View
259
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
ok
Citation preview
30 sen50 sen 80 sen
RM 1 60 sen
80 sen
KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P SEKOLAH RENDAH
CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN
MODEL INKUIRI PENEMUAN
Bidang : Wang
Tajuk : Wang Hingga RM 10 000
Masa : 2 Waktu ( 60 minit )
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
4.6 Operasi Bergabung tambah dan tolak melibatkan wang hingga RM 10 000
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
Murid berupaya untuk menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak melibatkan wang hingga RM 10 000
Objektif Pembelajaran : Menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian.
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI
Persediaan
Memerhati
Menciri
Mengelas
Menyoal
Murid diminta mengeluarkan jumlah wang yang mereka ada.
1. Berapakah jumlah wang yang kamu ada?
2. Apakah yang dapat kamu beli dengan wang yang kamu ada di kantin?
Imaginasi
Meneroka
Merancang
Meramal
Membuat hipotesis
Sejumlah wang dipamerkan kepada murid.
Beberapa jenis barangan untuk dijual.
1. Berapakah jumlah wang yang ditunjukkan?
2. Kamu dikehendaki membeli 3 barangan yang dipamerkan menggunakan jumlah wang yang kamu ada.
3. Berapakah jumlah baki yang kamu ada untuk ditabungkan?
Perkembangan
Menguji hipotesis
1. Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set permainan.
3. Permainan ini dipanggil “Jalan-jalan cari makan”
4. Masa yang diberikan adalah selama 20 minit.
5. Setiap pelajar akan disediakan dengan lembaran untuk menunjukkan semua pendapatan dan perbelanjaan mereka.
1. Kamu akan diagihkan kepada 5 kumpulan.
2. Kita akan bermain satu permainan yang
dipanggil “Jalan-jalan cari makan”
3. Kamu dikehendaki membaca arahan yang ditulis dibahagian belakang.
4. Setiap perbelanjaan hendaklah dicatatkan dalam lembaran yang diberikan.
5. Kamu ada masa 20 minit untuk menentukan pemenang.
Tindakan
Membuat kesimpulan
1. Seterusnya setiap kumpulan diminta menentukan pemenang.
2. Pemenang hendaklah menunjukkan setiap perolehan dan perbelanjaan yang mereka buat.
3. Guru seterusnya memberikan lembaran kerja.
1. Seronok tak permainan tadi?
2. Setiap pemenang tampil kehadapan. Tahniah untuk pemenang.
3. Apakah yang kamu pelajari dari permainan ini?
4. Sila jawab semua soalan yang dibekalkan.
Pentaksiran Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh murid dalam lembaran kerja yang dibekalkan.
Nilai dan sikap berjimat cermatjujurdisiplin
EMK keusahawanan
Recommended