View
322
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
Strategi
Definisi Strategi
Klasifikasi Strategi
Strategi bermaksud kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, keadah dan teknik
pengajaran yang digubal.
Strategi mengambil kira objektif pengajaran jangka panjang
dengan membias kepada aspek-aspek lain yang bersesuaian.
Strategi juga boleh dimaksudkan sebagai pembuka ruang untuk
susunan pendekatan dan kaedah demi mencapai sesuatu
matamat.
Strategi berpusatkan guru
strategi berpusatkan murid
strategi berpusatkan bahan
strategi berpusatkan masalah
Strategi Berpusatkan Guru
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru
Strategi konvensional yang masih diamalkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan strategi ini kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Guru memainkan peranan utama untuk
menguasai dan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.
Komunikasi sehala sahaja yang berlaku
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Fokus murid kepada hafazan dan tidak
melakukan interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan
murid dari segi kebolehan dan minat
yang wujud.
Murid tidak kreatif, selain tiada daya
inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baharu.
Sesuai digunakan dalam aktiviti bercerita,
iaitu guru perlu mengawal sepenuhnya
jalan cerita.
Strategi Berpusatkan Murid
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pengajaran bahasa.
Sesi pembelajaran yang dilaksanakan perlu dimulakan usaha-usaha untuk menggalakkan murid supaya terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum-kurikulum Bersepadu yang digubal untuk sekolah rendah dan menengah telah memanfaatkan penglibatan murid sebagai pemain utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan
guru.
Komunikasi dua hala berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.
Murid bebas untuk bertanya dan mengemukakan pendapat.
Penekanan pembelajaran terhadap pencapaian objektif.
Aktiviti perbincangan dijalankan lebih kerap untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid yang
mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Guru berpeluang berinteraksi dengan murid, selain boleh mengesan sebarang kelemahan pembelajaran pada peringkat awal demi peningkatan dalam pencapaian.
Strategi Berpusatkan Bahan
Strategi Berpusatkan Bahan
Strategi ini lebih memberikan
penekanan kepada bahan yang
digunakan untuk membantu
pengajaran guru.
Bahan terbahagi kepada dua, iaitu
yang pertama ialah bahan pengajaran
manakala yang kedua ialah bahan
pembelajaran.
Penggunaan bahan bantu bertujuan
membolehkan murid memahami isi
pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan.
Perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah
penggunaannya yang dapat meningkatkan
minat dan kefahaman murid.
Perkara khusus yang perlu diingat ialah tidak semestinya
semua sesi pengajaran dan pembelajaran
memerlukan bahan.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan
Murid terlatih dalam satu pasukan yang saling bekerjasama untuk memastikan sesuatu tugasan dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Kewujudan sifat-sifat berdikari dalam kalangan murid kerana perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru.
Peranan guru adalah dominan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid hanya perlu memberikan tindak balas terhadap bahan.
Kewujudan bahan pengajaran dapat membantu murid mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Keperluan penguasaan guru dalam kemahiran penggunaan alat, khususunya yang berasaskan teknologi.
Penggunaan bahan adalah berpada-pada dalam satu-satu masa.
Penggunaan bahan dalam pengajaran dapat memudahkan guru dalam pengajaran.
Strategi Berpusatkan Masalah
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Masalah
Strategi Berpusatkan Masalah
Strategi ini dilaksanakan dengan
penyeliaan guru.
Strategi ini juga boleh dilaksanakan sama ada secara
berkumpulan ataupun individu.
Murid hanya mengatasi rintangan
untuk mencapai matlamat, selain
memerlukan proses penaakulan yang
agak tinggi.
Kewujudan asas pengenalpastian masalah, pencarian maklumat, membuat dan menguji hipotesis, menilai dan
membuat rumusan.
Murid bebas memberikan idea, bekerjasama, meningkatkan kefahaman dan pemahaman serta ingatan.
Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah sepenuhnya.
Recommended