View
132
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Higher Order Thinking Skills. Perancangan Pentaksiran KBAT. - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)
Higher Order Thinking Skills
KBAT menjadi satu agenda penting negara yang mesti diterap dalam kalangan murid dan guru. Selaras
dengan dasar Tranformasi Pendidikan Negara, transformasi pentaksiran
dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Cadangan Pemantapan
Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025
Perancangan Pentaksiran KBAT
‘Meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang
menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta menggunakan rujukan
standard dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)’
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Perancangan Pentaksiran KBAT
KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan kepada:
•MengaplikasiKebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan. •MenganalisisMencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.
•MenilaiMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik. •Mencipta Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu; menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang baharu.
KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT).
Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.
Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.
Konsep KBAT
Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif,
formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya
membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Konsep Pentaksiran
• Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki
• Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir
Konsep Pentaksiran
• Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid
• Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan
Konsep Pentaksiran
Dua konsep penting dalam pentaksiran ialah
• Kesahan • Kebolehpercayaan
Konsep Pentaksiran
Dua konsep penting dalam pentaksiran ialah
• Kesahan - sejauh mana skor
sesuatu ujian pentaksiran itu menggambarkan apa yang hendak ditaksir
Konsep Pentaksiran
• Kebolehpercayaan – merujuk kepada ciri skor
berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor itu untuk menggambarkan prestasi murid yang ditaksir. Kebolehpercayaan merujuk kepada skor dan instrumen.
– berkait dengan konsep tepat, tekal (konsisten), stabil, boleh diharapkan dan boleh meramal.
Konsep Pentaksiran
KONSTRUK
•APA (perkara) yang ditaksir
•Merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit (contoh: tinggi, berat) dan abstrak (contoh: pengetahuan, kemahiran dan sikap) yang dibangun atau diperkembang melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran
•Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran dikenal pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.
Konsep Pentaksiran
KONTEKS
•Atau tajuk adalah tempat pentaksiran sesuatu konstruk itu dilaksanakan
•Merupakan bahagian-bahagian tertentu mata pelajaran
•Dikenal pasti daripada Sukatan Pelajaran•Lazimnya dinyatakan mengikut kawasan tertentu dalam sesuatu bidang
•Biasanya dibahagikan kepada beberapa subkonteks
Konsep Pentaksiran
ARAS KESUKARAN • Ditentukan daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan tiga aspek:
Peringkat pengetahuan atau kemahiran Asas – Lanjutan (Basic – Advanced)
Kebiasaan (Familiarity)Kerencaman (Complexity)
Konsep Pentaksiran
KATA TUGAS
• Kata kerja yang digunakan dalam sesuatu item
• Berfungsi untuk menjelaskan bentuk respons yang perlu diberikan oleh murid.
Konsep Pentaksiran
ITEM
• Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai evidens hasil pembelajaran yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian skornya
• Boleh diklasifikasikan sebagai Pengingatan (Recall Item) dan Pemikiran (Thinking Item)
Konsep Pentaksiran
Item Pengingatan • Item yang memerlukan pengingatan untuk menjawabnya
• Merupakan item aras rendah kerana murid tidak memerlukan KBAT untuk mendapatkan respons, hanya memerlukan daya ingatan.
Konsep Pentaksiran
Item Pemikiran
• Item yang memerlukan calon mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk menjawabnya
• Murid perlu melakukan beberapa proses atau tingkat pemikiran seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:
• Tepat mentaksir perkara yang hendak ditaksir
• Tugasan dan arahan jelas• Ayat pendek, padat, jelas dan terus kepada maksud
• Kunci jawapan tidak bersifat payung, terlalu umum, paling panjang, paling menonjol, paling lengkap
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:
•Stem tidak memberi panduan (clue) kepada jawapan (leadingitem) atau word association
•Rangsangan berfungsi. Item mesti didasarkan kepada rangsangan
•Tiada negatif berganda•Tata bahasa betul•Laras bahasa sesuai dengan kohort umur kumpulan sasar
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:
•Menggunakan istilah yang biasa, terkini dan diterima umum
•Tulen – tidak diciplak dari mana-mana sumber
•Tidak bias – jantina, etnik, kumpulan sosio-ekonomi, lokasi geografi
•Tidak menyentuh hal sensitif – agama, budaya, etnik
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:
• Pilihan jawapan homogen – dari segi panjang pilihan jawapan, jenis, kumpulan
• Menyoal perkara yang penting dari segi konteks dan situasi. Tidak wajar menyoal perkara yang terlalu terpencil dan tidak mempunyai kepentingan
• Jelas – tata bahasa, ayat, ekspresi, stail
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:
•Tanda bacaan, huruf besar, huruf kecil hendaklah tepat
•Boleh mendiskriminasikan murid yang berlainan keupayaan. Bukan item terlalu senang iaitu item yang dijangka boleh dijawab oleh semua murid atau item terlalu sukar yang tidak boleh dijawab oleh semua murid
Konsep Pentaksiran
KOMPONEN ITEM
Rangsangan / stimulusMengandungi maklumat khusus dalam bentuk petikan, rajah, jadual, dll. Rangsangan terdiri daripada pelbagai jenis TugasanApa yang perlu diberikan sebagai respons. ArahanBagaimana cara memberikan respons.
Konsep Pentaksiran
KOMPONEN ITEM
Opsyen(bagi item objektif aneka pilihan)Pilihan Jawapan. Peraturan Pemarkahan / Skema Penskoran (bagi item subjektif)
Kaedah pemberian skor sama ada menggunakan penskoran analitikal atau rubrik holistik
Konsep Pentaksiran
Konsep Item KBAT
Berdasarkan definisi KBAT oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), maka konsep item KBAT merupakan item-item yang menguji keupayaan murid untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
29
ARAS KESUKARANDitentukan berdasarkan tiga aspek:
1. Peringkat pengetahuan atau kemahiran (Level of knowledge or skills)
2. Kelaziman (Familiarity)
3. Kerencaman (Complexity)
KRITERIA ARASMUDAH
ARASSUKAR
1. Aras Pengetahuan atau Kemahiran
Asas(Basic)
Lanjutan (Advance
)
2. Kelaziman Lazim(Familiar)
Baharu(Novel)
3. KerencamanRingkas(Simple)
Rencam (Complex
)
Konsep Item KBAT• Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikalMemberi maklumat secukupnya kepada murid untuk menjana idea
• Mempelbagaikan penggunaan kata tugas untuk menguji pelbagai aras pemikiran kognitifMengundang pelbagai bentuk respons
• Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim-Menggunakan situasi di luar bilik darjah-Mengalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah
Konsep Item KBAT•Berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harianMendorong murid menggunakan hasil pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian
•Menggunakan item tidak berulang-Item berbeza setiap tahun-Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan, dll
Jenis Item KBAT & Penskoran
Tiga jenis item item aneka pilihanitem berstruktur atau item respons terhad item respons terbuka.
Langkah Pembinaan Item KBAT1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran
2 Tentukan jenis item
3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur konstruk
4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
5 Tulis item
6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran
7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin
Langkah Pembinaan Item KBAT
Penilaian ItemPenilaian item pula ialah proses membuat pengadilan atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu:
(a) DiterimaSedia guna pakai untuk pemasangan instrumen pentaksiran
(b) Dalam Perhatian (Keep in view - KIV)Mesti diperbaiki, kemudian dinilai semula
(c) Ditolak Mesti diperbetulkan, kemudian dinilai semula
Penilaian ItemProses penilaian ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu: Semua Positif = Diterima * Satu atau Lebih Negatif = Dalam
Perhatian ** Satu atau Lebih Negatif = Ditolak
Contoh-contoh Item1. Which cube has the highest
total surface area per volume ratios?
A. C.
B. D.
1. Different animals have different ways to adapt themselves in different environment.The diagram shows an animal lives in a tropical environment. Which structure of the body helps it to adapt itself to the hot environment?
1cm
1cm
3cm
3cm
2cm2 cm
5cm5cm
AB
C
D
1. RAJAH 1 MENUNJUKKAN DUA JENIS EKOSISTEM X DAN EKOSISTEM Y.
Apakah maksud kepelbagaian esosistem?
Berdasarkan pemerhatian anda dalam Rajah 1, mengapakah X dan Y adalah ekosistem yang berbeza?(Konstruk – Analisis)
Spesis organisma yang tinggal dalam habitat dan ekosistem yang berbeza
kerana X dan Y mempunyai spesis berbeza / habitat berbeza
Namakan jenis kepelbagaian ekosistem di Rajah 1:X :Y :
Tsunami telah melanda kawasan X. Semua tumbuhan telah musnah. Terangkan apa yang akan berlaku kepada populasi herbivor dalam kawasan itu.
(Konstruk – Sintesis)
X : Ekosistem PayaY : Ekosistem Laut
Herbivor berkurang Penerangan :1. Tiada sumber
makanan2. Habitat musnah
Recommended