View
69
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
nota pismp sjh
Citation preview
LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN
i. Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi
orang melayu
Dipengerusikan oleh L.J Barnes
Jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah
melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan
Laporan Barnes beri satu cadangan radikal iaitu menghapuskan sekolah
vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Cadangan laporan Barnes
Pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak di sekolah rendah.
Selepas tamat sekolah rendah, boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah
inggeris.
Sekolah-sekolah Melayu, cina dan tamil ditukarkan secara beransur-ansur
kepada sekolah kebangsaan.
Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang
murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib
diajar di sekolah Melayu.
Kesan Laporan Barnes
Membayangkan hubungan kaum yang runcing kerana mengusulkan dua
aliran persekolahn sahaja di sekolah rendah.
Tertubuhnya fenn-wu hasil dari laporan barnes.
ii. Laporan Fenn-wu 1951
Diketuai oleh Dr. Fenn dan Dr. Wu
Laporan Barnes telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
masyarakat Cina dan India. Jawantankuasa Fenn-Wu ditubuhkan bagi
mengkaji kedudukan sekolah Cina.
Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
- Mempertahankan kewujudan sekolah Cina
- Mempelajari tiga bahasa iaitu BM, BI dan bahasa ibunda mereka
- Membina maktab perguruan cina
- Menambah bantuan kewangan.
KESAN LAPORAN FEN-WU DAN ORDINAN PELAJARAN 1952
Penubuhan dua jenis aliran persekolahan iaitu bahasa Melayu & Inggeris.
Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang
murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang wajib di Sekolah Melayu dan bahasa
Melayu pula menjadi wajib di sekolah Inggeris.
iii. Ordinan Pelajaran 1952
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji
Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
Oleh sebah ordinan 1952 tidak mendapat sambutan maka jawatankuasa ini
kemudiannya menetapkan tiga objektif iaitu,
Cadangan-cadangan Ordinan pelajaran1952
- Sekolah Kebangsaan diperkenalkan dengan dwibahasa secara
beransur-ansur melalui kelas bahasa kebangsaan.
- Menghadkan kemasukan pelajar ke Sekolah Inggeris
- Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan
Sehingga 1956, ordinan tidak menghasilkan perubahan yang besar dalam
sistem pendidikan.
iv. Laporan Penyata Razak 1956
Kerajaan British menubuhkan jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar
Pelajaran
Antara bidang tugasnya:-
- Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang
terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952
- Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai ‘Penyata Razak’.
Cadangan-Cadangan Penyata Razak:-
- Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah
rendah dan menengah.
- Bahasa Inggeris, bahasa cina, dan bahasa tamil menjadi bahasa
pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan.
- memperkenalkan dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua
etnik.
- Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas(SMA) dan Pra
Universiti.
- Sistem peperiksaan yang berpusatdan sama bagi semua.
- Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
- Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
v. Laporan Rahman Talib (1960)
Jawatnkuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan dan kemudian dimasukkan
dalam Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Rahman Talib bersama-sama dengan
8 orang ahli untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam Laporan
Razak.
Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
- Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
- Sistem peperiksaan yang sama
- Penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional
- Penekanan pendidikan moral dan keagamaan
Kesan Rahman Talib
Murid2 dapat belajar mengikut mata pelajaran yang mereka suka.
Murid2 berpeluang menerima bimbingan dpd guru2 yang lebih berkelayakan.
Bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi dlm peperiksaan.
Sekolah cina telah menjadi jenis kebangsaan.
Sekolah menengah alam shah didirikan.
Bahasa menjadi isu politik apabila sekolah menengah inggeris semakin diberi
kepercayaan oleh masyarakat.
Recommended