View
193
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
3.0 ULASAN PENGARUH TAMADUN ISLAM DI ASIA
Islam muncul di Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke 7 Masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Nabi
Muhammad s.a.w. , kerajaan Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Kemunculan
kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Ummaiyah,Seljuk di Turki, Empayar Moghul di
India, Kerajaan Islam Acheh di Indonesia dan Kesultanan Melaka telah mewujudkan
tamadun Islam yang agung. Pengaruh Tamadun Islam ini sangat besar dan meliputi
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, cara hidup, kesusasteraan, kesenian
dan juga ekonomi.
3.1 Pemerintahan dan Pentadbiran
Institusi pemerintahan beraja memang terdapat terutamanya di Asia Tenggara
sebelum kedatangan Islam. Setelah kedatangan Islam institusi beraja telah diubahsuai
menjadi institusi kesultanan warisan daripada amalan pemerintah Abbasiyah di Baghdad
dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Istilah raja diketepikan setelah kedatangan Islam. Sultan
sebagai ketua negara dan agama. Mufti pula sebagai penasihat sultan. Selain itu,
8
PENGARUH
TAMADUN ISLAM
DI ASIA
PENGARUH
TAMADUN ISLAM
DI ASIA
EkonomiEkonomi Sistem PendidikanSistem Pendidikan
Pemerintahan/PentadbiranPemerintahan/Pentadbiran
Kepercayaan dan Cara HidupKepercayaan dan Cara HidupKesenianKesenian
Bahasa dan KesusasteraanBahasa dan Kesusasteraan
diwujudkan pegawai seperti kadi, bilal, khatib, pemungut zakat dan penjaga harta wakaf.
Dalam Hukum Kanun Melaka, raja digelar Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin
orang mukmin, perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan Melayu Melaka. Di India
pula telah terbentuk Kesultanan Delhi yang terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti
Lodi, Dinasti Syeid di mana Delhi menjadi pusat pemerintahannya. Dinasti Ming (1368-
1644M) pula merupakan dinasti Islam yang terkenal di China. Ramai orang Islam telah
dilantik dalam pentadbiran kerajaan pada zaman Dinasti Ming.
Islam telah menjadi agama rasmi bagi kerajaan Melaka, Acheh, dan Brunei. Antara
sultan yang berpegang teguh kepada Islam ialah Sultan Malik al-Zahir dari Samudera
Pasai dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Nama-nama Islam digunakan pada nama
negeri seperti Acheh Darus Salam dan nama raja seperti Sultan Mansur Syah yang beerti
sultan terpuji. Pengaruh tersebut masih kekal sehingga kini, contohnya negeri Kelantan
Darul Naim, Perak Darul Ridzuan dan sebagainya. Undang-undang Islam (syariah)
menjadi asas pembinaan serta pengamalan, contohnya Hukum Kanun Melaka yang
digubal oleh Sultan Muzzafar Syah. Ianya mengandungi peraturan serta hukum-hakam
dalam bidang jenayah, muamalah, kekeluargaan,dan tanggungjawab raja-raja serta
pembesar negeri dalam pemerintahan.
Di Acheh pula, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan
Islam dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.. Pada zaman Dinasti Yuan (1260-1368M) di
China, seorang Islam yang dikenali sebagai Abdul Rahman telah dilantik menjadi
pengawal Kewangan Maharaja dan diberi kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan ke
atas rakyat China. Pada zaman Kesultanan Delhi di India, Sultannya dibantu oleh Menteri
Kanan yang digelar Wazir. Majlis I-Khalwat dan Bari I-Khas ditubuhkan bagi mengawal
jenayah. Urusan kewangan negara adalah mengikut Mazhab Hanafi iaitu dalam
pengutipan cukai ,jizyah, dan kharaj.
3.2 Sistem Pendidikan
Agama Islam mewajibkan setiap umatnya menuntut ilmu. Sebelum kedatangan
Islam, pendidikan hanya untuk golongan bangsawan sahaja. Setelah kedatangan Islam,
golongan bangsawan dan golongan bawahan mendapat pendidikan yang sama. Wanita
9
juga diberi peluang menuntut ilmu Sikap mementingkan ilmu telah membawa perubahan
dalam sistem pendidikan dengan wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana,
masjid, pondok, pesantren, madrasah, dan surau.
Istana merupakan pusat pendidikan bagi golongan bangsawan. Fungsi istana
adalah sebagai tempat bagi ulama menyampaikan ilmu dan menasihati sultan serta
pembesar negeri. Istana juga sebagai perpustakaan, tempat penyalinan dan
penterjemahan. Sistem masjid sebagai markas dapat dilihat sebagai suatu bentuk
pemusatan kegiatan Islam. Di antara pengajaran yang disampaikan ialah ilmu tafsir,
Hadith, Fiqah, Ussuluddin, bahasa kesusasteraan dan sebagainya.
Sekolah pondok merupakan salah satu sistem pendidikan yang terkenal
terutamanya di Asia Tenggara. Salah satu pusat pendidikan Islam formal yang terawal
ialah di Sumatera Utara ialah semasa pemerintahan kerajaan Perlak. Ia disebut dayah
atau pondok. Salah sebuah dayah di Perlak dikenali sebagai Dayah Bukit Ce Breek telah
didirikan pada abad kesembilan masihi. Pendidikan pondok telah berkembang meluas ke
Pattani, Acheh dan Jawa. Acheh menjadi tumpuan ramai pelajar dari luar datang
mendalami ilmu pengetahuan Islam sehingga digelar “Serambi Mekah”. Sistem pendidikan
di Acheh lebih sistematik, terdapat peringkat rendah, menengah, dan tinggi
Rumah guru agama juga memainkan peranan penting dalam pendidikan setelah
kedatangan Islam. Di Tanah Melayu, Indonesia, dan Filipina, kanak-kanak yang berumur
antara enam hingga sepuluh tahun mula membaca dan menghafaz al-Quran di rumah
guru ataupun ulama’. Fenomena pembelajaran berbentuk demikian wujud sehingga
sekarang.
3.3 Kepercayaan dan Cara Hidup
Cara hidup Islam banyak mempengaruhi masyarakat di Benua Asia sehingga kini.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Asia kebanyakannya mengamalkan kepercayaan
ananisme, agama Hindu dan Buddha. Perubahan yang paling ketara setelah kedatangan
Islam ialah perubahan jiwa kepercayaan dan pemikiran iaitu daripada kepercayaan
ananisme kepada kepercayaan pada Tuhan yang esa. Kepercayaan kepada dewa-dewa,
makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh
10
dalam alam pemikiran manusia primitif. Al-Quran menjadi pegangan hidup dan sumber
rujukan bagi umat Islam. Kepercayaan karut lenyap beransur-ansur diganti dengan
kepercayaan Allah Yang Esa. Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan
agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional yang mencirikan perubahan
intelek yang tinggi.
Islam dijadikan “ad-din’ iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Kedatangan
Islam turut mengubah sistem sosial masyarakat Asia. Sistem Kasta (penganut agama
Hindu) yang menerapkan unsur kelas-kelas dalam budaya masyarakat telah dihapuskan.
Islam telah mewujudkan persaudaraan Islam dan persamaan taraf. Amalan hormat-
menghormati, tolong-menolong dan kerjasama diterapkan. Wujudnya cara pemakaian
Islam seperti memakai tudung kepala bagi wanita dan bersongkok bagi lelaki.
3.4 Bahasa dan Kesusasteraan
Kemunculan tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh tamadun Islam. Tulisan
jawi berasal dari tulisan Arab. Tulisan ini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
Brunei, Indonesia dan juga Filipina. Tulisan ini menggantikan tulisan Palava Dewanagari
iaitu tulisan zaman Hindu-Budhha. Bukti kewujudan tulisan jawi di Malaysia ialah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu.
Kedatangan Islam melalui pedagang-pedagang Arab ke Asia telah menyebabkan
istilah-istilah Arab digunapakai seperti istilah sultan, masjid, syukur, berkat, alam dan lain-
lain lagi. Pengaruh bahasa Arab sebagai bahasa Islam juga telah memunculkan Bahasa
Urdu di India. Bahasa ini mempunyai perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ia ditulis
dengan skrip Arab tetapi diubah mewakili bunyi bukan Arab. Contoh perkataan Urdu ialah
‘wajib’ dan ‘munsyi’.
Melalui tulisan-tulisan ini, maka lahirlah buku-buku ilmuan, kisah-kisah para Rasul,
cerita-cerita pahlawan Islam, kitab Feqah, tafsir Al-Quran dan sebagainya yang telah
diterjemahkan dari kesusasteraan Arab dan Parsi. Di Alam Melayu, genre sastera Islam
yang bercorak hikayat adalah seperti Sejarah Melayu. Antara karya lain ialah Hikayat Nur
Muhammad dan Hikayat Puteri Salmah. Di China, karyawan Islam yang terkenal
11
antaranya Yusuf Ma Zhu dengan karyanya ‘Arah Islam’ dan Wang Dai Zing dengan
karyanya ‘Qing Zhen” (Penjelasan Benar Mengenai Agama Islam dan Pengajian Tinggi).
3.5 Kesenian
Kesenian Islam meliputi seni khat, seni bina, seni ukir, seni muzik, dan
sebagainya. Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenalpasti pada batu nisan, bilah
mata keris, dan ukiran kayu. Pada batu nisan terdapat tulisan abjad Arab dan jawi
Terdapat juga seni khat yang bertakhtakan emas dan perak. Masjid merupakan karya
seni Islam yang terpenting. Masjid-masjid di Asia banyak dihiasi dengan seni khat yang
digabungkan dengan dengan ukiran yang berkonsepkan alam mati. Contoh ukiran khat
pada masjid terdapat pada mimbar, bingkai, tiang masjid dan sebagainya.
Pengaruh seni bina Islam pula boleh dilihat pada bentuk masjid, kubah, mimbar,
mihrab dan menara azan. Masjid-masjid dibina mengikut reka bentuk Arab dan tradisional
masyarakat setempat. Di India, pengaruh reka bentuk kesenian Islam dapat dilihat di
zaman pemerintahan Moghul. Shah Jahan merupakan ahli bangunan terkenal. Salah
satu karyanya ialah bangunan Taj Mahal yang banyak dipengaruhi konsep dan gaya
Islam. Taj Mahal menjadi terkenal sebagai salah satu keajaiban dunia.
Masjid-masjid di China pula adalah gabungan ciri-ciri Islam dan tradisional China.
Antara masjid yang tertua di China ialah Masjid Chingjing di Guangzhou yang dikatakan
begitu jelas ciri Arabnya. Model masjid ini diambil dari Damsyik dan gerbangnya
mempunyai ketinngian 20 meter yang dibina dari batu granit. Di Malaysia , antara masjid-
masjid yang terkenal dengan reka bentuk Islam ialah Masjid Ubudiah, Kuala
Kangsar,Perak dan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
Setelah kedatangan Islam, bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabat telah diperkenalkan. Alat-alat muzik seperti rebana,
dabus, dan nobat juga telah menjadi sebahagian daripada alat muzik masyarakat
setempat. Terdapat juga karya puisi Islam yang diterjemah dari Bahasa Arab seperti
qasidah, berzanji, atau puisi untuk memuji Nabi dan berdakwah.
12
3.6 Ekonomi
Setelah kedatangan Islam, ekonomi masyarakat Asia semakin berkembang
Pedagang Islam mendominasi perdagangan di Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
Perdagangan dijalankan di pinggir-pinggir sungai dan di antara pelabuhan. Contohnya,
Melaka dan Acheh. Jawatan laksamana ( ketua angkatan laut) dan Syahbandar telah
diperkenalkan. Selain daripada itu, sistem timbang dan sukat berdasarkan kati dan tahil
menggunakan dacing juga diperkenalkan. Kedudukan Melaka dan Acheh yang strategik
menjadi tumpuan pedagang-pedagang dan ini telah meningkatkan ekonomi kerajaan
tersebut.
Sistem mata wang juga telah digunakan iaitu mata wang emas, perak dan timah.
Pedagang Eropah menggunakan mata wang perak manakala pedagang India, China dan
Arab menggunakan mata wang emas. Perkembangan ekonomi juga adalah melalui
sistem pencukaian. Pedagang wajib membayar cukai terhadap barang dagangan.
Baitul Mal yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara telah diwujudkan pada
zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Acheh. Hasil Baitul Mal diperolehi daripada
pengeluaran zakat fitrah, sedekah, kafarah dan wakaf dan dan peranannya membantu
golongan fakir miskin dan yang layak menerimanya.
Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja, mencari rezeki yang halal dan
menjauhi amalan riba dalam perniagaan. Sistem jual beli juga telah bertukar berlandaskan
hukum syarak mengikut konsep halal dan haram. Di samping itu, Islam juga menyarankan
umatnya berjimat-cermat dan tidak melakukan penindasan.
Kesimpulan
Islam membawa pengaruh yang besar di rantau Asia. Proses penyerapan Islam
secara berperingkat –peringkat yang bermula dari golongan istana sehinggalah kepada
rakyat biasa menjadikan masyarakat menerima Islam dengan baik. Kepercayaan kepada
Allah yang satu telah membawa perubahan kepada manusia ke tamadun yang lebih maju
dan mengamalkan tradisi keilmuan. Pengaruh tamadun Islam juga telah mencelikkan
mata dunia kerana keistimewaan Islam itu sendiri yang sederhana dan tiada paksaan
13
4.0 SUMBANGAN TOKOH ISLAM - AL KHAWARIZMI
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang penting melalui tokoh-tokoh
dalam pelbagai bidang sama ada bidang agama, matematik, sains tulen, sastera, seni dan
sebagainya. Salah seorang tokoh Islam yang terulung dan memberi sumbangan besar
kepada masyarakat umum dalam ilmu matematik, astronomi dan geografi ialah Al-
Khawarizmi.
Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dikenali
dengan pelbagai nama. Di Barat al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi, al-
Ahawizmi, al-Karismi, al- Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad
pertengahan. Di Perancis pula, beliau dikenali dengan nama Augryam atau Angrism.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Beliau dikatakan hidup sekitar awal pertengahan abad
ke sembilan dan meninggal dunia antara 220M dan 230M. Sumber lain mengatakan
beliau hidup di Khawarism, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal dunia pada
tahun 266H/850M di Baghdad. Tahun 780M – 850M adalah zaman kegemilangan al-
Khawarizmi.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam
bidang syariat dan bidang lain seperti falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau bekerja dalam usia yang muda di Bayt al-
Hikmah yang terletak di Baghdad pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbassiyah .
Kepakarannya dalam ilmu matematik telah diiktiraf oleh pemerintah Abbassiyah. Pada
zaman Khalifah Harun Ar-Rashid, beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli
matematik di Bayt al- Hikmah. Kemudian dilantik pula sebagai pengarah arkib buku
perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah Ma’mun, pengganti Khalifah Harun ar-Rashid.
Beliau adalah orang yang pertama memperkenalkan angka sifar dan sistem
nombor secara sistematik. Pengenalan sistem angka yang sistematik telah membolehkan
operasi pengiraan matematik diperluaskan. Operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi
dapat dilakasanakan dengan mudah, juga operasi lain seperti kuasa, kosinus, tan, log,
dan lain-lain lagi. Beliau juga pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara
perhitungan India pada dunia Islam.
14
Al- Khawarizmi juga merupakan tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra
dan hisab. Nama Algebra diambil daripada buku beliau iaitu ‘ Al-Jabr wa al-Muqabalah”.
Algebra merupakan satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf
atau simbol untuk mewakili nombor, nilai atau pembolehubah, disebut persamaan
menjurus kepada aritmetik. Beliau merupakan orang pertama mengajar algebra dalam
bentuk yang mudah dan dapat menyelesaikan banyak masalah seperti timbangan dan
ukuran, perwarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
Selain daripada itu, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan dalam bidang
geometri. dan trigometri. Geometri berkaitan dengan ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan
hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan, dan pepejal dalam ruang. Perkembangan
trigometri pada abad ke-12M digunakan untuk menyelesaikan masalah persamaan,
teorem segitiga sama, kira luas segitiga, segiempat selari, pecahan , dan lain-lain lagi.
Sumbangan beliau dalam bidang astronomi juga sangat banyak. Astronomi atau
ilmu falak ialah pengetahuan tentang yang melibatkan kajian tentang kedudukan,
pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran mengenai bintang. Al- Khawarizmi telah berjaya
mencipta jadual perjalanan bintang, menghasilkan peta dunia pertama, menghitung
ukurlilit bumi, sukatan masa dan jam matahari. Beliau juga telah mencipta pemakaian
Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Al- Khawarizmi juga diberi gelaran “Bapa Kaedah Berangka” kerana berjaya
menghasilkan penyelesaian dalam bentuk angka walaupun mungkin tidak tepat tetapi
untuk praktikalnya mencukupi. Kaedah berangka atau Alogorithm dalam bahasa Inggeris
ini digunakan secara meluas dalam pelbagai ilmu fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi,
dan, pengurusan.
Beliau juga telah memberi sumbangan melalui hasil karyanya. Hasil penemuan
dan ciptaannya dibukukan dan beberapa daripadanya diterjemahkan dalam bahasa
Latin. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah;
a) Sistem Nombor :
Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
Memperkenalkan konsep sifat dan penting dalam sistem nombor kini.
15
b) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah:
Tentang algebra dan mengemukakan 800 permasalahan matematik.
c) Mufatih al-Ulum:
Bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
d) Al-Jami wa al al-Tafsir bi Hisab al-Hind :
Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
e) Ar-Rub’ul Ma’mur :
Mengandungi tulisan geografi yang dipelajarinya daripada sarjana Yunani.
Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin.
Selain menulis kitab-kitab ilmu, beliau juga terlebih dahulu menterjemahkan hasil karya
sarjana Greek dan India ke dalam bahasa Arab.
Pengaruh dan peranan al-Khawarizmi dalam ilmu sains, khususnya matematik,
astronomi , dan geografi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Ini diperakui
sarjana Barat, G.Sarton yang mengatakan “ Pencapaian-pencapaian tertinggi telah
diperolehi oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi…”. Menurut Wiedmann pula,
“al-Khawarizmi mempunyai keperibadian yang teguh dan seorang yang yang
mengabdikan hidupnya untuk dunia Sains”.
16
5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, dapat juga
saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini. Saya bersama
dengan Pn. Zainab bt Zainal bergabung tenaga menyiapkan kerja kursus ini yang diberi
dalam bentuk kumpulan berdua. Setelah berbincang, tugasan saya ialah menyiapkan
tajuk “ Pengaruh Tamadun Islam di Asia” dan “Sumbangan Tokoh Tamadun Islam. “
Perkara yang menjadi masalah kepada saya ialah, saya kurang pengetahuan dan
pemahaman tentang Tamadun Islam. Saya juga tidak memahami dengan sebenarnya
kehendak soalan . Di samping itu, kekangan masa untuk berbincang dengan rakan juga
menjadi satu masalah kerana kesibukan bekerja dan juga jarak rumah dengan beliau.
Tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti di sekolah sangat banyak dan padat menyukarkan
pembahagian masa.
Walaubagaimanapun, segala masalah dan kelemahan dapat di atasi. Setelah
membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan serta penerangan dari
pensyarah, Puan Salmah , dapatlah saya memahami kehendak sebenar tugasan ini.
Melalui rujukan buku-buku dan internet, banyak maklumat telah saya perolehi tentang
tajuk ini. Perbincangan dengan rakan kumpulan dan juga rakan-rakan lain juga banyak
membantu. Bersama dengan Puan Zainab (rakan kumpulan), kami banyak berhubung
melalui talian telefon dan e-mail kerana kesuntukan masa untuk mengaturkan pertemuan.
Melalui proses membuat kerja kursus ini juga telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara rakan-rakan semakin rapat. Kemahiran mencari maklumat dengan
melayari internet dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, menyiapkankan kerja kursus
ini juga telah menjadikan saya lebih mengenali serta menambahkan pengetahuan tentang
sejarah Tamadun Islam dan Asia dengan lebih terperinci lagi. Saya juga dapat
mendisiplinkan diri dan lebih mementingkan masa.
Secara keseluruhannya, kerja kursus TITAS ini telah memberikan banyak faedah
dan kebaikan dalam pelbagai sudut. Saya merasa bertuah kerana dapat belajar asal usul
serta perkembangan tamadun agama saya sendiri dan juga mengetahui begitu banyak
sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang.
Disediakan oleh : Salina Md Saad
17
5.0 REFLEKSI
Kelebihan dan keistimewaan
Tajuk interaksi antara tamadun memberi pendedahan supaya masyarakat
sekarang lebih berfikran terbuka dalam menerima sejarah tamadun yang
membentuk masyarakat dunia dan komuniti Malaysia amnya. Tajuk ini
memerlukan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh dalam aspek nota.
Penerokaan dalam laman internet memperkukuhkan lagi fakta sejarah dipelajari.
Pemahaman soalan memerlukan jawapan yang lebih berfokus agar tidak berlaku
kesalahan struktur kemasukan pedagang dari luar ke Negara Asia.
Kelemahan
Kelemahan terhadap perancangan penulisan refleksi adalah berlaku kepada
proses kekangan masa untuk mencari idea teknik menulis .Situasi masa
pembelajaran untuk tajuk tamadun juga agak terhad dan tidak mencukupi untuk
membincangkan tajuk-tajuk yang agak kompleks.
Hasil tulisan : Zainab bt Zainal
18
19
Recommended