat menjalankan tugas ataupun projek dengan berkesan.
17
Setiap pasukan mempunyai ketua yang merangka gerak kerja dan mengawasi
tindakan ahli-ahli pasukan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Menurut
Mustafa, Suradin, Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh, Madar dan Sulaiman (2008),
kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen kemahiran di dalam kemahiran
insaniah yang amat perlu diberi perhatian dan dikuasai oleh para pelajar yang akan
memasuki alam pekerjaan. Ini disebabkan kemahiran berpasukan merupakan salah
satu kemahiran yang amat diperlukan untuk bekerja di dalam sesebuah organisasi
khususnya oleh para majikan di Malaysia (Ranjit & Wahab, 2008).
Dalam hal ini, pengkaji telah memfokuskan kepada nilai-nilai utama yang
mendasari kerja berpasukan iaitu matlamat sama, kerjasama, tanggungjawab
bersama, saling percaya, kongsi idea, bantu membantu, tolak ansur dan musyawarah
(Sidal, 2004).
1.12.4 Model Kirkpatrik
Kajian ini berdasarkan kepada Model ‘Kirkpatrick and Kirkpatrick 2006'. Model ini
telah direka untuk menilai program latihan secara umum dan ianya dibincangkan di
sini kerana model ini dianggap baik dalam kalangan pendidik. Model ini telah wujud
untuk beberapa waktu dan boleh digunakan untuk pelbagai program latihan,
termasuk bimbingan, kemahiran persembahan dan jualan. Model ini juga telah
menjadi popular untuk menilai program pembelajaran berasaskan teknologi,
terutamanya kursus dalam perkhidmatan. Model ini dibahagikan kepada empat tahap
iaitu tahap reaksi (Reaction) merujuk kepada sikap pelajar dan tahap ini sahaja yang
merupakan fokus kajian penyelidik, tahap pembelajaran (Learning) merujuk kepada
peranan, pengetahuan yang lebih baik dan peningkatan kemahiran, tahap tingkahlaku
(Behavior) merujuk kepada tingkah laku yang baru dalam konteks yang asal dan
tahap keberhasilan (Results) merujuk kepada peningkatan kualiti (Ruhe & Zumbo,
2009). Sebagai contoh sila rujuk pada Rajah 1.3.
18
Rajah 1.3: Kirkpatrick And Kirkpatrick’s 2006 Four-Level Model Of Evaluation
(Ruhe, V. & Zumbo, B. D., 2009)
1.13 Rumusan
Bab ini menghuraikan dan membincangkan latar belakang masalah, pernyataan
masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, batasan kajian,
kerangka konsep kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional yang digunakan
dalam kajian ini. Bagi kemahiran insaniah pula mempunyai pelbagai jenis namun
kemahiran kerja berpasukan yang akan digunakan dalam kajian ini.
19
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pasaran pekerjaan semasa di Malaysia memerlukan graduan yang berkemahiran
untuk menjadi tempat kerja lebih cekap dan pantas. Dengan itu bidang pendidikan
telah dikenal pasti sebagai medium terbaik dalam mengisi kekurangan pelajar
terhadap kemahiran-kemahiran yang menjadi isu kritikal dewasa ini. Justeru itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan
dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah menyediakan modal insan
yang berkemahiran tinggi, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar sentiasa relevan
dalam membantu menyokong pembangunan ekonomi negara dan menyediakan akses
dan ekuiti pendidikan kepada semua murid di negara kita (KPM, 2012a). Pada
hakikatnya, keperluan kemahiran pada abad ke-21 ini bukan sahaja berkemahiran
teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran
interpersonal dan intrapersonal. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (2006),
kemahiran interpersonal mengandungi tujuh kemahiran yang perlu diterapkan dalam
kalangan mahasiswa IPT iaitu :
(i) Kemahiran Komunikasi
(ii) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
(iii) Kemahiran berpasukan
(iv) Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
(v) Kemahiran keusahawanan
(vi) Etika dan moral profesional
(vii) Kemahiran kepimpinan
Kita sering mendengar rungutan daripada guru bahawa amat sukar untuk
mendapatkan pelajar yang berkemahiran dalam bekerja sebagai satu pasukan.
Jawapannya adalah umum bahawa pelajar tidak boleh tiba-tiba dijangka akan bekerja
20
dalam satu pasukan, mendengar dan bertindak balas kepada keperluan orang lain,
berkongsi idea dan bekerjasama jika mereka tidak mempunyai pengalaman yang
mencukupi dalam aktiviti-aktiviti yang menggalakkan tingkah laku itu. Malah
kemahiran ini perlu dibangunkan dari semasa ke semasa supaya amalan ini sentiasa
diamalkan dalam kehidupan pelajar. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji
memfokuskan kepada aktiviti origami berkumpulan untuk pembentukan kemahiran
kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
2.2 Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan samada dengan menggunakan kain atau pun
kertas. Pada awal kemunculannya, kertas tersebut adalah diperbuat daripada
hancuran tumbuhan dan kain buruk. Oleh itu contoh-contoh awal origami yang
dihasilkan, kebanyakannya berasal daripada negara China seperti bentuk tongkang
cina dan kotak. Yang penting, seni origami ini merupakan satu hasil kerja tangan
yang sangat teliti dan halus.
Bagi origami tradisional, kebanyakan seni lipatannya dilakukan tanpa
pemotongan atau menampal. Ini berbeza dengan origami yang kreatif kerana seni ini
lebih maju, maka gunting dan juga pisau boleh digunakan untuk membantu
membentuk reka bentuk yang lebih rumit dan mencabar. Mungkin kita menganggap
origami sebagai sesuatu yang biasa dan tidak terlalu istimewa, akan tetapi jika kita
perhatikan seni rekaan dan binaan origami, ianya merupakan satu nilai kesenian yang
sangat mudah dihasilkan dan begitu mempesonakan. Di balik kesederhanaannya
ternyata terkandung nilai seni yang sangat tinggi.
2.2.1 Sejarah rekaan dan binaan origami
Sejarah origami bermula sejak manusia mulai memperkenalkan kertas. Negara China
telah mencipta kertas hampir 2000 tahun yang lalu, dan selama itulah juga origami
berkembang. Kertas pertama kali diperkenalkan oleh Ts’ai Lun. Kemudian pada
abad ke-enam, seorang biksu Buddha bernama Doncho (Dokyo) yang berasal dari
Goguryeo (Semenanjung Korea) memperkenalkan kertas dan tinta Jepun, iaitu pada
masa pemerintahan kaisar wanita Suiko. Semenjak itu origami menjadi popular
21
dalam kalangan orang Jepun sejak turun-temurun sehinggalah ke hari ini
terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
Banyak seni dan kraf China yang telah diterapkan ke dalam bentuk budaya orang
Jepun itu sendiri. Impaknya orang-orang Jepun telah berjaya membangunkan kaedah
baru lipatan kertas ke dalam bentuk yang lebih cantik dan imej yang lebih menarik
sehingga hasil seni origami tersebut menjadi sangat kreatif dan nampak asli. Pada
zaman Heian, origami ini menjadi aspek yang penting dalam perayaan-perayaan di
Jepun. Antaranya ialah origami ini telah digunakan sebagai simbol agama untuk
menghiasi tempat-tempat suci dan kuil, contohnya dalam upacara perkahwinan adat
agama Shinto, mereka menggunakan objek kupu-kupu daripada origami yang
dipercayai mempunyai tuah. Lain-lain objek seperti kura-kura dan udang sebagai
simbol nasib baik yang digunakan sebagai barang perhiasan (Noshi) yang diikat pada
hadiah atau sebagai hiasan perayaan.
Oleh itu dalam perkembangan origami ini tidak hanya terpaku pada seni
melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam
origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk
barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini.
2.2.2 Simbol lipatan origami
Kaedah melipat model origami boleh diterangkan menggunakan lukisan dan simbol
yang mudah. Kebanyakan buku yang ditulis sejak tahun 1950-an sehingga kini
menggunakan sistem yang dimulakan oleh Akira Yoshizawa dari Jepun dan Samuel
Randlett dari Amerika Syarikat. Apabila anda sudah biasa dengan kunci simbol ini
seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 2.1, anda boleh mempelajari origami
daripada mana-mana buku origami walaupun buku itu ditulis dalam bahasa asing!
22
Jadual 2.1: Kunci Simbol Origami
(Lafosse, 2012)
Simbol Lipatan Huraian
_________________
Garisan lipatan untuk langkah sebelumnya.
..............................
Lipatan atau sisi yang terlindung di bawah satu lagi
lapisan kertas; turut digunakan sebagai sambungan
bayangan pada garisan yang telah dibuat.
Lipatan gunung.
Lipatan lurah.
Terbalik atau pusingkan kertas ke arah lain.
Lipat lisu pada kertas dengan cara lipatan membalik dua
garisan lipatan.
Lipat kertas mengikut arah anak panah.
Lipat kertas dan kemudian buka semula lipatan.
Lipat kertas ke belakang.
Hembuskan udara ke dalam model untuk
mengembungkannya.
2.2.3 Contoh-contoh lipatan haiwan origami
Menurut Ansary, Mansor dan John (2007) dalam bukunya yang berjudul “HBA
Membentuk dan Membuat Binaan”, origami ini mempunyai pelbagai bentuk iaitu
bentuk haiwan, barang permainan, tumbuh-tumbuhan dan perhiasan. Bentuk haiwan
ialah bentuk yang paling popular terutama haiwan seperti burung, ikan, rama-rama
dan arnab. Manakala bentuk permainan seperti sampan, kereta, bangunan dan
perabot kecil (miniature). Bentuk tumbuh-tumbuhan pula ialah terdiri dari bentuk
bunga, daun dan pokok pain. Biasanya digunakan untuk kad ucapan. Contoh bunga
23
yang paling digemari ialah bunga dahlia dan tulip. Bentuk perhiasaan pula ialah
direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sesuatu
perayaan.
Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji telah memilih enam lipatan origami yang
berbentuk haiwan seperti gajah, arnab, monyet, zirafah, singa dan ayam jantan
sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 2.1.
Rajah 2.1: Contoh Lipatan Origami yang berbentuk haiwan
(Sato, 1996)
2.2.4 Tips dan cadangan dalam aktiviti seni lipatan origami
Untuk memulakan origami, Cohen (1994) menyatakan bahawa kita memerlukan
kertas yang nipis dan cukup lebar untuk memegang lipatan supaya lipatan menjadi
kemas serta cukup kuat untuk menampung badan model supaya dapat berdiri tegak.
Gunakan kertas yang murah seperti kertas yang hendak dikitar semula. Sebaik sahaja
anda mendapat keyakinan, anda mungkin boleh menggunakan kertas berwarna untuk
membuat model yang lebih menarik. Kertas Jepun yang nipis dipanggil Washi
biasanya berwarna pada satu bahagian dan berwarna putih pada satu bahagian lagi.
24
Kertas yang hendak digunakan sebagai model itu, mestilah berbentuk persegi yang
sempurna iaitu kebiasaannya berukuran 8 inci (20 cm) persegi.
Kemudian cari permukaan yang keras dan rata untuk melakukan gerakerja
lipatan seperti meja atau buku yang kukuh. Arahan dan rajah harus diletakkan di
sebelah supaya anda boleh membacanya sekali-sekala. Setelah bersedia untuk
memulakan lipatan, berikut adalah beberapa tips dan cadangan yang dapat membantu
anda iaitu:
(i) Mulakan dengan yang mudah. Secara asasnya origami yang berbentuk
tradisional. Lebih banyak pengalaman anda dalam menyiapkan origami asas,
lebih mudah untuk mereka bentuk objek origami yang sukar.
(ii) Bersabar. Pada mulanya anda mungkin mendapati arahan lipatan origami
agak sukar untuk diikuti, tetapi janganlah berputus asa.
(iii) Buat lipatan dengan tepat. Lipatan yang betul adalah sangat penting, jadi
ikutlah arahan dengan berhati-hati dan jangan tersilap langkah. Tandakan
pada kertas dengan simbol yang anda sendiri tentukan supaya lipatan akan
menjadi lebih mudah untuk dibuat.
(iv) Buat lipatan dengan bersungguh-sungguh. Dengan menekan sepanjang tepi
lipatan akan menghasilkan kedutan yang tajam, dan ini akan menampakkan
bentuk objek yang semakin jelas.
(v) Buat secara kreatif. Contohnya membuat reka bentuk topi dan tulis nama
anda di atasnya, atau mencipta reka bentuk yang anda boleh cat atau warna.
2.2.5 Fakta-fakta menarik tentang origami
Origami menukarkan sekeping kertas biasa menjadi bentuk yang menarik. Ianya
boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja dengan begitu sabar menggunakan beberapa
keping kertas. Berikut adalah fakta-fakta yang menarik tentang perkembangan
origami oleh Meinking, M. dan Alexander, C. berdasarkan buku Origami Teknik
Mudah dan Origami Teknik Sederhana Sukar yang diterjemahkan oleh Institut
Terjemahan Negara Malaysia (2012) iaitu:
(i) Pelukis atau pencipta Leonardo da Vinci adalah antara pakar melipat kertas
yang terkenal dan terawal. Beliau melipat kertas kulit untuk menghasilkan
objek terbang bagi memahami prinsip penerbangan. Ramai orang
menganggap da Vinci sebagai bapa kepada kapal terbang kertas.
91
RUJUKAN
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ali, N. (2008). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif (JIGSAW II) Dalam
Subtopik Formula Kimia Bagi Tingkatan 4. UPSI: Tesis Sarjana.
Ansary, Mansor & John. (2007). HBA Membentuk dan Membuat Binaan. Kuala
Lumpur: Open Universitiy Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). DSK Kolej Vokasional 2013. Putrajaya:
KPM.
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2010). Citra Kecemerlangan BPTV
Dan SMT. Putrajaya: BPTV.
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi
Pendidikan Vokasional. Putrajaya: KPM.
Banks, J. A. (2002). An introduction to Multicultural Education. Boston-London:
Allyn and Bacon Press.
Bidin, Y. H. (2006). Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: PTS Sdn Bhd.
Bloss, R. (2012). Origami comes to the aid of automatically fabricating mini robots.
Industrial Robot: An International Journal, 39(6), pp. -.
Brophy, J. (2012). Motivating Students To Learn. Second Edition. MA: Allyn and
Bacon.
Chang, K. K. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap
Prestasi Dan Perubahan Sikap Pelajar Tahun Dua Dalam Aktiviti Origami
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. OUM: Tesis Sarjana Muda.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan
Buku 1,2 Dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Chua, B. S., Bullare, F. & Mutang, J. A. (2014). SPSS: Prinsip dan Analisis Data
dalam Sains Tingkah Laku. Sabah: UMS.
92
Cohen, E. G. (1994) Designing Groupwork - Strategies for the Heterogeneous
Classroom. Second Edition. Teachers College Press.
Conti, B. & Kleiner, B.H. (1997). How to increase teamwork in organizations.
Journal Of Training for Quality, 5(1), 26 – 29.
Devore, J. & Peck, R. (2005). (Eds.), Statistics-The Exploration And Analysis Of
Data. 2nd Ed. Wadsworth, Belmont, pp. 731-802.
Esa, A. (2011). UTHM Lecture Series 5/2011: Kokurikulum Membangun Kemahiran
Insaniah: Koleksi Penyelidikan. UTHM: Penerbit UTHM.
Esa, A., Mohamad, B., Mohd.Salleh, B. & Awang, F. (2008). Penguasaan
Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui
Pembelajaran Koperatif: Tinjauan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysia
France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23
Oktober 2008, Bangi.
Four Corners Virtual Resource Center. Tech Beat. USA, Volume 4 Issue 4. 2005.
Fraenkel, J. R., & Wallen, E. W. (2009) How To Design and Evalute Reseach In
Education. Boston, MA: McGraw-Hill..
Gerson, R. F. (2004). Mengukur Kepuasan Pelanggan. Johor Bahru: Pelangi Sdn.
Bhd.
Graham, J. & Caso. (1999). Measuring Engineering Freshman Attitudes And
Perceptions. Journal of Education.
Hashim, R. Memperkasakan Pengajaran Dan Pembelajaran. Dalam: Azizul Rahman,
A. B. & Mohamad Saleeh, R. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala
Lumpur: Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. 102-111; 2010.
Harun, H. (2009). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dan Kerja Berpasukan
Dalam Kalangan Guru Pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
UTHM: Tesis Sarjana Muda.
Herman, W. (2012). Aliran Vokasional Pendidikan Kelas Pertama. Dewan
Masyarakat, Mac 2012. Kuala Lumpur.
Imania, K. L. (2012). Analisa Origami Dalam Interaksi Sosial Masyarakat. Jurnal
Seni Rupa & Desain, 49-55.
Iskandar. 2008. Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan
Kualitatif). Jakarta: Gaung Persada Press.
93
Ismail, R. (2006). 12 Rukun Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Jeannette, G. (2014). Victory Due To Luck And Teamwork. The Online Star, April
2014. Dicapai pada April 20, 2014 dari
http://m.thestar.com.my/story.aspx?hl=Victory+due+to+luck+and+teamwork
&sec=news&id={0032F800-0394-4C68-9D41-F7FC0B0B551B}
Johari, K. (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Pearson Prentice Hall.
Kamsah, M. F. & Yusof, A. F. (2007). 55 Petua Kerja Berpasukan. Kuala
Lumpur: PTS Sdn Bhd.
Kamsah, M. Z. Abu, M. S. & Razzaly, W. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah
(KI) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Di IPTA.
Prosiding SKIKS 08. 491-502.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Putrajaya: KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pendidikan Kerjaya Semester 8 BPTV 2013
Modul Insaniah. Putrajaya: KPM.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran
insaniah (soft skills) untuk Instutusi Pengajian Tinggi Malaysia. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kirkpatrick D. L. (1959). Techniques for evaluating training programs. Journal of
American Society of Training Directors, 13(3), 21–26.
Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating Training Programs. San Francisco: Berrett-
Koehler Publishers.
Kolej Vokasional Melaka Tengah. (2013). Laman Web Portal KVMT. Dicapai pada
November 20, 2013, dari http://www.kvmt.edu.my/v3/
Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Kumar, R. (2011). Research Methodology: 9 Step-By-Step Guide For Beginners.
Singapore: Sage Publications Asia.
Kwok, K. T. (2012). The Use Of Midpoint On Likert Scale: The Implications For
Educational Research. Hong Kong Teacher's Centre Journel. Vol. 11. 2012.
Hong Kong: The University Of Hong Kong.
94
Lafosse, M. G. (2012). Origami - Seni Dan Kraf Kreatif Asia. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Levenson, G. (2003). The Educational Benefits Of Origami. Dipetik daripada
http://home.earthlink.net/~robertcubie/origami/edu.html pada 6 November
2013
Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of
Psychology, 140, 1–55.
Marican, A. (2005). Teknologi Sebagai Pengupaya Dalam Pelaksanaan Sekolah
Bestari dan Pengurusan Pembelajaran Bestari. Jurnal Akademik. Jilid 9.
Januari 2002. Kota Bharu: Maktab Perguruan Kota Bharu.
Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal,
Tesis. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.
Mat, C. (2004). Kursus Kejurulatihan Belia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn Bhd.
Mat, C. (2006). Kursus Pembinaan Pasukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn Bhd.
Mazhi. (2013). Origami Sangat Bermanfaat Untuk Anak. Dicapai pada November
30, 2013 dari http://bloghamil.com/8639/origami-sangat-bermanfaat-untuk
anak/showing.html
McCarthy, V. Q. (2008). The New Book Of Knowledge. Volume 14. USA: Scholastic
Inc.
McLagan, J. (1989). Models For Human Resource Development (HRD) Practice.
Journal Of Vocational and Technical Educations.
Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Mudah. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Sederhana Sukar. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Mohamed Yusof, A., Esa, A. & Ahmad, A. (2008). Kemahiran Interpersonal Di
Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008,
Bangi.
Mohd Adnan, A. S. (2009). Meningkatkan Kreativiti Murid Melalui Aktiviti Karya
Origami Di Peringkat Kanak-kanak Sekolah Rendah. OUM: Tesis Sarjana
Muda.
95
Mohd Noor, N. & Sahimin, S. (2010). Penerapan kemahiran generik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah. Di capai pada Januari
18, 2011 dari
http://eprints.utm.my/10527/1/penerapan_kemahiran_generik_dalam_proses_
pengajaran_dan.pdf
Mustafa, M. Z., Suradin, A., Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd Salleh, K., Madar, A. R.
& Sulaiman, N. (2008). Penguasaan Kemahiran Berpasukan Menerusi
Penyertaan Di Dalam Kokurikulum: Satu Tinjauan Di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan
2008, 22-23 Oktober 2008, Bangi.
National Association Of Colleges and Employers (NACE). Job Outlook 2006 –
Student Version. 2005.
National Council Of Teachers Of Mathematics. The Japan Times. USA. 2012.
Panduan Penulisan Tesis Edisi Keempat. (2011). Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pearl, B. (2012). Math In Motion: Origami Across The Curriculum. USA:
Greenpeace.
Ranjit, S. M. & Wahab, A. B. (2008) Your dream job: How to get it and excel. Kuala
Lumpur: TQM Consultants Sdn. Bhd.
Ruhe, V. & Zumbo, B. D. (2009). Evaluation In Distance Education And E-
Learning. New York: The Guilford Press.
Salleh, M. dan Tasir, Z. (2001). Pengenalan kepada Analisis Data
Berkomputer:SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Sato, Y. (1996). Animal Origami. USA: Kodansha America Inc.
Sekaran, U. (2003). “Research Methods For Business – A skill Building Approach”.
New York: John Wiley and Sons, Inc.
Sidal, A. (2004). Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Edisi Pertama. Kuala
Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Sulaiman, R. Pembinaan Pasukan Kerja Cemerlang (PKC) Dan Impaknya Kepada
Pengurusan Sekolah. Jurnal Pendidikan PKPSM. 2010. Mei 2010: 1 – 14.
Syed Zamri, S. N. A. (2011). Statistik Untuk Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UM.
Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: UPM.
96
Tarricone, P. & Luca, J. (2002). Employees, Teamwork And Social Interdependence
– A Formula For Successful Business?. Journal Of Team Performance
Management, 8(3/4), 54 – 59.
Toshiba Medical Systems. Vision 19-12. Eropah. 2012.
Unit Kualiti dan Produktiviti Bahagian Pentadbiran Dan Kejuruteraan RISDA.
Buletin Q. Kuala Lumpur. 2009.
Yahya, A. & M. Savarimuthu, E. Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam
Matematik. Dicapai pada November 10, 2013 dari
http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf.
Yahaya, A. & Latif, J. S. (2005). Membentuk Indentiti Remaja. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Yahaya, A., Hashim, S. & Ramli, J. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professsional Pub. Sdn. Bhd.
Recommended