View
254
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN
MENGGUNAKAN “KONSEP BADLEH”
Oleh
RUSILAWATI BINTI MOIN
Sekolah Sultan Alam Shah
62520 Putrajaya
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam
pemahaman konsep perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk
difahami oleh semua pelajar yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian
pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar
masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi dalam masa yang panjang.
Perancangan tindakan diteruskan dengan teknik pemahaman yang mudah diingati
dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH. Kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah
menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan
teknik Konsep BADLEH. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan kepada semua
tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pelajar-pelajar mengalami kesukaran dalam menjawab soalan yang
dikemukakan jika bentuk soalan adalah berbeza dengan latihan yang diberi di
dalam kelas. Seterusnya menyebabkan analisa di dalam peperiksaan tidak
membanggakan. Saya selalu bertanya di dalam kelas berkaitan dengan konsep
asas perakaunan tetapi apa yang saya dapati pelajar tidak ada panduan yang
tetap dalam memahami konsep dan prinsip asas sebenar dalam perakaunan.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
Pelajar-pelajar sering bertanya soalan-soalan yang hampir sama bagi setiap
pelajar. Pelajar sering mengajukan soalan “Cikgu, akaun ni susah”,“Cikgu,
macamana nak pandai dalam Akaun?”, “Cikgu, nak ingat konsep
macamana?”dan banyak lagi. Saya terfikir satu perkara sekiranya pelajar
dapat memahami konsep dan prinsip asas akaun dengan tepat pasti apa jua
soalan yang dikemukakan pelajar dapat memahami dan menjawabnya dengan
baik. Seterusnya memudahkan saya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh
sebab itu juga saya terdorong untuk menyediakan kajian tindakan ini.
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Keputusan peperiksaan dan masa yang diambil semasa menjawab soalan yang
dikemukakan kepada pelajar menyebabkan saya perlu menyelesaikan dengan
satu teknik yang berkesan. Apa yang saya dapati, ada pelajar yang lebih
mengingat daripada memahami. Bukannya mengingati tidak boleh tetapi
dalam perakaunan apa yang saya dapati jika kita memahami dengan tepat apa
yang dimaksudkan dengan konsep dan prinsip asas perakaunan pasti apa jua
soalan yang diberi akan dapat dijawab dengan baik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam konsep
dan prinsip asas perakaunan dengan menggunakan Konsep BADLEH.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep dan prinsip
asas perakaunan.
3.2.2 Pelajar dapat menggunakan konsep yang diberi dalam semua
topik yang dipelajari dalam Prinsip Perakaunan.
3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam
peperiksaan.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan
lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari Sekolah
Sultan Alam Shah, Putrajaya.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di dalam kelas ke atas tingkah
laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlangsung sebelum dan selepas kajian dilaksanakan.
Pemerhatian dilaksanakan semasa proses P&P sebelum
menggunakan kaedah dan teknik konsep BADLEH diperkenalkan
dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa P&P
sedang dilaksanakan serta selepas kajian dilaksanakan.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar mengenai konsep
dan prinsip asas perakaunan. Item ujian pra merupakan soalan
yang merangkumi konsep dan prinsip asas bersama dengan
klasifikasi akaun. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya
tidak memulangkannya kepada pelajar lagi. Saya
memperkenalkan konsep BADLEH kepada pelajar-pelajar.
Kemudian saya memberikan ujian pos 1 kepada pelajar dengan
soalan yang sama dengan ujian pra tadi. Lebih kurang dalam
masa 5 minggu selepasnya, saya telah membuat ujian pos 2
dengan menggunakan soalan yang berbeza.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan
dengan konsep dan prinsip asas perakaunan sebelum dan
selepas konsep BADLEH diperkenalkan.
5.2 Analisa Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :
a) Pelajar lebih yakin dalam mempelajari mata pelajaran ini.
b) Pelajar lebih mudah untuk memahami topik-topik
seterusnya dengan mengaplikasikan konsep BADLEH.
c) Pelajar berjaya dengan mudah membetulkan setiap
kesalahan dan kesilapan.
5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos
Pelajar Ujian Pra
(100%)
Ujian Pos 1
(100%)
Ujian Pos 2
(100%)
Pelajar A 15 70 77
Pelajar B 55 80 80
Pelajar C 62 90 90
Pelajar D 35 66 72
Pelajar E 20 65 74
Pelajar F 21 68 74
Pelajar G 30 76 85
Pelajar H 45 78 80
Pelajar I 10 63 84
Pelajar J 07 60 71
Jadual 1 :
Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya
lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.
5.2.3 Analisa Soal Selidik
Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik
yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang
telah dijawab oleh pelajar.
Skala : 1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1. Prinsip Perakaunan adalah satu
subjek yang mudah 0 0 0 7 3
2. Saya faham konsep dan prinsip asas
perakaunan 0 0 0 8 2
3.
Saya akan menggunakan konsep
BADLEH dalam semua topik yang
dipelajari
0 0 0 0 10
4. Konsep BADLEH membantu
meningkatkan pencapaian saya 0 0 0 0 10
5.
Saya dapat mengklasifikasikan akaun
dengan mudah menggunakan
konsep BADLEH
0 0 0 1 9
6. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 8 1 1 0 0
7.
Penguasaan Konsep BADLEH akan
menyeronokkan saya dalam
mempelajari Prinsip Perakaunan
0 0 0 3 7
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5.3 Tindakan yang dijalankan
1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah memberi penerangan
berkenaan dengan konsep BADLEH dengan mengaitkan dua
perkara iaitu :-
a. konsep dan prinsip asas
b. klasifikasi akaun
2. Saya telah memberikan pembuktian yang nyata berkenaan dengan
konsep BADLEH berdasarkan kepada kitaran perakaunan.
3. Saya membuat penerangan dengan membuat lakonan bagi situasi
dalam menjalankan perniagaan yang sebenar.
4. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan
ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan
sebagai latihan pengukuhan.
5. Setiap kali kelas, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan
menggunakan konsep BADLEH untuk memudahkan menjawab
dalam apa jua soalan yang diberi.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian
Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa
melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan dua bab iaitu Bab 1 -
Pengenalan kepada Perakaunan dan Bab 2 – Aset, Liabiliti, Ekuiti
Pemilik, Hasil dan Belanja. Sebelum menggunakan konsep BADLEH saya
mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan
mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada
minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan
dengan konsep BADLEH pada minggu kedua, apa yang saya dapati
pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos
1 yang telah dilaksanakan pada minggu keempat.
Seterusnya pada minggu keenam saya telah menguji pelajar semula
keberkesanan konsep BADLEH dalam mengaplikasikan dalam bab-bab
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan
dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan
yang diberi dengan lebih cepat. Minggu ketujuh saya telah membuat
tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar
dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Konsep
BADLEH.
Pelaksanaan Konsep BADLEH adalah seperti berikut :
1. Pelajar diberi sehelai kertas kosong.
2. Pelajar dikehendaki membahagikan kertas kosong tersebut kepada
lima bahagian iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
3. Guru menerangkan semula kitaran perakaunan kerana ianya akan
dikaitkan dengan konsep BADLEH. Seterusnya guru memberikan
penerangan konsep BADLEH seperti berikut : -
a. APAKAH MAKSUD BADLEH?
B-BELANJA A-ASET D-DEBIT L-LIABILITI E-EKUITI H-HASIL KREDIT
Dalam Prinsip Perakaunan, klasifikasi akaun terbahagi kepada 5 sahaja iaitu belanja,
hasil, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Setiap akaun ini pelajar mesti kuasai dan faham setiap
kategori. Klasifikasi akaun ini adalah secara umum dan pelajar perlu menguasai apakah yang
• BELANJAB• ASETA• LIABILITIL• EKUITI PEMILIKE• HASILH
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
dikategorikan secara khusus bagi setiap akaun kerana soalan yang dikemukakan adalah
bukannya secara umum tetapi jawapan yang khusus bagi setiap akaun-akaun tertentu.
AKAUN-AKAUN CONTOH-CONTOH
BELANJA, (B) Sewa, belian, insuran, kadar bayaran, gaji, angkutan
masuk, angkutan keluar, promosi dan lain-lain.
HASIL, (H) Jualan, diskaun diterima, sewa diterima, komisen
diterima, gaji diterima dan lain-lain.
ASET, (A)
ASET BUKAN SEMASA – perabot, alatan pejabat,
kelengkapan, kenderaan, premis dan lain-lain.
ASET SEMASA – SPBT (stok, penghutang, bank, tunai).
LIABILITI, (L) LIABILITI BUKAN SEMASA – pinjaman bank, pajak gadai
LIABILITI SEMASA – pemiutang, overdraf
EKUITI PEMILIK, (E) Modal awal, modal akhir, modal tambahan
(UMUM) (KHUSUS)
INGAT!!!
Nama-nama akaun adalah contoh-contoh (khusus) bagi setiap kategori akaun.
b. APAKAH KEPENTINGAN BADLEH?
1. Mesti dikuasai untuk membantu dalam pemahaman Prinsip Perakaunan.
2. Segala kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dengan betul dan tepat.
3. “FAHAM BADLEH CEMERLANG AKAUN” --- terbukti!!!
Mengapa Belanja dan Aset berbaki Debit, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil berbaki
Kredit?
Bagi membuktikan BADLEH perkara-perkara berikut perlu dipatuhi iaitu :-
1. Mematuhi “konsep, prinsip dan andaian perakaunan” iaitu Prinsip Catatan Bergu(PCB).
• PCB – Setiap urusniaga melibatkan dua atau lebih akaun yang terlibat.
2. Kitaran perakaunan dipatuhi. (cikgu akan menerangkan dengan menggunakan peringkat
pertama hinggalah peringkat yang keempat dalam proses perakaunan)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
3. Andaian urusniaga secara tunai. (Bagi melancarkan perjalanan perniagaan, sesuatu
urusniaga itu boleh dijalankan sama ada secara tunai mahu pun kredit/berhutang.
Andaian secara tunai memudahkan pelajar faham maksud BADLEH dengan jelas kerana
urusniaga yang dijalankan sudah tiada komitmen apa-apa kerana kita sudah selesai
segala pembayaran. Barang dapat pembayaran juga selesai.)
PEMBUKTIAN BADLEH!!!
Bagi memulakan sesebuah perniagaan, seseorang pemilik/peniaga biasanya akan:
1. mendapatkan modal sama ada daripada duit simpanan sendiri,
2. membuat pinjaman daripada pihak bank untuk menambahkan kekurangan modal,
3. membeli barang-barang seperti perabot dan kelengkapan,
4. mendapatkan perkhidmatan untuk perniagaannya,
5. mendapatkan barangniaga perniagaannya untuk dijual.
6. dan sebagainya…
BAD
Belanja/Aset = Baki b/b Debit
a) BELANJA – kita perlu keluarkan duit untuk mendapatkan perkhidmatan / barangan
daripada pihak lain.= bayar ($$$ keluar).
Contoh urusniaga - Membayar sewa kedai RM500 secara tunai.
Penyelesaian:
• Catatan di dalam BCP (Buku Tunai – Kt BT).
• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Sewa akan dicatat di sebelah debit.
Kata kunci bayar , beli barangniaga, diberi adalah merujuk kepada BELANJA.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
b) ASET – kita perlu keluarkan duit untuk membeli aset = bayar ($$$ keluar).
Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai.
Penyelesaian :
• Perabot ialah contoh aset bukan semasa.
• Catatan di dalam BCP ialah BT – Kt BT.
• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Perabot akan dicatat di sebelah debit.
DOKUMEN
BCP
LEJAR
IMBANGAN DUGA
Dokumen : BIL TUNAI/RESIT RASMI Ayat : Membayar sewa kedai RM500 secara tunai
• Keluarkan $$$ untuk bayar sewa (Kt BT)
Ikut PCB
Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...
Debit RM
Kredit RM
Sewa 500
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
LEH
Liabiliti/Ekuiti Pemilik/Hasil = Baki b/b Kredit
a. LIABILITI – HUTANG : untuk membuat sesuatu hutang kita akan dapatkan $$$. Duit
yang diperolehi kita perlu jelaskan semula kepada pihak yang kita berhutang
contohnya pihak bank dan pemiutang.
Contoh urusniaga : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak
RM50,000 dan dimasukkan ke dalam Akaun Bank Islam Saiful Enterprise.
Penyelesaian:
• Pinjaman bank adalah liabiliti bukan semasa. Pemilik akan dapat $ daripada pinjaman
tersebut.
• Catatan di dalam BCP akan dicatatkan di sebelah Debit Buku Tunai.
DOKUMEN
BCP
LEJAR
IMBANGAN DUGA
Dokumen : BIL TUNAI/JUALAN TUNAI Ayat : Membeli perabot RM850 secara tunai.
• Keluarkan $$$ untuk beli aset (Kt BT)
Ikut PCB
Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...
Debit RM
Kredit RM
Perabot 850
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Pinjaman akan dicatat di sebelah Kredit.
b. EKUITI PEMILIK – Pelaburan/modal : untuk menjalankan perniagaan, pemilik akan
melabur sejumlah wang ke dalam syarikat. Syarikat akan dapat $$$ dahulu.
Contoh urusniaga : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk
memulakan perniagaan.
Penyelesaian :
• Pelaburan pemilik merupakan modal perniagaan. Perniagaan akan dapat $ daripada
pemilik.
• Catatan di dalam BCP - BT akan dicatatkan di sebelah Debit.
• Mengikut PCB, akaun modal akan dicatat di sebelah Kredit.
DOKUMEN
BCP
LEJAR
IMBANGAN DUGA
Ikut PCB
Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...
Debit RM
Kredit RM
Pinjaman 50000
Dokumen : BORANG WANG MASUK Ayat : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak RM50,000.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
c. HASIL – dapat $$$ daripada perniagaan yang dijalankan.
Contoh urusniaga : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.
Penyelesaian :
• Perniagaan akan dapat $ daripada sewa berkenaan.
• Catatan di dalam BCP – BT dicatatkan di sebelah Debit.
• Mengikut PCB, akaun Sewa Diterima akan dicatat di sebelah Kredit.
DOKUMEN
BCP
LEJAR
IMBANGAN DUGA
Dokumen : BORANG WANG MASUK / MEMO Ayat : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk memulakan perniagaan.
Ikut PCB
Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...
Debit RM
Kredit RM
Modal 20000
Kata kunci diterima, dapat, jual barangniaga merujuk kepada HASIL.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
Kesimpulan BADLEH
Dengan contoh setiap urusniaga yang diberikan di atas, terbukti BADLEH iaitu Belanja Aset
Berbaki Debit Manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik Dan Hasil Berbaki Kredit.
Namun demikian, pelajar mesti faham dalam perakaunan setiap lejar ada debit dan kredit.
Semua butiran tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Rujuk Jadual 1 di bawah iaitu :
AKAUN DEBIT KREDIT
BELANJA BERTAMBAH BERKURANG
ASET BERTAMBAH BERKURANG
LIABILITI BERKURANG BERTAMBAH
EKUITI PEMILIK BERKURANG BERTAMBAH
HASIL BERKURANG BERTAMBAH
Kesimpulan BADLEH
DOKUMEN
BCP
LEJAR
IMBANGAN DUGA
Dokumen : RESIT RASMI Ayat : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.
Ikut PCB
Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...
Debit RM
Kredit RM
Sewa Diterima 750
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan
konsep BADLEH boleh diterima pakai dalam mempelajari Prinsip
Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan konsep
BADLEH dapat mengurangkan masa menjawab bagi soalan yang
dikemukakan.
Saya berasa gembira dan terharu apabila seorang pelajar telah
berjumpa dengan saya dan memberitahu konsep BADLEH amatlah
menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang
dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan konsep
ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik
Prinsip Perakaunan.
2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu
seperti pembubaran dan belanjawan tunai.
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan
kepada semua pelajar dan guru.
RUJUKAN
Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22
November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.
Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
Recommended