View
388
Download
14
Category
Preview:
Citation preview
KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN SISTEM TURKI: KAJIAN DI TAHFIZ AL-QURAN DARUL TUBA
NORHANAN BINTI ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
DEDIKASI
Buat insan yang kusayangi dan hargai….
Mi & Ayah tersayang….tiada madah secantik bahasa untuk kusanjung jasamu. Kalianlah akar tunjang hidup
sempurna insan berguna. Dari merangkak hingga bertatih,kau didik dan kau belai daku dengan selaut kasih. Tak
perlu kupertikaikan segalanya tentangmu. Berbanyak syukurku pada Tuhan kerana mengurniakan daku mi dan
ayah sepertimu. Kukagumi ketabahan dan semangatmu, kubangga keluhuran cintamu,dan kumegahkan sifat sabar
yang ada padamu. Suka dukaku, kalianlah insan penyuntik semangat juangku. Aku membesar dalam belaian dan
asuhanmu. Terlalu banyak pengorbanan mi dan ayah sehingga sanggup mengenepikan kepentingan sendiri demi
kebahagiaan puteri bongsunya ini. Mi dan ayah, segala jasamu tidak terbalas anakanda walau dengan selaut harta.
Justeru itu, kalungan doa keredhaan kupersembahkan buat mi dan ayah sepanjang hayat.
Buat Kak Long,Abang Di, Kak Na, Abang Ngah, Cik Irie, Abang Man, Abang Ha dan Kak Nor, segala dorongan
dan sokongan yang diberi amat diri ini hargai. Semoga persefahaman dan kemesraan yang terjalin berkekalan
hingga ke akhir hayat. Segala jejak yang kalian tinggalkan telah adik jejaki. Kasih sayang dan keprihatinan amat
adik hargai. Kalianlah inspirasi hatiku.
Buat along, angah,achik, nabil, afiq, adibah, adib, amal, hakim, muaz,muhaimin dan haziq semoga segulung ijazah
yang bakal sunan perolehi akan menjadi pendorong dan cabaran buat kalian semua. Doa kebahagiaaan sunan
iringi agar jejak langkah sunan akan kalian jejaki untuk ke menara gading suatu masa kelak.
Sekalung budi buat para pembimbing hidup ini selain mi dan ayah, Tabika Perpaduan Kg.Kerilla (1989-1991), SK
Kg Kerilla (1992-1997), SMKA Wataniah (1998-2002), SMKA Falahiah (2003-2004) serta semua pensyarah PPIPS,
Fakulti Pendidikan,UTM kerana kalian diri ini dapat mengecapi nikmat sebuah kehidupan.
iv
PENGHARGAAN
ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $#
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan
limpah dan inayahNya masih mengurniakan nikmat iman dan Islam serta memberi kesempatan,
peluang dan kemudahan bagi saya menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya.
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para
sahabat yang bertungkus lumus menegakkan Islam hingga adanya apa yang kita lihat sekarang.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdul Hafiz bin Hj
Abdullah, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan PSM
yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga buat semua
pensyarah PPIPS dan FP UTM, atas segala curahan ilmu dan didikan yang diberikan buat diri
yang dhaif ini.
Tidak dilupakan buat ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa kalian amat dihargai. Didoakan agar
ukhuwah yang dibina berkekalan selamanya. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia
dan akhirat.
Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Terutama buat Ustazah Kasma, Ustaz Arifi,
Ustazah Wan Ashikin dan Ustazah Husna serta buat semua warga TADT yang sudi bekerjasama
dalam penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa mereka. Wallahu a'lam.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafazan al-Quran Sistem
Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT),
Tangkak, Johor Darul Takzim.Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas tentang kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang digunakan, keistimewaan
sistem ini serta kaedah-kaedah tertentu menerusi sistem ini yang diamalkan untuk
memelihara hafazan. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi dalam
kelas hafazan iaitu seramai 10 orang. Set soal selidik mengandungi 44 item telah
diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.921.
Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat pelbagai kaedah yang efektif
dipraktikkan dalam sistem ini. Selain itu keistimewaan dan kaedah menjaga hafazan
yang dipraktikkan dalam sistem ini juga menarik minat pelajar menghafaz dan
mendalami al-Quran melalui Sistem Turki.
vi
ABSTRACT
This study is a survey about the method of al-Quran memorization from Turkey system
which is practiced by the Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (TADT) students, Tangkak, Johor
Darul Takzim. The survey was carried out to get the feedback concerning the Turkey method
of al-Quran memorization which is used, the advantage of the system and some techniques in
this system which is practiced to preserve the memorization. The sample of this study
consists of all ten (10) students in the TADT memorization class. A set of questionnaire
which is consist of forty four (44) elements were distributed among the said students, and has
been analyzed descriptively to get the number of frequency, percentage and mean by using
the Statistical Package For Social Science (SPSS) 12.0 for Windows software, which has the
reliability point at α = 0.921. The result of the study illustrates that there are a variety of
effective techniques used in this system to preserve the memorization of al-Quran, and this is
certainly has attracted the students to memorize and to further their knowledge in al-Quran
via the Turkey System.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI AYAT AL-QURAN xvii
SENARAI HADIS xviii
SENARAI ISTILAH TURKI xix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Hukum Menghafaz Al-Quran 17
2.3 Kepentingan Menghafaz Al-Quran 18
2.3.1 Menjaga Kemutawatiran Al-Quran 20
2.3.2 Meningkatkan Kualiti Umat 21
2.3.3 Menjaga Terlaksananya Sunnah Rasulullah 21
2.3.4 Menjauhi Seorang Mukmin Dari Perkara Yang
Melalaikan 22
2.4 Sejarah Penghafazan Al-Quran Di Malaysia 23
2.5 Latarbelakang TADT 26
2.6 Objektif TADT 28
2.7 Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki 29
2.7.1 Kelas Kelancaran 29
2.7.2 Kelas Hafazan 33
2.7.2.1 Kaedah Hafazan 33
2.7.2.2 Kedudukan Pelajar Dalam
Kelas Hafazan 36
2.7.2.3 Tasmi` Hafazan 38
2.7.2.4 Masa Tasmi` 38
2.7.2.5 Peranan Guru Tasmi` 39
2.7.2.6 Laporan Hafazan 40
2.7.3 Kelas Ulangan 42
2.8 Keistimewaan Sistem Turki 43
ix
2.9 Kajian Lepas 46
2.10 Kesimpulan 47
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 49
3.3 Tempat Kajian 51
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 52
3.5 Instrumen Kajian 52
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 53
3.5.1.1 Soal Selidik 53
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 56
3.6 Tatacara Kajian 56
3.6.1 Kajian Rintis 59
3.6.2 Kajian Sebenar 59
3.7 Analisis Data 60
3.8 Jangka Masa Kajian 61
3.9 Kesimpulan 61
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 63
4.2 Data 64
4.3 Analisis Data Bahagian A 64
4.3.1 Umur Responden 64
4.3.2 Tahun Pengajian Responden 65
4.3.3 Pernah menghafaz al-Quran atau tidak 66
x
4.3.4 Usia Responden Ketika Mula Menghafaz 67
4.3.5 Peringkat Responden Mula Menghafaz 68
4.4 Analisis Bahagian B 69
4.4.1 Analisis Data Berkenaan Kaedah Hafazan
Yang Digunakan Dalam Sistem Turki 69
4.4.2 Analisis Data Berkenaan Keistimewaan
Kaedah Hafazan Sistem Turki 76
4.4.3 Analisis Data Berkenaan Kaedah Menjaga
Dan Memelihara Hafazan Sistem Turki 83
4.5 Rumusan Min Dapatan Kajian 90
4.5.1 Mengenalpasti Kaedah Hafazan Yang
Digunakan Dalam Sistem Turki 91
4.5.2 Mengenalpasti Keistimewaan Kaedah
Hafazan Sistem Turki 94
4.5.3 Mengenalpasti Kaedah Menjaga Dan
Memelihara Hafazan Sistem Turki 96
4.6 Kesimpulan 98
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 99
5.2 Perbincangan 100
5.2.1 Perbincangan Maklumat Latar Belakang
Responden 100
5.2.2 Perbincangan Bahagian B,C Dan D 102
5.2.2.1 Kaedah Hafazan Yang Digunakan 103
5.2.2.2 Keistimewaan Kaedah Hafazan
Sistem Turki 105
xi
5.2.2.3 Kaedah Menjaga Dan Memelihara Hafazan
Sistem Turki 107
5.3 Rumusan 108
5.4 Cadangan 111
5.4.1 Pelajar 112
5.4.2 Tenaga Pengajar TADT 112
5.4.3 Pentadbir TADT 113
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 113
5.6 Kesimpulan 114
BIBLIOGRAFI 116
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Sukatan kelas kelancaran 31
2.2 Jadual aktiviti 32
2.3 Jadual pusingan 1 36
2.4 Jadual pusingan 2 37
2.5 Jadual pusingan 3 37
2.6 Jadual aktiviti 43
3.1 Pemeringkatan skala likert 57
3.2 Jenis konstruk dan bilangan item dalam soal selidik 57
3.3 Jadual pengkelasan maklumbalas 61
3.4 Tahap skor min 62
3.5 Jadual ringkasan tugas yang dijalankan sepanjang kajian 63
4.1 Taburan responden mengikut umur 66
4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 67
4.3 Taburan responden mengikut penglibatan dalam
Menghafaz al-Quran sebelum ini 68
4.4 Taburan responden mengikut usia ketika mula
menghafaz al-Quran 69
4.5 Taburan responden mengikut peringkat mula menghafaz 70
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 71
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 72
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 73
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 73
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 74
xiii
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 74
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 75
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 75
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 76
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 76
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 77
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 77
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 78
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 79
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 79
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 80
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 80
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 81
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 81
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 82
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 83
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 83
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 84
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 85
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 85
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 86
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 87
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 87
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 88
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 89
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 89
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 90
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 90
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 91
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 91
xiv
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 92
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 92
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 93
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 93
4.5.1 Mengenalpasti kaedah hafazan yang digunakan
Dalam Sistem turki 95
4.5.2 Mengenalpasti keistimewaan kaedah hafazan
Sistem Turki 98
4.5.3 Mengenalpasti kaedah menjaga dan memelihara
hafazan Sistem Turki 100
xv
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantu Mengajar
AJK Ahli Jawatankuasa
APIUM Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Bil. Bilangan
H Hijrah
INDAH Institut Dakwah dan Latihan Islam
ITM Institut Teknologi Mara
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
KS Kurang Setuju
KUIM Kolej Universiti Islam Malaysia
MT Maahad Tahfiz
MTQWQ Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat
NO Nombor
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
PTSL Perpustakaan Tun Sri Lanang
S Setuju
SAW Sallallahu ’alaihi wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TADT Tahfiz al-Quran Darul Tuba
TS Tidak Setuju
xvi
t.th Tanpa Tahun
UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UiTM Universiti Teknologi Mara
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
USIM Universiti Sains Islam Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
YTM Yang Teramat Mulia
xvii
SENARAI AYAT AL-QURAN
NO.QURAN SURAH MUKA SURAT
Quran 1.1 al-Baqarah, 2: 2 2
Quran 1.2 al-Hijr, 15: 9 2
Quran 1.3 al-Syura, 42:52-53 4
Quran 1.4 al-Fatir, 35:32 18
Quran 1.5 al-Qiyaamah, 75:16-19 20
Quran 1.6 al-Qasas, 28:52-55 23
xviii
SENARAI HADIS
NO.HADIS HADIS RIWAYAT MUKA SURAT
Hadis 1.1 at-Turmuzi 6
Hadis 1.2 al-Bukhari 8
xix
SENARAI ISTILAH TURKI
Sayfar 1 Mukasurat akhir atau mukasurat 20 mengikut al-Quran
cetakan Saudi
Chi Hafazan baru
Pishmish Ulangan lama
Donush Pusingan
Zoor Pishmish Hafazan Lama Yang Susah.
Kolay Pishmish Hafazan Lama Yang Senang.
Tekrar Ulangan
Tekrar Hepsi Sayfar Ulangan Semua Mukasurat.
Cizelge Laporan Hafazan
BAB Ι
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Al-Quran merupakan Kalamullah yang berupa mukjizat diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW yang ditulis di dalam mashaf dan diberi pahala bagi yang
membacanya. Al-Quran merupakan kitab suci yang mengandungi segala ruang
lingkup kehidupan dunia dan akhirat merangkumi peraturan yang bukan sahaja
lengkap malah sempurna serta mampu mengatur kehidupan manusia. Allah SWT
telah menurunkan al-Quran yang merupakan wahyu terakhir sebagai peringatan,
penawar, petunjuk yang benar serta menjadi dalil dan cahaya bagi sesiapa yang
mempunyai keyakinan terhadapnya tanpa ada sebarang keraguan padanya.
Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan al-Quran dari langit sebagai rahmat
dan hidayah kepada manusia sebagai pemangkin untuk mencapai kecemerlangan di
dunia dan akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran (Abdullah
Basmeih, 2000: 6):
2
y7 Ï9≡sŒ Ü=≈tGÅ6ø9$# Ÿω |=÷ƒu‘ ¡ ϵ‹ Ïù ¡ “ W‰èδ zŠÉ) −F ßϑ ù= Ïj9 ∩⊄∪
[Quran 1.1] Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
al-Baqarah, 2: 2
Menurut Adel M Abdulaziz (2006: 1), al-Quran al-Karim merupakan satu-
satunya wahyu Allah SWT yang terpelihara daripada sebarang kesalahan dan
perubahan sama ada bacaan, hafazan dan penulisan sejak daripada zaman Nabi SAW
bersandarkan pada firman Allah SWT dalam al-Quran (Abdullah Basmeih, 2000:
495):
$̄Ρ Î) ßøt wΥ $ uΖ ø9̈“ tΡ tø. Ïe%! $# $ ¯ΡÎ) uρ … çµ s9 tβθ Ýà Ï≈pt m: ∩∪
[Quran 1.2] Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran,
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
al-Hijr, 15: 9
Berdasarkan jaminan Allah di atas, jelas kepada kita bahawa Allah SWT
sendiri telahpun bertanggungjawab terhadap segala kesempurnaan al-Quran agar
selamat dan terpelihara dari segala ancaman golongan yang mahu menjatuhkan
ketinggian martabat al-Quran. Allah SWT memeliharanya dari segala bentuk
kepalsuan, noda serta pendustaan sehingga tiba saatnya ia bakal diambil kembali
apabila tibanya hari kiamat. Justeru kita sebagai hambaNya perlulah lebih giat
menjaga kalam suci ini kerana ia adalah kalam yang teristimewa dari Khaliq buat
hambaNya. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menjaga dan memeliharanya
3
kerana al-Quran merupakan penawar yang tulen berperanan merawat segala penyakit
rohani dan jasmani. Al-Quran dan manusia mempunyai pertautan yang sangat rapat
dan hal ini diperjelaskan lagi oleh Abu Najihat al-Hafiz (2002: 4), bahawa al-Quran
merupakan roh bagi orang-orang yang beriman. Roh adalah sesuatu yang bersifat
abstrak atau maknawi. Ia tidak boleh disentuh oleh deria rasa atau dirasakan dengan
hati. Sebagaimana manusia akan mati jika roh telah keluar dari jasad, begitu juga
seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak lagi menjadikan al-Quran
sebagai rohnya.
Berkaitan dengan ayat al-Quran yang menjadi roh bagi orang yang beriman
ini, Allah SWT telah menukilkannya menerusi sepotong ayat al-Quran (Abdullah
Basmeih, 2000: 1065 ):
y7 Ï9≡x‹ x. uρ !$ uΖ ø‹ ym÷ρ r& y7 ø‹ s9Î) %[nρ â‘ ôÏiΒ $ tΡ ÌøΒ r& 4 $tΒ |MΖ ä. “ Í‘ ô‰s? $ tΒ Ü=≈tGÅ3 ø9$#
Ÿωuρ ß≈yϑƒM} $# Å3≈s9uρ çµ≈oΨù=yèy_ #Y‘θçΡ “ ωöκ ¨Ξ Ïµ Î/ tΒ â!$t± ®Σ ô ÏΒ $ tΡ ÏŠ$ t6Ïã 4
y7 ¯Ρ Î)uρ ü“ ωöκ tJs9 4’n< Î) :Þ≡uÅÀ 5ΟŠ É) tGó¡ •Β ∩∈⊄∪ ÅÞ≡uÅÀ «! $# “ Ï% ©! $# … çµ s9 $ tΒ ’Îû
ÏN≡uθ≈ yϑ ¡¡9$# $ tΒuρ ’Îû ÇÚö‘ F{$# 3 Iωr& ’n< Î) «! $# çÅÁs? â‘θãΒW{$# ∩∈⊂∪
[ Quran 1.3] Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu
wahyu (al-Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu
tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (al-Quran) dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan al-Quran itu
cahaya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki
di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya kamu benar-
benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan
Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa
4
yang ada di bumi. Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kembali
semua urusan.
al-Syura, 42: 52-53
Daripada penjelasan tersebut, jelas kepada kita bahawa betapa istimewanya
kita sebagai seorang muslim yang dianugerahi sebuah kitab yang sempurna sebagai
bekalan perjalanan di dunia serta pemangkin kejayaan di akhirat. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab kita sebagai orang yang diamanahkan memelihara Kalamullah dari
sebarang bentuk penyelewengan yang berlaku di akhir zaman ini. Salah satu usaha
yang dijalankan sejak dari zaman Rasulullah lagi dalam memastikan keaslian al-
Quran sentiasa terpelihara ialah melalui cara menghafaz.
Oleh itu, jika kita lihat kini usaha tersebut giat dijalankan di seluruh dunia
termasuklah di negara kita. Buktinya dengan wujudnya institusi-institusi tahfiz al-
Quran di seluruh negara dengan pendekatan kaedah yang pelbagai. Namun,
penyelidik percaya bahawa walaupun terdapat pelbagai kaedah yang digunakan,
sebenarnya dengan mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memelihara 30 juzuk
al-Quran. Kewujudan institusi tahfiz al-Quran di seluruh negara ini bukan sahaja
berperanan melahirkan golongan penghafaz al-Quran semata-mata, namun
kewujudannya dilihat sebagai pemangkin ke arah melahirkan golongan profesional
yang telah ditunjangkan jiwanya dengan al-Quran disamping mewujudkan sistem
hafazan dan pengajian al-Quran yang bersistematik dan efisyen.
Dalam konteks ini berbagai teknik dan kaedah hafazan yang boleh digunakan
dalam merealisasikan hasrat sebagai seorang “hamlatul Quran”. Namun satu kaedah
yang jarang ditonjolkan ialah kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang
mempunyai nilai keistimewaannya tersendiri. Oleh yang demikian, dalam kajian ini
penyelidik akan memfokuskan kepada kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dalam masyarakat yang dilanda arus
globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke
arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim,
dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Oleh yang
demikian, menghafaz dilihat sebagai salah satu kaedah yang penting di dalam
mendalami ilmu al-Quran (Abdul Hafiz Abdullah, 2005: 1).
Jika kita lihat di akhir zaman ini, penyelewengan telah tersebar di kalangan
umat Islam dalam banyak urusan agama. Oleh itu menghafaz al-Quran adalah satu
elemen yang amat penting dalam usaha mempertahankan kesucian Islam kerana al-
Quran merupakan panduan utama umat Islam dalam segenap hal. Sebab itulah
kelebihan menghafaz al-Quran itu sungguh besar sekali dan tidak dapat ditandingi
oleh mana-mana ilmu di dunia. Ini terbukti melalui sepotong hadis ( Sunan at-
Turmuzi, 1999, Jilid 5:19):
م ن : ق ال ر س و ل اهللا ص ل ى اهللا ع ل ي ه و س ل م : ع ن ع ل ى ب ن أ ب ي ط ال ب ق ال
ق ر أ الق رآن و است ظ ه ر ه ف أ ح ل ح ال ل ه و ح ر م ح ر ام ه أ د خ ل ه اهللا ب ه اجل ن ة
ق د و ج ب ت ل ه الن ار و ش ف ع ه ف ي ع ش ر ة م ن أ ه ل ب ي ت ه ك ل ه م
[Hadis 1.1] “Daripada Saidina Ali bin Abi Talib, beliau pernah
berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang
membaca al-Quran, lalu menghafazanya dan menghalalkan apa-apa
yang halal di dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang
6
diharamkan di dalamnya, akan dimasukkan ke dalam syurga oleh
Allah SWT dan akan menerima syafaatnya yang diberikan kepada
sepuluh daripada ahli keluarganya, biarpun kesemua mereka telah
wajib memasuki neraka.”
(Hadis Riwayat at-Turmuzi)
Meneliti kepada hadis di atas, terlalu banyak sebenarnya kelebihan yang
Allah janjikan buat mereka yang memelihara kalam suciNya, sebab itulah tidak
mustahil jika kita lihat hari ini, munculnya banyak institusi tahfiz al-Quran di negara
kita. Berbagai-bagai pendekatan kaedah dan sistem yang diperkenalkan bagi tujuan
tersebut. Antara sistem hafazan al-Quran yang diperkenalkan ialah Sistem JAKIM,
Sistem Pakistan dan India, Sistem Sudan, Sistem Arab, Sistem Morisus, Sistem
Turki, Kaedah Huffaz dan Jibril serta banyak lagi.
Walaupun pelbagai sistem diperkenalkan, perkara yang paling penting yang
harus disedari ialah, tugas menghafaz al-Quran adalah satu tugas yang sangat berat.
Kerana individu yang menceburi dunia menghafaz al-Quran mempunyai tugas dan
tanggungjawab untuk menjaga hafazannya sepanjang masa. Namun disebalik
kesukaran yang dilalui oleh para huffaz, sudah pasti menanti ganjaran yang sangat
besar daripada Allah SWT. Oleh itu diharapkan dengan kepelbagaian kaedah yang
diperkenalkan mampu menjadi penyuntik semangat kepada para huffaz untuk
memelihara Kalamullah dengan pendekatan yang bersesuaian dengan individu itu
sendiri kerana setiap manusia sudah pasti memiliki kecenderungan dan kelebihan
masing-masing.
Semoga sistem-sistem yang wujud memberi kemudahan kepada mereka yang
menceburi dunia menghafaz al-Quran agar tidak berhenti di separuh jalan dan tidak
jemu dalam menjaga Kalamullah. Permasalahan yang dibentangkan ini diharap akan
7
dapat diperincikan dan akan mencari penyelesaian terbaik melalui analisis ke atas
kaedah hafazan Sistem Turki ini.
1.3 Penyataan Masalah
Sememangnya gelaran sebagai huffaz adalah sangat tinggi darjat dan
martabatnya di sisi Allah SWT dan dipandang sangat mulia di mata manusia.
Sungguhpun demikian, gelaran sebagai huffaz bukanlah suatu kebanggaan semata-
mata, melainkan ianya merupakan suatu amanah secara langsung dari Allah. Dengan
demikian, para huffaz seharusnya tahu bahawa di sebalik keutamaan dan kemuliaan
tersebut, terdapat mehnah dan tribulasi di sepanjang perjalanan menuju cita-cita yang
mulia itu. Namun yang demikian setiap dugaan yang mendatang, bukanlah sebagai
satu amaran Allah, namun sebagai satu cabaran yang mesti diharungi oleh para
huffaz demi merintis jalan ke syurga dan memartabatkan kalam suci Allah.
Oleh yang demikian, seseorang hafiz itu perlu mempersiapkan dirinya
dalam menghadapi sebarang bentuk kesusahan ketika mula menghafaz, sabar
dalam mengulangkaji hafazan yang telah diperolehi serta sabar dalam
menghadapi setiap dugaan yang melanda. Sesungguhnya hafazan al-Quran itu
terlalu mudah untuk hilang dari dada para huffaz kecuali bagi mereka yang benar-
benar istiqamah memeliharanya. Hal ini jelas dibuktikan melalui sepotong hadis
yang berbunyi (Fathul Bari, Syarhu Sahih al-Bukhari, 1989, Jilid 9: 97) :
ت ع اه د و ا : ع ن ا ب ي م و س ى األ ش ع ر ي ع ن الن ب ي صلى اهللا عليه وسلم قال
ه ذ ا الق ر آن ف و ال ذ ي ن ف س ي ب ي د ه ل ه و ا ش د ت ف ص ي ا م ن اإل ب ل ف ي ع ق ل ه ا
8
[Hadis 1.2] “Dari Abu Musa al-Asy`ari, dari Nabi SAW, baginda
bersabda, “ Peliharalah hafazan al-Quran itu. Sebab, demi Dzat yang
menguasai jiwa Muhammad, al-Quran itu lebih cepat terlepas
daripada unta yang terikat dalam ikatannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Oleh itu, jika dilihat dalam penulisan di atas, terlalu banyak cabaran yang
perlu dihadapi oleh para huffaz dalam usaha menghafaz al-Quran dan menjaga
hafazan yang diperolehinya. Oleh yang demikian, penyelidik merasakan bahawa
perlunya satu kaedah atau metode hafazan al-Quran yang sistematik dan berkesan
bagi mereka yang benar-benar ingin memelihara keaslian al-Quran sekaligus
memelihara amanah Allah.
Menurut Abu Mazaayaa (1996: 3), pada dasarnya, setiap seorang hafiz itu
memiliki suatu metode atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-Quran
mengikut kesesuaian akalnya. Oleh yang demikian, setiap orang hafiz perlu memilih
cara yang lebih berkesan, singkat masanya dan tahan lebih lama hafazannya. Ekoran
daripada masalah inilah, penyelidikan ini dilakukan terhadap kaedah hafazan al-
Quran Sistem Turki yang penyelidik lihat amat efektif bagi mereka yang benar-benar
mengabdikan hidupnya untuk al-Quran, kerana sistem ini dilihat mempunyai
keistimewaan tersendiri terutamanya dari segi jadual hafazan, teknik hafazan serta
tempoh masa yang singkat untuk menamatkan hafazan. Kesemua teori tersebut
dianggap berjaya apabila ia dapat menggabungkan gandingan mantap antara
semangat pelajar dan komitmen guru.
9
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti kaedah hafazan yang digunakan dalam Sistem Turki.
ii. Mendalami keistimewaan yang wujud dalam sistem ini.
iii. Mengkaji kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjaga dan
memelihara hafazan al-Quran melalui Sistem Turki.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah kaedah hafazan yang digunakan dalam Sistem Turki ?
ii. Apakah keistimewaan yang wujud dalam sistem ini ?
iv. Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjaga dan
memelihara hafazan al-Quran melalui Sistem Turki?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat memberi sumbangan kepada pihak institusi
Tahfiz al-Quran Darul Tuba khususnya dan institusi hafazan al-Quran lain umumnya
agar dapat memperkukuh dan menambahbaikkan lagi sistem ini agar dapat
melahirkan para huffaz yang berkebolehan dan berkualiti. Selain itu juga, kajian ini
diharap mampu menambahkan lagi institusi tahfiz yang mengamalkan Sistem Turki,
kerana penyelidik dapat melihat wujud kebaikan dari sistem ini.
Hal ini kerana penyelidik ingin melihat hafazan al-Quran ini menjadi suatu
agenda yang diminati generasi muda khususnya untuk mendekati dan menghayati al-
10
Quran. Ini kerana bilangan para huffaz ini masih kecil berbanding dengan jumlah
umat Islam di negara ini. Selain itu juga, menghafaz al-Quran dilihat sebagai satu
agenda yang mampu menjadi benteng utama kepada golongan remaja khususnya dari
terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral kerana al-Quran ini merupakan penawar
dan pelindung bagi setiap manusia yang mengamalkannya. Semoga hasil tulisan ini
menjadi inspirasi buat para huffaz dalam mempelbagaikan teknik hafazan mereka
sekaligus membantu mereka memartabatkan kesucian al-Quran al-Quran.
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini tertumpu kepada kaedah hafazan yang digunakan oleh pelajar
Tahfiz al-Quran Darul Tuba yang beroperasi di Tangkak. Skop responden yang
terlibat dalam kajian ini adalah seramai 10 orang responden mewakili keseluruhan
populasi yang terdiri daripada pelajar perempuan yang sedang mengikuti kelas
hafazan di institusi tahfiz tersebut.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada kaedah hafazan al-Quran sistem Turki
yang diamalkan, keistimewaan yang wujud dalam sistem ini, serta kaedah-kaedah
yang digunakan untuk menjaga dan memelihara hafazan al-Quran berdasarkan sistem
yang digunapakai.
1.8 Definisi Istilah
Berikut merupakan penjelasan beberapa istilah yang digunapakai dalam
penyelidikan ini. Ia bertujuan bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang kekeliruan
dan kemusykilan untuk memahami penyelidikan ini.
11
1.8.1 Kaedah
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 653) menyatakan bahawa kaedah
adalah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang
biasa); mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip tertentu).
Menurut Mok Soon Sang (2002: 51-52), mentakrifkan kaedah merupakan
cara atau peraturan untuk membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud satu siri
tindakan guru yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran yang
spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dalam perkataan lain, jika merujuk kepada
kaedah mengajar, ia membawa maksud cara untuk mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah pengajaran yang tersusun. Selain itu, kaedah juga
boleh disimpulkan sebagai satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set
prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Definisi di atas telah menjelaskan tentang takrif kaedah secara umum. Namun
demikian, dalam penyelidikan ini, kaedah yang dimaksudkan oleh penyelidik ialah
tentang metode atau cara yang khusus serta sistem yang digunakan oleh pelajar dan
tenaga pengajar TADT untuk menghafaz al-Quran melalui Sistem Turki.
1.8.2 Hafazan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 498), hafaz bermaksud,
terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran).
Apabila perkataan hafaz ditambah imbuhan akhiran an, menjadi perkataan hafazan,
ia bermaksud hasil daripada menghafaz. Hafazan juga berasal daripada perkataan
12
Arab iaitu “hafaz” yang bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan; khususnya
tentang bacaan ayat suci al-Quran atau dengan erti lain dapat membaca seluruh al-
Quran tanpa melihat kitab.
Menurut Abdul Hafiz (2006: 18), hafazan pula merupakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Hafazan adalah
penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan. Melalui hafazan, apa yang
dipelajari dapat dikeluarkan semula dengan lengkap, ia memerlukan kesungguhan
dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.
Namun, dalam skop penyelidikan ini perkataan hafaz lebih sesuai dan tepat
untuk digunakan kerana ianya lebih merujuk kepada kaedah atau teknik menghafaz
ayat-ayat suci al-Quran sedangkan perkataan hafal pula lebih sinonim
penggunaannya dengan proses menghafal perkara yang selain daripada al-Quran
misalnya menghafal sifir, fakta sejarah dan sebagainya.
1.8.3 Al-Quran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1261), al-Quran bermaksud
kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi
panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat).
Menurut Mudzakir (2007: 15), Manna` Khalil al-Qattan dalam bukunya
Mabahith fi Ulumil Quran menerangkan, al-Quran itu berasal dari perkataan qara`a
iaitu mengumpulkan dan menghimpun. Manakala qira`ah bererti menghimpun
huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam suatu ucapan yang tersusun
13
rapi. Al-Quran pada mulanya seperti qira`ah iaitu masdar dari kata qara`a, qiraatan,
qur`anan.
Selain itu, menurut Abdul Hafiz (2006: 3), menjelaskan pendapat as-Sabuni
tentang al-Quran. As-Sabuni menjelaskan bahawa al-Quran ialah kalam Allah yang
mempunyai mukjizat, diturunkan kepada nabi Muhammad melalui perantaraan
malaikat Jibril, tertulis pada mashaf-mashaf, diriwayatkan kepada kita secara
mutawatir, membacanya merupakan ibadat, dimulai dengan surah al-Fatihah dan
diakhiri dengan surah an-Nas.
Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1982: 3), al-Zarqani berkata dalam
kitabnya yang bertajuk “Manahil al-Irfan Fi ulum al-Quran”, bahawa al-Quran
bermaksud kalam Allah yang melemahkan dan diturunkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW yang disampaikan secara sepakat (mutawatir) dalam susunan
dan kandungannya yang dikumpulkan dan dikira ibadat bila membacanya.
Manakala, menurut Rosli Husin (2000: 5), Bakri Sheikh Amin menjelaskan
dalam tulisannya “at-Tabiyat al-Fanni Fi al-Quran”, bahawa al-Quran merupakan
kalam Allah yang bermukjizat. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, nabi
dan rasul terakhir melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia sebuah kitab yang termaktub
di dalam mashaf, dihafaz atau disimpan di dada manusia dan dipindahkan secara
mutawatir. Membaca al-Quran adalah ibadat. Al-Quran dimulai dengan surah al-
Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.
Selain daripada itu, menurut Abu Mazaayaa (1996: 1), al-Quran adalah
kalamullah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi akhir
zaman yang sekaligus juga sebagai penutup agama Samawi berikut ajaran-ajarannya.
Ia membenarkan ajaran syariat kitab sebelumnya dan juga menyempurnakan hukum-
hukum Allah pada kitab sebelumnya, sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal
14
dari berbagai aspek sama ada material, spiritual, jasmaniah, rohaniah, dunia dan
akhirat.
1.8.4 Sistem
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1507), sistem bermaksud cara
atau kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun cara atau kaedah yang teratur untuk
melakukan sesuatu.
Namun begitu, dalam penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan
penyelidikan terhadap satu sistem atau metode hafazan al-Quran yang diasaskan di
negara Turki iaitu sistem yang dinamakan Sistem Turki.
1.8.5 Tahfiz
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1569), tahfiz didefinisikan
sebagai menghafaz (al-Quran) ataupun lebih tepat merujuk kepada penyelidikan ini
adalah institusi tahfiz al-Quran (institut menghafaz al-Quran). Institut menghafaz al-
Quran yang dimaksudkan oleh penyelidik adalah Tahfiz al-Quran Darul Tuba,
Tangkak.
15
1.8.6 Darul Tuba
Menurut pengasas TADT, Darul Tuba dipilih sebagai nama institut tahfiz ini
berdasarkan nama bagi institut menghafaz al-Quran di negara Turki iaitu Tuba Kiz
Kuran Kursu di Istanbul Turki yang menggunakan Sistem Turki. Selain itu, nama
Darul Tuba juga dipilih bersempena pohon dalam syurga yang meneduhi semua
syurga.
1.9 Kesimpulan
Kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki ini merupakan salah satu dari kaedah
hafazan yang digunapakai di Malaysia yang penyelidik lihat mempunyai banyak
keistimewaan berbanding kaedah lain. Hal ini kerana kaedah ini amat menekankan
aspek ilmu dan disiplin yang tinggi dan amat bersesuaian digunakan untuk segenap
lapisan masyarakat kerana ianya bukan sahaja mampu menghafaz keseluruhan al-
Quran bahkan mampu melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang utuh.
Recommended