View
133
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
kbat
Citation preview
M E N U L I S P R O P O S A L P E N Y E L I D I K A N
Disediakan Untuk : PROFESOR DR. ABDUL RAHIM BAKARDisediakan Oleh : MIMILIA BINTI GABRIELSemester / Sesi : SEMESTER 3 : KOHORT 2012 / 2013
TUGASAN EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
TAJUK TUGASAN :
PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) DALAM
PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU.
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
SENARAI KANDUNGAN
BAB 1 : PENGENALAN MUKA SURAT1.1 Pengenalan dan Latar Belakang Kajian 3 - 5
1.2 Pernyataan Masalah 5 – 9
1.3 Objektif 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Tujuan dan Kepentingan Kajian 10
1.6 Andaian dan Batasan Kajian 10 - 11
1.7 Definisi Operasi 11 – 15
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR MUKA SURAT2.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 16 - 17
2.2 PPPM : Jurang Sistem Pendidikan Malaysia 17 - 18
Membimbangkan
2.3 Program i-THINK 19
BAB 3 : METADOLOGI MUKA SURAT3.1 Reka Bentuk Kajian 20 – 21
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 21 – 22
3.3 Instrumen Kajian 22 – 23
3.4 Prosedur Kajian Tinjauan 23 – 24
3.5 Pengumpulan Data 25
3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan 25 - 26
3.7 Kaedah Analisis Data 27
4.0 PenutupKesimpulan dan Penutup 27
RUJUKAN 28 - 29
APENDIX 30 - 45
BAB 1
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403382
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, satu daripada 6 ciri utama
yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat
global ialah kemahiran berfikir ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 ).
Menyedari keperluan negara menyediakan rakyatnya agar mampu bersaing di
persada antarabangsa menjelang abad ke-21, maka Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM) berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang
mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia,
penglibatan awam serta rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan. Pelan
ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang
berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Dalam memastikan perkembangan dan
pembangunan sesebuah negara, pendidikan memainkan peranan yang amat signifikan.
Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan dan keberhasilan sesebuah negara amat
bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh
rakyatnya.
Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan
kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking
Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran
kritikal dan kreatif.
Sesuai dengan hasrat yang dibariskan dalam kesebelas anjakan utama iaitu anjakan
yang pertama ; menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa, program yang menekankan elemen KBAT dilihat amat
signifikan menjadi amalan dan budaya murid-murid sekolah di Malaysia
termasuk tenaga pengajarnya. Dalam anjakan pertama ini juga, Kementerian
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403383
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Pelajaran Malaysia akan merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk
meningkatkan tumpuan terhadap KBAT pada tahun 2016.
Pada 27 Julai 2011, mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia ( AIM ) di
bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju
melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia ( 4
buah sekolah menengah , 4 buah sekolah kebangsaan, 1 SJK(C) dan 1 SJK(T).
Pelancaran program ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Perdana
Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2013, program telah diperluaskan ke 1000 buah sekolah di Malaysia dan
seterusnya semua sekolah di Malaysia akan melaksanakan program ini menjelang
2014.
Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau HOTs merujuk kepada
4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 )
Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung KBAT ialah
inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan
sebaliknya tahu menggunakannya. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu
dengan maklumat atau fakta atau idea yang diterima dengan memberi makna yang
berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan.
10 buah sekolah telah terpilih sebagai sekolah rintis di seluruh Malaysia bagi
program i-THINK bermula pada akhir tahun 2011. Pelaksanaan pengenalan kepada
program i-THINK pula, bermula seawal sesi persekolahan 2012 di mana ia
merupakan tahun pengenalan atau Fasa 1 bagi program ini. Dalam fasa ini, guru-guru
telah memperkenalkan 8 Peta Pemikiran yang dibangunkan oleh David Hyerle ini
kepada murid-murid dan matlamat utamanya adalah untuk mempertingkatkan
kemahiran berfikir murid dan tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran
teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi sekolah rendah
( KPM, 2012 ). Lantaran itu, kajian ini penting dalam melihat sejauh mana soalan
beraras tinggi digubal di dalam soalan-soalan peperiksaan. Adakah ia dilaksanakan
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403384
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
seiring dengan keperluan semasa atau ia masih lagi digubal mengikut keperluan
peperiksaan di sekolah terlibat?
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke
negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama
golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap
menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara
diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-
punca yang mendorong isu ini berlaku?
Pengangguran mungkin disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai
kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori, baik ketika di sekolah
mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir,
menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran
berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang
mereka anggap mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa
asing dan berpengetahuan dalam perkomputeran.
Persoalannya, mungkinkah apa yang diterima oleh pelajar atau graduan
sewaktu mereka menuntut di sekolah rendah mahupun menengah turut
menyumbang kepada kadar pengangguran ini? Adakah mungkin benar
pernyataan yang mengatakan pelajar kita tidak dirangsang untuk berfikir aras
tinggi ketika menuntut sebaliknya lebih kepada teknik menghafal untuk
keperluan peperiksaan menjadikan mereka masyarakat yang kurang berfikir?
Latihan berbentuk hafalan ini tidak membantu pelajar kita untuk menggunakan
keupayaan otak mereka untuk berfikir secara maksimum kerana sistem
pendidikan rendah dan menengah kita tidak menekankan aras pemikiran tinggi
di mana para pelajar dapat mengaplikasikan serta menggunakan ilmu yang
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403385
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
mereka pelajari bukan sahaja di dalam bilik darjah, malah dalam kehidupan
mereka sehari-hari termasuk selepas fasa persekolahan.
Mungkin menyedari hakikat ini, kerajaan mula memandang serius kepada
aras pemikiran tinggi sehingga mula mengadaptasi beberapa program berbentuk
KBAT ke dalam sistem pendidikan rendah dan menengah.
Pengajaran secara sistematik dan formal elemen KBAT di dalam bilik-bilik darjah
di Malaysia bermula pada awal 1990-an. Pada tahun 1993, KPM telah mengenal
pasti 4 model yang boleh digunakan di dalam bilik darjah apabila melaksanakan
dan melakukan penyelarasan program kemahiran berfikir secara lebih sistematik
di sekolah-sekolah. ( Pusat Pembangunan Kurikulum, 1993 ).
Model pertama oleh Robert Swartz dan Sandra Parks yang mana model ini telah
disediakan oleh Pusat Kebangsaan bagi Pengajaran Pemikiran di Boston. Di Malaysia,
ia lebih dikenali sebagai ‘Model Boston’.
Model kedua ialah Model ‘KWHL’ di mana ‘K’ bermaksud knowledge, ‘W’
bermaksud what, ‘H’ pula membawa makna how dan ‘L’ membawa maksud
learnt.
Model ketiga pula ialah model yang terdiri daripada CoRT 1 ( Widening the
Perception ) dan CoRT 4 ( Creative and Lateral Thinking ) yang mana kedua-
duanya dibangunkan oleh Edward de Bono.
Model keempat lebih dikenali sebagai ‘ Programmed Instruction in the
Learning of Thinking Skills ( PILTS ) yang telah dibangunkan oleh 2 orang
ahli akademik tempatan, John Arul Phillips dan Fatimah Hashim.
Sungguhpun Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis ( KBKK ) telah
diperkenalkan pada tahun 1994, tetapi hasil analisis keperluan telah
menunjukkan bahawa KBAT dalam kalangan guru dan murid berada pada
tahap rendah ( BPK, 2012 ). Sehubungan dengan itu, dapatan hasil kajian lepas
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403386
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
mendapati bahawa guru kurang mengamalkan kemahiran aras tinggi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka ( Hadi, 2012 ). Pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat reproduction iaitu
mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar
berfikir ( Wenning, 2002 ) .
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti
Programme for International Student Assessment ( PISA ) dan Trends in
Mathematics and Science Study ( TIMSS ), telah muncul sebagai kaedah
perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai
sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif
seperti aplikasi dan penaakulan ( PPPM, 2013-2025 ).
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMMS buat pertama kali dalam
tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik
dan Sains. Namun, penyertaan dalam pusingan terkini pada tahun 2007
memperlihatkan prestasi murid Malaysia telah menurun di bawah purata
antarabangsa bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, disusuli penurunan dari
segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal
mencapai kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007,
iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-
masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009 ( penyertaan kali pertama
Malaysia ) juga menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi
Matematik, ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi konstruk ‘Kefahaman’ antara 74 buah
negara iaitu terletak dalam kelompok sepertiga terbawah. Pencapaian ini
meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD
(Ekshibit 3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal
mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam
Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum.
Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu
tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun
di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403387
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid
berumur 15 tahun di Malaysia ( PPPM, 2013-2025 ).
Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding
Kestrel Education ( UK ) dan 21st Century School ( USA ) pada 2 November 2011
yang mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di
negara ini amat rendah ( BPK 2012 ). Dapatan daripada UNESCO, 2011 pula
menunjukkan guru-guru mengajar hanya untuk memenuhi keperluan peperiksaan.
Sebab itulah satu program yang berbentuk inovatif diperkenalkan di negara kita
yang dinamakan sebagai program i-THINK. Program i-THINK ialah satu program
yang memperkenalkan 8 Peta Pemikiran sebagai satu set ‘tools’ yang boleh
merangsang pemikiran beraras tinggi dalam kalangan warga sekolah sama ada guru
atau murid. Selain daripada peta pemikiran tersebut, alat berfikir lain yang turut
diperkenalkan melalui Program i-THINK ini adalah seperti Habits of Mind,
6 Thinking Hats dan Q-Matrix Chart. Kesemua alat berfikir ini sebenarnya
merupakan satu penambahan dan penambaikan dalam strategi PdP guru di dalam
bilik darjah dan bukannya satu kurikulum baru.
Sekolah-sekolah kajian merupakan sekolah rintis bagi program i-THINK ini yang
memulakan sesi pengenalan bagi program ini pada tahun 2012 dan seterusnya dinaik
taraf kepada ‘Showcase School’ pada tahun 2013 ini. 10 buah sekolah rintis yang
terpilih di seluruh Malaysia diharap dapat menjadi sebuah ‘Thinking School’
menjelang 2015. Sasaran Kementerian Pendidikan, soalan berbentuk HOTS akan
dibina 40% dalam UPSR manakala 50% dalam SPM menjelang 2016.
Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin melihat sejauh mana soalan yang
menggunakan elemen KBAT digubal di dalam kertas soalan untuk ujian akhir
tahun. Kertas soalan yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah kertas soalan bagi subjek
mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu sahaja.
Justeru itu, pernyataan masalah bagi kajian ini ialah mengkaji tahap
penggunaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403388
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
penggubalan soalan ujian mata pelajaran teras Bahasa Melayu untuk kertas
Peperiksaan Akhir Tahun di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah
sekolah bukan i-THINK.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji tahap penggunaan soalan beraras tinggi ( KBAT) dalam
penggubalan soalan-soalan peperiksaan oleh guru-guru Bahasa
Melayu di 6 buah sekolah rendah rintis i-THINK dengan 6 buah
sekolah rendah yang tidak menerima Program i-THINK.
2. Mengenalpasti tahap penggunaan soalan beraras tinggi ( KBAT)
dalam penggubalan soalan oleh guru mata pelajaran Bahasa
Melayu antara 4 buah sekolah menengah rintis i-THINK dengan 4
buah sekolah menengah yang tidak menerima Program i-THINK.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
i. Sejauh mana guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan
10 buah sekolah yang tidak menerima Program i-THINK memasukkan
elemen KBAT dalam penggubalan soalan PAT 2013 mereka.
ii. Sejauh mana perbezaan tahap penggunaan elemen KBAT dalam
penggubalan soalan Bahasa Melayu untuk PAT 2013 antara sekolah
rendah dan sekolah menengah rintis i-THINK dengan sekolah rendah dan
sekolah menengah yang tidak menerima Program i-THINK di Malaysia.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM403389
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
1.5 TUJUAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan soalan-soalan beraras
tinggi diaplikasikan di dalam penggubalan soalan-soalan bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun di 10 buah sekolah rintis i-THINK dengan
10 buah sekolah yang tidak menerima Program i-THINK.
Program i-THINK yang diperkenalkan serta dilaksanakan hampir dua tahun oleh
sekolah-sekolah rintis adalah satu program yang menggalakkan pemikiran beraras
tinggi dalam kalangan murid menggunakan 8 Peta Pemikiran yang dicadangkan.
Justeru itu, penyelidik ingin mengetahui adakah soalan-soalan beraras tinggi
diserapkan ke dalam soalan-soalan yang digubal oleh para guru ketika melakukan
ujian. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap penggunaan elemen KBAT
sewaktu penggubalan soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu untuk
Peperiksaan Akhir Tahun ( PAT ) antara sekolah i-THINK dengan sekolah yang
bukan i-THINK.
Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan untuk membuat kajian lanjutan
mengenai keupayaan murid-murid dalam menjawab soalan-soalan beraras tinggi
pada masa akan datang.
1.6 ANDAIAN DAN BATASAN KAJIAN
Dalam kajian ini, penyelidik mengandaikan guru-guru di sekolah kajian ada
menggunakan KBAT ketika menggubal soalan bagi Ujian Akhir Tahun
memandangkan semua mereka telah didedahkan dengan penggunaan 8 Peta
Pemikiran dalam program i-THINK selain alat-alat berfikir lain yang telah
dinyatakan. Andaian lain ialah guru-guru yang mengajar di 10 buah sekolah
rintis i-THINK tadi telah menerima latihan yang secukupnya daripada jurulatih yang
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033810
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
berpengalaman daripada syarikat perunding KESTREL EDUCATION yang diiktiraf
oleh KPM tentang penggunaan dan fungsi peta pemikiran yang diperkenalkan. Guru-
guru ini juga diwajipkan menerapkan penggunaan 8 Peta Pemikiran yang
bersesuaian dengan tajuk atau topik pengajaran mereka sewaktu proses PdP
berlangsung di dalam kelas. Jadi, sudah tentu mereka juga tahu bagaimana
hendak menggubal soalan beraras tinggi bagi menguji pencapaian pelajar
mereka dalam menjawab soalan berbentuk KBAT tersebut. Manakala bagi 10
buah sekolah bukan i-THINK pula, penyelidik mengandaikan mereka melakukan
penggubalan soalan peperiksaan seperti mana kebiasaan tanpa menekankan
elemen KBAT.
Batasan kajian ini adalah, penyelidik hanya akan memilih guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja di 10 buah sekolah rintis i-
THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK yang terpilih. Penyelidik juga
akan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU yang disediakan terlebih
awal oleh guru-guru mata pelajaran teras bagi kertas-kertas soalan Bahasa Melayu
bagi melihat bilangan soalan beraras tinggi yang digubal dalam ujian. Penyelidik
memilih satu ujian utama sahaja iaitu Ujian Akhir Tahun 2013 memandangkan
ujian ini merupakan ujian yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk
menilai prestasi pelajar-pelajar mereka setiap hujung tahun. Ini bermakna,
penyelidik akan menggunakan 6 JSU bagi setiap sekolah rendah ( Tahun 1
hingga 6) dan 5 JSU bagi setiap sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).
Penyelidik juga hanya akan menggunakan Ketua Panitia Bahasa Melayu di
setiap sekolah untuk mengumpul JSU bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
Peperiksaan Akhir Tahun 2013 tersebut.
1.7 DEFINISI OPERASI KAJIAN
Sejak akhir-akhir ini, terdapat pertumbuhan dalam keinginan dan minat di
seluruh dunia dalam usaha membangunkan kemahiran pembelajaran dan
pemikiran kanak-kanak ( Fisher, 2005 ).
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033811
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Abjad ‘i’ bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula membawa maksud pemikiran iaitu
pemikiran secara inovatif serta perlu ada dalam diri setiap murid (BPK, 2012).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tahap bermaksud peringkat manakala
penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal ( perbuatan, kegiatan, dll )
menggunakan sesuatu. Kalau digabungkan, tahap penggunaan bermaksud
peringkat atau sejauhmana kita menggunakan sesuatu.
KBAT pula adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. ( BPK 2013 ).
8 Peta Pemikiran dalam program i-THINK merupakan satu perwakilan data yang
sistematik dengan konsep yang seragam dan digambarkan melalui lapan penyusun
grafik yang berstruktur yang direka untuk meningkatkan pemahaman konsep atau
konstruk ( Thinking Maps, Inc. 2007 ) iaitu;
i. Peta Bulatan / Circle Map – Proses Berfikir ( mendefinisi mengikut konteks )
ii. Peta Buih / Bubble Map – Proses Berfikir ( Menerangkan ciri-ciri dalam kata
adjektif )
iii. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map – Proses Berfikir ( Membanding
beza )
iv. Peta Pokok / Tree Map - Proses Berfikir ( Mengelas / Mengkategori )
v. Peta Dakap / Brace Map - Proses Berfikir ( Melihat Hubungan Keseluruhan
dan Bahagian Kecil )
vi. Peta Alir / Flow Map - Proses Berfikir ( Melihat Urutan Peristiwa )
vii. Peta Pelbagai Alir / Multi-Flow Map – Proses Berfikir ( Melihat Sebab dan
Akibat ).
viii. Peta Titi / Bridge Map - Melihat Analogi
( Rujuk Apendix A untuk melihat grafik 8 Peta Pemikiran )
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033812
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Sekolah rintis i-THINK yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ) ;
i. SK Kiaramas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ii. SK Paya Pulai, Pahang
iii. SK Pusat Bukit Besar , Terengganu
iv. SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Sarawak
v. SJK(T) Port Dickson, Negeri Sembilan
vi. SJK(C) Wen Hua, Batu Berendam, Melaka
vii. SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang
viii. SMK Convent Muar, Johor
ix. SMK Gaal, Kelantan
x. SMK Kota Merudu, Sabah.
10 buah sekolah bukan i-THINK yang terpilih untuk membuat perbandingan
adalah yang terletak di sekitar Bandar Raya Kuching bagi memudahkan
penyelidik dari segi demografi.
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir
boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea
bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir
dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran
berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu
dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama ( PPK,
1999 ).
Kemahiran berfikir adalah sangat penting bagi pelajar untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian ( Tee, et al. 2009b ) Menurut Tee et al. ( 2010 ),
Kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan dengan
bantuan alat berfikir.
Kemahiran berfikir aras rendah ( KBAR ) pula merupakan satu kemahiran
menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat serta tidak memerlukan
pemikiran yang meluas atau mendalam.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033813
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) pula merujuk kepada kemahiran berfikir
seperti menjelaskan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan merancang yang memerlukan pemikiran meluas dan
mendalam.
Kekerapan penggunaan KBAT dalam penggubalan soalan ujian mata pelajaran
Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan
i-THINK akan dilihat melalui JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian ) kertas-kertas soalan
mata pelajaran teras Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi 2013
ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, soalan bermaksud sesuatu yang
ditanyakan ( dalam peperiksaan dll ). Dalam kajian ini, aras spesifikasi soalan
dianalisis mengikut Taksonomi Bloom melalui JSU yang dibina oleh AJK
Panitia Bahasa Melayu di sekolah masing-masing.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu jadual yang menggambarkan
ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan
setiap konstruk, konteks, pemberatan setiap konteks dan taburan aras kesukaran
(Hajjah Rukiah Bt Ahmad Tabon, IPTI, JB 2008 ).
JSU turut dikenali sebagai Test Specification Table ( TST ) adalah carta dua
hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur
carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini
pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur
(Kubiszyn dan Borich, 2003).
JSU juga merupakan jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai
topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang
akan diuji. Jadual tersebut menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak
diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item
soalan.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033814
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Dalam JSU, kandungan soalan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala
kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. Tujuan utama JSU adalah untuk
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian selain menyelaras aras kesukaran
dan menstabilkan taraf dan mutu ujian. Ia juga membolehkan perbandingan
dibuat antara satu ujian dengan satu ujian yang lain serta boleh mengelak
pertindanan atau soalan yang berulang atau ketidakseimbangan soalan.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033815
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )
Seorang pendidik perlu menyediakan pelajarnya untuk semua peringkat pendidikan
dan pekerjaan, di mana manusia dikehendaki untuk berfikir tentang maklumat yang
sedia ada dan yang sentiasa berubah ( Freidman, 2006 ).
Sesuai dengan pernyataan itu, Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM
2013-2025 memberi penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) atau Higher Order Thinking Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan
generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu ( definisi oleh KPM ).
Kemahiran berfikir merupakan keupayaan mental yang kita gunakan untuk
mengetahui tentang dunia, menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan yang
wajar ( Fisher, 2007. ms.72 ) . Pemikiran aras tinggi merujuk kepada aras tertinggi
dalam Taksonomi Bloom di mana Bloom (1956) sendiri menjelaskan ia adalah
bersifat umum dalam cara berfikir dan menyelesaikan masalah yang boleh
diaplikasikan secara meluas dalam subjek atau mata pelajaran yang berbeza ( seperti
yang dipetik dalam Boone, Boone & Gartin, 2005 ).
Beberapa ahli akademik mengaitkan KBAT dengan 3 aras tertinggi dalam
Taksonomi Bloom iaitu analisis, sintesis, dan penilaian manakala 3 aras
terbawah adalah elemen Kemahiran Berfikir Aras Rendah atau juga dikenali
sebagai KBAR ( Bloom et.al.,1956 ; Krathwohl & Anderson, 2001 ) namun di
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033816
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Malaysia, kita bermula pada aras ketiga iaitu aras aplikasi sebagai indikator
pemikiran aras tinggi. Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau
HOTS merujuk kepada 4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ).
KBAT juga didefinisikan sebagai pemikiran yang kompleks, bukan
beralgoritma di mana ia digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat
diramal, bukan rutin dan memerlukan lebih daripada satu pendekatan ( Stein dan
Lane, 1996; BPG, 2013 ).
KBAT menurut Naggapan. R ( 2001 ), memerlukan murid menilai maklumat
secara kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Begitu juga menurut
Thompson ( 2008; BPG, 2013 ), KBAT melibatkan proses penyelesaian masalah di
mana satu algoritma yang belum dipelajari atau yang sudah dipelajari
digunakan dalam situasi yang bukan rutin.
Kekerapan penggunaan KBAT dalam penggubalan soalan-soalan ujian mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rintis terpilih akan dilihat melalui JSU ( Jadual
Spesifikasi Ujian ) yang telah digubal dan dipersetujui oleh guru-guru mata
pelajaran tersebut bagi setiap tahap.
2.2 PPPM: JURANG SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
MEMBIMBANGKAN
1Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun
terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain
semakin lebar.
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu
boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program 1 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_31/PPPM-Jurang-sistem-pendidikan-negara-membimbangkan#ixzz2k3EDLEaa © Utusan Melayu (M) Bhd
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033817
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS).
Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia
gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu
kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.
Keputusan tidak memberangsangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam
keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA ( PISA 2009 ), penyertaan kali
pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga
terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata
antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
"Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal
mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam
Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu.
Perbandingan skor dalam skala PISA ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di
Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai, China mempunyai prestasi tiga
atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar Malaysia pada umur yang sama.
Dapatan ini telah mendorong kepada pengenalan program i-THINK secara
menyeluruh di Malaysia iaitu pendekatan ‘whole school approach’ yang akan
dilaksanakan di semua sekolah menjelang 2014 di mana program ini mampu
menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar sekolah
menggunakan 8 Peta Pemikiran yang boleh digunakan dalam merentas semua
subjek.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033818
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
2.3 PROGRAM i-THINK
Program I-Think adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi
Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di
peringkat sekolah rendah dan menengah.
Program i-Think adalah pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk
proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam
kalangan guru dan pelajar bersama-sama melalui penggunaan 8 Peta Pemikiran yang
dibangunkan oleh Dr David Hyerle.
Penggunaan 8 Peta Pemikiran adalah berdasarkan susunan grafik tertentu yang
berupaya menyusun atur pemikiran pelajar. Susunan grafik ini berupaya membantu
pelajar untuk membuat pengelasan, membanding beza, menunjukkan hubungan,
memberi makna dan mengurus data dengan cepat dan mudah ; sebelum, semasa dan
selepas pembacaan dan perbincangan ( Gallavan & Kottler, 2007 ).
Dalam bukunya, ‘Kejayaan Pelajar Dengan Peta Pemikiran’, Dr. David Hyerle
menyediakan pelbagai sebab dan penyelidikan tentang mengapa 8 Peta Pemikiran
adalah satu alat bermanfaat untuk aktiviti bilik darjah. Hyerle menyatakan bahawa
dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran, akan menggalakkan metakognisi dan
perkembangan kognitif yang berterusan bagi pelajar di seluruh kerjaya akademik
mereka serta menambah satu komponen seni dan kinestetik bagi pelajar yang belajar
dengan berkesan mengikut tahap kecerdasan tertentu ( David Hyerle , 2011 ).
Menyedari hakikat inilah, negara kita mengambil langkah proaktif dengan
mengadaptasi program i-THINK ke dalam sistem pendidikan negara dengan harapan
kita mampu melahirkan generasi muda yang mampu berfikir aras tinggi. Matlamat
dalam KBAT adalah supaya pelajar dapat membina idea dan strategi mereka sendiri
(Pogrow, 2005, p.65).
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033819
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Bab ini akan menerangkan metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini
bagi menentukan tahap penggunaan soalan-soalan berunsur KBAT dalam
penggubalan soalan-soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Bab ini juga mengandungi reka bentuk kajian, populasi dan sampel,
instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data , kebolehpercayaan dan
kesahan serta kaedah analisis data.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kerana pengumpulan data
adalah dalam bentuk nombor iaitu jumlah kekerapan soalan beraras tinggi
digubal dalam soalan-soalan ujian kertas Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Akhir
Tahun 2013.
Kajian ini dikategorikan sebagai penyelidikan berbentuk tinjauan ( survey ).
Kaedah tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang bukan eksperimen dan
digunakan untuk mengumpul maklumat daripada sebahagian populasi yang ingin
dikaji. Chua ( 2007 ) menyatakan bahawa Kajian Tinjauan adalah satu kaedah di
mana penyelidik memperoleh data secara langsung daripada sampel.
Penyelidik akan meminta dan mengumpul maklumat daripada sampel populasi
terpilih iaitu guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK tadi
dan 10 buah sekolah bukan i-THINK melalui JSU yang digunakan oleh guru-
guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Johari ( 2004 )
menyatakan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk mengutip data secara
terperinci, berstruktur dan secara seragam.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033820
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Maklumat yang dikumpul menerusi Kajian Tinjauan ini juga dilakukan
menggunakan prosedur piawai agar sampel menjawab soal selidik yang sama bagi
semua buah sekolah kajian.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian ini, populasi sasaran ialah terdiri daripada semua guru Bahasa
Melayu yang mengajar di sekolah rendah ( Darjah 1 hingga Darjah 6 ) dan
sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ). Namun, populasi capaian
pula hanya melibatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
di 10 buah sekolah rintis i-THINK iaitu 4 buah sekolah menengah dan 6 buah
sekolah rendah dan 10 buah sekolah bukan i-THINK yang mana bernisbah sama
iaitu 4 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah. Populasi ini dipilih
kerana ia mewakili skop kajian ( representative ) yang hendak dilakukan oleh
penyelidik.
Persampelan dipilih mengikut kaedah persampelan tak rawak iaitu
persampelan bertujuan atau purposive sampling ( turut digelar judgement
sampling ). Menurut Fatimah Idris et.al. (2008), subjek penyelidikan dipilih
mengikut kriteria yang ditetapkan sesuai dengan permasalahan penyelidikan
yang hendak dikaji. Menurut Ary et.al, 2010, persampelan bertujuan adalah
berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Kaedah ini
juga digunakan kerana batasan penyelidik hanya dalam lingkungan guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja dan tidak melibatkan guru-
guru daripada mata pelajaran yang lain.
Sampel yang dipilih juga melibatkan guru-guru Bahasa Melayu sahaja di 10
buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK terpilih
kerana kumpulan ini yang telah menggubal soalan–soalan mata pelajaran
Bahasa Melayu yang telah mereka persetujui dalam Jadual Spesifikasi Ujian
pada awal perbincangan dan penggubalan kertas soalan ujian. Sungguhpun
demikian, penyelidik hanya akan meminta Ketua Panitia mata pelajaran Bahasa
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033821
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Melayu di setiap sekolah untuk mengumpul JSU yang telah disediakan sebelum
menyerahkannya kepada penyelidik. Penyelidik sendiri yang akan menentukan
aras soalan yang terdapat di dalam JSU berdasarkan Taksonomi Bloom dan
bukannya guru-guru lain mahupun ketua panitia bagi memastikan standard aras
yang sama digunakan.
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Insrumen ialah alat-alat yang digunakan untuk mengumpul data penyelidikan.
Semua penyelidik memerlukan instrumen yang membenarkan penyelidik
membuat kesimpulan yang tepat berkenaan ciri yang diselidik ( Ary, Jacob, &
Rozavieh, 2002 ).
Berdasarkan persoalan kajian yang ingin melihat tahap penggunaan KBAT
dalam penggubalan soalan-soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2013, maka
instrumen yang utama digunakan oleh penyelidik ialah Jadual Spesifikasi Ujian
( JSU ) mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah disediakan oleh guru-guru di
sekolah masing-masing sebelum Peperiksaan Akhir Tahun dilaksanakan di 10
buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK tadi.
Penyelidik juga akan meminta salinan kertas soalan peperiksaan bagi
memastikan JSU yang dibina adalah menepati aras dalam Taksonomi Bloom.
JSU mata pelajaran bagi semua sekolah di Malaysia adalah seragam sepertimana
yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran di negeri masing-masing. Ini boleh
meningkatkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan oleh penyelidik
kerana instrumen yang sama digunapakai di semua sekolah mengikut keperluan
sekolah rendah dan sekolah menengah ( rujuk Apendix B(i) bagi sekolah rendah
dan Apendix B(ii) bagi sekolah menengah ). Penyelidik sendiri yang akan
membuat penentuan aras Taksonomi Bloom sekiranya aras yang tertulis di dalam
JSU tersebut kurang tepat.
Selain itu, penyelidik menggunakan satu borang kaji selidik ( Rujuk Apendix
C(i) untuk sekolah rendah dan C(ii) untuk sekolah menengah di mana penyelidik
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033822
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
sendiri yang akan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki ke dalam borang
berkenaan. Borang ini merupakan rumusan maklumat yang dikumpul melalui
JSU tadi. Borang ini telah digunapakai di sebuah sekolah rintis i-THINK di
Sarawak ( sekolah tempat penyelidik bertugas ) serta ia turut digunakan untuk
mengumpul maklumat berkaitan penggunaan elemen KBAT dalam soalan-soalan
Bahasa Melayu di 12 buah ‘sekolah angkat’ i-THINK di sekitar Kuching.
Sekolah Angkat ini ialah 12 buah sekolah yang tidak termasuk dalam perluasan
oleh KPM bagi tahun 2013 namun dipilih oleh sekolah rintis i-THINK di
Sarawak sebagai sekolah angkat mereka bagi tujuan perkongsian Program i-
THINK bersama sekolah-sekolah sekitar yang terdekat. Jadi, penggunaan borang
tersebut pada tahun 2013 telah meningkatkan kebolehpercayaan borang tersebut
kerana ia digunakan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu dan pasukan pemandu
i-THINK di sekolah rintis untuk mengukur penggunaan soalan beraras tinggi di
sekolah-sekolah angkat terpilih. Ini juga bermaksud borang tersebut mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi kerana sebelum penggunaannya ke sekolah-
sekolah rintis i-THINK yang lain, ia telah dibuat ‘pilot test’ di 12 buah sekolah
angkat i-THINK terpilih di sekitar daerah Padawan, Kuching.
3.4 PROSEDUR KAJIAN TINJAUAN
Jangka masa penyelidikan yang akan digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan
kajian ini adalah lebih kurang sebulan sehingga tiga bulan. Memandangkan ujian yang
diguna pakai dalam penyelidikan ini ialah Peperiksaan Akhir Tahun 2013, maka
penyelidik akan memulakan penyelidikan pada bulan-bulan terakhir persekolahan
iaitu Disember dan November khususnya bagi pengumpulan data.
Memandangkan juga sekolah penyelidik ialah sebuah daripada 10 buah
sekolah rintis i-THINK dan penyelidik merupakan ahli dalam pasukan pemandu,
maka penyelidik mempunyai hubungan yang baik dengan 9 buah sekolah rintis
i-THINK yang lain khususnya pasukan pemandu mereka. Maka, penyelidik akan
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033823
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
memulakan penyelidikan dengan menghantar surat iringan melalui e-mail kepada
pasukan pemandu di 9 buah sekolah tersebut untuk menerangkan tujuan kajian
( rujuk Apendix D ) . Manakala bagi 10 buah sekolah lain yang bukan i-THINK,
penyelidik akan menghubungi mereka melalui panggilan telefon selain
berhubung terus dengan 10 buah sekolah tersebut. Setelah itu, penyelidik akan
berhubung dengan Guru Besar dan Pengetua di setiap sekolah untuk
memaklumkan tentang penyelidikan yang akan dilakukan dengan bantuan
pasukan pemandu di setiap sekolah rintis tadi dan Ketua Panitia atau Ketua
Bidang di sekolah bukan i-THINK.
Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Pengetua di semua
sekolah kajian, penyelidik akan menghantar semula maklumat keperluan
penyelidikan melalui e-mail kepada pasukan pemandu sekolah dan Ketua Panitia
meminta kerjasama daripada Ketua Panitia atau Ketua Bidang bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk mengumpul soal selidik yang dibekalkan. Bagi 10
buah sekolah bukan i-THINK yang terletak di sekitar Bandar Raya Kuching,
penyelidik boleh menggunakan panggilan telefon atau pergi sendiri ke sekolah
tersebut untuk mengumpul JSU yang diperlukan dalam kajian.
Memandangkan JSU digubal lebih awal daripada tarikh ujian sebenar,
penyelidik menjangkakan data kajian tinjauan ini boleh dikutip seawal bulan
November. Sekiranya belum mendapat maklum balas daripada responden terlibat,
penyelidik akan membuat tindakan susulan seperti menghantar semula e-mail
kepada responden atau menelefon pihak sekolah bagi memperoleh dapatan yang
diperlukan. Penggunaan Facebook juga boleh dipertimbangkan selain e-mail
memandangkan ia adalah saluran komunikasi yang amat popular dewasa ini.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan laman sesawang sekolah-sekolah
terbabit atau blog-blog sekolah mahupun responden yang terlibat dalam kajian.
Paling penting, penyelidik dapat berhubung dengan mudah dengan Ketua
Panitia atau Ketua Bidang ataupun Pasukan Pemandu di sekolah-sekolah rintis i-
THINK terbabit serta 10 buah sekolah bukan i-THINK tadi.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033824
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
3.5 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan secara talian iaitu secara e-mail
dan juga dengan mengutip sendiri kertas soalan atau JSU bagi sekolah-sekolah
bukan i-THINK di sekitar Kuching. Berbekalkan borang soal-selidik yang
disediakan oleh penyelidik kepada para responden di 20 buah sekolah tadi,
penyelidik hanya memerlukan Ketua Panitia atau Ketua Bidang untuk
mengumpul Jadual Spesifikasi Ujian yang telah digubal di peringkat sekolah
masing-masing dan juga satu salinan kertas soalan daripada kertas peperiksaan
Bahasa Melayu ( Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan ) bagi setiap tahun
atau tingkatan.
Apabila borang JSU ini telah dilengkapkan, para responden akan menghantar
balik melalui kaedah yang sama iaitu e-mail kepada penyelidik ataupun dikutip
sendiri oleh penyelidik. Kaedah ini tidak memerlukan kos dan masa yang
terlalu panjang kerana sebaik sahaja dilengkapi, data itu boleh terus digunakan
oleh penyelidik untuk diproses. Penyelidik akan melakukan susulan sekiranya data
tidak diperoleh dalam tempoh yang dikehendaki contohnya dengan menelefon atau
menghantar e-mail kepada pasukan pemandu untuk mendapatkan bantuan mereka.
3.6 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN DATA
Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan
skor setiap item2. Menurut Hanna & Dettmer ( 2004 ), kebolehpercayaan
instrumen adalah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur.
Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang
2 William Wiersma (2000), op.cit., h. 297. Beliau menjelaskan ; Reliability means consistency, an observed score can be seen as consisting of two parts, one part in individual’s “true” score and the other part an “ error “ score.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033825
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau
jawapan yang sama atau hampir sama.
Menurut Creswell ( 2012 ), matlamat penyelidikan yang baik adalah apabila
data yang diperoleh mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam usaha ini,
penyelidik akan memastikan soal selidik di dalam instrumen kajian adalah jelas
dan konsisten ( iaitu menggunakan JSU yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri serta borang rumusan yang telah digunakan dalam ujian rintis di 12
buah sekolah angkat untuk mengutip data yang sama ). Prosedur kajian juga
standard di mana ketua panitia atau ketua bidang akan mengutip borang
rumusan yang sama untuk sekolah - sekolah yang terlibat bersama dengan satu
salinan kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu ( Kertas Pemahaman dan
Penulisan ).
Dalam kesahan instrumen soal selidik bagi penyelidikan kuantitatif, kesahan
didefinisikan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan
instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan3. Kesahan juga bermaksud,
persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara
maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik,
penyelidik akan menggunakan teknik Criterion-Related Evidence untuk
mengumpul bukti terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk4.
Dengan itu, penyelidik akan melantik ketua panitia atau kedua bidang untuk
mengesahkan instrumen kajian yang beliau sediakan. Tujuan penyelidik
membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item
(instrumen) agar bersifat dapat dipertahankan (defensibility), ketepatan
(accuracy), kesesuaian ( appropriatetness , bermakna (meaningfulness) ) dan juga
kebolehgunaan (usefulness).5 Selain itu, bagi meningkatkan kesahan kandungan
item dalam borang soal-selidik, penyelidik sendiri yang akan menentukan aras
berdasarkan Taksonomi Bloom ke dalam borang rumusan agar tidak berlaku
3 Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.1534 Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.154-1595 Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.153
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033826
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
interpretasi yang pelbagai serta berbeza khususnya aras dalam kemahiran
berfikir aras tinggi.
3.7 KAEDAH ANALISIS DATA
Data yang dikumpul di dalam borang rumusan tadi akan dianalisis
menggunakan 2 kaedah bagi melihat tahap penggunaan elemen KBAT dalam
penggubalan kertas soalan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun
2013. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan
inferensi. Kaedah statistik deskriptif kajian adalah menggunakan skor peratusan
sepertimana yang ingin dilihat dalam objektif pertama kajian manakala statistik
inferensi kajian adalah melalui Ujian –t Bebas bagi melihat perbandingan min
antara kedua-dua kategori tersebut sesuai dengan objektif kedua kajian iaitu
dengan menggunakan aras alpha .05 . Menurut Creswell ( 2012 ), aras alpha . 05
lazimnya digunakan untuk penyelidikan pendidikan.
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Sekiranya penyelidikan ini dilaksanakan suatu masa kelak, penyelidik
berharap hasilnya nanti dapat memberikan penanda aras atau gambaran kepada
kita khususnya guru-guru Bahasa Melayu tentang sejauh mana elemen KBAT
atau HOTS diaplikasikan dalam penggubalan soalan-soalan peperiksaan kertas
Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.
Memandangkan Program i-THINK masih setahun jagung di negara kita,
penyelidik berharap lebih banyak penyelidikan akan dilakukan demi memastikan
keberkesanan program yang menggunakan pendekatan berelemen KBAT ini
berupaya diukur keberhasilannya khususnya dalam menyediakan murid-murid di
Malaysia ke arah pelajar yang mampu bersaing pada abad ke-21.
RUJUKAN
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033827
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Buku Panduan Program i-THINK. (2012). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.
Bono, E. D. (1976). Teaching Thinking. Middlesex : Penguin.
Buku Panduan Kreativiti. (2011). Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM.
Creswell, J. W. (2012). EDUCATIONAL RESEARCH; Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research; 4th Edition. Boston:
Pearson Education, Inc.
Daniel Long, Dr. David Carlson. (2011). Mind The Map: How Thinking Maps Affect Student Achievement . Networks: Online Journal for Teacher Research
Vol.13, Issue 2 , 1-7.
David Hyerle & Yeager. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning . US: Thinking Maps Inc.
Donald Ary, Lucy Cheser Jacobs, Chris Sorensen. (2010). Introduction To Research In Education; 8th Edition. Belmont, California: Wadsworth Cengage
Learning.
Revised Bloom's Taxanomy (RBT). (n.d.). Retrieved from www.kurwongbss.qld.edu.au/thinking/bloom
S.Supramani. (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya , 225.
Smith, N. C. (2003, October). THNKING MAPS & Write From The Beginning
Theory & Empirical Evidence. Thinking Maps, Inc. . Manchester, New
Hampshire: TRIERE Reseacrh.
Fischer, R. (2005). Teaching Children To Think, 2nd Edition. Cheltenham: Stanley Thornes.
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033828
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
FJ King, Ludwika Goodson & Faranak Rohani. (2011). Higher Order Thinking Skills. Retrieved from www.cala.fsu.edu
Hadi, D. R. (2012). KBKK dan Aplikasi dalam P&P. Retrieved from Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.
Hickie, K. M. (2006, May). An Examination of Student Performance in Reading/Language and Mathematics after Two. A dissertation for Doctor of
Education . East Tennessee State University: Faculty of the Department of
Educational Leadership and Policy Analysis.
Holzman, S. (2004). Thinking Maps : Strategy-Based Learning for English Language Learners (and Others!). Aiming High. California: Sonoma Country Office
Education.
Hyerle, D. (2009). Thinking Maps: Visual Tools For Activating Habits of Mind. US: Thinking Maps Inc.
Naggapan, R. ( 2001 ). The Teaching of Higher Order Thinking Skills in Malaysia. Journal of Southeast Asian Education, Vol.2, No.1 , 1-22
Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Retrieved Jun 4, 2013, from http://www.moe.gov.my/lp
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 – 2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat , 2005.
APENDIX A ; 8 PETA PEMIKIRAN
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033829
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
( 8 THINKING MAP )
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033830
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
APENDIX B(i)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )
Contoh Jadual Spesifikasi UjianSoalan Peperiksaan Akhir Tahun
Bahasa Melayu Tahun 540 Soalan Objektif
Kertas 1
Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Bloom Jumlah Item
Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 61 Morfologi – Kata kerja 1 2 32 Kata nama 2 23 Kata ganti diri 1 14 Kata adjektif 1 2 35 Kata seru 1 16 Kata ganda 1 17 Kata hubung 2 28 Kata pemeri 1 19 Kata arah 2 210 Penjodoh bilangan 1 111 Simpulan bahasa 1 112 Sinonim 1 113 Antonim 1 114 Kata tanya 2 215 Homonim – Kata banyak makna 2 216 Sintaksis – Struktur ayat 1 117 Pola ayat 2 3 518 Maksud perkataan 1 119 Memahami teks 1 3 1 2 2 9
Jumlah Soalan 9 9 12 8 2 40
DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :………………………. …………………………( ) ( GURU BESAR SK/SMK…)NAMA GURU NAMA GURU BESARKETUA PANITIA COP SEKOLAH
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033831
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
APENDIX B(i)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )
Contoh Jadual Spesifikasi Ujian
Soalan Peperiksaan Akhir TahunBahasa Melayu Tahun 5
5 Soalan Subjektif / Penulisan
Kertas 2
Bil Bentuk Soalan - Subjektif Aras Taksonomi Bloom Jumlah Item
Topik / Aras 1 2 3 4 5 61 Membina ayat berdasarkan gambar 1 12 Menyambung cerita 1 13 Mencari nilai murni 1 14 Menulis surat tidak rasmi 1 35 Menceritakan pengalaman yang
dilalui1 1
Jumlah 5
DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :………………………. …………………………( ) ( GURU BESAR SK/SMK…)NAMA GURU NAMA GURU BESARKETUA PANITIA COP SEKOLAH
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033832
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
APENDIX C (i)
BORANG RUMUSAN SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH : ...................................................................................................................
KERTAS 1 : PEMAHAMAN
BILANGAN SOALAN : 40 soalan objektif
DARJAH JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM ) JUM(40)PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
12345 9 9 12 8 2 0 40
6JUM (X)
( CONTOH RUJUKAN : JSU TAHUN 5 DALAM APENDIX A )
JUM KESELURUHAN = X 100% 240
CONTOH PENGIRAAN UNTUK TAHUN 5 ( ARAS TINGGI ) = 22 100% = 55% soalan beraras tinggi 40
DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :………………………. …………………………( ) ( GURU BESAR SK/SMK…)NAMA GURU NAMA GURU BESARKETUA PANITIA COP SEKOLAH
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033833
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
APENDIX C (i)
BORANG RUMUSAN SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH : ...................................................................................................................
BILANGAN SOALAN : 5 soalan
KERTAS 2 PENULISANBILANGAN SOALAN : 5 soalan
DARJAH JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM ) JUM(5)PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
123456 0 0 1 0 1 3 5
JUM (X)
JUM KESELURUHAN = X 100% 30
CONTOH PENGIRAAN UNTUK TAHUN 6 ( ARAS TINGGI ) = 5 100% = 100% soalan beraras tinggi 5
DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :………………………. …………………………( ) ( GURU BESAR SK/SMK…)NAMA GURU NAMA GURU BESARKETUA PANITIA COP SEKOLAH
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033834
APENDIX B (ii) ( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )
CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU) SEKOLAH MENENGAH
PERIKSAAN : AKHIR TAHUN MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS : 1 TINGKATAN : 1 BAIDURI TAHUN: 2013
No. Soalan Aspek Tatabahasa
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian JawapanR S T R S T R S T R S T R S T R S T
A. Pemilihan Pengunaan kata yang tepat
1 - kata nama 1 B
2 - kata sendi 2 C
3 - kata ganda 3 B
4 - kata majmuk 4 D
- kata adjektif5 - kata bantu 5 B
6 - kata kerja 6 C
7 - kata kerja transitif 7 D
- kata kerja tak transitifB. Kesalahan umum tatabahasa
- penggunaan kata yang tepat8 - pengimbuhan 8 B
9 - kata tugas 9 C
10 - kata ganda 10 A
11 - kata bilangan tak tentu 11 A
12 - kata sendi 12 D
13 - kata adjektif 13 A
- kata ganti nama tak tentu14 -kata ganti nama 14
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
15 - kata kerja transitif 15 B
No. Soalan Aspek Tatabahasa
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian JawapanR S T R S T R S T R S T R S T R S T
B. Kesalahan umum tatabahasa16 - kata kerja tak transitif 16 B
17 - frasa sendi 17 C
18 - frasa kerja 18 C
19 - tiada kesalahan 19 D
20 Kata banyak makna 20 D
21 Maksud ayat 21 A
22 Maksud ayat 22 A
23 Maksud ayat 23 A
24 Ragam ayat 24 C
25 Ragam ayat 25 C
26 Ragam ayat 26 B
27 Peribahasa 27 B
28 Peribahasa 28 D
29 Peribahasa 29 D
C. Aspek petikan / genrePetikan 1:
Prosa moden- Cerpen Anak Bumi Tercinta- Drama Buyung- Sajak Bila Berjauhan- Drama Jalan Sempit
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033836
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
30 Puisi moden - Sajak : Cinta 30 A
31 Puisi moden - Sajak : Cinta 31 D
32 Puisi moden - Sajak : Cinta 32 C
33 Puisi moden - Sajak : Cinta 33 B
34 Puisi moden - Sajak : Cinta 34 B
35 Puisi moden - Sajak : Cinta 35 B
No. Soalan Aspek Tatabahasa
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian JawapanR S T R S T R S T R S T R S T R S T
Petikan 2:Puisi moden- Sajak Pesan Tangan Kepada JariPuisi Tradisional:Syair : Menyambut PelajaranProsa Moden:Cerpen Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya Puisi Tradisional:Pantun Dua Kerat
36Prosa ModenCerpen : Diari Seorang Pengawas
36D
37Prosa ModenCerpen : Diari Seorang Pengawas
37D
38Prosa ModenCerpen : Diari Seorang Pengawas
38B
39Prosa ModenCerpen : Diari Seorang Pengawas
39A
40 Prosa Moden 40 A
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033837
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
Cerpen : Diari Seorang Pengawas
Jumlah soalan 6 2 4 1 1 3 1 2 6 7 6 1 40Wajaran Sepatutnya 25 % 40 % 35 %
Wajaran Dibina 14 / 40 = 35 % 6 / 40 = 15 % 20 / 40 = 50 % 100 %
DISEDIAKAN OLEH : _______________________________________________________ DISEMAK OLEH : _____________________ ( )
GURU KANAN BAHASASMK ....................................
DISAHKAN OLEH : …………………………
( GURU BESAR SK/SMK…) NAMA GURU BESAR
COP SEKOLAH
APENDIX C(ii)
BORANG RUMUSAN SEKOLAH MENENGAH
RUMUSAN :KERTAS 1 : PEMAHAMAN
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033838
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
BILANGAN SOALAN : 40 soalan
TING. JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM ) JUM(40)PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
1 8 6 4 2 13 7 40
2345 40
JUM (X)
( CONTOH RUJUKAN : JSU TINGKATAN 1 BAIDURI DALAM APENDIX B )
JUM = X 100% 200
CONTOH PRNGIRAAN UNTUK TINGKATAN 1 ( ARAS TINGGI ) = 26 100% = 65% soalan beraras tinggi 40
DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :………………………. …………………………( ) ( GURU BESAR SK/SMK…)NAMA GURU NAMA GURU BESARKETUA PANITIA COP SEKOLAHAPENDIX B(ii)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )
JABATAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ............................................
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU)
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033839
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
PEPERIKSAAN : AKHIR TAHUN MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS : 2 TINGKATAN : 1 BAIDURI TAHUN: 2013
No. Soala
nAspek / Konstruk
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bil. Item
R S T R S T R S T R S T R S T R S T
Ai Meringkaskan karangan- Pendidikan- Ekonomi- Sains dan Teknologi- Disiplin / Sosial A1 1
- Kemiskinan- Alam Sekitar- Kempen Kerajaan- Kesihatan- Kebudayaan- Pelancongan- Kekeluargaan
Aii Pemahaman Petikan (3) ii(1) ii (1)
ii (1)
3
B Karangan Bahan RangsanganGraf PalangGraf GarisanCarta PaiGambar B1 1
Ganbar RajahJadual
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033840
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
No. Soalan Aspek / Konstruk
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bil. ItemR S T R S T R S T R S T R S T R S T
C Karangana. Karangan Tidak BerformatKeperihalanPendapat C2 1
Bincangkan C4 1
Imaginasi C5 1
CeritaPeribahasaFaktab. Karangan BerformatSurat Kiriman RasmiSurat Kiriman Tidak RasmiUcapanCeramah C1 1
SyarahanPerbahasanWawancaraBerita C3 1
D Komsas (Novel)Novel Hikmaha) Sinopsisb) Tema
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033841
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
c) Persoaland) Watake) Perwatakanf) Latar tempat
No. Soalan Aspek / Konstruk
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bil. ItemR S T R S T R S T R S T R S T R S T
D Komsas (Novel)g) Latar Masah) Latar Masyarakati) Teknik Plot / Penceritaanj) Plotk) Nilail) Mesej dan Pengajaran D1
1
Antologi – Kasut Kelopak Jantunga) Sinopsis
Jumlah soalan 3 1 1 1 3 1 1 11Wajaran Sepatutnya 25 % 40 % 35 %
Wajaran Dibina 6 / 11 = 54.54 % 4 / 11 = 36.36 % 1 / 11 = 9.1 % 100 %
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033842
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH : _______________________________________________________ DISEMAK OLEH : _____________________ ( ) ( )
GURU KANAN BAHASASMK ...........................................................
DISAHKAN OLEH : …………………………
( GURU BESAR SK/SMK…) NAMA GURU BESAR
COP SEKOLAH
APENDIX C (ii)
BORANG RUMUSAN SEKOLAH MENENGAH
RUMUSAN :KERTAS 2 : PENULISANBILANGAN SOALAN : 11 soalan
TING. JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM ) JUM(11)PENGETAHUAN PEMAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
1 5 1 3 1 0 1 11
2
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033843
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
345
JUM (X)
( CONTOH RUJUKAN : JSU TINGKATAN 1 BAIDURI DALAM APENDIX B )
JUM = X 100% 55
Contoh pengiraan mengikut tingkatan : Tingkatan 1 ( Aras Tinggi ) = 5 100% = 45% soalan beraras tinggi 11
DISAHKAN OLEH : …………………………
( GURU BESAR SK/SMK…) NAMA GURU BESAR
COP SEKOLAH
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033844
APENDIX D ( SURAT IRINGAN )
Mimilia Binti Gabriel ( Drive Team),SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed,Taman Malihah, Jalan Matang Off-Batu Kawa,93050 KUCHING, SARAWAK.
PENGETUA / GURU BESAR,Sekolah Rintis i-THINK,Seluruh Malaysia. 1 Disember 2013 Tuan / Puan
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN TINJAUAN
Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.
2. Adalah saya seperti yang bernama di atas, ingin menjalankan kajian tinjauan di sekolah tuan / puan. Kajian tinjauan ini adalah untuk melihat tahap penggubalan soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2013 yang menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ).
3. Selaku Drive Team bagi program i-THINK di negeri Sarawak merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, saya berminat untuk melakukan kajian tinjauan bagi melihat sejauh mana 10 buah sekolah rintis i-THINK di seluruh Malaysia mengaplikasikan elemen KBAT dalam penggubalan soalan Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi 2013 ini. Ini adalah kerana, seperti mana yang kita sedia maklum, 10 buah sekolah rintis i-THINK termasuk sekolah saya merupakan sekolah-sekolah terpilih terawal menggunakan Program i-THINK yang menekankan elemen KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) di dalam bilik darjah.
4. Besarlah harapan saya agar saya mendapat kebenaran daripada pihak tuan / puan untuk merealisasikan penyelidikan ini di sekolah tuan / puan. Sekiranya mendapat kebenaran daripada tuan / puan, saya juga amat memerlukan kerjasama daripada Pasukan Pemandu dan Ketua Panitia atau Ketua Bidang di sekolah tuan / puan untuk mengisi borang soal-selidik yang dilampirkan bersama surat ini. Borang soal-selidik tersebut akan diisi berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah atau akan digubal oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tuan / puan.
5. Di harap, dapatan daripada kajian ini kelak boleh digunakan untuk mengukur tahap penggunaan elemen KBAT dalam penggubalan soalan-soalan ujian Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rintis i-THINK sepanjang 2013 sekaligus menjadi penanda aras akan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berjaya diterjemahkan ke dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).
6. Tuan / puan boleh menggunakan e-mail saya ( mimiliagabriel@gmail.com atau mimilia_gabriel@yahoo.com ) atau menghubungi saya di talian, 012-8871600 bagi menyatakan persetujuan bagi menjayakan penyelidikan ini. Semoga dapatan kajian ini nanti dapat dimanfaatkan bersama bagi memartabkan dunia pendidikan di Malaysia.
‘KE ARAH PEMBELAJARAN BERKUALITI’
Yang benar,
......................................................( MIMILIA BINTI GABRIEL )Pasukan Pemandu dan Ketua Panitia Bahasa MelayuSK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching, Sarawak.
EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN
45
Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM4033846
Recommended