View
0
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASIKEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI
(Multiculturalism in Organization)(Multiculturalism in Organization)
(DCE3418)(DCE3418)
Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni
Department of Professional Development & Continuing Education (JPPPL)
Faculty of Educational Studies,
Tel: office: 03-89471194 hp:019-2196581azizanas@gmail.com
azizanas@upm.edu.my
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
NAMA KURSUS : KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI(Multiculturalism in Organization)
KOD KURSUS : DCE 3418
KREDIT : 3 (3+0)
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR
: 120
PRASYARAT : Tiada
HASIL PEMBELAJARAN
: Pelajar dapat:1. menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian budaya
(C4)
2. memberikan respons terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi (P3)
3. mencadangkan penyelesaian masalah kepelbagaian budaya secara beretika di dalam organisasi (A5, EM)
4. memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan (TS)
SINOPSIS : Kursus ini merangkumi konsep dan peranan budaya dan kepelbagaian budaya, dimensi budaya, persamaan dan perbezaan antara budaya, pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi, dan senario kepelbagaian budaya dalam organisasi di Malaysia.
(This course encompasses concepts and roles of culture and multiculturalism, dimensions of culture, similarities and differences between cultures, multiculturalism influences in organization, and scenario of multiculturalism in organizations in Malaysia).
ii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
KANDUNGANKURSUS
UNIT : 1. Konsep dan peranan kepelbagaian budaya- Konsep dan definisi budaya- Peranan budaya- Konsep kepelbagaian budaya
2. Dimensi budaya- Dimensi simbol dan amalan- Dimensi wira- Dimensi nilai dan andaian tersirat
3. Budaya dalam masyarakat - Kepelbagaian budaya dalam
masyarakat- Masyarakat Kolektivisma- Masyarakat Individualisma
4. Orientasi budaya antara manusia
- Orientasi perhubungan- Orientasi kuasa dan status- Orientasi kawalan dan masa
5. Budaya dalam Organisasi - Dimensi budaya dalam organisasi- Dimensi nilai dan andaian tersirat - Persamaan dan perbezaan antara
budaya
6. Jenis kepelbagaian budaya organisasi- Jenis intra budaya- Jenis antara budaya- Jenis silang budaya
7. Amalan pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian budaya - Amalan memimpin dam membuat
keputusan- Amalan perhubungan dan motivasi - Amalan penyelesaian masalah dan
konflik
8. Pengaruh silang budaya dalam Organisasi- Nilai and andaian tersirat budaya
silang- pembangunan sumber manusia dan
iii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
organisasi berteraskan silang budaya
- Persamaan dan perbezaan antara budaya
9. Isu dan cabaran pelbagai budaya dalam organisasi - Globlisasi dan Permodenan- Pembangunan ekonomi dan
Perindustrian- Produktiviti dan Keharmonian
10. Strategi pelbagai budaya dalam organisasi- Nilai budaya kerja cemerlang- Kompetensi pelbagai budaya- Strategi dan pendekatan pelbagai
budaya
PENILAIAN : Kerja KursusPenilaian Akhir
60%40%
RUJUKAN : 1. Bhagat, R. S., & Steers, R. M. (2009). Cambridge handbook of culture, organizations, and work. New York: Cambridge University Press.
2. Dresser, N. (2005). Multicultural manners: Essential rules of etiquette for the 21st century. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
3. McGuire, J. B., & Rhodes, G. (2009). Transforming your leadership culture. San Francisco: John Wiley & Sons, Inc.
4. Morgan, G. (2006). Images of organization (Updated edition). Thousand Oaks: Sage Publications, Inc.
5. Vijver, J. A., Hemert, D. A., & Poortinga, Y. H. (2008). Multilevel analysis of individuals and cultures. New York: Taylor & Francis Group.
iv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
RUJUKAN PENTING BAGI KURSUS INI 1. Asma Abdullah (2006). Ke arah glokal : dimensi budaya dalam pengurusan
Malaysia. Penterjemah Zol Azlan Hamidin. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
2. Asma Abdullah “FACILITATING HARMONY IN DIVERSITY: USING DELIGHTS, PUZZLES AND IRRITATIONS TO MEET THE CHALLENGE OF DIVERSITY” – Sila rujuk fail disertakan atau boleh di akses di www.amauta-international.com/iaf2000/Abdullah2.PDF)
RUJUKAN PENTING PILIHAN
3. Asma Abdullah and Azizan Asmuni (2005). ”Understanding Multiculturalism in The Malaysian Society” in Muhammad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan (Eds.), Reading on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Serdang: UPM (ISBN983-42512-0-3)
4. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia
5. Asma Abdullah And Aric Low (2001). Understanding the Malaysian Workforce. Guidelines for Managers. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia.
6. Hofstede, G.H. and Hoftede, G.J. (2005). Cultures and Organizations: Software of the Mind. Revised and Expanded 2nd edition, UK: McGraw Hill.
v
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
PENILAIAN & TUGASAN KURSUS
Penilaian Dan Taburan Markah
Sepanjang anda mengikuti kursus ini, anda akan dinilai melalui:A. Satu Tugasan Kumpulan (30 % )B. Penilaian Pertengahan (30% )C. Peperiksaan Akhir (40% )
A.SATU TUGASAN BERKUMPULAN
Tajuk Tugasan: Pengaruh pelbagai budaya dalam aktiviti Pembangunan Sumber Manusia dalam organisasi.
- Kumpulan (Projek - Pembelajaran Berasaskan Projek dan
Masalah – POBL)
- Pelajar diwajibkan menghantar satu Projek berkumpulan (3-5
orang/kumpulan).
- Tarikh akhir hantar : Dua minggu sebelum peperiksaan akhir
- Perbincangan lanjut akan dibuat semasa Perjumpaan
Bersemuka Kedua
- Kumpulan anda dikehendaki memilih SATU aktiviti Pembangunan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi,
yang mempunyai masalah atau isu sebenar dalam organisasi
tersebut.
- Berasaskan kepada SATU aktiviti yang dipilih ini, kumpulan anda
dikehendaki menjawab kepada persoalan berikut:
o Bagaimana pengurus Malaysia menguruskan
organisasi dari perspektif pelbagai budaya? (organisasi
intrabudaya atau interbudaya atau silang budaya (intra,
inter, cross)?
o Tugasan ini boleh sama ada berdasarkan pengalaman
salah seorang dari ahli kumpulan anda atau temu duga
pengurus organisasi lain.
vi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
- Analisa perlu dibuat berasaskan kepada perspektif kepelbagaian
budaya dengan menggunakan kelima-lima dimensi budaya
(simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar)
- Contoh aktiviti Pembangunan Sumber Manusia ialah
pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan
pekerja, komunikasi, kepimpinan, membuat keputusan,
penilaian prestasi, motivasi dan sebagainya,
-
B.PENILAIAN PERTENGAHAN Peperiksaan pertengahan adalah berbentuk subjektif dan objektif
meliputi Unit 1 – 3.
Latihan bagi Unit 1-3 dalam Modul DCE3418 dapat membantu
pelajar.
C.PEPERIKSAAN AKHIR Peperiksaan akhir pada dasarnya adalah berbentuk subjektif dan
objektif. Asas kepada peperiksaan ini ialah kefahaman pengaruh
pelbagai budaya dalam aktiviti dalam organisasi.
Meliputi semua unit.
Tugasan Kumpulan dan latihan-latihan dalam Modul DCE3418 dapat
membantu pelajar. Sila baca tugasan anda.
vii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
UNIT 1 Konsep dan peranan kepelbagaian budaya
Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya dan kepelgaian budaya
kepentingan dalam Pembangunan Sumber Manusia.
- Secara amnya, budaya adalah apa yang kita ketahui dan apa yang orang lain ketahui tentang nilai dan amalan yang dikongsikan bersama oleh
sesuatu kumpulan atau masyarakat.
- Kepentingan memahami budaya dan bagaimana budaya boleh
mempengaruhi tingkah laku dan tindakan manusia dalam sesebuah
masyarakat kepelbagaian budaya (multiculturallsm)
- Kefahaman ini bukan setakat toleransi dan keharmonian, tetapi perlu diteliti
dan dipelajari supaya kita dapat memberikan respons dan mencadangkan
penyelesaian masalah terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam
organisasi.
- Sebagai pengamal Pembangunan Sumber Manusia sama ada sebagai
pengurus, pentadbir, pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat perlu
mempunyai celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy)
- Celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy) adalah merupakan
kebolehan menganalisa persamaan dan perbezaan budaya antara kumpulan
etnik, menyatakan buah fikiran dan perasaan dengan jelas serta menghayati
kepelbagaian tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan perhubungan
dengan rakan kongsi sama ada di peringkat tempatan mahupun luar negara.
- Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menganalisa makna budaya,
kepelbagaian budaya dan dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan
anggapan dasar)
viii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
Definisi Budaya • Kompleks dan pelbagai 161 definisi (2001, Dewan Budaya)
• Dari perspektif Sociologists, Anthropologists, Humanities
• Budaya ditakrifkan sebagai cara kehidupan anggota masyarakat atau
kumpulan dalam masyarakat (Asma, 2001, ms 35)
Definition of Culture…the collective programming of the body, mind and spirit which distinguishes members of one group (nation, ethnic group, company or category) of people from another (HOFSTEDE, 2010).
• Satu pemprograman minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran,
perasaan dan tindakan/perbuatan ) yang membezakan antara ahli dalam
sesebuah masyarakat atau kelompok manusia dengan sesebuah masyarakat
atau kumpulan manusia yang lain.
• Pemprograman minda ialah keseluruhan pola kajian bidaya (pemfikiran,
perasaan dan tindakan/perbuatan oleh ahli sesebuah masyarakat), budaya
suatu kelompok atau collective mental programming terbentuk melalui proses:
1. Environmen/persekitaran sosial (peringkat negara, daerah, tempat
kerja, organisasi, sekolah, rumah tangga, jiran tetangga dsbnya. )
2. Peristiwa atau kejadian yang dialami dalam kehidupan ahli dalam
kelompok/masyarakat yang berkaitan.
• Budaya boleh dikasifikasikan: nasional, daerah, gender, generasi, kelas
sosial, organisasion dan sebagainya
Definisi Kepelbagaian Budaya- Kepelbagaian budaya (Multiculturalism) ialah satu keadaan di mana dalam
sesuatu masyarakat atau organisasi terdapat kepelbagaian budaya dan ahli
masyarakat atau organisasi, menerima akan terdapatnya kepelbagaian
budaya tersebut.
- Mereka memahami, menghargai dan menilai akan kepelbagaian budaya
tersebut.
ix
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
Malaysia dan Kepelbagaian Budaya
- Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri keistimewaan
sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya.
- Kepelbagaian budaya dari segi budaya, bahasa dan agama.
- Rakyat daripada pelbagai etnik hidup bersama tetapi masing-masing
mengamalkan budaya masing-masing dan terus kekal dengan indentiti
sesebuah etnik tersebut.
- Malaysia sebenarnya mengamalkan konsep kepelbagaian budaya.
- Malaysia terdiri darpadai pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India,
Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau, Semai,
Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, dan sebagainya
- Seiring dengan polisi keterbukaan negara dalam bidang ekonomi, terdapat
ramai orang asing menetap di Malaysia seperti rakyat dari negara Anglo-
Saxons (orang Amerika, Australia, British dan Kanada), Rusia, negara Arab,
Afrika, Amerika Latin dan sebagainya.
- Oleh itu adalah penting bagi kita mempunyai mempunyai celik kepelbagaian
budaya (multiculturallsm literacy) agar kita dapat mencapai status Negara
maju dalam tahun 2020 dengan kehidupan yang penuh kedamaian,
keharmonian dan kegembiraan bukan sahaja dalam organisasi tetapi di
peringkat peringkat negara, masyarakat. daerah, rumah tangga, jiran
tetangga dan seterusnya.
-
x
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
LATIHAN 1
Makna budaya dan kepelbagaian budaya
i. Budaya
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Kepelbagaian Budaya

xi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
UNIT 2 Dimensi budaya
Objektif: Pelajar dapat menerangkan lima dimensi utama budya dan menceritakan
ciri-ciri budya diri masing-masing.
Isi Penting:
Kita dapat mengenal sesuatu budaya adalah melalui lima dimensi iaitu:
1. Simbol (Symbol)
2. Ritual/Amalan (ritual)
3. Wira/Peranan Ketua Sosial (Hero)
4. Nilai (Values)
5. Anggapan Dasar/Andaian Tersirat (Underlying assumption)
Dimensi budaya boleh dilihat – Simbol, Ritual/amal dan Wira
Dimensi budaya tidak boleh dilihat – Nilai dan Anggapan Dasar
1. SIMBOL- Simbol ialah benda fizikal yang boleh dilihat, objek, pergerakan, gerak isyarat
badan, pakaian yang dipakai, dan cara menegur antara satu sama lain.
- Sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar
- Mengenali simbol dapat membantu kita meningkatkan komitmen dan
mematuhi budaya sesuatu masyarakat
- Contoh: Baju Melayu, Cium tangan orang tua, Baju Cheong Sam, Tarian
Naga, Ang Pau, Daun pisang (makanan)
2. RITUAL/Upacara Amal- Bagaimana kita melaksanakan sesuatu perkara.
- Aktiviti kehidupan yang dilakukan setiap hari secara tersusun dan telah diatur
- Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan
diamalkan
- Ritual akan menjadi rujukan kepada ahli masyarakat luar supaya mereka
mematuhi sesuatu ritual tersebut.
xii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
- Contoh: Gotong Royong, Protokol, Tarian Singa, Rewang, Majlis Bangle,
majlis perkahwinan,
3. WIRA- Siapakah wira yang kita sanjung
- Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu masyarakat.
- Wira akan melambangkan nilai yang ada pada sesuatu masyarakat.
- Mereka menjadi rujukan dalam sesuatu tindakan atau masalah.
- Mereka menjadi ikutan ahli dalam sesuatu masyarakat
- Contoh: Ketua kampung, Pahlawan Rentap, Pahlawan Mat Salleh, ilmuan,
usahawan, guru, raja, bintang filem
4. NILAI- Nilai merupakan dimensi penting yang perlu difahami dan dipelajari lebih
mendalam oleh semua ahli masyarakat.
- Nilai tidak dapat dilihat
- Nilai adalah apa yang kita percaya akan ‘apa yang harus’, ‘apa yang patut’
dan ‘apa yang mesti’ di pegang.
- Nilai diterapkan dari kecil lagi oleh keluarga dan masyarakat
- Nilai yang dipegang oleh seseorang itu akan membentuk tingkah laku
(perangai) individu tersebut
- Dimensi Anggapan Dasar masyarakat tersebut merupakan asas kepada nilai-
nilai yang dipegang
- Nilai mengawal segala tindakan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat
- Contoh: Sopan santun, Bekerja kuat, Saling menghormati, jujur, suka ambil
risiko, semangat kekeluargaan
5. ANGGAPAN DASAR- Anggapan dasar ialah kepercayaan yang dianuti oleh ahli dalam sesebuah
masyarakat dan mereka tidak menyedarinya.
- Anggapan dasar akan membentuk bagaimana ahli dalam masyarakat melihat
persekitaran, berfikir dan menilai dunia di sekeliling mereka.
xiii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
- Seperti Dimensi Nilai, Dimensi Anggapan dasar amat penting dipelajari dan
dikaji kerana ia sangat mempengaruhi nilai serta tindakan yang akan mereka
ambil
- Contoh: masyarakat hierarki, malu, perhubungan, komunikasi konteks tinggi,
spiritual, kolektivisme, rasa bersalah
Semua dimensi ini saling berkait antara satu sama lain.
Anggapan Dasar membentuk nilai yang akan dipegang dan seterusnya memacu
mengenai ritual yang akan diamalkan, simbol yang digunakan dan wira yang akan
disanjung.
LATIHAN 2
Budaya dalam sesebuah masyarakat boleh dikenal pasti melalui lima dimensi budaya ia itu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar.
Sila jawab soalan ini.
i. Simbol (Symbol)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Amalan (ritual)

xiv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
____________________________________________________________________
iii. Wira (Hero)

iv. Nilai (Values)

v. Anggapan Dasar (Underlying assumption)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
xv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
UNIT 3 Kepelbagaian budaya dalam masyarakat
Objektif: Pelajar dapat membandingkan perbezaan dan persamaan antara
kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dan luar negara (Masyarakat
Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme)
Isi Penting:
a) ANGGAPAN DASAR- Secara amnya, terdapat dua kategori dimensi Anggapan Dasar yang ketara
ia itu
o Masyarakat Kolektivisme
o Masyarakat Individualisme
- Perbezaan ciri Masyarakat Kolektivisme dengan Masyarakat Individualisme
Definisi Masyarakat Kolektivisme(Malaysia dan Asia amnya)
Masyarakat Individualisme (Barat/Anglo-
Saxons (orang
Amerika, Australia,
British dan
Kanada)
Ukuran hubungan manusia dengan alam
semula jadi
Harmoni (Harmony) Kawalan
(Control/Mastery)
Ukuran kepentingan diberi kepada
pencapaian hubungan daripada
kerja/tugas
Hubungan
(Relationship)
Tugas (Task)
Ukuran keutamaan diberi kepada
pangkat dan status daripada isu sama
rata/persamaan
Hierarki (Hierarchy) Sama rata
(Equality)
Prinsip yang digunakan dalam
mengawal tingkah laku samada di kawal
oleh faktor luran (Shame) atau dalam diri
Malu (Shame) Rasa Bersalah
(Guilt)
xvi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
masing-masing (guilt)
Ukuran sejauh mana komunikasi
bergantung kepada faktor luaran,
perbezaan situasi dn konteks, isyarat
non-verbal
Komunikasi
berkonteks tinggi
(High context
communication)
Komunikasi
berkonteks rendah
(Low context
communication)
Prinsip yang digunakan dalam
mengawal tingkah laku sama ada secara
circular (berliku-liku) or sequential
(berturutan)
Masa berorientasi
polikronik
(Polychronic time
orientation)
Masa berorientasi
monokronik
(Monochronic time
orientation)
Ukuran keutamaan saling
kebergantungan dengan orang lain
Kami/Kita (We ) Saya (I)
Darjah pengaruh keagamaan
berbanding sekularisme dalam
melakukan kerja/tindakan
Keagamaan
(Religious)
Sekular (Secular)
b) Perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
- Berasaskan kepada lima dimensi tersebut pelajar dimnta menceritakan
budaya diri sendiri.
- Pelajar juga diminta untuk menerangkan budaya lain yang ada di Malaysia
(Melayu, China, India, Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun,
Murut, Bajau, Semai, Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, Kantonis, Hakka,
Malayalis, Punjabis dan sebagainya)
- Berasaskan kepada lima dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan
anggapan dasar), sila buat analisa tentang perbezaan dan persamaan
kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
- Pelajar boleh merujuk kepada buku rujukan termasuk oleh Asma Abdulah
serta laman sesawang seperti
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-kaum-kaum-di-
malaysia.html atau
http://www.tourism.gov.my/id-id/my/about-malaysia/culture-n-heritage
xvii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
LATIHAN 3
Secara berkumpulan sila bincang dan beri keterangan mengenai istilah berikut dan berikan contoh
i. Malu
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Hormat orang tua

iii. Masyarakat Kolektivisme
a) Definisi
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
xviii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM
____________________________________________________________________
iv. Komunikasi berkonteks tinggi a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
LATIHAN 4
Setiap budaya sesuatu masyarakat mempunyai kekuatan dan keistimewaan. Sila bincangkan apakah keistimewaan budaya masyarakat anda.
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________
xix
Recommended