View
15
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SEGAMAT, JOHOR
CHU SIEW PANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SEGAMAT, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2005 / 2008 Saya : CHU SIEW PANG
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh: ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 15, JALAN STATION, Prof Madya Dr. Azizi Bin Yahaya
86500 BEKOK, NAMA PENYELIA
SEGAMAT, JOHOR.
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SEGAMAT, JOHOR
CHU SIEW PANG
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan: .................................
Nama: Profesor Madya Dr. Azizi Bin Hj. Yahaya
Tarikh: ............................
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………......
Nama Penulis : CHU SIEW PANG
Tarikh : 30 APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Buat ayah dan ibuku,
CHU CHEE MING
LING GEOK POI
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan tidak termampu diungkapkan dengan
kata-kata.
Buat abang dan kakakku,
Ribuan terima kasih di atas kesabaran kamu semua.
v
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya maka saya dapat
menyempurnakan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Azizi Bin
Haji Yahaya selaku penyelia saya di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat
yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan penyelidikan ini. Beliau adalah
seorang yang profesional terhadap tugasnya. Beliau tidak pernah kedekut ilmu yang
diketahuinya dan selalu memberi nasihat serta semangat kepada saya dalam
menyelesaikan segala permasalahan yang timbul. Di atas keprihatinan beliau dan tunjuk
ajar yang diberikan maka saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan serta
berkeyakinan dalam menjalankan kajian dan seterusnya dapat menyempurnakan projek
penyelidikan ini.
Hasil kerja ini saya ingin kongsi bersama dengan orang yang tersayang iaitu ibu
bapa saya yang mengambil berat tentang kesihatan saya, tidak serik memberi galakan
dan menjadi sumber inspirasi saya untuk meneruskan pengajian ini walaupun terpaksa
melalui onak dan duri. Tidak dilupa ucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan
kakak saya yang begitu memberi sokongan kepada saya sepanjang saya menjalani
kajian ini.
Di samping itu, saya merakam jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Chaah, Sekolah Menengah Bekok, Sekolah Menengah Munshi Labis,
Sekolah Tinggi Segamat dan Sekolah Menengah Paduka Tuan kerana sudi memberi
keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian.
Penghargaan juga diberikan kepada rakan sekuliah dan sesiapa sahaja yang
secara langsung dan tidak langsung membantu saya menjayakan projek ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 346 responden yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah di Daerah Segamat yang melibatkan 2 buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan 3 buah sekolah menengah dari kawasan luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang responden dari Sekolah Menengah Kamarul Arrifin dan Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.869. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, sistem piawai dan ujian-t. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru Sekolah Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah menengah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, Daerah Segamat, Johor.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate the effectiveness of using hand equipments in teaching and learning Living Skills among secondary schools in Segamat, Johore. This research is using stratified sampling procedure. A total of 346 samples of Form Two students involving town area and rural area had been chosen as respondents. Among the five secondary school selected, two are from town area and the rests are from the rural area. Instrument that is used in this research is a questionnaire which contains 40 items. A pilot survey had been conducted toward 10 respondents from Sekolah Menengah Kamarul Arrifin and Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam to identify the reliability of the questionnaire. As a result, the cronbach alpha is 0.869. The SPSS software was used to perform the statistical analysis required. Descriptive statistical method (mean, percentage, frequency and standard deviation) and the t- test were used to perform the analysis required. The findings showed that the effectiveness of teaching and learning Living Skills aspects using hand equipments among secondary schools in Segamat, Johore is at high level. In addition, there were no differences between town area and rural area in the teaching methods, student’s knowledge about safety using the hand equipments, students practice their capability in skills using hand equipments in their every day life and teacher’s knowledge about using the hand equipments during the practical classes.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
ix
1.10 Definisi Kajian 12
1.11 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kaedah Pengajaran Guru Dalam Penggunaan
Alatan Tangan 20
2.3 Peraturan Keselamatan 24
2.4 Penggunaan Alatan Tangan 25
2.5 Kemahiran Guru Dan Amalan Pelajar Dalam
Mempraktikkan Kemahiran Menggunakan
Alatan Tangan Yang Dipelajari Di Sekolah Dalam
Kehidupan Harian. 27
2.6 Teori-Teori Pmbelajaran 29
2.7 Pemilihan Teori Pembelajaran 33
2.8 Sebab-Sebab Pemilihan Teori Gagne Dalam
Kerangka Kajian 33
2.9 Kerangka Kajian 34
2.10 Tinjauan Kajian-Kajian Lepas Dan Kajian-Kajian
Berkaitan 37
2.11 Penutup 41
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Reka bentuk Kajian 43
3.3 Populasi Kajian 45
3.4 Sampel Kajian 46
x
3.5 Instrumen Kajian 50
3.6 Prosedur Kajian 53
3.7 Kajian Rintis 54
3.8 Analisis Data 55
3.9 Penutup 58
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1. Pengenalan 59
4.2. Analisis Latar Belakang 60
4.3. Analisis Persoalan Kajian 67
4.4. Dapatan Persoalan kajian 1 68
4.5. Dapatan Persoalan kajian 2 73
4.6. Dapatan Persoalan kajian 3 77
4.7. Dapatan Persoalan kajian 4 82
4.8. Dapatan Persoalan kajian 5 86
4.9. Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 89
4.10. Penutup 90
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1. Pengenalan 91
5.2. Perbincangan 92
5.3. Perbincangan Latar Belakang Responden 93
5.4. Perbincangan Hasil Kajian Kaedah Pengajaran
Guru Yang Dominan Dalam Penggunaan Alatan
Tangan Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 94
5.5 Perbincangan Hasil Kajian Pengetahuan Pelajar
Dari Segi Peraturan Keselamatan Menggunakan
xi
Alatan Tangan Semasa Kerja Amali Di Sekolah
Menengah, Daerah Segamat 96
5.6 Perbincangan Hasil Kajian Amalan Pelajar Dalam
Mempraktikkan Kemahiran Menggunakan
Alatan Tangan Yang Dipelajari Di Sekolah Dalam
Kehidupan Harian Di Sekolah Menengah, Daerah
Segamat 97
5.7 Perbincangan Hasil Kajian Guru Mempunyai
Kemahiran Terhadap Kerja Amali KH Aspek
Penggunaan Alatan Tangan Sewaktu Kelas
Amali Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 99
5.8 Perbincangan Hipotesis: Tidak Terdapat
Perbezaan Yang Signifikan Antara Kaedah
Pengajaran Guru, Pelajar Mengetahui Peraturan
Keselamatan, Pelajar Mempraktikkan Kemahiran
Dan Guru Mempunyai Kemahiran Dalam
Menggunakan Alatan Tangan Sewaktu Kelas
Amali Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 101
5.9 Rumusan 104
5.10 Cadangan: Kaedah Pengajaran 106
5.11 Cadangan: Peraturan Keselamatan Menggunakan
Alatan Tangan 107
5.12 Cadangan: AmalanPelajar Dalam Mempraktikkan
Kemahiran Yang Dipelajari Di Sekolah Dalam
Kehidupan Harian 108
5.13 Cadangan: Guru Mempunyai Kemahiran Untuk
Menggunakan Alatan Tangan 110
5.11 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 111
5.12 Penutup 112
BIBLIOGRAFI 113
LAMPIRAN 121
xii
SENARAI JADUAL
No Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Jadual Pemboleh ubah Kajian 44
3.2 Senarai Sekolah Menengah Daerah Segamat 45
3.3 Senarai Sekolah Menengah Daerah Segamat Yang
Dipilih Sebagai Tempat Kajian 47
3.4 Populasi Pelajar Tingkatan 2 Dan Jumlah Pelajar
Tingkatan 2 Kelas Pilihan Kemahiran Teknikal,
Tempat Kajian. 48
3.5 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V.&
Morgan, D.W.(1970) 48
3.6 Bilangan Sampel Dari Tempat Kajian 49
3.7 Skala Pemeringkatan Likert 50
3.8 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian
Tahap 51
3.9 Aspek Persoalan Kajian Dan Ringkasan Kandungan
Item Soalan Bagi Bahagian B 52
3.10 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan
Kajian 55
3.11 Ringkasan Pengujian Statistik Berdasarkan Objektif
Kajian 47
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 60
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Umur 61
xiii
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 61
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Tempat Tinggal 62
4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Pekerjaan Ibu 63
4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Pekerjaan Bapa 63
4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut
Jumlah Pendapatan Ibu Bapa 64
4.8 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut
Nama Sekolah 65
4.9 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut
Cara Pergi Ke Sekolah 65
4.10 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut
Jenis Pilihan Kemahiran Hidup 66
4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan,
Min Dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah Pengajaran
Penggunaan Alatan Tangan Di Sekolah Menengah
Daerah Segamat 68
4.12 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap
Penilaian Kaedah Pengajaran Penggunaan Alatan
Tangan Di Sekolah Menengah Daerah segamat 72
4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan,
Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pengetahuan Pelajar Dari
Segi Peraturan Keselamatan Menggunakan Alatan Tangan
Semasa Kerja Amali Di Sekolah Menengah Daerah
Segamat. 73
4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Pengetahuan
Pelajar Dari Segi Peraturan Keselamatan Menggunakan
Alatan Tangan Semasa Kerja Amali Di Sekolah
xiv
Menengah Daerah Segamat. 77
4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan,
Min Dan sisihan Piawai Bagi Amalan Pelajar Dalam
Mempraktikkan Kemahiran Menggunakan
Alatan Tangan Yang Dipelajari Di Sekolah Dalam
Kehidupan Harian Di sekolah menengah Daerah
Segamat. 77
4.16 Tabuaran Bilangan Responden Mengikut Amalan
Pelajar Dalam Mempraktikkan Kemahiran Dalam
Menggunakan Alatan Tangan Yang Dipelajari Di
Sekolah Menengah Daerah Segamat. 81
4.17 Tabuaran Bilangan Responden Mengikut Peratusan,
Min Dan Sisihan Piawai Bagi Guru Mempunyai
Kemahiran Kerja Amali KH Aspek Penggunaan
Alatan Tangan Sewaktu Kelas Amali Di
Sekolah Menengah Daerah Segamat. 82
4.18 Taburan Bilangan Responden Mengikut Guru
Mempunyai Kemahiran Kerja Amali KH Aspek
Penggunaan Alatan Tangan Sewaktu Kelas Amali
Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 86
4.19 Analisis Ujian-t Untuk Kaedah Pengajaran Guru
Dalam Penggunaan Alatan Tangan Di Sekolah
Menengah Daerah Segamat 87
4.20 Analisis Ujian-t Untuk Pengetahuan Pelajar Dari Segi
Peraturan Keselamatan Menggunakan Alatan Tangan
Semasa Kerja Amali Di Sekolah Menengah Daerah
Segamat. 87
4.21 Analisis Ujian-t Untuk Amalan Pelajar Dalam
Mempraktikkan Kemahiran Menggunakan Alatan
Tangan Yang Dipelajari Di Sekolah Dalam Kehidupan
Harian Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 88
xv
4.22 Analisis Ujian-t Untuk Guru Mempunyai Kemahiran
Dalam Menggunakan Alatan Tangan Sewaktu Kelas
Amali Di Sekolah Menengah Daerah Segamat 89
4.23 Analisis Keseluruhan Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Persoalan Kajian 89
xvi
SENARAI RAJAH
No Rajah Tajuk Halaman
2.1 Proses Belajar 19
2.2 Teori Asubel 32
2.3 Kerangka Kajian 34
2.4 Teori Gagne 35
xvii
SENARAI SINGKATAN DSB - Dan Sebagainya
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KH - Kemahiran Hidup
KMT - Kelas Kemahiran Teknikal
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SP - Seni Perusahaan
SPSS - Statistical Package For Sosial Science
xviii
SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Pengakuan Relajar 121
B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di 122
Sekolah-Sekolah Oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di
Sekolah-Sekolah Oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor. 124
D Borang Pengesahan Soal Selidik 125
E Borang Soal Selidik 126
F Kepercayaan Soal Selidik 132
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mengikut Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan I-III
(Semakan) tahun 2000, subjek Kemahiran Hidup dari tingkatan satu sehingga ke
tingkatan tiga merupakan satu mata pelajaran teras. Mata pelajaran ini
membekalkan kemahiran yang berguna kepada pelajar agar boleh bertindak dan
mengendalikan kehidupan harian secara produktif di dalam dunia teknologi serta
industri yang kompleks pada masa sekarang dan sentiasa bersedia untuk berubah.
Subjek mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang telah dilaksanakan
di sekolah menengah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan
bahagian elektif. Tiga komponen utama dalam bahagian teras adalah Reka Bentuk
dan Teknologi, Perdagangan dan Keusahawanan serta kekeluargaan manakala empat
komponen untuk elektif ialah Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,
Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup, bahagian teras ini adalah bahagian yang diwajibkan oleh semua pelajar
sekolah menengah manakala dalam bahagian elektif pula, pelajar hanya diwajibkan
mengambil salah satu dari komponen yang ditawarkan. Untuk bahagian elektif,
komponen yang ditentukan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar tingkatan satu
akan dikekalkan sehingga ke tingkatan tiga. Kebanyakan komponen mata pelajaran
Kemahiran Hidup ini melibatkan kerja amali.
Dalam kelas amali mata pelajaran Kemahiran Hidup, bukan semua pelajar
sekolah menengah mampu mempraktikkan kerja amali dan juga teori yang telah
2
dipelajari di sekolah dalam kehidupan harian. Ini bercanggah dengan matlamat
Kemahiran Hidup yang bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan kemahiran asas
dan boleh mempraktikkan kemahiran tersebut. Permasalahan ini merujuk balik
semula kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru Kemahiran Hidup di
sekolah menengah. Menurut Nordin Hassan (1991), guru Kemahiran Hidup perlu
dilengkapkan dengan kemahiran tertentu di semua bidang supaya dapat
mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih cekap dan
berkesan khususnya ketika proses pengajaran yang melibatkan kerja amali.
Menurut Tajul Ariffin (1993), tugas guru kini bukan setakat mengajar,
mendidik dan membimbing murid malah lebih dari itu. Di sesetengah sekolah yang
menghadapi kekurangan guru, guru Kemahiran Hidup (KH) yang tersedia ada juga
diminta untuk mengajar subjek lain contohnya Bahasa Inggeris, Sejarah dan Bahasa
Malaysia. Pada waktu guru lain pergi berkursus, guru KH juga perlu untuk
menggantikan kelas. Ini memang menambahkan beban guru. Oleh yang demikian,
semangat dan sikap guru terhadap kelas sebenar mereka kadang-kadang berubah dan
secara langsung mengganggu proses pengajaran dan juga pembelajaran.
Dalam proses pembelajaran Kemahiran Hidup, pelajar perlu bekerjasama
dengan rakan-rakan dalam projek kumpulan dan bekerja secara individu dalam
projek individu semasa kerja amali dijalankan. Pelajar akan membuat projek secara
praktikal dalam memenuhi tuntutan kerja kursus yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Projek-projek yang disiapkan oleh pelajar kemudian akan
dikumpulkan bermula dari awal permulaan persekolahan sehingga ke penghujung
sesi pengajaran dan juga pembelajaran. Ekoran itu, guru yang bertugas akan menilai
kemajuan pelajar di akhir tajuk pembelajaran. Markah yang dikumpulkan kemudian
akan dibuat analisis berdasarkan kebolehan dan kemahiran pelajar.
Bermula pada tahun 2005, Dokumentasi Pentaksiran Kerja Kursus
diperkenalkan. Dengan itu, markah projek amali pelajar untuk pelajar menengah
rendah akan digabungkan dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan tiga. Keseluruhan
markah projek amali tersebut kemudiannya akan dicampurkan dan dibawa ke dalam
pengiraan markah Kemahiran Hidup dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Dalam 40 peratus markah keseluruhan amali PMR ini, 10 peratus markah
3
adalah dari tingkatan satu, 20 peratus markah adalah dari tingkatan dua dan
selebihnya 10 peratus adalah dari tingkatan tiga.
Memandangkan projek amali amat dititikberatkan dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan juga kehidupan seharian maka sepanjang waktu kelas amali,
guru Kemahiran Hidup yang berperanan sebagai tenaga pengajar harus mempunyai
kemahiran dan sentiasa membimbing pelajar tanpa mengira bangsa dan juga agama.
Ini kerana projek amali yang ditentukan dalam Sukatan Pelajaran wajib diselesaikan
oleh pelajar mengikut arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jika terdapat pelajar
yang lemah dan menghadapi masalah dalam kelas amali ini, guru perlu
membimbing pelajar tersebut sehingga berjaya dan mencapai objektif pengajaran.
Oleh itu, kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru harus dapat menarik minat
pelajar, mengekalkan perhatian pelajar, mencungkil kreativiti pelajar dan juga
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Selain itu, penggunaan alatan tangan juga
harus dititikberatkan supaya pelajar bukan sahaja sihat dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI) malah dapat terus menuju ke arah kecemerlangan dalam
kehidupan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1991, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah
mula dilaksanakan di semua sekolah menengah di negara kita bagi menggantikan
mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan
dan juga Pertanian.
Di sekolah-sekolah terutamanya sekolah menengah, bengkel Kemahiran
Hidup adalah lebih lengkap dari segi peralatan tangan, mesin dan juga alat bantu
mengajar. Semua kerja amali dilakukan di dalam bengkel. Bengkel Kemahiran
Hidup di sekolah menengah boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu bengkel
reka bentuk dan teknologi, bengkel elektrik dan elektronik, bengkel kerja paip,
bengkel enjin, makmal masakan, makmal jahitan, makmal pertanian dan juga
makmal pengurusan diri. Namun begitu, bukan semua sekolah mempunyai lapan
4
jenis bengkel ini. Ini bergantung kepada jenis elektif pilihan sekolah dan juga
peruntukkan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ekoran pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini, maka
kerja amali turut diperkenalkan. Fungsi kerja amali ini adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri, mengaitkan pengetahuan
yang diperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut baik di dalam kelas amali
semasa di sekolah ataupun di dalam kehidupan sehari-harian. Lebih-lebih lagi
semenjak Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus mula diperkenalkan pada tahun 2005
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, semua pelajar yang mengambil mata pelajaran
Kemahiran Hidup dikehendaki melaksanakan kerja kursus.
Markah kerja kursus tersebut akan dikumpulkan dan dibawa ke dalam
pengiraan markah Kemahiran Hidup dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Dengan itu, borang pentaksiran dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus
perlu ditandatangani oleh tiga pihak iaitu pelajar sendiri, pentaksir dan juga
penyelaras dalaman. Oleh yang demikian, guru-guru secara langsung boleh melihat
keputusan kerja amali pelajar contohnya dari segi aspek penggunaan alatan tangan.
Guru juga boleh memperoleh maklumat mengenai setakat mana kebolehan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang dipelajari di sekolah dalam kerja amalinya contohnya
penggunaan alatan tangan. Namun begitu, guru tidak dapat mengetahui setakat mana
pelajar masih dapat mengaitkan pengetahuan yang dipelajari atau menggunakan
pengetahuan yang dipelajari contohnya penggunaan alatan tangan dan
mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan sehari-harian. Maka
persoalan yang perlu dicari ialah keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran dalam
menggunakan alatan tangan yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan sehari-
harian.
Radzali (1981) pula berpendapat bahawa peralatan dalam bengkel
mempunyai jangka hayat yang tertentu. Dengan itu aktiviti yang melibatkan
pengurusan dan penyenggaraan harus mematuhi arahan buku panduan peralatan
tersebut. Justeru itu, sebelum kerja amali contohnya yang melibatkan alatan tangan
dijalankan, guru lazimnya akan menjelaskan peraturan keselamatan menggunakan
5
alatan tangan. Di dalam bengkel sekolah, pihak pentadbir juga bertanggungjawab
untuk memastikan aspek keselamatan pelajar.
Hammadi (1985) pula menyatakan bahawa kebanyakan kemalangan adalah
disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang-jarang sekali berlaku dengan
sendirinya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penjelasan guru terhadap
keselamatan menggunakan alatan tangan sebelum kerja amali dijalankan tidak
semestinya diikuti sepenuhnya oleh pelajar atas sebab-sebab tertentu. Hal ini akan
menjadi lebih rumit lagi jika ada antara pelajar yang sanggup menggunakan alatan
tangan yang sedia ada untuk bergaduh dan bermain semasa kerja amali dijalankan
tanpa disedari oleh guru. Maka persepsi pelajar perlu dicari dari aspek persoalan
pengetahuan pelajar dari segi peraturan keselamatan menggunakan alatan tangan.
Dari segi aspek pedagogi pula, guru yang mengajar Kemahiran Hidup harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di antara kaedah pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah seperti kaedah demonstrasi, kaedah projek,
kaedah media, kaedah syarahan, kaedah simulasi, kaedah penyelesaian masalah,
kaedah inkuiri penemuan dan juga kaedah perbincangan. Cooper (1977) dlm Lee
(1997) berpendapat, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan dan
sikap mengajar guru sendiri.
Kaedah pengajaran yang guru gunakan akan mempengaruhi keberkesanan
pengajaran. Lee (1980) pula menyatakan bahawa sesetengah daripada amalan
pedagogi yang dijalankan dalam pendidikan adalah membimbangkan kerana semakin
banyak guru menggunakan kaedah yang menjadikan pelajar pasif.
Dengan itu sekiranya guru hanya menggunakan teknik penerangan sahaja
dalam pengajaran kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar-pelajar yang
menghadiri kelas amali KH akan berasa bagai menghadiri kelas teori. Jika masalah
ini berpanjangan, bukan sahaja objektif pengajaran tidak tercapai malah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan alatan tangan juga
menghadapi cabaran.
6
Oleh yang demikian, kaedah yang dipilih oleh guru dalam proses pengajaran
terutamanya aspek penggunaan alatan tangan seharusnya sesuai dan tidak
membosankan. Namun begitu, disebabkan oleh perbezaan individu maka kesesuaian
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran kerja amali
aspek penggunaan alatan tangan dan kesesuaian kepada pelajar juga dipengaruhi oleh
sifat individu pelajar itu sendiri.
Dari aspek guru pula, semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup telah pun mendapat buku-buku panduan untuk dijadikan sebagai buku
rujukan semenjak mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan. Buku-buku
panduan ini adalah dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia. Di dalam buku-buku panduan Kemahiran Hidup ini, sukatan
pelajaran telah dijelaskan. Di samping itu, aspek-aspek seperti kaedah pengajaran,
keselamatan mengenai diri sendiri, orang lain dan alatan juga turut dinyatakan.
Dengan itu, guru secara langsung mendapat pendedahan tentang kemahiran
menggunakan alatan tangan pada peringkat awal secara teori. Dari segi aspek amali
pula, guru lazimnya akan mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dari buku panduan
dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kelas amali contohnya semasa
aspek penggunaan alatan tangan. Namun begitu, kita dapat mengatakan bahawa
dengan sumber yang ada maka kemahiran seseorang guru itu adalah terunggul. Di
samping itu, seminar dan juga kursus-kursus juga perlu diadakan agar dapat
meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru (Abd Karim,1994).
Dengan itu, kita boleh mengatakan bahawa kemahiran guru adalah penting
dalam kerja amali terutama sekali dalam aspek penggunaan alatan tangan. Ini kerana
guru akan dijadikan tempat rujukan pelajar apabila menghadapi masalah menguasai
kemahiran dalam menggunakan alatan tangan. Sekiranya pelajar tidak mempunyai
tempat rujukan ataupun kemahiran guru diragui oleh pelajar dari segi persepsi pelajar
maka nescaya proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Ini disebabkan
kerja-kerja praktikal dan amali adalah komponen yang penting dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup ( Newable & Cannon, 1989).
7
1.3 Penyataan Masalah
Penggunaan alatan tangan merupakan salah satu aspek yang penting dalam
kerja amali. Ini kerana dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang
diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk Penilaian Menengah
Rendah mulai 2005, aspek ini diuji secara langsung dalam modul dua ( tingkatan
dua ) di bawah sub tajuk menggunakan alatan tangan. Sementara dalam modul
empat ( tingkatan tiga), penggunaan alatan tangan adalah secara tidak langsung
dalam sub tajuk pembinaan projek.
Dengan itu, kajian mengenai kaedah pengajaran guru dan juga kemahiran
guru dalam penggunaan alatan tangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan perlu diselidik dan diambil kira dari segi persepsi pelajar untuk mengkaji
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aspek penggunaan alatan tangan.
Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan kemahiran guru yang tidak mencukupi dari
persepsi pelajar tidak dapat memenuhi kepuasan pelajar dalam proses pembelajaran.
Keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan tangan
yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan sehari-harian adalah berbeza berdasarkan
persepsi pelajar masing-masing. Masalah proses belajar merupakan masalah yang
kompleks sifatnya (Ad.Rajjakkers, 1980).
Di samping itu, usaha meningkatkan pengetahuan pelajar tentang peraturan
keselamatan semasa menggunakan alatan tangan juga dititikberatkan oleh guru
semasa proses pengajaran dijalankan. Namun begitu, malang tidak berbau dan
kecuaian tetap pernah berlaku.
Untuk menangani masalah yang wujud ini, penyelidik mengkaji
keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menengah di Daerah Segamat, Johor. Dalam kajian ini, pelajar yang
menjadi penilai dan aspek kajian adalah melibatkan kaedah pengajaran guru,
keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan,
kemahiran guru menggunakan alatan tangan dan juga pengetahuan pelajar dari segi
peraturan keselamatan menggunakan alatan tangan.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini untuk mengkaji dan mengetahui keberkesanan
penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah
Daerah Segamat, Johor. Fokus objektif kajian adalah seperti berikut :-
a) Untuk mengetahui kaedah pengajaran guru yang paling dominon
dalam penggunaan alatan tangan di sekolah menengah, Daerah
Segamat.
b) Untuk mengetahui pengetahuan pelajar dari segi peraturan
keselamatan menggunakan alatan tangan semasa kerja amali di
sekolah menengah, Daerah Segamat.
c) Untuk mengetahui amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran
menggunakan alatan tangan yang dipelajari di sekolah dalam
kehidupan harian di sekolah menengah, Daerah Segamat.
d) Untuk mengetahui sama ada guru mempunyai kemahiran dalam
menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah
menengah, Daerah Segamat.
Recommended