View
17.733
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kalsium, karbohidrat, vitamin dan lain-lain
Citation preview
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR
TEKNOLOGI RUMAH TANGGA II NUTRIEN MAKANAN
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD KHAIRI B. ABU BAKAR 730303-02-5059
SHAHIRA BT SALLEH
700831-09-5088
KSPK KH 2007
PENSYARAH :
PN RAHMAH BT. ABDUL RAHMAN JABATAN EKONOMI RUMAH TANGGA
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 1
DAFTAR ISI
PROFIL PENULIS
SHAHIRA BT SALLEH ..... M/S 2
AHMAD KHAIRI BIN ABU BAKAR ..... M/S 3
SEKALUNG PENGHARGAAN ..... M/S 4
REFLEKSI
SHAHIRA BT SALLEH ..... M/S 5
AHMAD KHAIRI BIN ABU BAKAR ..... M/S 7
1. PENGENALAN ..... M/S 9
2. NUTRIEN ..... M/S 11
3. PROTIEN ..... M/S 14
4. KARBOHIDRAT ….. M/S 17
5. LEMAK ….. M/S 21
6. VITAMIN ..... M/S 24
7. GARAM MINERAL ….. M/S 28
8. AIR ….. M/S 37
9. KESAN MASAKAN TERHADAP NUTRIEN ….. M/S 39
10. KEPENTINGAN NUTRIEN KEPADA FUNGSI OTAK ..... M/S 43
11. BIBLIOGRAFI ..... M/S 46
LAMPIRAN
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 2
PROFIL PERIBADI
NAMA : Ahmad Khairi Bin Abu Bakar
NO. KAD PENGENALAN : 730303 – 02 - 5059
TARIKH LAHIR : 03 Mac 1973
ALAMAT SEKOLAH : SMK Sungai Limau, 06910 Yan, Kedah
ALAMAT KEDIAMAN : No 14N, Lorong Lambaian 4, Taman Lambaian Jerai
08300 Gurun, Kedah Darul Aman.
PENGALAMAN MENGAJAR : 1. SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah.
2. SMK Sungai Limau, 06910 Yan, Kedah
SUBJEK DIAJAR : 1. KHB Pilihan 1 ( Tingkatan 1 ) 2. KHB Pilihan 3 ( Tingkatan 1 ) 3. KHB Pilihan 4 ( Tingkatan 1 ) 4. Pen. Sivik & Kewarganegaraan ( Ting.1 )
NAMA ISTERI : Rubiah Binti Mat Tahir
ALAMAT SEKOLAH SUAMI : Maahad Mahmud Yan, Jalan Kampung Acheh,
06910 Yan, Kedah Darul Aman.
BILANGAN ANAK : 2 Orang
1. Nurul Syafiqah Bt Ahmad Khairi
2. Muhammad Syafiq Irham Bin Ahmad Khairi
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 3
PROFIL PERIBADI
NAMA : SHAHIRA BINTI SALLEH
NO. KAD PENGENALAN : 700831-09-5088
TARIKH LAHIR : 31 OGOS 1970
ALAMAT SEKOLAH : SMK DATO’ JAAFAR HASSAN,
02450 BUKIT KETERI, PERLIS
ALAMAT KEDIAMAN : NO. 4A, KM 9, JALAN KAKI BUKIT,
02400 BESERI, KANGAR, PERLIS
PENGALAMAN MENGAJAR : 1. KOTA KINABALU HIGH SCHOOL, SABAH
2. SMK DATO JAAFAR HASSAN, PERLIS
(12 TAHUN)
SUBJEK DIAJAR : KEMAHIRAN HIDUP (ERT)
- TING. 1, 2 DAN 3
EKONOMI RUMAH TANGGA
- TING. 4
NAMA SUAMI : AZNI RAIS BIN MOHD. JANI
ALAMAT SEKOLAH SUAMI : SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH,
02100 KAKI BUKIT, PERLIS
BILANGAN ANAK : 3 ORANG :
1. AINA NABILA BINTI AZNI RAIS
2. AUNI ATHIRAH BINTI AZNI RAIS
3. MUHD. AFIF FAHRI BIN AZNI RAIS
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 4
SEKALUNG PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua
menyempurnakan Kerja Kursus Teknologi Rumah Tangga ini. Sepanjang
mengikuti subjek ini, banyak ilmu pengetahuan yang telah dicurahkan kepada
kami oleh Pn. Rahmah. Segala ilmu yang diperolehi amat berguna dan memberi
keyakinan kepada kami untuk mengajar topik Ekonomi Rumah Tangga bagi
pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 1- Tingkatan 3. Semoga segala jasa
yang dicurahkan oleh Pn. Rahmah akan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak terbabit
yang telah memberi bantuan terutamanya;
Isteri tercinta; Suami tercinta;
- Pn. Rubiah bt. Mat Tahir - En. Azni Rais b. Mohd. Jani
Anak-anak tersayang; Anak-anak tersayang;
Nurul Syafiqah - Aina Nabila bt. Azni Rais
Muhammad Syafiq Irham - Auni Athirah bt. Azni Rais
- Muhd. Afif Fahri b. Azni Rais
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama terlibat dalam
perjalanan kerja kursus ini. Jasa kalian akan dikenang selagi hayat dikandung
badan. Terima kasih buat semua.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 5
REFLEKSI INDIVIDU
Al-hamdulillah, bersyukur saya kepada Allah S. W. T kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah ditaklifkan
kepada saya bagi kursus Teknologi Rumah Tangga II di bawah seliaan Puan
Rahmah Bt. Abd. Rahman dari Jabatan ERT.
Kehidupan sihat bermula daripada pemakanan yang baik. Bagi menjalani
gaya hidup yang sihat, kita mempunyai banyak pilihan di dalam pengambilan
jenis makanan yang kita sukai. Pengambilan nutrien yang seimbang di dalam
diet harian akan mempengaruhi tubuh kita, kerana tubuh manusia adalah
organisme hidup yang mengagumkan, dengan kemampuan untuk membesar,
mengawal, memperbaiki dan mempertahankan diri jika diberi pemakanan yang
seimbang, berkualiti tinggi dan semula jadi.
Justeru itu, tugasan saya pada kali ini cuba menyingkap keperluan
menjaga diet yang seimbang bagi setiap hidangan yang kita ambil setiap hari.
Nutrien makanan yang terdiri daripada protien, karbohidrat, lemak, vitamin dan
garam galian serta air amat penting untuk survival tubuh badan kita.
Di dalam tugasan saya kali ini juga, saya telah mengupas dan
memberikan fakta mengenai kesan-kesan ataupun impak kepada tubuh badan
kita sekiranya keperluan nutrien yang sewajarnya tidak dapat dipenuhi di dalam
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 6
diet seharian kita. Pelbagai jenis penyakit, ketidak seimbangan hormon dan
masalah bakal timbul sekiranya nutrien di dalam tubuh badan kita tidak
mencukupi. Jelas sekali bahawa memenuhi keperluan nutrien di dalam
pengambilan diet seharian amat penting kepada kita.
Melalui tugasan saya ini juga, yang saya siapkan dalam bentuk MS Office
dan MS Power Point, saya amat berharap agar ianya dapat memberi manfaat
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat dan fakta mengenai
kepentingan nutrien kepada tubuh badan. Saya juga amat berharap agar
tugasan ini mampu menyediakan diri saya dengan ilmu yang secukupnya
mengenai nutrien dan pemakanan seimbang yang mana akan saya gunakan
kelak ketika mendidik para pelajar saya di sekolah.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Pn. Rahmah Bt. Abd. Rahman atas tunjuk ajar beliau
kepada saya semasa proses penyediaan kerja kursus ini.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh:
............................................. ( Ahmad Khairi Bin Abu Bakar )
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 7
REFLEKSI INDIVIDU
Dalam melaksanakan kerja kursus berkaitan dengan nutrien ini, banyak
maklumat telah saya perolehi dan sangat berguna untuk faedah bersama. Saya
berharap dapat mempraktikkan ilmu ini terhadap keluarga mahupun pelajar-
pelajar saya kelak.
Telah diketahui bahawa keperluan nutrien akan berubah sepanjang
hidup dari peringkat bayi hingga usia tua. Antara faktor-faktor yang
mempengaruhi keperluan nutrien adalah dari segi umur bermula daripada bayi,
kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua. Seterusnya dari segi jantina
iaitu antara lelaki dan perempuan. Aktiviti fizikal juga memainkan peranan sama
ada aktif atau kurang aktif individu itu. Keadaaan kesihatan seseorang sama ada
pesakit dan si pulih, vegetarian, ibu mengandung, ibu yang menyusukan bayi
dan akhirnya saiz tubuh juga mempengaruhi keperluan nutrien.
Pengambilan makanan adalah penting dan merupakan salah satu
keperluan asas manusia. Tubuh badan yang sihat terhasil daripada amalan
pemakanan yang baik. Oleh itu, kita perlu mengamalkan diet yang seimbang
kerana amalan ini memberikan kesan yang baik terhadap mental dan fizikal kita.
Saya berharap dengan terhasilnya MS Words dan MS Power Point
berkaitan dengan Nutrien Makanan ini dapat membantu para guru dan
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 8
pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif lagi
hendaknya. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh;
Pn. Shahira bt. Salleh
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 9
Pelbagai jenis makanan
1. PENGENALAN
Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan sama ada dalam
bentuk pepejal atau cecair. Makanan mengandungi sekurang-kurangnya satu
jenis nutrien. Contohnya gula dan garam. Gula mengandungi karbohidrat dan
garam mengandungi nutrien. Lada sulah merupakan perisa makanan.
Makanan terdiri daripada bentuk, rupa, warna, tekstur, rasa dan bau
yang berlainan. Makanan mempunyai satu atau gabungan pelbagai rasa iaitu
masin, manis, pahit, masam dan pedas.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 10
Tekstur makanan bermaksud kelembutan, kelicinan, kekerasan,
kegaringan dan kekasaran sesuatu makanan. Warna dan bau makanan boleh
menimbulkan selera atau sebaliknya. Warna menggambarkan mutu makanan.
Kebanyakan makanan mempunyai bau yang unik. Contohnya durian dan sate
boleh dikesan melalui baunya. Makanan yang rasanya masin tergolong dalam
hidangan jenis savouri.
Contoh hidangan savouri ialah mi goreng, nasi lemak, karipap, ayam
goreng, ikan dan sate. Contoh hidangan manis ialah kuih manis, kek, ais krim
dan buah-buahan. Makanan dapat memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi
dan sosial manusia. Kadang kala keputusan untuk makan dipengaruhi oleh lebih
daripada satu keperluan di atas. Kita makan apabila terasa lapar.
Pemakanan adalah kajian saintifik terhadap pengambilan makanan dan
fungsinya kepada tubuh badan manusia. la meliputi jenis dan kuantiti nutrien
untuk proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan tubuh. Diet yang
dirancang dengan baik mengandungi semua nutrien dalam kuantiti yang
diperlukan untuk memastikan kesihatan yang optimum.
Makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut fungsi
makanan iaitu:
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 11
1. Pembina tubuh.
Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan
sel rosak melalui nutrien, protein, garam mineral dan
air.
2. Makanan pemberi tenaga.
Makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh
badan melalui nutrien tenaga, lemak dan protein.
Tenaga digunakan untuk menjalankan segala aktiviti
luar dan dalam tubuh seperti pergerakan ,gerakan
jantung, pernafasan dan perkumuhan.
3. Makanan pelindung dan pencegah penyakit.
Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan
tubuh badan melalui nutrien.
2. NUTRIEN
Nutrien adalah bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan
makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien
utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam
mineral. Air dan selulosa bukanlah nutrien tetapi is sangat perlu dalam sistem
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 12
pemakanan manusia. Pengambilan nutrien dalam kadar dan kuantiti tertentu
dinamakan diet. Nutrien perlu diambil dalam keadaan diet seimbang. Nutrien
terhasil dari gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur.
Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisma.
Metabolisme bertindak dalam dua cara iaitu;
1. Penguraian molekul-molekul besar hasil pencernaan seperti
glukosa,gliserol,asid lemak dan asid amino kepada unit-unit
yang halus iaitu atom. Tindak balas ini dinamakan
katabolisme dan menghasilkan tenaga. Tindak balas ini juga
berlaku dalam hati oleh enzim-enzim yang terdapat di
dalamnya.
2. Pembinaan unit dari dalam sel daripada molekul-molekul
ringkas kepada struktur yang lebih kompleks seperti
glikogen, trigiserid(lemak) dan protien. Tindak balas ini
dinamakan anabolisme dan menggunakan tenaga.
Metabolisme asas ialah penggunaan tenaga oleh badan untuk proses-
proses hidup seperti:
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 13
1. menetapkan suhu badan.
2. pengaliran darah yang didorong oleh denyutan jantung.
3. pernafasan dan pencernaan.
4. merehat regang otot-otot semasa badan berehat
sepenuhnya.
Kalori diaktifkan sebagai bentuk haba yang digunakan dalam badan bagi
metabolisme asas, kegiatan atau pekerjaan harian. Satu kalori makanan ialah
jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1kg air sebanyak 1C.
Setiap nutrien mempunyai komposisi, sumber, fungsi serta kesan
kelebihan dan kekurangan. Kumpulan nutrien mengikut fungsi dalam tubuh
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu nutrien untuk tenaga contohnya lemak,
karbohidrat dan protein, nutrien untuk tumbesaran contohnya protein dan garam
mineral dan nutrien untuk mengawal proses tubuh contohnya vitamin, garam
mineral dan protein. Sesetengah nutrien boleh melakukan lebih daripada satu
fungsi dalam tubuh. Contohnya protein dan garam mineral.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 14
3. PROTIEN
Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan
nitrogen (N). Fungsi utama protein adalah untuk membina sel tubuh untuk
tumbesaran. la juga membekalkan tenaga dan haba jika kekurangan karbohidrat
dan lemak dalam badan.
Unit asas bagi protein ialah asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino
penting yang diperlukan untuk mensintesis protein. Protien haiwan mengandungi
mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam tubuh badan
manusia misalnya protien haiwan yang boleh didapati di dalam daging tanpa
lemak, ikan, telur, susu dan keju. Manakala protien kelas tumbuhan pula
mengandungi asid amino penting yang boleh dibina dalam badan misalnya
protien sayur-sayuran yang boleh didapati di dalam kacang, minyak kelapa sawit,
biji-bijian padi, gandum dan barli.
Sumber protien
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 15
3.1 Asid Amino
Protien mengandungi 22 jenis asid amino dalam plbagai jumlah dan
kombinasi. Kesemuanya terdapat 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh orang
dewasa untuk tujuan tumbesaran dan untuk memperbaiki tisu. Kanak-kanak pula
memerlukan 10 jenis asid amino untuk tujuan pembesaran.
Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa ialah:
1. Leusina
2. Isoleusina
3. Lisin
4. Metionina
5. Fenilalanina
6. Treonina
7. Triptofan
8. Vanila
Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak pula ialah:
1. Hestidina
2. Arginina
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 16
3.2 Fungsi Utama Protein
Antara fungsi utama protein kepada tubuh badan ialah:
1. Membina sel-sel baru
2. Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
3. Membina enzim dan hormon
4. Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.
5. Mengelakkan dihinggapi penyakit kwasyiorkor.
3.3 Kekurangan Protien
Pengambilan protien yang kurang di dalam diet seharian boleh
menimbulkan beberapa masalah kepada tubuh badan antaranya ialah:
1. Menyebabkan penyakit marasmus dan edema
2. Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya
tahan terhadap penyakit.
3. Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut.
4. Menyebabkan terencat akal ( mental retardation ) serta
kecacatan otak yang berkekalan.
5. Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang
tidak sempurna dan biasanya mengidap anemia.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 17
6. Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan
berlakunya penyakit sembelit.
4. KARBOHIDRAT
Karbohidrat mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen
(0). la merupakan pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti
tubuh. Unit asas bagi karbohidrat ialah glukosa. Semua karbohidrat
mengandungi gula. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada monosakarida,
disakarida dan polisakarida.
4.1 Pengkelasan Karbohidrat
1. Monosakarida
Merupakan kumpulan gula ringkas. Ia terdapat di
dalam madu, anggur dan tumbuh-tumbuhan. Jenis ini
paling senang larut di dalam air dan ia merupakan
sejenis gula hablur yang manis.
Ia terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu:
1. Glukosa atau dekstrosa – terdapat di dalam
buah-buahan terutam anggur, sayur-sayuran,
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 18
bawang, jagung manis dan keledek. Ia
diangkut oleh saluran darah dalam bentuk
glukosa.
2. Fruktosa – Jenis gula yang lebih manis dan
boleh didapati di dalam buah-buahan yang
masak dan madu.
3. Galaktosa – Dikenali sebagai gula susu yang
dihasilkan selepas proses ‘pencernaan ’.
2. Disakarida
Dikatagorikan di dalam kumpulan gula kompleks.
Terbahagi kepada:
1. Sukrosa (gula tebu) - Terdapat di dalam buah-
buahan dan sayur-sayuran tertentu.
2. Laktosa – Gula susu yang terdapat di dalam
susu mamalia dan di dalam gula.
3. Maltosa – Gula biji-bijian yang diperoleh
daripada bijirin yang sedang bercambah dan
bijirin yang direndam.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 19
3. Polisakarida
Terbahagi kepada:
1. Selulosa – Sejenis karbohidrat kompleks yang
terdapat di dalam bahan bersabut dan pada
dinding sel tumbuhan. Ia sukar dicernakan
tetapi dapat menolong proses pencernaan
dengan membersih saluran makanan. Ia
terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-
sayuran.
2. Kanji – Merupakan karbohidrat ang paling
berguna dalam diet pemakanan. Ia boleh
didapati di dalam pohon sagu, ubi kayu, ubi
keledek, bijirin dan kekacang.
3. Destrin – merupakan kanji yang telah bertukar
kerana dimasak seperti roti yang dibakar,
kerak dan bijirin untuk sarapan pagi (cereals).
4. Glikogen – Merupakan karbohidrat haiwan
yang disimpan buat sementara waktu dalam
jumlah kecil di dalam hati dan tisu-tisu otot
haiwan. Glikogen berasal dari glukosa yang
kemudiannya ditukar kembali dalam bentuk
glukosa untuk digunakan oleh tubuh badan.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 20
4.2 Fungsi Karbohidrat
Karbohidrat memainkan peranan yang amat penting kepada sistem
tumbesaran tubuh badan. Antara fungsinya ialah:
1. Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti
tubuh badan.
2. Bijirin dan roti membekalkan zat protien kepada tubuh
badan.
3. Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas)
badan.
4. Disimpan di dalam badan. Sumber yang berlebihan akan
disimpan di dalam hati sebagai glikogen dan akan
digunakan semula.
5. Makanan mengandungi karbohidrat memberi tambahan
selera kepada hidangan sedia ada.
6. Karbohidrat diperlukan di dalam proses metabolisme
lemak dan protien.
Nasi sebagai sumber protien
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 21
5. LEMAK
Lemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen(0).
Walau bagaimana pun, kandungan oksigen di dalam lemak adalah amat sedikit.
Lemak merupakan sumber makanan tenaga dan ia membekalkan tenaga yang
lebih berbanding karbohidrat. Oleh kerana lemak tidak larut di dalam air, ia mesti
dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk kegunaan di dalam
tubuh badan.
Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh
terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Klasifikasi
lemak dapat dilihat menunjukkan komposisi, sumber, fungsi, kesan kelebihan
dan kekurangan lemak
Elakkan pengambilan lemak berlebihan
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 22
5.1 Sumber Lemak
Lemak dihasilkan daripada 2 sumber utama iaitu:
1. Lemak Haiwan
Lemak susu seperti krim, keju dan mentega.
Lemak daging seperti lemak beku (suet).
Kuning telur.
Ikan berlemak seperti ikan terubuk, ikan patin,
jelawat dan sebagainya.
2. Lemak Tumbuhan
Minyak kekacang.
Minyak sayur-sayuran.
Minyak kelapa.
Minyak kelapa sawit dan sebagainya.
5.2 Fungsi Lemak
1. Membekalkan tenaga terutama untuk memanaskan tubuh
badan dan menetapkan suhu badan.
2. Lemak membentuk simpanan bahan api.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 23
3. Lemak haiwan membekalkan vitamin A, D, E, K yang larut
kepada tubuh badan.
4. Lemak daripada hati ikan membekalkan tambahan vitamin
A dan E.
5. Lemak bertindak sebagai penebat di sekeliling badan dan
mencegah haba keluar daripada badan.
6. Melambatkan seseorang menjadi cepat lapar.
7. Lemak membekalkan asid penting kepada tubuh badan
iaitu:
a. Asid Linoliek
b. Asid Linolenik
c. Asid Arasidomik
5.3 Kesan Kekurangan Lemak
Kekurangan sumber lemak di dalam diet harian memberi kesan kepada
sistem tubuh badan manusia. Antara kesannya ialah:
a. Seseorang itu akan menjadi cepat lapat.
b. Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin
A yang terdapat di dalam lemak.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 24
c. Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di
dalam lemak menjadi kritikal, seseorang itu akan
menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang
berkudis dan berair).
d. Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada
bahagian tangan, dada, belakang dan bahagian paha.
e. Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa
gatal dan bernanah) yang sering berlaku kepada kanak-
kanak.
6. VITAMIN
Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak
mempunyai nilai tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidak boleh disintesis oleh
tubuh. Keperluan vitamin adalah dalam jumlah yang sangat kecil tetapi
mempunyai implikasi atau kesan yang sangat ketara. Vitamin terbahagi kepada
dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.
a. Vitamin larut air.
adalah Vitamin B Kompleks dan Vitamin
C.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 25
Tidak boleh disimpan di dalam badan.
Perlu dibekalkan setiap hari
b. Vitamin larut lemak.
adalah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E
dan Vitamin K.
Boleh disimpan di dalam badan dan
tidak perlu dibekalkan setiap hari.
Sayur-sayuran
Buah-buahan
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 26
6.1 Fungsi, Sumber Dan Kesan Kekurangan Beberapa Jenis Vitamin.
Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan
A
Lobak merah, lada, limau, hati,
betik, tomato, telur, sayur-sayuran
hijau.
Memelihara penglihatan yang baik
Memelihara kesihatan kulit.
Rabun malam.
Xeroftalmia (mata kering)
Kulit kering dan bersisik.
Pertumbuhan terjejas.
B Yis, telur, hati, susu, bijirin yang
tidak digiling, sayuran hijau.
Menjaga fungsi respirasi sel.
Memelihara sistem saraf.
Beri-beri
Pelagra.
Gangguan sistem saraf
C Buah-buahan sitrus, jambu batu,
betik,tomato, sayuran hijau.
Memelihara kesihatan kulit.
Membantu penyerapan besi.
Membantu dalam penyembuhan
luka.
Kulit kurang sihat.
Mudah dijangkiti
selesema.
Skurvi (gusi berdarah).
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 27
D
Susu, telur, mentega, minyak hati,
ikan kod. Vitamin ini dihasilkan oleh
badan apabila didedahkan kepada
cahaya matahari.
Membantu penyerapan kalsium
dan fosforus.
Membina tulang dan gigi yang
kuat.
Rikets.
Kerosakan gigi.
E
Bijirin yang tidak digiling, minyak
tumbuhan, telur, mentega, sayuran
hijau.
Memelihara kesihatan
sistem pembiakan. Kemandulan.
K
Sayur-sayuran hijau, kubis, tomato,
bayam. Vitamin ini dibemtukkan
oleh bakteria di usus besar.
Membantu dalam pembekuan
darah.
Darah lambat membeku di
luka
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 28
6.2 Kaedah Mengelakkan Kehilangan Vitamin C.
1. Memakan buah-buahan dan sayuran segar.
2. Elakkan merendan sayuran terlalu lama.
3. Sayuran dimasak dalam jangka masa singkat dan perlu
dihidangkan semula.
4. Jangan panaskan semula sayuran yang telah dimasak.
5. Buah-buahan perlu disimpan di tempat yang lembab.
7. GARAM MINERAL
Tubuh badan manusia mengandungi 7% garam mineral. Garam mineral
ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk
mengekalkan kesihatan badan. Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita
termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin. Unsur-unsur
garam mineral ini diperolehi daripada haiwan dn tumbuhan yang dimakan.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 29
7.1 Zat Besi ( Iron )
Zat Besi amat penting kepada system tubuh badan manusia kerana ia
diperlukan oleh hemoglobin di dalam sel darah merah untuk membawa oksigen
kepada tisu-tisu di dalam badan. Zat Besi boleh kekal lama di dalam system
tubuh manusia kerana sel darah merah manusia dapat bertahan selama 6
minggu. Selepas itu, sel-sel darah merah akan pecah dan membebaskan zat besi
yang akan digunakan lagi oleh sel darah merah yang baru di dalam sum-sum
tulang (bone marrow) .
7.1.2 Sumber Zat Besi
Zat Besi boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan antaranya ialah:
1. Daging.
2. Telur.
3. Sayur-sayuran hijau.
4. Kacang dal.
5. Bijirin (cereals).
6. Hati.
7. Buah pinggang.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 30
8. Prun.
9. Emping oat (cereals).
10. Roti putih.
7.1.3 Kesan Kekurangan Zat Besi
Kekurangan zat besi di dalam tubuh badan akan menyebabkan kesihatan tubuh
badan terganggu. Antara kesannya ialah:
1. Badan cepat letih.
2. Tidur kerap terganggu.
3. Sakit Kepala.
4. Sukar bernafas.
5. Anemia.
6. Gementar.
7. Hilang selera makan.
7.2 Kalsium
Kalsium merupakan antara garam galian yang amat penting kepada tubuh
badan. Ini kerana kandungan kalsium dalam badan merupakan 2% daripada
jumlah berat badan manusia. Sebanyak 98% daripada kandungan kalsium boleh
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 31
didapati pada tulang dan 1% kalsium berada pada gigi. Tubuh badan manusia
mempunyai sejumlah hormon yang digunakan untuk menstabilkan kandungan
kalsium di dalam darah. Hormon ini juga menentukan jumlah bekalan kalsium
yang cukup kepada semua tisu yang memerlukan saraf dan sel otot (nerve and
muscle cells).
7.2.1 Fungsi Kalsium
Antara fungsi kalsium di dalam tubuh badan manusia ialah:
1. Pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
2. Pengecutan otot (muscle contraction).
3. Memelihara selaput sel ( maintaining cell membrane).
4. Pembekuan darah.
5. Pengaktifan enzim (activations of enzymes).
7.2.2 Sumber Kalsium
Antara sumber makanan yang mengandungi kalsium ialah:
1. Susu dan makanan berasaskan susu.
2. Sardin.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 32
3. Ikan salmon di dalam tin apabila dimakan dengan
tulangnya sekali.
4. Sayur-sayuran hijau tua.
5. Buah-buahan bukan jenis limau.
6. Kekacang jenis kering.
7.2.4 Kesan Kekurangan Kalsium
Antara gejala akibat kekurangan kalsium di dalam tubuh badan ialah:
1. Kadar pembekuan darah kurang.
2. tumbesaran remaja menjadi perlahan.
3. Pembentukan tulang dan gigi terganggu.
4. riket.
5. osteoporosis.
7.3 IODIN
Iodin diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan hormon tiroid
(thyroid hormones). Ketiadaan iodin di dalam tubuh badan akan menyebabkan
kelenjar tiroid membesar dan membengkak dan mengakibatkan berlakunya
penyakit Beguk. Kandungan iodin di dalam tubuh badan boleh hilang setiap hari.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 33
Maka, keperluan iodin harian hendaklah dibekalkan dlam sajian makanan atau
diet harian untuk sepanjang hayat.
7.3.1 Sumber Iodin
1. Makanan laut seperti kerang, siput dan udang.
2. Makanan dari tumbuhan yang tumbuh di tanah yang
mengandungi iodine seperti di tepi pantai.
3. Daging dari haiwan yang menggunakan campuran iodin di
dalam makanannya.
4. Garam campuran iodin.
7.4 FOSFORUS
Fungsi fosforus ialah:
1. Membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
2. Mengatur keseimbangan asid dalam tubuh badan.
3. Mengatur metabolisme protein, vitamin dan lemak.
Sumber fosforus adalah bergantung kepada makanan protein yang
diambil oleh seseorang. Sekiranya kandungan protein yang diambil oleh
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 34
seseorang itu mencukupi, maka keperluan kepada fosforus juga adalah
mencukupi.
7.5 NATRIUM
Kegunaan natrium di dalam tubuh badan ialah:
1. Membina plasma darah dan asid hidroklorik di dalam perut.
2. Membantu mengekal tekanan osmosis dlam badan.
3. Menetapkan keseimbangan asid-bes yang diperlukan oleh
tubuh badan untuk tujuan pencernaan.
Sumber Natrium adalah daripada:
1. Garam biasa.
2. Air laut dan garam mineral.
3. Telur masin.
4. Susu.
5. Lobak merah.
6. daging dan roti.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 35
Fungsi, sumber dan kesan kekurangan pelbagai garam mineral.
Garam mineral
Sumber
Fungsi
Kesan kekurangan
Kalsium Susu, keju, telur, ikan bilis,
sayur-sayuran hijau.
Membina tulang dan gigi yang kuat.
Memelihara kesihatan sistem saraf
dan otot.
Membantu dalam pembekuan
darah.
Rikets.
Osteoporosis.
Kerosakan gigi.
Darah lambat beku
di luka
Kekejangan otot
Fosforus
Susu, keju, telur, sayur-
sayuran hijau.
Membina tulang dan gigi yang kuat.
Menjaga proses respirasi sel.
Rikets.
Kerosakan gigi.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 36
Besi
Hati, telur, satur-sayuran
hijau.
Membina hemoglobin dalam sel
darah merah.
Keletihan
Anemia
Iodin
Makanan laut seperti udang,
ketam, ikan rumpai laut dan
susu.
Membina hormon tiroksina yang
mengawal pertumbuhan. Goiter.
Natrium Garam biasa.
Memelihara kesihatan sistem saraf
dan otot.
Menentukan tekanan osmosis
darah.
Kekejangan otot.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 37
8. AIR
Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari berubah
mengikut keadaan persekitaran dan kegiatan seseorang individu itu. Individu
yang aktif dan tinggal di kawasan yang beriklim panas memerlukan lebih banyak
jumlah air untuk memperseimbangkan jumlah air yang hilang dari tubuh badan
melalui perpeluhan, pernafasan, air kencing dan najis. Purata pengambilan air
bagi setiap individu yang aktif adalah 1-2 liter air setiap hari. 70% daripada berat
badan manusia adalah berat air.
Air minuman
8.1 Sumber Air
1. Air dibekalkan kepada tubuh badan adalah dalam bentuk
cecair yang diminum.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 38
2. Semua makanan mengandungi air. Terdapat makanan yang
mengandungi 90% air seperti buah-buahan dan sayuran.
8.2 Fungsi Air.
1. Bertindak sebagai pelarut.
2. Membantu system pencernaan.
3. Sebagai pengangkut bahan makanan yang telah dicernakan
dari usus ke bahagian lain dalam badan.
4. Merupakan bahan yang menetapkan suhu badan dengan
mengeluarkan lebihan haba melalui peluh.
8.3 Kesan Kekurangan Air.
1. Berat badan menurun.
2. Cepat letih dan lesu.
3. Kulit menjadi lebam
4. Proses pencernaan terganggu dan mengakibatkan sembelit.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 39
9. KESAN MASAKAN TERHADAP NUTRIEN.
Proses memasak boleh mengakibatkan beberapa perubahan fizikal dn kimia
berlaku kepada makanan. Perubahan asas yang terdapat ialah:
1. apabila dimasak, makanan menjadi lebih sedap dan dapat
menambah selera.
2. Dapat melembutkan gentian-gentian kenyal yang dapat
membantu dalam proses pencernaan.
3. Kandungan zat makanan bertambah apabila sesuatu
masakan itu dicampur dengan bahan masakan yang lain dan
dimasak dengan betul.
4. Makanan yang dimasak dengan haba yang tinggi lebih
selamat kerana baktiria yang terdapat di dalam makanan
akan mati.
Makanan yang dimasak juga tidak dapat mengelak dari berlakunya
kehilangan zat makanan. Justeru itu, peraturan memasak seperti menyiang,
membersih dan proses memasak makanan perlu dilakukan dengan betul.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 40
9.1 Kesan Masakan Terhadap Protien.
Protien ikan dan daging apabila dimasak dengan suhu yang rendah dan
dengan cara yang betul akan lebih mudah dicernakan dan menjadi kurang liat.
Ini kerana gentian pengikat protein tersebut telah dipecahkan oleh haba.
Sebaliknya, jika dimasak dengan api yang kuat, ptotein akan mengecut dan
menyebabkan daging menjadi keras dan liat.
Sumber protien yang telah dimasak
9.2 Kesan Masakan Terhadap Karbohidrat.
Makanan yang mengandungi karbohidrat biasanya dimasak dengan
menggunakan haba lembab dan haba kering. Sekiranya karbohidrat dimasak
dengan menggunakan haba lembab seperti memasak nasi, beras akan meyerap
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 41
air, mengembang dan akhirnya biji beras akan pecah. Ini memudahkan proses
pencernaan.
Karbohidrat yang telah dimasak
Apabila memasak dengan menggunakan haba kering pula seperti
memanggang roti, molekul kanji akan pecah dan menyebabkan ai bertukar
warna menjadi coklat dan jika ia dibiarkan akan menyebabkan ia menjadi hangus
dan menjadi karbon.
9.3 Kesan Masakan Terhadap Vitamin.
Vitamin yang terdapat di dalam makanan amat mudah untuk hilang
sekiranya makanan tersebut dimasak. Vitamin B1 dan vitamin C pada sayur-
sayuran dan buah-buahan amat mudah hilang sekiranya ia dimasak. Ini kerana,
Vitamin ini amat senang larut di dalam air apabila ia dimasak dengan
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 42
menggunakan haba yang kuat. Vitamin C pula amat mudah hilang sekiranya
makanan tersebut terdedah kepada udara dan direndam di dalam air.
Bagi vitamin D pula, ia amat tahan kepada haba dan tidak mudah larut di
dalam air. Vitamin A tidak musnah oleh haba tetapi amat mudah hilang apabila
terdedah kepada udara.
9.4 Kesan Masakan Kepada Lemak.
Haba memberi kesan yang amat besar kepada lemak. Apabila dipanaskan
pada suhu yang tertentu, lemak akan menjadi cair. Apabila dipanaskan terlalu
lama, ia akan teroksida dan berbau. Keadaan ini akan memusnahkan vitamin A,
D dan E yang terdapat pada kandungan lemak.
Sup mengandungi lemah yang dimasak
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 43
9.5 Kesan Masakan Kepada Garam Mineral.
Garam mineral akan hilang di dalam masakan kerana ia amat mudah larut
di dalam air. Oleh itu, cuba elakkan merendam sayyuran dan buah-buahan
terlalu lama di dalam air.
10. KEPENTINGAN NUTRIEN KEPADA FUNGSI OTAK
Otak manusia memerlukan nutrien yang seimbang
Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi
fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita
membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein,
asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian yang diperolehi
daripada makanan yang dimakan.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 44
10.1 Protein
Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk
membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang
lain. Dari protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel.
Dari protein juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex,hormon tirod dan lain-lain.
Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri
daripada protein.
10.2 Lemak
Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina
dinding sel (membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel
otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak.
10.3 Glukos
Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini
merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.
10.4 Garam galian
Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan
selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu
sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam
fungsi enzim.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 45
10.5 Vitamin
Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan
bahan-bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen
yang penting untuk fungsi otak.
Teknologi Rumah Tangga
Khairi/kakA/trt-kspk/07 46
BIBLIOGRAFI
Teknologi dan Perkhidmatan Katering, Dewan Bahasa Dan
Pustaka,Kuala Lumpur, 1989.
Buku Sumber Pilihan ERT, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 2002.
Kemahiran Hidup Bersepadu Ting. 1-3, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Mahir Publications Sdn. Bhd., 2002.
Ekonomi Rumah Tangga Ting. 4-5, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Zeti Enterprise, 2002.
Risalah-risalah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006
Laman Web
www.ring.com/health/food/food.htm
www.moh.gov.my/fqc/index.htm
www.myhealth.gov.my
www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/
www.nutriweb.org.my
Recommended