View
423
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
TAJUK TUGASAN
MENGANALISIS ISU SEMASA DALAM
PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB (20%)
PENDAHULUAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia pada masa kini.
Dalam dunia pendidikan, era ini dikatakan dapat mencetuskan satu reformasi baru .Menurut Nik Azis Nik
Pa (1997) di dalam Giam (2002), sebuah program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat
dibina kerana teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan dan memainkan peranan penting
dalam p&p. satu kajian telah dijalankan ke atas kesediaan guru mengaplikasi TMK dengan
menggunakan kepelbagaian media pengajaran dalam P&Pdi SMK Khir Johari, Tanjong Malim.
PERNYATAAN MASALAH
Teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik
yang digunakan untuk mencari, mengumpul, menyimpan
dan memproses menyalur dan menyampai maklumat
secara efektif dan pantas. Persoalan yang timbul di sini,
adakah guru-guru di SMK Khir Johari telah menggunakan
kemudahan teknologi maklumat yang disediakan dalam
pengajaran dan pembelajaran?
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti jenis media pengajaran yang kerap digunakan oleh guru mengikut tahap dan mata pelajaran yang diajar.
ii. Mengenalpasti kemahiran guru dalam menggunakan media pengajaran berasaskan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. Mengetahui persepsi guru-guru mengenai kebaikan dalam menggunakan media pengajaran berasaskan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan media pengajaran berasaskan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran
REKABENTUK KAJIAN
•Kaedah tinjauan yang menggunakan item-item soal selidik
telah diberikan kepada 32 orang guru di sekolah
tersebut.
•Merupakan kajian deskriptif yang menggunakan data
kuantitatif.
SAMPEL KAJIAN
Seramai 32 orang guru-guru yang mengajar di
SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak. Terdiri
dari guru yang mengajar pelbagai mata
pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Matematik,
Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan lain-lain
INSTRUMEN KAJIAN
Penggunaan borang soal-selidik :-
Bahagian A: digunakan untuk mengisi maklumat peribadi
dan latar belakang responden.
Bahagian B:1)Jenis media pengajaran yang sering
digunakan.
2)Kemahiran mengguna media
3)Persepsi kepentingan guna media
4)Halangan-halangan guna media
ANALISIS DAPATAN & PERBINCANGAN
1.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
•Guru perempuan seramai 19 orang dan guru lelaki 13 orang.
2.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur
•Peringkat umur di antara 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu
sebanyak 10,orang umur 20 hingga 29 & 40-49 tahun iaitu terdiri
daripada 16 serta umur 50 hingga 59 tahun diwakili 2 orang.
3.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bidang /
Ikhtisas
•Matematik iaitu sebanyak 6 orang, BM & PJ iaitu sebanyak 5 orang bagi setiap bidang ,
Geografi dan juga Pendidikan Islam iaitu diwakili sebanyak 2 orang
4.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Jenis Media Pengajaran
• Elektronik :Ramai responden menggunakan perisian multimedia berbanding
menggunakan web pendidikan yang memerlukan perkhidmatan internet,LCD
dan video.
•Bukan elektronik:100% gunakan kaedah tutorial
5.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Kemahiran Penggunaan Media
Pengajaran
•Responden menunjukkan tindak balas yang berbeza untuk setiap kemahiran
yang telah disenaraikan. Keseluruhannya, 26 orang responden menyatakan
bahawa mereka sangat mahir dalam menyimpan data.
6.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Persepsi Kepentingan Penggunaan
Media Pengajaran Berasaskan Elektronik
•32 orang menyatakan media pengajaran elektronik dapat sampaikan isi
pengajaran dalam pelbagai gaya.Secara keseluruhan, guru seronok,berminat
dan berpendapat media pegajaran elektronik merupakan kemahiran asas
dalam p&p.
7.Bilangan Kekerapan dan Peratusan Halangan Penggunaan Media
Pengajaran Berasaskan Elektronik
•Guru kurang yakin menggunakan media elektronik,justeru merasakan ianya
akan melambatkan guru menyelesaikan tugasan.
KESIMPULAN
Guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam menyampaikan
maklumat pengajaran kepada pelajar-pelajar.Selain itu,
inovasi dalam mempelbagaikan dan mengintegrasikan
pelbagai kaedah pengajaran berasaskan media elektronik
kepada pelajar agar suasana pembelajaran berlangsung
dengan lebih interaktif dan dapat menarik minat pelajar
Recommended