Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Preview:

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

Citation preview

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-

bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

(Woolfolk & Margetts,2007)

Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat

badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung

dan tidak langsung (hurlock,1978).

Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak

melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam

sukan atau permainan.Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing,

ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka.

Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri

sendiri dan orang lain.kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan

mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada

perkembangan kognitif dan emosi.

Prinsip asas perkembangan fizikal1. Perkembangan bermula dari kepala

dan beransur ke kaki.- Selepas kelahiran, saiz kepala bayi

berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan.

- kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki.

- Bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.

- Dalam beberapa bulan bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.

- Pada usia 6-12 bulan, bayi boleh mengawal kakinya,dapat merangkak, berdiri seterusnya

- berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan keluar.

- Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan.

- Pada peringkat pre-natal, jantung dan organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.

- Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal badan.

- Bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangan.

- Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggenggam objek.

- Bayi akan dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari kerana otot tangan sudah berkembang.

3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik

- Sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu,bayi akan menangis dengan kuat.

- Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.

- Apabila bayi boleh menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit.

4. Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yang berbeza.

- Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.

- Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN Prenatal

Sperma bapa akan bersatu dengan ovum ibu.

Wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam ovarinya.

Akil baligh – 1 ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari.

Memasuki tiub falopio, dipanggil proses ovulasi.

Ovum yang tidak disenyawakan dalam masa 48 jam akan dikeluarkan sebagai haid.

Ovum disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.

Wanita hasilkan lebih daripada 1 telur, secara semulajadi atau ransangan dadah.

Dua ovum dan dua sperma berbeza menghasilkan kembar bersaudara.

Ovum disenyawakan bercerai kepada dua bahagian dipanggil kembar seiras (monozigot)

Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama.

spermaovum

Pembahagian sel berlaku secara berulang kali sehingga membentuk

embrio

zigot

I. Fasa Pembenihan

Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding.

Tempoh selama 2 minggu. Selepas persenyawaan , zigot akan

bergerak ke rahim. Zigot mempunyai 23 kromosom daripada

sperma bapa dan 23 kromosom daripada ovum ibu.

Peringkat prenatal selama 9 bulan, terbahagi kepada 3 fasa, pembenihan, embrio dan fetal.

Kromosom – kromosom ini akan berpasangan.

Setiap pasang kromosom mempunyai gen-gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri-ciri kebakaan ibu bapa.

Zigot seterusnya mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.

Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian sistem saraf, otak dan bahagian-bahagian lain badan.

Sel baru akan menerima salinan gen daripada ibu bapa.

Unjuran dikeluarkan untuk lekatkan diri pada dinding uterus – PROSES PENEMPELAN.

II. Fasa Embrio

Selepas pembenihan, fasa perkembangan prenatal bermula.

Fasa ini bermula dari minggu ketiga hingga minggu ke lapan selepas persenyawaan.

Organisma yang terbentuk akan dipanggil embrio.

Minggu keempat, perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut terbentuk.

Minggu kelapan embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki.

Embrio menerima makanan melalui tali pusat.

Peranan tali pusat amat penting, boleh juga menyebabkan kecacatan melalui pengambilan dadah.

Pada fasa ini sistem asas dan struktur badan terbentuk. Embrio

III. Fasa Fetal

Bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan hingga kelahiran bayi.

Pada fasa ini di panggil fetus, organ-organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf mula terbentuk.

Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan ke enam agak pesat.

Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu. Pada bulan ke tujuh, jika bayi lahir, ia akan

berpeluang untuk hidup tetapi mempunyai masalah pernafasan.

Berat badan dan panjang bayi bertambah pada peringkat ini.

Fetus berubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.

3 bulan

Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu.(menendang & berpusing)

Bulu mata dan kening mula terbentuk.Organ seks dapat dikenal pasti.

Boleh batuk dan tersedu.Organ dalaman mulai matang.

Perkembangan berlaku dengan pesat.Kemungkinan untuk hidup jika dilahirkan.

4 hingga 6 bulan

Lemak mula berkumpul di bawah kulit fetus.

Otak membesar dan semakin kompleks.

Fetus tidur 90 % - 95 % sehari.

Kuku jari tangan dan kaki mulai tumbuh.

o Bayi (lahir hingga 2 tahun) Pada 2 tahun yang pertama pertumbuhan

bayi berlaku pada kadar yang pesat. Berat badan dan ketinggian bayi

bertambah. Saiz dan kompleksiti otak bertambah, sel-

sel neuron dalam otak berkembang. Gigi susu akan kelihatan apabila bayi

berumur 6-8 bulan. Pertumbuhan gigi pada gusi bawah

dahulu diikuti pada gusi atas.

Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan.

Pergerakan mempengaruhi interaksi bayi dengan ibu bapa dan persekitarannya.

Perkembangan otot-otot halus yang membolehkan bayi mencapai, menggengam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan.

Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks.

Implikasi kepada pembelajaran dan

perkembangan bayi Stimulasi visual dan pendengaran perlu

untuk bahagian-bahagian otak terbabit menyusun maklumat.

Pengalaman harian biasa dapat merangsangkan organisasi perkembangan otak.

Bayi yang tidak menerima stimulasi mempunyai risiko kegangguan perkembangan otak.

Awal kanak-kanak (2 – 6 tahun)

o Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada 2-6 tahun.

o Pertumbuhan fizikal perlahan berbanding pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak.

o Ketinggian adalah dua kali ketinggian semasa lahir dan berat adalah empat kali ganda.

o Otot kasar sudah berkembang berbanding dengan otot halus.

o Kadar perkembangan kanak-kanak perempuan cepat berbanding kanak-kanak lelaki.

o Perubahan dalam kebolehan psikomotor adalah mengikut

aturan.

Perkembangan psikomotor

2 Tahun > Menaiki tangga dengan bantuan. Memegang objek besar seperti bola.

3 Tahun > Melambung bola Menunggang basikal roda tiga.

4 Tahun > Melompat dan berlari. Naik turun tangga tanpa bantuan.

5 Tahun > Menggunakan kasut roda Menulis huruf atau perkataan yang

mudah.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan daripada membanding antara kanak-kanak.Menyediakan aktiviti seperti bermain bola dan berlari.Aktiviti yang disediakan perlu mengambilkira perkembangan otot, khususnya otot kecil.

Kanak-kanak (7-12 tahun)Kadar pertumbuhan dan perkembangan tidak begitu pesat berbanding sebelumnya.Perkembangan lebih bercorak penambahbaikkan kemahiran-kemahiran psikomotor.Pertumbuhan gigi kekal bermula, dan gigi susu akan di ganti.Ketinggian kanak-kanak permpuan bertambah pada umur 8-10 tahun dan kemuncak pada umur 12 tahun.

Ketinggian kanak-kanak lelaki bertambah pada umur 8-10 tahun dan kemuncak pada umur 15 tahun.Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus.Umur 11 tahun kanak-kanak menghampiri akil baligh.Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk mereka menulis dengan kemas.Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti seperti melukis.Melibatkan mereka dalam aktiviti permainan dan latihan seperti berenang dan gimnastik.Menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki. Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan.Terapkan aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai.

Awal remaja (12-15 tahun)Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat.Perubahan fizikal mula ke arah dewasa seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan.Remaja permpuan, perubahan saiz berlaku dengan cepat bermula 1 atau 2 tahun sebelum akil baligh.Akil baligh- bentuk badan perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaan. - remaja lelaki akan mengalami perubahan suara.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki.Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki mengakibatkan lelaki lebih kuat secara fizikal berbanding perempuan.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Aktiviti seperti ceramah dan kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya.Menyediakan latihan untuk membina daya tenaga dan daya tahan.Memberi kesedaran tentang gaya hidup yang sihat.Rancang aktiviti senaman sebagai aktiviti sosial yang sihat.Sediakan bilik persalinan yang terasing.

Kurangkan peluang remaja lelaki memerhati pelajar perempuan semasa aktiviti senaman.Menyediakan kursus dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan.Menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan diri mereka.