Kertas Konsep an Nyanyian

Preview:

Citation preview

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH-SEKOLAH (SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH) DAERAH KINTA SELATAN 2012

ANJURAN : PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA SELATAN

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH-SEKOLAH (SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH) DAERAH KINTA SELATAN 2012

1.0

PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama masa kini dimana gejala sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberikan penekanan kearah pembentukan kualiti dan jatidiri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu juga, ia berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat murid dapat dicungkil serta diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0

LATAR BELAKANG Nyanyian adalah merupakan salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kini ia telah dikemaskini menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik. Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 melalui mata muridan Dunia Muzik secara tidak langsung telah mengukuhkan kepentingan pembelajaran muzik terutamanya nyanyian secara formal didalam kelas.

3.0

MATLAMAT Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif. OBJEKTIF 4.1 Memperkembangkan bakat murid 4.2 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi 4.3 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik 4.4 Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri 4.5 Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

4.0

5.0

JENIS PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan Nyanyian Solo 5.1.1 Kategori Murid Lelaki (SR) 5.1.2 Kategori Murid Perempuan (SR) 5.1.3 Kategori Murid Lelaki (SM) 5.1.4 Kategori Murid Perempuan (SM) 5.2 Pertandingan Nyanyian Duet 5.2.1 Kategori Sekolah Rendah (SR) 5.2.2 Kategori Sekolah Menengah (SM)

6.0

PENYERTAAN 6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SR dan SM harian dan Sekolah Bantuan Kerajaan. 6.2 Setiap sekolah hanya layak menghantar (1) seorang peserta lelaki dan (1) seorang peserta perempuan bagi kategori Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM).

7.0

JENIS LAGU 7.1 Lagu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja

8.0

PERSEMBAHAN 8.1 Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja 8.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus One (bukan karaoke) 8.3 Iringan muzik dari CD secara Plus One tidak dibenarkan 8.4 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitivity masyarakat / kaum 8.5 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak menjolok mata 8.6 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD atau alat pemain CD. 8.7 Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari atau bantuan prop.

9.0

MASA 9.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

10.0

CD LAGU 10.1 Setiap sekolah mesti menyerahkan CD lagu kepada pihak pengelola 2 minggu sebelum tarikh pertandingan. 10.2 CD tersebut perlu dilabel seperti berikut :

Solo atau Duet Nama Sekolah Kategori Lelaki / Perempuan Sekolah Rendah /Sekolah Menengah

11.0

PEMARKAHAN 11.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut : Bil a. B c. d. e. f. g. 11.2 Pic (Ketepatan nada) Ton (Mutu suara) Dinamik (Ansur kuat / perlahan) Tempo (Ketepatan mengikut tempo) Attack / Release ( mula & akhir rangkai lagu) Sebutan (Suara dan senikata jelas) Ketrampilan / Keyakinan & pengurusan pentas Keputusan hakim adalah muktamad. Kriteria Markah 30 markah 30 markah 10 markah 10 markah 10 markah 5 markah 5 markah

12.0

HADIAH 12.1 Tempat Pertama 12.2 Tempat Kedua 12.3 Tempat Ketiga

: : :

Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan

Peserta-peserta yang menjadi Johan Daerah akan mewakili Daerah ke peringkat Negeri

Disediakan oleh : ............................................................ En. Mohd Rosdi b. Md Radzi Pengerusi Teknik Pertandingan Nyanyian Sekolah-Sekolah (SR/SM) Daerah Kinta Selatan 2012

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH-SEKOLAH (SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH) DAERAH KINTA SELATAN 2012

Kategori

Butiran Nama Peserta Tarikh Lahir

Peserta Lelaki

SOLO

Umur No Sijil Lahir Tajuk Lagu

Kategori

Butiran Nama Peserta Tarikh Lahir

Peserta Perempuan

SOLO

Umur No Sijil Lahir Tajuk Lagu

Kategori

Butiran Nama Peserta Tarikh Lahir Umur No Sijil Lahir Tajuk Lagu Butiran Nama Peserta Tarikh Lahir Umur No Sijil Lahir Tajuk Lagu

Peserta Lelaki

DUET

Peserta Lelaki