View
254
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
1
MANUAL PENGGUNA
SISTEM PENGURUSAN BUKU TEKS
(eSPBT)
-MODUL SEKOLAH-
VERSI 1.0
Disediakan oleh :-
Bahagian Pengurusan Maklumat
2
ISI KANDUNGAN:
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN
4.0 LAMAN UTAMA eSPBT
5.0 MODUL SEKOLAH
6.0 MODUL PENGETUA/GURU BESAR
3
1.0 PENGENALAN
Sistem eSPBT adalah Sistem Pengurusan Buku Teks secara atas talian hasil
migrasi dari sistem BTBT Online. Sistem eSPBT adalah hasil
penambahbaikan sistem sedia ada iaitu daripada client-server ke sistem
berasaskan web dan boleh dicapai melalui internet. Sekolah-sekolah
yang mempunyai talian internet boleh memesan terus keperluan buku
teks yang diperlukan oleh sekolah secara atas talian.
Terdapat 6 modul utama dalam sistem ini iaitu:
a) Modul Sekolah (Guru Penyelaras SPBT Sekolah)
b) Modul Pengetua / Guru Besar
c) Modul Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
d) Modul Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
e) Modul Pentadbir (Bahagian Buku Teks)
f) Modul Bahagian Buku Teks (BBT)
Ringkasan 6 modul utama sistem adalah seperti berikut.
Modul Pengguna Tugas utama
Modul
Sekolah
Guru Penyelaras SPBT
Pengisian enrolmen murid, pengisian pesanan
buku teks dan laporan pesanan buku teks
sekolah
Modul
Pengetua /
Guru Besar
Pengetua / Guru Besar
Pengesahan maklumat enrolmen dan
pesanan yang dimasukkan oleh Guru
Penyelaras SPBT serta paparan laporan
pesanan buku teks sekolah
4
Modul PPD
PPD
Semakan dan pemantauan sekolah-sekolah di
bawah seliaan
Modul JPN
JPN
Semakan, pemantauan dan pembayaran
pesanan buku teks di bawah seliaan
Modul
Pentadbir
Pentadbir Sistem
Pengemaskinian maklumat buku teks, janaan
kelompok buku teks, penetapan tempoh LO,
dan penambahan sekolah baru
Modul BBT
Pegawai Sektor SPBT
Laporan / Rumusan seluruh negara
2.0 OBJEKTIF
Secara amnya, objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memudahkan
dan mempercepatkan proses permohonan pesanan buku teks untuk setiap
buat sekolah. Ia juga memudahkan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan
Pendidikan Negeri untuk membuat semakan dan pemantauan ke atas sekolah-
sekolah di bawah seliaan mereka. Walaubagaimanapun, secara khususnya
pembangunan sistem adalah bertujuan untuk:
a) Membuat penambahbaikan sistem sedia ada daripada client-server ke sistem
berasaskan web
b) Menaiktaraf pangkalan data daripada Oracle 6i kepada Oracle 11g bagi
meminimumkan masalah ketepatan data
5
c) Membuat penambahbaikan peranan sekolah, PPD dan JPN dalam pengurusan
buku teks.
d) Mempercepatkan proses penyampaian maklumat delivery system dalam
proses pesanan buku teks agar lebih sistematik.
3.0 ID PENGGUNA DAN KATALALUAN
Terdapat enam (6) kategori pengguna bagi sistem ini iaitu:
Pengguna
Tugas utama
Guru Penyelaras SPBT
Pengisian enrolmen murid dan pengisian
pesanan buku
Pengetua /Guru Besar
Pengesahan maklumat enrolmen dan
pesanan yang dimasukkan oleh Guru
Penyelaras SPBT
PPD
Semakan dan pemantauan sekolah-sekolah di
bawah seliaan
JPN
Semakan, pemantauan dan pembayaran
pesanan buku teks di bawah seliaan
Pentadbir
Pengemaskinian maklumat buku teks, janaan
kelompok buku teks, penetapan tempoh LO,
dan penambahan sekolah baru
Pegawai Sektor SPBT
Laporan / Rumusan seluruh negara
6
Sekiranya pengguna terlupa katal aluan, semakan kata laluan bagi pengguna
Guru Penyelaras SPBT, Pengetua /Guru Besar boleh dibuat di PPD dan semakan
kata laluan bagi PPD boleh dibuat melalui JPN manakala sekiranya JPN terlupa
kata laluan, mohon hubungi pihak Pentadbir.
4.0 LAMAN UTAMA ESPBT
Rajah 1 berikut adalah merupakan laman utama eSPBT
Rajah 1 : Laman utama sistem eSPBT
5.0 MODUL SEKOLAH
7
5.1 Masukkan kod sekolah dan kata laluan dan tekan butang login
5.2 Terdapat 5 menu bagi modul sekolah (pengguna : Guru Penyelaras SPBT)
iaitu:-
i. Profil
ii. Enrolmen
iii. Pesanan
iv. Semakan ralat
v. Laporan
5.3 Pada menu profil, lengkapkan profil diri dan klik butang kemaskini
8
5.4 Sekiranya ingin menukar kataluan, mohon ubah di tab kata laluan.
5.5 Seterusnya klik menu enrolmen dan masukkan enrolmen murid.
9
5.6 Klik TIDAK di kotak Setuju Dengan Data 2014 APDM? sekiranya tidak
bersetuju dengan Data APDM dan ingin membuat perubahan data.
5.7 Klik simpan data sekiranya enrolmen telah lengkap di isi. Sekiranya
terdapat murid khas di sekolah tersebut, klik enrolmen murid khas dan isi
ruangan enrolmen murid khas.
5.8 Sahkan data enrolmen dengan menanda () pada penyataan Saya
Guru SPBT mengesahkan data enrolmen murid ini adalah benar dan
10
kemudian klik OK. Sila semak enrolmen sebelum membuat pengesahan
pada kotak pengesahan.
5.9 Log keluar Guru/Penyelaras spbt.
6.0 MODUL PENGETUA/ GURU BESAR
11
6.1 Masukkan log masuk Pengetua /Guru Besar sekolah dan kata laluan dan
tekan butang login
6.2 Terdapat 3 menu bagi modul sekolah (pengguna : Pengetua / Guru
Besar) iaitu:-
i. Profil
ii. Makluman
iii. Laporan
6.3 Pada menu Profil, lengkapkan maklumat diri dan klik kemaskini.
12
6.4 Sekiranya ingin menukar kata laluan, mohon ubah di tab kata laluan.
6.5 Klik menu Makluman dan sekiranya guru SPBT telah mengisi makluman
enrolmen murid, link pengisian enrolmen oleh sekolah pada ruangan
Unjuran Enrolmen Murid akan wujud. Klik link tersebut bagi membuat
pengesahan enrolmen.
6.6 Data enrolmen murid akan dipaparkan.
13
6.7 Sekiranya Pengetua /Guru Besar bersetuju dengan data enrolmen
tersebut, pilih penyataan YA pada pengesahan maklumat, tetapi
sekiranya Pengetua /Guru Besar tidak bersetuju dengan data enrolmen
tersebut, Pengetua /Guru Besar dikehendaki memilih penyataan
tidak/perlu dikemaskini . Seterusnya Pengetua / Guru Besar dikehendaki
menghantar pengesahan enrolmen.
14
MEMASUKKAN DATA PESANAN BUKU TEKS
6.8 Log keluar Pengetua /Guru Besar sekolah dan log masuk semula Guru
Penyelaras SPBT.
6.9 Klik menu pesanan. Paparan untuk mengisi pesanan buku hanya akan
dipaparkan sekiranya Pengetua /Guru Besar telah membuat pengesahan
YA pada pengesahan maklumat.
7.0 Klik tab BCS Teras dan pilih tahun / tingkatan. Senarai buku akan
dipaparkan. Sekiranya tiada buku yang dipaparkan, klik link Tambah
Buku.
15
7.1 Senarai buku mengikut jenis akan dipaparkan. Pilih buku yang berkaitan
dan klik butang Pilih.
7.2 Tekan butang ok.
Mohon
buang
perkataan
di
16
7.3 Tekan butang Resend untuk mengeluarkan paparan.
7.4 Masukkan jumlah pesanan pada setiap buku yang telah dipilih dan klik
Butang Simpan.
17
7.5 Lengkapkan kesemua tahun / tingkatan bagi tab BCS Teras sebelum
beralih ke tab BCS Elektif.
7.6 Ulangi langkah 7.0 sehingga 7.3 pada tab BCS Elektif / BTB Teras / BTB
Elektif / Glosari/CD.
7.7 Tab Pengesahan Pesanan akan wujud apabila Guru Penyelaras SPBT
telah mengisi maklumat pada Glosari/CD. Sebelum membuat
pengesahan pesanan, Guru Penyelaras SPBT dinasihatkan untuk
menyemak ralat terlebih dahulu dengan menekan menu Semakan
Ralat.
18
7.8 Setelah membuat semakan ralat, kembali semula ke menu pesanan dan
buat pengemaskinian dan semakan sekali lagi pada tab BCS Teras, BCS
Elektif, BTB Teras, BTB Elektif dan Glosari/CD.
19
7.9 Klik menu Laporan untuk menjana laporan:
SPBT BCS & BTB BTBTR190
SPBT BCS BTBTR460
SPBT BTB BTBTB460
Laporan BTLK
Senarai Buku Aktif
Rumusan Pesanan
8.0 Tekan tab Pengesahan Pesanan. Senarai keseluruhan maklumat buku
yang telah diisi dengan jumlah pesanan akan dipaparkan.
20
8.1 Tandakan pada ruangan pesahan dan klik butang Pengesahan
Pesanan dan kemudian klik butang ok.
8.2 Log keluar Guru Penyelaras SPBT dan log masuk Pengetua / Guru Besar
sekolah.
21
8.3 Klik menu Makluman dan sekiranya Guru Penyelaras SPBT telah mengisi
makluman pesanan buku, link Pengesahan Pesanan oleh sekolah
pada ruangan Pesanan Kegunaan akan wujud. Klik link tersebut bagi
membuat pengesahan pesanan.
8.4 Senarai pesanan buku akan dipaparkan. Pengetua / Guru Besar
dikehendaki menyemak dan membuat pengesahan. Sekiranya
Pengetua / Guru Besar bersetuju dengan data pesanan tersebut, pilih
penyataan YA pada pengesahan maklumat, tetapi sekiranya
Pengetua / Guru Besar tidak bersetuju dengan data pesanan tersebut,
Pengetua / Guru Besar dikehendaki memilih penyataan tidak/perlu
dikemaskini. Seterusnya Pengetua / Guru Besar dikehendaki menghantar
pengesahan pesanan.
22
8.5 Setelah selesai membuat penghantaran pengesahan pesanan,
Pengetua / Guru Besar boleh melihat laporan melalui menu laporan.
Klik menu laporan dan pilih jenis laporan yang dikehendaki.
***** Paparan laporan bagi modul sekolah tidak dinyatakan dimana-
mana
Recommended