View
12
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2020
Disediakan oleh:
Seksyen Pengelolaan Sukan Pusat Sukan
Universiti Putra Malaysia (18 Oktober 2020)
KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2020
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1. Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 1
2. Objektif Kejohanan 1
3. Majlis Perasmian 2
4. Acara yang dipertandingkan 2
5. Bilangan Penglibatan Staf 2
6. Permasalahan 2-3
7. Pembaharuan dan Penambahbaikan 4
8. Kesimpulan 5
9. Takwim 6
10. Statistik Penyertaan Pasukan 7
11. Keputusan Keseluruhan Kejohanan 8
12. Kutipan Mata Keseluruhan Kejohanan 8
13. Kedudukan Pasukan Keseluruhan 9
14. Statistik Penglibatan Staf 10
15. Senarai Gabungan PTJ 11-13
16. Gambar-gambar Aktiviti 14-21
1
1.0 Pengenalan
Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun
ini dilaksanakan dengan norma baharu dengan penyediaan dan pembentangan kertas
kerja pematuhan SOP penganjuran Kejohanan SUSTAF dalam mesyuarat Jawatankuasa
ERT Covid UPM pada 11 Ogos 2020. Kertas kerja ini telah diluluskan pelaksanaannya
dengan beberapa modifikasi telah dibuat bagi acara yang bersesuaian dengan SOP yang
telah disediakan. Kejohanan SUSTAF UPM 2020 telah dijalankan dengan jayanya
bermula pada 24 September 2020 hingga 10 Oktober 2020 dengan mempertandingkan
sebanyak 7 acara sukan.
Kejohanan SUSTAF UPM 2020 ini merupakan acara tahunan bertujuan memupuk
semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping
menerapkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan staf universiti serta menjalinkan
perpaduan sesama kaum. Kejohanan SUSTAF UPM pada tahun ini sedikit berbeza dari
tahun sebelumnya kerana Kejohanan ini dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana kesemua individu yang terlibat perlu mematuhi
Standard Operating Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM.
2.0 Objektif
2.1 Mencungkil bakat-bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi mewakili universiti
ke kejohanan bertaraf universiti khususnya dan negara amnya.
2.2 Menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan di seluruh warga kampus agar budaya
sihat serta cergas dapat diterapkan dan secara tidak langsung, suasana positif
dikalangan staf atau pengiat sukan dapat diteruskan.
2.3 Menerapkan tradisi bersukan bukan sahaja dalam kalangan staf, malah seluruh
warga kampus dan diharap dengan bersukan, warga UPM dapat
mengembangkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama, bantu-membantu serta
semangat berpasukan dan secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan
sukan.
2
3.0 Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM 2020
Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor HEPA yang
menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia pada 30 Ogos 2020 di Kelab
Golf Uniputra, Universiti Putra Malaysia. Majlis perasmian ini diadakan pada jam 1 petang
yang disekalikan dengan acara Golf iaitu salah satu acara yang dipertandingkan dalam
Kejohanan Sukan Staf UPM 2020
4.0 Acara Yang Dipertandingkan
4.1 Sebanyak 7 acara sukan telah dipertandingkan pada kejohanan sukan kolej kali
ini (rujuk Lampiran 1).
4.2 Daripada 7 acara sukan, sebanyak 3 acara sukan bagi kategori lelaki, 2 acara
sukan bagi kategori wanita dan 3 acara campuran telah dijalankan pada
kejohanan kali ini.
5.0 Bilangan Penglibatan Staf
Pada Kejohanan Sukan Staf 2020 kali ini, telah memperlihatkan sedikit penurunan di
dalam penglibatan staf, sama ada sebagai pemain atau atlet, pengurus pasukan atau
jurulatih pasukan mahupun sebagai sukarelawan. Ini disebabkan kerana pada tahun ini,
Jawatankuasa Pengelola memutuskan agar mengurangkan jumlah acara bagi mengawal
dan menghindarkan dari penyakit Covid-19. Berdasarkan statistik, seramai 402 staf lelaki
dan 299 staf wanita terlibat sebagai pemain/atlet gabungan masing-masing, manakala
staf yang bertindak sebagai pengurus dan jurulatih pasukan adalah seramai 104 orang
sepanjang Kejohanan Sukan Staf UPM ini dijalankan.
6.0 Masalah Yang Dihadapi
Sepanjang tempoh penganjuran Kejohanan Sukan Staf kali ini, terdapat beberapa
masalah yang dihadapi. Antaranya adalah:
6.1 Kelewatan pengurus-pengurus pasukan menghantar Borang Pendaftaran
Pasukan (borang manual) yang telah menimbulkan kesukaran kepada
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebelum memulakan acara. Ini melibatkan
3
semakan dokumen staf secara terperinci bagi menentukan sama ada staf layak
atau pun tidak untuk bermain.
6.2 Keadaan cuaca yang hujan berpanjangan pada sebelah petang sedikit
merencatkan pelaksanaan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 ini. Sebagai contoh,
untuk acara Bola Tampar Campuran pada 7 Oktober 2020 terpaksa dilewatkan
sedikit dari jadual asal untuk menunggu hujan reda dan dalam masa yang sama
memastikan gelanggang selamat digunakan untuk pertandingan. Kesudahannya,
perlawanan antara Gabungan 5 dan Gabungan 7 terpaksa ditangguhkan 1 set
pada keesokan harinya kerana cuaca hampir gelap dan tidak sesuai untuk
diteruskan.
6.3 Penarikan diri di saat-saat akhir masih berlaku pada kejohanan kali ini
menunjukkan terdapat 1 kes dalam 1 acara sukan Futsal Wanita. Hal ini telah
diambil serius oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan kerana ia melibatkan
perubahan jadual dan teknikal/pengadil/hakim yang bertugas mengikut jadual
perlawanan yang telah diedarkan awal tetap dibayar.
6.4 Senarai penarikan diri pasukan gabungan mengikut acara sukan adalah seperti
berikut:
Bil Acara Sukan Gabungan
1 Futsal Wanita Gabungan 4
6.5 Bagi setiap penarikan diri, pasukan berkenaan akan ditolak 3 mata dari jumlah
mata keseluruhan yang diperolehi.
6.6 Masih ada pasukan gabungan yang tidak mematuhi etika pemakaian yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, pemakaian “Shin Pad” untuk acara Futsal Wanita
adalah wajib untuk melindungi diri dari sebarang kecederaan tetapi masih ada
yang tidak mengenakannya.
6.7 Disebabkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP), kesemua veneu pertandingan telah disediakan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan. Akan tetapi, masih ada individu yang tidak
4
mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti membawa anak kecil ke veneu dan
lain-lain lagi dan seharusnya perlu ditambah baik untuk akan datang.
6.8 Bagi acara Bola Sepak Penalti, setiap Gabungan menghantar dua (2) pasukan
bagi menyertai Kejohanan pada tahun ini. Ini sedikit menyukarkan dari segi
pemberian mata. Setelah dipersetujui oleh kesemua pengurus pasukan Bola
Sepak Penalti, pemberian mata hanya kepada satu (1) pasukan yang tertinggi
pencapaian manakala satu (1) lagi pasukan dikira sebagai mata penyertaan
seperti dilakukan dalam Kejohanan Sukan Kolej UPM.
7.0 Pembaharuan dan Penambahbaikan
7.1 Penggunaan E-Book sebagai buku teknikal dapat memudahkan capaian
maklumat serta menjimatkan penggunaan kertas.
7.2 Memperkasakan lagi hebahan keputusan perlawanan di media sosial Pusat Sukan
supaya dapat dicapai oleh segenap warga kampus UPM.
7.3 Memulakan lebih awal acara yang berlangsung pada hari bekerja kerana setiap
warga sukan yang menyertai Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 mendapat
perlepasan tugas seawal jam 4.00 petang untuk mengelak dari berlaku
penangguhan perlawanan.
7.4 Mencadangkan agar pasukan yang menarik diri setelah mengesahkan penyertaan
bukan sekadar ditolak mata, malah perlu membayar kos pengadil yang telah
ditetapkan.
7.5 Melihat dan menilai kembali sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan
Staf UPM pada masa akan datang berdasarkan kesinambungan sukan di
peringkat yang lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti
Malaysia (SUKUM)
5
8.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya Kejohanan Sukan Staf UPM pada sesi kali ini telah dapat
dijalankan dengan jayanya mengikut takwim yang telah ditetapkan. Segala masalah yang
timbul telah dapat diselesaikan secara profesional diperingkat Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Sukan Staf UPM 2020. Penambahbaikan Kejohanan Sukan Staf UPM akan
sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa demi meningkatkan mutu sukan di UPM
dan negara.
6
Lampiran 1
7
Lampiran 2
8
KEPUTUSAN KEJOHANAN SUKAN STAF 2020
JOHAN BAGI SETIAP ACARA
BIL ACARA SUKAN JOHAN N.JOHAN
1 Badminton Campuran Gabungan 2 Gabungan 3
2 Golf Gabungan 3 Gabungan 5
3 Petanque Campuran Gabungan 6 Gabungan 8
4 Tenpin Boling (L) Gabungan 8 Gabungan 1
5 Tenpin Boling (W) Gabungan 3 Gabungan 2
6 Futsal Wanita Gabungan 5 Gabungan 3
7 Bola Sepak Penalti Gabungan 8 Gabungan 7
8 Bola Tampar Campuran Gabungan 8 Gabungan 7
Lampiran 3
9
KEDUDUKAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020
KED GABUNGAN MATA
1 GABUNGAN 3 55
2 GABUNGAN 8 51
3 GABUNGAN 5 34
3 GABUNGAN 2 34
3 GABUNGAN 1 34
6 GABUNGAN 7 29
7 GABUNGAN 4 24
8 GABUNGAN 6 21
Lampiran 4
10
STATISTIK PENGLIBATAN STAF
KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020
STATISTIK PENGLIBATAN STAF LELAKI DAN WANITA KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020
GABUNGAN 1
GABUNGAN 2
GABUNGAN 3
GABUNGAN 4
GABUNGAN 5
GABUNGAN 6
GABUNGAN 7
GABUNGAN 8
LELAKI 51 50 50 50 50 50 53 48
WANITA 38 38 38 24 38 38 38 38
0
10
20
30
40
50
60
BIL
AN
GA
N S
TAF
LELAKI, 402
WANITA, 290
Lampiran 5
11
GABUNGAN PTJ BAGI SUKAN STAF UPM 2020
GABUNGAN PTJ
1
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA
FAKULTI KEJURUTERAAN
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
2
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
INSTITUT PENGAJIAN SOSIAL
INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA
3 FAKULTI PERTANIAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN
INSTITUT PERTANIAN TROPIKA
PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
PUSAT PENGIMEJAN DAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
HOSPITAL PENGAJAR
4 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
FAKULTI SAINS
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
INSTITUT BIOSAINS
INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Lampiran 6(a)
12
5
BAHAGIAN KESELAMATAN
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
PUTRA SCIENCE PARK
PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
PENERBIT
PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
AKADEMI SUKAN
UPM HOLDINGS
INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR & SAINS AKUATIK
PUTRA BUSSINESS SCHOOL
6
PEJ. TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
BAHAGIAN AKADEMIK
BAHAGIAN ANTARABANGSA
BAHAGIAN AUDIT DALAMAN
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI & EKUIN PARK
WAZAN
KOPERASI UPM
7
PEJ. TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
PUSAT ALUMNI
PUSAT SUKAN
KOLEJ KEDIAMAN
PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
KOR SUKSIS
KOR SISPA
BAHAGIAN KAUNSELING
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Lampiran 6(b)
13
8
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
PEJABAT BURSAR
PUSAT ISLAM
PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
PEJABAT NAIB CANSELOR
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
PEJABAT PENDAFTAR
PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PUSAT JAMINAN KUALITI
Lampiran 6(c)
14
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Taklimat Ketua Gabungan SUSTAF UPM
Lampiran 7
15
Majlis Perasmian SUSTAF UPM
16
Acara Badminton Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020
17
Acara Petanque Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020
18
Acara Tenpin Boling (Lelaki & Wanita) Kejohanan SUSTAF UPM 2020
19
Acara Futsal Wanita Kejohanan SUSTAF UPM 2020
20
Acara Bola Sepak Penalti Kejohanan SUSTAF UPM 2020
21
Acara Bola Tampar Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020
Recommended