View
244
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
1
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BILANGAN 4 TAHUN 2013
TATACARA
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
DAN
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pengesahan
dalam perkhidmatan (PDP) dan pemberian taraf berpencen (PTB)
Anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).
LATAR BELAKANG
2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] telah
dikuat kuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2012. Peraturan ini
menggantikan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
[P.U.(A)176/2005].
2
3. Peraturan 29, P.U.(A)1/2012 memperuntukkan seseorang pegawai
yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat
yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain
yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh
Suruhanjaya yang berkenaan. Peraturan 38, peraturan-peraturan yang
sama memperuntukkan seseorang pegawai yang tidak memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak diberi taraf
berpencen mengikut Undang-Undang Pencen.
4. Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012
telah memperuntukkan tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah
1 hingga 3 tahun.
TAKRIFAN KETUA JABATAN
5. Bagi maksud pemakaian Pekeliling ini, “Ketua Jabatan”
bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang
diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak
bagi pihaknya dan bertanggungjawab mengawal Buku Rekod
Perkhidmatan seperti yang berikut:
i. Anggota yang berkhidmat di Bahagian-Bahagian, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Ketua Jabatan ialah Pengarah atau
Setiausaha Bahagian yang berkenaan;
ii. Anggota berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
dan Kampus-Kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau
Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan;
iii. Anggota berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi,
Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan;
3
iv. Anggota berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan
ialah Pengarah Pendidikan Negeri atau Pegawai yang diwakilkan
kuasa oleh Pengarah Pendidikan Negeri;
v. Anggota yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua
Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD);
vi. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah menengah dan
Pengarah Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah pengetua sekolah
menengah dan Kolej Vokasional yang berkenaan; dan
vii. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan
sekolah menengah bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua
Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD).
6. Bagi maksud pekeliling ini, walaupun Guru Besar sekolah rendah/
pengetua sekolah menengah bukan PTJ tidak ditakrifkan sebagai Ketua
Jabatan, namun begitu Guru Besar/Pengetua adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan perakuan urusan perkhidmatan bagi anggota-
anggota yang berada di bawah seliaannya.
SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
7. Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh
percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi
syarat-syarat seperti yang berikut:
Bil Skim Perkhidmatan Syarat PDP
i. Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dan
Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi (PPPT)
a. Menjalani percubaan bagi
tempoh 1 hingga 3 tahun;
b. Hadir dengan jayanya Kursus
Induksi /Program Transformasi
Minda (PTM); dan
c. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
4
ii. Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP)
a. Menjalani percubaan bagi
tempoh 1 hingga 3 tahun;
b. Hadir dengan jayanya Kursus
Induksi / PTM;
c. Lulus Peperiksaan
Perkhidmatan seperti yang
disyaratkan mengikut Skim
Perkhidmatan; dan
d. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
Jawatan-jawatan dalam kategori AKP di bawah Perkhidmatan
Pendidikan ialah seperti di LAMPIRAN A.
PENGECUALIAN MENGHADIRI PTM / KURSUS INDUKSI
8. Anggota tetap yang sedang berkhidmat dan masih dalam tempoh
percubaan tetapi telah lulus PTM, Kursus Induksi atau lulus Peperiksaan
Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu adalah dikecualikan dari
menghadiri PTM. Pengecualian daripada menghadiri PTM boleh
diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/Agensi
dan hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP)
anggota.
PEMILIHAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
9. Seksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 (Akta 227) memberi peluang
kepada anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih
Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen
sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
5
10. Ketua Jabatan seperti mana yang ditakrifkan mengikut perenggan
5(i) hingga (vii) hendaklah memberi penjelasan kepada anggota
mengenai faedah yang boleh diperolehi apabila memilih Skim KWSP
atau pencen. Walau bagaimanapun, Guru Besar/Pengetua sekolah
menengah bukan PTJ boleh memberi penjelasan sekiranya diwakilkan
oleh PPD. Perkara-perkara yang perlu ditegaskan oleh Ketua Jabatan
adalah seperti yang berikut:
i. implikasi pilihan dengan membuat perbandingan faedah di antara
Skim KWSP dan Pencen;
ii. menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh anggota
dan mengemukakan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012
yang telah dilengkapkan oleh anggota ke SPP bersama-sama
dengan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan
iii. memberi peringatan kepada anggota bahawa :
a. Anggota yang gagal mengembalikan Jadual Kelima
Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 atau mengembalikan Jadual
Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 tanpa menyatakan
sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat
akan dianggap telah menolak opsyen Skim KWSP; dan
b. Opsyen yang telah ditandatangani oleh anggota dan telah
diterima oleh SPP adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH
DIPINDA.
TATACARA PERAKUAN PDP OLEH KETUA JABATAN DAN PENETAPAN TARIKH PDP
11. Bagi anggota dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi
semua syarat PDP dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh
percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil
salah satu tindakan seperti yang berikut:
6
Tindakan Senarai Borang Yang Perlu
Dikemukakan
Tempoh
perakuan
i. Memperakukan
PDP
a. Borang SPP/K/002
seperti di Lampiran I;
b. Borang Jadual Ketiga :
i. Pengesahan Dalam
Perkhidmatan
seperti di Lampiran
II bagi anggota yang
sedang berkhidmat di
semua jenis Sekolah
Rendah dan Sekolah
Menengah bukan
PTJ; dan
ii. Pengesahan Dalam
Perkhidmatan
seperti di Lampiran
III bagi anggota yang
sedang berkhidmat di
agensi-agensi
kecuali yang
berkhidmat di
Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah
bukan PTJ.
c. Borang Jadual Kelima:
i. Borang Opsyen
Kumpulan Wang
1 bulan dari
tarikh layak
7
Simpanan Pekerja
Mengikut
Subseksyen 6A(1),
Akta Pencen 1980
bagi anggota yang
sedang berkhidmat
di agensi-agensi
kecuali yang
berkhidmat di
Sekolah Rendah/
Sekolah Menengah
bukan PTJ seperti
di Lampiran IV;
atau
ii. Borang Opsyen
Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja
Mengikut
Subseksyen 6A(1),
Akta Pencen 1980
bagi anggota yang
sedang berkhidmat
di semua jenis
Sekolah Rendah
dan Sekolah
Menengah bukan
PTJ seperti di
Lampiran V.
8
d. Kenyataan Perkhidmatan
anggota yang telah
dikemaskinikan
ii. Tidak
memperakukan
PDP
a. Borang Jadual Ketiga –
Pengesahan Dalam
Perkhidmatan seperti di
Lampiran II dan III
dengan menyatakan
dengan jelas sebab-
sebab anggota tidak
diperakukan.
1 bulan dari
tarikh layak
12. Perakuan PDP bagi anggota seperti di perenggan 11(i) hendaklah
dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota layak
diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu hendaklah
dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum iaitu satu
tahun.
13. Perakuan Ketua Jabatan hendaklah menepati prestasi dan
kebolehan sebenar anggota merangkumi sahsiah, tingkah laku dan
disiplin kehadiran sepanjang anggota berkhidmat dalam tempoh
percubaan. Sekiranya perakuan Ketua Jabatan didapati bercanggah
dengan kelakuan sebenar anggota, SPP tidak terikat untuk
mengesahkan perkhidmatan anggota iaitu seperti yang dinyatakan
dalam Peraturan 29(7), P.U.(A)1/2012.
14. Penetapan tarikh PDP yang diluluskan oleh SPP adalah seperti
yang berikut:
9
Butiran Tarikh penetapan
i. Hari pertama selepas tarikh
anggota memenuhi semua syarat
yang ditetapkan seperti berikut :
a. Penetapan tarikh PDP bagi
anggota yang memenuhi syarat
dalam tempoh 1 tahun;
b. Penetapan tarikh PDP bagi
anggota yang memenuhi syarat
PDP selepas tempoh 1 hingga 3
tahun; atau
c. Penetapan tarikh PDP
berdasarkan tarikh yang
diperakukan oleh Ketua Jabatan
bukan pada tarikh anggota
layak.
Sehari selepas anggota
memenuhi tempoh
minimum percubaan.
Sehari selepas anggota
memenuhi syarat terakhir
yang disyaratkan dalam
skim perkhidmatan .
Ketua Jabatan dikehendaki
memberi sebab mengapa
tarikh perakuan PDP
anggota bukan pada tarikh
anggota layak sama ada
disebabkan oleh tingkah
laku dan prestasi.
ii. Penetapan Tarikh Lain Oleh SPP
Kaedah ini terpakai bagi
anggota yang sama ada
dikenakan tindakan
tatatertib ataupun
mengambil cuti tanpa gaji
atau tidak hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa
kebenaran atau sebab-
sebab yang munasabah
(yang tidak dikenakan
tindakan tatatertib)
semasa dalam tempoh
percubaan
Contoh-contoh penetapan tarikh PDP adalah seperti di LAMPIRAN B.
10
PENETAPAN TARIKH PDP BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DALAM TEMPOH PERCUBAAN
15. SPP telah menetapkan bahawa bagi anggota yang dikenakan
hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan, tarikh PDP akan
ditetapkan selepas tempoh antara 12 hingga 36 bulan dari tarikh
dijatuhkan hukuman tertakluk kepada jenis hukuman yang dikenakan
seperti yang berikut:
Jenis hukuman Penetapan Tarikh PDP
berdasarkan Tempoh Selepas
Keputusan Hukuman Tatatertib
Oleh Lembaga Tatatertib
Amaran
12 bulan Denda
Lucut Hak Emolumen
Tangguh Pergerakan Gaji 24 bulan
Turun Gaji 36 bulan
Contoh penetapan tarikh PDP bagi anggita yang dikenakan hukuman
tatatertib dalam tempoh percubaan asal adalah seperti di LAMPIRAN C.
16. Penetapan tarikh PDP ini adalah juga terpakai bagi anggota yang
dilantik oleh pegawai-pegawai tertentu di Kementerian Pendidikan
Malaysia/Jabatan Pelajaran Wilayah yang diwakilkan kuasa di bawah
Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2009 mengenai Perwakilan Kuasa
Urusan Pengambilan Ke Jawatan Yang Mensyaratkan Kelayakan Masuk
Lebih Rendah Daripada Penilaian Menengah Rendah Atau Yang Setaraf
Dengannya Dan Urusan Perkhidmatan Yang Berkaitan.
Walaubagaimanapun perakuan bagi anggota yang mempunyai kes
11
tatatertib semasa dalam tempoh percubaan hendaklah dikemukakan ke
SPP. Perakuan hendaklah dihantar beserta dokumen seperti berikut:
i. Salinan Surat Pertuduhan Tatatertib;
ii. Salinan Surat Representasi Anggota;
iii. Salinan Keputusan Lembaga Tatatertib;
iv. Salinan Surat Rayuan Anggota (jika ada);
v. Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib (jika ada);
vi. Surat Perakuan Khas Ketua Jabatan; dan
vii. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini.
TANGGUNGJAWAB ANGGOTA
17. Bagi anggota lantikan tetap yang telah berkhidmat melebihi
tempoh setahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk PDP tetapi Ketua
Jabatan gagal mengemukakan perakuan mengikut tatacara di
perenggan 11(ii), maka anggota boleh memohon kepada SPP untuk
disahkan. Satu salinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada
Ketua Jabatan.
18. Berdasarkan kepada permohonan anggota, SPP boleh
memulakan siasatan. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota
masih kekal dalam tempoh percubaan berpunca daripada kegagalan
Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Peraturan 29(3), P.U.(A)1/2012, maka Ketua Jabatan
boleh disifatkan melakukan suatu pelanggaran tatatertib di bawah
Peraturan 4(2)(g), (i) dan (j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U(A) 395/1993] seperti berikut :
“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
12
(g) tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.”
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
19. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk:
i. memperakukan PDP anggota dengan mengisi Borang
Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga P.U.(A)1/2012
iaitu :
a. Ketua Jabatan perlu memastikan anggota yang
diperakukan untuk PDP telah menjalankan tugasnya
dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan berpuas hati
dengan sifat peribadi dan kelakuannya; dan
b. Borang Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga
P.U.(A)1/2012 dan Borang SPP/K/002 yang telah
ditandatangani oleh Ketua Jabatan hendaklah
dikemukakan ke SPP dalam tempoh satu bulan dari
tarikh anggota itu didapati layak untuk diberi
pengesahan mengikut peruntukan di Peraturan 29(2)
P.U.(A)1/2012.
c. Bagi anggota yang dikenakan tindakan tatatertib
kecuali hukuman buang kerja atau turun pangkat,
perakuan PDP hendaklah dibuat setelah selesai
proses tindakan tatatertib tersebut. Sekiranya proses
ini melebihi tempoh percubaan asal iaitu 3 tahun,
13
perakuan pelanjutan tempoh percubaan anggota
hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada SPP.
d. Bagi anggota yang diluluskan cuti tanpa gaji, perakuan
PDP hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu
tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira (dengan
menolak bilangan hari cuti tanpa gaji yang telah
diluluskan).
20. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengemukakan perakuan bagi
tujuan pemberian taraf berpencen bagi anggota yang telah memenuhi
syarat-syarat berikut :
i. telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii. genap tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira untuk
selama 3 tahun; dan
iii. tidak memilih skim KWSP.
dengan mengemukakan borang seperti berikut:
Tindakan Senarai Borang Yang Perlu
Dikemukakan
i. Perakuan PTB a. Borang SPP/K/003 seperi di
Lampiran VI;
b. Borang Jadual Keenam
Peraturan 38, P.U.(A)1/2012:
i. Perakauan PTB bagi
anggota yang sedang
berkhidmat di agensi-
agensi kecuali yang
berkhidmat di Sekolah
Rendah dan Sekolah
14
Menengah bukan PTJ
seperti di Lampiran VII;
atau
ii. Perakuan PTB bagi
anggota yang sedang
berkhidmat di semua
jenis Sekolah Rendah
dan Sekolah Menengah
bukan PTJ seperi di
Lampiran VIII.
21. Bagi anggota yang telah diberi taraf berpencen dalam pelantikan
yang terdahulu dalam skim perkhidmatan yang lain dan dengan syarat
pelantikan tersebut adalah mengikut Peraturan 10, P.U.(A)1/2012,
pelantikan tersebut tidak menjejaskan taraf berpencen mengikut
undang-undang pencen yang berkuat kuasa melainkan anggota tersebut
memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa pelantikan
yang terkini.
PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
22. Perakuan bagi PTB hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu
bulan dari tarikh anggota layak diperakukan untuk pemberian taraf
berpencen. Perakuan hendaklah lengkap dengan disertakan borang-
borang berikut :
i. Perakuan Pemberian Taraf Berpencen – Jadual
Keenam Peraturan 38, P.U.(A) 1/2012 seperti di
Lampiran V;
ii. Borang SPP/K/003 seperti di Lampiran VI;
15
iii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemas Kini
dengan catatan berikut :
(a) Tarikh Pengesahan Pelantikan ;
(b) Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan ;dan
(c) Catatan Opsyen Pencen
iv. Pengesahan ADA atau TIADA mengambil cuti tanpa
gaji dengan menyatakan tempoh cuti dan bilangan hari
yang diambil.
PENETAPAN TARIKH PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
23. Tarikh PTB yang ditetapkan oleh SPP adalah seperti yang berikut:
i. tarikh semasa iaitu satu hari bulan pada bulan berikutan
selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua
Jabatan; atau
ii. sehari sebelum tarikh bersara bagi anggota-angota yang
bersara dalam keadaan biasa yang belum diberi taraf
berpencen; atau
iii. sehari sebelum tarikh kematian bagi anggota-anggota telah
genap berkhidmat 3 tahun dan meninggal dunia sebelum
diberi taraf berpencen.
PERINGATAN KEPADA KETUA JABATAN
24. Ketua Jabatan juga adalah diingatkan untuk memastikan borang
yang digunakan bagi tujuan PDP dan PTB adalah seperti yang terdapat
di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012].
Sebarang pindaan atau ubah suai ke atas borang yang digunakan bagi
tujuan PDP dan PTP adalah TIDAK DIBENARKAN.
16
25. Bagi kemudahan Anggota Perkhidmatan Pendidikan, semua
borang-borang urusan perkhidmatan boleh didapati dan di muat turun
dari Laman Web SPP di alamat: www.spp.gov.my.
PELAKSANAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH PERWAKILAN KUASA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
26. Bagi tujuan mewujudkan keseragaman urusan Pengesahan Dalam
Perkhidmatan di peringkat SPP dengan urusan Pengesahan Dalam
Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa di bawah Perkara 144(6),
Perlembagaan Persekutuan, maka anggota-anggota yang diwakilkan
kuasa seperti dalam Perwakilan Kuasa hendaklah mematuhi prosedur
dan kaedah dalam pekeliling ini dalam melaksanakan urusan
Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.
PEMAKAIAN
27. Pekeliling ini terpakai untuk semua anggota yang dilantik di
bawah bidang kuasa SPP termasuk pelantikan yang diwakilkan kuasa
oleh SPP di bawah Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan.
TARIKH KUAT KUASA
28. Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan.
PEMBATALAN
29. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006, Pekeliling SPP
17
Bilangan 4 Tahun 2008 dan Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2010
adalah dibatalkan.
PERTANYAAN
30. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berhubung dengan
pekeliling ini hendaklah dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan, SPP.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(SULAIMAN BIN WAK)
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia
Jun 2013
18
Edaran Kepada:
Ketua Setiausaha
Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
Salinan Kepada :
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
Recommended