View
2.958
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
Kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor
Oleh Othman Bin Che Man
Jab. PJK
Pengenalan Mempunyai enam komponen yang terdapat
dalam kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan ini, lebih merupakan keupayaan seorang atlit dan ini memberikan kelebihan dalam peningkatan potensi diri.
Pencapaian tahap tertinggi dalam komponen-komponen ini, akan memberikan keuntungan kepada atlit.
Ketangkasan Keupayaan menukarkan arah semerta semasa
dalam pergerakan. Komponen ini memerlukankan seorang atlit menukarkan arah secara pantas. Mekanisma pertukaran arah yang pantas ini akan memberikan atlit peluang mengawal situasi perlawanan. Sebagai contoh pemain bola yang cuba mengelecek lawan dengan membawa bola ke kanan, tiba-tiba menarik bola dan bergerak ke arah kiri dengan pantas dan berjaya melepasi lawan.
Ketangkasan boleh dibentuk melalui latihan seperti larian ulang alik, larian zig zag, larian dengan arahan dan lain-lain lagi.
Latihan Ketangkasan
Imbangan Kebolehan mengawal dan mengimbangi
badan semasa beraksi, semestinya dapat memberi kelebihan kepada atlit untuk menguasai situasi perlawanan. Komponen ini sangat penting bagi setiap atlit.
Antara latihan yang dapat membentuk imbangan atlit ialah dirian bangau, dirian tangan imbangan skala dan lain-lain latihan yang bersesuaian.
Latihan Imbangan
Kelajuan Pergerakan anggota yang terpantas seperti
kaki untuk larian atau tangan untuk lontaran. Kelajuan dipengaruhi oleh jarak pergerakan, kuasa, teknik pergerakan dan daya tahan otot.
Komponen ini boleh dibina dengan latihan-latihan seperti pecut kejar masa (masa terpantas) seperti jeda 60 meter pecut 85 peratuslari pecut berpiramid 20 – 50 meter, lari pecut dengan rintangan seperti pecut berperacut, pecut dengan beban, pecut naik bukit, dan pecut di pantai.
Latihan Kelajuan
Masa tindak balasTindakan perlakuan pantas dan semerta selepas
menerima ransangan. Kebolehan melakukan dalam masa yang lebih singkat dan tindakan yang betul adalah lebih baik.
Cth: tindak balas terhadap bunyi tembakan pistol pelepas adalah saat yang terpenting bagi seorang pelari pecut.
Terdapat beberapa latihan yang dapat membentuk komponen ini dalam diri seorang atlit. Tindak balas deria pendengaran terhadap bunyi.Tindak balas penglihatan terhadap sebarang
cue/aksi.
Latihan untuk masa tindak balas
KuasaKeupayaan otot untuk melakukan konstraksi
dengan maksimum dan penuh tenaga dalam menghasilkan sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat.
Terdapat dua komponen yang menghasilkan kuasa iaitu kekuatan dan kepantasan.
Terdapat latihan yang dapat menghasilkan kuasa kontraksi adalah seperti pliometrik, latihan rintangan dan bebanan.
Latihan untuk Kuasa
KoordinasiKebolehan kesemua anggota dan komponen
berkerjasama atau berintergrasi antara satu sama lain yang menghasilkan pergerakan yang sempurna.
Banyak latihan yang sesuai boleh digunakan untuk membina koordinasi.
PenutupKesemua komponen di atas merupakan
keperluan bagi seorang atlit.Latihan-latihan berkaitan perlu disusun
dalam program latihan seorang atlit supaya mempunyai keupayaan lakuan motor yang optimum.
Recommended