12
Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 1 of 12 PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. LEMBARAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Lembaran Penerangan Produk ini bersama- sama dengan dan syarat umum dan khusus yang dilampirkan bersama-sama ini (jika ada) sebelum anda memohon dan membuat keputusan untuk melanggan AFFIN ISLAMIC Restricted Investment Account-i (Mudarabah). AFFIN ISLAMIC RESTRICTED INVESTMENT ACCOUNT-I Sept 2016 Tidak layak untuk perlindungan oleh PIDM. MAKLUMAT RINGKAS PRODUK 1. Apakah produk ini? Kontrak Syariah yang Digunakan Produk ini adalah berdasarkan konsep Syariah Mudarabah, di bawah kategori Mudarabah Muqayyadah (Mudarabah Terhad). Mudarabah adalah kontrak antara Pelanggan selaku Pelabur / Pemegang Akaun Pelaburan (PAP) / penyedia modal - Rabbul Mal) dan Bank (pengusaha -Mudarib) di mana Rabbul Mal menyediakan modal yang akan diuruskan oleh Mudarib. Sebarang keuntungan yang dijana dari modal akan dikongsi antara Rabbul Mal dan Mudarib mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (PSR) yang dipersetujui bersama manakala kerugian akan ditanggung oleh Rabbul Mal dengan syarat kerugian tersebut bukan disebabkan perbuatan salah laku, kecuaian atau pelanggaran terma-terma oleh Mudarib. Jenis Produk AFFIN ISLAMIC Restricted Investment Account-i merujuk kepada jenis akaun pelaburan spesifik di mana Pelanggan selaku Pemegang Akaun Pelaburan (PAP) bersetuju dengan mandat pelaburan spesifik untuk Bank melaburkan dan menggunakan dana dari akaun ini dalam aktiviti perniagaan patuh Syariah tertentu mengikut peranannya sebagai Mudarib iaitu terhadap projek-projek pembiayaan khusus yang memerlukan aturan pendanaan khas. Produk ini adalah TIDAK LAYAK untuk perlindungan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Pihak Terlibat dalam Aktiviti Pelaburan, Peranan dan Tanggungjawab Pihak yang terlibat dalam pelaburan ini adalah Pelanggan selaku Pemegang Akaun Pelaburan (PAP - Rabbul Mal) dan Bank sebagai pengusaha (Mudarib), di mana: Pelanggan akan melabur wang mereka dalam AFFIN ISLAMIC RIA-i ("Dana").

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN … filePembahagian Keuntungan (PSR) yang dipersetujui. Sila rujuk kepada bahagian "Kekerapan Pengagihan Keuntungan" untuk maklumat lanjut

Embed Size (px)

Citation preview

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 1 of 12

PENTING / PENAFIAN

INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA

PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Sila baca Lembaran Penerangan Produk ini bersama-

sama dengan dan syarat umum dan khusus yang

dilampirkan bersama-sama ini (jika ada) sebelum anda

memohon dan membuat keputusan untuk melanggan

AFFIN ISLAMIC Restricted Investment Account-i

(Mudarabah).

AFFIN ISLAMIC RESTRICTED

INVESTMENT ACCOUNT-I

Sept 2016

Tidak layak untuk perlindungan

oleh PIDM.

MAKLUMAT RINGKAS PRODUK

1. Apakah produk ini?

Kontrak Syariah yang

Digunakan

Produk ini adalah berdasarkan konsep Syariah Mudarabah, di

bawah kategori Mudarabah Muqayyadah (Mudarabah

Terhad).

Mudarabah adalah kontrak antara Pelanggan selaku Pelabur /

Pemegang Akaun Pelaburan (PAP) / penyedia modal -

Rabbul Mal) dan Bank (pengusaha -Mudarib) di mana Rabbul

Mal menyediakan modal yang akan diuruskan oleh Mudarib.

Sebarang keuntungan yang dijana dari modal akan dikongsi

antara Rabbul Mal dan Mudarib mengikut Nisbah

Perkongsian Keuntungan (PSR) yang dipersetujui bersama

manakala kerugian akan ditanggung oleh Rabbul Mal dengan

syarat kerugian tersebut bukan disebabkan perbuatan salah

laku, kecuaian atau pelanggaran terma-terma oleh Mudarib.

Jenis Produk

AFFIN ISLAMIC Restricted Investment Account-i merujuk

kepada jenis akaun pelaburan spesifik di mana Pelanggan

selaku Pemegang Akaun Pelaburan (PAP) bersetuju dengan

mandat pelaburan spesifik untuk Bank melaburkan dan

menggunakan dana dari akaun ini dalam aktiviti perniagaan

patuh Syariah tertentu mengikut peranannya sebagai Mudarib

iaitu terhadap projek-projek pembiayaan khusus yang

memerlukan aturan pendanaan khas.

Produk ini adalah TIDAK LAYAK untuk perlindungan oleh

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Pihak Terlibat dalam

Aktiviti Pelaburan,

Peranan dan

Tanggungjawab

Pihak yang terlibat dalam pelaburan ini adalah Pelanggan selaku

Pemegang Akaun Pelaburan (PAP - Rabbul Mal) dan Bank sebagai

pengusaha (Mudarib), di mana:

Pelanggan akan melabur wang mereka dalam AFFIN

ISLAMIC RIA-i ("Dana").

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 2 of 12

Dana itu kemudian dilaburkan oleh Bank dalam portfolio aset

Bank tertentu.

Keuntungan yang dijana daripada pelaburan ini akan di

agihkan kepada Pelanggan dan Bank berdasarkan Nisbah

Pembahagian Keuntungan (PSR) yang dipersetujui. Sila

rujuk kepada bahagian "Kekerapan Pengagihan

Keuntungan" untuk maklumat lanjut.

Pelaburan ini adalah terikat kepada prestasi aset pendasar,

sementara prinsipal dan pulangan tidak dijamin oleh Bank.

Kerugian kewangan yang berkaitan dengan pelaburan (jika

ada) akan ditanggung oleh Pelabur manakala Bank mungkin

mengalami kerugian dari segi usaha dan masa.

KESESUAIAN PRODUK

2. Siapakah yang sesuai dengan produk ini?

Jenis Pelabur

Produk AFFIN ISLAMIC RIA-i (Mudharabah) adalah sesuai dengan

jenis Pelanggan berikut yang berupaya menanggung risiko dalam

pelaburan ini kerana pulangan dari akaun adalah sepenuhnya

berdasarkan kepada prestasi aset pelaburan:

Pelabur individu.

Pelabur korporat, termasuk SME dan Institusi.

Objektif Pulangan

Keuntungan atau pulangan atau Unjuran Kadar Keuntungan Dijangka

(EPR) daripada pelaburan bergantung pada prestasi aset pendasar.

Meskipun EPR menunjukkan pulangan lebih tinggi daripada kadar

pulangan produk deposit biasa atau deposit tetap yang di tawarkan

oleh Bank, kadar EPR yang diberi hanyalah kadar indikatif dan bukan

menjadi kewajipan Bank untuk menjana atau membayar kadar

keuntungan tersebut.

Tempoh Pegangan

Pelaburan

Penebusan hanya boleh dibuat apabila pelaburan mencapai tempoh

matang, atau penebusan fasiliti pembiayaan (oleh Pelanggan Bank).

Bagaimanapun, oleh kerana produk ini adalah perkiraan khas untuk

akaun pelaburan-i (Mudarabah) terhad, pengeluaran pra-matang atau

pengeluaran separa oleh Pelabur adalah tidak dibenarkan.

Jaminan /

Perlindungan

Prinsipal

Akaun ini diklasifikasikan di bawah produk "Pelaburan"

berdasarkan kontrak Mudarabah dimana nilai modal tidak

dijamin dan pulangan (jika ada) adalah bergantung kepada

aktiviti pelaburan.

Prinsipal adalah TIDAK DIJAMIN OLEH BANK DAN TIDAK

LAYAK untuk perlindungan oleh PIDM. Apa-apa pulangan

negatif atau kerugian yang boleh menjejaskan sebahagian

atau kesemua Akaun Pelaburan mestilah ditanggung oleh

pihak Pemegang Akaun Pelaburan (PAP).

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 3 of 12

CIRI-CIRI UTAMA PRODUK

3. Apakah pelaburan saya?

Strategi Pelaburan

Projek PelaburanTerkini :

Sewa Notebook @ ICT

Zone Ventures Berhad

Perkara Penerangan

Nama Projek : “Rent-a-notebook@ICT”

Aset Pelaburan : Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq

kepada ICT Zone Ventures Bhd

Dana Pelaburan

yang Perlu Dijana

: RM4,000,000-00

Tempoh Pelaburan : Max 24 months

Unjuran Kadar

Keuntungan Efektif

(EPR)

: 6.08% setahun berdasarkan jumlah

pelaburan tertunggak.

EPR adalah tidak dijamin. EPR

semasa yang diberikan adalah kadar

indikatif dan unjuran berdasarkan

berdasarkan keadaan semasa.

Kelayakan

Individu / Akaun Bersama / Perkongsian / Perusahaan

Milikan Tunggal

Syarikat-Syarikat / Kelab / Pertubuhan / Persatuan

Jumlah Minima

Pelaburan Permulaan RM10,000-00

Tempoh Maksimum 24 bulan. Pengeluaran pramatang adalah tidak dibenarkan.

Nisbah Perkongsian

Keuntungan (PSR)

Pelabur (%) Bank (%)

80 20

Contoh Pengiraaan

Keuntungan

Tarikh

pelaburan

01/08/2016 Tempoh

Pelaburan

1 bulan

Tarikh bayaran

keuntungan

pertama

31/08/2016

Nisbah

Perkongsian

Keuntungan

(PSR)

Pelanggan:Bank

80:20

Amaun

Pelaburan

(Prinsipal)

RM10,000 Unjuran EPR 6.08%

Formula Pengiraan Keuntungan: Prinsipal x Unjuran EPR x 31/365 hari

Eg : Keuntungan Yang Harus Dibayar kepada Pelanggan atas

Pelaburan berjumlah RM10,000-00 untuk 31 hari:

RM10,000 x 6.08% x 31/365 = RM51.64

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 4 of 12

Unjuran Kadar

Keuntungan Dijangka

(EPR)

6.08% setahun berdasarkan jumlah pelaburan tertunggak

dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) 6.60%.

EPR adalah tidak dijamin. Unjuran EPR yang diberikan

adalah kadar indikatif berdasarkan keadaan semasa.

EPR akan dibayar kepada Pelabur dari bayaran

keuntungan dan bergantung pada keuntungan yang dibayar

dari Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq tersebut.

Kekerapan Agihan

Keuntungan

Keuntungan akan dibayar kepada Pemegang Akaun Pelaburan (IAH)

setiap bulan bermula dari akhir bulan pertama selepas Tarikh

Pelaburan, dan tertakluk kepada penerimaan bayaran keuntungan di

bawah Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq tersebut.

Pembukaan Akaun

(CASA-i) Di Kaunter Cawangan.

Dokumen yang

diperlukan untuk

pembukaan akaun

Individu

(i) Mykad/MyTentera/MyPR/ID Tentera/ID Polis

(ii) Passport ( untuk Bukan Residen)

Bukan-individu

1. Nombor Pendaftaran Perniagaan

2. Resolusi Lembaga Pengarah

Selain daripada itu, pemegang akaun pelaburan juga perlu

mengemukakan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh pihak

IAP Integrated Sdn Bhd (IAP) dan Bank.

Penutupan Akaun /

Penebusan

Penebusan Dana: -

1. Penebusan hanya dibenarkan setelah kematangan

Aset Pelaburan.

2. Penebusan setelah penyelesaian penuh Aset

Pelaburan

3. Penebusan hanya setelah penjualan / realisasi aset

tersebut kepada pihak ketiga (selain Bank).

Penebusan Separa / Pra-matang adalah tidak dibenarkan.

Penutupan dan penebusan pelaburan boleh dibuat di kaunter

cawangan.

Ciri-Ciri Produk

Ciri-Ciri Penerangan

Struktur Pelaburan dan

Tempoh

Struktur pelaburan dibahagikan kepada dua tempoh pelaburan yang

berbeza:

Tempoh pertama adalah antara tarikh PAP meletakkan

Jumlah Pelaburan dengan Bank ("Tarikh Pelaburan")

pada bila-bila masa dalam tempoh pengumpulan dana

("Tempoh Kempen") sehingga akhir Tempoh Kempen.

Pada Tarikh Pelaburan, PAP hendaklah mendepositkan

Jumlah Pelaburan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 5 of 12

Simpanan ("CASA-i") dengan Bank dan dana tersebut

akan dikenalpasti oleh Bank sehingga akhir Tempoh

Kempen.

PAP tidak dibenarkan untuk menarik balik pelaburan yang telah

dikenalpasti dalam Tempoh Kempen kerana dana itu telah

dikenalpasti oleh Bank sepanjang Tempoh Kempen. Sekiranya

pengumpulan dana itu dibatalkan, jumlah yang dikenalpasti akan

dilepaskan oleh Bank dan boleh dikeluarkan oleh PAP.

Tempoh kedua adalah antara hari selepas Tempoh

Akhir Kempen) ("Tarikh Berkuatkuasa") hingga tarikh

matang pelaburan ("Tempoh Pelaburan"). Pada Tarikh

Kuat Kuasa, Bank akan mendebitkan Jumlah Pelaburan

dari Akaun CASA-i PAP (jumlah yang telah dikenalpasti

sebelum ini), ke dalam Akaun RIA-i dan melabur jumlah

pelaburan ke dalam Aset Pelaburan bagi pihak PAP.

PAP tidak dibenarkan untuk menarik balik pelaburan sehingga

tempoh matang pelaburan. Prinsipal dan keuntungan akan dibayar

pada setiap bulan atau mana-mana kekerapan bayaran lain

mengikut Terma Pelaburan melalui Akaun CASA-i PAP.

Pelaburan ke dalam Aset Pelaburan hendaklah dilakukan melalui

transaksi Mudarabah antara Pelanggan (ICT Zone Venture Sdn

Bhd), sebagai Pembeli dan PAP, sebagai penjual komoditi pada

harga yang dipersetujui dengan melalui Bank sebagai wakil.

CASA / CASA-i Adalah menjadi syarat untuk melabur dalam RIA-i, Pelabur

digalakkan mempunyai CASA / CASA-i yang sedia ada dengan

Bank. Jika tidak Pelabur digalakkan membuka akaun CASA-i

dengan Bank sebelum membuat Pelaburan dalam RIA-i.

Rasional

Akaun CASA / CASA-i Pelabur akan didebitkan dengan

Jumlah Pelaburan semasa pembukaan RIA-i.

Akaun CASA / CASA-i Pelabur akan dikreditkan dengan

keuntungan atau prinsipal RIA-I, jika ada, apabila pelaburan

telah matang atau mana-mana frekuensi bayaran lain seperti

termaktub dalam Terma Pelaburan.

Akaun CASA / CASA-i Pelabur akan didebitkan dengan

yuran dan caj (jika ada)

Cara pembayaran Pelaburan dalam RIA-i akan dibuat dengan cara mendebitkan Akaun

CASA / CASA-i Pelabur.

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 6 of 12

Terma Kemudahan Pembiayaan

Pelanggan ICT Zone Ventures Bhd ( Co no : 888104M)

Jenis Pembiayaan Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq

Amaun Sehingga RM4,000,000-00

Tempoh Maksimum 24 bulan

Tujuan Untuk membiayai sebahagian daripada 70% daripada perbelanjaan modal

yang berkaitan dengan kontrak yang berikut atau maksimum RM4.0 juta,

yang mana lebih rendah.

“Perkhidmatan Membangun, Mencetak dan Menghantar Program

Pembelajaran Bersepadu Serta Melatih Jurulatih Untuk Menyampaikan

Sub Program Tech+Talk Bagi Jabatan Latihan Khidmat Negara,

Kementerian Pertahanan” oleh Kementerian Pertahanan di bawah perkara

(B) : “Sewaan Komputer Riba”.

Pemberi Kontrak / Pemberi Pajak: Starza Corporation S/B

Penerima Kontrak / Penerima Pajak : ICT Zone Ventures Bhd

Surat Anugerah/Dokumen Kontrak diantara MINDEF dan Starza

Corporation S/B untuk penyewaan computer riba.

Perjanjian Penyewaan antara Starza Corporation S/B dan ICT

Zone Ventures Bhd untuk pnyewaan computer riba.

Pembayaran balik ke Zon ICT Ventures Bhd adalah dibenarkan

dan tertakluk kepada penerimaan dokumen bukti yang

memuaskan oleh Bank seperti berikut :

(i) Salinan Borang Pesanan (PO) dari MINDEF yang disahkan

salinan asal

(ii) Salinan Invois yang disahkan salinan asal

(iii) Salinan Borang Penghantaran ditandatangani oleh

penandatangan yang diberi kuasa yang disahkan salinan asal

Kadar Keuntungan

BFR + 1% setahun = 7.6%

Kadar Pembiayaan Asas Bank ialah 6.60% setahun.

Bank berhak untuk mengubah Kadar Pembiayaan Asas (BFR) dan margin

pembiayaan mengikut budi bicara mutlak pada bila-bila masa dan

pemberitahuan perubahan tersebut akan dilaksanakan melalui iklan dalam

mana-mana akhbar tempatan, atau melalui paparan notis di premis-premis

Bank atau apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank.

Pembayaran Prinsipal dan keuntungan akan dibayar pada setiap bulan dan pecahan

adalah seperti berikut:

No. Prinsipal Keuntungan Ansuran

1 155,194.01 24,986.30 180,181.00

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 7 of 12

2 155,362.88 24,817.43 180,181.00

3 157,133.93 23,046.38 180,181.00

4 157,379.98 22,800.33 180,181.00

5 158,395.84 21,784.47 180,181.00

6 161,427.48 18,752.83 180,181.00

7 160,460.23 19,720.08 180,181.00

8 162,098.69 18,081.62 180,181.00

9 162,542.28 17,638.03 180,181.00

10 164,126.58 16,053.73 180,181.00

11 164,650.86 15,529.45 180,181.00

12 165,713.65 14,466.66 180,181.00

13 167,215.46 12,964.85 180,181.00

14 167,862.64 12,317.67 180,181.00

15 169,308.55 10,871.76 180,181.00

16 170,039.01 10,141.30 180,181.00

17 171,136.58 9,043.73 180,181.00

18 173,009.53 7,170.78 180,181.00

19 173,357.97 6,822.34 180,181.00

20 174,660.94 5,519.37 180,181.00

21 175,604.36 4,575.95 180,181.00

22 176,848.90 3,331.41 180,181.00

23 177,879.37 2,300.94 180,181.00

24 178,590.28 1,590.03 180,181.00

Sekuriti 1. Dokumen Perjanjian Tawarruq hendaklah dicop untuk RM4,000,000-00 sebagai Instrument Utama.

2. Jaminan Bersama & Berasingan untuk RM4,000,000-00 akan

dilaksanakan oleh individu-individu yang berikut dalam kapasiti peribadi mereka, iaitu

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 8 of 12

Nama No. NRIC

(i) Ng Thien Phing 750204-03-5313

(ii) Lim Kok Kwang 750213-04-5097

(iii) Zafidi Bin Mohamad 731024-03-5347

3. Surat Pemberitahuan Yang Tidak Boleh Ditarik Semula dari Starza

Corporation Sdn Bhd kepada MINDEF dan diakui oleh MINDEF, untuk membayar hasil kontrak terus ke akaun escrow Starza dengan Bank.

4. Surat Ikatan Penyerahan Hak Khusus akan dilaksanakan antara

Pelanggan dan Bank bagi kontrak yang akan dibiayai oleh Bank.

5. Surat Ikatan Penyerahan Hak Antara Tiga Pihak mengenai kontrak ini ICT Zone Venture Sdn Bhd, Starza Corporation Sdn Bhd dan Bank.

6. Wang Pendahuluan sebanyak tiga (3) bulan ansuran haruslah

disimpan dan dikekalkan dengan Bank pada setiap masa. Surat Set-Off ("LOSO") dan Memorandum Deposit ( "MOD") akan dilaksanakan dengan sewajarnya dan dicop.

7. Caj / Hak ke atas akaun escrow Pelanggan dan Starza Corporation

Sdn Bhd dan semua wang yang ada dalam kredit akaun tersebut.

Pengeluaran Sijil Sijil Pelaburan (dengan nombor siri) akan dikeluarkan kepada PAP apabila

selesai pembukaan pelaburan pada Tarikh Berkuatkuasa.

Sijil Pelaburan akan mempunyai nombor akaun, jumlah pelaburan dan

butiran lain pelaburan.

Pembayaran

Keuntungan

Dibayar pada setiap bulan dan akan dikira berdasarkan EPR.

Jumlah keuntungan akan dikreditkan kepada Akaun CASA / Casa-i

Pelabur atau berdasarkan apa-apa arahan bayaran lain yang

diterima oleh Bank dari semasa ke semasa.

Kekerapan pembayaran keuntungan yang dinyatakan di atas

hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh PAP sebelum

membuat pembayaran.

PAP adalah berhak keatas hasil keuntungan efektif yang dijana

daripada Aset Pelaburan dan ianya tertakluk kepada prestasi Aset

Pelaburan dan PSR (Perkongsian Nisbah Keuntungan) yang telah

dipersetujui.

Nisbah

Perkongsian

Keuntungan

80:20 PAP : Bank

Penebusan PAP hanya boleh menebus pelaburan pada tarikh matang.

Penebusan pra-matang adalah TIDAK DIBENARKAN.

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 9 of 12

Walau bagaimanapun, PAP boleh mengeluarkan keuntungan yang

dikreditkan ke Akaun CASA / CASA-i Pelabur bergantung kepada

kekerapan pembayaran.

Insentif Cukai Pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan

yang diperoleh daripada pelaburan yang layak untuk tiga (3) tahun

berturut-turut.

Nota:

Pengecualian ini hanya untuk pelaburan yang dibuat dari tahun 2015-

2018.

Penjualan dan

Pemindahan

Pelaburan

Pelaburan ini bukan surat cara boleh niaga.

Penyata Akaun Akan diberikan setiap bulan

4. Apakah kemungkinan hasil yang daripada pelaburan?

o PAP berpotensi mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi hasil daripada prestasi positif aset

pendasar tersebut. Walau bagaimanapun, PAP juga berkemungkinan mengalami kerugian

penuh atau sebahagian pelaburan daripada kegagalan aset pendasar tersebut.

o Prinsipal dan pulangan pelaburan tidak dijamin sekiranya Projek menanggung kerugian atau

tidak berfungsi seperti yang dijangka atau kerana kejatuhan Kadar Pembiayaan Asas berkaitan

dengan pembiayaan tersebut.

o Sebarang kerugian yang timbul daripada pelaburan dan perniagaan bawah Mudarabah akan

ditanggung oleh Pelabur, sebagai pemberi modal melainkan berlaku salah urus dana oleh pihak

Bank.

RISIKO UTAMA

5. Apakah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan produk ini?

Walaupun Bank akan memberi penekanan atas kawalan pengurusan risiko dalam aktiviti

perundangan dan operasi, peruntukan aset, objektif pelaburan, penilaian, prestasi dan pengawasan,

dan lain-lain seperti yang termaktub dalam Polisi Pelaburan BNM (BNM’s Investment Policy),

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mempertimbangkan dengan berhati-hati dan menyedari

kewujudan risiko-risiko berkaitan dengan pelaburan AFFIN ISLAMIC RIA-i (Mudarabah) seperti

yang berikut sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Antara risiko-risiko yang boleh terjadi yang mungkin menyebabkan kerugian kepada

pelaburan adalah seperti di bawah.

Risiko Kerugian Modal Awal Mana-mana pelaburan boleh mendedahkan Pelanggan kepada

risiko kerugian modal, tertakluk kepada prestasi aset asas.

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 10 of 12

Risiko Pasaran

Aset pelaburan adalah tertakluk kepada kadar turun naik pasaran,

yang memberi kesan kepada potensi pergerakan harga (kadar

keuntungan, kadar pertukaran mata wang asing - jika ada) dan

prestasi pendapatan keseluruhan pembiayaan.

Risiko Kecairan

AFFIN ISLAMIC Restricted Investment Account-i (Mudarabah)

merupakan produk pelaburan yang tidak tersenarai, tidak boleh

dipindah milik dan tidak boleh diniagakan. Oleh itu ia membawa

risiko yang berpunca daripada kekurangan keboleh-pasaran dan

tidak boleh dibeli atau dijual dengan cepat untuk mencegah atau

meminimumkan kerugian atau mengoptimumkan keuntungan.

Risiko Kredit

Risiko ini mungkin timbul apabila kelewatan pembayaran balik

oleh aset yang dibiayai. Oleh itu, pemilihan dan tadbir urus yang

ketat hendaklah digunakan oleh Bank dalam proses membuat

keputusan.

Risiko Operasi

Potensi kerugian akibat kegagalan proses dalaman, sumber

manusia, sistem atau faktor luaran.

Risiko Ketidakpatuhan

Peraturan

Keadaan ini berlaku apabila pelaburan tersebut gagal mematuhi

parameter pelaburan yang ditetapkan oleh pihak berwajib yang

berkaitan. Risiko ini hendaklah diuruskan oleh Bank selaras

dengan dasar dan tatacara keseluruhan Bank.

Risiko Ketidakpatuhan

Shariah

Kegagalan untuk mematuhi peraturan Syariah dari Majlis

Penasihat Syariah BNM dan Ahli Penasihat Syariah Bank boleh

menyebabkan pelanggaran peraturan. Pengesahan daripada

Syariah untuk dokumen Lembaran Penerangan Produk, polisi dan

prosedur, manual, bahan-bahan promosi, penerbitan dan operasi

akaun pelaburan hendaklah diperolehi.

Risiko Negara

Kestabilan politik dan ekonomi negara mungkin akan

mempengaruhi pertumbuhan dan prestasi aset pelaburan.

Risiko Sektor / Industri

Setiap industri / sektor adalah terdedah kepada pelbagai unsur-

unsur risiko. Oleh itu, kepelbagaian dan pemilihan industri / sektor

itu adalah kritikal kepada Bank dalam menguruskan risiko

tersebut.

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 11 of 12

YURAN DAN CAJ

6. Apakah yuran dan caj yang terlibat?

Duti Setem – Perjanjian RIA-i RM10.00

Duti Setem – Untuk Surat Indemniti RM10.00

Cetakan Penyata Secara Ad Hoc (Selain dari penyata berjadual) RM10.60

Cetakan Laporan Prestasi Aset (Selain dari laporan berjadual)

Nota: Laporan disini merujuk kepada laporan prestasi asset.

RM63.60

Penggantian Sijil Yang Hilang RM10.00

GST (jika berkenaan) 6%

Butiran lanjut mengenai yuran dan caj yang dikenakan untuk produk ini boleh didapati di

laman web Bank dan seperti yang dipaparkan di cawangan.

Jika terdapat apa-apa perubahan kepada yuran dan caj daripada struktur di atas, Bank akan

memberitahu PAP sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kalendar sebelum tarikh kuat kuasa.

PENILAIAN

7. Apakah strategi penilaian kekerapan yang digunakan & di mana penilaian akan diterbitkan?

Aset Pelaburan adalah dianggap pembiayaan dan jumlah belum terima

Pembiayaan dan jumlah belum terima adalah aset kewangan bukan derivatif dengan

pembayaran tetap atau yang boleh ditentukan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif.

Aset kewangan ini pada awalnya diiktiraf pada nilai saksama, termasuk kos urus niaga

langsung dan tambahan, dan seterusnya diukur pada kos terlunas menggunakan kaedah

keuntungan efektif.

Laporan suku tahunan akan diberikan kepada PAP ke atas prestasi Aset Pelaburan.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

o Anda perlu memaklumkan kami mengenai apa-apa perubahan dalam butir-butir peribadi anda

untuk memastikan bahawa semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada

masanya.

o Makluman itu mestilah dibuat secara bertulis dan mel atau diserahkan dengan tangan ke

cawangan Affin Bank Islam atau Affin Bank yang berhampiran.

8. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut atau untuk membuat aduan?

o Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai produk ini, sila rujuk maklumat

produk boleh didapati di semua cawangan atau lawatan kami yang berhampiran Affin Islamic

Bank atau Affin Bank yang berhampiran atau layari laman web kami di www.affinislamic.com.my

/ www.affinbank.com.my.

o Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai pelaburan, sila rujuk kepada buku

‘banking info’ dalam ‘Investing Your Money’, yang boleh didapati di semua cawangan kami dan

laman sesawang www.bankinginfo.com.my.

Copyright 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Page 12 of 12

o Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian 03-5522

3000 atau e-mel kepada [email protected].

o Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian masalah dalaman kami, sila

rujuk pertikaian anda kepada BNM TELELINK,

a) melalui telefon : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)

b) melalui faks : +603-2174 1515

c) melalui mel : [email protected]

d) melalui surat : Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

Bank Negara Malaysia

P.O Box 10922

50929 Kuala Lumpur.

AMARAN

PULANGAN AKAUN PELABURAN INI AKAN DIPENGARUHI OLEH PRESTASI

ASET PENDASAR. PRINSIPAL DAN PULANGAN ADALAH TIDAK DIJAMIN DAN

RISIKO BAGI PELABUR ADALAH TIDAK MENDAPAT PULANGAN SAMA

SEKALI. PELABURAN INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS

DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

Maklumat yang disediakan dalam helaian pendedahan ini adalah sah pada 30th

September 2016.

Penafian:

Lembaran Pendedahan Produk ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak mengandungi sebarang nasihat

mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan. Semua maklumat dan bahan termasuk yang mengenai perkhidmatan,

produk, maklumat kewangan, data, teks atau item lain yang disediakan adalah seperti 'seadanya' dan 'boleh didapati'

dan disediakan untuk maklumat dan rujukan anda sahaja. AFFIN ISLAMIC tidak menjamin kebergunaan atau

kecukupan maklumat yang diberikan dan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan dan tidak akan

bertanggungjawab terhadap akibat pergantungan kepada mana-mana pendapat atau kenyataan yang terkandung di

sini atau apa-apa peninggalan. Terma dan syarat yang tepat produk-produk ini yang dinyatakan dalam SYARAT

GENERIK DAN KHUSUS & SYARAT TERPAKAI BAGI SEMUA AKAUN DEPOSIT / PRODUK / PERKHIDMATAN

ISLAM dan terma dan syarat yang terpakai bagi produk ini (jika ada) yang boleh didapati di AFFIN ISLAMIC atau

AFFIN BANK cawangan dan di www.affinislamic.com.my / www.affinbank.com.my. Sekiranya berlaku apa-apa

percanggahan (ies), konflik (s), kesamaran (ies) atau percanggahan (ies) antara Bahasa Malaysia dan versi Bahasa

Inggeris ini "Lembaran Pendedahan Produk", versi Bahasa Inggeris ini "Lembaran Pendedahan Produk" akan diguna

pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, jika permintaan dibuat oleh pelanggan untuk versi Bahasa Malaysia

daripada "Lembaran Pendedahan Produk" di sini, Affin Islamic Bank hendaklah memberikannya kepada pelanggan dan

jika perjanjian diikat atas dasar ini, maka versi Bahasa Malaysia daripada "Lembaran Pendedahan Produk" akan diguna

pakai. Lembaran Pendedahan Produk ini adalah sulit dan tidak boleh dikeluarkan semula (secara keseluruhan atau

sebahagian) kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AFFIN ISLAMIC BANK

BERHAD.