View
225
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN
KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK
IKATAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4
TITY MARWANI BINTI MOHAMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
TAJUK : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK – MATEMATIK BAGI TAJUK KIMIA KBSM TINGKATAN 4 ♦
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
NAMA : TITY MARWANI BINTI MOHAMED (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 921, LORONG HILIR HUSM, DR ZAIDATUN BINTI TASIR 16150, KOTA BHARU, Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : …………................................
Nama Penyelia : DR. ZAIDATUN BINTI TASIR
Tarikh : 10 MAC 2004
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN
KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK
IKATAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4
TITY MARWANI BINTI MOHAMED
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………................................
Nama Penulis : TITY MARWANI BINTI MOHAMED
Tarikh : 10 MAC 2004
iii
Ku abadikan untuk……..
Allahyarham Mohamed Bin. Husin, abah…..
Harapan dan cita abah telah tertunai sudah
Doa abah yang tak pernah jemu, dikabulkan Allah
Semoga roh abah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T
Zawiyah Bt. Mustaffa, mama…..
Doa dan kasih sayang mama yang tiada bertepi
Menguatkan semangat dan azam anakmu ini
Menggapai manis kejayaan
Tity Nora, kakakku,
Kamal Syakier dan Tity Nazleen, adik-adikku…..
Kata-kata peransang yang kalian luahkan
Jasa, pengorbanan dan kasih sayang
Tak terbalas sepanjang zaman
Walau intan yang ditaburkan
Teman…..
Kau yang sentiasa memberi peransang
Menghiburkan di kala kekusutanku di perantauan
Gelak tawa, senda gurau dalam kenangan
Semoga perpisahan di hujungnya pertemuan dan kemanisan
Tuhanku…..
Dalam pendakian yang teramat sukar
Ke menara nostalgia ini
Terlalu banyak yang Kau anugerahkan
Terlalu sedikit yang dapat ku balas
Terima kasih semua.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.....
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada
penyelia Projek Sarjana Muda ini, Dr. Zaidatun Binti Tasir yang telah banyak memberi
dorongan, pandangan dan tunjuk ajar disepanjang tempoh penyeliaan projek ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu saya dan ahli keluarga yang tidak
pernah jemu memberi sokongan padu dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada
saya selama ini.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan-
rakan PSM yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya. Segala jasa dan
bantuan kalian tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat,
samada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Terdapat pelbagai model pembelajaran yang boleh dijadikan panduan untuk
guru-guru atau perekabentuk perisian dalam merekabentuk dan membangunkan sesuatu
perisian pendidikan atau perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK). Salah satu
daripada model pembelajaran yang boleh diaplikasikan ialah teori kecerdasan pelbagai
oleh Howard Gardner (1983). Dengan itu, perisian multimedia ini dibangunkan
berasaskan salah satu daripada 8 kecerdasan dalam teori tersebut iaitu kecerdasan Logik-
matematik. Perisian Multimedia bertajuk Ikatan Kimia ini dibina khusus untuk para
pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Kimia di sekolah menengah atas. Ia
merangkumi 4 subtopik iaitu Pembentukan Sebatian, Ikatan Ion, Ikatan Kovalen dan
Sifat Sebatian. Perisian ini juga menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
perantaraan. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan
Macromedia Authorware sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian
lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0,
Adobe Premiere 5.5 dan Macromedia Flash MX. Diharapkan, perisian ini dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.
vi
ABSTRACT
There are many learning style models that can be referred by teachers or
instructional designers in designing and developing any educational software or
computer assisted instruction (CAI) software. One of the learning style models that can
be used is the multiple intelligence (MI) theory by Howard Gardner (1983). Therefore
this multimedia software is designed based on one of 8 intelligences in the theory, that
is Logical-mathematical intelligence. This multimedia software entitled “Chemistry
Bonding” is specifically build for form four students taking the Chemistry subject in
upper secondary school. It covers 4 subtopics of Compound Formation, Ionic Bonding,
Covalent Bonding and Compound Properties. It is also used Bahasa Malaysia as a
medium of instruction. This software has been developed by using the Authoring
Macromedia Authorware 6.0 as the main software, supported by other software such as
Adobe Photoshop 6.0, Ulead COOL 3D 3.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Adobe
Premiere 5.5 and Macromedia Flash MX. Hoping that this software will make teaching
and learning process more effectively.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGESAHAN FAKULTI
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk dan Pendekatan 8
1.6 Skop dan Batasan Projek 10
1.7 Kepentingan Projek 10
viii
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Perisian 12
1.8.2 Multimedia 12
1.8.3 Kecerdasan 13
1.8.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 14
1.8.5 Kecerdasan Logik-Matematik 14
1.8.6 Sekolah Bestari 15
1.8 Penutup 15
BAB II SOROTAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sejarah Perkembangan PBK 17
2.3 Penggunaan PBK di bawah tajuk Kimia 18
2.4 Keberkesanan PBK dalam Proses P&P 20
2.5 Strategi Pengajaran dalam PBK 23
2.5.1 Latih Tubi 23
2.5.2 Tutorial 24
2.5.3 Simulasi 24
2.5.4 Permainan Pendidikan 24
2.6 Teori-teori Pembelajaran dan aplikasinya dalam 25
rekabentuk perisian PBK
2.6.1 Teori Behaviorisme 25
2.6.2 Teori Kognitivisme 26
2.6.3 Teori Konstruktivisme 27
2.6.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 28
2.7 Proses Pembangunan Perisian Multimedia 29
2.7.1 Fasa Analisis Keperluan 29
2.7.2 Fasa Rekabentuk 30
ix
2.7.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 30
2.7.4 Fasa Penilaian 30
2.8 Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam 31
Perisian PBK
2.9 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam P&P 33
2.10 Penutup 34
BAB III REKA BENTUK PERISIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Model Reka Bentuk Perisian yang digunakan 36
3.3 Pemilihan Perisian yang digunakan untuk hasilkan PBK 39
3.4 Perkakasan Perisian Multimedia 42
3.5 Carta Alir Perisian 43
3.6 Objektif Pelajaran 44
3.7 Isi Kandungan Perisian 44
3.8 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan Logik-Matematik 45
dalam PBK
3.9 Penutup 46
BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 48
4.1 Pengenalan 48
4.2 Cara Penggunaan Perisian 48
4.3 Struktur asas dan kandungan perisian 49
4.4 Permulaan perisian 50
4.5 Menu Utama 54
4.5.1 Pembentukan Sebatian 55
x
4.5.2 Ikatan Ion 55
4.5.3 Ikatan Kovalen 57
4.5.4 Sifat Sebatian 59
4.5.5 Peta Konsep 60
4.5.6 Uji Minda 61
4.5.7 Keluar dari Perisian 64
4.6 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 66
4.6.1 Teks 66
4.6.2 Grafik 66
4.6.3 Animasi 67
4.6.4 Audio 67
4.7 Penutup 68
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 69
CADANGAN 5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan Perisian 69
5.3 Masalah yang dihadapi dan Kelemahan Perisian 71
yang dibina
5.3.1 Kekurangan Masa 71
5.3.2 Kekurangan Kepakaran 72
5.3.3 Masalah Pelancaran Perisian pada Komputer Lain 72
5.3.4 Subtopik yang Terhad 73
5.4 Cadangan 74
5.5 Kesimpulan 75
5.6 Penutup 77
BIBILIOGRAFI 78 LAMPIRAN 81
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Model Reka bentuk ADDIE 36
3.2 Carta Alir Perisian 43
4.1 Animasi Countdown 50
4.2 Logo “mempersembahkan” 51
4.3 Persembahan Tajuk Perisian 51
4.4 Daftar Pengguna 52
4.5 Butiran Pengguna 52
4.6 Status Penggunaan Perisian 53
4.7 Objektif Pembelajaran 53
4.8 Menu Utama 54
4.9 Isi Pelajaran Pembentukan Sebatian 55
4.10 Menu Ikatan Ion 56
4.11 Aplikasi Soal jawab 56
4.12 Simulasi Pembentukan Ikatan Ion 57
4.13 Menu Ikatan Kovalen 58
4.14 Aplikasi Perbandingan Maklumat 58
4.15 Menu Sifat Sebatian 59
4.16 Simulasi Sifat Sebatian Kovalen 59
4.17 Isi Pelajaran Perbezaan Sifat Sebatian Ion dan Kovalen 60
4.18 Aplikasi Penemuan Sendiri dalam Peta Konsep 61
4.19 Menu Soalan Uji Minda 61
4.20 Respon Positif bagi jawapan betul 62
4.21 Respon Negatif bagi jawapan salah 62
xii
4.22 Paparan Markah bagi Soalan Objektif 63
4.23 Soalan Padanan 63
4.24 Pengesahan Keluar 64
4.25 Penghargaan 65
4.26 Paparan terakhir 65
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir Perisian 81
B Isi Kandungan Pelajaran Ikatan Kimia KBSM 82
Tingkatan 4
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, era perkembangan teknologi maklumat, IT (Information
Technology) telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan dengan membawa kita ke
suatu dunia yang serba kompleks. Dalam era ini, penggunaan teknologi komputer
khususnya teknologi multimedia juga sedikit sebanyak memberi impak secara langsung
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Hasilnya,
pengajaran yang selama ini hanya berorientasikan sukatan dan berbentuk satu hala kini
semakin berubah kepada pengajaran yang berorientasikan pembelajaran kendiri.
Perkembangan positif ini dilihat sebagai kemampuan negara untuk mengorak langkah ke
hadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Peranan komputer yang dianggap penting dan diperlukan dalam pendidikan masa
kini adalah selaras dan sejajar dengan matlamat dan tujuan kerajaan Malaysia untuk
menggembleng sepenuhnya teknologi terkini. Di samping itu juga untuk
memperkembangkan lagi infrastruktur Multimedia Super Corridor (MSC) yang wujud
ketika ini bagi mencetuskan pengaturan kedudukan yang membolehkan ‘teknologi’
digunakan dalam pendidikan (Abd. Rahman, 1999).
2
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif terhadap perkembangan
teknologi. Dengan menggunakan teknologi terkini, budaya persekolahan diubah
daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,
kreatif dan penyayang (KPM, 1997). Sebagai contoh, pelaksanaan Sekolah Bestari yang
merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi Projek MSC (Koridor Raya Multimedia )
sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan, dan perlaksanaan Koridor Raya
Multimedia. Hal ini ternyata telah membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan (KPM, 1997).
Teknologi multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era
teknologi maklumat. Ia dianggap sebagai “ edutaiment” (education entertainment) dan
“infotaiment” (information entertainment). Selain itu, multimedia juga merupakan
teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio,
teks, grafik dan animasi (Baharuddin Aris, et.al, 2001). Pengaplikasian teknologi
multimedia bukan sahaja boleh menjadikan proses pendidikan satu pengalaman yang
menarik dan menyeronokkan malah, ia juga dapat membantu pelajar memahami sesuatu
konsep pengajaran dengan cepat dan mudah. Selain itu, melalui penggunaan multimedia
dan Internet, pelajar diberi peluang untuk belajar sendiri mengikut kemampuan masing-
masing di samping dapat menambahkan maklumat dan pengetahuan yang sedia ada.
Jika dibandingkan dengan pengajaran tradisional, penggunaan multimedia lebih
berperanan sebagai rangsangan kepada proses pengajaran pada masa kini bagi menjana
minda dan pengetahuan pelajar. Melaluinya, pengajaran boleh berubah menjadi
panduan atau mentor dengan maklumbalas secara interaktif daripada hanya berfungsi
sebagai pembekal maklumat asas dan pemahaman sahaja. Dengan adanya teknologi
multimedia, ia berkemungkinan mencipta sekolah vitual dan sekolah global bagi aplikasi
jarak jauh.
3
Penggunaan komputer khususnya teknologi multimedia dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain kini sudah menjadi
perkara biasa, malah penggunaannya juga semakin giat dilaksanakan. Guru dan pelajar
mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
komputer sebenarnya berperanan sebagai tutor atau guru, sedangkan dalam proses
pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan
pemudah cara. Kini semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam
pengajaran berbantukan komputer (Abd. Rahman, 1999).
Pembinaan Perisian pengajaran untuk matapelajaran tertentu terutamanya
matapelajaran Sains seperti Kimia contohnya merupakan salah satu bentuk
pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer yang semakin mula mengisi ruang
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembinaan Perisian Multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bersesuaian kerana ciri – ciri
teknologi multimedia yang interaktif, menarik, menyeronokkan, memberikan maklum
balas serta- merta dan membolehkan pengajaran dilakukan berulang kali ini dipercayai
dapat memperkembang dan memperkayakan lagi mata pelajaran yang diajar. Malah ia
juga dapat memperbaiki kualiti sesuatu pengajaran.(Baharuddin Aris, et.al, 2001)
1.2 Latar Belakang Masalah
Keperluan kepada sains dan teknologi amat dititikberatkan dalam mencapai
keperluan dalam sistem pendidikan negara. Penguasaan kepada kemajuan sains dan
teknologi memerlukan asas yang kukuh sejak dari awal lagi sama ada di peringkat
sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat lebih tinggi lagi. Penekanan terhadap
matapelajaran Sains telah diberi perhatian dan pelbagai rancangan jangka pendek serta
jangka panjang telah dan akan dirangka bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun
begitu masih ramai pelajar yang menganggap matapelajaran Sains adalah satu
4
matapelajaran yang sukar, sangat kompleks, rumit dan sukar difahami (Selikin Siasis,
1995). Kimia merupakan salah satu pelajaran Sains yang tidak terkecuali dari tanggapan
negatif tersebut.
Matapelajaran Kimia di lihat sebagai satu cabang ilmu sains yang mengkaji
bahan yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini
apabila berinteraksi antara satu sama lain. Ilmu Kimia juga merangkumi bidang yang
amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana
bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan baru. (Buni Sunade, et.al, 2001)
Matapelajaran Kimia boleh dianggap sebagai satu matapelajaran yang penting
kerana ianya berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Tanpa disedari atau sebaliknya,
bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita. Pakaian sutera
atau kapas mahupun jaket nilon yang kita pakai semuanya dibuat daripada bahan kimia.
Begitu juga dengan bahan makanan dan ubat-ubatan yang membekalkan tenaga dan
meningkatkan tahap kesihatan kita.
Walaupun kebanyakan isi pelajaran dalam subjek Kimia boleh dikaitkan dengan
kehidupan seharian kita, namun terdapat juga sesetengah isi pelajaran yang kurang
dikaitkan dengan aplikasi kehidupan seharian. Salah satu daripadanya ialah isi pelajaran
dalam tajuk Ikatan Kimia, bagi pelajar Tingkatan 4. Tajuk ‘Ikatan Kimia’ yang
merangkumi 4 subtopik seperti pembentukan sebatian, ikatan ion, ikatan kovalen dan
sifat sebatian ion dan sebatian kovalen ini kurang dikaitkan dalam kehidupan seharian
memandangkan isi pelajaran tersebut terlalu abstrak dan tidak nampak secara konkrit.
Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai isi pelajaran ini secara
keseluruhannya, terutamanya bagi pelajar sains peringkat sederhana di sekolah atau di
peringkat pengajian tinggi (Zol Azlan Hamidin, 2000). Fenomena ini berlaku kerana
pelajar terpaksa menyediakan diri mereka dari segi mental (kognitif), fizikal
(psikomotor) dan bermain-main dengan sentimen dan emosi (afektif) yang tinggi bagi
membolehkan mereka ‘menempuh’ pelajaran sehingga tamat (Atan Long, 1982).
5
Menyedari akan kemampuan pelajar untuk mengikuti sesuatu pelajaran adalah
berbeza di antara satu sama lain disebabkan faktor fizikal, mental, sosial dan emosi ( Ee
Ah Meng ,1996), maka sumber atau alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan bagi
disesuaikan mengikut kemampuan pelajar. Pembinaan Perisian pengajaran untuk
matapelajaran Kimia tingkatan 4 bagi tajuk ‘Ikatan Kimia’ merupakan salah satu
pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer (PBK) yang boleh membantu pelajar
dalam memahami konsep dan menguasai isi pelajaran tersebut supaya dapat dilihat
dengan lebih konkrit.
Memandangkan isi pelajaran ikatan kimia berkaitan dengan Sains, maka penulis
memilih pendekatan kecerdasan logik-matematik sebagai satu pendekatan dalam
perisian multimedia ini. Kecerdasan logik-matematik merupakan salah satu daripada
lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard Gardner dalam teori kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligences). Pendekatan ini adalah bersesuaian kerana bagi
melahirkan saintis dan pelajar yang ‘celik sains’, kecerdasan logik yang tinggi
diperlukan. Atas kesedaran inilah, perisian multimedia ini dihasilkan bagi memenuhi
dan menepati keperluan isi pelajaran dalam tajuk Ikatan Kimia.
1.3 Penyataan Masalah
Kimia merupakan salah satu cabang matapelajaran Sains yang dianggap susah,
rumit dan sukar difahami oleh kebanyakan pelajar terutamanya pelajar aliran Sains
(Selikin Siasis, 1995). Sebagai matapelajaran yang dianggap susah oleh kebanyakan
pelajar, proses pembelajaran Kimia sering juga dianggap sebagai penghalang bagi
mereka menunjukkan prestasi dan pencapaian cemerlang secara keseluruhannya. Hal ini
mungkin disebabkan oleh prinsip, konsep dan data yang membentuk dan menerangkan
isi pelajaran kimia itu kebanyakannya berbentuk abstrak dan sukar untuk difahami.
6
Pengajaran sesuatu konsep dalam pelajaran Kimia sebenarnya melibatkan
pergerakan pemeringkatan dua hala iaitu dari konkrit ke abstrak dan juga sebaliknya dari
abstrak ke konkrit. Pemeringkatan dari konkrit ke abstrak merupakan teknik
pembelajaran yang mudah berbanding sebaliknya (Zol Azlan Hamidin, 2000). Sebagai
contoh, pengajaran konsep elektrostatik dapat difahami dengan mudah apabila guru
menunjukkan secara nyata, secara konkrit dan realiti apa yang berlaku kepada cebisan
kertas apabila sebatang jalur ebonit digosokkan dengan kain lembut didekatkan kepada
cebisan kertas itu. Namun begitu, pengajaran tajuk Ikatan Kimia tidak semudah boleh
bergerak dari keadaan konkrit ke abstrak. Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar
sukar untuk memahami topik ini memandangkan ianya memerlukan kepada imaginasi
atau gambaran yang jelas.
Sehubungan dengan itu, penulis berhasrat menghasilkan satu perisian multimedia
menggunakan pendekatan kecerdasan logik- matematik bagi tajuk Ikatan Kimia dalam
matapelajaran kimia Tingkatan 4 bagi menyokong pembelajaran isi pelajaran tersebut.
Bagi memastikan penggunaan perisian multimedia yang dibina benar-benar mampu
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Ikatan Kimia bagi menangani
secara adil tahap kemahiran, keperluan dan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai,
penulis memilih pendekatan kecerdasan logik – matematik sebagai satu pendekatan
dalam perisian multimedia ini.
Pendekatan Kecerdasan logik-matematik merupakan salah satu pendekatan yang
dipilih daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard Gardner dalam teori
kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences) selain daripada kecerdasan verbal-
linguistik, ruang-visual, kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik.
Tajuk Ikatan Kimia yang dipilih ini merangkumi empat subtopik seperti pembentukan
sebatian, ikatan ion, ikatan kovalen dan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. Dengan
adanya perisian multimedia ini nanti, diharapkan pelajar akan dapat memahami dan
menguasai konsep yang abstrak dalam tajuk Ikatan Kimia dengan lebih konkrit dan
jelas.
7
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini ialah mereka bentuk dan membina satu Perisian
Multimedia berasaskan Kecerdasan Logik- Matematik bagi tajuk Ikatan Kimia dalam
matapelajaran Kimia Tingkatan 4 dengan mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM). Diharapkan dengan terhasilnya perisian ini nanti akan
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri isi pelajaran di bawah
tajuk Ikatan Kimia yang dimuatkan dalam perisian ini tanpa batasan di samping
membantu mereka mengukuhkan lagi pemahaman konsep dan pengetahuan sedia ada.
Antara tujuan lain perisian ini di bangunkan ialah :
a) Membantu pihak pendidik mencari cara pengajaran yang terbaik bagi
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran dengan menyediakan pilihan
aktiviti terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Melihat sejauh mana Sukatan Matapelajaran Kimia Tingkatan 4 KBSM yang
digunakan dalam tajuk Ikatan Kimia dapat disesuaikan dengan penggunaan
teknologi Multimedia dan tahap penerimaan umum terhadapnya.
c) Memperkukuhkan apa yang dipelajari di sekolah dengan menyediakan sumber
pembelajaran alternatif (Perisian PBK).
d) Memudahkan pemahaman pelajar berkenaan topik Ikatan Kimia iaitu sesuatu
konsep yang abstrak dapat diterangkan secara lebih jelas dengan bantuan
penggunaan elemen-elemen multimedia.
Recommended