View
443
Download
24
Category
Preview:
Citation preview
1
1.0 PENGENALAN
Kesukaran mendapatkan pekerjaan dalam kalangan para graduan
memerlukan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi serta pengalaman bagi
mereka bersaing di pasaran pekerjaan, terutamanya dalam bidang yang mereka
ceburi di institusi pengajian.Menyedari hakikat ini, latihan industri telah
diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Setiap tahun
dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di peringkat pengajian
tinggi di seluruh negara akan menamatkan pengajian masing-masing.
Menurut Dasar Latihan Industri Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2010, latihan industri
adalah syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua
peringkat pengajian IPT iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda bagi
memenuhi syarat penganugerahan di peringkat masing-masing.
Latihan Industri didefinisikan sebagai merujuk kepada petempatan pelajar di
sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri
yang dipilih, sama ada di luar ataupun dalam negara dalam jangka masa yang
ditetapkan.
1.1 Objektif Latihan Industri
Latihan Industri mempunyai objektif dan sasarannya bagi mengelakkan latihan
yang dijalani oleh para pelajar menjadi sia-sia.Antara objektif latihan industri adalah:
a) Mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar.
b) Mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dalam bidang khusus yang
diceburi.
c) Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga perkara yang
dimahukan oleh industri.
d) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam
pekerjaan sebenar.
2
1.1 Objektif Laporan Latihan Industri
Laporan akhir latihan industri merupakan salah satu komponen penilaian
yang wajib dipenuhi oleh semua pelajar yang menjalani latihan
industri.Kriteria penilaian laporan ini adalah berdasarkan rubrik yang
membawa markah 10 peratus. Penilaian ini akan dilaksanakan oleh
pensyarah penilai yang dilantik di jabatan masing-masing.
1.2 Sebab Pemilihan Agensi
MBJB dipilih sebagai tempat menjalani latihan industri kerana beberapa
faktor:
1. Lokasi
Lokasi MBJB yang berhampiran dengan tempat tinggal yang terletak
kira-kira 7.2 km dan mengambil masa hanya 11 minit perjalanan dari
kediaman menjadi faktor utama pemilihan.Perjalanan dari rumah ke
tempat menjalani latihan tidak memungkinkan berlaku kelewatan.
2. Status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Status MBJB sebagai Majlis Bandaraya menjadi faktor kedua
pemilihan.MBJB merupakan sebuah PBT yang mentadbir urus bandar
raya Johor Bahru yang sedang pesat membangun.Pengalaman
mentadbir sebuah bandar raya sudah pasti berbeza dengan PBT
yang mentadbir kawasan berstatus perbandaran dan daerah.Maka,
wajarlah MBJB dipilih bagi mendapatkan pengalaman yang
berharga.
3. Potensi Bandar Raya Johor Bahru
Bandar raya Johor Bahru bakal menjadi sebuah Bandar raya
antarabangsa pada tahun 2020 yang menuntut anggota PBT
tersebut memberikan komitmen dalam menjayakannya.Maka
dengan itu, pemilihan MBJB sebagai langkah yang tepat.
3
2.0 PENGENALAN AGENSI
Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan,
seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran
Bandar Johor Bahru pada tahun 1967 di bawah Seksyen 15 Enakmen
Lembaga Bandaran 118. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke
Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada
sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis
Bandaraya Johor Bahru.Kini tanggungjawab sebagai Yang Dipertua
diserahkan kepada Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru.
MBJB merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi
kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk Bandar Raya
Johor Bahru. Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor
Bahru juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan
Bandar raya Johor Bahru yang merangkumi kawasan seluas 220 kilometer
persegi.
Berikut adalah ringkasan profil Majlis Bandaraya Johor Bahru:
Jadual 2.0 : Ringkasan profil Majlis Bandaraya Johor Bahru
Perkara Butiran
Nama Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Penarafan Bandaraya 1 Januari 1994
Keluasan Pentadbiran 220 kilometer persegi
Datuk Bandar Tuan Haji Ismail Bin Karim
Alamat Peti Surat 232, Jalan Dato’Onn, 80720
Johor Bahru
4
Rajah 2.0 : Jata dan Bendera Majlis Bandaraya Johor Bahru
Pada tahun 1962, Jabatan Perancangan Pembangunan hanya dkenali
sebagai Unit Perancang yang mana unit ini ditadbir di bawah Jabatan
Kejuruteraan.Dalam tahun 1984, unit ini telah digabungkan dengan Unit
Taman. Pada 1 Januari 1994, Majlis Perbandaran Johor Bahru telah
dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru, maka organisasi baharu
MBJB telah diperkenalkan. Dalam masa yang sama, nama Bahagian
Perancang telah dinaiktaraf kepada Jabatan Perancang. Unit Sistem
Maklumat Geografi (GIS) telah diwujudkan.
Pada Oktober 2002, Jabatan Perancang telah digabungkan dengan
beberapa bahagian dan dikenali sebagai Jabatan Perancangan.Antara
bahagian yang bernaung di bawah jabatan ini ialah Bahagian Rancangan
Pemajuan, Bahagian Kawalan Bangunan, Bahagian Kawalan
Pembangunan dan Bahagian Taman dan Landskap.
Pada tahun 2002 sehingga 2005, Jabatan Perancangan merupakan
organisasi terbesar dalam MBJB.Sekitar tahun 2006, Bahagian Taman dan
Lanskap telah dikeluarkan dari Jabatan Perancangan dan diiktiraf sebagai
Jabatan Landskap MBJB.Begitu juga Bahagian Kawalan Bangunan yang
diiktiraf sebagai Jabatan Bangunan MBJB. Maka pada 2007, hanya tiga
bahagian yang kekal di bawah Jabatan Perancangan.
MBJB telah menubuhkan Unit Pembangunan Daerah Sentral pada
April 2007 di bawah Bahagian Kawalan Pembangunan. Pada 1 Mac 2011,
Bahagian Transformasi dan Pengantarabangsaan telah diwujudkan bagi
memantau dan memproses fail permohonan khususnya di Daerah Sentral
sahaja.
Kini, Jabatan Perancangan dikenali sebagai Jabatan Perancangan
Pembangunan mempunyai empat bahagian utama iaitu Bahagian
Pentadbiran, Bahagian Kawalan Pembangunan, Bahagian Rancangan
Pemajuan/Projek Khas dan Bahagian Transformasi dan
Pengantarabangsaan yang dianggotai oleh 46 orang warga kerja.
5
2.1 Hierarki Agensi Dalam Sistem Perancangan
Rajah2.1 : Hierarki Agensi Dalam Sistem Perancangan
Gambarajah di atas menunjukkan bahawa Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia menaungi hierarki agensi dalam
sistem perancangan.Jabatan tersebut bertindak dalam menentukan dasar
perancangan di peringkat nasional.
Manakala, di peringkat seterusnya ialah Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Negeri Johor yang kini terletak di Kota Iskandar,
Nusajaya.Jabatan ini pula menguruskan sistem perancangan di peringkat
negeri Johor untuk menentukan kelangsungan kelestarian pembangunan
negeri.
Akhir sekali, Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya
Johor Bahru merupakan badan perancangan yang bertindak di peringkat
Pihak Berkusasa Tempatan (PBT) di mana tugasannya lebih kepada
perancangan dalam sempadan kawasan MBJB sahaja.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Johor
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Bandaraya Johor Bahru
6
2.2 Carta Organisasi
Rajah 2.2 : Carta Organisasi Jabatan Perancangan Pembangunan
7
2.3 Misi dan Visi
Misi Jabatan Perancangan MBJB adalah:
“KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA YANG TERANCANG,
BERTEKNOLOGI DAN MAMPAN”
Visi Jabatan Perancangan adalah:
Berkhidmat cemerlang dengan bijak dan gigih secara berterusan
dalam memartabatkan Insan sebagai fokus pembangunan
dilengkapi dengan aktiviti yang banyak dimensi dalam mewujudkan
perubahan fizikal, ekonomi dan sosial yang kualitatif dan kuantitatif
melalui penggunaan dan pengagihan sumber yang saksama.
2.4 Objektif Organisasi
Objektif Jabatan Perancangan adalah:
Mempertingkat ciri-ciri dan kualiti rekabentuk pembangunan fizikal,
ekonomi dan sosial MBJB selaras dengan polisi nasional yang
bersandarkan beberapa objektif sokongan:
Pengantarabangsaan Johor Bahru sebagai pusat
pentadbiran, pintu masuk selatan, institusi kewangan,
kebudayaan dan perindustrian utama negeri Johor.
Merancang penyediaan dan taburan agihan kemudahan
awam yang seimbang.
Mewujudkan rekabentuk fizikal bandar yang kondusif, indah,
berteknologi tinggi dan mampan.
Mempertingkat fungsi MBJB sebagai pusat rujukan maklumat
perancangan dan pembangunan terkini berasaskan ICT.
Mengawal dan memudahcara semua pembangunan yang
dilaksanakan, selaras dengan Rancangan Pemajuan yang
telah diterimapakai dan diwartakan.
8
2.5 Fungsi Organisasi
Fungsi Jabatan Perancangan adalah:
Mengurus, menyelaras dan menyediakan Rancangan
Pemajuan, polisi dan dasar perancangan serta pelan-pelan
pembangunan.
Memproses dan memudahcara permohonan
Memudahcara dan menyalurkan maklumat perancangan
dan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis.
Permohonan tanah untuk keperluan pihak Majlis dan
tindakan pengwartaan.
Memantau dan menjalankan tindakan penguatkuasa
perancangan.
Mengemaskini Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam
bentuk data spatial, data atribut dan menerbitkan pelan-
pelan untuk rujukan jabatan / awam (pelan asas MBJB,
pelan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan
Rancangan Kawasan Khas).
2.6 Jadual Pengagihan Bahagian
Berikut adalah jadual yang telah disediakan oleh Bahagian
Pentadbiran Jabatan Perancangan Pembangunan MBJB.Jadual ini
disediakan bertujuan untuk dua orang pelajar yang menjalani
latihan industri di sini supaya dapat bekerja dalam setiap bahagian.
Jadual 2.1 : Jadual Pengagihan Bahagian antara pelatih
Bahagian Muhammad Azan Fairuz Syahidah
Rancangan Pemajuan 10 Jun – 7 Julai &
11 Julai – 23 Julai
24 Julai – 27 Sept
Transformasi dan
Pengantarabangsaan
8 Julai – 10 Julai 8 Julai – 10 Julai
Kawalan
Pembangunan
24 Julai – 27 Sept 10 Jun – 7 Julai &
11 Julai – 23 Julai
9
3.0 TUGASAN YANG DILAKSANAKAN
3.1 Latihan Yang Diberikan kepada Pelajar Secara Am
Pelbagai tugasan berkaitan bidang perancangan yang dilaksanakan.
Berikut adalah ringkasan pembahagian skop tugasan yang telah
dilengkapkan:
i) Aspek kerja pentadbiran dan organisasi
ii) Kerja-kerja teknikal
iii) Kerja lapangan
iv) Analisis Data
Jadual 3.0 : Tugasan yang dilaksanakan sepanjang tempoh latihan industri
Bil. Skop Tugasan Bahagian
1 Aspek kerja
pentadbiran dan
organisasi
Membantu kerja
gotong royong 5S
Pentadbiran
Menguruskan sistem
pemfailan
Permohonan Tanah
Majlis (PTM)
Rancangan Pemajuan
Menguruskan Sesi
Dialog Bersama
Pengusaha Industri di
Bangunan JOTIC
Rancangan Pemajuan
Menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa
Pelaksanaan Program
Bandar Selamat 2013.
Rancangan Pemajuan
Menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Hari
Terbuka Transformasi
Johor Bahru 2013
Transformasi dan
Pengantarabangsaan
Menghadiri Taklimat
Insentif Pembangunan
Bangunan Warisan di
Bandar Raya Johor
Bahru
Transformasi dan
Pengantarabangsaan
Mempelajari cara
persembahan
Konvokesyen
Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) kali ke-19
peringkat MBJB
Pentadbiran
Mengelolakan Hari
Terbuka Transformasi
Johor Bahru 2013 di
Galleria @ Kotaraya JB
Transformasi dan
Pengantarabangsaan
Menjaga kaunter
Jabatan Perancangan
Pentadbiran
10
2 Kerja-kerja teknikal Menguruskan
Permohonan Lesen
Pendudukan
Sementara (LPS)
Rancangan Pemajuan
Menyenaraikan
Senarai Kelulusan
Kebenaran
Merancang dan
Maklumat Bantahan
Awam bagi Keperluan
Rancangan Tempatan
Daerah Johor Bahru
2020
Rancangan Pemajuan
Menyemak Pelan
Kebenaran
Merancang
Kawalan Peranncangan
Menyediakan Laporan
Butiran Teknikal
Kebenaran
Merancang
Kawalan Perancangan
Menyemak Pelan
Bangunan
Kawalan Perancangan
3 Persembahan
Projek
Menyediakan slaid
Penghargaan
Pelaksanaan Inisiatif
Kejiranan Hijau
Rancangan Pemajuan
3 Kerja Lapangan Membuat bancian
Kajian Indeks
Kebahagiaan
Penduduk di Kawasan
Bandar Bagi Penunjuk
Bandar Mampan
Malaysia (MURNInet)
Rancangan Pemajuan
Melakukan lawatan
tapak untuk
melaksanakan salah
satu proses Kelulusan
Kebenaran
Merancang
Kawalan Perancangan
4 Analisis Data Mengisi dan membuat
pangkalan data
maklumat GIS Senarai
Premis Hiburan
menggunakan perisian
Mapinfo 8.0
Rancangan Pemajuan
Menyemak semula
Garis Panduan
Perancangan MBJB
untuk pewartaan
Kawalan Perancangan
11
3.2 Perincian Tugasan
3.2.1 Menyemak pelan dan Menyediakan Butiran Teknikal Kebenaran
Merancang
3.2.1.1 Pengenalan
Kebenaran Merancang merupakan kebenaran secara bertulis
daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Ia merupakan kelulusan
tukar syarat tanah diperolehi, di mana ia adalah sebelum proses
pelan bangunan diteruskan.Kebenaran Merancang termaktub
dalam Seksyen 19 dan 21A.
Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan
Kebenaran Merancang di bawah Subseksyen 19(2)
Menjalankan kerja menyelenggara, pembaikan, atau
perubahan lain hanya kepada bahagian dalaman sesebuah
bangunan.
Kerja-kerja memasang, memeriksa, memperbaik, atau
memperbaharui mana-mana parit, pembetung, sesalur, paip
kabel atau lain-lain perkara yang sama maksudnya.
Kerja-kerja memperbaiki jalan, termasuk memecah mana-
mana jalan atau tanah bagi maksud yang sama.
Kerja-kerja penggalian telaga atau perigi bagi tujuan
pertanian.
Menggunakan tanah atau bangunan dalam tempoh yang
kurang daripada sebulan bagi tujuan –tujuan tertentu.
Antara permohonan yang telah disemak dan dibuat laporan butiran
teknikal ialah permohonan pembangunan pangsapuri
perkhidmatan, kedai pejabat, kompleks membeli-belah, hotel, rumah
mampu milik dan sebagainya.
Contoh laporan butiran teknikal boleh dirujuk di LAMPIRAN 1
12
3.2.2.2 Carta Alir Proses Kebenaran Merancang
Rajah 3.0 : Carta Alir dan tempoh Proses Kebenaran Merancang
Pemohon
Buka fail dan rekod permohonan (2 Hari)
Semak Permohonan (10 hari)
Penyediaan Kertas Kerja (21 hari)
Pertimbangan Jawatankuasa OSC (10 Hari)
OSC menerima permohonan (2 Hari)
Semakan pelan dan pematuhan syarat (2H)
Penyediaan Surat Pematuhan Syarat (2H)
Penyediaan Pelan Lulus Oleh Pemohon (21H)
Penyediaan Draf Syarat (4 Hari)
Penyediaan Syarat dan Cop Pelan (7 Hari)
Tandatangan Ketua Jabatan (2 Hari)
Tandatangan Datuk Bandar (7 Hari)
Serahan Kepada Pemohon (1 Hari)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
13
3.2.2.3 Manfaat Tugasan
Antara manfaat yang diperoleh sepanjang melaksanakan tugasan ini
adalah:
1. Dapat mempelajari proses Permohonan Kebenaran Merancang yang
hanya dipelajari secara teori di bilik kuliah ke praktik.
2. Mempelajari pengurusan masa iaitu tempoh yang diperlukan untuk
menyiapkan semakan fail KM supaya tidak terlewat.
3. Mempelajari cara berkomunikasi dengan pihak pemaju, arikitek dan
perunding yang terlibat.
14
3.2.2 Menyediakan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) Premis
Hiburan Dalam Kawasan MBJB
3.2.2.1 Pengenalan
Data GIS Premis Hiburan Dalam Kawasan MBJB diperlukan
bertujuan untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai
premis hiburan dengan mudah untuk tujuan
penguatkuasaan.Perisian yang digunakan untuk
melakukannya ialah Mapinfo 8.0.
3.2.2.2 Langkah-langkah:
1. Klik ‘File’ dan ‘Open…”
2. Cari fail ‘GIS MBJB’, Files of type : Automatic dan Klik ‘Open’
3. ‘Shift All’ semua data yang terdapat dalam fail GIS MBJB
Dan klik ‘Open’
4. Kawal ‘Layer’ yang ingin diubah di Layer Control dan OK
5. Klik ‘Drawing’ dan ‘symbol’. Pilih ikon yang dinyatakan
6. Tetapkan ‘Symbol style’ seperti berikut:
7. Klik ikon ‘info’ untuk membuat menulis data
8. Info yang perlu diisikan ialah dari segi Nama Perniagaan,
No. Premis, Nama Jalan, Nama Bangunan, Nama Taman
Kawasan, Jenis Perniagaan, Status Lesen dan Catatan.
(Rujuk Rajah 3.1)
Dengan adanya data ini di dalam perisian Mapinfo, maka
penguatkuasaan dilakukan dengan lebih mudah oleh
Penguatkuasa MBJB ke atas premis-premis yang
menyalahgunakan permit lesen hiburan yang diberikan
kepada mereka.
15
Rajah 3.1 : Langkah-langkah mengisi data ke dalam mapinfo
1 2
3 4
5 6 7
8
16
Rajah 3.2: Hasil kerja yang telah disiapkan
Manfaat Diperolehi:
1. Mengaplikasikan kemahiran penggunaan perisian
Mapinfo yang dipelajari di bilik kuliah ke bidang
pekerjaan.
2. Menambah kemahiran dalam penggunaan perisian
tersebut.
17
3.2.3 Menyediakan Garis Panduan Perancangan MBJB Baharu
Menggantikan Garis Panduan Sedia Ada
3.2.3.1 Pengenalan
Garis Panduan Perancangan yang diminta oleh Jabatan untuk
dikaji semula adalah :
i) Garis Panduan Perumahan MBJB
ii) Garis Panduan Perindustrian MBJB
iii) Garis Panduan Perdagangan MBJB
Tujuan Garis Panduan Perancangan sedia ada ini dipinda
semula untukmenggantikan garis panduan yang sedia ada
yang diwartakan pada tahun 2008.
Garis Panduan Baharu ini menyediakan rekabentuk dan format
yang lebih mudah difahami oleh pembaca.Garis panduan
yang dipinda boleh dirujuk di LAMPIRAN 2.
Kerja-kerja penambahbaikan Garis Panduan Baharu ini
dijalankan selama beberapa minggu.Sesi teach-in sering
dilakukan bagi menyemak dan membincangkan isu-isu yang
perlu dimasukkan ke dalam Garis Panduan yang baharu ini.
Berikut adalah intipati yang membezakan Garis Panduan
Baharu dan Garis Panduan sedia ada:
Umum:
1. Membezakan keperluan teknikal Susunatur dan Pembinaan
2. Menggunakan ilustrasi/ foto / rajah bagi memudahkan
penerangan.
3. Format yang digunakan lebih menarik dan efektif
4. Penambahan berkaitan keperluan teknikal Orang Kurang
Upaya
18
Garis Panduan Perumahan :
1. Memasukkan keperluan teknikal yang terdapat dalam
Dasar Perumahan Rakyat Johor.
2. Mengubah keperluan bagi rumah sesebuah jenis ‘Zero Lot
Boundary’
3. Menambahbaik Garis Panduan keperluan kemudahan
awam
Garis Panduan Perindustrian :
1. Mengkaji semula keperluan kawasan lapang dalam
kawasan perindustrian.
2. Menyemak semula peratusan komersil dalam kawasan
perindustrian.
3. Menambah keperluan teknikal seperti industri ‘Double
Frontage’
Garis Panduan Perdagangan :
1. Mengkaji keperluan teknikal bagi pembangunan SoHo,
SoFo dan SoVo.
Setakat laporan ini ditulis, Garis Panduan tersebut masih dalam
peringkat semakan dan belum diwartakan.
Manfaat Diperolehi:
1. Mendedahkan pelatih dengan cara pindaan Garis
Panduan.
2. Membiasakan pelatih dengan kepentingan dan
penggunaan Garis Panduan yang betul.
19
3.2.4 Menjadi Petugas Hari Terbuka Transformasi Johor Bahru 2013
(JBT 2013)
8.2.2.1 Pengenalan
Transformasi Johor Bahru merupakan program pembangunan semula
Johor melalui penyediaan aktiviti ekonomi lebih berdaya saing,
penggalakan kependudukan di dalam pusatt bandaraya dan
peningkatan kemudahan awam bagi memberi kualiti kehidupan
yang lebih selesa.
Maka, Kerajaan Negeri Johor, MBJB dan Iskandar Regional
Development Authority (IRDA) menganjurkan Hari Terbuka
Transformasi Johor Bahru bertujuan memberikan maklumat kepada
orang awam mengenai perancangan untuk mentransformasikan
bandar raya Johor Bahru.
Berikut adalah butiran program tersebut:
Tarikh : 5 – 7 Julai 2013
Tempat : Galleria @ Kotaraya Johor Bahru
Masa : 10 pagi – 10 malam
Antara komponen yang menjadi teras dalam Hari Terbuka ini adalah:
Membuka Peluang Ekonomi
Memartabatkan Identiti dan Komuniti
Perancangan Bandaraya Mampan dan Bertenaga
Menghidupkan Johor Bahru
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tiga hari program
berlangsung.Pelatih telah diberi peluang mempelajari cara untuk
berhadapan dengan orang ramai dengan menjadi petugas
pameran secara berjadual.
20
Rajah 3.3 :Pamplet yang diedarkan kepada orang ramai mengenai Hari
Terbuka Transformasi Johor Bahru 2013
Foto 3.0 : Suasana Hari Terbuka Transformasi Johor Bahru yang berlangsung
selama tiga hari
Majlis Perasmian :
Majlis Perasmian Hari Terbuka Transformasi Johor Bahru 2013 telah
diadakan pada 6 Julai 2013 dan dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled bin
Nordin. Majlis Pelancaran tersebut turut diiringi wakil daripada IRDA
dan MBJB di ruang legar Galleria @ Kotaraya Johor Bahru.
Sejurus selepas majlis perasmian, beliau melawat ke ruang pameran
dan juga beramah mesra bersama pengunjung yang hadir serta
hadir untuk sesi sidang media.
21
Antara yang menarik perhatian pengunjung adalah gimik
perasmian Sungai Segget. Sungai Segget di sepanjang Jalan Wong
Ah Fook, Johor Bahru merupakan nadi kepada bandar raya ini sejak
tahun 1855. Hari ini, sungai itu telah ditukar menjadi sungai yang
bertutup digunapakai sebagai legaran pejalan kaki yang dikenali
sebagai Legaran Segget. Penutupan tersebut dibuat kerana kos
pembersihan sungai pada ketika itu tinggi dan tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi.
Dengan adanya program Transformasi Johor Bahru ini, maka,
pemuliharaan Sungai Segget akan dilakukan dengan menggunakan
teknologi canggih yang akan menjadikan sungai itu sebagai aset
pelancongan kepada bandar raya.
Foto 3.1 : Lakaran artis dan model projek pemuliharaan Sungai Segget
Manfaat Diperolehi:
1. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri pelatih
2. Mendedahkan pelatih dengan program pembangunan pusat
bandar raya Johor Bahru.
3. Membiasakan pelajar dengan pengurusan majlis yang besar
yang memerlukan protokol.
4. Mengenali pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program
tersebut.
22
3.2.5 Menyiapkan slaid Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau
3.2.5.1 Pengenalan
Slaid ini dilakukan sebagai dokumentasi untuk pihak-pihak yang telah
melaksanakan program Kejiranan Hijau dalam kawasan perumahan
dan lain-lain kawasan. Ia dilakukan untuk menghargai mereka
bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 pada
November.
Penghargaan ini diberikan kepada pihak yang melakukan inisiatif
kejiranan hijau berdasarkan kategori-kategori berikut :
1. Kejiranan Hijau Pejalan Kaki
2. Laluan Berbasikal
3. Kebun Kejiranan
4. Pengkomposan Sisa Pepejal
5. Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH)
Setiap kategori mempunyai kriteria yang perlu dipenuhi bagi
melayakkan mereka mendapat penghargaan tersebut. Kriteria boleh
dilihat di LAMPIRAN 3.
Foto 3.2 : Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak MBJB bagi mewujudkan
kejiranan hijau
Manfaat Diperolehi:
1. Dapat mengetahui inisiatif yang dilakukan untuk mewujudkan
kejiranan hijau
23
3.2.6 Mengumpul Maklumat Untuk Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah
Johor Bahru 2020
3.2.6.1 Pengenalan
Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020 perlu dipinda bagi
menyelaraskannya dengan kelulusan Kebenaran Merancang dan Bantahan
Awam.
Maklumat yang diminta untuk didapatkan adalah berkaitan pemaju,
percanggahan zoning, ketinggian, nisbah plot dan kepadatan.
Sumber untuk mendapatkan maklumat-maklumat berikut adalah dengan
menggunakan fail Maklumat / Bantahan Draf RTDJB dan fail Permohonan
Kebenaran Merancang yang telah diluluskan Mesyuarat OSC.
Foto 3.3 : Fail Maklumat / Bantahan RTDJB yang menjadi rujukan
Langkah-langkah:
1. Semak semula permohonan Kebenaran Merancang yang telah
diluluskan dan juga bantahan-bantahan awam yang dipertimbangkan.
2. Perkara yang perlu dilihat kedua-dua fail ialah nisbah plot, ketinggian
dan zoning yang dilampirkan pada Butiran Teknikal yang bercanggah
dengan RTDJB 2020 tetapi dipertimbang di peringkat OSC.
3. Semua maklumat itu dimasukkan ke dalam Jadual sebagaimana
LAMPIRAN 4.
Manfaat Diperolehi:
1. Mengetahui proses-proses penggubahan Rancangan Tempatan
Daerah.
24
3.2.7 Melakukan soal selidik ‘Kajian Indeks Kebahagiaan Penduduk di Kawasan
Bandar Bagi Penunjuk Bandar Mampan Malaysia (MURNInet)
3.2.7.1 Pengenalan
Bancian soal selidik terhadap orang awam berkaitan
penyelidikan yang dilakukan oleh Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia (JPBD) mengenai Kajian Indeks
Kebahagiaan (Happiness Index) Penduduk Bandar di bawah
Penunjuk Bandar Mampan Malaysia (MURNInet). Borang selidik
(SILA RUJUK LAMPIRAN 5)
Soal selidik ini distruktur kepada beberapa bahagian:
a) BAHAGIAN A: Latarbelakang dan profil responden
b) BAHAGIAN B: Pandangan tentang tahap kebahagiaan
penduduk
3.2.7.2 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan pandangan
golongan berkepentingan di bandar mengenai tahap
kebahagiaan penduduk tinggal dan menerima perkhidmatan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan mereka.
3.2.7.3 Komponen Indeks Kebahagiaan
Indeks kebahagiaan diukur meliputi beberapa komponen berikut:
a) Kesejahteraan psikologi
b) Komuniti yang berdaya hidup
c) Kepelbagaian budaya dan ketahanan
d) Kesihatan
e) Pendidikan
f) Kepelbagaian ekologi
g) Kualiti kehidupan
h) Urus tadbir
3.2.7.4 Manfaat Diperolehi
a) Mempelajari cara melakukan soal selidik kepada orang
awam
b) Mengetahui serba sedikit mengenai MURNInet.
25
3.2.8 Menghadiri Beberapa Mesyuarat, Taklimat dan Dialog
3.2.8.1 Pengenalan
Sepanjang tempoh latihan, pelatih bukan sahaja melakukan
kerja – kerja di dalam pejabat, malah pelatih juga didedahkan
untuk menghadiri beberapa mesyuarat dan dialog yang
berkaitan. Antara mesyuarat yang dihadiri ialah :
1. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bandar Selamat 2013
- Membincangkan mengenai isu-isu berkaitan Program
Bandar Selamat yang dijalankan sekitar Bandar raya.
- Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru,
Encik Ismail bin Karim.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Hari Terbuka Transformasi Johor
Bahru 2013 (JBT)
- Membincangkan mengenai Program JBT yang
berlangsung pada 5-7 Julai 2013. Agenda yang
dibincangkan adalah mengenai persiapan akhir,
hebahan di media dan sebagainya.
- Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Pengarah
Perancangan, Encik Noryadi bin Muhammad.
Seterusnya, taklimat yang dihadiri ialah:
1. Taklimat Insentif Pembangunan Bangunan Warisan di Bandar
Raya Johor Bahru
- Taklimat dihadiri para pelajar Diploma Ukur Bangunan,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar seramai 90
orang.
- Menerangkan insentif-insentif yang diberikan oleh pihak
MBJB kepada pihak yang membangunkan bangunan
warisan.
Pada 12 Jun 2013, pelatih diarahkan untuk menguruskan dan
menghadiri Sesi Dialog Bersama Pengusaha Industri yang
bertempat di Bangunan JOTIC
26
3.2.9 Kerja-kerja Sampingan
3.2.9.1 Pengenalan
Selain daripada kerja- kerja teknikal yang dilaksanakan, terdapat
juga beberapa kerja yang di luar bidang tugasan yang
dilaksanakan.
Antara kerja –kerja yang ditugaskan ialah:
i) Melaksanakan Program 5S
ii) Membantu menjadi petugas Mesra Aidilfitri MBJB 2013
Program 5S
5S bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa
Amal.Program 5S ini dijalankan di Stor MBJB di Taman Mount
Austin, Johor Bahru pada 14 Jun 2013.
Jadual 3.1 : Maksud-maksud dalam 5S
Sisih Mengasingkan barang atau dokumen yang
tidak diperlukan di tempat kerja untuk
disisihkan dan dilupuskan secara sistematik
Susun Menyusun barang-barang yang diperlukan
secara teratur dan sistematik supaya ianya
mudah diambil dan dikembalikan ke tempat
setelah digunakan
Sapu Membersih dan memeriksa tempat kerja
secara berkala dan menyeluruh supaya
tiada habuk atau kekotoran di atas lantai,
mesin dan peralatan
Seragam Mengekalkan tahap piawaian penyusunan
tempat kerja yang tinggi dengan
menekankan kebersihan dan kekemasan
pada setiap masa
Sentiasa Amal Melatih pekerja mematuhi sistem
persekitaran berkualiti secara berterusan
supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja
dalam organisasi
27
Foto 3.4 : Keadaan sebelum dan selepas program 5S rak menempatkan fail
kebenaran merancang
Manfaat Diperolehi :
1. Mengetahui cara program 5S dijalankan
2. Membantu meringankan tugas staf untuk program 5S
SEBELUM SELEPAS
28
4.0 CADANGAN PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UTAMA SEBELUM PELAJAR
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
Sebelum menjalani latihan industri di agensi ini, pelatih perlu mempersiap diri
dengan beberapa perkara yang amat dititikberatkan oleh agensi yang perlu
dititikberatkan oleh pelatih. Antara persediaan yang perlu adalah dari segi:
1. Kemahiran Perisian (software)
Dunia semakin maju dan penggunaan teknologi adalah perlu bagi tujuan
mempercepat proses dan sebagainya. Maka, sebagai seorang perancang
bandar, kemahiran dalam penggunaan perisian komputer merupakan
bonus kepada individu.
Antara perisian yang perlu dimahirkan adalah Microsoft Power Point,
Microsoft Word, Microsoft Excel, Mapinfo, AutoCAD dan Adobe Photoshop.
Di samping itu, jika pelatih mempunyai pengetahuan dalam beberapa
perisian tambahan seperti Google Sketch Up dan Adobe Illustrator adalah
lebih baik.
2. Pengetahuan
Pengetahuan dalam konteks latihan industri penting supaya agensi tidak
menganggap pelatih sebagai seorang individu yang tidak mempunyai
sebarang pengetahuan dalam bidang perancangan serta agensi tersebut.
Maka, pelatih perlu mempersiap diri dengan pengetahuan-pengetahuan
berikut:
o Mengetahui sempadan kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, struktur
organisasi serta latar belakang MBJB.
o Memperluas pembacaan yang berkaitan seperti Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Parit, Jalan dan Bangunan
(Akta 133) dan sebagainya.
o Mengetahui serta banyakkan pembacaan tentang Garis Panduan
Perancangan, Rancangan Struktur Negeri Johor dan Rancangan
Tempatan Daerah Johor Bahru
3. Sikap
Sikap merupakan elemen penting yang dinilai oleh pihak agensi terhadap
pelatih.Pelatih perlu menunjukkan sikap rajin, matang dan tidak malu
bertanya.Di samping itu, dating awal dan berpakaian kemas ke tempat
kerja.
29
5.0 KESIMPULAN
Setelah menjalani latihan industri selama empat bulan di Majlis Bandaraya
Johor Bahru (MBJB), banyak perkara-perkara baharu yang saya telah
pelajari. Walaupun tempoh masa tidaklah begitu lama untuk saya menjadi
mahir dalam tugasan yang diberikan, namun ia cukup untuk saya
mempelajari sesuatu yang baharu.
Kemahiran boleh dipertingkatkan melalui latihan industri ini kerana inilah
masanya untuk pelajar mempelajari lebih daripada apa yang dipelajari di
bilik kuliah. Ia juga penting bagi meningkatkan tahap komunikasi, emosi dan
cara berfikir.
Sesungguhnya, latihan industri merupakan medan untuk pelajar
menunjukkan bakat supaya kebolehan mereka dilihat oleh pihak agensi
untuk pelajar terbabit diambil sebagai pekerja di agensi terbabit.
Latihan industri perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memenuhi
hasrat nasional yang ingin melahirkan tenaga kerja mahir.
30
6.0 RUJUKAN
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Jabatan Perancangan Pembangunan MBJB (2011), Manual Prosedur Kerja
MBJB
Recommended