View
257
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTARA
Kerajaan Islam Pasai ( abad ke 13-14 )Kerajaan Islam Melaka ( abad ke 15 -16 )Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa ( abad ke 16 )Kerajaan Islam Aceh ( abad ke 17 – 18 )
Sejarah Melayu, 1961:74-75; 249-250 – Raja Iskandar Shah dan pegawai tinggi istana
memeluk agama Islam oleh ulama’ dari Jeddah, Saiyid Abdul Aziz pada kurun ke16. Ini diikuti oleh pemelukan agama Islam secara beramai-ramai oleh rakyat Melaka. Iskandar menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah.
Ulama tersebut mengajar bacaan Al-Quran, cara-cara sembahyang dan perbincangan mengenai agama di istana untuk Sultan dan pegawai istana.
Sejarah Melayu, 1961: 251 Awal kurun ke16 dan sebelum serangan Portugis di
Melaka, Bendahara dan kaum keluarganya (lelaki) menghadiri kelas membaca Al-Quran di rumah Makhdum Sadar Jahan.
Annual Reports of the Straits Settlements, 1881 (Jarman, R. (ed.), 1998)
“Regarding the Malays especially, it may be remarked that there are the Bandarsah schools, where the Koran is alone taught, and which in reality religious classes.”
“indifference..to any education beyond the extent of knowledge of the Koran”. Benarkah?
Sebelum wujudnya sekolah tajaan pemerintah (Melayu & Inggeris), sudah wujud ‘sekolah Quran’ atau kelas belajar Al-Quran di Singapura dan di negeri-negeri Selat (Chelliah, D.D, 1960: 35).
Catatan sosio-sejarah penulis-penulis Ibu bapa ‘menyerahkan’ anak kepada guru-guru agama dengan
sepinggan pulut kuning & meminta supaya anak mereka diajar dengan cara yang dirasakan perlu oleh guru ‘asalkan anaknya tidak dibutakan atau dicacatkan’ sepanjang berada dalam jagaan guru (Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, 1979:53).
KurikulumBacaan MuqaddamBacaan Al-QuranPenekanan: Menghafal Quran & bacaan yang baik.Solat, puasa, thaharah, halal & haram (dari ibu bapa & kelas
mengaji di masjid) (Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, 1979:52).
StrukturTiada had umur, 7 hingga 15 tahun.Beberapa jam, pagi; petang atau malam.Seramai 15-30 orang.Bayaran – dalam bentuk hadiah atau wang -terpulang kepada
ibu bapa
SISTEM PENDIDIKANSistem Arab dan Jawi.Sekolah Al-Quran dan guru-guru agama.Pondok, pesantren, madrasah dan
tempat-tempat pengajian persendirian.Pelajaran agama – selain dari pengajian
al-Quran di diajar juga ilmu Fiqeh, Tauhid, Akhlak, Bahasa Arab dan Tasauuf.
Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah
KEBANGKITAN KUASA-KUASA BARAT
Kemajuan Ilmu PengetahuanRevolusi IndustriPerdaganganPengembaraan dan PelayaranPenjajahan kuasa barat ke negara AsiaPortugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol
dan Perancis
KEBANGKITAN KUASA-KUASA BARAT
Inggeris menakluki Benua India dan Tanah Melayu ( termasuk Singapura ).
Belanda menakluki kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia.
Tertubuhnya East India Company
Zaman Penaklukan Inggeris
Kuasa tentera dan politik untuk kepentingan ekonomi.
Menyerapkan nilai Kebendaan, Sekularisme, Dualisme.
Serangan dan penjajahan minda terhadap pendidikan.
Berkembangnya sekolah Kristian dan lenyapnya sistem Kuttab.
Sistem Pendidikan di Benua India di Zaman Penjajahan
Sekolah Inggeris – Sekular.Pengajian di Institusi Islam:1.kurikulum ditetapkan oleh Inggeris
(Aligarh).2.kurikulum traditional ( Dar al-U’lum–
Deoband).3.konflik.4.Kurikulum gabungan ( Nadwat al-Ulama )
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura
Dasar pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura lebih kurang sama dengan di India.
Jenis-jenis Sekolah:Sekolah Inggeris dan Kristian.Sekolah Melayu.Pondok dan Pesantren.Madrasah.Sekolah Rakyat.
Kelas Agama di MasjidPenadah
Pelajar yang serius dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram & menjadi guru agama.
Umur: Belasan tahun – 60 tahun.Pendengar
Orang ramai yang ingin mendengar pengajaran Islam. Terdiri daripada pendengar lelaki & perempuan.
Mereka yang telah melalui kelas mengaji/membaca Al-Quran.
Kurikulum PondokSebelum kurun ke19
Menguasai bahasa Arab selama 2 tahun sambil mempelajari Fiqh & Tauhid
Sesudah menguasai bahasa Arab, mempelajari teks klasik Arab.
Berdasarkan doktrin al-Ash’ariah al-Sanusiyyah (Che Awang bin Che Harun, 1995:2).
Tasawuf Wirid Bahasa Arab Jawi Kitab Jawi – contoh:
Kitab Perukunan Sembahyang
Kitab Jawharat al-Tawhid, oleh Ibrahim al-Laqani.
Selepas kurun ke19
•Bahasa Arab•Fiqh•Tauhid•Tasawuf•Wirid•Jawi•Kitab Jawi –
•Bidayat ul-Hidayah, •Umm ul-Barahin)
•Tafsir•Hadis•Balaghah (sastera Arab)•Tarikh Islam
Contoh Pondok yang terkenalPondok pertama di Pulai, Kelantan pada tahun
1820 (Che Awang bin Che Harun, 1995:2) Pondok Bangkak oleh Tok Kenali atau Haji
Muhammad Yusuf bin Ahmad pada 1917, di Kelantan, sepulangnya dari pembelajaran di Makkah, di halqah kendalian Wan Ahmad al-Fatani.
Haji Wan Musa di Kelantan.Lewat kurun ke19/awal kurun ke20,
kebanyakan pondok di Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa Majlis Agama dan Adat Melayu.
Dibentuk semula menjadi madrasah.
PondokJuga terkenal di Selatan Thailand, di Yala,
Narathiwat, Patani, Satun dan Songkla. Contoh: Pondok Tok Guru Haji Nor; Pondok Tok Guru Haji Leh, Pondok Tok Guru Haji Somad dan Pondok Tok Guru Ghani (berasal dari Kelantan) selepas belajar di Kelantan, Trengganu & Makkah.
Ulama Thailand yang pernah mengajar di Makkah - Syakh Dawud al-Fatani, Haji Ismail (Pak Do ‘Ae) bin Abdul Qadir, Bendang Daya, Haji Ismail bin Haji Wan Ahmad dan Tok Semla Tua. Ulama Indonesia - Syaikh Abd al-Qadir bin Abd al-Muttalib al-Mandili yang juga dikenali sebagai Syakh Qadir.
1884, ulama Patani diberi kepercayaan oleh pemerintah Turki untuk mengendalikan penerbitan buku-buku agama ulama Makkah dan Mesir.
Pesantren - Cara PembelajaranAwal Seawal 4.30 pagi – baca Quran, solat berjema’ah, kelas,
bacaan Al-Quran, kelas, senaman, aktiviti luar darjah, menela’ah, menghafal.
Guru bersyarah atau pelajar kanan bersyarah untuk pelajar baru/muda
Pelajar membaca dengan diawasi & diperbetulkan oleh guru jikalau terdapat kesilapan dalam bacaan
Tiada peperiksaan Pemberian ijazah sesudah terbukti memahami sesuatu
kitab atau pelajaran Tiada kurikulum & silabus yang standardKini Santri membantu pesantren dan masyarakat kampung dari
segi kewangan, pertanian, sosial. Contohnya Pesantren Darul Falah, Bogor, Jawa Barat.
Pesantren Modern Darussalam Gontor punya sistem yang berlainan.
Kini, terdapat 17,000 pesantren – membantu membasmi buta huruf terutama di kalangan masyarakat pedalaman (Asia Development Bank, 2005)
Madrasah awalMadrasah, juga dipanggil sebagai sekolah
rakyat, ma’had, sekolah Arab, sekolah agama.Peringkat rendah (ibtida’i).Peringkat menengah (thanawi)Peringkat tinggi (‘Aliyah)Khusus untuk sesuatu jantina atau campuran.Secara percuma atau mengenakan yuran
bulanan.Waktu sekolah - pagi, petang atau/dan malam.Guru-guru dari lepasan pondok; madrasah
tempatan/Nusantara atau Timur Tengah.Pengaruh Kitab Jawi dan klasik masih kuat
sehingga akhir kurun ke20.
Madrasah awalBilakah madrasah yang pertama dibina di Nusantara?
Madrasah Assibyan dibina pada 1901 (?) di Bussorah Street (pandangan Ahmad Sonhaji (1987:69), Abdul Samad bin Haji Junied (1995:70-71); Hikmatullah Babu Sahib (1990); Muhd Nor bin Hasbun (1969)) Quran, lughah, tauhid, mahfudzat, berzanji, wirid.
Madrasah Al-Iqbal dibina pada 1905/07/08? oleh Syed Sheikh Al-Hadi, seorang reformis Islam (Khoo Kay Kim, 2000).
Memperkenalkan corak persekolahan secara formal, mata pelajaran baru seperti sains, matematiks, bahasa Inggeris, di samping mata pelajaran agama. Peperiksaan. Mengikut sistem aliran pembaharuan di Mesir.
Sumbangan Golongan ReformisMadrasah Al-Iqbal di Singapura – pengaruh
angkatan pembaharuan di Timur Tengah yang dipelopori oleh Al-Afghany, Mohammad Abduh dan Rashid Reda.Bertujuan membawa pembaharuan pada
pendidikan Islam demi kemajuan ekonomi, sosial dan politik
Mengembalikan kesucian Islam berdasarkan Al-Quran & Sunnah
Menggalakkan pemikiran kritikal dan menghapuskan taqlid buta
Memahami isu agama berdasarkan konteks Madrasah Al-Hadi di Melaka pada 1917.Madrasah Al-Quran – Madrasah Al-Masyhor Al-
Islamiah di Pulau Pinang, 1919.Tentangan sengit Kaum Tua.
Contoh madrasah-madrasah awal
Di Selangor – 1905, Madrasah Awamiyyah dibina oleh Mohammad Awam bin Muhamad Rosdi.
Kedah – 1906, Madrasat-ul Al-Hamidiah sempena nama Sultan Abdul Hamid, sahabat pengasas madrasah tersebut, Haji Wan Sulaiman bin Haji Sidek.
Di Seberang Perai – 1906, Madrasah Al-Masriyyah, oleh Tuan Haji Salleh Masri sekembalinya dari pengajian di Universiti Al-Azhar.
Di Kelantan – 1917, Madrasah Muhammadiah yang juga dikenali sebagai Sekolah Melayu Agama Islam, dibina oleh Majlis Agama dan Istiadat Melayu.
Di Johor – 1920, Madrasah Al-Khairiyah dibina oleh Haji Jaafar & rakyat.
Di Pahang – 1923, Sekolah Agama Al-Attas Ketapang, Pekan. Di Indonesia – 1915, madrasah di Padang Panjang oleh Syekh
Zaenuddin Labai. Di Thailand – 1955, Madrasah al-Falah al-Balagh al-Mubin atau
lebih dikenali sebagai Rongrian Rongroch Vittaya. Tujuan utama: melatih membaca dan menulis bahasa Arab
dan Jawi.
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura
Awal abad ke 19 pengajaran mengaji al-Quran berkembang luas.
Pada tahun 1871 A.M. Skinner, Pemangku Magistrate di Seberang Perai. Beliau yang mencadangkan sekolah pengajian al-Quran disatukan dengan sekolah melayu.
Cadangan Skinner diterima baik oleh pemerintahan Inggeris.
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura
Murid-murid belajar di sekolah Melayu di sebelah pagi kemudian mengaji di sebelah petang pula.
Kelas-kelas mengaji al-Quran masih terus berjalan di luar kelas seperti biasa.
Sistem pondok berkembang di tanah melayu sementara Pesantren berkembang di Indonesia.
Di Singapura pelajaran agama hanya di masjid-masjid dan surau-surau.
Kitab-kitab yang diajarkan seperti Perukunan dan Matlau’l Badrain
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura
Kanak-kanak diajar asas agama seperti rukun iman dan islam serta bacaan al-Quran.
Di Singapura sistem madrasah mula berkembang di abad ke 20.
Kebanyakkan madrasah-madrasah tersebut telah ditubuhkan oleh individu/keluarga dengan mewakafkan tanah-tanah mereka.
Terdapat lebih kurang 30 buah madrasah di Singapura pada ketika itu.
Madrasah di Singapura
Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah ( 1921 )Madrasah Al-Junied Al-Islamiah ( 1927 )Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah ( 1936 )Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah ( 1947 )Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah ( 1955 )Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
Recommended