View
253
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA FIZIK DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DAERAH SIBU, SARAWAK
CHEW SIAW ING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
iii
Khasnya ditujukan kepada ayah, ibu dan kakak-kakak
yang tersayang
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya Tuan Hj.
Mohd. Anuar b. Abdul Rahman di atas bimbingan dan dorongan serta tunjuk ajar
yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan kajian ini.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengetua
sekolah yang terlibat dalam kajian. Penghargaan khusus diberikan kepada semua
guru Fizik terutamanya Ketua Panitia Fizik di atas kerjasama yang diberikan.
Kesempatan ini juga diambil untuk merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri. Pertolongan
yang dihulurkan amat dihargai. Penghargaan juga diberikan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia yang telah membiayai kursus saya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan
kepada semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia terutamanya penyelia Projek
Sarjana Muda iaitu Tuan Hj. Mohd. Anuar b. Abdul Rahman yang telah
menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada saya untuk mencapai kejayaan ini.
Akhirnya, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang
secara langsung dan tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan
pengurusan Panitia Fizik di sekolah-sekolah menengah daerah Sibu,Sarawak.
Seterusnya meninjau fungsi Panitia Fizik yang paling dominan diamalkan dari aspek
kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal,
fungsi yang paling dominan berdasarkan model pengurusan POLC iaitu
perancangan, pengorganisasian, pimpinan dan pengawalan dalam pengurusan Panitia
Fizik, fungsi-fungsi lain yang dimainkan oleh panitia selain dari aspek kurikulum,
perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal. Data
diperolehi daripada soal selidik yang telah dibina berdasarkan Senarai Semak Tugas
Ketua Panitia Mata Pelajaran. Hasil daripada kajian rintis, kebolehpercayaan
instrumen kajian bernilai 0.96 pada skala Alpha Cronbach. Seramai 42 orang guru
Fizik dari sepuluh buah sekolah di daerah Sibu, Sarawak telah menjadi responden
kajian. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) for Windows 11.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.
Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Fizik berada pada tahap tinggi. Fungsi Panitia Fizik yang paling dominan diamalkan
ialah aspek pengurusan makmal. Fungsi yang paling dominan berdasarkan model
pengurusan POLC dalam pengurusan Panitia Fizik ialah perancangan.
Kesimpulannya, panitia seharusnya membantu ahli-ahlinya memantapkan diri dan
meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang Fizik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study aimed to look at the level of
management effectiveness of the physics panels in Sibu district school. The study
aimed to find out the main function practised by the physics panel in curricular
aspect, staff development, examinations and evaluations, and laboratory
management. The study also aimed to find out the main functions of the physics
panel according to POLC management which are planning, organising, leading and
controlling in managing the panel and other functions that are played by the panels
other than curricular aspect, staff development, examinations and evaluations, and
laboratory management. Data was obtained from questionnaires that were
constructed according to the checklists of duties of the head of subject panels. The
reliability of the result of the pioneer research was 0.96 at alpha Cronbach scale. 42
physics teachers from ten schools in Sibu district, Sarawak were chosen as the
respondents of the study. SPSS for Windows 11.5 was used to analyse the data in
order to acquire frequency, percentage and mean. Result from the study indicates that
the level of management effectiveness of the Physics panels was at high level. The
most dominant function was the laboratory management, while the most dominant
function according to POLC management was planning. In conclusion, the panels
should help their members to equip themselves to upgrade the performance of the
schools in physics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Kajian 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengurusan Sekolah 12
viii
2.3 Keberkesanan Sekolah 14
2.4 Panitia Sebagai Sebuah Organisasi Di
Sekolah 16
2.5 Tujuan Panitia Mata Pelajaran 19
2.6 Pengurusan Panitia Fizik Ke Arah
Sekolah Berkesan 19
2.7 Fungsi-fungsi Panitia Fizik
Berdasarkan Model Pengurusan POLC 24
2.8 Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan 27
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Persampelan Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Kaedah Penganalisisan Data 34
BAB IV PENGANALISISAN DATA DAN PENEMUAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Demografi Responden 36
4.3 Penganalisisan Data Mengikut Persoalan
Kajian 40
4.3.1 Tahap Keberkesanan Pengurusan
Panitia Mata Pelajaran Fizik 41
4.3.2 Fungsi Panitia Fizik Yang Paling
Dominan Diamalkan Dari Aspek
Kurikulum, Perkembangan Staf,
Peperiksaan Dan Penilaian Serta
Pengurusan Makmal 60
ix
4.3.3 Fungsi Yang Paling Dominan
Berdasarkan Model Pengurusan
POLC Dalam Pengurusan Panitia
Fizik 61
4.3.4 Fungsi-fungsi Lain Yang Dimainkan
Oleh Panitia Selain Dari Aspek
Kurikulum, Perkembangan Staf,
Peperiksaan Dan Penilaian Serta
Pengurusan Makmal 62
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 65
5.3.1 Tahap Keberkesanan Pengurusan
Panitia Fizik 65
5.3.2 Fungsi Panitia Fizik Yang Paling
Dominan Diamalkan Berdasarkan
Aspek Kurikulum, Perkembangan
Staf, Peperiksaan Dan Penilaian Serta
Pengurusan Makmal 67
5.3.3 Fungsi Yang Paling Dominan
Berdasarkan Model Pengurusan POLC
Dalam Pengurusan Panitia Fizik 68
5.3.4 Fungsi-fungsi Lain Yang Dimainkan
Oleh Panitia Selain Dari Aspek
Kurikulum, Perkembangan Staf,
Peperiksaan Dan Penilaian Serta
Pengurusan Makmal 69
x
5.4 Cadangan Kajian 70
5.4.1 Cadangan Tindakan 70
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.5 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Nama-nama sekolah menengah yang dipilih
berdasarkan jenis sekolah 30
3.2 Taburan item soal selidik berdasarkan fokus kajian 31
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina 36
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut umur 36
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut kelulusan akademik tertinggi 37
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut pengalaman mengajar Fizik 38
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut beropsyen Fizik 38
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jenis sekolah 39
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut responden berdasarkan jantina ketua
panitia Fizik 39
4.8 Min total bagi tahap keberkesanan pengurusan mata
pelajaran Fizik 41
4.9 Kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi aspek
Kurikulum 42
4.10 Kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi aspek
perkembangan staf 47
xii
4.11 Kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi aspek
peperiksaan dan penilaian 52
4.12 Kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi aspek
pengurusan makmal 56
4.13 Min bagi aspek kurikulum, perkembangan staf,
peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal 61
4.14 Min bagi model pengurusan POLC iaitu perancangan,
pengorganisasian, pimpinan dan pengurusan makmal 62
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik kajian 76
B Surat kebenaran Penyelidikan 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah boleh memberi impak dan kesan terhadap kehidupan pelajar dan
masyarakat. Sekolah bukan sahaja mempunyai perbezaan dari segi pencapaian
akademik pelajar, tetapi perbezaan hasilan sekolah berhubung rapat secara sistematik
dengan sistem sosial di sekolah, iaitu iklim, budaya atau etos sekolah serta
kualitinya. Ini bermakna bahawa pengurusan sekolah boleh mengawal hasilan
tersebut dan merekalah agen perkembangan dan pembelajaran pelajar. Mereka
berkeupayaan untuk mengubah haluan dan keadaan sekolah itu ke arah yang lebih
efisien dan berkesan.
Secara amnya, sekolah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang
diselenggarakan oleh golongan pendidik yang berinteraksi melalui suatu proses
berstruktur untuk mencapai hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan
dapat menghasilkan individu yang akan menikmati gaya hidup lebih selesa dan
memuaskan. Ini hanya dapat diperoleh sekiranya sesebuah sekolah itu diuruskan
dengan berkesan.
Dipetik dari buku berjudul "Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap"
oleh Omardin Ashaari (1999), Blau dan Scot pada tahun 1952 berpendapat sebagai
sebuah organisasi pendidikan sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka
dengan hasrat dan cita-cita masyarakat. Tegasnya, institusi itu mengembangkan
2
perkhidmatannya kepada masyarakat pelajar. Nigro Etal pada tahun 1965 yang juga
dipetik dari buku tersebut menyatakan bahawa para pelajar menerima pelajaran,
sistem sosial, kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai yang dibentuk oleh sekolah
melalui proses pendidikan yang diperoleh dari kurikulum dan kokurikulum yang
telah ditetapkan.
Mengikut Morphet, John dan Reller pada tahun 1982 dipetik dari buku
tersebut, matlamat sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang
mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan
keadaan yang dapat mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai
matlamatnya. Dari itu, sekolah sebagai sebuah organisasi bertunjangkan pada suatu
arah untuk mencapai matlamat yang dirancangkannya. Dengan kata lain, sekolah
mempunyai tujuan, matlamat dan hasrat yang hendak dicapainya. Pembentukan
matlamat ini merupakan kriteria utama yang perlu wujud dalam organisasi sekolah.
Dasar hendaklah dibentuk dengan baik dan tersusun oleh kerana ia merupakan asas
yang kukuh terhadap pengurusan yang berkesan.
Dalam organisasi sekolah mempunyai beberapa buah unit sosial kecil yang
berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain. Tiap-tiap sistem unit ini memberi
sumbangan dan mempengaruhi pencapaian matlamat keseluruhan organisasi sekolah.
Unit-unit itu dikatakan wujud dalam bentuk formal seperti Panitia Mata Pelajaran,
Lembaga Pengawas, Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa
Sukan, Permainan, Olahraga dan sebagainya.
Panitia mata pelajaran dibentuk untuk keberkesanan pengajaran berbagai-
bagai bidang mata pelajaran. Dengan tugas dan tanggungjawab yang berat ini, ketua
panitia mata pelajaran patut terdiri daripada guru kanan yang berpengalaman. Ketua
panitia akan mengetuai kumpulan guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran itu di
sekolah. Mesyuarat-mesyuarat diadakan dari semasa ke semasa untuk menentukan
pelaksanaan dan perjalanan aktiviti yang dirancangkan itu berjalan dengan lancar dan
teratur.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebagaimana kita sedia maklum, Fizik merupakan salah satu mata pelajaran
yang menjadi teras kepada teknologi (Ahmad Saman, 1997). Dengan kata lain, mata
pelajaran Fizik ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang lebih cenderung, minat
dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburkan diri dalam kerjaya bidang sains
dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan pelajar ini akan menjadi
sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan
penting dalam pembangunan negara.
Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa Fizik merupakan subjek yang
amat penting untuk dipelajari oleh setiap pelajar aliran sains sebaik sahaja memasuki
Tingkatan Empat. Mata pelajaran Fizik ini merupakan satu program yang
dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Ia
dirancang untuk membolehkan pelajar memahami konsep dan prinsip Fizik dengan
lebih mendalam serta aplikasinya dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2000).
Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran sains terutamanya mata
pelajaran Fizik adalah amat penting bagi melahirkan dan mewujudkan masyarakat
saintifik kerana ia membekalkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada
pelajar bagi memahami fenomena harian secara saintifik (Mohd. Yusof dan Tang,
1999). Walaubagaimanapun, didapati bahawa pencapaian kebanyakan pelajar pada
masa kini begitu menyedihkan di mana mereka hanya mampu sekadar lulus sahaja
(Ahmad Saman, 1997). Ini adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa mata
pelajaran Fizik merupakan satu mata pelajaran yang sukar difahami dan dipelajari.
Dalam aktiviti pembelajaran di kelas, maklumat yang diberikan dalam buku
teks disampaikan dalam bentuk abstrak. Sebaliknya, maklumat yang ada pula tidak
dapat dikaitkan dengan fenomena seharian dalam kehidupan pelajar. Dengan itu,
adalah sukar bagi pelajar untuk memasukkan maklumat baru yang dipelajari dalam
aktiviti pembelajaran kelas kepada maklumat sedia ada mereka. Menurut Md. Nor
(1995), pembentukan konsep di dalam fikiran pelajar adalah satu proses yang lambat
dan kompleks. Kebiasaannya suatu konsep itu pada mulanya kabur dan dangkal di
4
fikiran pelajar dan beransur cerah dan jelas kemudiannya bergantung kepada
pengalaman yang dialami oleh seseorang pelajar serta tahap kematangannya. Ramai
di kalangan pelajar menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai tentang
konsep serta kemahiran Fizik yang dipelajari di dalam bilik darjah. Justeru itu, minat
para pelajar terhadap mata pelajaran Fizik di sekolah mudah dipengaruhi dan
berkurangan berbanding dengan mata pelajaran yang lain. Secara tidak langsung,
pencapaian atau keputusan pelajar dalam mata pelajaran Fizik menjadi rendah.
Menurut Shamsiah Abdul Samad pada tahun 1990 yang dipetik dari buku
berjudul “Modul Pengajaran Sains dan Matematik”, melalui kajiannya tentang
keberkesanan perlaksanaan Sains KBSM, mendapati masalah dalam pengajaran mata
pelajaran Sains termasuk Fizik ialah guru kurang pengalaman dalam mengajar Sains
KBSM, kekurangan alat-alat radas menyebabkan bilangan pelajar yang ramai dalam
kumpulan amali, bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, sukatan pelajaran yang
luas yang tidak dapat dihabiskan, beban kerja guru yang banyak dan bahasa buku
teks terlalu tinggi bagi pelajar lemah.
Guru-guru menghadapi masalah sukatan pelajaran yang luas dan mendalam
untuk disampaikan kepada para pelajar terutamanya bagi mata pelajaran Fizik.
Masalah ini masalah ini bertambah rumit untuk dilaksanakan kepada pelajar
sederhana dan lemah. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan
sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Mereka juga perlu
menerapkan kehendak-kehendak KBSM seperti pembelajaran secara inkuiri,
mengamalkan nilai-nilai murni, menyelesaikan masalah harian dan sebagainya.
Untuk meyelesaikan masalah ini, guru perlu didedahkan tentang strategi-strategi
pengajaran yang berkesan seperti membuat keputusan dan prioriti secara bijak,
menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai bagi tajuk-tajuk yang susah dan
diminati pelajar, meneliti soalan-soalan peperiksaan lepas dan sebagainya. Selain itu,
guru juga menghadapi masalah di sekolah masing-masing seperti bilangan pelajar
terlalu ramai serta kekurangan bahan rujukan, alat bantu mengajar, bahan amali dan
peralatan makmal.
Hasil daripada tinjauan awal mengenai keberkesanan Kurikulum Sains dan
Matematik KBSM yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
5
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993, beberapa isu dan masalah
perlaksanaan yang berkaitan dengan aspek persediaan guru, kaedah penyampaian,
perkembangan kemahiran saintifik, penerapan nilai murni, perkembangan kemahiran
berfikir, penggunaan bahasa dan teknik menyoal telah dikenalpasti seperti berikut:
(a) Persediaan guru
Persediaan bahan pengajaran seperti peralatan, carta, nota, kertas edaran dan
sebagainya serta keyakinan mengajar berada pada tahap yang memuaskan kecuali
guru yang kurang pengalaman. Penguasaan isi pelajaran yang diajar adalah
mencukupi. Manakala bagi arahan persediaan awal pelajar adalah terhad kepada
membaca prosedur eksperimen yang akan dijalankan. Penggunaan bahan bantu
mengajar pula kurang berkesan kerana tulisan dan rajah yang terlalu kecil
menyukarkan pemandangan pelajar.
(b) Penyampaian pelajaran
Penggunaan kaedah inkuiri-penemuan secara keseluruhannya adalah
memuaskan. Strategi pengajaran adalah satu hala dan merupakan pemusatan kepada
guru. Selain itu, penggunaan contoh, analogi dan sumber / bahan pengajaran adalah
sangat terhad dan bergantung kepada bahan buku teks / rujukan / ulangkaji, terutama
sekali yang melibatkan soalan latihan / kerja rumah / peperiksaan.
(c) Perkembangan kemahiran saintifik
Kemampuan pelajar mengendalikan alat radas, menggunakan bahan kimia
dengan betul dan selamat serta kemahiran pelajar merekod pemerhatian atau data
secara keseluruhannya adalah memuaskan tetapi kurang bersistem.
Walaubagaimanapun, perjalanan kerja amali adalah baik kerana peralatan mencukupi
dan para pelajar dibahagikan dalam kumpulan kerja yang kecil iaitu 3-5 pelajar
dalam satu kumpulan. Rumusan eksperimen juga diadakan melalui perbicangan
dalam bilik darjah / makmal. Namun begitu, aktiviti penyelesaian masalah adalah
sangat terbatas.
6
(d) Penerapan nilai murni
Penerapan nilai murni di kalangan pelajar adalah sangat terbatas. Nilai yang
disampaikan terhad kepada menjaga kebersihan, mengemas alat radas dan
bekerjasama semasa menjalankan eksperimen.
(e) Perkembangan kemahiran berfikir
Perkembangan kemahiran berfikir juga sangat terbatas. Pelajar hampir tidak
diberi peluang menjawab/mengemukakan soalan mencabar atau
membentang/mengemukakan serta mempertahankan pendapat mereka. Di samping
itu, soalan pelajar masih berada pada peringkat rendah (pengetahuan dan
pemahaman) dan terhad kepada meminta penjelasan guru mengenai isi pelajaran.
Sehubungan itu, dapat dikatakan di sini bahawa tahap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik KBSM masih rendah dan hanya di peringkat
yang memuaskan. Maka dalam bidang pengurusan akademik, tugas dan
tanggungjawab panitia-panitia mata pelajaran Sains dan Matematik untuk
menentukan peningkatan prestasi akademik sekolah adalah sangat penting. Bagi
mata pelajaran Fizik, Panitia Fizik memainkan peranan penting dalam
meningkatkan keputusan pelajar dalam Fizik dan pengurusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, strategi-strategi tertentu perlu
dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan pencapaian akademik supaya
menghasilkan sekolah efektif di negara ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya, pembelajaran mata pelajaran Fizik adalah merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran saintifik (mengeksperimen), kemahiran berfikir, nilai
murni dan sikap. Aplikasi konsep dan prinsip Fizik dalam pelbagai aktiviti
kehidupan telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup kita
khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini.
7
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, jelaslah guru
menghadapi kekangan-kekangan dalam pengajarannya seperti kekurangan persediaan
semasa mengajar, kekurangan alat-alat radas dan bahan bantu mengajar, sukatan
pelajaran yang luas dan sebagainya.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan dan fungsi-fungsi
yang diamalkan oleh Panitia Fizik dari aspek kurikulum, perkembangan staf,
peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal di sekolah. Di samping itu, ia
juga bertujuan melihat fungsi pengurusan yang paling dominan dalam Panitia Fizik
di sekolah-sekolah menengah daerah Sibu, Sarawak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meninjau beberapa aspek yang berikut:
1.4.1 Mengenal pasti tahap keberkesanan pengurusan Panitia Mata
Pelajaran Fizik.
1.4.2 Mengenal pasti fungsi Panitia Fizik yang paling dominan diamalkan
berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan
penilaian serta pengurusan makmal.
1.4.3 Mengenal pasti fungsi pengurusan (POLC) yang paling dominan
dilakukan dalam pengurusan Panitia Fizik.
1.4.4 Mengenal pasti fungsi-fungsi lain yang dimainkan oleh Panitia Fizik
dari aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian
serta pengurusan makmal.
8
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, persoalan yang hendak diselidiki ialah:
1.5.1 Apakah tahap keberkesanan pengurusan Panitia Mata Pelajaran Fizik?
1.5.2 Apakah fungsi yang paling dominan dilaksanakan oleh Panitia Fizik
berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan
penilaian serta pengurusan makmal?
1.5.3 Apakah fungsi yang paling dominan berdasarkan model pengurusan
POLC dalam pengurusan Panitia Fizik?
1.5.4 Apakah fungsi-fungsi lain yang dimainkan oleh Panitia Fizik selain
dari aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian
serta pengurusan makmal?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini berkait rapat dengan kaedah pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Fizik dalam mewujudkan sekolah berkesan. Justeru itu, kajian ini adalah penting
kepada:
(a) Pihak Sekolah
Sekolah dapat mengenalpasti kerangka alternatif Panitia Fizik berkaitan
dengan pengurusannya, sama ada kerangka alternatif itu selari atau tidak dengan
pengurusannya dalam mewujudkan sekolah berkesan. Dengan kata lain, diharapkan
kajian ini dapat meninjau sejauh mana kaedah pengurusan Panitia Fizik bagi
menentukan kesediaan guru-guru Fizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah atau makmal menjurus ke arah sekolah berkesan.
Recommended