Upload
malaysia
View
2.007
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
1
1.0 PENGENALAN
Tamadun India merupakan tamadun tertua di dunia dan mampu bertahan hingga
hari ini. Berdasarkan bukti arkeologi Tamadun India mula bertempat di sekitar Lembah
Sungai Indus pada sekitar tahun 3000 S.M. Tamadun ini bersifat dinamik dengan
penerimaan dan penyerapan idea-idea baru dari luar yang mempunyai kelebihan. Oleh
kerana sifatnya yang dinamik tamadun ini mampu bertahan dalam jangka masa yang
panjang dan mewujudkan pelbagai sumbangan daripada pelbagai bidang. Di samping itu,
pengisian tamadun India memiliki kesinambungan yang jelas, yang bermaksud segala
yang diamalkan semasa zaman kegemilangan tamadun India seperti seni bina, nilai
keagamaan dan sistem pentadbiran masih kekal dan diterima pakai oleh masyarakat hari
ini.
Secara umumnya tamadun India terbahagi kepada tiga tahap pemerintahan iaitu
Zaman Awal atau Hindu(100 00 S.M-1000 S.M), Zaman Pertengahan(1200-1750 Masihi)
dan Zaman Penjajahan Barat yang bermula pada tahun 1750 Masihi. Kajian ini akan
mengfokuskan sejarah awal kedatangan Islam di India dan sumbangan Islam dalam
Tamadun India. Pemerintahan Islam di India yang berabad lamanya telah membawa
kesinambungan keunikkan budaya dalam tamadun India hingga hari ini. Setelah
berakhirnya zaman Awal, kegemilangan Tamdun India diteruskan dengan Zaman
Pertengahan sekitar abd ke-8 dan dikatakan zaman ini merupakan satu fasa penting dalam
tamdun India. Hal ini demikian kerana, fahaman dan unsur Islam telah mula memasuki
India melalui perdagangan terutamanya di bahagian Utara. Bermula daripada period ini
juga Islam telah memasuki India sama ada melalui jalan darat mahupun jalan laut.1
Bukan itu sahaja, kehadiran Islam masa itu juga telah mewujudkan satu kuasa dominan
Islam di India Utara serta menutup ruang pemerintahan kuasa tempatan terutamanya
Hindu. Islam juga telah meletakkan batu asasnya pada 706 Masihi/87 Hijrah melalui
Muhammad al-Qasim yang telah menguasai wilayah Sind.2 Period inilah menjadi fokus
penulisan ilmiah ini.
1 Azhar Hj.Md Arus, (et.al), Titas 2, hlm 109. 2 Ibid, hlm 109
2
Setelah hampir 600 abad kegemilangan pemerintahan Islam, bermulanya
kebangkitan Eropah di India. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah yang dimulakan dengan
Portugis pada tahun 1498 telah membuka ruang baru kepada India.3 Namun begitu, ini
tidak bermakna pengisian-pengisian Islam yang terbina sekian lama terhapus begitu
sahaja. Hal ini demikian kerana, Islam di India telah berlangsung dalam satu jangka masa
yang panjang dan wujud sumbangan terhadap pelbagai elemen seperti kepercayaan,
akidah, pemerintahan dan nilai masyarakat.
2.0 SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM KE INDIA
Kedatangan Islam ke India terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama ialah
antara abad ke-8 hingga abad ke-10. Pada peringkat ini, Islam dibawa masuk melalui
aktiviti perdagangan oleh pedagang-pedagang Arab dan dipercayaai masih belum
dikatakan kuasa yang dominan di India. Kemasukan pedagang dan peniaga Islam ke
India dengan membawa pengaruh yang kuat ketika itu telah menarik penduduk-penduduk
sekitar kawasan pantai memeluk Islam. Bermula sejak itu, agama Islam tersebar ke
India seawal tahun 712 Masihi bukan sahaja melalui perdagangan tetapi perkhawinan
dan dakwah. Bukan itu sahaja, jalan dagangan lautan dan daratan yang menghubungkan
India dengan Asia Tengah merupakan jalan utama dalam proses Islamisasi.4
Pada tahap kedua pula dapat dilihat apabila bermulanya kemasukan kumpulan-
kumpulan muslim yang berketurunan Turki, Afghan dan Monggol ke India. Pada ketika
itu, penakluk-penakluk dari Turki telah menakluki bahagian Barat Laut India dan
terbentuk ibu kotanya di Ghaznah, Afghanistan. Kemudian bermula pula serangan oleh
tentera Mahmud Al-Ghaznawi ke atas India sekitar abad ke-11. Serangan ini telah
membuahkan hasil dengan terbentuknya kerajaan Islam yang pertama di India iaitu
Kerajaan Subaktigin yang turut dikenali sebagai kerajaan Ghazni.
Kerajaan Subaktigin yang memerintah sekitar tahun 1004-1186 Masihi telah
menguasai sebahagian besar India Utara dan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud.
3 Ibid, hlm 110 4 Azhar Hj.Md Arus, (et.al), Titas 2, hlm 109.
3
Dalam pemerintahan kerajaan Subaktigin, terdapat dua pemerintahan yang hebat iaitu
kerajaan Ghaznawi dan kerajaan Ghuri. Semasa pemerintahan Ghaznawi, serangan
sebanyak 17 kali yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud Al-Ghaznawi ke India. Peristiwa
ini merupakan sumbangan besar Islam dalam Tamdun India kerana dianggap sebagai
pembukaan jalan pemerintahan kerajaan yang seterusnya.
Peringkat kedua kedatangan Islam selepas kerajaan Subaktigin diteruskan oleh
Kesultanan Delhi. Pemerintahan ini telah berkuasa selama 320 tahun yang bermula dari
tahun 1206-1526 Masihi. Pemerintah-pemerintahnya berasal daripada golongan hamba
yang diberi kedudukan tinggi semasa Sultan Muhammad Ghuri lagi.5 Antara
pemerintahan yang terlibat ialah Dinasti Hamba(1206-1290M), Dinasti Khalji(1290-
1320M), Dinasti Thugluq(1320-1412M) dan Dinasti Lodi(1451-1526M). Pada akhir
zaman pemerintahan dinasti Hamba oleh Maizudin Qaiqubah berlakunya pergolakan. Hal
ini demikian kerana, Qaiqubad mengambil alih pemerintahan nendanya ketika berusia 17
tahun yang masih belum matang dalam pentadbiran dan politik.
Pemberontakan rakyat semasa akhir pemerintahan dinasti Hamba telah
menaikkan kedudukan ketua perang iaitu Fairuz Shah yang berketurunan Khalji dan
bermulanya penguasaan dinasti Khalji. Antara peristiwa besar yang berlaku ketika zaman
Khalji(1290-1321M) ialah serangan oleh bangsa Mongol pada tahun 1292 Masihi
terhadap India. Namun begitu, Sultan Jalaluddin Khalji telah berhasil menewaskan dan
mengusir tentera-tentera Mongol keluar dari India dan segelintir tentera Mongol terus
menetap di India dan memeluk agama Islam.
Pemerintahan Islam terakhir dalam Tamadun India sebelum kedatangan Barat
ialah Empayar Mongol/dinasti Mughul yang bertapak selama lebih kurang 400 tahun.
Pemerintahan yang lama ini telah menjadikan Empayar Mughal sebuah kuasa yang
dominan dalam sejarah Tamadun India. Hal ini demikian kerana, dalam period ini
pelbagai kegemilangan telah dicapai dalam mewarnai Tamdun India. Semasa
pemerintahan Akhbar juga pentadbiran kerajaan adalah mengikut sistem pemerintahan
Arab dan Parsi iaitu sistem Islam. Penyususan sistem pemerintahan yang sistematik ini
5 Dr. Haji Abdullah Ishak, Islam di India, Nusantara dan China, hlm 19
4
telah menjadi kesinambungan dan panduan kepada pemerintah-pemerintah Mongol
seterusnya.
Pemerintah lain yang turut mewarnai Tamdun India ialah Babur(1482-1530M),
Humayun(1530-1539M), Jehangir (1605-1627M), Shah Jehan(1627-1658M) dan
Aurangzeb(1658-1707M). Pemeritahan Babur dikatakan asas kepada perkembangan dan
perluasan kuasa empayar Mongol. Manakala semasa Humayun beliau telah menyususn
semula ketenteraan yang mana terdapat kekurangan semasa peringkat awal dinasti
Mughul.
3.0 SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA
3.1 SUMBANGAN POLITIK DAN PENTADBIRAN.
a) Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030 M).
Sumbangan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Ghaznawi dapat kita lihat
dalam penjajahan di India. Baginda lebih menumpukan penundukan dan dakwah
dalam pentadbirannya berbanding penaklukan semata-mata. Sikap yang cekap
dan bersemangat itulah mendorong baginda dalam memperkenalkan pentadbiran
ketenteraan. Sungguhpun begitu, baginda memperkemaskan pasukan tentera
dengan semangat jihad serta ilmu pertahanan yang tinggi.
b) Zaman Kerajaan Ghuri ( 1150-1206)
Ghur ialah sebuah kawasan yang terletak di lereng pergunungan Afghanistan,
antara Ghaznah dengan Herat6.Muhammad Ghuri merupakan pemerintah
Ghaznawi yang baru merupakan pahlawan islam yang gagah dan bercita-cita
tinggi. Kejayaan Muhammad Ghuri dalam penaklukannya di India telah
menjadikan Delhi sebagai pusat pentadbiran dan markas ketenteraan, manakala
negeri-negeri yang berada di bawah taklukannya akan dikenakan bayaran ufti
6 Ibid, hlm 12
5
tahunan. Corak Pemerintahan berdasarkan islam di praktikkan dimana
perlindungan tetap diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira anutan mereka.
c) Dinasti Hamba (Mamluk) Kesultanan Delhi (1206-1290 M )
Qutubuddin Aibaq seorang hamba (1206-1210) merupakan pengasas awal
dinasti ini apabila Sultan Muhammad Ghuri meninggal dunia. Sumbangan beliau
pada zamannya dalam politik ialah menganjurkan suatu polisi baru yang
berhubung dengan perkahwinan antara golongan atasan (aristocrat) bagi
menjamin kelanjutan (survival) kekuasaan.7 Hal ini menyebabkan berlaku
hubungan secara tidak langsung dan mempamerkan kemurnian serta keadilan
dalam sistem pemerintahan islam. Contohnya, beliau sendiri berkahwin dengan
Puteri Tajuddin Yildiz merupakan wazir kerajaan Ghuri di Ghaznah manakala
saudara perempuannya pula dikahwinkan dengan Nasiruddin Qabaca pemerintah
Sind.
d) Dinasti Tughluq ( 1321-1414 M)
Keluarga Tughluq berasal daripada keturunan Turki, berjaya memerintah
kerajaan islam di India setelah mengalahkan keluarga Khalji.4 8Pemimpin dinasti
ini ialah Ghazi Khan dan digelar Sultan Ghiasuddin Thuluq setelah menaiki
takhta. Sumbangan baginda dalam pentadbiran ialah baginda menetapkan dasar
keadilan dan kesamarataan hak tanpa membeza-bezakan rakyat. Sultan juga
melantik pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan serta bersikap
juur dan adil bersesuaian dengan kehendak agama islam dalam membantu
melicinkan pentadbiran kerajaan pada masa itu.
7 Ibid, hlm 20 8 Dr. Haji Abdullah Ishak. Islam di India, Nusantara dan China ( Kuala Lumpur : Nurin Enterprise,1992 ) hal 27
6
3.2 SUMBANGAN KEAGAMAAN
a) Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030 M).
Sumbangan islam pada masa ini ialah Sultan Mahmud
menekankan penyebaran dakwah oleh itu pembinaan pusat keagamaan
dilaksanakan. Masjid-masjid dan institusi pengajian di bina supaya
penyebaran agama islam lebih jelas dan mencapai matlamat untuk
melahirkan pelapis ummah yang cemerlang9. Ibu Kota Ghaznah merupakan
pusat keagamaan dan penyebaran ilmu termasuk tasawuf, perundagan islam
dan di banjiri ulama pada ketika itu seperti Ibn Nasr Al-Farabi.
b) Zaman Kerajaan Ghuri ( 1150-1206)
Selain itu, terdapat juga sumbangan islam dalam aspek agama
kepada tamadun India iaitu pada zaman pemerintahan Muhammad Ghuri.
Bagi menjamin kelancaran dakwah islamiah beliau melantik seorang ulama
iaitu Fakharuddin Al-Razi sebagai penasihat. Muhammad Ghuri juga
terkenal iaitu seorang ilmuan islam yang mempunyai rasa tanggungjawab
dalam menyebarkan ajaran islam di kalangan masyarakat India yang
kebanyakannya pada masa itu beragama Hindu-Buddha. Oleh sebab itu
beliau menguatkan angkatan tentera bukan atas dasar penaklukan semata-
mata tetapi lebih bersifat hormat. Buktinya, mana-mana wilayah yang telah
ditakluki dikembalikan semula dengan cara yang baik dengan bersyarat
membayar ufti.
c) Dinasti Hamba (Mamluk) Kesultanan Delhi (1206-1290 M )
Qutubuddin Aibaq juga turut menyumbang pada zaman
pemerintahannya dari aspek keagamaan. Hal ini jelas kerana Qutubudin
Aibaq turut dianggap sebagai pembangun kerohanian dan mentaliti ummah.
Bagi menggalakkan penyebaran agama islam pembinaan masjid- masjid dan
surau dilaksanakan sebagai tempat beribadat selain berfungsi sebagai tempat
9 Ibid, hlm 11
7
menimba ilmu. Antara masjid peninggalannya sejarahnya ialah Qutub Minar
yang menjadi lambang kemasyhurannya pada zaman itu.
d) Dinasti Tughluq ( 1321-1414 M)
Pada Zaman pemerintahan zaman ini, Ghiasuddin Tunghluq
meningkatkan pembangunan rohani dan spiritual atau keagamaan banyak
masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian didirikan agar rakyat dapat
menimba ilmu agama dengan baik dan sempurna. Baginda juga dalam
menarik minat rakyat mencintai ilmu agama turut mendampingi ulama-
ulama. Segala permasalahan yang ingin diputuskan baginda kan turut
meminta pendapat dan nasihat daripada para ilmuan. Hal ini menjadi contoh
kepada rakyat jelata dan seterusnya dakwah islam dapat berkembang dengan
meluas.
3.3 SUMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN
Melihat tamadun di India, aspek ekonomi juga memainkan peranan yang
amat penting, ia mesti juga ditinjau bagi mendapatkan gambaran yang jelas
tentang India. Sewaktu ini ekonomi India melambung naik. Di mana pertanian
yang meupakan perusahaan utama India, terdapat juga perdagangan dalam negeri
dan luar negeri yang aktif. Wilayah Sind dan Punjab merupakan wilayah-wilayah
pertanian yang utama yang bukan sahaja menghasilkan tanaman makanan seperti
gandum dan sekoi, tetapi juga menghasilkan tanaman wang seperti tebu dan
kapas.
Sebahagian besar darinya adalah diusahakan oleh orang-orang Islam.
Negara yang terlibat dalam perdagangan dengan kerajaan Monggol seperti China,
Negara-negara Asia Tenggara, Tanah Arab, Parsi, Portugal dan England serta
Belanda.
8
Antara barang perniagaan di India pada zaman dahulu:
Ialam juga telah memperkenalkan beberapa
sistem ekonomi di India, antaranya ialah :
3.4 SUMBANGAN SOSIAL DAN BUDAYA
3.4.1 Harga diri dan perikemanusiaan.
Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah(sudra). Mereka
merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari ditindas
dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi.
3.4.2 Hak asasi dan martabat wanita.
Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita
yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak
hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee).
3.4.2 Kebersihan.
Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut
Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang
hamba ke alam nirwana.
Barangan perniagaan di India
- Kapas
- Kain sutera
- Gading gajah
- Wangi-wangian
- Lada Hitam
- Rempah ratus
- Tekstil
- Gandum
- Tebu
- Tembaga
Sistem Maksud
Jizyah -Cukai yang dikenakan ke atas individu yang bukan Islam yang berlindung di negara Islam.
Kharaj -Cukai ke atas tanah pertanian yang telah dirampas sama ada melalui peperangan atau damai ke atas orang bukan islam
Zakat -Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat –syaratnya.
Baitulmal -Institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai.
Ufti -persembahan (wang, bunga emas dsb) yg diberikan oleh negara-negara kecil kpd negara-negara besar sbg tanda mengakui kebesaran dan kekuasaannya.
9
3.5 SUMBANGAN SENI BIINA
Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture
membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah
Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam).
Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit,
sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal.
a) Zaman Kesultanan Delhi
Bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam.
Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni
bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah
seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.)
b) Zaman Moghul
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman
pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni
bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.
Dalam bidang seni bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur
Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall Mughal seperti yang
digambarkan dalam Masjid di Fatehpur Sikri.
Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati
bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman
pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina
atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya.
3.6 SUMBANGAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Selepas empayar Kushan runtuh, India mengalami perpecahan
sehingga tahun 320 masihi yang menyaksikan kemunculan Dinasti Gupta
yang diasaskan oleh Chandra Gupta. Semasa pemerintahan Samudragupta,
empayar ini meliputi seluruh India Utara dan juga India Selatan. Selain
10
perluasan kuasa zaman Gupta, menyaksikan perkembangan pesat dalam
bidang kesenian, kesuassteraan , sains , dan juga matematik.
Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750
loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan.
Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-
Arya: Sanskrit seperti Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida:
Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu,
bahasa Inggeris.
Melalui aspek kesusasteraan juga boleh membawa kepada
pencapaian tamadun Kesultanan Delhi. Pada masa ini. Kesultanan Delhi
amat berminat pada seni dan juga sastera. Diantara ahli Sastera yang
terkenal pada masa ini ialah Amir Khusrau di zaman pemerintahan
Ghiyasudin Balban. Selain daripada itu juga, terdapat lagi sejarawan yang
terkenal seperti Ziauddin Barani yang merupakan pengarang Tarikh Firuz
Syahi yang mengisahkan pemerintahan Dinasti Khilji dan juga Tughluq
terutama dalam zaman Firuz Syah Tughluq (1351-1388). Karya sastera
terutamanya puisi dalam bahasa Parsi dan Urdu banyak diterbitkan. Selain
itu ilmu sejarah juga telah dititikberatkan. Masjid bukan sahaja berfungsi
sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat menimba ilmu
pengatahuan. Syah Jehan dan Aurengzeb memainkan peranan yang
penting dalam hal ini.
3.7 SUMBANGAN ILMU PENDIDIKAN
Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting
dalam setiap tamadun. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh
sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk
memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Elemen agama
turut merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya.
11
Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur,
dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang
mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam
Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi).
Kebangkitan Gerakan Islam.Dua gerakan Islam yang sangat ketara
diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘jamaah Islamiah’ dan ‘gerakan
Tabligh’. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di
bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini.
Banyak madrasah telah ditubuhkan dan juga zawiyah telah tah
dan juga individu. Alaudin Khilji adalah antara tokoh yang terkemuka
dalam pembinaan intitusi pendidikan Tamadun India. Beliau membina
banyak pusat pendidikan seperti maktab (kuttub) dan madrasah sebagai
tempat belajar bagi anak-anak islam. Di samping itu masjid juga dibina
bukan sahaja semata-mata untuk tempat beribadat tetapi juga sebagai
tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu memberikan
pendidikan agama, intitusi pendidikan ini juga telah memeberikan
pelajaran-pelajaran lain seperti perubatan, astronomi, matematik dan
sebagainya.
3.7.1 BIDANG MATEMATIK
(i) Sistem Angka
Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori
penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd
angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman yang
dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya
berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini
kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan
pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif
sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor
negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh
12
titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai
Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau
sifr.
(ii) Geometri
Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam
senibina. Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala.
Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan
dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis
dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya
mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau
juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula
disebabkan bayang bumi.
3.7.3 ASTRONOMI DAN KALENDAR
Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya
menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku
Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan
di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu
bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang
digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara
pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari.
Orang India berjaya menemui tujuh planet tanpa bantuan teknologi
peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid,
Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu
(pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang
(nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan planet ini
mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas
bagi kemunculan astrologi.
13
3.7.4 BIDANG PERUBATAN
Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu
sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan
melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan
binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India
seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke 4)
dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sepanjang pemerintahan Islam yang memakan masa
hampir 600 abad telah banyak sumbangan Islam dalam pembinaan tamadun India.
Peningalan Islam telah menjadi kesinambungan sehingga hari ini walaupun selepas
kemasukan Zaman Penjajahan Barat ketika itu telah membawa perubahan bukan sahaja
di India malah dirasai di peringkat global. Antaranya ialah dalam aspek ekonomi,
pentadbiran, seni bina, kesusateraan, pendidikan, sosial dan budaya dan keagamaan dan
keagamaan. Islam masih berkembang maju di negara India pada masa kini dan
merupakan agama kedua terbesar di India. Islam kukuh di India terutamanya di daerah
Kashmir, Assam dan lain lain lagi. Pada tahun 2001, populasi yang penganut agama
Islam di India ialah 138 juta penduduk di seluruh India. Sesungguhnya agama Islam telah
memberikan pelbagai kesan yang sangat mendalam dalam pelbagai aspek di negara India.
Di sini kita dapat menyaksikan interaksi Islam antara tamadun berlaku dengan pesat di
India. Sumbangan Islam di India juga bersifat menyeluruh iaitu meliputi aspek fizikal dan
spiritual
15
BIBLIOGRAFI
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. (1992). Sejarah Perkembangan Islam di India. Kedah :
Khazanah Banjariah.
Ahmad Rafaa’. (1994). Sejarah Kedatangan Islam ke India dan Indonesia. Penerbitan Al –
Ramadhan.
Azhar Hj. Mad Aros. Azharudin Mohd.Dali. Suffian Mansor. Zulkarnain Abd. Rahman. (2005)
Titas Kertas 2. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Abdul Halim Ramli. (2005). Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Uitm Ampang Press.
Dr. Haji Abdullah Ishak. (1992). Islam di India Nusantara dan China. Kuala Lumpur : Nurin
Enterprise.
Mahayuddin Haji Ismail. (1993). Sejarah Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.