Kata adjektif

Preview:

Citation preview

BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU

Tajuk : Kata AdjektifTahun 4

Maksud Kata AdjektifMaksud Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama.Contoh kata adjektif ialah baik, murah, rendah, dan cantik.

Jenis – Jenis Kata AdjektifJenis – Jenis Kata Adjektif

1. Kata Adjektif Bentuk2. Kata Adjektif Perasaan3. Kata Adjektif Warna4. Kata Adjektif Ukuran5. Kata Adjektif Jarak6. Kata Adjektif Waktu7. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan8. Kata Adjektif Pancaindera9. Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif KeadaanKata Adjektif KeadaanContohnya;Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar

Contoh ayat;1. Penghulu yang baik hati itu sangat

dihormati oleh penduduk kampung.2. Semua murid berdiri tegak semasa lagu

“Negaraku” dimainkan.3. Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak

akan sempurna jadinya.

Kata Adjektif WarnaKata Adjektif WarnaContohnya; Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga.

Contoh ayat;1. Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas

putih.2. Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat

daripada kulit buaya.3. Semua peserta kem motivasi itu memakai

pakaian seragam berwarna biru.

Kata Adjektif UkuranKata Adjektif UkuranContohnya;Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah.

Contoh ayat;1. Rumah kecil di hujung sawah itu

kepunyaan Pak Leman.2. Dia menjolok buah itu dengan galah

panjang.3. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.

Kata Adjektif BentukKata Adjektif BentukContohnya;Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong

Contoh ayat;1. Meja makan itu berbentuk empat segi

bujur.2. Perut Hasan semakin buncit kerana sudah

lama tidak bersenam.3. Lukis garis lurus untuk menyambung

kedua – dua titik itu.

Kata Adjektif JarakKata Adjektif Jarak

Contohnya; Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat,

sebelah

Contoh ayat:1. Sekolahnya terletak sangat jauh dari

rumahnya.2. Rumah yang hampir sekali dengan

masjid ialah rumah rumah Ali.3. Tempat kemalangan itu dekat

dengan sekolah saya.

Kata Adjektif WaktuKata Adjektif Waktu

Contohnya;Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat

Contoh ayat;1. Mereka memakai baju baru ke majlis hari

jadi itu.2. Encik Murad suka mendengar lagu – lagu

lama nyanyian P.Ramlee.3. Di bandar itu terdapat banyak restoran

yang menjual makanan segera.

Kata Adjektif PerasaanKata Adjektif Perasaan

Contohnya;Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang

Contoh ayat;1. Encik Lim sangat kecewa dengan

keputusan PMR anaknya.2. Dia rindu akan anaknya yang sedang

belajar di luar negara.3. Orang itu sesat jalan kerana segan hendak

bertanya.

Kata Adjektif CaraKata Adjektif CaraContohnya;Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan

Contoh ayat;1. Pengaliran air itu sangat deras selepas

hujan lebat.2. Bot laju itu direka khas untuk

pertandingan.3. Tindakan yang segera daripada pihak

berkuasa amatlah diharapkan.

Kata Adjektif PancainderaKata Adjektif PancainderaContohnya;Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan

Contoh ayat;1. Sabrina tidak mahu makan ubat batuk

yang pahit itu.2. Wajah manis gadis itu sungguh menawan

hati.3. Bau busuk dari kilang itu mengganggu

penduduk kampung.