Kaji Panitia

  • View
    238

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian

Text of Kaji Panitia

OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP

1. Meningkatkan kualiti asas Kemahiran Hidup dan aspek amali (kemahiran reka cipta dan kemahiran penyelenggaran peralatan) untuk murid-murid sasaran.

2. Sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakal, minat dan estetika murid dalam bidang Kemahiran Hidup.

3. Menjadikan subjek yang paling digemari oleh semua murid dengan pembabitan yang maksimum dan meyeronakkan.

FUNGSI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan cekap.

1. Menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan.

2. Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulative dalam kalangan murid.

3. Merangsangkan dan menjana minda murid.

4. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi menghasilkan inovasi dan reka cipta.

5. Mewujudkan suasana kelainan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup.

6. Memaksimumkan penggunaan kelengkapan dalam kalangan murid terhadap pelajaran inovasi dan reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan tangan yang lengkap.

7. Memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupn dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kemahiran seharian.

OBJEKTIF PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

1. Memahami apakah pengurusan serta peranan dan bidang tugas pemimpin dan pengurus panitia.

2. Menjelaskan struktur dan fungsi jawatankuasa yang berkaitan dengan kurikulum.

3. Mengenal pasti akta, pekeliling ikhtisas dan surat pekeliling KPM mengenai pengurusan kurikulum untuk dilaksanakan.

4. Mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan kurikulum.

5. Menterjemahkan pengurusan panitia dalam aktiviti di sekolah.

TUJUAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

1. Memperbaiki dan meningkatan mutu Pengajaran dan Pembelajaran sunjek Kemahiran Hidup.

2. Berikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan memotivasikan pembelajaran para pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

3. Memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan sekolah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup berpandu sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan persatuan atau kelab akademik.

PERANAN KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

PENYELARAS PANITIA DALAM BIDANGNYA

1. Berfungsi sebagai penyelaras program.

2. Pengurusan panitia.

3. Kewangan dan inventori.

2. MESYUARAT KETUA BIDANG

1. Agihan Tugas.

2. Bincang Sasaran.

3. Penilaian & Post Mortem.

4. Perancangan strategik mengenai Kemahiran Hidup.

3. PERANCANGAN TAHUNAN KEMAHIRAN HIDUP

1. Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup.

2. Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup.

3. Semakan Buku Latihan.

4. Program Akademik.

4. PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN

1. Pelaksanaan Program dan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup.

2. Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

5. KEMAJUAN STAF

1. Membuat analisis keperluan.2. Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.3. Menilai program Kemahiran Hidup.4. Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.

6. MENGADAKAN MESYUARAT PANITIA

1. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.

2. Mencadangkan buku bacaan tambahan untuk guru Kemahiran Hidup.

ASPEK- ASPEK YANG PERLU DIBINCANG DALAM MESYUARAT PANITIA

Kekerapan guru bertugas di luar sehingga mengganggu sukatan pelajaran yang tidak dapat dihabiskan. Peruntukan panitia/ pembelian alat dan bahan.

7. PEMIMPIN DAN PENGURUS KURIKULUM

1. Agen perubahan atau inovasi.

2. Merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan dan juga alatan tangan.

3. Mengurus jadual waktu Kemahiran Hidup.

4. Melaksanakan pemantauan di Bengkel Kemahiran Hidup ataupun di kelas.

5. Merancang dan melaksanakan penilaian.

6. Analisis peperiksaan Kemahiran Hidup.

PENGURUSAN MURID-MURID

1. Menyediakan Peraturan Keselamatan Makmal yang perlu dipatuhi oleh murid.

2. Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat.

3. Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada murid seperti contoh rajah berikut:-

KETUA ALATANKETUA KEBERSIHANKETUA PROJEKKETUA KESELAMATANKETUA FORMEN

PERANAN SISTEM KEPEGAWAIAN Ketua formen bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup. Ketua formen juga haruslah memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Tambahan pula, ketua formen juga mestilah melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak ataupun hilang.Tugas ketua kebersihan pula ialah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan juga membuang sampah dari tong sampah. Selain itu, ketua kebersihan perlulah memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir dan harus melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat.Tambahan pula, tugas Ketua Alatan ialah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantu untuk mengagihkan alatan kepada murid-murid. Ketua Alatan juga perlu memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan serta melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang. Manakala tugas Ketua Projek adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada murid-murid semasa kelas dimulakan. Tambahan pula, Ketua Projek juga mestilah memungut semula projek terutamanya yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam raka projek, almari ataupun penyimpanan projek belum siap. Ketua Projek harus melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau yang hilang.Selain daripada itu, tugas Ketua Keselamatan pula bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantu bagi memastikan makmal dalam keadaan selamat serta memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. Tambahan pula Ketua Keselamatan perlu melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak dan juga memastikan pili air ditutup ketat.CARTA ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

PENASIHATPN.K.MAHESWARY

PENGERUSIPN.B.BISTI

KETUA PANITIAPN.R.VASUKI

SETIAUSAHAPN.M.CELLINA

AJKEN.T.KANAGARANJANCIK.V.PADMAVATHY

PERANAN PENGURUS PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

1. PERANCANGAN

Menetapkan matlamat dan objektif organisasi. Menentukan bagaimana mencapainya. Mengumpul dan menganalisis maklumat. Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat.

2. PENGORGANISASIAN

Menentukan struktur kewibawaan dan mekanisme organisasi. Membina dan mendefinisikan kaedah dan prosedur. Memilih dan memberitahu staf mengenai sumber yang ada/tersedia atau yang boleh diperolehi

3. KEPEMIMPINAN

Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu. Memimpin dan menentukan hala tuju kepada kumpulan. Menentukan jangka waktu dan kos. Mengeluarkan arahan. Memberi panduan, dorongan dan rangsangan. Memberi bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai sesuatu matlamat.

4. PENGAWALAN

Menyelia proses pelaksanaan. Membuat pemerhatian dan pencerapan. Membuat penilaian prestasi. Membuat laporan mengenai kemajuan. Membetulkan kesalahan & penyelewengan. Membuat penilaian di peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS PANITIA

PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP1. Sentiasa patuhi arahan guru.

2. Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.

3. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.

4. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.

5. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.

6. Bekerja dengan teratur dan sistematik.

7. Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.

8. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.

9. Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.

10. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut, iaitu Keselamatan Am, Keselamatan Diri dan Rakan dan juga Keselamatan Alatan dan Bahan. Keselamatan Am ialah kefahaman murid-murid terhadap peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup dan juga rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi lelaki, tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron serta memakai lengan baju yang panjang dilipat kemas. Tambahan pula, sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaaan persekitaran bengkel perlulah kemas, bersih dan teratur. Murid-murid pula haruslah mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH serta memastikan semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel tersebut. Selain itu, Keselamatan Diri dan Rakan adalah penting semasa berada di bengkel KH. Murid-murid haruslah menjadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Mereka mestilah memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di dalam