View
184
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
Pra-Sejarah Seni Lukisan
Citation preview
Pra-Sejarah Seni Lukisan
Muhd. Izzuddin Fahmi
Khairi AzriGarusin
Zaman Pra-Sejarah
• Mengikut pada sejarah, seni lukis dalam Zaman Pra-Sejarah banyak berhubung kait dengan gambar.
• Peninggalan pra-sejarah memperlihatkan bahawa sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi, nenek moyang manusia telah mula membuat gambar pada dinding-dinding gua adalah gua untuk menceritakan sejarah, adegan-adegan atau babak-babak yang penting dalam kehidupan mereka.
• Sebuah lukisan atau gambar kebiasaannya dibuat dengan hanya menggunakan media-media yang sederhana seperti arang, kapur, daun-daun, bunga-bunga, buah-buah atau bahan lain yang boleh menghasilkan warna.
• Salah satu teknik terkenal gambar pra-sejarah yang telah dilakukan adalah dengan menyapukan tangan di dinding gua menggunakan semburan kunyahan dedaun atau batu mineral yang berwarna.
Contoh Media Yang Digunakan
• Hasilnya adalah bekas tapak tangan yang berwarna-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini.
• Kemudahan ini membolehkan gambar (dan selanjutnya lukisan) untuk berkembang lebih cepat daripada cabang seni lain seperti seni arca dan seni seramik.
• Seperti gambar, lukisan kebanyakkan di buat atas permukaan yang rata seperti dinding, lantai, kulit kayu, kulit haiwan, dan bahan-bahan yang lain.
• Objek yang sering muncul dalam karya-karya purba adalah manusia, binatang dan objek-objek alam semulajadi seperti pokok, bukit, gunung, sungai, dan laut.
• Bentuk dari objek yang digambarkan tidaklah menyerupai dengan objek yang asli.
• Ia disebut sebagai ceritera dan sangat mempengaruhi oleh pemahaman si pelukis terhadap objek yang dilukisnya.
• Misalnya, gambar seekor lembu jantan yang dihasilkan dengan mempunyai tanduk yang besar dan luar biasa berbanding ukuran tanduk sebenar.
• Ceritera ini dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian yang menjadi fokus utama untuk seekor lembu jantan.
• Oleh itu, ceritera mengenai satu objek yang menjadi berbeza-beza bergantung dari pemahaman budaya masyarakat setempat.
• Pada satu masyarakat, hanya ada beberapa orang sahaja dalam satu kelompok masyarakat pra-sejarah yang lebih banyak menghabiskan waktu untuk menggambar daripada mencari makanan.
• Mereka mula menjadi mahir dalam mengkarya gambar dan mula menemukan bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu.
• Bila sudah menjadi sedemikian rupa, akan terhasilnya sesuatu yang menarik untuk dilihat daripada biasanya.
• Mereka mula menemukan pelbagai citarasa keindahan dalam pengkaryaan dan terus melakukan anjakan paradigma sehingga mereka menjadi pengkarya teragung.
• Mereka adalah pengkarya-pengkarya yang pertama di muka Bumi dan pada saat itulah kegiatan penghasilan gambar dan melukis mula menjadi teras kepada kegiatan seni.
Contoh Gambar Zaman Pra-Sejarah
SekianTerima Kasih.…
Recommended