View
240
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
KESAN PENGGUNAAN MAGIC MARBLE DENGAN PEMBElAJARAN KOPERATIF DALAM MATEMATIK
TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN DAN SIKAP PELAJAR TINGKATAN 1
SUZEMIE AYU RAMLI
PERPUSTAWH UtllVERSITI MALAYSIA SAer,H
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2013
(::"J UMS .(,~~.>
SA H , \ UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KESAN PENGGUNAAN MAGIC MARBLE DENGAN PEMBELAlARAN KOPERATIF DALAM MATEMATIK TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN DAN SIKAP PELAlAR T1NGKATAN 1.
UAZAH: DAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SAINS)
SAYA : SUZEMIE AYU RAMU SESIPENGAJIAN:2011/2012
Mengakui membenarkan tesis (LPSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. 2.
3.
4.
Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenar membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenar membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Sila tandakan ( / )
OSULIT
OTERHAD
o TIDAK TERHAD
(mengandungi yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelldikan dijalankan)
oleh
(5UZEMnt RAMU) ",,~ .. ~IAH ABDULLAH)
Tarikh. ')...).-/ "2 / 13 Alamat Tetap: No 51, Lorong Mawas, Taman Foh Sang,Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.
Tarikh : 20 FEBRUARI 2013
CATATAN:
* **
***
Potong yang tidak berkenaan.
Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
iv
suzl*vu RAMU PT2010-7444C 20 FEBRUARI 2013
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGESAHAN PENYELIA
Projek Sarjana yang bertajuk " Kesan Penggunaan Magic Marble dengan
Pembelajaran Koperatif dalam Matematik Terhadap Tahap Pencapaian dan Sikap
Pelajar lingkatan 1" disediakan oleh Suzemie Ayu Ramli bagi memenuhi syarat
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Dengan Sains), Sekolah Pendidikan Dan
Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Disahkan oleh,
Dr. Sopiah Atxlullah
Penyelia Projek Sarjana Pendidikan
(Pendidikan Dengan Sains)
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah
ii
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat IlIa hi kerana dianugerahkan kekuatan fizikal dan mental untuk
saya menyiapkan disertasi ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, iaitu
Dr Sopiah Abdullah kerana bersedia meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar
serta bimbingan kepada saya dari awal hinggalah ke peringkat menyiapkan disertasi
ini. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada Dekan Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, semua kakitangan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan
Sosial, Pusat Pengajian Pasca Siswazah Universiti Malaysia Sabah, Pusat Luar
Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) serta yang telah memberi kerjasama yang sangat
baik sepanjang pengajian saya. Akhir sekali diucapkan terima kasih yang teramat
sangat kepada kedua orang tua, keluarga dan sahabat-sahabat saya yang banyak
memberi sokongan dan dorongan dalam menjalankan kajian inl.
v
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan bagaimana penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap sikap dan tahap pencapaian pelajar dalam topik Integer Matematik tingkatan satu. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan satu (58 lelaki dan 82 perempuan) yang diambil daripada sebuah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu Sabah. Soal selidik digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap Matematik dan pencapaian pelajar diukur menggunakan markah ujian pra dan pasca. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 19. Dapatan analisi ujian- t menunjukkan bahawa pencapaian pelajar meningkat secara signifikan setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif. (t = - 60.356, P < 0.05). Begitu juga, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan sikap pelajar setelah menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam bilik darjah. Namun kajian ini gagal menunjukkan perbezaan min skor sikap antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana membekalkan data mengenai sikap dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar guru- guru mengaplikasikan penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam mengajar Matematik tingkatan satu.
vi
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ABSTRACT
EFFECT OF USING MAGIC MARBLE WITH COOPERA TIVE LEARNING IN MATHEMA TIC TOWARDS THE ACHIEVEMENT AND
ATTITUDES OF FORM ONE STUDENTS
This study discusses how the use of Magic Marble with cooperative learning affect students' level of achievement in Mathematics Integer topics form one. The sample consists of 140 students from Form One (58 boys and 82 girls) from a secondary school in Kota Kinabalu, Sabah. Questionnaires were used to measure students' attitude toward mathematics and achievement measured by pre and post test scores. Data were analyZed using SPSS version 19. The findings of the t-test analysiS showed that students' performance increased significantly after the process of teaching and learning using the Magic Marble with cooperative learning. (t = - 60,356, P <0.05). Similarly, the findings of this study show significant differences in student attitudes after using the Magic Marble with cooperative learning in the classroom. But this study failed to show differences in mean attitude scores between girls and boys. In summary, this study contributes in terms of research as to provide data on student attitudes and achievement in mathematics. Therefore, this study suggests that teachers apply the use of Magic Marble with Cooperative Learning in Mathematics teaching Form One.
vii
,UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
lSI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i PENGESAHAN PENYElIA ii lUDUL iii PENGAKUAN iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii KANDUNGAN viii SENARAIlADUAL x SENARAIRAlAH xi SENARAISINGKATAN xii SENARAI LAMPIRAN xiii
I 1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Objektif Umum 7 1.5.2 Objektif khusus 7
1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Definisi Operasi
1.7.1 Magic Marble 8 1.7.2 Pembelajaran Koperatif 8 1.7.3 Integer 9 1.7.4 Sikap 9 1.7.5 Pencapaian 10
1.8 Signifikan Kajian 11 1. 9 Batasan Kajian 12 1.10 Rumusan 12
II 2.0 TINlAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 13 2.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 14
2.2.1 Teori Konstruktivisme Kognitif 15 2.2.2 Teori Konstruktivisme Sosial 17
2.3 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme 18 2.4 Model Konsturktivisme lima Fasa Needham 19 2.5 Kelebihan Penggunaan Pendekatan Teori 23
Konstruktivisme 2.6 Kajian Lepas 24 2.7 Kerangka Konseptual 32 2.8 Kesimpulan 32
viii
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33 3.2 Reka Bentuk Kajian 33 3.3 Populasi Dan Sam pel Kajian 34 3.4 Instrumen Kajian 35 3.5 Kajian Rintis 38 3.6 Pengajaran dan Pembelajaran mengguna Magic 39
Marble dengan Pembelajaran Koperatif 3.7 Prosedur Penganalisan Data 41 3.8 Rumusan 42
IV 4.0: ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43 4.2 Profil Responden 43 4.3 Dapatan Kajian 43
4.3.1 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Matematik 44 4.3.2 sikap Pelajar terhadap Matematik 45 4.3.3 sikap Pelajar terhadap Matematik mengikut 46
Jantina 4.4 Rumusan 48
V 5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 49 5.2 Perbincangan
5.2.1 Tahap Pencapaian Pelajar dalam Matematik 49 5.2.2 sikap Pelajar terhadap Matematik 51 5.2.3 sikap Pelajar terhadap Matematik mengikut 53
Jantina 5.3 Implikasi Kajian S4 5.4 cadangan Kajian Lanjut 55 5.5 Kesimpulan 56
RU1UKAN 57
LAMPIRAN 64
ix
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JADUAL 3.1 JADUAL 3.2
JADUAL 3.3 JADUAL 4.1
JADUAL 4.2 JADUAL 4.3
JADUAL 4.4 JADUAL 4.5
JADUAL 4.6
SENARAIJADUAL
Item- item sikap mengikut subskala Gred bagi markah pencapaian ujian pra & pos Pernyataan Hipotesis Min, Sisihan Piawai & Std. Error Mean Ujian Pra & Ujian Pos Ujian t untuk pencapaian pelajar Min, Sisihan Piawai & Std. Error Mean sikap pelajar Ujian t untuk skor sikap pelajar Min, Sisihan Piawai & Std. Error Mean sikap pelajar mengikut jantina Ujial) t untuk skor sikap mengikut jantina
x
MUKA SURAT 36 37
41 44
44 45
45 47
47
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
-
Rajah 2.1 Rajah 3.1 Rajah 3.2 Rajah 3.3
SENARAI RAJAH
Kerangka Konseptual Skala Likert Prosedur Kerja kumpulan rawatan Langkah- langkah dalam pengajian hipotesis
xi
MUKA SURAT
32 36 40 42
UMS
SENARAISINGKATAN
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
STAD Student Teams-Achievement Division
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PBK Pusat Perkembangan Kurikulum
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPPK Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
xii
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Soal Selidik
Lampiran B Rancangan mengajar harian
xiii
MUKA SURAT
64
67
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BABl
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pembelajaran berkesan hanya berlaku apabila pelajar terlibat secara aktif dalam
perbincangan dan perkongsian idea untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pembelajaran Koperatif adalah pendekatan instruksional yang menekankan kerja
berkumpulan dimana pelajar bekerjasama dan berkongsl idea untuk menyelesaikan
masalah. Menurut Johnson & Johnson (1994), dapatan kajian menunjukkan
pembelajaran koperatif membentuk sikap positif pelajar di samping meningkatkan
pencapaian pelajar dalam Matematik.
Terdapat beberapa strategi dalam pembelajaran koperatif seperti Student
Teams-Achievement Division (STAO), Teams-Games- Tournaments (TGT), Cooperative
Integrated Reading and Composition (CIRC), Team Accelerated Instruction (TAl), Jigsaw
dan Group Investigation (GI). Menurut Johnson & Johnson (1994), terdapat lima elemen
utama dalam pembelajaran Koperatif: (i) Positive interdependence (Kebergantungan
positif); (ii) Promotive interaction (Interaksl berterusan sesama ahli kumpulan); (iii)
individual accountability (kemahiran atau kebitaraan individu); (iv) interpersonal skills
(kemahiran interpersonal) & (v) group processing (menganalisis dapatan perbincangan
kumpulan). Kajian Ie pas telah membuktikan Pembelajaran Koperatif dapat membantu
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
meningkatkan pencapaian dalam akademik. Penggunaan bahan bantu mengajar dengan
pembelajaran koperatif adalah pendekatan yang dapat menarik minat dan memupuk
sikap positif di kalangan pelajar. Strategi pembelajaran koperatif yang diaplikasikan
dalam kajian ini adalah STAD.
Selain pendekatan pengajaran yang sesuai, penggunaan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap konsep yang dipelajari dan memupuk sikap positif pelajar
dalam mempelajari konsep tersebut (Kamarul t.). Pelajar akan menunjukkan sikap
positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya bahan bantu mengajar
yang digunakan menarik.
Salah satu objektif kurikulum Matematik sekolah menengah ialah pel ajar perlu
bersikap positif terhadap Matematik (PPK, 2000). Sikap pelajar adalah salah satu faktor
yang memberl kesan terhadap tahap pencapaian dalam suatu mata pelajaran. Sekiranya
guru dapat memperbaiki sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar, guru boleh
membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut.
Pendekatan yang digunakan hendaklah dapat menarik minat pelajar dan secara tidak
langsung dapat mengubah sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin menyiasat samada penggunaan Magic Marble
dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap tahap pencapaian dan sikap
pelajar dalam Matematik.
2
UMS UNIVERSIT/ MALAYSIA SABAH
1.2 Latar Betakang Kajian
Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih menjurus kepada kaedah pengajaran
tertumpu kepada guru terutamanya mata pelajaran Matematik yang memerlukan
penjelasan sepenuhnya dart guru. Sedia maklum mata pelajaran matematik merupakan
salah satu mata pelajaran wajib yang diajar pada semua peringkat pendidikan di
Malaysia bermula dari pra sekolah hingga ke Universiti. Namun, Matematik selalu
dianggap sebagai killer subject kerana pencapaian pelajar yang kurang
memberansangkan.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar tidak mengemari mata pelajaran
matematik dan menunjukkan sikap yang negatif terhadap mata pelajaran ini (Shahrul,
2009). Mentaliti pelajar yang telah menetapkan matematik adalah satu mata pelajaran
yang susah menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa dalam mempelajari
mata pelajaran inl.
Menurut Shahrul (2009), masalah utama yang dihadapi oleh pelajar
kebanyakannya adalah dari segi memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru,
menyelesaikan permasalahan, membuat keputusan serta mengingati rumus- rumus
matematik. Pelajar selalu menghadapi masalah terutamanya dalam soalan penyelesaian
masalah. Pelajar hanya suka membuat soalan yang ringkas dan tidak suka berfikir
panjang untuk mendapatkan penyelesaian. Mereka akan mengambil jalan pintas dimana
mereka memilih untuk berputus asa dan tidak akan berusaha untuk mempelajari suatu
konsep matematik. Sikap negatif pel ajar ini secara tidak langsung menejaskan
pencapaian mereka dalam . mata pelajaran Matematik. Kajian yang dijalankan oleh
3
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Zakaria et al. (2007) menyokong bahawa pembelajaran koperatif adalah satu alternatif
yang baru untuk menggantikan kaedah pengajaran yang tradisional. Kajian ini bukan
sahaja menunjukkan kepentingan pembelajaran koperatif, tetapi turut menunjukkan
kesannya positif pembelajaran koperatif terhadap sikap pelajar.
Walau bagaimanapun, kekangan dari segi masa menyebabkan kebanyakan guru
memilih untuk menggunakan kaedah 'chalk & talk'. Menurut Subahan (2007) dalam
pembentangan prosiding beliau, guru- guru menganggap aktiviti dalam kelas mengambil
masa yang lama dan tidak relevan dilakukan dalam kelas peperiksaan kerana kekangan
mereka menghabiskan silibus.
Kajian yang dijalankan oleh Quek (2006) di kalangan pelajar tingkatan empat
menunjukkan sikap dan minat mempunyai hubungan yang positif signifikan dengan
pencapaian Matematik. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden
mempunyai tahap sikap yang tinggi dan minat yang sederhana terhadap Matematik.
Persepsi responden tentang pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap
pencapaian Matematik adalah positif. Sikap dan minat mempunyai hubungan yang
positif signifikan dengan pencapaian Matematik.
Selain itu, terdapat jurang yang besar antara pencapaian pelajar lelaki dan
perempuan dalam Matematik. Pelajar perempuan lebih meminati Matematik dan belajar
dengan tekun untuk mendapat keputusan Cemerlang. Pelajar lelaki sering memandang
remeh subjek Matematik kerana kemalasan untuk menghafal dan mengira. Analisis
peperiksaan SPM menunjukkan pencapaian pelajar perempuan dalam kertas Matematik
teras dengan 44.1% lebih cemerlang daripada pelajar lelaki dengan 21.9%.
4
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Secara ringkasnya, wujudnya masalah mentaliti pelajar yang bersikap negatif
terhadap mata pelajaran Matematik adalah asas kepada kajian ini. Pengkaji ingin
melihat kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif terhadap tahap
pencapaian dan sikap pelajar dalam Matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemampuan pelajar untuk menguasai dan memahami inti pati sebenar sesuatu mata
pelajaran adalah diukur melalui pencapaian pelajar. Pencapaian akademik pelajar adalah
bukti hasH pembelajaran pelajar. Dengan itu, adalah penting untuk mengetahui faktor
faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran
kerana inl secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian
pelajar.
Penguasaan asas Matematik yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat
menyelesaikan masalah Matematik pad a tahap yang lebih tinggi. Penyelesaian masalah
merupakan kemahiran penting yang ingin diterapkan melalui kurikulum Matematik
(Samsudin, 2004), namun banyak dapatan kajian menemui bahawa kebanyakan pelajar
menghadapi masalah yang serius dalam menyelesaikan masalah. (Norrahipah,2000).
Penyelesaian masalah yang mudah dan memerlukan pemikiran untuk mengingat
kembali latih tubi yang lepas Juga tidak dapat diselesaikan. (Aranador et aI., 1998).
Penggunaan Magic Marble dan pembelajaran Koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran topik Integer dapat meningkatkan tahap pencapaian dan sikap pelajar
terhadap Matematik. Dapatan kajian Abdul Halim (2000) menunjukkan pelajar dalam
5
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
kumpulan rawatan mempamerkan sikap yang positif terhadap sains. Selain itu, proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model STAD (Student Teams-
Achievement Division), salah satu pembelajaran Koperatif menunjukkan dapatan pelajar
bersikap positif terhadap Matematik. (Zainun, 2001).
Satu kajian yang dijalankan mengenai pencapaian pelajar di 38 buah negara
seperti yang terdapat dalam laporan Third International Mathematics and Science Study
mendapati kebanyakan negara menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam
pencapaian kertas Matematik mengikut jantina. Namun statistik di Malysia menunjukkan
pelajar perempuan mengatasi pencapaian Matematik pelajar lelaki. (Wahid, 2005)
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif
terhadap tahap pencapaian pelajar dalam topik integer?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap Matematik setelah
penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif?
1.4.3 Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap Matematik setelah
penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif mengikut jantina?
6
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1.S Objektif Kajian
1.S.1 Objektif Umum
Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan Magic
Marble dengan pembelajaran koperatif dalam Matematik terhadap tahap
pencapaian pelajar dan sikap pelajar tingkatan satu.
1.S.2 Objektif Khusus
Berdasarkan objektif umum, objektif khusus kajian adalah seperti berikut:
1.5.2.1 Untuk melihat kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif
terhadap tahap pencapaian pelajar dalam topik integer.
1.5.2.2 Untuk melihat perbezaan sikap pelajar terhadap Matematik setelah penggunaan
Magic Marble dengan pembelajaran koperatif
1.5.2.3 Untuk melihat perbezaan sikap pelajar terhadap Matematik setelah penggunaan
Magic Marble dengan pembelajaran koperatif mengikut jantina.
1.6 Hipotesis Kajian
Hol: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pencapaian pelajar
antara ujian pra dan ujian pos dengan penggunaan Magic Marble dengan
pembelajaran koperatif dalam topik integer Matematik tingkatan 1.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor sikap pelajar terhadap
Matematik antara sebelum dan setelah penggunaan Magic Marble dengan
pembelajaran koperatif dalam topik Integer Matematik tingkatan 1.
7
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor sikap pelajar terhadap
Matematik setelah penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif
mengikut jantina.
1.7 Definisi Operasi
1.7.1 Magic Marble
Magic Marble adalah sejenis afat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk mengajar
topik integer dalam Matematik tingkatan 1. Magic Marble ini terdiri daripada 2 jenis batu
yang berwarna, warna hijau dan warna kuning. Warna hijau mewakili nilai positif dan
wama kuning mewakili nilal negatif. Magic Marble dapat membantu pelajar untuk
memahamim konsep asas integer seperti nombor positif dan nombor negatif.
1.7.2 Pembelajaran Koperatif
Koperatif bermaksud bekerja bersama- sama untuk mencapai matlamat, maka
pembelajaran koperatif adalah satu kaedah instruksional dimana pelajar belajar dalam
kumpulan dan saling membantu untuk memahami konsep yang dipelajari. Terdapat
pelbagai jenis pembelajaran koperatif dan pengkaji memilih model Student Teams
Achievement Divisions (STAD) dalam kajian ini.
STAD adalah model paling ringkas dalam pembelajaran Koperatif dan mudah
untuk dilaksanakan. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4-
5 orang pelajar. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar yang berkebolehan tinggi dan
8
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
rendah, ahli kumpulan mempunyai peranan yang sama dan akan saling membantu
untuk memastikan semua ahli dalam kumpulan dapat menguasai konsep yang diajar.
Kemudian guru memberi setiap kumpulan satu set Magic Marble dan guru akan
memberi arahan bagaimana untuk menggunakannya. Setiap kumpulan akan diberikan
soalan dan diberikan masa yang mencukupi untuk membincangkan jawapan
menggunakan Magic Marble. Kemudian kuiz atau sesi soal jawab akan dijalankan untuk
melihat kefahaman pelajar tentang topik tersebut.
1.7.3 Integer
Integer adalah set nombor yang terdiri daripada nombor negatif, nombor sifar dan
nombor positif.
1.7.4 Sikap
Sikap pelajar merujuk kepada tahap keyakinan pelajar dalam Matematik dan persepsi
pelajar terhadap pencapaian pelajar mengikut jantina. SeJain itu, sikap peJajar juga
merujuk kepada persepsi pelajar terhadap penggunaan Magic Marble dan pembelajaran
Koperatif. Guru mempengaruhl sikap pelajar terhadap Matematik, pelajar akan bersikap
positif terhadap mata pelajaran sekiranya mereka meminatl guru mata pelajaran
tersebut.
Sikap adalah sampingan yang menjelaskan tentang tabiat yang dipengaruhi oleh
aJam sekitar dan dari apa yang dipelajari (Crow & Crow, 1980) dan sikap adalah satu
9
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
kecenderungan yang ditujukan oleh seseorang individu terhadap sesuatu perkara atau
benda atau insiden. (Ahmad Shukri, 2002).
Sikap manusia boleh dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu kognitif, afektif
dan tingkah laku. Menurut Zimbardo dan Ebbesen (1970), ketiga- tiga komponen ini
boleh dihuraikan seperti berikut :
(i) Komponen kognitif merujuk kepada kepercayaan seseorang individu terhadap
pengetahuan fakta, orang atau objek.
(ii) Komponen afektif adalah tindak balas emosi terhadap manusia atau objek.
(iii) Komponen tingkah laku merujuk kepada tingkah laku seseorang terhadap
individu yang lain atau objek.
1.7.5 Pencapaian
Tahap adalah peringkat atau tingkat. Pencapaian adalah apa yang dicapai (dihasilkan
atau diperoleh, prestasi). Tahap pencapaian adalah peringkat sesuatu yang telah dicapai
atau peringkat prestasi. Pencapaian merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi
dalam ujian pra dan pos yang dinilai dengan gred.
Pencapaian merujuk kepada kebaikan dan kelebihan kemahiran keseluruhan
yang diperoleh oleh pelajar. Pencapaian dilihat berhubung kait dengan program
keseluruhan. Pencapaian jenls Ini dinilai secara sumatif dalam konteks evaluasi program
apabila Institusi pendidikan atau guru berharap untuk mengukuhkan berapa banyak
bahasa atau suatu kemahiran ini dipelajari dalam program tersebut. (Bhasah Abu Bakar,
2003).
10
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Pencapaian merujuk kepada sejenis ujian yang dibentuk dengan tujuan untuk
mengukur tahap pembelajaran yang telah diperolehi dalam satu-satu tajuk, kemahiran
atau bidang khusus. Pencapaian pelajar boleh dirujuk kepada dua jenis rujukan atau
perbandingan iaitu rujukan kriteria kerana untuk membandingkannya dengan set kriteria
yang telah disediakan terlebih dahulu menurut skema pengukuran dan penilaian yang
biasa digunakan (Abdul Rahim Abdul Rashid et ai, 2000).
Oalam kajian ini, tahap pencapaian diukur menggunakan ujian pra dan ujian pos.
Ujlan pra dilakukan keatas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran topic integer dilakukan. Ujian pos dHakukan ke atas
kumpulan kawalan setelah proses pengajaran biasa manakala ujian pos kumpulan
rawatan setelah proses pengajaran menggunakan Magic Marble dengan pembelajaran
koperatif.
1.8 Signifikan Kajian
Kajian yang melibatkan pelajar sekolah menengah ini memberikan gambaran bagaimana
sikap, jantina dan pencapaian pelajar berhubungkait antara satu sama lain. Kajian ini
dapat mengesahkan samada penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif
dalam Matematik dapat mengubah sikap dan meningkatkan pencapaian pelajar. Oi
sam ping itu, kajian ini turut melihat samada jantina mempengaruhi sikap pelajar
terhadap Matematik. HasH dari kajian Ini boleh digunakan oleh guru sebagai garis
panduan untuk memupuk dan meningkatkan sikap positif pelajar terhadap mata
pelajaran matematik.
11
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
RUlUKAN
Bahan Rujukan Buku
Aiken, L. R. 1970. Attitudes towards Mathematics. Review of Educational Research, 40: 551 - 596.
Aiken, L.R. 1976. Psycological test and Assessment (2nd Edition). Boston: Allyn & Bacon. Inc.
Aiken, loR. 1997. Psychological Testing and Assessment (9 th Edition). Boston. Ally & Bacon.
Ajzen, 1., & Fishbein, M. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behaviour: An Introduction to Theory and Research Reading. Addison - Wesley.
Ali Reza Kiamanesh, A. R. 2002. Factors Affecting Iranian Students' Achievement in Mathematics. Iran.
Aranador,L.C., Khairiree, K., Hong, K.S., Michael, l.T.L. & Lasom, A.F. 1998. Mathematical problem solving abilities of Southeast Asia Students. SEAMEO: Regional Centre for education in Science and Mathematics. Penang.
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Silik Oarjah. Perak: Quantum Books.
Courant, R., Robbins, H., & Stewart, I. 1996. What is Mathematics?: An Elementary Approach to ideas and Methods. 2nd Edition. New York: Oxford University Press.
Davut K6gce, Cemalettin YlldlZ, Mehmet Aydin, Rldvan A1tlnda. 2009. Examining elementary school students' attitudes towards mathematics in terms of some variables. Procedia Social and Behavioral Science 1: 291 - 295
Gates, P. 2001. Issues in Mathematics Teaching. Routledge Falmer.
Gay, l. R., & Airasian, P. W. (2000). Educational research (6th ed.). New Jersey. Prentice Hall.
57
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Geoff Brindley. 1989. Assesing Achievement in the Learner- Centered Curriculum. National Centre for English Language Teaching and Research (NCELTR). Sydney.
James, A. J. E. & Balasandran, R. 2009. Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Pratikal PTS Professional. Kuala Lumpur.
Jenkins, N. 2006. Factors that Influence Mathematics Attitudes. University of Nebraska. Nebraska.
Johnston- Wilder,S., Johnston- Wilder, P., & Westwell, J. 1999. Learning to Teach MathematiCS in the Secondary School: A Companion to School Experience. London: Routledge.
Killen, R. 2009. Teaching Strategies for Outcomes- Based Education. (2nd Ed.). Juta & Co. South Africa.
Kerlinger, F.N. 1973. Foundations of Behaviour Research. New York: Holt Renehort & Winston, Inc.
Lee,Peng Yee & Lee, Ngan Hoe. 2009. Teaching Secondary School Mathematics: A Resource Book (2nd ed.). Singapore. McGraw Hill.
Levin, J., & Fox, l.A. 2003. Elementary Statistics in social research. (9th edition). New York: Pearson Education Group, Inc.
Ng, See Ngean. 1991. Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noor, 5.5., & Sazelli, A.g. 2010. Teaching Mathematics in Secondary Schools: Theories and Practices. Penerbitan Universiti Sultan Idris. Perak.
Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. 4th Edition. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
58
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Paul Oliver. 2003. The Student's Guide to Research Ethics. Open University Press. USA.
Qeuk, M. L. 2006. Hubungan antara sikap, Minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Schumacher, S., & McMillan, J.H. 1993. Research in education - A conceptual introduction (3rd Edition). New York: Harper Collins College Publishers.
Schumacker,R.E., & Lomax, R.G. 1996. A Beginner's guide to Structural Equation Modelling. New Jersey: Lawrence Eribaum Association, Inc.
Shavelson, R.J. 1988. Statistical Reasoning For The Behavioral Sciences. (2nd
edition). Massachusectts: Allyn and Bacon Inc.
Slavin, R.E. 1983. Student Team Learning in Math: A Handbook for Teachers. CA. Addison- Wesley Publishing Company.
Sudhir Kumar. 1996. Basic Facts on Mathematics. India: Anmol Publication Pvt. Ltd.
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
The Oxford English Reference Dictionary (2nd Edition). 1996. Oxford Unversity Press.
Tuckman, B. W. 1978. Coonducting Educational Research. New York: Harcourt Brace Jovanovich Inc.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind In Society. cambridge, MA: Harvard University Press.
Bahan Rujukan Jurnall Artikel/Tesis
Abdullah, S. 2008. The Effects of Inquiry-Based Computer Simulation with Cooperative Learning on Scientific Thinking and Conceptual Understanding of Gas Laws. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education. 4(4): 387 - 398.
59
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Akinsola, M. K. & Olowojaiye, F. B. 2008. Teacher instructional methods and student attitudes towards mathematics. International Electronic Journal of Mathematics Education, 3 (1), 60-73.
Aranador,L.C., Khairiree, K., Hong, K.S., Michael, L.T. & Lasom, A.F. 1998. Mathematical Problem Solving Abilities of Southeast Asia Students. Penang: SEAM EO, Regional Centre for Education in Science and Mathematics.
Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, & Yusof Boon. 1999. Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan ini Relevan? Universiti Teknologi Malaysia. Malaysia.
Blevins, S.L.e. 1979. The Interrelationship of parent, teacher and student achievement in Mathematics. Dissertation Abstract International. 40(3): 1323 -A.
Bramlett, D.C., & Herron, S. 2005. A Study of African - American College Students' Attitudes Towards Mathematics. Journal of Mathematical Sciences & Mathematics Education 4(2): 43- 51
Braude, S. 2007. Quick Fix: Balloon Biology: Balloons, Baggies & TP Tubes Help Students Build 3D Mental Maps. Jurnal Guru Biologi Amerika. 69(2):75.
Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case For Constructivist Oassrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD)
Chew, S.M. 2006. Hubungan antara Sikap dengan Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan 6 sebuah Sekolah Menengah di Tawau. Tesis Sarjana Universiti Malaysia Sabah.
Ointon, B. D., & Kohlmeyer, J. M. 2005. The effects of group quizzes on performance and motivation to learn: Two experiments in cooperative learning. Journal of Accounting Education 23(2): 96- 116
Ding,N., & E. Harskamp. 2006. How Partner Gender Influences Female Students' Problem Solving in Physics Education. Journal of Science Education and Technology, 15(5/6): 331- 343
60
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Effandi Zakaria & Normah Yusoff. 2009. Attitutudes and Problem-Solving Skills in Algebra Among Malaysian Matriculation Collehe Students. European Journal ofSOcial5cience~ 8(2)
Eizenberg, M.M., & Zaslavsky, O. 2003. Cooperative problem solving in combinatorics: the inter-relations between control processes and successful solutions. Journal of Mathematical Behaviour. 22 (4): 389 - 403.
Foo, Siet Chooi. 1988. Hubungan sikap, jantina dan penguasaan konsep asas Matematik dengan pencapaian dalam Matematik Moden untuk pelajar jurusan sastera. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Goodykoontz, E. 2008. Factors that Affect College Students' Attitudes toward Mathematics. West Virginia University.
GOneysu, S. & Tekmen, B. 2010. Implementing an alternative cooperative learning method. Procedia Sosial and 8ehavioral5ciences. 2(2):5670 - 5674.
Hanze, M. & Berger, R. 2007. Cooperative Learning, Motivational Effects and Students Characteristics: An Experimental Study Comparing Cooperative Learning and Direct Instruction in 12th Grade Classes. Learning and Instruction. 17: 29 - 41.
Hildebrand, c., Ludeman, c.J., & Mullin, J. 1999. Integrating mathematics with problem solving using the mathematic's chair. Teaching ChIldren Mathematics. 5(7): 434 - 441
Kamariah Abu Bakar, Rohani Ahmad Tarmizi, Rahil Mahyuddin, Habilah Elias, Wong Su Luan & Ahmad Fauzi Mohd Ayub. 2010. Relationship between university students' achievement motivation, attitude and academic performance in Malaysia. Procedia Sosial and Behavioral Sciences 2.4906 - 4910.
Melancon, J.G., Thompson, B., & Becnel, S. 1994. Measurement integrity of scores from the Fenemma-Sherman Mathematics Attitudes Scales: The attitudes of public school teachers. Educational and Psychological Measurement 54(1): 187 -192.
Minato, S. 1983. Some Mathematical Attitudinal data on eight grade student in Japan measured by a semantic differential. Educational Studies In Mathematics, 14: 19 - 38.
61
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Muhammad Shahid Farooq &. Syed Zia Ullah Shah. 2008. Students' Attitude Towards Mathematics. Pakistan Economic and Social Review 46(1): 75 - 83
Norrahipah R. 2000. Hubungan antara kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian masa/ah dengan pencapaian da/am mata pelajaran Matematik. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Nur Sirmaci. 2010. The Relationship between the attitudes towards mathematics and learning styles. Procedia Sosial and Behavioral Sciences 9. 644 - 648.
Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes toward Computers: Validation of a computer attitude scale for 16 - 19 education. Computers Education, 28: 35- 41.
Shaughnessy, J.M. &. Haladyna, T. 1985. Research On Student Attitude Toward Sosial Studies. Social Education. 49: 692 - 695.
Stage, F.K., Carter, H.C. &. Nora, A. 2004. Path Analysis: An Introduction and Analysis of a decade of Research. The Journal of Educational Research, 98 (1): 5 - 12.
Steven, T., JR,A.O., Lan, W.Y. &. Tallent- Runnels, M.K. 2004. Roles of Mathematics self-efficacy and Motivation in Mathematics Performance Across Ethnicity. The Journal of Educational Research, 97(4):208 - 221.
Suinn, R.M. &. Edwarda, R. 1982. The measurement of Mathematics anxiety: The Mathematics Anxiety Rating Scale for Adolscents - MARS- A. Journals of Clinical Psychology. 38(3): 576 - 580.
Tapia, M. &. Marsh, G. 2000. Effect of gender, achievement in mathematics, and ethnicity on attitudes toward mathematics. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 449 044).
Tapia, M., &. Marsh, G. 2004. An Instrument to measure mathematics attitudes. Academic Exchange Quarterly. 8(2).
Terwillinger, SJ. &. ntus, CJ. 1995. Gender difference in attitudes and attitude changes among mathematically talented youth. Journnal of Gifted Child Quarterly. 39(1): 29 - 34.
62
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Tezer, M., & Karasel, N. 2010. Attitudes of primary school 2nd and 3'd grade students towards mathematics course. Procedia Sosial and Behavioral Sciences Z. 5808 - 5812.
Tuli, Mukh Raj. 1981. Mathematical Creativity as related to aptitude for achievement in and attitude towards Mathematics. Dissertation Abstract International 42(1): 122 - A.
Van Der Lan Smith,. & Spindle, R. 2007. The impact of group formation in a cooperative learning environment. Journal of Accounting Education. 25 (4): 153 -167.
Webb, N. (1984). Sex Differences in Interaction and Achievement in Cooperative Small Groups. Journal of Educational Psychology, 76: 33-44.
Yilmaz, c., Altun, S. A., & Olkun, S. 2010. Factors Affecting Students' Attitude Towards Math: ABC Theory and its Reflection on Practice. Procedia Sosial and Behavioral Sciences 2. 4502 - 4506.
Yara, P. 0.2009. Students Attitude Towards Mathematics and Academic Achievement in Some Selected Secondary Schools in Southwestern Nigeria. European Journal of Scientific Research 36(3):336 - 341
Zahara, A. & ,Md. Anowar Hossain. 2010. A comparison of cooperative learning and conventional teaching on students' achievement in secondary mathematics. Procedia Sosial and Behavioral Sciences. 9:53- 62.
Zevenbergen, R. (1998). Ethnography in the cIi~ssroom. In J. A. Malone, B. Atweh, & J. R. Northfield (Eds.), Research and supervision in mathematics and science education. 19-38.
63
~· UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Recommended