View
360
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
KRs
Citation preview
Jadual Duty Officer
Hari pertama:
2pm- 4pm - Kasvini a/p Muniandy Idham Hakimi
4:30pm - 6:30pm - Andyka Hasrat Sarikei Koammapat
8pm - 10pm - Shena & Aslam Shamm
Hari Kedua:
9am - 10am Alicia J. Ajen Ooi Tee Seng
2pm - 4pm Maleewan & Jeff
4:30pm - 6:30pm Lia & Othman
8pm - 10pm Helnie & Abdullah Bacho
Hari Ketiga
Aisha & Hazmeer.
Tentatif perkhemahan:
Hari Pertama
2pm - 3pm Taklimat oleh En. Mat Salleh
3pm-4pm Pembinaan khemah dan gadget
4-4:30pm Minum Petang
4:30-6:30pm Latihan kawad dan Tali
7:30 Makan malam
8:30pm Slot Moral dan Kerohanian
9pm-10pm Latihan hukuman kawad dan tali.
10pm-11pm Perbincangan untuk Malam Kebudayaan (En. Faizul)
Hari Kedua
6:30am Senaman Aerobik
7am Istiadat Menaikkan Bendera
7:30am Sarapan
8am Pemeriksaan Khemah
9am Persiapan untuk ujian kawad
10am- 1pm Ujian tali & kawad
1pm Makan tengahari
2pm-4:30pm Sambungan Ujuan Kawad & Masakan Rimba
4:30pm - 8pm Pengurusan diri & Makan Malam (Hujan Lebat)
8pm-8:30pm Solat dan slot moral
8:30pm Malam Kebudayaan
Hari Ketiga
6:30am Senaman Aerobik
7am Istiadat Menaikkan Bendera
7:30am Sarapan
8am - 11am Pembersihan Tapak Perkhemahan
11am - Majlis Penutupan
Balik.
Laporan perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (sebelum perkhemahan)
Pada hari Jumaat iaitu 30 Ogos 2013 kami telah dikehendak untuk
menyimpan barang dan alatan yang akan digunakan semasa kem di tapak
perkhemahan Bukit Mertajam ke dalam bas. Antara alat yang kami ambil
adalah alatan seperti cangkul, gergaji, pengorek dan juga parang. Kami
diberitahu bahawa khemah kami akan diberikan semasa waktu perkhemahan.
Walaubagaimanapun, kami juga telah diberikan bahan-bahan asas seperti
pen, tali rafia, tali kertas dan lain-lain.
Laporan perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (Hari Pertama 2
SEPTEMBER 2013)
Perkhemahan kami diadakan pada 2 September 2013. Kami bertolak
pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa sebanyak 2 jam
lebih. Apabila sampai di tapak perkhemahan, kami telah diberikan taklimat
tentang perkhamahan ini. Antara yang diberitahu ialah peraturan semasa
berada di tapak khemah dan juga tempat khemah lelaki dan perempuan akan
digunakan. Seterusnya kami dikehendak untuk mendirikan khemah
berdasarkan badan beruniform kami. Selepas mendirikan khemah, kami pun
dikehendak untuk menghasilkan gadget-gedget dengan menggunakan buluh
yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Selepas itu kami
dikehendak untuk berkumpul dan diberikan taklimat oleh pensyarah
pembimbing kadet remaja sekolah kami tentang apa yang akan jalani semasa
khemah ini. Semasa perkhemahan ini, kami telah diberitahu bahawa kami
akan menjalani ujian yang merangkumi kawat kaki, cara membuat ikatan dan
simpulan dan juga menceritakan 2 cerita moral untuk non-muslim dan 2 doa
untuk guru pelatih muslim dan kami juga dikehendak mengendalikan malam
kebudayaan pada malam keesokan hari. Selepas bersurai kami diberi
kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri. Pada 7.00 malam, selepas
makan malam, kami dikehendak untuk mengikut program moral yang
dikendalikan oleh pensyarah untuk yang non-muslim. Semasa program ini,
kami diberitahu tentang kepentingan agama dan nilai moral dan berkongsi
pendapat tentang perkara ini. Selepas itu, kami diberi taklimat bahawa kami
dikehendak untu berkumpul di padang kawat kaki pada pukul 6.30 pagi untuk
menjalani senaman pagi, menyanyi lagu negaraku dan lagu Pulau Pinang.
Selain itu, kami juga dimaklumkan tengang pakaian yang harus dipakai
semasa perhimpunan pagi pada keesokan hari. Selepas itu, kami pun bersiap
sedia untuk tidur.
Gambar 1: Masa Free Gambar 2: Masa Free
Gambar 3: Memilih buluh untuk membuat gadget
Gambar 4: Gerbang Pintu KRS
Laporan perkhemahan Kadet Remaja Sekolah ( hari kedua 3
SEPTEMBER 2013)
Pada pukul 6.30 pagi, kami berkumpul di padang kawat kaki untuk
menjalani aktiviti pagi. Selepas aktiviti ini, kami dikehendak untuk berkumpul
untuk menjalani ujian kawad kaki, membuat ikatan dan simpulan serta
bercerita 2 cerita moral. Ujian ini berlangsung selama 4 jam. Pada 2.30
petang, kami dikehendak untuk berkumpul di belakang tapak perkhemahan
untuk diberi taklimat tentang aktiviti masakan rimba yang akan dipimpin oleh
Cik Joyce, pensyarah Pandu Puteri. Selepas diberi bahan-bahan yang
diperlukan, kami pun bermula aktiviti masakan rimba kami. Aktiviti ini
berlangsung selama 4 jam. Selepas aktiviti ini, kami pun bersiap sedia untuk
makan malam dan seterusnya kami dibebaskan untuk melakukan aktiviti
sendiri. Pada masa inilah kami berbincang tentang plot lakonan, watak dan
berlatih lakonan yang akan kami lakonkan semasa malam kebudayaan.
Selepas itu, kami pun bermakan malam. Semasa malam kebudayaan,
melakonkan lakonan kami dan menyaksikan lakonan oleh badan beruniform
pengakap, pandu puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Selepas
malam kebudayaan, kami pun besurai dan bersiap sedia untuk tidur.
Gambar 5: Sambungan kerja membuat gadget Gambar 6: Lunch Time
Gambar 7: sedang menghidupkan api semasa masakan rimba Gambar 8: hasil masakan rimba
Gambar 9: hasil masakan rimba Gambar 10: sedang menghidupkan api semasa masakan rimba
Gambar 11: Gambar semasa masakan rimba
Gambar 12: Gambar semasa ujian kawad kaki
Laporan perkhemahan Kadet
Remaja Sekolah ( hari ketiga 4 SEPTEMBER 2013)
Pada hari ketiga, kami bangun pada pukul 5.30 pagi dan dikehendak untuk
berkumpul di padang kawat kaki untuk menjalankan aktiviti pagi iaitu
senaman pagi, menyanyi lagu negaraku dan lagu Pulau Pinang. selepas itu,
kami diberi taklimat tentang bus yang akan dinaiki untuk pulang ke Institut.
Selepas itu, kami pun membersihkan tapak perkhemahan kami dan
merobohkan khemah kami untuk disimpan, kami juga membersihkan
kawasan perkhemahan serta dewan makan. Selepas itu, kami pun
memindahkan barang-barang kami ke atas bus. Perjalanan kami memerlukan
masa sebanyak 2 jam untuk sampai ke Institut kami. Selepas menurunkan
barang, kami memberi arahan bahawa setiap orang akan bertanggungjawab
terhadap khemah masing-masing dan dikehendak untuk memulangkan
khemah tersebut pada keesokan hari.
Gambar 13: Gambar semasa ujian kawad kaki
Gambar 14: Gambar semasa malam kebudayaan
Gambar 15: Gambar semasa malam kebudayaan
Gambar 16: Gambar krs pada hari terakhir
Recommended