Latihan tekanan

Preview:

DESCRIPTION

 

Citation preview

LATIHAN TEKANAN

Dibentangkan oleh :NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI

ZAINUNNUR ‘ATIQAH BINTI SHAFIEESITI NOR AISHA BINTI ROSDI

Definisi Latihan Tekanan

Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik. Latihan ini dapat membantu pemain membina keyakinan dan kelicinan permainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih spesifik. Mc Partlin (1980) mendifinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan yang memberi peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang-ulang kali, mungkin beratus-ratus kali dalam jangka masa beberapa minit.

 Rasional Latihan Tekanan

•  Meningkatkan kadar nadi ketahap maksimum dengan cepat. Keadaan ini akan dapat memberikan tekanan dan penyesuaian kepada sistem tenaga.

• Dapat memilih aktiviti spesifik dalam situasi yang sebenar.

• Menyesuaikan permainan dengan tekanan sebenar yang mungkin dihadapi dalam sesuatu perlawanan atau pertandingan.

Objektif Latihan Tekanan

– Meningkat dan mengekalkan kemampuan aerobik dan anaerobik.

– Meningkatkan kelajuan, ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan secara keseluruhan.

– Mengekal dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.

Faktor yang perlu dipertimbangkan untuk Latihan

Tekanan• Jenis program latihan• Keluasan kawasan latihan serta kekerapan

latihan.• Matlamat utama latihan tersebut dijalankan.• Peralatan dan kemudahan yang digunakan

semasa latihan.• Organisasi yang akan menjalankan latihan

tersebut.

Prosedur Latihan Tekanan

• Perancangan aktiviti latihan• Pelaksanaan aktiviti latihan• Melakukan aktiviti memanaskan badan

sebelum memulakan latihan• Cara mencatat dan menyimpan rekod aktiviti.• Kepelbagaian teknik dan corak latihan• Melakukan aktiviti penyejukan badan selepas

latihan• Penekanan terhadap keseluruhan aktiviti.

• Pemilihan tempat yang sesuai untuk latihan• Disiplin yang tinggi diperlukan kerana latihan

tekanan boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tidak dilakukan dengan betul.

• Aktiviti yang dirancang seharusnya melibatkan semua otot seperti yang berkaitan dengan aktiviti rengangan.

• Latihan hendaklah progresif dan dijalankan pada satu jangka masa yang tertentu.

Kebaikan Latihan Tekanan

• Dapat membina kekuatan dan daya tahan kerana membuat latihan bertubi-tubi dalam suatu jangka masa yang tertentu.

• Dapat memenuhi dari segi ulangan, kekerapan dan intensiti.

• Menjadikan seseorang atlit itu lebih berdisiplin dan berkemahiran tinggi kerana teknik latihan yang lebih sistematik serta dalam kuantiti ulangan yang berterusan.

• Memberi peluang yang banyak kepada atlit untuk memperbaiki dan mempertingkatkan teknik yang sedia ada.

Keburukan Latihan Tekanan• Jika seseorang jurulatih tidak pandai mengatur teknik

yang berkesan kepada atlit atau menggunakan teknik boleh membebankan atlit maka boleh menyebabkan seseorang atlit itu mengalami kecederaan otot atau cepat lesu.

• Selain itu, jika seseorang jurulatih itu menggunakan teknik yang tidak efficient semasa latihan maka latihan tersebut tidak akan mendatangkan kesan kepada atlit.

• Perasaan bosan akan timbul dikalangan atlit sekiranya teknik latihan yang dijalankan mempunyai persamaan debgan yang sebelumnya.

• Perjalanan aktiviti latihan akan kucar-kacir sekiranya pengurusan struktur organisasi tidak sistematik. Ini adalah kerana latihan tekanan melibatkan individu yang ramai dan penggunaan alatan yang banyak.

• Kecederaan mungkin boleh berlaku sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak dilakukan dengan betul.

Recommended