View
581
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
improvisasi bahan bantu mengajar dalam pengajaran sains
Citation preview
Tugasan 3
Aktiviti 2
1.0 Pengenalan
Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaian serta kurikulum
yang disediakan pada masa ini terutamanya dalam Dunia Sains dan Teknologi
akan mengalakkan murid-murid sekolah rendah mengembangkan kefahaman
yang lebih baik terhadap konsep-konsep sains. Pada tugasan ini,
pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah dari segi penggunaan bahan bantu
mengajar. Kandungan bahan yang digunakan untuk diubahsuai dengan
mengambil kira jenis keupayaan murid. Ianya perlulah menarik dan memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran khusus untuk memenuhi keperluan
murid-murid di sekolah rendah
2.0 Maksud pengubahsuaian dalam aspek pengajaran sains.
Pengubahsuaian peralatan sains ialah bermula dengan suatu idea yang lama
dan dibentuk menjadi sesuatu idea yang baru.
Selain itu, pengubahsuaian juga disebabkan masalah untuk menjimatkan kos
atau untuk menghasilkan alatan yang membantu pengajaran yang mempunyai
topik dan konsep yang sukar untuk diajar.
Pengubahsuaian perlu dijalankan dengan teratur selepas melakukan beberapa
kajian dan analisis yang teliti.
Tambahan lagi, dengan melakukan pengubahsuaian ini, hendaklah dilakukan
tanpa mengubah idea yang asal dan ianya juga perlu melibatkan murid-murid
untuk merasai suasana pembelajaran yang bermakna.
3.0 Pemilihan topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
Tahun : 5
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Bidang
pembelajaran :
Unit 3 : Rantai Makanan dan Siratan Makanan
Objektif
pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
3.1 Memahami rantai makanan.
Hasil
pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
1) Mengenalpasti haiwan dan makanannya
2) Membina rantai makanan
Idea asal : Guru hanya menggunakan powerpoint slides untuk
membentangkan kepada pelajar dan juga gambar-gambar
haiwan semasa pembelajaran dan pengajaran.
Masalah : Guru menghadapi masalah untuk menghasilkan bahan
bantu mengajar yang menarik tentang topik rantai makanan
ini. Kos yang agak tinggi untuk membeli patung-patung
haiwan di kedai.
Pengubahsuaian/
cara mengatasi :
Guru ingin menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik
untuk diajar dan mengubahsuai idea asal iaitu
menggunakan gambar-gambar haiwan dengan
menghasilkan satu persembahan 3D kepada pelajar.
Bahan bantu
mengajar :
Persembahan 3D tentang topik rantai makanan.
4.0 Analisis manfaat kos
Kenalpasti kelebihan kos dengan membandingkan kos pembinaan dan kos
pembelian. Ini bermaksud, adakah kos pembinaan lebih murah berbanding
dengan harga kos pembelian. Adakah kos pembinaan berbaloi berbanding harga
kos pembelian.
Harga kos untuk pembinaan ubahsuai bahan bantu mengajar yang dibina :
Bahan Harga (rm)
Kertas keras 3.00
Batang aiskrim Sedia ada
Polisterin Sedia ada
Kertas warna Sedia ada
Kertas hitam Sedia ada
Kapas 1.00
Kad manila Sedia ada
Rumput plastic 2.00
Pokok-pokok 1.70/set
Bunga-bunga 1.70/set
Kolam 1.70/set
Gam Sedia ada
Double tape Sedia ada
Jumlah Rm 11.10
5.0 Peralatan yang diperlukan
Pastikan peralatan yang diperlukan dalam pengubahsuaian hendaklah sentiasa
tersedia supaya pengubahsuaian berjalan lancar. Contoh peralatan yang
digunakan ialah:
Polisterin
Bunga
Warna air Kolam
Kad manila Kertas lukisan
Rumput Pokok Kertas hitam
6.0 Kemahiran yang diperlukan
Guru perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran asas yang diperlukan
seperti menggunting, melekat, menyusun, memilih dan beberapa langkah asas
yang lain.
Selain itu, guru perlulah berfikiran kreatif dalam menghasilkan produk yang
menarik perhatian pelajar.
Guru juga perlu mengetahui beberapa langkah yang diambil bagi menyiapkan
bahan bantu mengajar dengan sempurna.
7.0 Proses pembinaan bahan bantu mengajar
Langkah 1 : Pengumpulan bahan
Membuat lakaran awal tentang bahan
bantu mengajar yang akan dibuat.
Mengumpul dan menyediakan bahan
yang perlu digunakan semasa proses
penyiapan bahan.
Memastikan barang-barang dan segala
peralatan yang akan digunakan cukup.
***Proses penyediaan peralatan dilakukan
untuk mengelakkan berlakunya masalah
ketiadaan alatan semasa menyiapkan bahan
bantu mengajar.
Langkah 2 : Penyediakan asas persembahan
Lipatkan kad bord menjadi dua bahagian
untuk dijadikan seperti bentuk 3D.
Kemudian, balut polisterin yang diukur
mengikut saiz kelebaran kad bord yang
tersedia dengan kertas hitam untuk
dijadikan pentas persembahan rantai
makanan.
Seterusnya, lekatkan kadbord hitam yang
siap dibalut di atas kad bord yang dilipat
tadi.
Bahagian belakang pentas perlu
dilukiskan dengan latar belakang yang
sesuai.
Gunakan pensil untuk lukiskan draf
lukisan dan kemudian warna
menggunakan warna air bagi
menjimatkan masa menyiapkan bahan.
***Proses penyediaan pentas 3D untuk
mengajar topic rantai makanan dapat
membantu menarik minat pelajar.
Langkah 3 : Penyediaan rantai makanan
Sediakan gambar-gambar haiwan yang
berkaitan untuk diajar dalam proses rantai
makanan.
Dua rantai makanan yang disediakan di
dalam persembahan 3D tersebut.
Kemudian, sediakan nama-nama haiwan
yang terlibat dalam proses rantai
makanan ini. Nama-nama tersebut
didirikan dengan polisterin secara mudah
alih untuk aktiviti pengajaran.
Guru juga menyediakan pocket chart
untuk membantu pelajar melibatkan diri
dalam menyusun nama-nama haiwan
dengan betul.
Gambar-gambar haiwan yang digunakan
dilekatkan dengan batang aiskrim untuk
dicucuk di polisterin yang disediakan bagi
membantu untuk dilihat sebagai
persembahan 3D.
Gambar-gambar dan perkataan yang
digunakan hendaklah jelas bagi
memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.
*** Semua gambar yang digunakan dan
didirikan adalah bertujuan untuk membantu
pelajar memahami topic yang diajar dan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna.
Langkah 4 : Perhiasan rantai makanan
Tambahkan segala perhiasan yang dibeli
seperti pokok hiasan, bunga hiasan, dan
rumput hiasan.
Kemudian, sediakan anak panah yang
menunjukkan proses rantai makanan
yang diajar.
***Perhiasan adalah sangat membantu guru
untuk menerangkan keadaan sesuatu tempat
bagi haiwan tersebut sebagai contoh ialah
habitat haiwan.
Langkah 5 : Persembahan pentas rantai makanan (3D)
Pocket chart yang disediakan ditampal di
bahagian latar belakang pentas.
Sediakan tajuk besar bagi menjelaskan
bahan bantu mengajar yang dibuat.
Siapkan segala bahan yang digunakan
untuk dipersembahkan.
***Penyediaan pocket chart adalah salah
satu cara penglibatan pelajar dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
8.0 Ujian lapangan
Selepas langkah dan proses pembinaan selesai, tindakan seterusnya ialah
percubaan bahan ataupun ujian lapangan. Ujian ini dilakukan di atas beberapa orang
rakan. Hasilnya, bahan yang dihasilkan boleh digunakan dengan baik dan setiap
daripada mereka akan berpeluang menggunakannya. Jika ini dilakukan di dalam kelas,
pelajar dapat mengambil giliran untuk mencuba melakukan aktiviti tersebut iaitu
mengambil nama haiwan dan masukkan ke dalam pocket chart yang dibuat. Ujian
lapangan dilakukan bagi memastikan bahan yang terhasil mempunyai masalah atau
kerosakan.
9.0 Penutup
Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan pengubahsuaian yang
dilakukan. Walaupun dengan menggunakan powerpoint slides dan gambar-gambar
haiwan dapat menjimatkan masa, tetapi ianya tidak dapat memberi pengajaran yang
bermakna kepada pelajar. Pelajar tidak berpeluang untuk mencuba aktiviti seperti yang
dijalankan. Selain itu, pengubahsuaian ini dilakukan bagi menjimatkan kos. Oleh sebab
itu, banyak bahan yang tersedia ada digunakan bagi menghasilkan pengubahsuaian ini
daripada membeli patung-patung haiwan dengan harga yang mahal. Walaupun ianya
sangat mengambil masa, tetapi dengan menghasilkan pengubahsuaian rantai makanan
ini ianya boleh digunakan seberapa kali yang boleh kerana topic haiwan banyak diajar
di dalam sukatan pelajaran Malaysia. Pengubahsuaian seterusnya boleh dijadikan
sebagai siratan makanan. Ini membantu bagi mengelakkan pembaziran. Ianya sangat
berbaloi kerana banyak unit yang boleh diajar dengan menggunakan bahan yang sama.
Refleksi
Sepanjang menyiapkan tugasan Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (SCE
3112), banyak yang telah dipelajari terutamanya dari segi pengurusan makmal. Sebagai
seprang pelajar, banyak yang dipelajari dan sebagai seorang bakal pengajar, banyak
yang perlu dipelajari bagi menambahkan ilmu sebagai seorang guru sains. Saya akui
banyak kelemahan yang ada berbanding kelebihan terutamanya dari segi pengurusan
makmal dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh sebab saya sedar akan
kelemahan diri ini, saya mencari bimbingan dari pada orang sekeliling saya
terutamanya rakan-rakan sekelas. Menjadi seorang guru sains sangat mencabar
kerana banyak kemahiran yang perlu dikuasai di dalam kelas. Pelbagai aspek perlu
dititikberatkan bagi memenuhi criteria sebagai seorang guru sains yang cemerlang.
Sebagai contoh, guru sains perlu ada kemahiran dalam kawalan kelas, kemahiran
manipulative alatan, kemahiran asas sains dan sebagainya.
Banyak pengalaman baru yang dilalui. Sebagai seorang guru sains sekolah
rendah, banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan. Dalam mengendalikan sebuah
makmal, bahan-bahan yang berada di dalam makmal, guru sains juga perlu memberi
kawalan dan perhatian lebih kepada pelajar. Ini kerana, mengajar sains bagi pelajar
sekolah rendah lagi mencabar berbanding sekolah menengah dan atasan.
Selain itu, sebagai guru sains sekolah rendah, saya hendaklah berfikir secara
kreatif dan kritis bagi mengeluarkan idea-idea yang bernas dan menarik perhatian
pelajar. Pelajar zaman sekarang perlu didedahkan dengan pengajaran yang bermakna
dan mereka berpeluang merasai sendiri aktiviti yang dilakukan di dalam makmal.
Mengajar sains perlulah menarik kerana tidak semua pelajar minat akan matapelajaran
sains ini.
Banyak ilmu yang perlu ditingkatkan lagi bagi menjadi guru sains yang
cemerlang. Banyak prosedur yang perlu diketahui dalam menguruskan makmal.
Prosedur yang banyak perlu diketahui terutamanya dari segi pengurusan makmal,
peralatan di dalam makmal, kemahiran mengendalikan specimen, kemahiran
mengendalikan bahan, menghasilkan bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Recommended