View
261
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
2
ISI KANDUNGAN TABLE OF CONTENTS
Laporan Utama Daya
Saing & Malaysia di
Persada Dunia
38
LAMPIRAN
Metodologi Laporan
World
Competitiveness
Yearbook
3
Bagaimana Laporan
ini Disediakan
4
Sorotan Laporan
5
Prestasi Malaysia
Dalam 4 Faktor Daya
Saing
9
Prestasi Ekonomi
Malaysia Meningkat
Di Sebalik Cabaran
10 16
Peningkatan Daya
Saing Kekal Sebagai
Cabaran
Fundamental
22
Prasarana, Tulang
Belakang Kemajuan
Negara
26
Prestasi Ekonomi
Malaysia Menyumbang
Kepada Daya Saing
Mampan
31
Kenyataan Media IMD
World
Competitiveness Yearbook 2015
32
Evolusi Daya Saing &
Indikator Daya Tarikan
Utama
35
Prestasi Daya Saing
Malaysia
berbanding
Taiwan & Qatar
36
Kaedah Pengiraan
Indeks Daya Saing
WCY 2015
37
Kedudukan
Keseluruhan Daya
Saing Dunia 2015
39
Kedudukan Daya
Saing Mengikut Saiz
Penduduk Melebihi
20 Juta
41 42
Kedudukan Daya
Saing Bagi Rantau
Asia Pasifik & ASEAN
43
Kumpulan
Perancangan Antara
Agensi (IAPG) Bagi
Data Daya Saing
44
Mengukuhkan
Kecekapan Kerajaan
Kedudukan Daya Saing
Mengikut KDNK Per
Kapita Kurang
Daripada USD 20,000
3
METODOLOGI LAPORAN WORLD COMPETITIVENESS YEARBOOK
1. Laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) diterbitkan oleh World Competitiveness
Center (WCC) of the Institute for Management Development (IMD) berpangkalan di
Lausanne, Switzerland. Sejak lebih 20 tahun, World Competitiveness Yearbook telah
menanda aras prestasi negara-negara yang paling berdaya saing di dunia. WCY
mengandungi profil terperinci 61 negara dan jadual data terperinci merangkumi lebih
daripada 300 indikator. Kebanyakan data merupakan data kuantitatif, iaitu data statistik
yang boleh diukur bagi menyediakan penilaian yang objektif tentang daya saing negara di
peringkat global. Data kuantitatif ini melengkapi data persepsi oleh komuniti perniagaan
melalui Kaji Selidik Pendapat Eksekutif (EOS).
2. World Competitiveness Yearbook 2015 (WCY 2015) melaporkan kedudukan daya saing
mengikut 4 kategori:
i) global (keseluruhan);
ii) mengikut saiz (penduduk melebihi 20 juta penduduk; dan penduduk kurang daripada 20 juta
penduduk);
iii) mengikut kekayaan (KDNK per kapita melebihi USD20,000 dan KDNK per kapita kurang
daripada USD20,000); dan
iv) mengikut rantau ekonomi (Eropah -Timur Tengah-Afrika, Asia-Pasifik dan The Americas).
4
3. WCY diiktiraf sebagai laporan tahunan terkemuka bagi prestasi daya saing negara-negara
dan merupakan perintis dalam bidang daya saing sejak tahun 1989. Ia mengukur pelbagai
sudut persekitaran daya saing negara yang berbeza mengikut Prestasi Ekonomi,
Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur seperti berikut:
BAGAIMANA LAPORAN INI DISEDIAKAN
4. Laporan ini berasaskan data kuantitatif atau statistik dan data kualitatif atau persepsi
yang diperolehi daripada maklum balas pihak swasta melalui borang Kaji Selidik Pendapat
Eksekutif (EOS). Borang kaji selidik tersebut diedarkan mulai bulan Febuari hingga Mac
2015 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), sebagai rakan institut IMD.
Responden juga telah mengambil bahagian dalam kaji selidik secara atas talian melalui
laman web IMD.
5. Data persepsi digunakan sebagai pelengkap kepada data kuantitatif untuk menjelaskan
isu-isu yang sukar untuk diukur, misalnya Amalan Pengurusan dan Hubungan Buruh.
Responden yang terlibat dalam kaji selidik ini adalah daripada komuniti perniagaan yang
mewakili Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), syarikat besar termasuklah Syarikat
Multinasional (MNCs) dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs).
6. Dalam menentukan daya saing keseluruhan, sebanyak 4 faktor input, 20 sub-faktor dan
342 kriteria digunakan dalam laporan WCY 2015. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 256
kriteria (data kuantitatif: 138 dan data persepsi: 118) diambil kira bagi menentukan
kedudukan daya saing keseluruhan manakala 86 kriteria digunakan sebagai maklumat latar
belakang.
5
Jadual 1: Prestasi 15 Negara Teratas Dalam World Competitiveness Scoreboard 2015 dan 2014
8. Sepuluh buah negara paling berdaya saing ialah Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura,
Switzerland, Kanada, Luxembourg, Norway, Denmark, Sweden dan Jerman (Jadual 1).
“Analisis umum kedudukan tahun 2015 menunjukkan sepuluh buah negara teratas kembali
kepada perkara asas,” kata Profesor Arturo Bris, Pengarah IMD World Competitiveness
Center. “Produktiviti dan kecekapan amat penting dalam daya saing. Syarikat di negara
tersebut meningkatkan usaha bagi meminimumkan impak alam sekitar dan menyediakan
struktur organisasi yang kukuh bagi tenaga kerja untuk berkembang.”
9. Sungguhpun menurun di kedudukan ke-14, Malaysia telah menambah baik skornya kepada
84.11 daripada 82.09 pada tahun 2014. Malaysia kekal mendahului Belanda (ke-15), Ireland
(ke-16), New Zealand (ke-17), Australia (ke-18), United Kingdom (ke-19), Finland (ke-20),
China (ke-22), Korea (ke-25), dan Jepun (ke-27) (Lampiran 1). Di kalangan 28 buah negara
yang mempunyai penduduk melebihi 20 juta orang, Malaysia di kedudukan ke-5 (2014: ke-4)
SOROTAN LAPORAN
7. Malaysia berada di kedudukan ke-14 daripada 61 buah negara
berbanding di tempat ke-12 daripada 60 buah negara pada tahun
sebelumnya. Walaupun menurun, Malaysia kekal di kedudukan
ke-10 teratas dalam dua daripada empat faktor yang dinilai iaitu
Prestasi Ekonomi di kedudukan ke-6, Kecekapan Perniagaan
di kedudukan ke-10. Dua faktor lain iaitu prestasi Kecekapan
Kerajaan di kedudukan ke-16 dan Infrastruktur di kedudukan ke-
27.
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Amerika Syarikat 1 100.00 1 100.00
Hong Kong 2 96.04 4 90.33
Singapura 3 94.95 3 90.97
Switzerland 4 91.92 2 92.42
Kanada 5 90.41 7 85.43
Luxembourg 6 89.41 11 82.16
Norway 7 87.92 10 83.29
Denmark 8 87.08 9 84.04
Sweden 9 85.92 5 85.83
Jerman 10 85.64 6 85.78
Taiwan 11 85.41 13 81.23
Emiriyah Arab Bersatu 12 84.75 8 84.89
Qatar 13 84.63 19 77.12
Malaysia 14 84.11 12 82.09
Belanda 15 83.62 14 81.14
6
(Lampiran 2). Bagi kategori KDNK per kapita kurang daripada USD20,000, Malaysia kekal
berada di kedudukan pertama di kalangan 30 buah negara (Lampiran 3). Malaysia berada
di kedudukan ke-4 dan ke-2 dalam rantau Asia Pasifik dan ASEAN (Lampiran 4).
10. Berdasarkan empat faktor daya saing, Malaysia mencatatkan peningkatan di tempat ke-6
(2014: ke-9) dalam Prestasi Ekonomi, dan mencatatkan penurunan dalam Kecekapan
Kerajaan, ke-16 (2014: ke-15), Kecekapan Perniagaan, ke-10 (2014: ke-5) dan Infrastruktur,
ke-27 (2014: ke-25).
11. Faktor Prestasi Ekonomi yang menilai prestasi ekonomi negara secara makro telah
meningkat di kedudukan ke-6 berbanding ke-9 sebelumnya yang didorong oleh
penambahbaikan dalam dua sub-faktor iaitu Ekonomi Negara, ke-15 (2014: ke-19) dan Guna
Tenaga, ke-7 (2014: ke-12). Sub-faktor Perdagangan Antarabangsa dan Harga yang
mengekalkan prestasi masing-masing di kedudukan ke-11 dan ke-3, juga telah menyumbang
kepada prestasi faktor tersebut. Walau bagaimanapun, Pelaburan Antarabangsa menurun
sebanyak satu anak tangga di kedudukan ke-8 berbanding ke-7 sebelumnya. Perlaksanaan
Program Transformasi Negara (NTP) telah menghasilkan keputusan yang positif dan
menyumbang kepada kekukuhan ekonomi. Ini termasuklah inisiatif di bawah Program
Transformasi Ekonomi (ETP) yang berada di landasan yang betul bagi membolehkan
Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
12. Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC) pada hujung tahun yang akan menjurus kepada aliran barangan yang lebih bebas,
perkhidmatan, pelaburan dan pekerja mahir merentasi rantau tersebut. Ia akan mengubah
7
ASEAN kepada sebuah ekonomi yang lebih berkuasa. Sejak tahun
2001, 10 negara yang menganggotai ASEAN telah membangun
sebanyak 300%. Gagasan ASEAN akan dikira sebagai ekonomi
ke-7 terbesar di dunia dan dijangka muncul sebagai ke-4 terbesar
di dunia pada tahun 2015. Secara faktanya, ASEAN merupakan
rantau pengeksport ke-4 terbesar di dunia.
13. Dengan wujudnya dasar-dasar ekonomi yang kukuh, Malaysia
telah berkembang pesat walaupun dalam ketidaktentuan global.
Kecekapan Kerajaan, yang menilai sejauh mana dasar-dasar
kerajaan membantu meningkatkan daya saing, menurun sebanyak
satu anak tangga di kedudukan ke-16. Tiga sub-faktor yang
mempengaruhi prestasi tersebut termasuklah penurunan dalam
Rangka Kerja Institusi di kedudukan ke-22 (2014: ke-13),
Perundangan Perniagaan di kedudukan ke-24 (2014: ke-19) dan
Rangka Kerja Kemasyarakatan di kedudukan ke-35 (2014: ke-
32). Walau bagaimanapun, dua sub-faktor lain yang telah
menunjukkan peningkatan ialah Kewangan Awam di kedudukan
ke-19 (2014: ke-20) dan Dasar Fiskal di kedudukan ke-8 (2014:
ke-11).
14. Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi mempelbagaikan
hasil fiskal pada beberapa tahun kebelakangan, seiring dengan
langkah yang diumumkan pada 20 Januari 2015. Hal ini akan
memastikan impak keseluruhan terhadap kedudukan fiskal dapat
dipantau dan terurus. Penurunan yang berterusan dalam harga
minyak mentah telah menyebabkan hasil berkaitan minyak lebih
rendah. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pembaharuan
untuk meluas dan mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan serta
mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak. Dalam hal
ini, sumbangan hasil minyak kepada jumlah hasil Kerajaan telah
menunjukkan trend menurun daripada 41.3% pada tahun 2009
kepada 30% pada tahun 2014.
15. Kecekapan Perniagaan, yang mengukur sejauh mana enterprais
beroperasi secara inovatif, membawa keuntungan dan
bertanggungjawab, menurun paling ketara di kalangan empat
faktor yang diukur dalam WCY 2015, walaupun mengekalkan
kedudukannya di kedudukan ke-10 teratas. Kesemua sub-faktor
mencatatkan penurunan kedudukan di mana sub-faktor
Dengan wujudnya
dasar-dasar
ekonomi yang
kukuh, Malaysia
telah berkembang
pesat walaupun
dalam
ketidaktentuan
global.
Faktor Prestasi
Ekonomi yang
memberikan
penilaian ekonomi
secara makro bagi
ekonomi negara,
telah meningkat
di kedudukan ke-6
berbanding ke-9
8
Produktiviti dan Kecekapan berada di kedudukan ke-24 (2014: ke-21), Pasaran Buruh di
kedudukan ke-4 (2014: ke-3), Kewangan di kedudukan ke-15 (2014: ke-12), Amalan
Pengurusan di kedudukan ke-6 (2014: ke-2) dan Sikap & Nilai di kedudukan ke-8
(2014: ke-4).
16. Pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang baru dilancarkan, memberi penekanan
kepada keperluan Blueprint Produktiviti Nasional yang akan melaksanakan agenda
produktiviti negara dan pelan pelaksanaan dalam tempoh lima tahun. Pelan ini akan
mengukuhkan tadbir urus dan mekanisme institusi bagi pelaksanaan strategi produktiviti
serta menubuhkan sebuah portal produktiviti nasional yang khusus. Ia juga bertujuan untuk
menggalakkan produktiviti sektor awam dengan memperkenalkan petunjuk-petunjuk prestasi
utama (KPIs) bagi peningkatan produktiviti, mempercepatkan pembaharuan peraturan dan
merasionalkan institusi kerajaan. Pelan tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan
peningkatan kemahiran (mengajar kemahiran baharu) dan kemahiran semula (latihan semula
staf) serta penyelidikan melalui kerjasama industri-akademia dipertingkatkan, lebih banyak
program latihan kemahiran disasarkan dan meningkatkan sokongan bagi aktiviti inovasi
sosial dan industri.
17. Faktor Infrastruktur, yang mengukur sejauh mana teknologi asas dan saintifik serta sumber
manusia memenuhi kehendak perniagaan, menurun dua anak tangga di kedudukan ke-27
daripada ke-25 sebelumnya. Dua daripada lima sub-faktor telah mencatatkan penurunan
dalam kedudukan iaitu Infrastruktur Saintifik, ke-29 (2014: ke-28) dan Pendidikan ke-35
(2014: ke-32). Infrastruktur Teknologikal dan Kesihatan & Persekitaran kekal di kedudukan
ke-5 dan ke-36, manakala Infrastruktur Asas meningkat satu anak tangga di kedudukan
ke-12 daripada ke-13 sebelumnya.
18. Infrastruktur digital memainkan peranan penting dalam menghubungkan perniagaan dan
individu kepada pasaran global, membolehkan masyarakat berhubung dalam pelbagai cara
yang mustahil sebelum ini dengan wujudnya kemajuan teknologi yang pesat. Ia amatlah
penting untuk menjadikan perkhidmatan tersebut mampu dibiayai dan meningkatkan
perlindungan pengguna yang akan membentuk laluan ke arah perhubungan yang lebih
meluas. Liputan jalur lebar adalah disasarkan sebanyak 95% pada tahun 2020 dan akan
meliputi hampir seluruh kawasan yang didiami di Malaysia. Kos jalur lebar juga akan disemak
semula pada tahun 2017 sebagai sebahagian inisiatif Internet di bawah RMKe-11. Inisiatif ini
akan mengubah ekonomi negara setanding dengan ekonomi digital global serta
menjadikannya lebih berdaya saing.
9
PRESTASI MALAYSIA DALAM 4 FAKTOR DAYA SAING
WCY menilai daya saing
sesebuah negara
berdasarkan empat
faktor utama dan dua
puluh sub-faktor daya
saing. Empat faktor daya
saing tersebut adalah
Prestasi Ekonomi,
Kecekapan Kerajaan,
Kecekapan Perniagaan
dan Infrastruktur.
PRESTASI FAKTOR & SUB-FAKTOR
FAKTOR 2015 2014 Perubahan
Keseluruhan Prestasi 14 12
Prestasi Ekonomi 6 9
Ekonomi Negara 15 19
Perdagangan
Antarabangsa11 11
Pelaburan Antarabangsa 8 7
Guna Tenaga 7 12
Harga 3 3
Kecekapan Kerajaan 16 15
Kewangan Awam 19 20
Dasar Fiskal 8 11
Rangka Kerja Institusi 22 13
Perundangan Perniagaan 24 19
Rangka Kerja
Kemasyarakatan35 32
FAKTOR 2015 2014 Prubahan
Kecekapan Perniagaan 10 5
Produktiviti & Kecekapan 24 21
Pasaran Buruh 4 3
Kewangan 15 12
Amalan Pengurusan 6 2
Sikap & Nilai 8 4
Infrastruktur 27 25
Infrastruktur Asas 12 13
Infrastruktur Teknologikal 5 5
Infrastruktur Saintifik 29 28
Kesihatan & Persekitaran 36 36
Pendidikan 35 32
Sumber: World Competitiveness Yearbook 2015
10
19. Ekonomi Malaysia kekal kukuh di kedudukan ke-6 (2014:
ke-9) di sebalik cabaran ekonomi global bagi faktor
Prestasi Ekonomi dalam WCY 2015. Antara sub-faktor
tersebut, Ekonomi Negara meningkat di kedudukan
ke-15 (2014: ke-19) dan Guna Tenaga meningkat 5
anak tangga di kedudukan ke-7 (2014: ke-12). Sub-faktor
Perdagangan Antarabangsa dan Harga mengekalkan
kedudukan masing-masing di tempat ke-11 dan ke-3
manakala Pelaburan Antarabangsa menurun satu
anak tangga di kedudukan ke-8 (2014: ke-7).
20. Pada tahun 2014, Ekonomi Negara merekodkan
pertumbuhan yang lebih kukuh iaitu sebanyak 6.0%
(2013: 4.7%), didorong oleh kekukuhan permintaan
domestik yang berterusan dan disokong oleh
penambahbaikan dalam prestasi dagangan luar.
Penggunaan swasta meningkat sebanyak 7.1% pada
tahun 2014 yang disokong oleh peningkatan pendapatan
yang memuaskan dan keadaan pasaran buruh yang
stabil. Pertumbuhan penggunaan swasta juga disokong
oleh Pindahan Kerajaan yang disasarkan kepada isi
rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Walau
bagaimanapun, penggunaan awam mencatatkan
pertumbuhan yang perlahan iaitu sebanyak 4.4%,
disebabkan oleh peningkatan sederhana dalam
perbelanjaan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmatan
yang selaras dengan inisiatif rasionalisasi perbelanjaan
yang telah diumumkan pada akhir tahun 2013. Di sebalik
persekitaran ekonomi global yang mencabar, Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka bertumbuh
secara purata sebanyak 5.5% setahun bagi tempoh
RMKe-11 dari 2016 hingga 2020. Ini akan disokong oleh
Pada tahun 2014,
Ekonomi Negara
mencatatkan
pertumbuhan yang lebih
kukuh iaitu sebanyak
6.0% (2013: 4.7%),
didorong oleh
kekukuhan permintaan
domestik yang
berterusan dan
disokong oleh
penambahbaikan dalam
prestasi dagangan luar.
Penggunaan swasta
meningkat sebanyak
7.1% pada tahun 2014
PRESTASI EKONOMI MALAYSIA MENINGKAT DI SEBALIK CABARAN
PRESTASI EKONOMI Penilaian prestasi ekonomi negara secara
makro
11
permintaan domestik yang kukuh dan perluasaan sektor
luaran serta peralihan tumpuan ke arah matlamat pelbagai
dimensi yang penting sebagai pelan terakhir sebelum tahun
2020 di mana negara akan mencapai matlamat negara maju
dan inklusif.
21. Bagi Perdagangan Antarabangsa, Malaysia kekal di
kedudukan ke-11. Jumlah dagangan pada tahun 2014 terus
menunjukkan trend menaik dengan peningkatan sebanyak
5.9% untuk mencapai RM1.45 trillion berbanding RM1.37
trillion pada tahun 2013. Hal ini disokong oleh pertumbuhan
eksport yang lebih kukuh, meningkat sebanyak 6.4% atau
dengan nilai RM46.14 billion kepada RM766.13 billion tahun
2014 melebihi sasaran unjuran pertumbuhan sebanyak 6.0%.
Import meningkat sebanyak 5.3% atau dengan nilai RM34.32
billion kepada RM683.02 billion.
22. Pertumbuhan eksport telah menyumbang kepada lebihan
dagangan sebanyak RM83.11 billion, satu pencapaian yang
telah dicatatkan sepanjang 17 tahun yang lepas. Selain itu,
lebihan ini juga disumbang oleh negara-negara ASEAN;
peningkatan eksport dipacu oleh permintaan yang lebih tinggi
bagi produk pembuatan terutamanya produk elektrik dan
elektronik (E&E); pemulihan dalam pasaran utama seperti AS
dan Jepun; permintaan yang lebih banyak daripada pasaran-
pasaran baru muncul seperti negara Afrika, Asia Tengah dan
Asia Selatan; disokong oleh eksport barangan pembuatan
yang menyumbang sebanyak 76.7% daripada jumlah eksport
dan peningkatan dalam import barangan pertengahan
sebanyak 7.6%.
23. Pada tahun 2014, China merupakan ekonomi kedua terbesar
di dunia dan kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia.
Sebanyak 41.6% import dari negara China ialah produk E&E,
manakala 46.6% eksport Malaysia ke negara China juga
terdiri daripada produk yang sama, menghasilkan
peningkatan perdagangan sebanyak 2.2% kepada RM207.85
bilion pada tahun 2014. Perdagangan dengan negara-negara
Kesatuan Eropah (EU) juga bertambah baik dalam produk
E&E, terutamanya produk elektronik litar bersepadu yang
Pada tahun 2014, China merupakan ekonomi
kedua terbesar di dunia dan kekal sebagai
rakan dagangan utama Malaysia. Sebanyak
41.6% import dari negara China adalah
produk E&E, manakala 46.6% eksport
Malaysia ke negara China adalah juga
daripada produk yang sama, menghasilkan
peningkatan perdagangan sebanyak 2.2% kepada RM207.85 bilion pada tahun 2014
12
menyumbang kepada peningkatan dalam eksport ke
negara-negara EU daripada 9.1% kepada 9.5% .
24. Dalam Pelaburan Antarabangsa, Malaysia berada di
kedudukan ke-8 dan kekal di kalangan 10 negara
teratas. Sejak tahun 2010, Malaysia telah mengalami
pembaharuan dalam pelaburan dan terus menikmati
faedah daripada rekod prestasi yang lama sebagai
sebuah pusat keuntungan bagi syarikat multinasional
yang besar dan terus menjadi penerima pelaburan
langsung asing (FDI), terutamanya dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan.
25. Koridor serantau yang ditubuhkan telah berkembang
dan mengubah lanskap pelaburan di Malaysia untuk
menjadi lebih pelbagai dari segi geografi dan
memperluaskan pembangunan di seluruh Malaysia.
Kemunculan kawasan pertumbuhan baharu di Malaysia
seperti sumber tenaga yang boleh diperbaharui
(contohnya tenaga solar) dan semikonduktor dalam
segmen yang berkembang pesat seperti automotif, alat
perubatan dan telekomunikasi, telah membolehkan
Malaysia menyertai rantaian bekalan global.
26. Malaysia telah berjaya menarik lebih banyak pelaburan
dan telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak
RM148 juta setahun. Hal ini disumbangkan oleh projek
di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan
Program Transformasi Kerajaan (GTP) seperti projek
MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang di bawah inisiatif
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley yang telah 59%
siap dan mendahului jadual.
27. Sub-faktor Guna Tenaga meningkat di kedudukan ke-7
(2014: ke-12) menunjukkan keadaan pasaran buruh
yang memuaskan dan terus berkembang merangkumi
semua sektor ekonomi untuk mengekalkan permintaan
terhadap buruh. Negara juga telah mencapai kejayaan
utama dalam tempoh tiga tahun yang lepas dalam
bidang tenaga kerja dan guna tenaga. Kadar
penglibatan tenaga buruh di Malaysia adalah pada
Pelaburan
Pengerang
Intergrated
Complex dengan
pelaburan bernilai
USD27 billion pada
tahun 2019 dijangka
berupaya
mewujudkan 4,000
peluang pekerjaan
kepada orang
ramai.
13
kadar 68% manakala pengangguran yang rendah
menunjukkan negara berada di tahap guna tenaga penuh.
Upah dalam industri berorientasikan domestik terus
berkembang walaupun pada kadar yang rendah iaitu 5.6%
(2013: 14.2%), hasil daripada impak yang berkurangan
terhadap perlaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan
pada tahun 2013. Pelaburan Kompleks Bersepadu
Pengerang dengan pelaburan bernilai USD27 billion pada
tahun 2019 dijangka berupaya mewujudkan 4,000 peluang
pekerjaan kepada orang ramai. Projek MRT Jajaran
Sungai Buloh-Kajang telah mendahului 59% jadual siap
dan dijangka beroperasi pada Julai 2017 kini menyediakan
peluang perkerjaan kepada lebih kurang 2,800 jurutera
Malaysia.
28. Untuk mengukuhkan kebolehpasaran dan memastikan
terdapat kumpulan tenaga kerja mahir, Skim Pengurusan
Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) telah diperkenalkan
untuk graduan yang menganggur lebih daripada enam
bulan. Graduan dilatih, diberi pendedahan dan persediaan
untuk peluang-peluang kerjaya di masa depan dengan
hasrat untuk mengurangkan kadar pengangguran di
negara ini. Skim ini juga menawarkan Program
Peningkatan Kemahiran untuk graduan yang dikenal pasti
sebagai bakat-bakat terbaik, yang bertujuan untuk
meningkatkan ketersediaan dan mewujudkan tenaga kerja
bertaraf dunia Malaysia dengan membangunkan bakat
yang bersedia memasuki industri untuk pekerjaan yang
memerlukan kemahiran tinggi. Penyertaan wanita dalam
tenaga kerja juga penting untuk meningkatkan
pertumbuhan guna tenaga. Pada masa ini, kadar
penyertaan wanita adalah sebanyak 53.6% berbanding
53.4% pada tahun 2014, selari dengan sasaran yang
hendak dicapai iaitu 55% pada akhir tahun 2015.
29. Sub-faktor Harga kekal di kedudukan ke-3 pada tahun
2015. Malaysia berupaya membendung kadar inflasi
secara purata 3.2% pada tahun 2014 (2013: 2.1%).
Walaupun meningkat pada awal tahun 2014, inflasi
14
menjadi sederhana pada empat bulan terakhir berikutan inflasi makanan yang lebih rendah,
kesan pelarasan harga bahan api pada September 2013 serta penurunan harga bahan api
dengan perlaksanaan mekanisme apungan harga bahan api mulai 1 Disember 2014.
30. Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 1 April 2015, yang merupakan
salah satu siri pembaharuan cukai terbesar dalam sejarah negara ini, yang bertujuan untuk
menjadikan sistem percukaian lebih berkesan, telus dan mesra perniagaan, tekanan inflasi
yang lebih tinggi dapat dijangkakan. Walau bagaimanapun, untuk memastikan barangan
asas masih mampu dimiliki dan penjagaan kesihatan boleh diakses, kemudahan-kemudahan
berikut telah diperkenalkan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menawarkan
barangan asas isi rumah dengan harga berpatutan; Klinik 1Malaysia (K1M) yang
menyediakan penjagaan kesihatan boleh diakses; Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang
menawarkan kos makanan yang berpatutan; Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Program
Bantuan Kembali ke Sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah; dan Baucar Buku
1Malaysia (BB1M) kesemuanya bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat.
15
16
MENGUKUHKAN KECEKAPAN KERAJAAN
31. Malaysia berada di kedudukan ke-16 (2014: ke-15)
bagi Kecekapan Kerajaan dengan penambahbaikan
yang dibuat dalam Kewangan Awam dan Dasar
Fiskal. Walau bagaimanapun, penurunan dicatatkan
dalam Rangka Kerja Institusi, Perundangan
Perniagaan dan Rangka Kerja Kemasyarakatan.
32. Kewangan Awam meningkat sebanyak satu
kedudukan di tempat ke-19 (2014: ke-20). Malaysia
komited dalam mengurangkan defisit fiskalnya. Pada
tahun 2014, defisit fiskal telah berkurang kepada 3.5%
daripada 6.7% pada tahun 2009. Pada tahun 2015,
sasaran defisit fiskal telah disemak semula kepada
3.2% yang dijangka disebabkan oleh kesan harga
minyak yang menurun. Walau bagaimanapun,
Kerajaan yakin bahawa negara akan mencapai bajet
seimbang menjelang tahun 2020 seperti yang
diunjurkan dalam RMKe-11.
33. Dengan pelaksanaan GST, hasil cukai Kerajaan
dijangka meningkat sehingga RM31.4 bilion setahun
untuk 5 tahun seterusnya berbanding RM15.5 bilion
yang dikutip melalui cukai jualan dan perkhidmatan
(SST) sebelum ini. Hasil tambahan ini akan
mengukuhkan kedudukan fiskal Kerajaan dalam
tempoh RMKe-11.
34. Dasar Fiskal meningkat 3 tangga untuk mencapai
kedudukan ke-8 pada tahun 2015 (2014: ke-11).
Tahun 2014 merupakan tahun terpenting dalam
memahat komitmen Kerajaan ke arah disiplin fiskal
dan menzahirkan kesungguhan dalam
mentransformasi dasar bagi memenuhi keperluan
Dasar Fiskal meningkat 3
tangga untuk mencapai
kedudukan ke-8 pada tahun
2015 (2014: ke-11). Tahun
2014 merupakan tahun yang
terpenting dalam memahat
komitmen Kerajaan ke arah
disiplin
KECEKAPAN KERAJAAN Menilai sejauh mana dasar-dasar kerajaan
membantu meningkatkan daya saing
17
iklim fiskal semasa bagi memastikan kelestarian jangka
panjang. Ekonomi Malaysia masih berdaya tahan
disebabkan oleh struktur ekonomi yang pelbagai, asas
yang kukuh seperti inflasi yang rendah, keadaan
pekerjaan yang memuaskan, hutang luar yang rendah,
dan rizab antarabangsa yang banyak. Harga minyak
yang rendah akan menyumbang kepada pendapatan
boleh guna yang lebih tinggi manakala permintaan
domestik disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam
sektor swasta, peningkatan dalam pelaburan swasta
serta pembuatan khususnya daripada sektor
perkhidmatan yang akan mengukuhkan lagi ekonomi.
35. Rangka Kerja Institusi menurun di kedudukan ke-22
(2014: ke-13), terjejas ekoran prestasi ringgit daripada
September 2014 yang mengalami tekanan susut nilai
apabila para pelabur mengurangkan pegangan aset
kewangan mereka di rantau ini di kala kebimbangan
perubahan yang mungkin dalam dasar kewangan AS
serta tanda-tanda kelemahan dalam momentum
pertumbuhan dunia. Bagi tahun tersebut, secara
keseluruhannya, ringgit susut sebanyak 6.1% kepada
RM3.4950 berbanding US Dolar.
36. Walau bagaimanapun, kedudukan fiskal dan sektor
perbankan di Malaysia bertambah baik disokong oleh
pembiayaan berasaskan deposit. Defisit fiskal telah
berkurang baru-baru ini manakala kadar faedah semasa
Malaysia adalah bersifat akomodatif. Keadaan sekarang
membenarkan Bank Negara untuk mengekalkan kos
pinjaman.
37. Menangani rasuah adalah agenda penting bagi
Kerajaan. Pelbagai tindakan telah dilaksanakan di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Rasuah
(Anti-COR NKRA). Sejak bermulanya GTP, Anti-COR
NKRA telah mengukuhkan pelbagai mekanisme dalam
menangani rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi lain.
18
38. Sepanjang lima tahun lepas, kesedaran awam tentang
rasuah telah meningkat. Kini, lebih ramai individu tampil
ke hadapan untuk melaporkan tentang rasuah melalui
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Pada masa yang
sama, syarikat mula memainkan peranan mereka dalam
objektif nasional ini dengan menandatangani Ikrar
Integriti Korporat (CIP). Dalam sektor awam, penubuhan
Jawatankuasa Integriti Tadbir Urus (JITU) di semua 24
kementerian merupakan bukti komitmen Kerajaan dalam
membasmi kesalahan dari setiap sudut serta mengubah
pentadbiran Perkhidmatan Awam ke arah tadbir urus
yang lebih baik.
39. Perundangan Perniagaan menurun di kedudukan ke-24
(2014: ke-19). Faktor ini adalah penting bagi memastikan
perniagaan, pengguna dan pembekal dilindungi oleh
perundangan yang berkesan. Di Malaysia, bagi
mengukuhkan persaingan dalam lanskap perniagaan
tempatan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
telah memainkan peranan penting sejak penguatkuasaan
Akta Persaingan 2010 (CA 2010) pada tahun 2012.
Antara pencapaian MyCC pada tahun 2014 ialah
peningkatan dalam bilangan kes yang diselesaikan di
samping usaha sokongan yang berterusan. Suruhanjaya
tersebut juga telah menerbitkan dua buku panduan
tentang tipuan bida (bid rigging): Bantu Kami Kenal Pasti
Tipuan Bida (Help Us Detect Bid Rigging) dan Garis
Panduan Menentang Tipuan Bida dalam Perolehan
Awam (Guidelines on Fighting Bid Rigging in Public
Procurement), di samping Garis Panduan Regim
Kelonggaran dan Garis Panduan Penalti Kewangan.
Bagi tahun 2015, MyCC akan memberi tumpuan kepada
PKS terutamanya melalui sokongan kerana kebanyakan
perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS yang secara
kolektifnya boleh membentuk lanskap perniagaan.
40. Sejak pewujudannya, PEMUDAH telah berjaya
memperkenalkan banyak inisiatif untuk meningkatkan
19
persekitaran perniagaan di dalam negara ini. Hal ini
diterjemahkan dalam pelbagai penambahbaikan yang
dibuat terhadap proses-proses perniagaan, serta kerangka
peraturan dengan meringkaskan kaedah-kaedah dan
peraturan. Antara pencapaian yang dapat dilihat ialah:
perlaksanaan Pusat Sehenti (OSC) 1 Penyerahan bagi
Permit Pembinaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL); Penubuhan Portal Penyata Impak Peraturan
(Regulatory Impact Statement-RIS) yang bertindak
sebagai sumber rujukan dan repositori bagi semua
pengawal selia (regulator); Perlaksanaan Sistem
Rakaman dan Transkripsi Mahkamah bagi
mempercepatkan perbicaraan serta mengurangkan
kelewatan kehakiman.
41. Usaha yang diambil oleh Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC) berhubung dengan inisiatif PEMUDAH
adalah memetakan 145 Kerangka Kecekapan Perniagaan
bagi membolehkan para usahawan mempunyai rujukan
pantas kepada Pemilikan Perniagaan dan Langkah-
Langkah untuk Memulakan Perniagaan di Malaysia; sesi
pembabitan tahunan dengan wartawan dan menganjurkan
Pertandingan Kewartawanan PEMUDAH; serta
pelancaran Dasar Pembangunan Nasional dan
Perlaksanaan Peraturan (NPDIR), yang mewajibkan
keperluan untuk melaksanakan Analisis Impak Peraturan
(RIA) bagi peraturan yang baharu dan yang dipinda oleh
semua kementerian serta agensi.
42. Bagi Rangka Kerja Kemasyarakatan, kedudukannya
menurun sebanyak tiga tangga di kedudukan ke-35 pada
tahun 2015 (2014: ke-32). Sub faktor ini mengukur
persekitaran yang menyokong warga emas, keadilan,
kesaksamaan jantina, dan pemerkasaan wanita. Di bawah
RMKe-11, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah
meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita melalui
pengaturan kerja yang fleksibel, sokongan bagi warga
emas untuk lebih aktif serta mewujudkan suasana
Di bawah RMKe-11,
inisiatif yang akan
dilaksanakan adalah
meningkatkan
penyertaan buruh wanita
melalui penyusunan yang
fleksibel merupakan
sokongan bagi penuaan
yang aktif untuk warga
emas serta mencipta
persekitaran kehidupan
yang lebih selamat.
20
persekitaran kehidupan yang lebih selamat.
43. Bagi penyertaan wanita dalam ahli lembaga syarikat awam di Malaysia, sasaran 30%
penyertaan wanita dalam jawatan tertinggi yang perlu dicapai menjelang tahun 2016 telah
ditetapkan. Oleh itu, Malaysia telah melaksanakan pendekatan sukarela dengan
menggalakkan syarikat awam dan swasta untuk melibatkan lebih ramai wanita dalam hal
ehwal membuat keputusan. Kini, 10.3% ahli lembaga terdiri daripada wanita di dalam
syarikat awam, meningkat daripada 7.9% pada tahun 2012. Walaupun peningkatan tersebut
adalah menggalakkan, lebih banyak usaha diperlukan bagi mencapai sasaran tersebut.
Dalam hal ini, lebih ramai wanita perlu menyertai tenaga kerja. Negara berada di landasan
yang betul untuk mencapai kadar penyertaan tenaga kerja wanita sebanyak 55% sebelum
hujung tahun 2015, mewakili lebih kurang 600,000 wanita dalam tenaga kerja dan
menyumbang sebanyak 0.3% peningkatan kepada keluaran dalam negara kasar tahunan.
21
22
PENINGKATAN DAYA SAING KEKAL SEBAGAI CABARAN FUNDAMENTAL
44. Kecekapan Perniagaan menurun di kedudukan ke-10
pada tahun 2015 daripada kedudukan ke-5 pada tahun
2014 dipengaruhi oleh penurunan dalam semua sub-
faktor yang diukur. Walau bagaimanapun, Pasaran
Buruh, Amalan Pengurusan, serta Sikap dan Nilai
kekal di 10 kedudukan teratas.
45. Sub-faktor Pasaran Buruh mencatatkan kedudukan
ke-4 dalam laporan pada tahun ini. Dengan peningkatan
ekonomi Malaysia dalam rantaian nilai dan menjadi lebih
global, ia menjadi suatu keperluan bagi Negara untuk
mempunyai kumpulan bakat yang pelbagai bagi
menangani keperluan industri yang berubah dengan
pantas. Ia adalah penting bagi menangkis pendapat
bahawa pekerja asing adalah gantian sempurna kepada
pekerja mahir tempatan sedangkan mereka melengkapi
satu sama lain.
46. Malaysia telah mengambil langkah untuk mengekalkan
bakat asing yang utama dengan kemahiran yang kritikal
apabila bakat tempatan tidak mencukupi, seperti
Residence Pass-Talent (RPT) dan membantu pelabur
yang berpotensi tinggi serta majikan untuk mengakses
set kemahiran asing yang diperlukan melalui Bahagian
Perkhidmatan Ekspatriat (ESD). Ini adalah usaha sama
antara Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen,
dan Talentcorp yang bermula pada tahun 2014. Program,
RP-T tersebut menyaksikan sebanyak 1,007 permohonan
ekspatriat berkemahiran tinggi diluluskan pada tahun
2014.
47. Inisiatif baharu untuk mengubah Pendidikan dan Latihan
Teknik Vokasional di bawah RMKe-11 akan
KECEKAPAN PERNIAGAAN Melihat sejauh mana enterprais beroperasi secara
inovatif, membawa keuntungan dan
bertanggungjawab
Sub-faktor Pasaran Buruh
mencatatkan kedudukan ke-4
dalam laporan pada tahun ini.
Dengan peningkatan ekonomi
Malaysia dalam nilai rantaian
dan menjadi lebih global, ia
menjadi suatu keperluan bagi
Negara untuk mempunyai
kumpulan bakat yang
pelbagai untuk menangani
keperluan industri yang
berubah dengan pantas.
23
membolehkan Negara untuk memenuhi keperluan bagi
pekerja mahir serta mengurangkan kebergantungan
terhadap buruh asing. Unjuran sebanyak 60% daripada
1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan memerlukan
kemahiran yang berkaitan dengan TVET. Bagi
memenuhi keperluan tersebut, Malaysia perlu
meningkatkan pengambilan tahunan daripada 146,000
pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.
Kerajaan akan memperuntukkan RM1 billion bagi
Tabung Pembangunan Kemahiran (SDF) untuk pelajar
TVET yang menyambung program yang mempunyai
permintaan yang tinggi dalam industri.
48. Untuk menjadi lebih produktif dan meningkatkan kuasa
menjana pendapatan, suatu indeks upah akan
dibangunkan di bawah RMKe-11, berfungsi sebagai
panduan dan tanda aras bagi majikan untuk
menentukan tangga gaji yang selari dengan kelayakan
seseorang individu, kemahiran dan produktiviti. Majikan
juga perlu mengguna pakai Productivity-Linked Wage
System, (PLWS) di mana gaji akan dipadankan dengan
produktiviti yang secara tidak langsung akan
meningkatkan daya saing. Pematuhan yang lebih baik
dengan keperluan gaji minimum dijangka meningkatkan
pampasan para pekerja.
49. Amalan Pengurusan serta Sikap & Nilai masing-
masing mencatatkan kedudukan ke-6 dan ke-8. Sub-
faktor ini mengambil kira kredibiliti, amalan beretika
dalam syarikat, keupayaan keusahawanan,
pembaharuan sosial dan nilai korporat. Dalam sektor
awam, laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di
Parlimen dua kali setahun yang memberi perhatian
kepada pengurusan hal ehwal kewangan entiti Kerajaan
serta pelaksanaan program/aktiviti/projek Kerajaan di
peringkat Persekutuan dan Negeri. Syarikat berkaitan
Kerajaan (GLC) dan sektor korporat secara amnya juga
mengambil langkah membasmi rasuah serta
meningkatkan ketelusan dalam menambah baik amalan
24
mereka. Pada tahun 2012, Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG)
telah diperkenalkan bagi menjelaskan prinsip-prinsip utama dan
cadangan-cadangan tertentu terhadap struktur dan proses yang perlu
diguna pakai oleh syarikat-syarikat untuk menjadikan tadbir urus
korporat yang baik sebagai sebahagian daripada urusan perniagaan
dan budaya mereka.
50. Malaysia menyaksikan penurunan dalam sub-faktor Kewangan di
kedudukan ke-15 daripada ke-12 pada tahun sebelumnya. Sebagai
sebuah ekonomi terbuka bersaiz sederhana, Malaysia secara
semulajadinya mempunyai sektor kewangan yang sangat peka
terhadap trend global. Dalam konteks ini, industri kewangan Malaysia
mempunyai peraturan yang berhemah yang direka bagi memastikan
kestabilan kewangan dan ekonomi makro. Kini, sektor perkhidmatan
kewangan Malaysia menyumbang 11.6% kepada KDNK benar.
Pembangunan yang disarankan bagi sektor ini mengambil pendekatan
menyeluruh dan merangkumi kedua-dua pasaran institusi kewangan
dan pasaran kewangan. Ia juga menyasarkan untuk menambah jumlah
sumbangan pendapatan negara kasar sebanyak RM121.5 billion
kepada RM180.2 billion dan mewujudkan 275,400 pekerjaan menjelang
tahun 2020. Pelan Induk Sektor Kewangan 10 Tahun 2011-2020 yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan
pertumbuhan kewangan yang berterusan dan pembangunan sistem
kewangan bagi 10 tahun akan datang.
51. Pada tahun 2015, sub-faktor Produktiviti dan Kecekapan menurun di
kedudukan ke-24 (2014: ke-21). Bagi mengekalkan prestasi ekonomi
Malaysia, fokus terhadap peningkatan produktiviti, menggalakkan
inovasi serta memudahkan urusan menjalankan perniagaan kekal
sebagai agenda utama Kerajaan. Negara berproduktiviti tinggi mampu
untuk menyesuaikan diri dengan cabaran ekonomi makro yang berubah
serta perubahan asas yang dibawa oleh kemajuan teknologi. Di bawah
RMKe-11, Kerajaan akan melancarkan Blueprint Produktiviti Nasional
bagi tempoh lima tahun yang akan memacu peningkatan produktiviti
yang ketara dengan input modal dan buruh yang lebih seimbang.
Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan produktiviti tahunan
sebanyak 3.7% melalui inisiatif yang menyeluruh di semua peringkat
dengan diterajui oleh pemain industri.
Pelan Induk Sektor
Kewangan 10
Tahun.
Ia merupakan
pelan strategik
yang membentuk
hala tuju sistem
kewangan apabila
Malaysia beralih
ke arah negara
bernilai tambah
tinggi dan
berpendapatan
tinggi.
25
26
52. Faktor Infrastruktur yang mengukur tahap di mana
infrastruktur asas, teknologi, saintifik, kesihatan dan alam
sekitar serta pendidikan memenuhi keperluan sesebuah
ekonomi untuk memperkasakan daya saing, menurun di
kedudukan ke-27. Sub-faktor di bawah Infrastruktur
berfungsi untuk menyediakan perhubungan (connectivity)
dan liputan serta menghubungkan aspek modal insan bagi
memastikan penyebaran ilmu pengetahuan serta kualiti
kehidupan yang lebih baik. Antara sub-faktor tersebut,
Infrastruktur Asas meningkat di kedudukan ke-12 (2014:
ke-13) manakala Infrastruktur Teknologikal kekal di
kedudukan ke-5.
53. Infrastruktur Teknologikal kekal di kedudukan ke-5.
Ketika negara melampaui kos buruh yang rendah,
pembangunan teknologi industri, penyelidikan dan
pembangunan, serta inovasi menjadi semakin penting bagi
pertumbuhan yang berterusan. Bajet 2015
memperuntukkan RM2.7 bilion bagi pembinaan 1,000
menara telekomunikasi dan pemasangan kabel di bawah
laut sepanjang tiga tahun akan datang. Peningkatan jalur
lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak
tinggi khususnya di Kuala Lumpur dan pusat-pusat bandar
utama akan diteruskan. Pelaburan terancang ini
memungkinkan peningkatan 75% kadar penembusan
Internet di kalangan isirumah pada penghujung tahun
2015, meningkat daripada 67.7% yang dicatatkan bagi
suku tahun pertama 2014.
54. Inisiatif-inisiatif lain dalam infrastruktur teknologi
termasuklah Malaysia One Cloud Platform bagi
membolehkan dan memacu ekosistem pengkomputeran
awan (cloud computing); pelancaran Pinewoods Iskandar
PRASARANA, TULANG BELAKANG KEMAJUAN NEGARA
Infrastruktur
Teknologikal kekal di
kedudukan ke-5 dalam
WCY 2015. Apabila
negara melepasi kos
buruh yang rendah,
pembangunan teknologi
industri, penyelidikan
dan pembangunan,
serta inovasi menjadi
semakin penting bagi
pertumbuhan yang
berterusan.
INFRASTRUKTUR Sejauh mana teknologi asas dan saintifik serta
sumber manusia memenuhi kehendak
perniagaan.
27
Malaysia Studios untuk memacu cita-cita Malaysia serta
keupayaan untuk menarik minat produksi peringkat
antarabangsa yang berkualiti; Platform Perkhidmatan
Telematics (TSP) untuk menyediakan platform dan pasaran
yang sama bagi pembekal kandungan dan penyelesaian
dihubungkan dengan pemandu/pemilik kenderaan bagi
mengelakkan kecurian; serta Sistem Pengurusan Dokumen
Digital (DDMS) untuk meningkatkan penggunaan
perkhidmatan Kerajaan atas talian sebanyak 10% di
peringkat kementerian dan agensi yang terpilih.
55. Infrastruktur Asas meningkat di kedudukan ke-12 (2014:
ke-13). Malaysia telah berusaha untuk memastikan segala
keperluan asas dan infrastruktur disediakan meliputi semua
kumpulan pendapatan. Sepanjang lima tahun yang lepas,
inisiatif di bawah “Mempertingkatkan Pembangunan Luar
Bandar NKRA” (RD NKRA) telah mengubah kehidupan
seramai lebih lima juta rakyat Malaysia yang menetap di
kawasan luar bandar. RMKe-11 juga akan memastikan
keperluan asas untuk semua, dengan 99% penduduk
mendapat bekalan air bersih dan terawat menjelang tahun
2020, manakala 99% rumah di luar bandar akan
mempunyai bekalan elektrik serta 95% kawasan kediaman
akan mempunyai capaian jalur lebar dengan harga yang
rendah.
56. Pengangkutan awam masih kekal penting dalam agenda
program transformasi dengan tujuan untuk menyediakan
sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan bagi
memasuki dan keluar dari kawasan bandaraya yang akan
mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu bertaraf
antarabangsa. RMKe-11 menumpu ke arah mengukuhkan
infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
dengan pembangunan sistem pengangkutan berasaskan
keperluan bersepadu. Sektor pengangkutan dan logistik
akan kekal sebagai pemacu penting pertumbuhan yang
akan mengambil peluang daripada pelaburan baharu dalam
perkhidmatan jalan raya, jalan keretapi dan udara bagi
mengukuhkan pembangunan serantau.
28
57. Infrastruktur Saintifik menurun sebanyak satu
kedudukan di kedudukan ke-29 (2014: ke-28). Antara
bidang yang dianalisa ialah R&D, paten dan kemampuan
inovatif. Pada tahun 2015, memajukan Inovasi dan
Pengkomersialan akan diberi keutamaan. Di bawah Bajet
2015, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.3
bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) bagi 360 produk inovasi berimpak tinggi untuk
dikomersilkan dalam masa lima tahun akan datang serta
melaksanakan program Pembangunan Penyelidikan dan
Pengkomersilan (R&D&C). Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 akan
menggalakkan universiti penyelidikan. Universiti-universiti
ini telah giat menceburi aktiviti R&D untuk meningkatkan
kelayakan mereka. Menerusi anjakan Ekosistem Inovasi
(IE) yang merupakan sebahagian daripada pelan tersebut,
R&D di institusi pengajian tinggi akan diberi galakan.
58. Pada tahun 2015, sub-faktor Pendidikan menurun
sebanyak tiga anak tangga di kedudukan ke-35 (2014: ke-
32). Sub-faktor ini mengambil kira perbelanjaan dalam
pendidikan, mobiliti pelajar dan pencapaian pendidikan
tinggi. Inisiatif Kerajaan dalam meningkatkan kualiti
pendidikan yang berterusan akan memastikan masa
hadapan generasi muda yang lebih cerah. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Pendidikan Lepas
Menengah) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) telah digubal
untuk menambah baik dan mengubah sistem pendidikan
di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 direka untuk mengubah sistem pendidikan
secara keseluruhan dalam memastikan kanak-kanak di
Malaysia bersedia menghadapi cabaran daya saing dunia
masa kini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) pula menyediakan matlamat sistem
pendidikan tinggi bagi mencapai tiga sasaran utama,
dikenali sebagai 3B; Bakat, Tanda Aras (Benchmarking)
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi)
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Prasekolah
hingga Lepas Menengah)
29
yang setara dengan piawaian dunia, dan Seimbang
(Balance) secara asasnya untuk menjana bakat dalam
menghadapi dunia yang semakin berdaya saing.
59. Sub-faktor Kesihatan & Persekitaran kekal di kedudukan
ke-36. Akses penjagaan kesihatan yang berkualiti,
berkemampuan dan sama rata merupakan keutamaan bagi
penyedia penjagaan kesihatan sektor awam dan swasta.
Bagi memastikan kemudahan penjagaan kesihatan mudah
diakses dan memenuhi keperluan semua lapisan
masyarakat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM23.3 bilion untuk pelaksanaan pelbagai perkhidmatan
kemudahan dan kesihatan di bawah Bajet 2015. Hospital
Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak
merupakan antara hospital yang akan dibina selain daripada
20 Klinik Kesihatan, 4 klinik pergigian dan 30 Klinik
1Malaysia, menjadikan kesemuanya berjumlah 290 klinik di
seluruh negara. Laporan International Living’s Annual Global
Retirement Index 2015 telah meletakkan Malaysia sebagai
destinasi pertama dalam memberikan penjagaan kesihatan
yang berpatutan dengan peralatan terkini.
60. Bagi memastikan pembangunan alam sekitar yang lestari,
program Kepimpinan Melalui Tauladan Kerajaan (GLBE)
oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) merupakan usaha-usaha yang sedang dijalankan
untuk menaik taraf dan mengubah suai bangunan Kerajaan
bagi memastikan kecekapan tenaga serta mengurangkan
penghasilan gas rumah hijau. Atas kesedaran yang tinggi
dalam cara-cara menjimatkan tenaga yang diwujudkan oleh
program Sustainability Achieved via the Energy Efficiency
(SAVE), lebih banyak peralatan cekap tenaga telah
memasuki pasaran manakala inisiatif rasionalisasi subsidi
yang sedang dilaksanakan, harga tenaga elektrik akan
mencapai kos pengeluaran sebenar yang akan
menggalakkan lebih banyak program berkaitan kecekapan
“Usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk menaik taraf dan mengubah suai bangunan
Kerajaan bagi memastikan kecekapan tenaga serta mengurangkan penghasilan gas rumah hijau”
30
tenaga dijalankan di kalangan pengguna. RMKe-11 akan meneruskan Green Growth bagi
kelestarian dan kekukuhan. Kerajaan akan beralih daripada model pembangunan “grow first,
clean-up later” kepada sesuatu yang lebih berdaya tahan, rendah karbon, cekap sumber
serta menyeluruh.
31
Prestasi Malaysia di dalam World Competitiveness Yearbook 2015
Prestasi Ekonomi Malaysia Menyumbang kepada Daya Saing Mampan
Malaysia mengekalkan kedudukannya di kalangan 15 negara teratas dalam World Competitiveness Yearbook 2015
(WCY) oleh Institute for Management Development (IMD), yang beribu pejabat di Lausanne, Switzerland. Malaysia
berada di kedudukan ke-14 di kalangan 61 negara dan terus mendahului negara-negara seperti Belanda (ke-15),
Ireland (ke-16), New Zealand (ke-17), Australia (ke-18), United Kingdom (ke-19), Finland (ke-20), Korea (ke-25),
dan Jepun (ke-27).
Walaupun kedudukan negara menurun sebanyak dua tangga, Malaysia berada di 15 kedudukan teratas di seluruh
dunia dengan negara-negara paling berdaya saing, menunjukkan bahawa wujudnya kekukuhan ekonomi negara
dan daya saing. Kerajaan terus melaksana dan mengamalkan pelbagai sistem pembaharuan serta rangka kerja
yang telah diperkenalkan bagi mempersiapkan Malaysia ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi sebelum
tahun 2020. Antara inisiatif tersebut adalah mengawal kenaikan kos sara hidup, kepelbagaian ekonomi,
memperkasa kemampuan dan kepakaran, semakan sistem pendidikan, memperbaharu dan memodenkan sistem
cukai melalui GST.
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) menumpukan faktor yang penting bagi meningkatkan produktiviti. Sejajar
dengan usaha tersebut, Kerajaan akan melancarkan Blueprint Produktiviti Nasional bagi tempoh lima tahun yang
akan memacu peningkatan produktiviti yang signifikan dengan input modal dan buruh yang lebih sedikit. Malaysia
optimis bahawa negara akan mencapai pertumbuhan produktiviti tahunan sebanyak 3.7% menerusi pelbagai inisiatif
yang komprehensif di semua peringkat serta dijayakan oleh pemain industri.
32
IMD MENERBITKAN KEDUDUKAN DAYA SAING DUNIA 2015
Amerika Syarikat terus berada di kedudukan teratas; Asia mengalami keputusan
campuran; dan kebanyakan negara besar yang sedang muncul bergerak perlahan
LAUSANNE, SWITZERLAND (27 Mei, 2015): IMD, sebuah sekolah perniagaan terkemuka
dunia di Switzerland dan Singapura, pada hari ini mengumumkan kedudukan daya saing dunia
tahunan. Sebagai sebahagian daripada kedudukan 61 buah negara bagi tahun 2015, IMD
World Competitiveness Center melihat beberapa aspek bagi setiap negara sebagai sebuah
tempat menjalankan perniagaan.
“Analisis umum kedudukan tahun 2015 menunjukkan sepuluh buah negara teratas kembali
kepada perkara asas,” kata Profesor Arturo Bris, Pengarah IMD World Competitiveness Center.
“Produktiviti dan kecekapan amat penting dalam daya saing. Syarikat di negara tersebut
meningkatkan usaha bagi meminimumkan impak alam sekitar dan menyediakan struktur
organisasi yang kukuh bagi tenaga kerja untuk berkembang.”
Perkara-perkara penting dalam kedudukan daya saing 2015
Amerika Syarikat kekal berada di kedudukan teratas hasil kecekapan perniagaan dan sektor
kewangan yang kukuh, usaha inovasi dan keberkesanan infrastrukturnya. Hong Kong (ke-2)
dan Singapura (ke-3) melonjak dan mengatasi Switzerland yang merosot di kedudukan
keempat. Kanada (ke-5), Norway (ke-7), Denmark (ke-8), Sweden (ke-9) dan Jerman (ke-10)
kekal dalam 10 kedudukan teratas. Luxembourg meningkat ke kedudukan ke-6 daripada
kedudukan ke-11 pada tahun 2014.
Keputusan bagi Asia adalah bercampur. Malaysia (12 ke 14), Jepun (21 ke 27), Thailand (29
ke 30) dan Indonesia (37 ke 42). Taiwan (13 ke 11), Korea (26 ke 25) dan Filipina (42 ke 41)
sedikit meningkat dalam kedudukan. Kebanyakan negara Asia yang menurun kedudukannya
telah melihat penurunan dalam ekonomi negara–negara tersebut dan terjejas akibat
infrastruktur yang makin lemah.
Eropah Timur juga mengalami keputusan bercampur. Poland (36 ke 33), Republik Czech (22 ke
29), dan Slovenia (55 ke 49) meningkat dalam kedudukan masing-masing. Bagi negara-negara
33
Baltik, Estonia (30 ke 31) dan Latvia (35 ke 43) menurun lebih rendah berbanding tahun lepas
walaupun kedudukan Lithuania meningkat (34 ke 28). Di rantau yang lain, perkembangan
semasa di Russia (38 ke 45) dan Ukraine (49 ke 60) menyerlahkan impak negatif ke atas daya
saing yang disebabkan oleh konflik bersenjata dan ketidaktentuan pasaran yang tinggi di dalam
ekonomi antarabangsa yang semakin berhubung antara satu sama lain.
Corak penurunan juga dikenalpasti di Amerika Latin. Chile menurun ke 35 daripada 31, Peru
menurun ke 54 daripada 50, Argentina menurun ke 59 daripada 58, dan Venezuela kekal di
kedudukan terbawah. Colombia kekal di kedudukan ke-51.
Di kalangan negara yang sedang muncul, Brazil (54 ke 56) dan Afrika Selatan (52 to 53) sedikit
menurun, China (23 ke 22) dan Mexico (41 ke 39) mengalami penambahbaikan manakala India
kekal di tempat yang sama (44). Trend ini menunjukkan kesulitan dalam mengumpul pasaran
sedang yang muncul dalam kategori yang sama disebabkan oleh beberapa isu yang memberi
kesan kepada perbezaan daya saing. Peningkatan kecil prestasi negara China disumbang oleh
penambahbaikan dalam pendidikan dan perbelanjaan awam, manakala Brazil mengalami
penurunan dalam ekonomi negara dan pendapat eksekutif yang kurang optimis.
Persoalan Kecekapan Perniagaan
Kedudukan menekankan satu persamaan yang tertentu di kalangan negara di kedudukan
terbaik. 9 daripada 10 negara teratas juga disenaraikan dalam 10 negara teratas bagi faktor
Kecekapan Perniagaan.
Kecekapan Perniagaan memfokuskan tahap yang mana persekitaran negara mendorong
enterprais untuk menjalankan perniagaan secara inovatif, menguntungkan dan
bertanggungjawab. Faktor tersebut dinilai menerusi indikator yang berkaitan dengan produktiviti
seperti pasaran buruh, kewangan, amalan pengurusan serta sikap dan nilai yang membentuk
persekitaran perniagaan.
“Secara ringkas, kecekapan perniagaan memerlukan produktiviti yang lebih besar dan daya
saing negara berhubung rapat dengan kemampuan sesebuah enterprais untuk kekal untung
sepanjang masa”, kata Profesor Bris. “Meningkatkan produktiviti terus menjadi cabaran asas
bagi semua negara”
Keuntungan jangka panjang perniagaan dan produktiviti adalah sulit untuk dicapai kerana
kedua-duanya disokong oleh usaha strategik daripada syarikat bagi mencapai kesan luaran
34
positif yang berasal daripada aktiviti ekonomi.
Impak kecekapan perniagaan
Luxembourg mengalami salah satu pencapaian yang terbesar dalam faktor ini (14 ke 4) yang
menyumbang kepada peningkatan dalam kedudukannya. Penambahbaikan kedudukan Qatar
(19 ke 13) mencerminkan pemulihannya dalam faktor kecekapan perniagaan (24 ke 11)
disebabkan oleh peningkatan dalam produktiviti keseluruhannya. Pemulihan Greece (57 ke 50)
juga disumbang oleh prestasi yang kukuh dalam kecekapan perniagaan yang mana ianya
meningkat daripada 54 ke 43. Penurunan kedudukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) (8 ke 12)
adalah sebahagiannya disebabkan oleh skor yang rendah (15 ke 18) dalam faktor kecekapan
perniagaan. Dalam hal yang sama, pengunduran Jerman (6 ke 10) adalah kesan daripada
penurunan dalam kecekapan perniagaan (9 ke 16). Begitu juga penurunan Indonesia dalam
kedudukannya yang disebabkan oleh kejatuhan dalam faktor kecekapan perniagaan (22 ke 34).
Kedudukan yang meningkat
Mongolia merupakan tambahan yang baharu di dalam kedudukan daya saing pada tahun 2015.
Mongolia merupakan sebuah negara bertumbuh dengan pantas (11.6% pertumbuhan KDNK,
2013). Walaupun pertumbuhan perlahan pada 5.3% dalam tahun 2014 (data bagi separuh tahun
pertama), prestasi ekonomi tersebut kekal kukuh. Pertumbuhan didorong oleh perlombongan dan
sumber asli, pertumbuhan penggunaan domestik, tingkat pekerjaan, sebuah sistem pendidikan
yang menggalakkan bakat, serta persekitaran fiskal yang memuaskan bagi enterprais. Dalam
tempoh 2013-2014, walau bagaimanapun, Mongolia telah mengalami penurunan sebanyak 74%
dalam pelaburan langsung asing yang mungkin mencerminkan pandangan pelabur terhadap
kestabilan politik dan kewangan negara, kepatuhannya terhadap undang-undang, mutu amalan
tadbir urus korporat serta trade-off risiko pulangan yang tidak seimbang.
IMD World Competitiveness Yearbook yang diterbitkan pada penghujung Jun, mengukur sejauh
mana negara-negara menguruskan kesemua sumber mereka dan kecekapan untuk
memudahcara ciptaan nilai jangka panjang. Kedudukan keseluruhan yang diumumkan pada hari
ini mencerminkan lebih daripada 300 kriteria, kira-kira dua per tiga daripada kriteria yang
berdasarkan indikator statistik dan satu per tiga daripadanya adalah berdasarkan kaji selidik IMD
daripada 6,234 eksekutif antarabangsa.
35
36
PRESTASI DAYA SAING:
MALAYSIA BERBANDING TAIWAN & QATAR
MALAYSIA TAIWAN QATAR
Bandaraya Kuala Lumpur Taipei Doha
Keluasan tanah (km persegi) 331 36 12
Kadar pertukaran asing (per $) 3.273 30.37 3.64
Penduduk -saiz pasaran (juta) 30.30 23.43 2.22
KDNK (US$ bilion) 326.9 529.5 211.8
KDNK (PPP) per kapita (USD) 24,262 40,537 142,036
Pertumbuhan KDNK Benar 6.0 3.7 6.2
Harga Pengguna Inflasi (%) 3.1 1.2 3.0
Kadar Pengangguran (%) 2.9 3.96 0.19
Tenaga Buruh (milion) 13.93 11.54 1.69
MALAYSIA TAIWAN QATAR
KESELURUHAN PRESTASI EKONOMI 6 11 2Ekonomi Domestik 15 9 7
Perdagangan Antarabangsa 11 14 22
Pelaburan Antarabangsa 8 29 39
Guna Tenaga 7 18 2
Harga 3 15 2
KESELURUHAN KECEKAPAN KERAJAAN 16 9 4Kewangan Awam 19 13 2
Dasar Fiskal 8 4 1
Rangka Kerja Institusi 22 19 10
Perundangan Perniagaan 24 25 30
Rangka Kerja Kemasyarakatan 35 22 38
KESELURUHAN KECEKAPAN PERNIAGAAN 10 14 11Produktiviti Dan Kecekapan 24 15 3
Pasaran Buruh 4 25 6
Kewangan 15 17 20
Amalan Pengurusan 6 10 20
Sikap Dan Nilai 8 15 10
KESELURUHAN INFRASTRUKTUR 27 18 47Infrastruktur Asas 12 25 34
Infrastruktur Teknologikal 5 9 58
Infrastruktur Saintifik 29 9 57
Kesihatan Dan Persekitaran 36 29 39
Pendidikan 35 21 39
PRESTASI MENGIKUT FAKTOR DAN SUBFAKTOR
Sumber: IMD World Competitiveness Yearbook 2015
37
KAEDAH PENGIRAAN INDEKS DAYA SAING WCY 2015
Langkah-langkah pengiraan kedudukan daya saing adalah seperti berikut:
Persekitaran ekonomi sesebuah negara dibahagikan kepada 4 faktor utama iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Seterusnya, setiap faktor dibahagikan kepada 5 sub-faktor yang memberi fokus kepada sesuatu bidang yang dianalisis. Keseluruhannya terdapat 20 sub-faktor di dalam WCY.
Kesemua 20 sub-faktor yang mengandungi 342 kriteria (256 kriteria dinilai dan 86 kriteria
adalah maklumat latar belakang), namun bilangan kriteria di dalam sesuatu faktor tidak semestinya sama. (contohnya, lebih banyak kriteria diperlukan untuk menilai sub-faktor Pendidikan berbanding sub-faktor Harga). Setiap sub-faktor tanpa mengambil kira bilangan kriteria yang ada di dalamnya, diberi wajaran yang sama dalam menghasilkan kedudukan keseluruhan iaitu 5%(20x5 = 100);
Kriteria boleh terdiri daripada data statistik yang boleh diukur (cth: KDNK) atau data
persepsi (cth: kesediaan pengurus yang berkelayakan). Data statistik mewakili 2/3 daripada kedudukan keseluruhan manakala data persepsi mewakili 1/3 daripada kedudukan keseluruhan. Maklumat latar belakang tidak diambil kira dalam menentukan kedudukan daya saing (cth: penduduk berumur kurang dari 20 tahun).
Akhir sekali, nilai agregat bagi 20 sub-faktor di atas digunakan bagi menghasilkan
kedudukan keseluruhan dalam WCY.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI www.imd.org/wcy15
38
* setiap 2 tahun
39
KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING DUNIA 2015
Lampiran 1
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Amerika Syarikat 1 100.00 1 100.00
Hong Kong 2 96.04 4 90.33
Singapura 3 94.95 3 90.97
Switzerland 4 91.92 2 92.42
Kanada 5 90.41 7 85.43
Luxembourg 6 89.41 11 82.16
Norway 7 87.92 10 83.29
Denmark 8 87.08 9 84.04
Sweden 9 85.92 5 85.83
Jerman 10 85.64 6 85.78
Taiwan 11 85.41 13 81.23
Emiriyah Arab Bersatu 12 84.75 8 84.89
Qatar 13 84.63 19 77.12
Malaysia 14 84.11 12 82.09
Belanda 15 83.62 14 81.14
Ireland 16 82.97 15 80.36
New Zealand 17 81.81 20 74.94
Australia 18 80.45 17 79.56
United Kingdom 19 79.93 16 79.81
Finland 20 78.45 18 78.16
Israel 21 77.45 24 73.25
Republik Rakyat China 22 76.99 23 73.26
Belgium 23 75.44 28 66.60
Iceland 24 74.12 25 69.75
Korea 25 73.92 26 69.65
Austria 26 72.88 22 73.70
Jepun 27 72.83 21 73.76
Lithuania 28 71.74 34 62.01
Republik Czech 29 70.83 33 62.21
Thailand 30 69.79 29 64.98
Estonia 31 69.21 30 64.38
Perancis 32 69.04 27 67.94
40
KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING DUNIA 2015 (samb.)
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Poland 33 68.76 36 61.77
Kazakhstan 34 68.11 32 62.51
Chile 35 64.81 31 62.59
Portugal 36 64.18 43 54.40
Sepanyol 37 63.54 39 57.91
Itali 38 60.96 46 52.87
Mexico 39 60.93 41 57.28
Turki 40 60.50 40 57.86
Filipina 41 60.15 42 54.95
Indonesia 42 59.91 37 59.55
Latvia 43 59.78 35 61.85
India 44 59.49 44 53.92
Rusia 45 58.51 38 58.00
Republik Slovak 46 57.18 45 53.30
Romania 47 57.13 47 52.84
Hungary 48 57.00 48 52.51
Slovenia 49 56.76 55 46.25
Greece 50 54.19 57 42.24
Colombia 51 53.86 51 49.25
Jordan 52 53.60 53 47.80
Afrika Selatan 53 52.70 52 48.25
Peru 54 52.64 50 50.58
Bulgaria 55 50.32 56 45.78
Brazil 56 47.39 54 46.78
Mongolia* 57 47.13 - -
Croatia 58 44.76 59 38.97
Argentina 59 42.74 58 39.59
Ukraine 60 41.99 49 50.87
Venezuela 61 34.26 60 34.21
* Penyertaan baru
41
Lampiran 2
KEDUDUKAN DAYA SAING MENGIKUT SAIZ PENDUDUK
MELEBIHI 20 JUTA
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Amerika Syarikat 1 100.00 1 100.00
Kanada 2 90.41 3 85.43
Jerman 3 85.64 2 85.78
Taiwan 4 85.41 5 81.23
Malaysia 5 84.11 4 82.09
Australia 6 80.45 7 79.56
United Kingdom 7 79.93 6 79.81
Republik Rakyat China
8 76.99 9 73.26
Republik Korea 9 73.92 10 69.65
Jepun 10 72.83 8 73.76
Thailand 11 69.79 12 64.98
Perancis 12 69.04 11 67.94
Poland 13 68.76 13 61.77
Sepanyol 14 63.54 16 57.91
Itali 15 60.96 21 52.87
Mexico 16 60.93 18 57.28
Turki 17 60.50 17 57.86
Filipina 18 60.15 19 54.95
Indonesia 19 59.91 14 59.55
India 20 59.49 20 53.92
Rusia 21 58.51 15 58.00
Colombia 22 53.86 25 49.25
Afrika Selatan 23 52.70 26 48.25
Peru 24 52.64 24 50.58
Brazil 25 47.39 27 46.78
Argentina 26 42.74 28 39.59
Ukraine 27 41.99 23 50.87
Venezuela 28 34.26 29 34.21
42
KEDUDUKAN DAYA SAING MENGIKUT KDNK PER KAPITA
KURANG DARIPADA USD20,000
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Malaysia 1 84.11 1 82.09
Republik Rakyat China 2 76.99 2 73.26
Lithuania 3 71.74 8 62.01
Republik Czech 4 70.83 7 62.21
Thailand 5 69.79 3 64.98
Estonia 6 69.21 4 64.38
Poland 7 68.76 10 61.77
Kazakhstan 8 68.11 6 62.51
Chile 9 64.81 5 62.59
Mexico 10 60.93 14 57.28
Turki 11 60.50 13 57.86
Filipina 12 60.15 15 54.95
Indonesia 13 59.91 11 59.55
Latvia 14 59.78 9 61.85
India 15 59.49 16 53.92
Rusia 16 58.51 12 58.00
Republic Slovak 17 57.18 17 53.30
Romania 18 57.13 18 52.84
Hungary 19 57.00 19 52.51
Colombia 20 53.86 22 49.25
Jordan 21 53.60 24 47.80
Afrika Selatan 22 52.70 23 48.25
Peru 23 52.64 21 50.58
Bulgaria 24 50.32 26 45.78
Brazil 25 47.39 25 46.78
Mongolia 26 47.13 - -
Croatia 27 44.76 28 38.97
Argentina 28 42.74 27 39.59
Ukraine 29 41.99 20 50.87
Venezuela 30 34.26 29 34.21
Lampiran 3
43
KEDUDUKAN DAYA SAING BAGI RANTAU ASIA—PASIFIK
KEDUDUKAN DAYA SAING BAGI RANTAU ASEAN
Lampiran 4
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Singapura 1 94.95 1 90.97
Malaysia 2 84.11 2 82.09
Thailand 3 69.79 3 64.98
Filipina 4 60.15 5 54.95
Indonesia 5 59.91 4 59.55
NEGARA 2015 2014
KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI
Hong Kong 1 96.04 2 90.33
Singapura 2 94.95 1 90.97
Taiwan 3 85.41 4 81.23
Malaysia 4 84.11 3 82.09
New Zealand 5 81.81 6 74.94
Australia 6 80.45 5 79.56
Republik Rakyat China 7 76.99 8 73.26
Korea 8 73.92 9 69.65
Jepun 9 72.83 7 73.76
Thailand 10 69.79 10 64.98
Filipina 11 60.15 12 54.95
Indonesia 12 59.91 11 59.55
India 13 59.49 13 53.92
Mongolia 14 47.13 - -
44
Kumpulan Perancangan Antara Agensi (IAPG) bagi Data Daya Saing yang diketuai oleh MPC
untuk:
(i) Menyelaras dan bekerjasama untuk memastikan data daya saing adalah terkini dan
mencerminkan situasi sebenar di Malaysia;
(ii) Menyediakan dan mengesahkan data yang diperlukan oleh IMD; dan
(iii) Untuk bekerjasama dengan pembekal data antarabangsa bagi memastikan data daya saing
Malaysia dilaporkan dengan betul.
Ahli-ahli IAPG terdiri daripada:
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Bank Negara Malaysia (BNM)
Kementerian Kewangan (MOF)
Bursa Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK)
Suruhanjaya Tenaga (ST)
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
Jabatan Imigresen Malaysia (DOI)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
Lampiran 5
45
Pautan untuk World Competitiveness Yearbook 2015 (WCY 2015) :
www.imd.org/wcy15
Malaysia Productivity Corporation (MPC)
(Bahagian Daya Saing Global (GCD))
Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: 603-7960 0173
Fax: 603-7960 0206
E-mel: GlobalCompetitiveness@mpc.gov.my
1800-88-1140
www.mpc.gov.my
Recommended